GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, April 25, 2011

Majlis Penyatuan Dua Hati

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kami, Rubiah Yusof dan Rosli Kamudin dengan sukacitanya ingin menjemput warga SMBK ke majlis penyatuan dua hati antara puteri kami yang dikasihi, Nor Ayuni Binti Rosli bersama putera pilihan beliau Muhammad Fairuz Bin Ramli pada hari dan waktu berikut:

Tarikh : 15 Mei 2011 bersamaan 11 Jamadilakhir 1432 Hijrah
Masa : 12.00 pm - 4.00 pm
Ketibaan Pengantin : 1.00 pm
Tempat : Dewan Seroja, Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, 50643 KL

Disini kami sertakan peta lokasi.

*Click to enlarge*

*Click to enlarge*

*Click to enlarge*

*Click to enlarge*
Diharap dengan kehadiran kalian, dapat memeriahkan lagi majlis penuh kesyukuran ini. Kepada warga SMBK yang mahu hadir, sila RSVP di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Friday, April 22, 2011

KISAH LUCU DI REMOVE CLASS

Salam semua..,

Setelah asyik comment post kengkawan je dlm blog ni..kini sampailah seru saya nak mencoret "sikit yo" kisah lucu semasa kita d remove class dulu....

Al kisah sang kancil  beramai2 menghadap DYMM sultan firaun....mana firaun ada sultan. Di awal tahun..masa kita dlm RC...maka masuklah Mr Ramoo Naidu sambil membawa satu bundle buku exercise yg sudah d tanda...{ I wonder..if any of our friend remember this incident}...tapi tunggu dulu ye...I nak buat u all suspen dulu...tutup jap citer Mr Ramu....Masa mula2 masuk RC dulu..sy dengan Badariah rasa kecut perut tengok grp yg dtg dari JOSEH..especially tengok Siti Hawa, Siti Normah, Zali Khamis, Zainun n many more.

.
They all looked like genius n so fashionable with d long socks, d multicoloured ribbons on their head..so neat n tidy...that I said to Badariah" diorang ni mosti da pandai ckp omputeh..camno ni Yah..kito tau ..yes..no ...alright...Tq..yo...malu kito..." Badariah mcm biasolah..bokoghut yo koning e...But alas..I was mistaken..nampak yo gah..ghupo e  lobih  kurang oghang Ulu Jompul yo...ok...I nak masuk semula kisah td.

        Mr R  pun panggillah nama lepas seorang2 untuk amik buku..."Abd Jalil, Husin, Abd Rahman, Abd Rahim, Mastura, Zainab n suddenly dia panggil nama Nahu...semua murid berpandangan..dah seminggu berlalu bersama2 dlm kelas tu tak de plak budak nama Nahu...Mr R panggil lagi Nahu untuk ke sekian kali nya...at last dia ckp'never mind" die letak buku tu ke bawah..last sekali bila semua dah dpt buku dia pun call nama nahu sekali lagi...guess who did come out to collect d book frm him......Our Primadona Siti Hawa..she came out n snatched d book frm Mr R..she was red faced..everybody startled..The good old Ramu just smile...rupa2nya Awo ni nak tulis grammar book tak tak tau omputih e...so die tulih la Nahu..tapi tersilap tulih kat labei NAMA:.........pulak..
.
       Kengkawan...masa tu dulu...kita belajar BI..almost 80% of d total lesson 4 d day..sampai nak muntah nengok Mr Ramu Naidu....tu lah pasal e se tak pandai english gak ee..sobab menyampah kek cikgu...tp se syg kek dio..dio baik,..sonyum yo ..tak tau marah...sesekali bila Miss Anna Lee yg masuk nak aja songs...masing2 togak    esp Jalil...he...he...Misss Anna Lee tu seksi..mni sekerat e socopot yo..bulu kotiak e pun nampak....hai..se lotih lah...kalau se toingat lai apo2 kisah sok se tulih lai yo...
.
Salam..Bye.LAR.

