GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, February 27, 2011

TOKO GAMBAR SAPO NI

Salam kawan-kawan,

Toko gambar sapo di bawah ni...tapi kali ni tak ado hadiah sebab reunion kito dah berlalu..




Saturday, February 26, 2011

SALAM DARI PERTH...........

Assalamualaikum.........

Sebelum meneruskan coretan saya disini, saya mohon maaf kwn2 kerna saya amatlah sibuk dgn urusan.....kali ini baru saya ada peluang untuk memberi khabar berita......

Cuaca disini tersgt panas (summer) tapi berada dlm sihat, harap kwn2 sihat semuanya, kerana terlalu panas diluar saya hampir2 duduk dlm rumah sahaja kerana takut cuaca akan membuatkan saya tidak sihat.  

Disini mcm di M'sia juga, suasana mcm di kampong di m'sia, hanya perbezaan nya disini mempunyai 4 musim, disini (summer, authum, winter, spring). Tapi Perth city tidak ada salji jika di musim winter. Panasnya adalah panas kering tak berpeluh tidak mcm di msia kita panas berpeluh.


Tentang perbezaan duit, masyAllah, beza 3 kali ganda........apa2 pun kena pandai2lah.......


Shopping sekarang musim summer sale, merata2 sale........


Nak berjalan2 , saya rasa tak sesuai sgt, terlalu panas.....nnt domam. kena minum air bnyk.


Disini saya minta maaf pd Sdr. Sarep, dia menghubungi saya tempoh hari tapi saya call dia balik tak dpt, tak tau apa masalahnnya, kerana sampai disini saya terpaksa dptkan no. aussie utk jimat cost panggilan.....(duit sikit yo)....SORRY BANG!!!!!!!! kita jumpo kek kg nnt.

Saya juga menerima sms dr sesorang bertanya khabar semasa disini, maaf saya tak dpt membalasnya.


Sdr LAR, saya sihat jgn risau bila kita jumpa nnt kita sembang dan cite smpai u faham...alright.
PAH tkasih keprihatinan mu terhadap saya.....saya akan blk msia kerana appoinment hosp abg pd minggu yg akan dtg ni.


Kpd kwn2 yg lain, semuga kita dpt berjumpa lg di masa2 akan dtg dan terdekat.....


Assalamualaikum...............



 

Tuesday, February 22, 2011

Juz for laugh..

Dato Seri Samy Vellu finally and officially resigned from his post as
the longest MIC President ever, after leading the party for almost 31
years. The Malaysian Insider has its story, here . Frankly, I will miss
him very much especially for all the funny quotes he made all these
years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional
Conference, "We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color...
sometimes a bit too much color". Therefore, as a token of appreciation,
I just wanna share some of the more famous quotes ever made by the one
and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la
besar"

3. Samy said in one of his "ceramah":
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one
pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And
Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll
saya punyer bapah punya kah!"

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been
"saudara-saudari")

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press
conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka
kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded,
"Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu
tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Sunday, February 20, 2011

KEMBALI KE SMBK 13 FEB 2011

Oleh Mohd Sharif Ahmad.


Salam kawan-kawan,


Lamo boto ese tak monulih dalam blog ni, lobih 14 aghi agak ea, sobab ea ese lobih ghoma membaco daghi monulih..maco sonang, nulih payah..maco tak yah pikir, nulih kono pikir banyak. Maco guno mato yo, sosokali yo guno tangan. Nulih kono banyak guno tangan dan mato juling mandang huruf yg kocik2 dalam komputer ni ko atas, ko bawah, kiri, kanan, nak tokan i totokan o, nak tokon m totokan n...ooo payah. Maco bulih sambil baghing, nulih tak dapek doh, kono duduk... maco tak banyak hisap rokok, nulih banyak boto nyodut.. Tapi lamo tak nulih kang kok blog ni basi plak aaa..jadi ese nulihlah..

Walaupun agak lama tidak menulis, namun seperti Cikgu Md Zain, saya membuka dan membaca blog SMBK ini setiap hari dan berkali-kali. Saya mengikuti setiap tulisan mahupun komen yang terdapat di dalamnya. Ada posting kawan-kawan yang saya komen, ada juga yang saya tidak mampu beri komen atas pelbagai sebab. Oleh itu jika tidak terdapat sebarang komen dari saya bukan bermakna saya tidak membacanya.

  Potang tadi lopeh kondughi kek Bangi Poie laie kono teh kek Res Enab...Dio tak ado..kono baya!!!!

Membuka, membaca, menyemak dan mengemaskinikan blog ini seolah-olah sudah menjadi tugas harian saya sejak kebelakangan ini. Tidak kira apa yang tercatat di sini dan oleh sesiapa sahaja, saya selalunya teruja dan ada rasa kepuasan dalam hati ini. Yang menyenangkan saya ialah tulisan dan catatan oleh kawan-kawan pastinya menghiburkan hati saya. Jika kita dapat ketawa setiap hari, walaupun untuk seketika, penyakit murung akan hilang dari diri kita. Jika kita dapat ketawa walaupun sesaat dan bersendirian denyutan jantung kita akan bertambah sihat…Ketawalah dan jangka hayat kita akan lebih panjang.

Minggu lepas saya dengan Shidi, Mail, Rashid dalam satu kenderaan telah ke rumah lama Jalil di Kg Kuala Rembang Panas. Dulu masa sekolah saya pernah berkunjung ke rumah beliau. Turut menyertai kami ialah Shara, Rubiah, Alias dan ketika kami hendak meninggalkan majlis muncul pula Nordin dengan isterinya.

Sebelum ke rumah Jalil kerana memenuhi jemputan beliau yang meraikan perkahwinan anak kakaknya, kami singgah di rumah besar Shidi di kaki Gunung Angsi Ulu Bendul. Kami ghairah melawat ke sekitar rumah besar itu. Ada kolam ikan di sebelah belakang dan Prof Shidi kini menternak ikan keli. Terdapat rumah kayu di hujung kolam yang tidak berdinding dan beratap. Terdapat juga sebuah rumah yang elok pembuatannya di belakang rumah shidi dengan dua bilik dan saya memberitahunya jika rumah itu disediakan dengan kelengkapan dan keperluan asas maka boleh dijadikan rumah sewa untuk program homestay.

Di hadapan rumah Shidi terdapat sebuah lagi rumah kayu lama yang ada atap tapi tidak ada dinding. Kami juga melawat bilik musik anak Shidi selain daripada 7 buah bilik lagi. Yang kami larang diri kami ialah melawat bilik tidur dia saja. Dengan kawasan yang luas iaitu 3 ekar kediaman Shidi dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan. Nyaman kawasan kediaman beliau juga amat sesuai untuk dijadikan tempat menyambut hari keluarga.

Keghairahan kami seterusnya di meja makan. Isteri beliau telah menyediakan sarapan yang enak. Bayngkan pagi-pagi lagi kami telah dihidangkan dengan bubur kacang, roti kebab dan kuah daging cincang, tetel kata orang Melaka. Mail takut makan kerana ingin mengosongkan perutnya supaya boleh makan banyak di rumah Jalil. Rashid sebat semacam dan nyaris terminum air yang digunakan untuk mencuci tangan. “kalau yopun lapa janganlah sampai air basuh tangan nak dibuat kuah” Kata saya mengusik Rashid dan satu rumah bergema dengan hilai tawa kami. Suasana riang ria, happy, santai sentiasa menemani pertemuan kami.
“Oooooo terima kasih kerana sudi datang…” Jalil menyambut kedatangan kami penuh riang. Dia kelihatan segak dengan pakaian Kebangsaan siap dengan sanpin dan sedondon dengan isterinya Pn Yusmah. Kedua-dua insan ini sebenarnya amat peramah dan mudah mesra melayan kawan-kawan. Kami di bawa ke meja khas dan tidak perlu beratur untuk mengambil makanan kecuali Rashid yang tidak sabar terus meluru ke arah makanan.

Selamat Pongantin Baru Dan Lamo. Klik Photo Jalil Tu Kalau Nak Tau Ke Mano Poie ea 

Jalil walaupun sibuk tetapi tetap meluangkan masa melayan kami. Terpancar keriangan di wajahnya atas kehadiran rakan-rakan. Mail kelihatan berselera sekali mengunyah makanan, begitu juga Shara, Rubiah dan suaminya. Ketika catatan ini dilakukan Mail dan isteri telah berada di Tanah Suci melakukan ibadah Umrah. Mari kita doakan semuga mereka selamat menunaikan Umrah dan selamat kembali.

Saya juga harus mencatatkan di sini atas permintaan rakan-rakan Rashid menyumbangkan dua buah lagu. Saya selamanya senang dengan nyanyian Rashid, suaranya merdu dan dia amat bersahaja. Antara lagu yang tidak boleh ditinggalkan ialah ‘Kenangan Ku’ khusus memenuhi permintaan saya.

