GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, January 31, 2011

PELAWAT KE 3000

Saya pelawat yang ke 3000 blog kita... Dilancarkan pada 1.1.11. Ok tu. Muga lebih ramai akan menyumbang idea dalam blog ini supaya ia meriah. Halimah mulakan posting.

Esok Hari Jadi Hawa..mari kita ucapan selamat kepada beliau. Juga terima kasih Dr Rashidi kerana update gambar di atas. Harap sumo pueh ati..

MSA.

Sunday, January 30, 2011

KENANGAN LALU 1

KENANGAN LALU BERSAMA CIKGU HAJI ZAIN RAIS

Di sekolah saya bukanlah siapa. Saya menganggap diri saya sederhana sahaja malah adakalanya lemah. Bila saya masuk sekolah menengah Batu Kikir, dua kategori (meminjam kata-kata Pirdaus) menjadikan saya lagi merendah diri. Apa tidaknya, kawan sekelas bertaraf abang dan kakak sebab mereka tua setahun lebih dari saya. Semasa Tingkatan Satu dan Dua, saya berasa diri saya sederhana juga dan adakalanya lemah. Bila masuk Tingkatan Tiga, berlakulah titik hitam dalam hidup. Saya terpelanting ke kelas 3C. Peristiwa ini bagai membenarkan bahawa saya sememangnya lemah dan tidak layak berada dengan kumpulan sahabat di kelas A. Saya terpisah dengan sahabat akrab. Tahir, Murad, Firdaus, Zamrus, Asnani, Rusminah (Allahyarhamah) Siti Hawa, Siti Shara, Latifah, Razali, Md. Shah, Sharif Wahab dan beberapa yang lain kekal di kelas A. Teruk saya menjadi mangsa jenaka Arwah Kamaruddin Abdullah. Saya diketawakan kerana dimasukkan ke kelas C. Tahun itu LCE dan saya berada di kelas C. Di rumah, faham sajalah bagaimana saya dimarah. Rupanya terdapat kesilapan pada susunan nama pelajar dan saya ditempatkan ke kelas 3B. Di sini saya mengenali akrab dengan Hasnan, Hasnah Bujang, Zakaria Kalam, Majid Kasbi dan Zainon (kini bertugas di JPJ Kuala Pilah).

Selepas lulus LCE (Gred A Aggregate ?...malu nak cakap) masuk ke kelas Form 4. Tak ramai yang tinggal sebab ramai yang bertukar sekolah. Ada yang masuk aliran Sains di TMS Kuala Pilah dan SDM Bahau, ada yang ke Asrama Penuh dan sebagainya. Form 4 ini adalah kelas perintis sebab inilah kali pertama SMBK mengadakan kelas aliran Inggeris Form 4 ini. Yang saya ingat yang kekal di SMBK ialah Halimah, Md Shah, Sharif, Salim, Nordin, Iskandar, Alias, Azimah, Zainun Mustafa dan Siti Normah dan beberapa orang yang lain.

Kemasukkan saya ke kelas 3B semasa Form 3 menjadikan saya merasa rendah dan lemah dari yang lain. Saya masih menganggap diri saya lemah, tidak sehebat kawan yang lain seperti Jalil, Md. Shah, Sharif, Iskandar serta kumpulan dari kelas From 3A lalu. Saya berkenalan dengan Rashid Yahya yang sama-sama meminati muzik. Dia jadi kawan akrab dan banyak mengajar saya bermain gitar. Warna kehidupan menjadi indah kerana pengalaman muzik bersama Rashid.

Saya masih ingat tidak lama berada di Form 4, perlantikan pengawas dilakukan di dataran perhimpunan. Pemilihan pengawas dibuat oleh guru badan pengawas dan saya masih ingat Allahyarham Cikgu Yunus Ali yang berkuasa memilih. Saya tidak terpilih. Saya tahu dan saya tidak layak, maka tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang pengawas. Norhashim, Sufian, Zaharin menjadi sahabat akrab sebab mereka bersama saya dari kelas Form 3B.

Satu hari, selepas rihat, Cikgu Md Zain, Pengetua ketika itu, tiba-tiba muncul dipintu depan kelas. Memandang dengan wajahnya yang serius. Semua pelajar terdiam. Kenapa dia marah? Rasanya kelas tidaklah bising sangat? Tiba-tiba dia menunjuk tepat kepada saya. ‘Jumpa saya di pejabat’ katanya sambil mengarahkan dua rakan pelajar yang lain.

Hilang rasanya diri ketika itu. Langkah-langkah ke pejabatnya bagaikan berjalan atas angin, tidak terasa kerana terlalu takut. ‘Apa salah saya?’ ‘Siapa yang mengadu dan buat cerita?’ ‘Aduh! Habislah, ni mesti kena ni!’ Mulut terasa kekeringan, meneguk air liur yang tiada.  Saya terbayang akan kena pelempang, sebuah bayangan yang menakutkan sebab pernah melihat sendiri pelajar yang dihukum demikian. Itulah yang ada dalam benak kepala ketika melangkah ke pejabatnya.

Terketar-ketar mengetuk dan menolak pintu pejabatnya bersama dua sahabat yang lain. Cikgu Md Zain sudah duduk dikerusinya, memandang serius dan menyuruh berdiri tegak dihadapannya. Dia berdiri dan mencapai lencana Pengawas yang berada di atas mejanya dan memberikan setiap satu kepada kami dan diikuti dengan pemberian tali leher (berwarna biru bercorak batik).

‘Saya tahu awak boleh memimpin. Hari ini saya lantik awak jadi pemimpin pelajar.’ Itulah kata-kata yang dilafazkan oleh Cikgu Md. Zain. ‘Jalankan tugas dan jaga disiplin,’ sambungnya lagi.

Saya tak tahu apa nak kata. Rasa takut pastinya hilang datang pula rasa tak keruan. ‘Ya Allah, apa sebenarnya yang sedang berlaku ni? Sedikitpun saya tak percaya, dalam diam dan rendah diri saya ada seorang insan yang memerhati, menilai saya dan mengenali saya.

Saya dilantik secara peribadi bukan melalui saluran yang ditetapkan. Saya mendapat kepercayaan Cikgu Md Zain sendiri. Lahir satu tekad dan semangat yang kuat untuk menjaga nama dan kepercayaan itu.

Dari saat itu segalanya berubah. Dari ‘no one’ saya jadi ‘someone’ dan harus memikul tugas dan tanggung jawab. Kini saya tahu saya memiliki sesuatu. Saya ada kelebihan dan bukan pelajar biasa lagi. Kalau tidak kerana sesuatu yang saya miliki itu, takkan Cikgu Md. Zain memilih saya sebagai pemimpin pelajar.

Form 4. Itulah tahun perubahan bagi diri saya. Saya menemui semula keyakinan diri. Saya ada tanggung jawab. Sebagai pengawas harus berdisiplin, ada kelebihan dan yang paling penting mesti pandai dalam pelajaran. Sebagai pemimpin pelajar juga mesti cemerlang dalam segala lapangan. Segalanya perlu berubah.

Cikgu Md Zain terus membuatkan saya mengesan kelebihan diri saya. Dia juga yang mengenali bakat seni saya. Banyak lukisan saya tergantung kerananya antaranya di Pesta Pembangunan di Rembau, Jelebu dan di bangunan MPS Seremban.

Apabila keputusan MCE diumumkan, 11 orang berjaya cemerlang. Seorang pelajar dapat Gred 1, Halimah, dan 10 yang lain Gred 2. Saya salah seorang daripadanya. Dengan kelulusan itu serta keyakinan diri yang tinggi saya melangkah masuk ITM (kini UiTM) dalam bidang Seni Lukis dan terus tanpa memandang kelemahan diri lagi sampailah hari ini. Di ITM saya bergerak aktif sebagai pemimpin pelajar dan menjawat JPP (hari ini MPP), jawatan yang dilatik melalui pilihanraya kolej, selama dua penggal. Kesedaran untuk mencapai kecemerlangan akademik juga terus kekal bersemangat hinggalah dianugerahkan gelaran Dr.