Thursday, April 21, 2011

THE UNTOLD STORIES - AKHIR

OLEH : CHANG CAPIT.
Antara member kita yang paling bersinar bintang ialah Mohd Sah (selepas ini disebut Pak Ongah). Beliau juga tidak direct ke U seperti Sarip tetapi berjaya ke Universiti Malaya melalui Yayasan Anda. Khabarnya semasa di Yayasan Anda beliau sangat rapat dengan Anwar Ibrahim. Semasa saya di tahun 2 di LI beliau melaporkan diri sebagai junior saya. Saya melindunginya dari "ragging" senior kerana saya salah seorang AJK minggu orientasi. Rupanya dia tak lama di LI. Seminggu kemudian dia beritahu saya dia dapat tawaran ke UM. Saya sedih juga dia meninggalkan saya untuk ke UM.
.
Selepas itu saya dan Pak Ongah terputus hubungan. Khabarnya dia diposting ke Sabah selepas menamatkan diploma pendidikan. Masa tu saya telah mengajar di Kuala Lipis. Lama kemudian baru saya mendapat tau dia bertugas di PPD Seremban. Kerana sinar bintangnya yang cerah dia pernah menjadi Pengetua, Pegawai Pelajaran Daerah dan Ketua Sektor di JPN.
 Walaupun di mana dia bertugas dia tak pernah membangga diri. Semasa saya bertugas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, dalam satu lawatan rasmi beliau mengenepikan protokol dengan menyapa dan memelok saya di hadapan pegawai tinggi JPN yang lain. Namun begitu beliau tidak pernah membantu saya bertukar di tempat yang saya minta walau pun saya memohon bantuannya.
.
Khabarnya dia akan kembali ke Seremban sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Seremban. Bermakna dia akan jadi "my direct big boss". Kawan-kawan saya sejawatan sangat mengalukan kedatangan beliau ke Seremban kerana beliau memang dikenali sebagai pegawai yang sangat mudah didekati. Adalah diramalkan jika bintangnya sentiasa cerah beliau akan bersara sebagai "Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan".
.
Member lain yang terputus hubungan ialah Majid Kasbi. Awalnya beliau bertugas di Polis Bandaraya bersama Salim. Bila Salim masuk Maktab Perguruan Majid hilang berita. Tak pernah nampak lagi dia mengawal lalulintas di KL. Entah di mana dia bertugas sekarang.
.
Hamid Bawal menurut Siti Aminah dah jadi orang kaya. Dia mampu beli tiga lot tanah di Putrajaya bernilai jutaan ringgit. Khabarnya dia tinggal di Subang Jaya tetapi tak tau lokasi yang betul. Kepada member-member yang tau di mana Hamid sekarang harap apa kiranya dapat kita aturkan pertemuan dengannya.
.
Zarin ( apek ) , Zakaria Kalam juga entah dimana. Rakan bukan belayu yang juga hilang ialah Lian Fatt, Chew Meow Khoon,  Batumalai dan anak tokey minyak yang dah lupa namanya.
.
Semasa bertugas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri saya berpeluang melawat banyak sekolah. Kalau saya mendapat tau kat sekolah tu ada kawan kita saya akan mencari masa untuk melawat. Zainon Mustafa saya temui di SK Sungai Sampo. Khabarnya dia telah bertukar ke SK St Aidan, Bahau. Zainon masa sekolah berbadan agak besar dan tegap kerana dia sport girl yang terkenal. Bila saya bertemu dia di sekolah saya rasa kalau berselisih kat Bahau saya tidak akan mengenalinya.
.
Siti Normah berbadan kecil dan cute dari zaman sekolah hingga masa ini. Masa sekolah dia agak peramah juga tapi masa kat Ilham dia agak tak nak berapa ringan mulut dengan saya. Sesekali bila saya join facebook juga tak ada respon darinya.
.
Saya hampir terlupa dengan Zailah. Mujurlah ingatannya kuat dan masih ingatkan saya. Dalam ramai2 member perempuan saya sangat merindui Ramlah Husin. Dia sangat manja dan membahasakan dirinya "adik Lah" dengan saya. Sharifah Abdullah pula mengajar di salah sebuah sekolah di daerah Tampin. Saya mendapat nombor telefonnya melalui borang naik pangkatnya  yang saya proses. Dia masih ingat zaman sekolah dulu dan saya berjanji untuk telefonnya lagi. Malangnya  bila saya bertukar dari JPN saya kehilangan nombor HP dia.
.
Fauziah Aziz hilang berita. Dia pernah mengajar sementara di SK Sg Jelutong. Selepas berkahwin dengan pegawai tentera dia terus hilang tanpa khabar. Latifah Jamal sekarang menjadi guru dan setau saya dia mengajar di SK Batu Kikir. Semasa saya bertugas di PKG selalu juga saya jumpa Tipah dan kebetulan GPK saya semasa di SK Pasoh Tiga ialah suami Tipah.
.
Arwah Rosminah dan Khadijah Razak tidak saya temui sehingga berita dia meninggal saja yang saya terima. Rosminah gadis lembut dan cantik. Khalijah pula tak banyak cerita. Rosminah pernah menjadi ketua darjah kita. Kenangan saya dengannnya dia pernah memberi saya panadol dan air sejuk bila saya demam di sekolah.
.
Itulah sedikit sebanyak kenangan saya bersama kawan-kawan kita semasa di SMBK. Cerita Halimah, Aminah, Badariah dan lain-lain telah saya ceritakan dalam posting yang terdahulu. Kepada member lain bukannya tidak diingati. Anda semua tetap dalam ingatan. Selamat bertemu lagi di reunion kedua nanti.