Ketika Rashid menyanyi Nordin Baharuddin sampai dan dia sempat bertanya kepada saya apakah orang yang sedang menyanyi itu Rashid kawan sekolahnya. Saya mengiakan dan itulah pertemuan Nordin dengan Rashid setelah terpisah sejak 40 tahun lalu. Jejak kasih berlaku lagi…

Selalunya menghadiri mana-mana jemputan di kenduri kawin adalah sesingkat mungkin. Hal ini tidak berlaku jika kita di rumah rakan kita. Lebih satu jam kami berada di rumah Jalil bukan sahaja kerana seronok berbual tetapi juga kerana menemani Alias yang lewat tiba dengan isterinya. Saya lihat Alias amat berselera makan hingga 3 kali beliau menambah nasi sampai ditegur oleh isterinya. “Den tak boleh jumpo potai…”kata Alias meneruskan suapannya. “Sok gomok dan boponyakit..” Kato isterinya 

Seperti dirancang dari rumah Jalil kami beredar ke SMBK. Saya menaiki kereta Nordin. Sebaik memasuki pintu pagar sekolah, kami dapati sebuah dewan yang sangat besar. Dulu di situ ialah rumah guru dan tempat bermain bolatampar serta takraw. Perubahan dari segi jumlah dan bentuk bangunan amat ketara sekali. Keseluruhan padang tempat kita berhimpun, menyanyi, berlari, bersukan, berlepak 40 tahun dulu kini sudah dipenuhi oleh bangunan asrama, dewan makan dan bilik rihat.

Kami merayap ke semua sudut dan kami dapati padang sekolah telah berpindah ke bahagian belakang yang mana dulu ialah kebun getah. Di situ juga terdapat lagi bangunan tiga tingkat. Terdapat juga sebuah surau yang cantik. Jika kita masih ingat tempat kita bergambar untuk majalah gigih dahulu kini telah dijadikan tempat perhimpunan.

Bilik Pengetua telah berpindah ke tepi sekali berhampiran dengan kantin. Bangunan kantin telah diperbesarkan dan bercantum dengan bilik seni perusahaan dulu. Kolam kecil di hadapan pejabat sekolah telah diperbesarkan. Saya sempat bergambar di kedua-dua tempat kono lompang oleh Pongotuo dulu, tapi gambar tu golap bona, tak sosuai nak di lotakan kek sini.

Berhampiran pagar sekolah di jalan masuk yang bersempadan dengan balai polis tu telah dijadikan parking kereta guru-guru. Dulu kereta guru dua tiga buah yo..kini sudah berpuluh2 buah. “Itu dulu 40 tahun dulu cikgu pakai moto..” kato Iyeh bila saya kagum dengan jumlah kereta guru-guru di SMBK. Ia tak ia jugak, Negara kita telah maju, kemampuan rakyat telah meningkat..kereta bukan lagi barang mewah, tetapi barang keperluan..

Yang mungkin tidak berubah pada penglihatan saya dan rakan-rakan ialah papan kenyataan yang terletak di tengah-tengah bangunan di bawah bilik guru tersebut. Masih yang itu, cerminya pula telah banyak yang pecah dan kelihatan sedikit usang. Menganjur di tepi pagar sebelah jalan raya menuju ke Pdg Lebar di sebelah kantin jika tidak silap saya ialah bangunan asrama puteri. Menyelusuri kawasan yang luas tersebut membuatkan saya dan Mail termengah-mengah, mencungap, somput sikit, tambahan cuaca agak panas. Warna bangunan pula sudah berubah dan kelihatan ceria dengan warna coklat dan kuning.

Tanpa kehadiran Alias mungkin juga kami menghadapi sedikit masalah dengan pengawal keselamatan yang terkejar-kejar dan asyik mengekori kami. Sejak saya meninggalkan SMBK pada tahun 1974 rasanya hari Ahad minggu lepaslah kali pertama saya menjejakan kaki di situ. Bunyinya pelik, tapi itulah kenyataannya kerana sepanjang bersekolah di Kuala Pilah tidak ada lagi keperluan untuk saya ke sana.

Di sebelah pejabat Pengetua saya sedikit termenung, teringatkan sesuatu, kerana atas ihsan Cikgu Md Zain ketika itu membenarkan seluruh sekolah menuntun perlawanan tinju antara Mohammad Ali dengan Jeo Frazier pada tahun 1973, di situ menerusi siaran langsung…

Sebelum saya berhenti menulis, saya teringatkan sesuatu tentang Rubiah Ahmad iaitu cara dia menggambarkan rakan kita Ismail Md Isa. Setelah 40 tahun gambaran dia tentang Mail topat!!!!!!!!!!

 Di La Rizz 20/2/11 Bersama CEO ABN

Dalam perjalanan pulang, Mail sempat menceritakan bagaimana orang kampung Tapak mengepung beliau dan Rashid kononnya nak kena 'tangkap basah' di rumah Halimah Ujang. Apo kojo poie ghumah oghang maso abah ea tak ado..Kaklong ingat ko kisah tu?kih..kih..kih.

Jumpa lagi..      
   

Tuesday, February 15, 2011

Ruby, sambungan.

Tu lah se tersasul anta plak. Lom habih cerito laie.ok,maso tu dapek yo lah kwn2, walaupun den x pandai Everage yo (bec of dat I had a very low self-esteem).somehow CT Normah was my duet singer.Not to mention Rashid with whom I used to take a bus home together. Ramlah. Se punyo best friend.we used to frequent dat mamak' s rojak.ingat lagi se bogamba ngan dio Pakai micro mini. Maso tu kalau se Pakai org kato WOW!!. Tapi KL se Pakai skg ni org kato UWEK!!.

Sobonae bnyk yng se nak cakap tapi den dah lotih bona ha.sobolom den boghonti ado msg utk Sharip.kok dapek kito jumpo sok (insyaallah) ghobahhhh jgn tak ghobahhh!!!KL tak, siap kau, se suruh askar2 se ghobahkan kau.

Tq Jalil for having taken the trouble to search for my hp no. Salam utk Yusmah. Tu sedagho se tu. Don't play play e..Thanks to Rashid for taking his time to speak to me over the phone. Tq to all of you for being there and till we meet again. Luv from me.

Ps.sorry for the grammatical mistakes!

Ruby Ahmad
Ruby Ahmad

Askm semua, ini lah pertama Kali saya menyentuh komp. Dah nekad X kan beli dan belaja walaupun family menasihati to be comp literate.setelah Rashid menalipun (itupun 2minggu selepas reunion) saya pun beli sebuah comp untuk bersama kwn2 di blog SMBK.Ni ha terhegeh2 menaip.Taip b jadi v. Hati menggelintin nak menulis tapi x pandai bermadah.

Islander kato se ni buli dio. Bilo lak ni? Tokojot den. Eden ni nak moyang baik punyo org. Tak ponah den puko oghang do. Suko bobughak tu memang den ngaku. Tompi den pike balik...agak e den sosah dio ngan buku mungkin sobab nak ambik perhatian dio yang maso tu buleh dikatokan hensem yo walaupun mulut e moncong. Anyway thanks to Isk. You made my day, you know dat kind of feelings when your name has been mentioned by long lost friends. Dah tuo2 ni copek hibo.(oops bukan tuo do,org lamo...sorry Jalil).

Se kek SMBK setaun yo. form 5 Akak se bawak se balsa kek KL sobab se kuek molalak.s e mass tu tak pandai do, takdo apo yng nak dibanggoan do . Sampai lah sekarang ni ha tak bikini. Dok yo ghumah. Omsk ayah dah takdo. yatim piatu, sian  den...tompi suami ado satu, anak tiro.