Semuanya bermula di SMBK. Berputik dari seorang guru. Cikgu Haji Mohd Zain bin Rais. Terima kasih cikgu…..

‘Thank you for guiding us to our vision and sharing so much of you wisdom’

Yang merendah diri
Rashidi…
(menulis bersama linangan airmata)

Saturday, January 29, 2011

TERIMA KASIH SEMUA

Saya paparkan gambar kita bersama di bahagian bawah blog ini. Jika ada gambar sesiapa yang tertinggal, sila beritahu supaya dapat saya insert. Terima kasih kepada semua kerana mewarnai kehidupan ini. Kenangan di Ilham adalah sebuah pengalaman yang sangat luar biasa, hanya pada saat dan ketika itu serta kehadiran semua yang menjadikan ia begitu. Terima kasih semua, hati ini masih sayu dan merindu. Dr. Shidi

Friday, January 28, 2011

CATATAN MALAM GALA SMBK PART 4

Oleh Mohd Sharif Ahmad.


Bertemu lagi rakan-rakan.

Pagi ini Sabtu 29 Jan, Siti Shara dan Normah Ali mengunjungi saya. kami bersarapan pagi bersama. Normah dalam perjalanan pulang ke Batu Kikir dan singgah sebentar. Biasalah kalau dah bersua tu..janji 15 minit jadi 30 minit dan akhirnya satu jam. Banyak yang kami kongsikan dan salah satu ialah untuk meneruskan penubuhan Koperasi SMBK Bhd.

Penubuhan Koperasi ini memerlukan sekurang-kurangnya 5o orang ahli sebagai pengasas. Banyak faedahnya jika kita menjadi ahli koperasi. Kita bersetuju supaya Dr Rashidi menjadi Pengerusi Penaja penubuhan Koperasi ini dan sekurang-kurangnya 10 orang AJK penaja.

Saya sepatutnya ke Pulau Pinang pagi ini tetapi ditangguhkan. Nampaknya hasrat untuk kena teh tarik bersama Wahab dan Zaharin  di Manjung tidak kesampaian. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. 

Saya sempat melihat blog SMBK, juga melihat komen di FB. Kita tertanya-tanya dua hari ini kemana hilangnya Jalil, rupanya sibuk dengan tugas di KK. Tentunya juga sibuk monobeh tu. Dia akan menulis dalam sedikit masa lagi.

Halimah teringin juga untuk menulis di blog kita, namun tidak tahu caranya. Saya telah memberikan sedikit panduan. Di sini saya ulangi panduan tersebut bagi sesiapa yang belum mahir. Setelah kita membuka laman blog kita ini cuba perhatikan perkataan "sign in" di sebelah atas kanan. Klik di situ dan kita dibawa keruang login. Masukan email kita iaitu smbkns@yahoo.com. Email ini milik kita bersama. Kemudian masukan password smbk1234 diruang berkenaan dan 'enter'

Kemudian klik "new post" kita akan dibawa keruang tajuk dan ruang tempat menulis. Mulakan menulis apa yang terlintas dan setelah berpuas hati klik pada butang "PUBLISH POST" di sebelah bawah kiri, selalunya berwarna kuning. Coretan kita akan siap dan boleh tengok. Untuk mengedit senang je klik pada butang "edit' di sebelah tajuk yang kita buat dan kita boleh pinda. Cubalah.

Saya mengharapkan agar lebih ramai yang menyumbangkan buah fikiran, kisah suka duka, kisah semalam, kisah silam, profil keluarga, pantun dll supaya blog kita nampak lively..ada bahan baru dari pelbagai sudut. Jika ramai yang berkongsi pengalaman di sini pastinya blog kita akan lebih meriah kelak. Jika asyik Pongorusi dan Tok Lombago yo yang nulih, lamo-lamo sok muak kengkawan.


Dr Rashidi sepatutnya rajin menulis dan dia banyak bahan untuk dikongsikan. Sekurang-kurangnya dia boleh memberikan motivasi kepada kita. Kemudian kita ada Tahir dan Siti Shara. Hawa pula boleh menulis dalam Bahasa Inggeris. Dia tak berapa ghoti nak nulih dalam BM tu, se tau tu.


Banyak peristiwa lama yang masih kental dalam ingatan kita yang jika di refresh semula pastinya akan lebih mengembalikan kita ke zaman lampau dan ini akan lebih mengeratkan persahabatan kita. Kisah macam mana kita sama-sama berpeluh menontun filem "The Dirty Dozen" lakonan James Courburn di dalam dewan smbk pastinya mengimbau kenangan. Ada orang dating masa tu, tapi saya tak ingat.


Ustaz Ayub Yassin dari Kolej Islam, ke SMBK, minta dirinya dipanggil cikgu, sesuatu yang janggal ketika itu. Dia memulakan trend baru. "Ramai ustaz yang terlibat dengan gejala tidak bermoral, saya tidak mahu terbabit.." Begitu dia memberikan alasan kenapa kita harus memanggil dia cikgu dan bukannya ustaz.


Perkara baru, ramai yang tersasul-sasul dan itu cukup menyinggungkan beliau. Yang paling kerap tersasul ialah Iskandar dan saya masih ingat bagaimana cikgu Ayub bermasam muka dengan Iskandar @ Tok Lombago. Akhirnya semua ustaz di Batu Kikir dipanggil cikgu dan hari ini saya kekal begitu dan agak kekok untuk memanggil Ustaz Nizar kerana telah terbiasa dengan cikgu Nizar.


Perintis Form V adalah kita dan tahun 1974 merupakan cabaran terbesar di mana MCE pertama kali diadakan. Entah berapa orang mendapat Grade 1, saya tak ingat, rasanya Halimah seorang sahaja. Saya sendiri amat terkejut kerana berjaya mendapat Grade 2. BM dan Sejarah menyelamatkan saya. Maths tentunya takat lulus sahaja, BI tak yah cakaplah..


Namun pencapaian sekolah kita tidaklah teruk sangat walaupun pertama kali MCE diadakan, dan Cikgu Md Zain boleh berbangga dengan kita.  Terima kasih guru-guru yang didikasi seperti Cikgu Sharif Omar yang jalan mengepak tu, Cikgu Sulaiman, Allahyarham Cikgu Mokhtar, Cikgu Ayub Yassin, Cikgu Ramlah, kemudian Cikgu Datuk Nor Azah Awin dan guru kelas yang istimewa iaitu Mr Ramu Naidu.


Ramai juga rakan-rakan yang mewakili SMBK dalam acara sukan ke peringkat Daerah seperti saya sendiri, Iskandar, Zainun, Salim dan tentunya sikecil molek kita Siti Normah. Halimah menjadi Head Girl semasa Form V bersama dengan YB Datuk Lillah Yassin sebagai Head Boy. Limah memang seorang pelajar yang amat baik, menjadi kesayangan guru-guru ketika itu. Lenggangnya masa di sekolah masih dapat saya bayangkan hingga ke hari ini.


Sekarang semuanya sudah berumur dan beberapa orang telah pergi meninggalkan kita. Antaranya Allahyarham Rusminah Baharuddin yang saya ada menaruh hati kepadanya sejak pertama kali bersua, namun sehingga kami ke Universiti bersama, hasrat itu tidak pernah dizahirkan. Tidak ada langsung keberanian untuk menyatakan rasa hati kepada beliau, namun kebahagian  secara sendirian tetap saya nikmati terutamanya pada setiap kali Hari Raya saya pasti ke rumahnya di Jemapoh tersebut. Hik..hik..hik. Alfatihah untuk Allahyarham.


Anak murid yang mengingati jasa guru, saya lihat ramai yang memberikan hadiah istimewa pada Malam Gala kita tempoh hari. Jalil, Siti Normah, Zainab dan Shidi antaranya yang menyampaikan cenderamata istimewa kepada guru-guru kita. Ustza Jajuli, Cikgu Zainal, Cikgu Nizar dan Tuan Pengetua Cikgu Md Zain, kelihatan terharu dengan penghormatan tersebut.