Thursday, April 14, 2011

PERTEMUAN DI LA RITZ

OLEH: ISMAIL@CHANG CAPIT

Semalam saya, Sarip, Rashid dan Siti Sara memenuhi undangan Aminah untuk lunch di sebuah restoran di Bangi. Nama restoran tersebut telah dibahasa Peranciskan dari bahasa melayu. Restoran “La Ritz”  dari perkartaan bahasa asalnya restoran LARIS.

Memang memenuhi selera pelanggan restoran tersebut sememangnya laris dan semasa saya sampai setengah jam lebih awal restoran tersebut telah menerima tetamu yang ramai. Terlalu banyak menu pilihan untuk makan tengahari yang semuanya sedap-sedap belaka. Kebanyakkan menunya masakan asli Negeri  Sembilan.  Keliur saya melihat masakan ala kampong yang tersedia dalam bentuk layan diri.


Saya memilih nasi putih, ikan sembilang salai masak lemak, jantung pisang rebus dan tea o ais. Labu masak lomak pun ada tetapi samba gesek tak ado. Mungkin orang Bangi tak tau makan sambal gesek agaknya.

Restoran ini rupanya kepunyaan member kita jugak iaitu Puan Zainab Idris. Tak sangko member kita jadi tokey restoran yang eksklusif. Dengan juadah yang beraneka, pekerja yang peramah dan pelanggan yang ramai saya kira untung bersih harian tokey kedai ini tidak kurang dari RM2,000 sehari. Kiralah sendiri pendapatan bulanannya. Mungkin mengalahkan pendapatan tahunan kita.

Masa kami sampai dan sedang menikmati juadah Tokey Kedai tak ada. Kata pekerjanya beliau ada urusan di luar. Apabila berkira nak balik dan meminta bil pekerja tersebut memberitahu tak perlu bayar kerana Puan Zainab belanja.  Terima kasih Nab atas budi baik tu dan semoga La Ritz lebih laris. Bukan setakat itu rupanya Puan Zainab telah menyediakan ruang yang selesa di dalam kedainya untuk kami tetapi kami lebih selesa dan santai berada di luar restoran La Ritz.

Apabila Sarip telefon memberitahu Aminah (lepas ini ditulis Minah)  nak belanja lunch di Bangi saya terus bersetuju. Sebabnya dah lama sungguh saya tak jumpa Minah dan minggu sebelumnya dalam posting saya  sebut namanya..

Dalam masa menanti ketibaannya saya bayangkan rupabentuk Minah masakini. Yang pasti mesti ada perubahan dan sejauh mana perubahan tersebut setelah lebih dari beberapa dekat jarak waktunya.

Akhirnya Aminah sampai dan dia terpacak di depan saya.  Maea… Rashid.. Sarip… sapa Minah. Masih kenal dia lagi rupanya pada kami tanpa salah orang. Saya mengamati perubahan yang ada padanya. Dulu Minah berisi dan solid. Sekarang pun sama macam tu tetapi agak “put up weight”. Pakaiannya baju kurung yang “mengolit” bak kata Sarip sesuai dengan tugasnya sebagai Secretary yang menuntut beliau mesti kelihatan anggun setiap waktu. Walau telah melewati usia lima puluhan “her beauty is  there.”.