Sunday, February 13, 2011

KENANGAN LALU 5

Helimah, Akademia dan SMBK
Malam Gala yang lalu menemukan semula saya dengan seorang insan yang cukup bermakna dalam kehidupan saya. Helimah Ujang. Terpisah dengannya sejurus tamat persekolahan, dan hanya pada Malam Gala yang lalu kami bersua kembali. Syukur ke Hadhrat Allah, kerana memberi kesempatan untuk pertemuan ini.
Seingat saya, Helimah tidak pernah berada dalam satu kelas dengan saya sehinggalah kami berada di Form 4. Atau mungkin saya tak sedar kehadirannya. Namun, yang pasti, semasa Form 4, saya mula mengenali Helimah dengan perkenalan persahabatan yang bermakna.
Semasa berada di Form 4, saya bukanlah seorang yang berminat dengan pelajaran. ‘Honeymoon Year’ itu mungkin satu ungkapan untuk bergembira dan menikmati persekolahan semasa Form 4. Tidak ada exam yang besar. Saya aktif dalam hal di luar akademik. Pengakap, muzik dan  Cinema Club menjadi platform expressi kegembiraan saya. Aktif juga dengan Drama  bimbingan Cikgu Sudin Kamari.
Saya sebenarnya tidak pernah melihat diri saya ini ada kelebihan, lebih-lebih lagi dalam akademik. Akademik tidak seberapa. Sukan? Saya tergolong dalam golongan ‘kaki bangku’. Tidak sehebat Md Shah, Sharif, Iskandar dan Salim dalam bermain bola sepak. Tidak sehandal Alias bermain Volleyball. Saya berminat dengan Badminton tetapi di sekolah Badminton bukanlah satu sukan yang popular maka harapan untuk menyerlah itu tiada. Saya hanya mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam sukan Lompat Tinggi. Rival ketat saya, Iskandar.  Pencapaian tertinggi saya ialah tempat ke 3 (gangsa) peringkat daerah.
Kerana terlalu aktif dengan aktiviti, akademik saya tertinggal. Mungkin ada kalangan sahabat yang boleh mengembalikan ingatan bagaimana Ayah saya menulis komen pada buku ‘Report Card’ berkenaan saya terlalu aktif dalam bidang ko-kurikulum. Mr. Ramu telah menutup komen dengan menampalkan kertas di atas komen itu.
Helimah seorang sahabat yang sangat baik. Tidak pernah menyakiti hati. Tidak pernah marah dan senyum selalu. Peramah, kemas, rendah diri, suka memberi penghargaan. Sifat ‘kakak’ nya ketara mungkin saya setahun lebih muda daripadanya.
Dalam hal pelajaran, dia sangat tekun. Bagaimana sekalipun bisingnya kelas, Helimah masih boleh duduk dan terus membaca. Apa sekalipun orang lain buat dalam kelas, dia masih boleh duduk dan membaca. Sharif pernah berkata ketika itu, “Helimah ni, kalau bom gugur dalam kelas ini pun, dia masih boleh terus membaca.” Walaupun banyak kali menjadi mangsa gurauan Isklandar, Nordin, Md Shah, Salim dan yang lain, dia hanya senyum dan sabar dengan segala gurauan dan usikan nakal sahabat-sahabat.
 Dalam hal akademik, saya mengaku kalah dengan Helimah. Saya cukup cemburu ketika itu melihat tulisan berangkainya yang ditulis dengan pena berdakwat cair yang kemas, rapi dan tersusun. Prestasi akademiknya, mengalahkan kami semua, always and everytime.
Saya tahu, Helimah tidak pernah mahu dirinya dipuji dan dilihat sebagai terbaik sebab saya mengenalinya atas sifat  kerendahan dirinya. Namun hari ini, saya harus berterus terang, ikhlas dari diri saya ini.  Segala sifat Helimah inilah yang saya contohi untuk berjaya. Kerajinannya, ketekunannya, kekemasan bukunya dan yang paling penting persiapannya untuk menghadapi MCE  saya tauladani. Saya cuba mengikut stylenya belajar. Jika Helimah ada nota ringkas setiap tajuk dalam silibus untuk semua subjek, itu pun saya ikut. Akhirnya, saya berjaya dengan keputusan Grade 2 dan Helimah lebih berjaya dengan Grade 1.
Selepas sekolah, saya diberi maklumat yang salah. Saya diberitahu Helimah bertugas sebagai Jururawat di Terengganu. Oleh itu tidak ada usaha yang saya buat untuk menemuinya. Rasanya tidak akan bertemu lagi untuk mengucapkan terima kasih. Cuma menjelang reunion lalu saya dapat tahu rupanya dia seorang guru di STAR Gemas. Bersyukur. Masih ada kesempatan untuk meluahkan penghargaan.
Masa telah menjarakkan saya dengan Helimah dan nasib telah mengubah keadaan. Kebanyakan kita berjaya. Kemasukan saya ke ITM meyakinkan saya kepada haluan hidup seni dan academia. Saya bernasib baik dapat masuk ITM kerana ia menawarkan segala kemudahan sehingga kejayaan hari ini.  Namun, jauh disudut hati ini, saya tetap ingat bahawa kejayaan saya hari ini, bermula di sekolah dulu, dan ketika itu, Helimah, satu watak yang sangat bermakna, contoh dan tauladan akademia yang cukup mempengaruhi academia saya. Saya tidak pernah sempat untuk meluahkan penghargaan ini, dan saya bukannya jenis yang pandai berkata-kata untuk memuji, takut disalah anggap. Kalau saya berhadapan dengannya, penghargaan ini tidak akan dapat saya luahkan dengan perkataan. Hanya melalui tulisan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Helimah atas segala contoh dan tauladan membolehkan saya berjaya. Saya juga mahu anak-anak saya membaca penulisan ini agar dapat mereka mengenali mereka yang menyumbang  kepada kejayaan ayahnya. Semoga Helimah dan keluarga berbahagia
….shidi.

Saturday, February 12, 2011

FACEBOOK SAYA KENA GODAM

Untuk makluman kawan-kawan facebook saya telah digodam. 
Semua list friend saya telah didelete. Saya harap semua kawan-kawan dapat add semula saya.  Terima Kasih

Ismail Mad Isa

KENANGAN MENGUSIK JIWA

BUAT KAWAN-KAWAN  SAYA SERTAKAN SELOKA YANG DIBACAKAN PADA MALAM GALA DULU.

Batu Kikir jambatan bosi,
gulai udang sebelango,
bosa ea raso dalam hati,
dapek jumpo kengkawan lamo aiiiiiiii.

SMBK sekolah lamo kito,
dari tahun 69 sampai 74,
banyak cito suko duko,
sampai tuo ni masih tak lupo.

Baru-baru ni ese menjongah kek SMBK,
rupo ea SMBK dulu ngan sekarang jauh berbezo,
ese cari padang tompek kito main dulu dah tak ado,
library pulak ontah kek mano,
cumo yang masih ado kelas kito dulu,
masih kek situ.

Kito MCE pertamo tahun 74,
kito hebat 88.6% lulus banyak tahun cubo di pocah,
masih tak dapek.

Maso tu Halimah Ujang primadona first grader,
sembilan lagi member kito dapek gred 2,
ese pulak maso ambik keputusan pekso,
 abah ese terduduk kek bilik pengetuo
sobab ea dio tak cayo,
anak ea dapek gred duo.

(MASO SEKOLAH)
Rashid hari-hari kojo ea kotuk mejo,
sobab dio bercito-cito nak jadi drummer,
satu hari bunyi tu tedonga kek tuan pengetua,
hondap punyo hondap  pengetua dapek tangkap sorang,
pengetuo bagi penampar kek pangkkal telingo,
apo nak dikato...  Rashid punyo kojo.....  Iskandar yang kono.
bilo ese tanyo sodap tak penampar pengetuo,
dio cakap tak sakit doh....  goli-goli yo.

Member-member kito ado kek mano-mano,
kek kodah.. kek ipoh... kek kelumpo...  kek JB  ... kek melako,
 yang kek Pilah... kek Joseh.. kek Somban  pun ado,
tapi kadang-kadang susah nak nampak muko.

Badariah orang kampong ese Sg Jelutong,
 setahun sekali maso rayo pun tak ponah nampak batang hidung,
cumo kirim salam kek abah ea ketua kampong.

Salim maso tu begayo ngan ramput afro,
 seluar kombang bell bottom ke hulu ke hilir,
orangnya pemarah copek naik angin,
ponah nak bertumbuk ngan Mr Tham cikgu matematik.

Kawan-kawan kito sumo dah berjayo,
Rashidi dah jadi proffesor,
koba ea kek Uitm Melako.

Jalil pulak dah jadi Pengarah belio,
kek Bukit Jalil , Majlis Sukan Negaro,
Stadium Nasional tu macam dio punyo,
tapi dio tak apek halang Misbun beronti kojo.
(apo nak kato)

Aminah Sani sumpah ese tak ponak lupo,
sobab bilo dio pandang selatan nampak utaro,
dongan cito dio kojo setio usoho,
kek syarikat bosa ontah apo namo.

Mano duduk ea Majid kasbi,  Zakaria Kalam,  Norlia Karim, Fauziah Aziz,
Jugak Lian fatt, Batumalai, Chow Mew Khoon dll ?
Badarudin, Rosminah, Latifah Razak, dah jadi arwah,
samo-samo lah kito sedokahkan  Alfatihah.

Sarip pun sekarang dah sonang lenang,
keto ea berbuah-buah ...  duit ea tak dapek dibilang,
dio bukak restoran ke spitak Senawang,
kawan-kawan fikir bilo nak poi sobab dio charge mahal,
tolor setongah masah tujuh hinggit sebiji,
mengosal   Rashidiii...

Iskandar pulak tak berubah dari mudo sampai tuo,
kojo ea tak do lain buek orang ketawo,
dah tuo pun dio masih banyak kudrat kuek dayo,
takat 10 biji kelapo dio buleh angkek bilo-bilo,
kalau nak tau kelapo apo?   tanyo lah dio.

Pak Ongah bercinto maso form four,
Induk pulak maso tu tingkatan tigo,
hari-hari poi balik sekolah dalam bus Malay Transport duduk berduo,
Iyeh pun duo kali limo,
sobab cinto punyo pasal dio tak kiro adik member,
tapi eae tabik kek mereko berduo,
bercinto maso mudo koka sampai tuo....
bahagio......  bahagio.....

Ingat tak form teacher kito Mr Ramu Naidu?
dari mudo sampai ni dio macam tu,
Ustaz Nizar tak ponah nyombong,
walau dah pencen dio masih sambung,
sapo berhajat jumpo dio kek pejabat Agamo,
ambik borang..  confirm lulus punyo.

Cikgu Soyong koba ea dah aruah,
begitu juo cikgu Yusof dah di alam barzah,
ilmu yang dititip  totap dikonang,
berkatnya menjadikan siapa kita sekarang,
untukmu cikgu-cikgu yang disayangi,
terimalah Al-Fatihah dari kami,
semoga rohmu senantiasa mewangi.

Malam ini lautmu Telok Kemang,
lautmu berombak tenang,
bayumu membisik sayang,
pantaimu berlagu rindu,

ILHAM menyatukan ukhwah,
bekas putra putri SMBK,
dari jauh terpanggil datang.

Betapa manisnya malam ini,
dalam pelukan mesra dan tautan budi,
lantaran lamanya kita  terpisah,
oleh jarak ruang dan masa.

Saudara saudariku,
siapapun kita malam ini tiada beza,
dalam kesatuan kita tetap seperti dulu,
aku merindu gelak tawamu,
aku menyusuri resah gelisahmu,
nostalgia indah sentiasa terpahat,
yang tak mungkin kita ulangi.

( CANG CAPIT  tulang daieng,
patah paku patah puding,
cari aku di sebalik dinding )

Nukilan Ismail Md Isa.