Dr Rashidi membawa beberapa buah buku untuk Cikgu Md Zain. Saya tidak boleh melihat buku, pasti teruja untuk memilikinya. Dalam hidup saya jika saya banyak wang saya hanya ingin melakukan 3 perkara iaitu, melancung ke serata dunia melihat kebesaran Allah, membeli buku-buku yang bermutu dan beramal ibadat. Itu saja yang ingin saya lakukan.


"Untuk den tak ado ko?" Saya bertanya Rashidi tanpa rasa malu, bila saya melihat buku-buku yang telah sedia diikat untuk Pengetua.. "Ado don't worry"  katanya.


"Jejak Kesejahteraan" begitu tajuk bukunya. Tahniah kepada beliau kerana berjaya menghasilkan buku tersebut. Saya menyimpan cita-cita untuk menulis buku sejak lebih 30 tahun lalu, namun hingga ke hari ini impian tersebut masih belum tercapai. Bila saja saya mengulangi hasrat tersebut isteri saya pasti akan menyindir saya dan berkata "Dah donga bondo tu dah sejak 30 tahun dulu.." kih,kih,kih.


Saya bukan seorang penulis, saya lebih kepada pembaca. Jika sehari tidak membaca, saya akan domam. Saya membaca apa sahaja yang saya terjumpa. Gaya penulisan Rashidi amat bersahaja, bahasa yang mudah dan tidak ada perkataan bombastik seperti selalu Tok Lombago sobut.


Jika kita ada anak, saudara mara yang belajar dan bertugas di UiTM, carilah buku "Jejak Kesejahteraan" tersebut dan bacalah. Bukan untuk berkempen kerana telah mendapat buku percuma, namun buku setebal 104 muka surat tersebut amat menarik dan sarat dengan panduan hidup. Saya telah membacanya beberapa kali dan akan terus membacanya.


Jika kita selalu runsing, bacalah buku itu, Jika kita selalu gembira bacalah buku itu. Jika kita tewas dalam emosi yang tidak menentu bacalah buku Shidi itu. Jika kita kaya, miskin, murung, lemah semangat, berjaya dalam hidup, bersemangat tinggi, kecewa, marah, nak ghobah, bingung dan alpa saya sarankan bacalah buku itu. Kita akan mendapat sesuatu darinya. Jika gagal mendapatkan naskah buku itu dimana-mana kedai buku, jangan segan telefonlah Rashidi.


Harganya saya tidak tahu, tidak tercatat di kulitnya, namun buku tersebut baru saja dicetak penghujung tahun 2010 yang lalu. Sekali lagi terima kasih saya kepada Shidi kerana kandungan bukumu sungguh bermakna buat saya.


Hampir saya terlupa, pagi tadi saya juga sempat mengunjungi Rashidi di rumah banglo besarnya di Ulu Bendul. Saya singgah sebentar cuma, dengan janji akan datang lagi untuk melihat kolam ikan di belakang rumahnya. Dia sangat bahagia dalam hidupnya kerana bagi beliau kebahagian berada di hati. Suasana yang damai dikelilingi oleh kehijauan hutan Ulu Bendul boleh dirasai di situ.


Rakan-rakan saya berhenti dulu , muga bertemu dilain posting, salam rindu dari saya.


Pengerusi.