Tutur katanya sopan, sebiji-sebiji berbanding dengan dulu yang kalau dia berkata macam bertih digoreng di seliti dengan ilaian ketawa. Semua itu dah tak ada lagi pada Minah yang asal.  Terasa perbualan kami macam formal pulak.

Walau begitu dia mengakui masih ingat dan mengakui kebenaran cerita yang saya tulis mengenai dia. Juga dia merasakan betapa touchingnya cerita zaman sekolah yang saya tulis.

Shidi dan Jalil tak dapat datang. Jika datang pasti suasana menjadi lebih meriah. Semasa drive  balik saya dan Rashid menyambung perbualan. Rupanya Rashid masih berjiwa muda. Banyak yang saya pelajari darinya.

Pada kawan-kawan yang ingin mencari kelainan selera, menjamu kawan atau membuat kenduri datanglah ke La Ritz restoran. Tempat yang stategik untuk menjamu selera secara relak dan santai. Terima kasih Sarip, Aminah, Rashid dan Siti Sara kerana telah memenuhi masa tengahari saya dengan satu lagi nostalgia yang tidak akan saya lupakan. Cuma terkilan tak dapat jumpa tokey La Ritz.


Tuesday, April 12, 2011

HARI JADI ESE PULAK -Sambungan harijadi Jokiden

(buek tatapan indok indok yang dah lotih masuk blog)                                                                                   
Tarikh 18 Dec 2010 jatuh pada hari sabtu.  Kebotolan ese cuti sabtu dan ahad. Seminggu sebolum tu, ese telah koba’an  pado  isteri ese, bahawa ese nak menyambut hari jadi ese yang ke 50 buat pertama kalinya. Terkojot isteri ese.
“Aii, tak pernah pernah buat birthday, tiba tiba tahun ni buat pulak. Ade ape ape ke?”
“Nak buek sesekali apo salah eh” jawab ese
“Ye lah, tak pernah pernah seumur hidup buat birthday, kita anak beranak aje yang selalu celebrated untuk abah” sampuk anak sulung ese.
Tahun ini kan umur abah dah masuk Jubli Omeh. Apo salah eh buek..”
Jubli Emas ke, jubli apa pun saya tak kesah. Tapi PAYUNG EMAS mintak maaf banyak banyak...i’m sorry tegas isteri saya dalam nada bergurau.
Sebolom ni tak ponah ese nyambut jadi hari jadi doh. Ado sekali dulu ,  isteri dan anak anak ese bersama anak buah dan kakak ese secara diam diam buek majlis ringkas untuk harijadi ese.
Kami berbincang tentang majlis tersebut. Ese tegaskan bahawa ese nak buek tahlil dan doa selamat aje pada tarikh tersebut. Isteri ese setuju. Tentang menu makanan ese soghrah yo kek isteri ese memikirkan. Budget ese bori. Harga ceiling RM 500.00 tak cukup tambah sendiri. Kurang, keep the change.
Tentang jomputan, ese mulo mulo sekali ajak jiran jiran terdekat. Kemudian ese ajak kawan kawan kek surau dari pengerusi, imam sampai lah ke jemaah. Ramai yo tu. Ese posan pulak kek kawan kawan, ajak imam2 masjid dan bilal2/siak2 sekali. Mano tau kok dio oghrang tu ada maso lapang. Dan yang agak ponting sekali , ese ajak ibu dan bapa mentuo serto adik beradik anak beranak.
Comeh isteri ese, bilo ese maklumkan orang orang yang ese dah ajak.
“Budget RM 500.00 ajak sekampung, nanti makanan tak cukup buat malu kat orang aje”
“Alah, tak kan semua orang tu datang doh. Cukup tu..” ese cubo meyakinkan.
Memang. Selalu bila kita buat kendughi kocik kocik pun ghamai yang datang.  Sebahagian yang datang tu juga adalah ajakan dan kenalan ibu bapa mentua ese yang juga mengenali ese. Mereka ni bila datang, suka bertanyakan masakan mentua ese, seperti rendang minang, daging cincang dan masak asam tumis ikan duri. Kadang kadang saya olok olok, katakan menu hari ini kueh jomput jomput yo. Biasanya mereka senyum sengih saja tanda tak percayo.
HARIJADI SAMPAI
Sebahagian tetamu lelaki dah sampai. Ese mengambil tompek bersamo mereka. Yang datang kemudian biarkan saja. Pandailah dio nanti mengambil bahagian. Yang ponting kita nak mulakan. Kok tak kang bilo nak selosai plak. Tuan imam surau pun dah datang. Dalam majlis tu dah ado tiga ompek oghang yang buleh bawak tahlil. Kawan kawan dari masjid belum nampak laie doh. Posan kek budak diluar, kalau datang Imam dan orang masjid nanti suruh sajo toghrus masuk kek dalam. Kalau orang dah habis berdoa, suruh saja terus makan. Sonang. Dio oghang dah beso dengan ese.
“Assalamualaikum”  ese boghi salam. Ghamai ghamai mereko menjawab salam ese. Ese pun menyambung cakap ese .
“ hari ini ialah hari ulang tahun yang sukar untuk saya melupakan, selagi saya hidup. Jesteru  itu saya menjemput tuan tuan semua untuk datang kerumah saya.
“Hari ini ialah hari ulang tahun kelahiran saya ke 50 dan sekali gus hari ulangtahun ke 10 pemergian ibu saya ke rahmatullah. 80 tahun dahulu pada 18 Dec 1960 ibu saya tatkala berumur 40 tahun telah melahirkan saya ke dunia ini.  Tepat 40 tahun kemudian dengan takdir Allah juga, ibu saya telah dijemputNya kembali pada hari jadi saya yang ke 40 tahun. Subhanallah. Bukan dirancang tarikh ini dan bukan secara kebetulan. Semuanya ketentuan Allah semata mata.  18 Dec adalah tarikh ibu saya bertarung nyawa untuk melahirkan saya dan 18 Dec juga adalah tarikh dimana ibu saya bertarung nyawa menghadap sakarootul maut.”
“janganlah tuan tuan semua menyebut, hari ini birthday saya, tapi tuan tuan sebutlah hari ini ialah hari ibu saya meninggal dunia. Saya minta Pak Imam dan tuan tuan sudi untuk membuat tahlil khusus kepada arwah ibu dan bapa saya serta seluruh muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita. Amin”
Dalam surat beranak ese, ditulih tompek kelahiran ‘Kampong Jerejak’ Padang Lebar. Tapi orang tua ese tak punya tanah atau kampong disitu,………. Lebiih kurang tahun 1965 keluarga kami berpindah ke tempat arwah ibu ese dikebumikan.
NSR