Thursday, February 10, 2011

KENANGAN LALU 4


ISMAIL, PENULISAN DAN SMBK
Pada Malam Gala yang lalu, majlis telah memberi penghormatan kepada Saudara Ismail Mat Isa untuk menyampaikan puisi. Seronok mendengar puisinya. Adakalanya Ismail berjaya membuat kami ketawa dan yang lebih hebatnya, dia juga membuat kami merasa terharu. Adakalanya tergenang airmata mengimbau kembali kenangan puitisnya.  Ismail sememangnya handal bersastera dan banyak kenangan manis berkaitan penulisan antara saya dengan Ismail ketika di SMBK. Memilih Ismail untuk berpuisi malam itu adalah tepat, wajar, dan sebuah penghormatan.
Semasa bersekolah, minat kepada penulisan memang ada. Bakat? Entah. Minat tak semestinya berbakat. Di SMBK saya mula menulis. Penulisan kreatif. Cerpen.
‘Gigih’ begitulah nama majalah sekolah, menjadi wadah untuk mempersembahkan bakat. Selain gambar kenangan kelas, laporan persatuan, pergerakan, permainan dan sukan, ‘Gigih’ juga menyediakan ruang penulisan kreatif untuk pelajar yang berminat dalam bidang penulisan. Siti Normah, Siti Hawa, Rokiah, Zainun Mustaffa dan beberapa yang lain pernah menghiasi kulit ‘Gigih’ apabila berita pasukan bola jaring yang menjadi Johan Negeri  terpapar dalam akhbar dijadikan sebagai kulit.
Semasa saya berada di Form 4, saya mencuba untuk menjadi penulis. Saya tulis sebuah cerpen melankolik mengisahkan tentang seorang abang yang kehilangan adik kesayangannya bertajuk ‘Jangan Kau Pergi’. Ceritanya pendek. Sedih? Sudah tentu! Masa remaja, suka bermain dengan emosi. Saya hantar ke Sidang Redaksi Majalah Gigih dengan harapan yang besar ia akan dipilih untuk diterbitkan.
Ismail Mat Isa menjelma dalam kehidupan saya semasa berada di Form 4. Dia tua hampir  dua tahun dari saya, ‘remove’ dan ‘repeat’. Ismail, seorang pendiam tetapi seorang pemerhati. Pemerhatiannya cukup tajam. Seronok bersahabat dengannya kerana sifat mesra, rendah diri dan adakalanya suka berjenaka. Kerana umurnya lebih tua dari saya, adakalanya saya merasa dia seorang abang. Dia cukup berminat dengan sastera dan bidang penulisan  dan kerana itu dia terpilih untuk menganggotai majlis Sidang Redaksi Majalah “Gigih’. Guru sastera kami, Cikgu Sulaiman Kassim sangat menyayangi Ismail dan kerana sastera mereka berdua menjadi akrab.
Cerpen yang saya hantar sampai ke tangan Ismail untuk dinilai. Dia termasuk dalam Jawatankuasa yang memilih artikel dan penulisan untuk diterbitkan dalam majalah ‘Gigih’. Suatu hari saya sempat berbual dengan Ismail dan terus menanyakan kedudukan cerpen saya sama ada diterima atau tidak untuk diterbitkan. Dengan mudah dia menjawab ‘Tidak’ sebab ‘taada kualiti’ jawabnya ringkas. ‘Jalan ceritanya tak lojik’ dan ‘terlalu banyak bermain perasaan’. ‘Bahasanya pun teruk’ katanya.
Alangkah kecewanya perasaan saya ketika itu. Sakitnya hati!!! Namun keputusan Ismail terpaksa saya terima walaupun ketika itu berasa tidak berpuas hati. Cerpen saya gagal mendapat tempat dalam ‘Gigih’. Kelemahan yang dinyatakannya pada mulanya susah saya akui namun apabila berpeluang membaca hasil penulisannya dan membandingkan dengan penulisan saya, nyata, bahasa saya lemah, jauh tertinggal. Bahasa sastera Ismail sangat menyerlah. Bahasa Melayu saya memang bermasalah, tidak sebaik sepatutnya, mungkin kerana saya dari aliran Inggeris. Kekecewaan saya diubati dengan komen Ismail untuk menulis.
Minat dalam bidang penulisan tidak terkubur dengan peristiwa itu. Saya terus menulis setelah meninggalkan SMBK. Di ITM saya pula menjadi Ketua Editor akhbar pelajar ‘Biro Pelajar’ sekitar 76 – 78. Akbar ini pernah kena ‘banned’ sebab terlalu agresif memperjuangkan suara pelajar. Pernah juga menulis skrip untuk RTM dan menulis skrip drama pentas. Skrip yang dihantar ke RTM tidak diterbitkan, tetapi ada  ‘Drama Minggu Ini’ yang memaparkan cerita yang sama dengan skrip saya itu. 1985, saya memenangi hadiah Sutradara Terbaik Pesta Teater Negeri Sembilan yang mana skrip ‘Si Bongkok Tanjung Puteri’ saya ubahsuai dengan keadaan masa.
Tidak banyak karya penulisan saya hasilkan semasa bertugas sebagai guru. Namun sebagai pensyarah di Universiti, saya diberi segala kemudahan untuk menulis. 2001 adalah tahun kelahiran buku saya yang pertama. Selepas itu saya tidak berhenti menulis. Hari ini saya sedang menulis untuk menyiapkan buku saya yang ke 9, insyaAllah. Pada Malam Gala yang lalu, dengan simpanan naskhah terhad, saya sempat menghadiah 5 dari 8 buku saya kepada Cikgu Md Zain Rais. Dari lapan buah buku yang telah saya terbitkan, hanya dua buah untuk bacaan umum manakala yang lainnya buku akademik bidang senilukis atau Kesenian Islam.
Ismail Mat Isa, seorang sahabat dalam masa yang sama, seorang  abang. Kritikan pedasnya menyedarkan kelemahan saya. Sangat susah sebenarnya untuk memiliki seorang sahabat yang mengkritik dan berterus terang dengan jujur. Beliau tidak teragak-agak untuk menyatakan kelemahan sahabat. Kalau ikutkan hati, ketika itu, memang segala kritikannya itu telah mengguris hati saya, dah berkelahi dah, namun, sifat abangnya itu telah dapat memulihkan semula hati yang terguris ini dan menjadikannya semangat untuk berubah. Abang Ismail Mat Isa, hari ini buku saya terdapat di semua perpustakaan di universiti-universiti dalam negara dan beberapa universiti dan luar negara dan menjadi rujukan untuk ribuan pelajar dalam bidang seni lukis. 
Ismail Mat Isa….SMBK dan ‘Jangan Kau Pergi’. Penulisan saya bermula di sini. Terima kasih Ismail atas dorongan dan kritikan. Hari ini saya tidak boleh berhenti menulis, setiap hari mesti menulis. Kalau ada sahabat yang jemu membaca penulisan saya dalam blog ini, maaflah. Kalau idea dah datang, saya mesti menulis, tak boleh tangguh. Kalau ideanya tentang kenangan kita bersama, maka blog inilah platform menjadi mangsa ruangan penulisan saya.
Dalam usaha menyiapkan buku ke 9 ini, buku ke 10 dan 11 sebenarnya sudah bermula. Suasana di Ulu Bendul ini kondusif untuk menulis. Sunyi, dingin, angin, kejernihan air dan kehijauan alam. Saya akan terus menulis selagi Allah mengizinkan….. Ismail, terima kasih dan naskhah percuma akan saya hadiahkan sejurus menerimanya dari pihak penerbit. Shidi.



KINI KU MENJELMA LAGI.......

Assalamualaikum,

Sobolum apa2 saya minta maaf dulu, kerna lamo tak menulis baik di FB atau di Blog, baru2 ni Sdr Wahab dan Mariani bertanyo pd sei kenapa mendiamkan diri, tak dongar2 cito apo2 pun, sobonarnya saya kehilangan idea dan tumpuan, tetapi saya sentiasa mengikuti kwn2 baik di FB atau di Blog, saya hanya mampu membaca saja dan  terhibur dgn cito2 kwn2, tkasih semua.

Oleh kerana MD dan Sdr Tok Perak dah bertanyo maka saya cuba mulokan disini.... 



Sobonar ee saya masih dibelenggu dgn reunion kita tempoh hari, yg rata2 telah berjaya dgn happy ending. Tapi saya berasa sedih dgn satu cerita ini baru2 saja berlaku mengenai satu reunion yg diadakan diantara bekas pelajar2 di salah sebuah sekolah popular (GAH)di Sban ini.

Ceritanya begini, mereka membuat persiapan utk ber-reunion 2-3bulan sebelum tempohnya, mereka telah mengadakan meeting atas meeting berturut2 sehingga sebulan sebelum tempoh semua bekas pelajar2 tersebut bersetuju untuk hadir hampir 40 orang semuanya, sungguh mengembirakan, malangnya pada saat 3-4hari sebelum tarikh hampir setengah dari ahlinya menarik diri.

Pengajur dan AJKnya telah menempah itu dan ini seperti yg telah kita lakukan, disaat akhir tanpa diduga perkara tersebut pun berlaku, dewan dah ditempah, makan dah ditempah segala2nya keperluan yg telah dipersetujui telah diatur dgn pihak tertentu, deposit pun dah dibagi. Pihak AJK telah mendahulukan deposit dan beberapa bayaran telah dibuat, kerana seronoknya utk berunion tak kira kerana sanggup berbuat demikian demi kwn2. 