CATATAN MALAM GALA SMBK PART 3

Oleh Mohd Sharif Ahmad,
Berjumpa lagi muga terus bahagia,
“Sunyi benar di Ilham ni…” kata isteri saya, mungkin terasa kehilangan sesuatu.
“Biasalah  hari Ahad orang semua check out, sikit sangat yang check ini..” kata saya menyejukan hati.
Memang ketika itu sunyi, tiada lagi hiruk pikuk di lobi hotel, di kolam renang, di coffee house. Tidak ramai yang mundar mandir di situ. Saya bertenggung di verandah lobi bersama keluarga.
Jalil baru saja meninggalkan saya, sebelum itu Iskandar juga turut hilang. Saya melangkah pergi dengan longlai meninggalkan seorang rakan kita. Saya sudah tidak mampu lagi untuk menemani beliau.
Ya, yang terakhir meninggalkan PNB ILHAM ialah Badariah Jamaluddin, saya mohon maaf kepadanya kerana terpaksa pergi awal walaupun sebelumnya kami berbual panjang sambil dia menunggu ketibaan suami tersayang menjemputnya. Terubat segala rindu saya apabila dapat berbual dengan Badariah.  Dia masih seperti dulu, pendiam, lembut dan tak banyak kisah. Kami sebenarnya rapat sebagai kawan sejak sekolah rendah dan setiap tahun untuk tempoh itu berhari raya bersama….
Badariah kini bertugas di Bahagian Perkhidmatan JPA, sesiapa kakitangan kerajaan yang mempunyai maslah dengan perkhidmatan bolehlah minta bantuan beliau.
“Tak sesuai..” kata Mohd Firdaus selamba sambil kita semua ketawa mendengar colotehnya mengenai zaman silam dan kenapa beliau lambat bertemu jodoh. Sekarang menetap di Kepong. Excapt ni kini merupakan seorang usahawan. Berjaya atau tidak saya kurang pasti kerana saya telah agak lama juga menceburi bidang ini, namun sehingga kini masih belum Berjaya.
Sebagai usahawan tidak kira apa bidang sekalipun, pada setiap bulan kita belum tentu mempunyai kewangan yang stabil. Ada kalanya banyak, adakalanya sikit. Berbeza dengan penjawat awam atau yang makan gaji dengan sector swasta tentunya hujung bulan fulus masyuk!!!!! Hujanlah, panaslah, mendunglah…gaji tetap ada.
Namun seperti yang pernah saya sebut dalam blog ini suatu ketika dulu, dalam usia emas ini kita sebenarnya sudah tidak lagi mengeluh, merintih, merungut, membebel dan kecewa. Kita terima seadanya nasib kita. Kita bahagia dalam perspektif kita sendiri. Ada anak, ada isteri, ada suami, ada cucu, ada kenderaan dan ada rumah, itu sudah cukup membahagiakan.
Zamrus, Tahir, Zali, Iskandar, Hasidin, Roslan Ghani semuanya kini pegawai besar dalam bidang masing-masing. Begitu juga dengan Jalil, Dr Rashidi dan dr Ahmad Zuhaidi. Sementara Dr Zaha dan Dr Murad Berjaya dalam perniagaannya. Kita tidak harus lupa kepada Cikgu Mohd Shah seorang pegawai di Jab Pendidikan Negeri Sembilan.
Kisah silam beliau yang saya tidak akan lupa ialah pada suatu pagi dengan bangganya menunjukan pada kita surat cinta pertama yang beliau terima dari seseorang sehari sebelumnya. Induk jangan tersalah tafsir pulak dia tak bagi kita baca surat tu, Cuma dia tunjukan kepada kita. Mulai saat itu biar badai datang menghempas pantai, hingga kini Mohd Shah yang lebih mesra kita panggil Pak Ongah kekal bahagia bersama Induk Rokiah.  Cinta monyet berkekalan sehingga ke anak cucu. Begitu juga Alias dengan adik kawan kita, dari sekolah hingga kini kekal setia. Yang kecewa mungkin hanya Salim dengan Riben Birunya..itulah kalau galah tak cukup panjang, jangan nak jolok buah yang tinggi-tinggi. Sesekali kena bergurau dengan Salim ni.
Kini beliau menjadi pegawai di Sek Men Tuanku Muhammad KP sejak 10 tahun yang lalu. Kita mungkin akan menerima jemputan beliau pada 19 Feb nanti, kerana beliau sudah bersedia untuk menerima menantu.  Kalau rakan-rakan tidak dijemput pun, anggaplah saya bagi pihak Salim mempersilakan rakan-rakan yang berkesempatan supaya turut hadir ke teratak beliau di Padang Lebar.
Kecil molek, agak elitis masa tu, dicemburui oleh rakan-rakan dan juga adiknya sendiri, Siti Normah sebenarnya mencipta nama di zaman persekolahan kita dulu. Apa yang beliau sampaikan di atas pentas tempoh hari adalah benar. Kisah spike benar, kisah dilarang bertukar sekolah benar dan kisah menonggeng juga adalah benar.
Ct Normah selalunya ke sana ke mari bersama Zainun Mustaffa. Dua-duanya sangat aktif masa sekolah dahulu. Beliau mengwakili sekolah dalam banyak aktiviti sukan termasuk olahraga. Beliau dipilih sebagai seorang Pengawas murid oleh Cikgu Md Zain. Masa tu pemakaian tudung belum ada lagi di mana-mana sekolah. Pakai tie dan skirt mestilah sependek mungkin.
Kita sebenarnya merupakan perintis form 1V di SMBK. Ramai yang meninggalkan SMBK atas pelbagai sebab seperti Normah Ali yang lari ke Sek Teknik Tuanku Jaafar di Seremban. Zali, Hawa dan Hasidin ke TMS. Sebahagian lagi ke Sek Men Datuk Mansor di Bahau. Dan murid bijak, rakan yellow river kita satu-satunya yang berjaya ke MCKK iaitu Tahir Kassim.
Meneruskan pembelajaran di MCKK pada masa itu adalah satu pencapaian yang amat disanjung di seluruh Malaysia. Kita turut berbangga kerana rakan kita, wakil SMBK berjaya mendapat tempat di situ.
Pada sebahagian kita memasuki form 1V ketika itu bukanlah bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Tujuan utama masuk form 1V ialah untuk ke sekolah dengan memakai seluar panjang bagi lelaki dan berkain labuh untuk perempuan.
Latifah Jamal, Halimah Ujang, Hameed Bawal dan Salim Sharif merupakan ketua darjah kita ketika itu. Oleh kerana ramai yang meninggalkan SMBK ketika itu, maka saya dan beberapa orang lagi seperti Jalil, Mohd Shah dan Alias telah dilantik oleh Cikgu Md Zain sebagai Pengawas. Sehingga hari ini saya tidak pasti atas kapasiti apa saya sebenarnya dilantik. Kurang bijak masa tu, kurang berdisplin, pakaian kurang bersih, rambut selalu panjang, suka buat bising, suka nyanyi lagu hindustan dan suka juga ponteng. Agaknya mungkin apabila rotan sudah tidak ada maka akar pun berguna. Apapun semua itu merupakan kenangan manis buat saya. 
Menjadi sebahagian daripada keluarga kita di SMBK ialah beberpa orang guru yang kalaupun semasa mengajar amat tidak senang dengan kita namun di hati mereka pastinya kita merupakan murid yang disayangi. Antaranya Allahyarham Yussof Daud, bapa mertua Jalil. Saya tidak pasti antara saya dan Jalil siapakah yang lebih beliau sayangi… Jalil sebagai murid yang akhirnya menjadi menantu, sedangkan saya adalah tempat beliau merujuk jika ada masalah B. Malaysia. Namun bagi saya Allahyarham merupakan seorang guru yang sentiasa diingati hingga ke hari ini.
Cikgu Zul seperti yang Tipah pernah sebut, kita mengingatinya sebab dia suka sangat sughuh kita “buka muka surat… tak ghoti cakap omputih..cakap Molayu jang…” Disamping itu dia suka puleh perut rakan-rakan. Ramai yang kena puleh, dia tetap berlalu, selamba.
Ramu Naidu sentiasa kita ingati..jika dia marah, bibirnya terkancing namun pukulan yang hinggap kepada kita taklah seberapa sangat. Dia mengajar B. Inggeris dan he used to call us, everybody as ‘’Idiot” sekurang-kurangnya saya dan Nordin menjadi sasarannya…”Where is idiot..” Setiap hari, itulah yang saya ingat.
 Cikgu Soyong, jika kita masih ingat..dia mengajar kita tentang sex antara lelaki dan perempuan..Zainun tersipu-sipu malu bila cikgu Soyong menunjukan gambar anu lelaki, bagaimana perjalanan sperm…dan yang lucunya Cikgu Soyong  juga terasa malu dan ragu-ragu untuk menerangkannya.
Yang smart memanjang ialah cikgu Singh yang tinggi lampai tu. Rakan-rakan cuba bayangkan kakinya bersimpul ketika berada dalam kereta mini copper kecilnya itu. Sikat rambut tidak pernah lekang dalam poket seluarnya. Yang menjadi kesukaan ramai ialah Miss Lim, bukan sebab dia pandai mengajar, tetapi sebab skirtnya yang terpendek dalam Malaysia.
Wajah Miss Lim cukup ayu buat pelajar lelaki ketika itu dan sesekali dia akan duduk atas meja guru, menghadap kelas, sambil menyilangkan kakinya. Masa tulah darah rakan-rakan akan berderau dan mengalir laju. Dia tahu tentang itu. Saya ingat bila saja dia menyilangkan kaki, Iskandar tengok Salim, Salim tengok Nordin, Alias tengok saya, saya jeling Roslan dan ramai lagi…semuanya seronok. Saya tidak pasti apakah Pengetua pernah menegur pakaian Miss Lim.
Ustaz Nizar ada bertanya pada saya di Dewan tempoh hari, pasukan bolasepak SMBK ketika itu pernah dikalahkan sebanyak 19 gol kosong. Saya kurang pasti sekolah mana yang membelasah kita ketika itu. Jika ada rakan-rakan yang ingat  tolong kembalikan nostalgia lama ini. Namun saya ingat pasukan Ragbi sekolah kita di belasah oleh Sek Abdul Samad Tanjung Ipoh sebanyak 98 gol..Sesungguhnya Cikgu Md Zain amat berminat dalam kegiatan sukan. Olahraga dan sukan merupakan antara priority beliau ketika itu. Tahir pernah terpelanting spek tebalnya ketika berlawan bolasepak. Dia rabun dan dia sebagai pemain pertahanan yang hebat ketika itu. Beliau bermain bolasepak dengan mengikat speknya dengan getah.
Iskandar seperti yang Salim bualkan tempoh hari, cara beliau melompat tinggi sudah macam stail olimpik, ketika ramai orang melompat seperti kambing gurun hendak berlaga, dia sudah bergaya. Iskandar mempunyai gaya tersendiri dan beliau selalunya muncul juara dalam acara lompat tinggi dizaman kita.
Saya berhenti dulu, nanti rakan-rakan jemu, pastinya kisah guru-guru akan menyusul lagi dalam Malam Gala SMBK Part 4. Jumpa lagi..
Pengerusi.  

Wednesday, January 26, 2011

CATATAN MALAM GALA SMBK PART 2

Oleh Mohd Sharif Ahmad.

Berjumpa kembali semuga semuanya terus ceria dan sihat.

"Take care of your health.." pesan Pengetua dalam ucapan beliau tempoh hari. masih sempat beliau memberikan impact kepada kita untuk kesekian kalinya. Yes sir..

Tanpa kesihatan yang baik kita tidak mampu untuk ke mana-mana waima ke Ilham atau ke Surabaya. Kesihatan amat penting. Kesihatan poket juga amat penting. Sihat dan banyak wang adalah bonus dalam kehidupan.

Saya terdengar Tahir bercerita tentang diabetes atau penyakit kencing manis yang amat ditakuti itu. kandungan gula dalam darah melebih paras normal iaitu 6mol. "Jangan main-main, kalau gula berlebih ni..anu pun tak naik ni.." Kata Tahir mengerikan setiap rakan yang mendengarnya.

Saya tidak tahu tetapi ada Dr mengatakan antara kencing manis biarlah darah tinggi atau lemah jantung...apapun doa kita agar rakan-rakan sihat. Rahsia sihat hanya satu, kawal emosi, kawal makanan dan selalu bersenam. Itu pendapat pakar seluruh alam ini. Jika rakan-rakan perasaan tengoklah wajah Tahir, dari dulu hingga sekarang tidak berubah sama juga macam Jalil dan Mohd Firdaus.

Terdengar juga Azmah Othman  menyebut tentang kandungan gula dalam darahnya. Agak tinggi. Saya lihat Wahab kurus, maintain dan bergaya, jika pakai kot n Tie Wahab pastinya macam CEO. Macam bekas Finance Minister kita dulu Tun Daim.

Benar Wahab you nampak matang dan sempurna. Senyum mu masih menawan. Bertuah isteri you. Walaupun Bang Mail dan Tok Lombago sepatutnya yang menunggu rakan-rakan di R&R PD Highway, namun saya yang terawal sampai sekitar jam 11.11 pagi. Kawasan itu lapang dan tidak banyak kereta.

Tidak lama kemudian dua buah kereta 'kecil' dan 'buruk' iaitu kancil dan wira, parking di sebelah kereta 'lawa' dan 'besar' saya iaitu Perdana. Tidak ada sesiapa yang keluar dari kereta itu dan saya juga tidak ambil kisah. 5 minit berlalu, seorang lelaki kurus macho keluar sambil tersenyum menuju ke arah saya yang sedang memasang api rokok..Dia kelihatan yakin..saya memerhati dengan mata tegang.

"Wahab!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" saya menjerit dan kami berpelukan, lama dan  kami berpegangan tangan pula macam orang homosex eeee!!!.Peluk lagi...indahnya saat itu. "Lapar..belum minum aaa" kata Wahab. Kedai kopi tak ada lalu saya bagi dia air tin.

Seorang lagi turun dari kereta wira berjalan menuju ke arah saya macam bonser, berjaket merah, badan besar, debab, kacamata hitam.. Tanpa segan silu kami berpelukan. Zaharin dan Wahab yang sampai dulu memulakan saat keriangan Malam Gala SMBK. Kedua-duanya dari Manjung Perak. Tercampak di tempat orang, jauh dari saudara mara, maka rakan lama akan menjadi teman sejati.

Wahab ditemani oleh isteri dan anaknya, sementara Zaharin datang dengan anaknya. Terima kasih kepada dua sahabat ini yang mengharungi perjalanan jauh semata-mata untuk bersama di Malam Gala. We all love you..

Kemudian Razali muncul dengan keluarganya. Lama beliau parking dan duduk dalam kereta merc nya memerhatikan kami. "Tu mesti kawan-kawan abang tu pergilah..." kata isterinya, barulah Zali turun. Saya terus boleh mengenali beliau. Jauh lagi dia dah tersenyum. Isterinya juga menyertai kami dan saya memberitahu tahu dia bahawa saya sering bermimpikan Zali..hehehe.

Tq Zali, jauh mari dari JB semata-mata untuk bersama kami. Dari perbualan ringkas saya dapati Zali telah bersara dari Perkhidmatan Polis dan kini menyertai PETRONAS. Syabas, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau..Namun penampilan masih gaya polis.

Keadaan di R&R bertambah panas, hiruk pikuk dan jejak kasih telah berlaku sesuatu yang Halimah teringin sangat nak tengok. Rubiah dan keluarga juga sampai dengan kereta merc besarnya. Dia kini seorang usahawan yang berjaya. Sebelum ini saya sudah tiga empat kali bertemu dengan beliau dan suaminya Rosli. Kini menetap di Taman Keramat, KL dan dengarnya tidak jauh dari rumah seorang rakan kita iaitu Hasnan.

Orang kuat, yang juga Setiausaha Siti Shara juga muncul dengan kereta besarnya bersama seorang anaknya iaitu Yusri yang begitu komited dengan program kita ini. Ibu rintik anak borek..kalau silap Tok Lombago jangan marah. Begitulah yang saya simpulkan mengenai Siti Shara dan keluarganya dalam memberikan sumbangan yang tidak terhingga. Sokongan moral yang saya perolehi dari Siti Shara dan keluarga amat saya hargai dan tidak akan saya lupakan.

Demi kita dia sanggup memarahi anak gadisnya yang sedikit terlewat menghantar kek, sedikit tergores tepi kek itu...saya terkedu dan hilang kata-kata apabila isteri saya memberitahu bahawa anak Shara merajuk dan terus pulang apabila dimarahi oleh ibunya. Semuanya kerana Shara inginkan yang terbaik untuk kita.

Dimana jua next reunion kita bakal diadakan, bila sahaja dan siapa juga Pengerusinya saya menyarankan agar Siti Shara terus menjadi Setiausahanya. Dalam zaman IT ini kita seolah-olah tidak terpisah, kita boleh berkomunikasi secara terus, jadi kalaupun Wahab jadi Pengerusi berada di Manjung Siti dari Seremban boleh menjadi Setiausaha yang efektif. Seperti Tok Lombago, banyak kisah tentang Setiausaha kita ini, nantilah dilain kesempatan, dari semasa ke semasa akan saya ceritakan. Tanpa ragu, you are the best. We appreciate your great contribution.

Then, our once pretty young girl and yet still a beautiful grandma Siti Hawa Arshad arrived. Tok Lombago  always refer her as our Primadona before, after and ever, which I'm absolutely 100% agree. To him Hawa is very special, the only old friend used to address him as 'Shah' . But please my friends, no hugging between me and Siti Hawa over there which I'm always wanted to, but...it didn't happen and I'm not ghobah. Poor me..

Unfortunately Hawa doesn't recognise us, none of us not even our charming Secretary as seem as she has lost all the bitter sweet memories we shared before.  I have a job to do, introduce Hawa to everyone of us including Razali her childhood friend's from kampung Juasseh. "Sapo dio ni?" That was her word with shrinking eye trying her best to collect and gather old memories. 

For me another shock when she doesn't remember me coz just a few years back my second son and me attended her son wedding at Shah Alam. A very short memory...due to aging I suppose. 

What a very touching moment to a few of us on that day at PD Highway R&R. Pity of Hawa and sorry for Tok Lombago, you missed it...sapo sughuh datang lambek.. 

 Tidak banyak, hanya lapan buah kereta berkonvoi ke Ilham. Dalam perjalanan saya terima panggilan dari Zailah mengatakan dia dan keluarga telah terlepas R&R itu dan sedang berkelah di Teluk Kemang. Sementara Wahab dan Zaharin pula telah terlebih dahulu meneruskan perjalanan dengan alasan hendak mencari teh tarik dan nasi lemak..Dah tengah hari masih nak kena teh dan nasi lemak.

Di Ilham isteri, anak-anak dan anak buah saya sudah bersedia menyambut rakan-rakan dan menguruskan pendaftaran. Melihat kepada suasana masa pendaftaran tersebut, menjelma satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati saya. Tidak ada perkataan sesuai, antara percaya dengan tidak, riang, sedih, pilu syahdu dan entah apa-apa lagi.

Sekejap kita lihat rakan ini berpelukan dan belum sempat lama sudah yang ini pula berpelukan...ah manisnya dan indahnya suasana itu. Saya perhatikan semuanya berlaku dalam suasana cukup matang dan tertib. Mungkin itulah agaknya rumusan kepada segala peristiwa yang sempat kita lalui tempoh hari.

Kepada rakan-rakan yang tidak sempat hadir yakinlah kepada saya bahawa semuanya pada hari tersebut berasa teruja dan kita dapat menghayatinya sejak dari waktu mendaftar lagi. Dalam hati masing-masing hanya Allah yang tahu. Cuba perhatikan gambar ini dan cuba buat tafsiran sendiri....nampak macam tidak ada apa-apa, biasa sahaja, namun saya mempunyai pengertian dan nilaian yang tersendiri apabila menatap photo ini.



Jarum jam tidak dapat diputar ke belakang. Masa tidak menanti kita, Yang berlalu tidak akan datang kembali. Itulah mungkin yang menyebabkan Halimah 'merayu' kepada suaminya supaya jangan ada apa-apa program pada 22 Jan, dia nak sangat hadir dan berjumpa dengan kawan-kawan.

Dari Gemas ke PD hampir sama jauhnya dengan dari Manjung ke PD. Saya baru saja menatap gambar2 dalam album FB Wahab..nangis..jealous saya...tak ada gambar macam tu. tengok gambar ni pula.