Akhirnya yg dtg tak sampai suku dr jumlah yg sepatutnya, Sudah tentu yg tarik diri takkan mengeluarkan apa2 saja perbelanjaan, kerana mereka tak dtg.  Sungguh sedih kwn2 saya dpt dgr cerita ini, walau apa pun saya bersyukur keatas reunion yg kita buat tempoh hari berjaya, amat2 berjaya....debaran saya sudah hilangggggg...... timbul satu kegembiraan yg tak terhingga, tkasih kwn2 begitu juga tkasih kepada tetamu kehormat kita, kpd Pengetua, guru-guru yang hadir kemajlis kami tempoh hari. 

Memang kita sebenar-benarnya kawan yg bergelar sahabat yg sanggup berkorban dan bekerjasama, kwn2 memang ikhlas dan berhati murni sehingga apa yg telah dicaturkan berjaya keakar umbi....Tkasih sekali lagi....

Rupanya reunion SMBK69/74, ada yg memerhatikannya, saya ditanyai baru2 ini oleh salah seorang bekas pelajar smbk juga mengenai reunion kita itu, dia mengatakan syabas kpd saya, dan dia sungguh teruja kerana dia yg juga bekas pelajar smbk tak dpt merasai seperti itu, dan saya telah memberi alamat blog kita utk dia lihat dan baca sahaja......

Sekian dulu, dilain masa saya sambung lagi.....

Salam utk semua.................SSAK


KENANGAN MENGUSIK JIWA

            Pada tahun itu, majlis sukan daerah Kuala Pilah di adakan di padang Sekolah Tunku Muhamad, Kuala Pilah. Saya adalah salah seorang wakil SMBK ke majlis sukan tersebut. Saya mengambil acara 100m lompat pagar, lompat jauh dan 100m/400m lari berganti2. Majlis sukan dulu2 memang sangat meriah dan penuh protokol.

           Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan pada tahun tersebut dan masih terasa sedih dan ralatnya sampai ke hari ini ialah saya kehilangan beg yang berisi dengan spike adidas berwarna biru, skirt putih berpleat keliling pinggang yg di tempah khas dan topi kesayangan saya yg dipenuhi dengan lencana yg saya kumpulkan sejak saya di kelas peralihan lagi....

           Bila saya sedar beg saya dah hilang, saya pun meghaung di bawah khemah peserta...saya tak peduli dah....puas kawan2 memujuk....tak lut....selemo pun dah keluar....tiba2 arwah cikgu Izhab datang memujuk saya...." normah....sebona eh oghang yg ambek beg kau ni, minat bona2 kek kau....jadi dio tak dapek tuan eh, dapek beg pun jadilah".....saya pun menangis lagi kuat sambil membebel2..." oghang pueh ngumpul an badge tu botahun2 dio sonang yo nak ngambek...hu hu hu...kaghang macam mano sayo nak laghi....spike pun dah takdo..hu hu hu....ckgu Izhab kata...nanti pakai spike sekolah.....saya jawab...mano saya buleh pakai spike sekolah tu....bosa.....Akhirnya saya pakai kasut sekolah utk acara lari berganti2....nasib baiklah acara saya yg lain dah selesai....

          Bila habis acara, murid2 pun berkumpul menunggu bas utk balik....sekali lagi arwah cikgu Izhab dtg kepada saya dan memberikan saya bendera sekolah....." nah normah,  pakai kain bendera ni balik sampai rumah sebab skirt kau dah hilang....esok bawak balik ke sekolah...dengan patuh saya pun mengambil bendera buat kain. Sampai di pokan juaseh, atok saya dah menunggu dengan basikalnya. Buntang mato atok saya melihat keadaan anak cucunya yang pastinya kelihatan pelek...memakai kain bendera...." apo pulak kono eh kau ni? soal atok.....bila saya jawab saja soalan atok, saya pun start meghaung semula sambil menceritakan keadaan yg sebenar......" eden tak koso nak boli an kasut kau lae doh kata atok saya"....raungan saya makin kuat di atas carrier basikal atok saya......

         Berita kehilangan beg saya mungkin telah tersebar di kalangan guru sekolah......beberapa hari selepas kejadian itu ckgu rauf dtg berjumpa saya dan bertanya tentang spike saya yg hilang...saya pun berceritalah.....keesokan minggunya, ckgu rauf memanggil saya dan memberikan saya sebuah kotak...apabila saya buka, rupa2nya kotak itu mengandungi spike adidas biru yg baru sama seperti spike saya yg hilang itu.....terima kasih banyak2 ckgu.....saya pun gunakan spike itu di kejohanan olahraga peringkat negeri, mewakili daerah Kuala Pilah dlm acara 100m lompat pagar......

         Alhamdulillah....saya dapat spike adidas yg baru......ckgu rauf memang seornag guru yang baik dan pemurah....dia selalu belikan saya kerepek pisang, kerepek ubi, nenas dalam tin, laici dalam tin yg saya makan bersama kawan2...yg menjadi ralat di hati saya sekarang ini ialah kehilangan topi kesayangan saya yg di penuhi dgn lencana itu......kalaulah topi itu masih ada ...pastinya saya simpan sampai ke hari ini tapi apakan daya.....rezeki utk memilikinya sampai ke hari ini tidak kesampaian.....

         Di harap kawan2 tak jemu membaca cerita saya ini.....hanya luahan hati yg masih terasa.....

Sekian, terima kasih kerana membaca.

Kisah Benar
Siti Normah

Wednesday, February 9, 2011

TEH TARIK BERSAMA PROF SHIDI

Saya pagi ini berkesempatan untuk bersantai bersama rakan di res Pengerusi dan sempat juga membuka blog kita. Sempat juga memasukan photo terbaru seorang rakan kita seperti di bawah. MRBY



Toko gambar cun ni.Sapo geeh.



Ni gamba sapo plak ni..?


.

Monday, February 7, 2011

JEMPUTAN KHAS

SALAM RAKAN-RAKAN,

SAYA BAGI PIHAK TUAN HJ SALIM SHARIF DAN TUAN HJ JALIL INGIN MEMPERSILAKAN KAWAN-KAWAN KE MAJLIS MEREKA PADA MASA, TARIKH DAN TEMPAT SEPERTI DI BAWAH:

HJ AB JALIL ABDULLAH.

KAHWIN ANAK SAUDARA,

TARIKH: 13 FEBRUARI 2011,

MASA:  11.00 PG HINGGA 3.00 PTG

TEMPAT:

KAMPUNG REMBANG PANAS,
KUALA PILAH, NSDK.



HJ SALIM SHARIF,

KENDURI KAHWIN ANAK.

TARIKH: 19 FEBRUARI 2011,

MASA: 11.00 PAGI HINGGA 3.00 PTG

TEMPAT:

KAMPUNG PADANG LEBAR,
72200 BATU KIKIR, NSDK.

MOHD SHARIF AHMAD.

SATU PERTEMUAN SERIBU KENANGAN

Hari ini saya mencuba pula menulis seperti yang disaran oleh pengerusi kita En Shariff Ahmad.. saya ni suka juga menulis..tapi sejak kebelakangan ini (sejak menjadi surirumah sepenuh masa) bayak benar tugas yang harus diutamakan terlebih dahulu.  Baru saya tahu bahawa menyandang tugas sebagai suri sepenuh masa lebih bayak commitment dari bekerja dikantur atau bekerja makan gaji.  Ada saja perkara yag harus dibereskan.  

Duduk mengadap PC ni pun tak boleh nak lama, habis lama pun 1/2jam lepas tu karang adalah yang manggil...Ma mana baju skolah Bi yang baru beli tu..panggil anak saya, Baby..atau... Ni...pisang tadi dh goreng ke..suami saya pulak..pendekya nak duduk berjam-jam memikirkan apa yang nak ditulis dlam blog ni memang tk de kessempatan....jadi 2nd CEO dlm rumahtagga ni memang begitulah..buzy memanjang..nk pastikan perjalan rumahtangga keluarga berjalan lancar..dh potang potang ni plak idea tak mudah datang secara spontan..kena termenung dulu nak cari mood... tapi sekarang saya dayakan jugalah kerana Tn Pengerusi dh heboh tanya bilo lgi nk tulis... Nk tunggu masa lelama berfikir memang tak dapat...jadi hantam sajalah...kalau saya merapek merapu...bahasa lintang pukang..tk tentu ujung pangkal saya minta banyak2  maaf..

Tak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kita akan dapat berjumpa lagi selepas perpisahan form3.. 40thn yang lalu..kalau jumpa pun mungkin cara xformal...jumpa dijalanan atau dimajlis majlis, perjumpaan yang begitu mungkin susah untuk kita nak mengenali antara satu sama lain...melainkan dh selalu jumpa.  


Saya pernah terjumpa seorang kawan yag pernah tinggal menyewa dengan saya sewaktu saya mula2 jadi guru sementara di Pasuh 1 lebih kurang 35thn yag lalu..dimajlis perkahwinan anak kepada sepupu saya itu saya beranikan diri menegur dan berbual dengan wanita ini kerana saya yakin bahawa dialah orangnya kawan rapat saya yang tinggal serumah dan mengajar satu sekolah...berdasarkan rupa parasnya dengan usianya yang lebih 3thn dari saya. Saya bertanyakan pernahkah dia mengajar ditempat saya mengajar dulu..,jawapnya ya..pernahkah dia duduk diquarters guru bersama kengkawan ..jawapnya ya juga..saya bertanya lagi adakah namanya Sharifah jawapanya ya ... ya Allah memang tak syak lagi inilah orang yang saya panggil kak Pah dulu...yang selalu mengikut saya balik kampung tinggal 2,3hari di rumah saya bila cuti sekolah..saya terus menerkam dan memeluknya..nak menangis saya kerana gembira berjumpa semula kawan lama yang sangat saya rindu,....saya goncang2 badannya.. kak Pah xkenal saya lagi ke...ini Mariani kawan serumah akak ketika mengajar diPasuh 1 dulu..kata saya..rasa terlerai rindu saya yang terkumpul sekian lama.   Dia terpinga2..walaupun ada senyuman diwajahnya.  Saya terasa kurang respond darinya 'maaf..saya tk berapa pasti'..katanya...Berderau darah saya...perlahan saya lepaskan pelukan..malu bercampur kecewa .'.kak Pah dh tak ingat saya..? 'akak mengajar disana tahun berapa' tanya saya..'tahun 85' katanya....Panas.., merah padam muka saya rasanya..malu tak terhingga.., rupanya saya dh tersalah orang..saya menjadi guru attachment disek keb Pasoh 1 dlm tahun 76-77. Memang dia ada mengajar di sana tetapi berlainan tahun. Semenjak dari itu saya dh tk berani nk pandai2 mengaku kenal pada orang kalau orang tk tegur saya terlebih dulu.,takut jadi macam tu lagi..Huh.. banyak benar pelanduk dua serupa...berkali2 saya meminta maaf darinya...walaubagaimanapun kami dh menjadi kawan baru..


Pandai Sharip mengatur pertemuan kita.  Kali ini saya tak mungkin tersalah orang lagi...kalau tak ingat nama pun atau wajahnya samar2, yang pasti mereka adalah kawan sama sekolah di SMBK dulu...


Dalam pada berhati hati saya terkena lagi..namun kali ini dalam case yang berbeza......Saya add CT Hawa dalam FBnya, dari recommendation CT Shara...Dalm box message CT Hawa saya tanya khabar dan adakah dia masih ingat saya...rasanya dia pasti ingat sebab saya duduk disebelahnya selama 1 tahun masa di remove class, walaupun saya ni jenis pendiam, pemalu n penakut..kalau dh duk dekat selama setahun tentu ingat kot...CT Hawa memang semua orang kenal...dia seorang celebrity popular dizaman persekolahan dulu..dia pandai menyanyi, menari, belajar pun bleh tahan..dan yang penting CT Hawa adalah pelajar paling cantik di SMBK di era kita dulu..

Sangkaan saya memang meleset.  Rupanya CT hawa tak kurang juga pelupanya..biasalah tu..umur dh meningkat ...dia memang tak kenal saya...'ingat ingat lupa...jangan marah'..katanya membalas message saya...Saya langsung tak rasa marah pun kerana saya tahu saya kurang menonjol masa sekolah dulu., tak ramai orang yang kenal saya..tak hairanlah kalau CT Hawa pun tk ingat saya....


Reunion kali ini memang membawa seribu makna pada saya...semasa dalam perjalanan ke Ilham selepas tol menghampiri R&R PD dada saya bergoncang kuat...dh dekat sampai R&R ni perlahan sikit berhenti kat R&R dorang tunggu kat situ saran saya pada suami..suami menurut saja...kami berhenti di salah satu tempat parking disitu..bagaimana hendak saya mulakan apabila bertemu kengkawan nanti.. saya ajak suami & Rokiah turun, Rokiah tumpang kereta saya dari Seremban kerana suaminya tk dapat hadir sama. Rokiah dan saya adalah kawan baik.

Orang pertama saya temui ialah Ismail Isa...pada masa tu saya memang tak ingat namanya..mungkin form3 dulu dia lain kelas kot..entahlah...namun saya masih ingat rupaya dan dia sekampung dengan Badariah n Sharip...itu saya memang pasti. 'Ingat saya tak'..tanya Mael...'rupa kenal tapi nama tak ingat..maaf ya'..kata saya...Maellah..,Ismail Isa..kata Sharif yang baru datang dari depan..Oo  ha dah ingat dah..kata saya..Sharif memag saya selalu jumpa di kampong.. Suami bersalaman dengan Ismail dan Sharif. Selepas berbual lebih kurang, saya kehadapan lagi..ada CT Shara n Rubiah..kami berpelukan sambil mengesahkan hal diri masing2..saya nampak CT shara masih ayu, cantik..berkulit bersih..matanya merah mungkin baru lepas mengalirkan air mata  brjmpa kengkawan lama .begutu juga Rubiah yang cute n comel..kemudian datang pula CT hawa...'Mariani..Mariani' ..dia menerpa...Awooo... jerit saya pula..dia memeluk saya...,polok..polok dh lamo tak jumpo ni...kata Hawa...kami berlaga pipi..bangganya sya..hawa masih ingat pada saya.....kau duduk sobolah maghin yo?...ktanya...Iyolah...dogheh bona lupo jawab saya... Keadaan jadi hiruk pikuk kerana Sharif, Mael CT shara n Rubiah pun tumpang sekaki. Hawa tidak banyak berubah,..dalam usia 55thn dan dh bercucu, masih terserlah kejelitaannya ..kulit kuning langsat..masih keletah dengan suaranya yang lantang...


Pandangan saya beralih kepada seorang lelaki tampan bergaya berbadan tegap tinggi berkacamata hitam..memandang dengan senyuman sedari tadi..'Ini siapa..husband u ke shara' tanya saya kerana dia berdiri disebelah CT shara...haah..husband i masa sekolah dulu...kata shara...saya tahu shara bergurau..haaa Razali Khamis..teka saya lagi..haa tu baru boto kata Razali...dalam hilai ketawa kami bersurai untuk bertolak ke Ilham...


Dalam perjalanan ke Ilham Resort PD, saya tak henti2 bercerita mengenai kawan2 kepada suami..lepas seorang seorang nama kengkawan saya sebut...suami saya yang pendiam hanya mendengar, sesekali tersenyum...Rokiah pula yang duduk dibelakang kekadang menyampuk........banyak lagi kesah kita masa disekolah kalau hendak dikatakan..jika ada kesempatan dengan izin Allah saya ingin bercerita lagi....hingga kita berjumpa lagi salam kasih sayang, salam rindu dan jaga kesihatan, jaga dirimu baik2.  Assalamualaikum.





Oleh: Mariani Duaji (MD) 