Zaharin, Dr Murad, Wahab, Jalil, Rosli n Firdaus.

Saya berhenti di sini dan Insyallah Malam Gala SMBK Part 3 akan menyusul. Jumpa lagi

Pengerusi.

CATATAN MALAM GALA SMBK

Oleh Mohd Sharif Ahmad

Salam kawan-kawan, muga sihat sejahtera.

Saya mungkin menulis beberapa kali mengenai Gala Nite SMBK ini, sekurang-kurangnya untuk kenangan saya dihari muka kelak.

Ada reunion seramai 5 orang, ada berpuluh orang dan ada beratus orang. Reunion berlaku di seluruh duinia oleh sesiapa sahaja dan oleh pelbagai kumpulan. Reunion bukan sahaja majlis untuk mengimbau kisah silam, tetapi lebih kepada untuk mengiratkan kembali siratulrahim setelah lama renggang. Dr Mahathir dan rakan-rakannya hanya berreunion dalam 6 orang. Dalam usia 86 tahun kebanyakan rakan beliau sudah tiada.

Kita masih bernasib baik kerana dalam usia setengah abad jumlah kita masih ramai. Mari kita gunakan sebaik mungkin sisa-sisa yang ada ini untuk menikmati apa sahaja peluang yang kita terlepas suatu ketika dahulu.

Reunion pertama ini sudah tentu memberi kesan yang mendalam kepada Halimah Ujang. Betapa sayunya hati bila mendengar selama ini seorang murid sepanjang hidupnya mengharapkan secebis senyuman dari seorang guru yang disayanginya. Akhirnya impian beliau tercapai apabila di Ilham Resort ini beberapa kali beliau menyaksikan Cikgu Md Zain tersenyum. Segerun manapun wajah kita, sehodoh manapun rupa kita, apabila kita tersenyum seri tetap terpancar ke wajah. Itulah anugerah Allah kepada setiap insan.

Idola pastinya menjadi ikutan..Rashidi mempunyai versinya yang tersaendiri, apabila suatu hari dia dipanggil ke bilik Pengertua dan amat terkejut apabila diberikan lencana Pengawas. Saat itu sesungguhnya telah merubah hidup beliau. Saat itu tranformasi mulai berputik dalam dirinya. Saat itu beliau mulai mengesan bakat yang ada dalam dirinya. Saat itu beliau tidak lagi asyik menyanyi lagu hindustan. Beliau berubah. hari ini beliau merupakan seorang profesor yang berwibawa.

Idola juga menjadin sumber inspirasi. Apa sahaja yang mampu dimiliki oleh idola, akan cuba digapai meskipun terpaksa berkorban. Mohd Sah Zainal menjadikan Cikgu Md Zain sebagai idolanya, hari ini walaupun beliau boleh menduduki pejabat yang berhampiran dengan rumah beliau, namun jejak idola menjadikan perjalanan 150km setiap hari begitu dekat baginya. Beliau berulang alik ke Jempol sebagai PPD Jempol, kerana cikgu Md Zain pernah bertugas sebagai PPD. 

Beberapa waktu yang lalu beliau mengidamkan jawatan Pengetua di KGV, semata-mata idolanya pernah memegang jawatan tersebut. Begitulah hebatnya pengaruh idola.

Saya, Iskandar, Salim, Ali, Rashid dan ramai lagi, pernah ditampar atau dirotan oleh Cikgu Md Zain. Peristiwa tersebut bukannya menjadikan kami memusuhi beliau, bukan menjadikan kami membenci beliau, sebaliknya kami semua sayang padanya. Hari penting dalam hidup saya iaitu Ahad 21 November 1981, kira2 30 tahun dahulu, saya bersanding sebagai raja sehari. Cikgu Md Zain dan isterinya satu-satunya cikgu saya yang hadir. Terima kasih cikgu. Saya tahu hari bersejarah Jalil juga dihadiri oleh beliau, namun pasti ada perbezaannya.

Terlanjur menyebut Jalil, saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi MC cemerlang pada malam tersebut. Beliau mempunyai bakat hebat hinggakan kita tidak merasa terdera walaupun terpaksa duduk sehingga jam 1.45 pagi. Ketahanan rakan-rakan amat mengkagumkan saya.

Selepas kita berpisah sekian lama, saya kira sayalah MC hebat dalam apa juga majlis. Rupa-rupanya Jalil sangat bersahaja dalam pengacaraannya. Patutlah pada pertama kali dia mengarahkan saya menyusun program beliau telah berkata "MC pada malam tu den..kau jangan nak memandai-mandai.." Ramai juga yang terharu apabila Pengetua kita juga sanggup mencemar duli sehingga ke akhir acara.

Anggaplah catatan saya ini sebagai memori untuk rakan-rakan kita. Jalil merupakan Ketua Kejurulatihan di MSN. Sentiasa sibuk dan seorang pemain GOLF yang hebat. Masanya banyak dihabiskan dalam hal-hal sukan dan kerap berkunjung ke luar negara. Jika ada kesempatan beliau seorang yang suka memenuhi jemputan dan pastinya tidak menghampakan.

Semasa saya sedang menikmati teh tarik berdua-duaan di lobi hotel dengan Dr Murad lewat senja itu, Dr Murad memberitahu saya bahawa dalam permainan GOLF sebelah paginya bersama Roslan dan Zamrus, penampilan Jalil amat mengkagumkan. 

Terus terang saya katakan, pertama kali melihat Dr Murad sedang berjalan dengan Zamrus, saya tidak mengenali beliau. Kematangan beliau amat terserlah. Suatu waktu saya mendapat sedikit maklumat tentang beliau yang membuka klinik persendirian di Kelana Jaya. Beberapa kali saya cuba mencari klinik yang bertulis Dr Murad, namun saya gagal. Malam Gala selepas 39 tahun kami bertemu dan dan kemesraan kami sama seperti tahun 1972 dahulu. Saya selalu ke Bkt Jelutong dan kami mungkin berkesempatan untuk sessi teh tarik lagi selepas ini.

Nampak muda, tenang, sihat dan bergaya. Tidak pernah terbayang oleh saya bahawa Zamrus akan menjadi seorang pemain GOLF hari ini. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan terus berkhidmat dengan Kementrian Pendidikan sehingga mencecah usia bersara 58 tahun. Kita doakan kejayaan terus mengiringi beliau. 

Ramai rakan-rakan kita masih dalam dunia pendidikan. Mail, Iskandar, Mohd Shah, Salim, Alias, Limah, Sharifah, Rashidi, Latifah, Nor Isah Adnan, Zainun dan Halim Gumpal adalah antaranya.

Kata-kata menarik dalam FB yang saya masih ingat ialah dari Siti Normah.."Saya pencen awal sobab daghi kocik sampai tuo tak ponah bopisah dgn sokolah.." Begitu katanya bukan kepada saya, tetapi kepada rakan-rakan sembang dalam FB yang sempat saya baca.

Sebentar tadi kira-kira jam saya 10.30 mlm saya bertanya kepada beliau sudah sampai ke di Surabaya? "sudah, ni di hotel ni" katanya. "Bang Rahim mana?" tanya saya. "Ado sobolah ni aa..ngendeng oghang nengok FB" katnya. "Tak sononoh boto Bang Rahim tu.." Kata saya.

Apapun mereka berdua kelihatan amat bahagia, amat sesuai, amat serasi, saling memahami dan yang paling penting mereka berduo samo-samo ghondah!!!!

Semasa Ct Normah mendendangkan lagu CEMBURU saya lari keluar, mata saya berpasir. Isteri saya faham sangat tu.."wah duo lagu you keluar malam ni.." kata isteri saya merujuk kepada lagu Cemburu dan Setulus Cinta Mu dendangan Rashid. Tadi saya sempat memberitahu CT bahawa jika ada kesempatan kelak saya akan berduet menyanyikan lagu Cemburu untuk rakan-rakan. Saya akan nyanyi walaupun suara saya tidak merdu macam suara Rashid dan Mohd Shah dan lari dari tempo, saya tak kisah.

Jutaan terima kasih kepada Siti atas semua sumbangan yang tidak terhingga pada malam kita ini. Semuga mengharungi percutian indah bersama suami tersayang di Surabaya dan semuga selamat kembali.

Saya harap saya tidak akan terlepas menulis sesuatu tentang Iskandar kelak. Saya, dia dan Nordin abang ipar Alias amat rapat ketika di SMBK. Nampak sahaja pendiam tu, jika sesekali dia berkata-kata...kita tidak dapat lagi menahan diri dari ketawa. Kisah lanjut mengenai Tok Lombago akan menyusul. 

Saya harus mencatatkan di sini bahawa keterujaan membuatkan Utz Jajuli tidak dapat menahan diri lalu mencipta sebuah puisi  dan memohon untuk membacakannya di hadapan kita. puisinya mengenai sejarah silam dia di SMBK. Ketika beliau terlupa nama jaga di sekolah kita, 3 tetamu kehormat kita di meja saya iaitu Cikgu Md Zain, Utz Nizar dan Cikgu Zainal secara spontan dan serentak menyebut "Pak Hamzah" Moralnya di sini ialah ketiga2 tetamu kita mempunyai daya ingatan yang kuat. Lagi moralnya ialah ketiga2 mereka mengikuti dengan khusyuk sajak yang dibacakan oleh Utz Jajuli.

Malam sudah larut benar, Utz Jajuli ada dua buah buku hasil karya beliau untuk dihadiahkan. Kerana tidak mahu membuang masa Jalil selaku MC menggunakan kuasa vetonya lalu memberikan buku itu kepada Puan Yusmah dan puan Rosenani. Jika ada yang lebih berhak menerimanya saya mohon maaf. Tahir boleh mencari karya Utz Jajuli ini di mana-mana kedai Buku Dewan Bahasa. Tajuk Buku ialah KALAM PERMATA oleh H.M. Jajuli. 

Bertemu Utz Jajuli di mana jua sebelum Malam Gala, pastilah saya tidak akan mengenalinya. Masih macho. sihat dan segak. Peristiwa yang saya ingat tentang beliau ialah apabila menerima cabaran dari seorang muridnya untuk berlawan tinju. Itulah kali pertama beliau memakai Glove dan penumbuk sulungnya telah merebahkan anak murid tersebut. Moralnya anak murid mana boleh lawan guru. Untuk kehadiran Utz Jajuli saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Zainab dan suami yang telah membawa beliau ke Ilham. 

Terlalu sibuk dengan urusan perniagaan kateringnya dan baru saja pulang dari Bali, Zainab pada mulanya agak keletihan untuk menyertai kita semua. Namun setelah saya menghubungi beliau dan dengan sedikit pujukan, beliau terus Ghobah. Perkataan Ghobah ni akan sering saya sebut kerana hanya ini caranya saya boleh melayan Latifah dan Mariani. 

Zainab banyak berkorban untuk menjayakan majlis kita, bukan sahaja wang ringgit tetapi juga hadiah-hadiah yang banyak disumbangkannya. Saya dengar beliau dan suami menjadi PR Amerika. Saya dan isteri telah beberapa kali mengunjungi Restoren beliau di Bangi. Ikan bakarnya menyelerakan. Sepatutnya petang tadi saya sudah ke sana, namun Rashid mempunyai program bermain takraw pulak so kami menangguhkan hasrat tersebut.  

Saya tidak beberapa pandai dalam meringkaskan tulisan saya, sebab itu akhbar-akhbar yang menrima makalah dari saya sukar untuk menyiarkannya kerana memerlukan ruang yang luas. Cikgu Md Zain pernah memberitahu bahawa penasihat Majalah GIGIH sekolah kita dulu iaitu cikgu Sulaiman Kassim sering berjumpa dengan belaiu dan mengadu bahawa artikel yang saya tulis untuk GIGIH selalunya panjang...

Melalui sembang di FB saya kira antara rakan yang paling teruja untuk hadir reunion kita ialah Latifah A Rahman. Beliau mendapat sokongan penuh dari suaminya seorang pegawai polis yang menjaga satu daerah iaitu Ketua Polis Batu Pahat. Dalam kesibukan memantau keselamatan dalam PRK Tenang suami beliau sanggup juga menghadirkan diri. Terima kasih Tuan Ibrahim.

Walaupun sekampung seperti juga dengan Badariah Jamaluddin, saya dan Latifah jarang bertemu. Urusan dan kepentingan yang tidak sama anatara kami selalunya menjauhkan kami. Saya terkejut kerana anak Latifah agak ramai iaitu lapan orang. Anak saya tidak ramai cuma 5 orang, namun isteri saya sangat faham, jika ada keluar berita di akhbar tentang orang mempunyai anak ramai sehingga 12, 14 dan 16 orang saya pasti mengunting dan menyimpan artikel tersebut.

Bagi saya keluarga yang mempunyai anak ramai amat istimewa dan saya mengkaguminya. Latifah membayar untuk reunion ini jumlah yang agak besar. Terima kasih yang tidak terhingga  kepada Latifah atas semua sumbangan terutamanya hamper. Budimu tidak terbalas.

Sedikit kekesalan ialah saya hanya berpeluang berbual dengan beliau sekadar dua tiga patah perkataan sahaja. Selaku Pengerusi penganjur saya sepatutnya lebih adil kepada semua. Saya mohon maaf kepada Latifah.

Catatan ini sudah panjang, saya tamatkan di sini dulu dan pastinya saya akan menyambungnya kemudian dengan mencatatkan kisah rakan-rakan yang lain. Harapan saya agar saya tidak tertinggal walau satu namapun. 

Sebenarnya sambil menulis ini saya membuka dua tab, satu untuk saya menulis dan satu lagi untuk mendengar lagu..tentunya lagu Cemburu!!!! Jumpa lagi. 

Pengerusi Malam Gala.    

Monday, January 24, 2011

KENANGAN TERINDAH....KAU DTG DAN PERGI..............

Assalamualaikum, debaran dan goncangan perasaan telah berlalu, setelah smpai dirumah pd jam 1.30tgh 23/1/2011, baru saya merasa lega, kenduri telah pun selesai, hanya hati masih terasa sayu seolah-olah ditinggalkan mcm tak kan bertemu lg. Itulah adatnya, jika ada pertemuan mesti adanya perpisahan.Disini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengerusi dan AJK program Reunion SMBK69/74 yg telah memberikan kerjasama bersama2 menjayakan program yg sungguh bermakna ini. 

Kejayaan Malam Gala Nite SMBK yg lalu adalah kejayaan kita semua, bukan hanya kami AJK sahaja yg bertungkus lumus tetapi kami mendapat juga beberapa kerjasama dr kwn2 sebelum itu, untuk lebih memantapkan program tersebut.Walau mcm mana pun mungkin terdpt sedikit atau beberapa kekurangan yg tak dpt dielakan, kami (AJK)memohn maaf. 

Saya juga memohon maaf kpd rakan2 dan keluarga sekiranya tidak dpt memberikan layanan sepenuhnya pd hari tersebut, kerana kesibukan. Dgn terus terang saya nyatakan bahawa saya berasa khuatir disepanjang masa itu memikirkan adakah program ini berjaya atau tidak. Saya tau dan saling pandang memandang diantara satu sama lain (kalangan AJK) mungkin semuanya memikirkan apa akan jd dan apo nak jadi nnt. Saya melihat muka Tn Pengerusi Penganjur, Tn Pengerusi Majlis, dan AJK2 yg lain, saya rasa mereka pun berfikir seperti apa yg saya fikirkan. Tetapi kami tetap senyum dan bergurau senda seolah2 tiada apa yg berlaku. Memangnya ketika itu kami inginkan paduan tenaga yg amat kukuh utk melaksanakannya, berbuih mulut ini saya mengarahkan dan mengingatkan anak2 saya akan tugasan2 mereka supaya tepat pd waktu dan jgn ada sikit pun kecacatannya. Begitu juga yg saya lihat terhadap Tn Pengerusi, die sentiasa memantau anak2nya dan anak2 buahnya menguruskan hal2 urusetia, tanpa mereka2 ini juga lumpoh juga tenaga kami. Begitu juga dlm hal2 persembahan sdr Rashid dan anak2nya dan Sdr Rashidi dan anak2nyajuga memberikan kerjasama bg membuat persediaan pentas didlm dewan pd ketika itu. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan pada mereka semuanya. Semuga kerjasama yg diberikan akan berpanjangan dimasa kan dtg.