KENANGAN LALU 3

KENANGAN LALU 3
Hasnan, Seni Lukis dan Cinema Club SMBK.
Kenangan Lalu Siri 2 saya mendapat perhatian dari beberapa orang sahabat. Terima kasih Normah, Jalil, Sharif dan LAR kerana menambah kenangan manis kita bersama. Saya sengaja menyebut nama Abang Datuk Izat dan Kakak Cikgu Saedah, sebab inilah dua insan yang turut menjadikan saya seperti adanya saya pada hari ini selain dari ayahanda saya dan Cikgu Zain Rais. Jalil masih teringat lukisan ‘Koboi ber’draw’ saya. Itu poster untuk Wayang Gambar anjuran Cinema Club ‘Stagecoach’ (lakonan Mike Connors (Mannix) dan ‘The Gunfighter’. Cinema Club ini miliki sejarah dan kenangannya sendiri.
Dunia lukisan saya terbuka bila berkenalan dengan Hasnan. Semasa saya berada dalam Form 3B, Hasnan menjadi kawan baik saya. Hasnan sangat pandai melukis. Lukisan figuranya cukup bergaya. Pensil dan pen sketchesnya cukup bertenaga.
Semasa berada di Form 3B, Hasnan telah menyiapkan sebuah Komik (tajuknya dah lupa). Komik ini dihasilkannya sendiri, dengan lukisan tangan. Cukup cantik, macam komik yang dibeli di kedai. Masa itu lukisan komik Abdul Halim Teh sangat popular. Seronok melihat mainan jari jemari Hasnan melukis dan hasil lukisannya.
Saya terpengaruh dengan hasil karyanya dan cuba untuk meniru. Dari sinilah bibit seni lukis saya bermula. Namun begitu, komik yang saya harapkan itu tidak berjaya saya siapkan. Saya cuba menghasilkan komik cerita Perang Dunia Kedua seakan-akan cerita Dirty Dozen, tapi tak kesampaian. Hasnan banyak memberi komen berkenaan lukisan saya. Adakalanya gembira dengan komennya itu dan adakalanya sakit hati diketawakannya. Pirdaus sepatutnya masih ingat banyak mengkritik karya saya. Namun itulah bermulanya proses seni lukis saya. Gaya lukisan saya banyak dipengaruhi oleh gaya lukisan Hasnan.
Semasa berada di Form 4, Hasnan meninggalkan SMBK ke TMS. Kami tidak pernah lagi bersua selepas itu. Cikgu Md. Zain Rais mengenengahkan bakat saya. Saya masih ingat, ketika kerajaan menganjurkan Pesta Pembangunan di Rembau, saya telah diminta oleh Cikgu Zain untuk membuat poster kejayaan seorang petani di Jempol. Berhempas pulas juga saya berusaha untuk menyiapkan lukisan tersebut. Cikgu Zain ingin perkataan ‘SYABAS’ sebagai tajuk poster untuk menggambarkan kejayaan petani berkenaan. Akhir sekali, menggunakan idea Cikgu Zain, kami memotong perkataan SYABAS dari iklan Benson and Hedges dan ‘montage’kan pada poster saya. Hasilnya sangat unik dan luar biasa. Teknik itu kemudian saya pelajari semasa belajar di ITM dengan gelaran ‘collage’. Saya berkesempatan ke Pesta Pembangunan itu dan melihat sendiri hasil karya poster saya terpamer di salah sebuah gerai dan cukup seronok melihat orang ramai terpegun dengan idea ‘Collage’ itu. Sesuatu yang baru ketika itu.
Saya terus melukis. Cinema Club menjadi platform saya mengasah bakat. Mr. Ramu Naidu, penasihat kelab akan meminta saya melukis poster untuk tayangan gambar sekolah.
Saya masih ingat panggung wayangnya ialah bilik darjah yang dibuka partition dan digabungkan dengan dewan. Tingkap akan ditutup dengan kain hitam untuk mencegah kemasukan cahaya. Projektor akan ditempatkan di belakang dewan/panggung untuk memutarkan filem. Setiap kali filem bertukar reel, tayangan akan dihentikan. Bila tingkap ditutup, bilik jadi panas, murid berpeluh dan akan menjelmalah kepelbagaian bau yang menusuk hidung. Namun kami seronok menonton filem. Lebih seronok mengenangnya kembali.
Pengetahuan teknikal ketika itu terhad. Pernah satu hari, kerana tidak tahu menggunakan ‘lens adjuster’ semua pelajar menonton filem kabur dari awal hingga akhir. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan lagi ialah filem ukuran cinemascope ditayangkan menggunakan projector scope biasa maka terpaparlah gambar kurus tinggi dan panjang. Satu lagi peristiwa ialah reel filem yang ketiga dimainkan pada reel yang kedua akibatnya, cerita itu tamat dahulu dan bersambung dengan pertengahan cerita. Ini berlaku pada cerita lakonan Rod Taylor kisah peperangan dunia kedua di Filipina. Tajuknya dah lupa. Salah satu kegemaran Mr Ramu Naidu ialah pergi menjemput filem berkenaan dengan motosikalnya, waktu sesi persekolahan, di Stesen Keretapi di Bahau. Pos Laju dan Courier belum ada lagi ketika itu.
Mr. Ramu akan memberi saya tajuk filem dan terpulanglah kepada saya untuk membuat visualization nya. Segala ilmu yang saya pelajari dari Hasnan, saya gunakan untuk melakar poster ini. Adakalanya Mr. Ramu suka dan setuju dengan visualization saya dan adakalanya tidak.
Tiket wayang juga dicetak sendiri menggunakan mesin saikostail. Photocopy belum ada lagi ketika itu.  Untuk mengelakkan tiket haram cetakan sendiri, maka Mr. Ramu akan cop pada setiap tiket dan hanya yang bercop ini sahaja akan dijual dan dibenarkan masuk ke panggung. Tapi sentiasa ada sahaja sigenius Iskandar dapat mematahkan sistem ini dan ramai juga yang masuk percuma.
Banyak poster yang saya lukis. Kemahiran lukisan saya berkembang dengan baik dan ramai yang suka dengan lukisan poster yang saya buat.
Semasa Form Five, terdapat hanya segelintir kecil sahaja pelajar yang menduduki kertas Seni Lukis. Yang saya masih ingat Iskandar. Subjek seni lukis tidak diajar dalam kelas pagi, kena belajar sendiri. Ada seorang cikgu sementara perempuan (dah lupa nama tapi lawa) yang berusaha mengadakan kelas tambahan sebelah petang, tapi calon yang tak datang.
Senilukis dalam MCE lagi dahsyat kenangannya. Saya tersalah pilih kertas. Saya terkeliru dengan ‘Lukisan Orang Hidup’ dengan ‘Lukisan Gubahan Fikiran.’ Iskandar, seingat saya cuba membetulkan kekeliruan saya, tapi ketika itu sombong, terlalu yakin tak mahu dengar cakap orang. Akibatnya, sayalah satu-satunya calon kertas ‘Lukisan Orang Hidup’.  Saya dikehendaki melukis potret. Saya masih ingat, Muzammil (Tkt. 4) menjadi model saya. Oleh kerana hari itu hari pertama peperiksaan MCE, mesyuarat semua invigilator diadakan.Oleh itu semua invigilator  hadir. Saya masih ingat saya seorang yang melukis diawasi oleh 8orang invigilator.
Namun saya berjaya dengan ‘distinction A1 untuk subjek seni lukis saya dalam MCE. Dengan kelulusan ini serta dengan khimat nasihat dan bimbingan Cikgu Ali Yakob, saya melanjutkan pelajaran ke Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ITM. Di sini saya mendalami bidang seni lukis hingga ke peringkat tertinggi. Hari ini karya seni lukis saya terpamer dan dijadikan koleksi beberapa pengumpul karya seni lukis di Malaysia dan juga antarabangsa. Di Malaysia. karya seni lukis saya terpamer di Galeri-galeri dari Johor hingga ke Langkawi. Peringkat antarabangsa pula terdapat lukisan saya menjadi koleksi seni di Indonesia, Thailand dan Autralia. Malah dalam usaha untuk mempamerkan karya di USA dan UK.
Bila direnung semula, segalanya bermula di SMBK. Tidak pernah sekali-kali seorang anak kecil di SMBK tahun 1969-1974 dulu menyangka karyanya akan terpamer di peringkat antarabangsa. Hasnan, Mr. Ramu Naidu, Cinema Club, Cikgu Md Zain dan Cikgu Ali Yakob tidak ketinggalan, Iskandar, ….terpahat bersama setiap lukisan yang saya hasilkan. Terima Kasih semua. Shidi.

Saturday, February 5, 2011

HATI-HATI MELAYARI FACEBOOK

Oleh Mohd Sharif Ahmad

Bertemu semula rakan-rakan.

Abdul Qawiyy Di Kuala Sg Baru


Bang Ngah Di Jeti Kuala Sg Baru

Hari ini genap 7 hari saya tidak menghantar posting ke blog ini. Saya gembira kerana telah ramai yang sudah mula menulis di sini. Terima kasih Shidi, Kandar, Jalil dan Siti Shara kerana membantu saya menjaga blog ini dan atas semua coretan kalian yang amat bermakna tersebut. 

Saya percaya kepada bakat yang ada dalam diri setiap kita. Selepas ini kita tunggu cerita menarik dan posting dari Halimah, Mariani, Latifah, Mail, Rashid dan lain-lain lagi.

Saya tau Mariani dan Latifah berbakat menulis sebab saya baca dalam komen-komen mereka di blog kita ini. Contohnya yang terkini cukup panjang Mariani tulis mengenai coretan Jalil itu.

Tajuk posting saya kali ini "Hati-hati Melayari Facebook" sebenarnya saya ambil dari Utusan Malaysia hari ini 5 Feb 2011, muka surat 10, ditulis oleh Ismail Hashim.

Tajuk posting dan artikel ini seolah-olah untuk menakutkan kita tentang kemudaratan yang boleh dibawa oleh laman sosial ini. Bukanlah tidak berasas kenyataan tersebut kerana telah berlaku beberapa perkara negatif disebabkan oleh kegilaan melayari fb ini. Banyak rumah tangga yang porak peranda disebabkan oleh suami yang asyik melayari fb atau sebaliknya isteri lupa menghidangkan makanan kegemaran suami kerana asyik melayari laman sosial ini.

Kebaikan yang terserlah sekurang-kurangnya kepada kita ialah FB berjaya mencantumkan kita yang telah terpisah sekian lama 10 tahun, 15 tahun, 20, 30 atau 40 tahun. Kita warga SMBK 1969-1974 bukanlah tidak berusaha sebelum ini untuk bertemu dan bersua, namun segalanya menjadi mungkin sejak kita menggunakan saluran FB ini. Segalanya menjadi mudah kerana kita memfokuskan kepada topik yang sama dalam setiap perhubungan kita.

Untuk itu kita seharusnya berterima kasih kepada kewujudan FB ini yang bukan sahaja memberi manafaat kepada kita warga SMBK, malah kepada seluruh insan di alam maya ini.

Saya teringat kepada satu ungkapan oleh Negarawan Tanah Air  suatu ketika dahulu iaitu "Benda yang baik jika disalahgunakan ia pasti boleh membawa bencana" Ketika itu beliau memberi contoh sebilah pisau yang tajam sekiranya digunakan untuk tujuan pembedahan, mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Pada masa yang sama, pisau yang tajam boleh juga digunakan untuk tujuan membunuh seseorang.

Terpulang kepada kita untuk tujuan apa sebenarnya kita menggunakan kemudahan FB ini. Untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya. Dalam artikel di Utusan Malaysia itu juga disebutkan bagaimana seorang perempuan yang bijak yang merupakan seorang Pensyarah akhirnya dapat ditipu oleh rakan FB dia. Dia kehilangan RM30,000.00 hanya kerana ghairah mempercayai kata-kata manis, ayat-ayat cinta yang diterimanya dalam FB.

Agaknya itulah sedikit nasihat diberikan oleh penulis berkenaan agar kita seharusnya berhati-hati dalam melayari FB ini. Usah terlalu ghairah, usah mudah percaya, jangan mudah digoda dan jangan mudah diperdaya.

Saya tidak berniat untuk menasihati rakan-rakan, lebih-lebih lagi Tok Lombago yang pastinya ada jawapan kepada setiap persoalan. Namun saya percaya kepada kematangan kita semua dalam usia yang sudah cukup dewasa ini. Seandainya kita terjebak juga, anggaplah itu sudah suratan takdir kita. Untuk memujuk hati silalah membaca buku Shidi "Jejak Kesejahteraan" 

Namun daripada pemerhatian saya sejak berhubung dengan rakan-rakan melalui fb ini, semuanya berjalan lancar. Setiap orang berjaya mengawal diri sesopan mungkin. Gurau senda rakan-rakan cukup bersahaja dan apabila kita bertemu di PNB ILHAM tempoh hari semuanya berjalan dengan lancar dan kaum keluarga juga merasa puas hati. Suasana di Ilham pastinya memudahkan kita untuk merancang program yang lain pula nanti.