Saya rasa Tn Pengerusi majlis or MC pd mlm itu, pun gabra jugak, tapi dia pandai melindugi kegusaran di hatinya dgn berseloroh dan sebagainya.

Pak sedaro or toklombago,or toksidang saya kelihatan mundar mandir, mcm kucing hilang anak, agak ee diopun fikiran cacamarba yo, bak kata org gelisah yo, sonyum pun mcm buek2...tapi dio penyojuk org eee mcm tn pengerusi gak....

Tn Pengurus persembahan samo yo, sbb mungkin die fikir jd ke, tak jadi ke agak ee mlm ni, tambah lak mlm tu dio nak bersajak dopan Tn Pengetua.....

Dengan ini saya, Tn Pengerusi dan AJK pd 1st Reunion SMBK yg lalu akan membuat post mortem utk lebih memantapkan pd program yg akan dtg, kerana dr feed back yg saya lihat ramai yg inginkan program ini diteruskan. 

Keputusannya takdolah kami berlimo yo yg bereunion tetapi kita sudah bereunion dgn ramai seramai 128 org.  Alhamdullilah.

Sekian, ampun dan maaf dr saya semuga dipanjangkan umur kita berjumpa lagiiiiiiii.

drp: Siti Shara A.Kadir

Sunday, January 23, 2011

PICTURE SPEAKS A THOUSAND WORDS

Oleh Mohd Sharif Ahmad.

Jam 9.40 malam baru saya membuka blog SMBK, saya dapati ada 4 komen dari rakan-rakan. Tiba di rumah dari PD petang tadi sekitar jam 3.35 petang. Terasa sedikit keletihan kerana sepanjang malam tadi saya tidak langsung boleh melenakan mata.

Mood untuk membuka, menatap atau menulis blog pada waktu ini hilang entah kemana. Kesayuan berpisah dengan rakan-rakan tengah hari tadi masih bertapak di hati ini. Saya tahu rakan-rakan menunggu posting terbaru. Namun perasaan ini sebenarnya tidak menentu.

Semakin diri dimamah usia, semakin saya menjadi penghiba. Kesedihan bermula sejak kawan-kawan mula seorang demi seorang meninggalkan PNB ILHAM RESORT seawal 9.00 pagi. Namun sebaik kereta saya keluar dari perkarangan Ilham sekitar jam 1.30 tengah hari, kesepian sebenarnya sudah mula menguasi hati ini. Keriangan dan kegembiraan seolah-olah direntap pergi bersama dengan perginya kawan-kawan. Sungguh, manik-manik putih mula berguguran.

Kerinduan untuk bertemu semula sudah mula berputik. Anehnya perasaan ini. Saya dapat merasakan bahawa rakan-rakan juga sebebnarnya berat untuk berpisah, namun hukum alam ialah, setiap pertemuan pasti diikuti dengan perpisahan.

Coretan mengenai Malam Gala SMBK ini akan saya buat kemudian. Rakan-rakan juga dijemput untuk merakamkan saat-saat indah tersebut serta berkongsi perasaan di sini. Biar saya paparkan sedikit photo di sini untuk tatapan rakan-rakan. Photo ini dirakamkan oleh anak saya. (Lebih banyak photo akan menyusuli)


PNB ILHAM RESORT Mengukir Kenangan







Pertemuan ini mengembalikan Nostalgia lama

Zarin Kamaruddin pertama tiba



Razali Khamis dengan Sharif 


Mula mengimbas kisah silam


Wahab, Rubiah, Siti Shara

Siti Shara bertanya sesuatu pada Rubiah

Rosli, Rubiah n Sharif


Razali Khamis


Siti Hawa sedang mengecamkan Sharif n Mail


Partner Bang Mail


Mail sedang mendaftar

  Hawa mengisi borang

Hawa, Mail, eden berapa kono bayar ni?

Wahab, isteri n putera

Zali Khamis n Keluarga


Hawa n Shara mendaftarkan diri


AJK sedang meeting

Minum pagi





Pengetua sudah sampai, mlm ini Halimah melihat dia senyum
untuk pertama kalinya


Tetamu Jemputan Cikgu Zainal


Pengerusi dan MC

Apa lagi yg Penegrusi arahkan Setiausaha tu. Ahmad Firdaus


Di Ilham, Mariani bersanding semula dgn Bang Zamri


Dr Zaharuddin Zainal n Isteri


Zarin Kamaruddin n anaknya dtg dari Manjung


Menunggu Utz Nizar

Zailah Shaharuddin n anak-anak


Hawa n puteri

Wahab n keluarga lagi

Hamper mula tiba

Normah Ali


Latifah, Normah


Badariah



Murad, Zamrus, Zainab, Salim, Md Shah, Alias


Mail bersama Rosli n keluarga


Zainab n Suami

Mail n Isteri

Sharif n keluarga


Ahmad Firdaus n keluarga

Zailah baru sampai juga Mariani, Mail

Rashid n keluarga

Badariah sedang mengisi maklumat


Pemandangan dari menara Ilham

Afiq atas menara

Zamrus, Zali, Shidi, Dr Murad

Sumbangan rakan-rakan

4.00 ptg di Dewan jamuan..Tok Lombago Jalil, Mariani bersantai dulu..

Tahir, Badariah, Shidi n Normah Ali

Mariani, Hawa, Noresah, Zarin n Roslan Ghani

Ali, Che Zaiton Salleh, Shidi, Normah


Rosenani n Urusetia tengah sibuk

Suli n Azimah

Urusetia tengah sibuk tu

Discussion going on

Keluarga Rosli Ahmad

Tukang baco doa lambat tibo

Nampak tu Wahab, Zarin tongah lapar bona 

Persediaan berjalan rapi..

Latifah, Normah n anak Alias

Ahli keluarga penuh sabar

Datin Saya





Utz Jajuli n Isteri, Cikgu Md Zain

 Jalil, Utz Nizar, Pengetua

Upah nyanyi lagu se.."Cemburu"

Tuan/tuan dan puan/puan..Pengerusi tongah bokoba tu

Zainab, Bang Razak, Ali, dik lan

Samo ngan atas

Zailah..

Kakak ngan Dik As




Shidi tengah happy tu

Bang Zamri n Mariani baru sampai

Zamrus n Bada sedang mendaftar masuk

Bang Rahim n Siti bersanding semula

Razali Khamis n keluarga

Jalil, Mariani n Tok Lombago

Roslan n keluarga

Utz Nizar n Cikgu Zainal masih belum tiba

"Den tak ponah dapek no 2 doh, sumo no 1".

Hawa, Zailah, Murad, Yusmah, Shidi, Zamrus

Dr Murad, Ali, Wahab, Iskandar

Ahmad, Zamrus, Hasidin, Limah n Rashid

Zamri, Mariani n Rokiah

Yusmah, Siti

Orang Kuat Malam Gala, Rashid Yahya

Sapo2 yg ponah kono polompang se dulu, se mohon maaf..Pengetua

Golak-golak yo, se nak bagi tau aa..tahun ni perjumpaan
aghi ghayo akan diadakan di....

Tok Lombago tongah donga coloteh Dr Shidi.

Datin se Pn Rosenani, macam Tahir dia tak pernah dpt no 2.

Keluarga Pengerusi Tu

 Jejaka-jejaka tampan

 Tah apalah kisah Isteri Firdaus dgn isteri zali tu

Ooomang Rashid masih bergaya tu