Hari ini saya sempat menghadiri kenduri kahwin anak rakan di Seremban. Kembali ke rumah anak-anak saya sudah bersedia untuk menyambut dan meraikan hari jadi isteri saya. Dalam keluarga kami sambutan hari jadi sejak dulu, tidaklah grand, sekadar melahirkan rasa kasih sayang dan menunjukan perhatian kepada orang tersayang sahaja.

Sebenarnya tarikh sambutan hari jadi untuk isteri saya lambat lagi iaitu pada hari Sabtu 19 Feb, bertepatan dengan tarikh kenduri di rumah Hj Salim. Namun oleh kerana pada tarikh tersebut anak-anak pastinya tidak akan dapat berkumpul serentak, maka mereka memutuskan untuk meraikannya hari ini. Anak-anak sudah besar, lalu saya dan isteri mengikut sahaja saranan mereka. Tidak ada isupun.

Happy Birthday Mama
                                                   
Saya selalu menyarankan kepada sesiapa sahaja, berilah keutamaan kepada keluarga kita. Jika kita dimasukan ke hospital, kawan baik, saudara mara, sahabat handai hanya datang sekali sahaja mengziarahi kita. Lebih-lebihpun dua kali, namun keluarga terdekatlah yang akan mengunjungi kita saban hari hingga kita keluar dari hospital.

Yang berkongsi segala kepayahan, kesakitan dan kepedihan ialah keluarga kita, dari itu sekali lagi jagalah dan sayangilah keluarga anda. Kepada isteri saya Happy Birthday in advance. Muga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan tercapai segala impian.

Semalam kami sempat ke Kuala Sungai Baru dan Pengkalan Balak, makan ikan bakar. Punyalah jauhnya nak makan ikan bakar, selesai makan, balik dan sampai rumah dah lapar semula, namun demi keluarga, sekali sekala, kami dayakan juga. 

Mohon maaf sekiranya posting kali ini terkeluar dari tajuk, namun saya yakin semakin lama kita akhirnya akan membicarakan perkara lain pula. Sekali lagi hati-hati ketika melayari facebook.


Friday, February 4, 2011

KENANGAN LALU 2

SMBK, RASHID DAN MUZIK

Dr. Murad, pada Malam Gala yang lalu, mengembalikan ingatan saya kepada satu kenangan manis ketika bersekolah rendah di Batu Kikir. Dr. Murad ringkas bercerita bagaimana salah satu kenangan yang tidak dilupakannya ketika bersekolah rendah dahulu di mana sebelum sesi berakhir cikgu akan minta saya menyanyikan sebuah lagu. Terima kasih Doc atas kenangan itu.
Bakat muzik saya dikesan oleh Mr. Quah Ban Ong ketika saya belajar di Standard 5 SRJ(I) Batu Kikir. Mr. Quah meminati muzik dan mengajar kami muzik. Masih ingat lagi lagu ‘Red River Valley’ dan ‘Whispering Hope’, yang kami nyanyikan secara koir dalam kelas. Tahir, Firdaus, Murad, Zamrus, Zahar pun sepatutnya segar dengan ingatan ini.
Berkenaan saya yang kena menyanyi sebelum sesi berakhir itu ada cerita sebaliknya. Mr. Quah dan Mr. Soo telah memilih saya untuk pertandingan talentime yang  diadakan di dewan SMBK. Sebagai latihan, saya disuruhnya menyanyi dalam kelas agar tidak berlaku stage-fright ketika talentime itu nanti. Maka kenalah saya menyanyi hampir setiap hari untuk pertandingan itu. Itulah peristiwa yang menjadi kenangan Dr. Murad.
Pada hari pertandingan, saya menyanyi dengan live band. Saya masih ingat Mr. Quah bermain Lead Guitar, Mr. Soo bermain Ryhthm Guitar Allahyarham Cikgu Izhab Harun main Bass Guitar. Cuma pemain drumnya hilang dari ingatan. Turut bertanding ialah pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (Melayu) dan SMBK. Lagunya seingat saya ialah ‘She’s a Lady’ (Tom Jones). Saya tak menang tetapi lagu itu dari awal hingga akhir, berjalan lancar tanpa gangguan.
Semasa saya berada di Form 1 SMBK, sekolah menganjurkan talentime. Saya turut serta bersama Tahir, Siti Hawa dan lain-lain. Seingat saya, lagu yang saya bawa ialah ‘Delilah’ (Tom Jones) tapi menurut Tahir dan juga Sharif dalam perbualan baru-baru ini Ilham Resort, saya nyanyi lagu Hindustan (Saya pun dah confuse,  mungkin 2 occasion yang berbeza). Tahir dengan ‘Yellow River’nya. Saya menang, menurut Tahir, juri tak tahu apa yang saya cakap sebab lagu Hindustan. Saya masih ingat lagi hadiahnya, sekotak cat air (watercolor) kecil dengan sebatang berus.
Semasa saya berada di Form 4 (kena juga pakai ‘Form’ sebab masa tu glamour sikit) Rashid menjelma dalam hidup saya bila dia menyertai kelas Form 4 kami. Rashid tua hampir 2 tahun dari saya, ‘Remove’ dan ‘repeat’. Satu petang Rashid datang ke rumah saya (quarters Balai Penghulu di Juasseh) dan kali pertama dia memainkan gitarnya dengan lagu ‘Hanya Nyanyian’. Kagum saya…bunyi macam di Radio. Semenjak itu saya belajar bermain guitar dengan Rashid. Banyak yang Rashid ajar hingga saya mahir main ‘folk’ guitar. Saya bernasib baik kerana ada sebuah guitar kapok di rumah. Bukan kepunyaan saya. Guitar itu ialah hadiah kakak saya Cikgu Saedah (bekas gurubesar Sek. Keb. Pusat Juasseh) kepada abang saya (Datuk Izat, kini Ketua Pengarah RISDA) kerana berjaya cemerlang dalam HSC. Tapi saya lebih bernasib baik kerana adanya Rashid, guru muzik saya.
Kehadiran Arwah Cikgu Ali Yacob juga memberi kesan kepada saya dalam bidang muzik. Dia juga banyak mengajar saya tentang muzik dan bermain alat muzik (saya mempunyai banyak kenangan manis dengan Cik Gu Ali. Kisahnya akan, insyaallah, dipaparkan dalam siri Kenangan Lalu yang lain.). Keyakinan penuh saya bermain guitar ialah bila mengiringi Cikgu Jamilah/Jamaliah (tak sure) (masa tu belum kahwin dengan Allahyarham Cikgu Mokhtar) menyanyi semasa berkhemah di Jeram Tengkek. Apa sahaja lagu yang Cikgu Jamilah nak nyanyi, saya boleh memainkannya dan mengiringinya. Masa itu lagu Inggeris jadi favourite.’My world is Blue’, ‘500 miles’, ‘Unchained Melody’, ‘Country Roads’ dan banyak lagi. Kini lagu-lagu itu hanya mengimbau kenangan.
Bersama Rashid serta classmate Form 4, kami pernah mengadakan ‘Konsert’ di SMBK. Di bawah galakkan dan bimbingan tunjuk ajar Cikgu Md. Zain Rais, pernah kami menganjurkan sebuah konsert. Kebetulan ketika itu ada seorang guru sementara (namanya sudah hilang dari ingatan tapi dari Gedung Lalang, Seremban) membekalkan peralatan Band untuk konsert berkenaan. Konsert itu berjaya. Masih ingat lagi Cikgu Md Zain menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Saya dan Rashid menjadi akrab kerana muzik. Kami sering bertemu, kadang-kadang di rumah, adakalanya di persimpangan jalan, membawa sama guitar dan menyanyi bersama.
Menjelang pertemuan di Ilham yang lalu, Rashid bekunjung ke rumah dengan peralatan muzik dan karaokenya. Seronok mengimbau kisah silam. Kami nyanyikan semula lagu-lagu kenangan bersama ‘Don’t Forget to Remember’ (Bee Gees), ‘Hanya Nyanyian’, 1st of May, dan lagu-lagu awal dengan Broery. Siti Shara pun menumpang sekaki.
Muzik menjadi sebahagian hidup saya. Jika ada ketika itu kolej yang menawarkan kursus muzik, mungkin sudah lama saya berkecimpung dalam bidang muzik. Namun kerana hanya ada seni lukis di peringkat tertiary, maka itulah saja bidang seni yang dapat saya ikuti. Saya terlalu minat dengan seni.
Saya tidak dapat meninggalkan muzik. Anak ketiga saya, yang mengiringi saya dan Rashid menyanyi pada Malam Gala lalu, terlalu berbakat dengan muzik. Dia terpilih untuk bermain dengan Orkestra Symphony Remaja, Istana Budaya, Kuala Lumpur (saya terpaksa berulang ke KL setiap Sabtu untuk membolehkannya menyertai latihan konsert), menjadi Konsert Master untuk Orkestra JPNS dan juga salah seorang pemain strings untuk Orkestra KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). Sepatutnya beliau sudah menghadiri audition dengan Malayisan Youth Philharmonic Orkestra (PETRONAS), tetapi saya tak berani untuk commit. MPYO perlukan commitment yang tinggi.
Sehingga kini muzik mewarnai kehidupan keluarga kami dan segalanya bermula dengan Mr Quah Ban Ong (wherever you are) dan lagu ‘Hanya Nyanyian’ di Juasseh, way back 1973, dendangan Rashid bin Yahya. Terima kasih Rashid. Muzik, Rashid dan SMBK menjadi kenangan manis hingga hari ini.