Monday, April 11, 2011

SAYANGI KELUARGA KITA

Oleh Jokiden:

Bulan April ini menyaksikan ramai rakan-rakan kita menyambut hari jadi. Antaranya Tahir, Mona Kiah, Ali Ahmad, Zamrus dan juga Norisah. Saya mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama rakan-rakan smbk sempena hari jadi ini. Sebelum itu Selamat Hari Jadi Semua.

Asalnya saya tidak berhasrat untuk menulis tentang hari lahir ini, kerana saya mempunyai sesuatu yang lain untuk ditulis. Namun senja tadi saya sempat kena teh tarik dengan Jalil di Stadium Nasional dan dia telah menegur baju yang saya pakai. Mungkin warna baju saya tidak menarik kepadanya. Mungkin jenis kain baju saya dari jenis yang tiada kualiti.. Tak kisahlah. "Ini hadiah hari jadi dari datin den.." kata saya pada Jalil dan dia mengangguk faham dan bagi saya inilah baju yang paling berharga dalam dunia ini. Lalu saya teruja untuk menulis dalam blog kita malam ini.

Ada orang menganggap sambutan hari jadi tidak membawa apa-apa makna dalam hidup mereka. Ada orang tidak ingatpun tarikh lahir dia. Ada orang tidak merayakan apa-apa atau tidak mengadakan apa-apa peringatan sempena sambutan hari jadi mereka. Bagi mereka apa dihairankan kerana pada waktu hari jadi mereka terdapat berjuta insan lain yang juga lahir pada tarikh yang sama. Ada pula yang tidak tidur sepanjang malam kerana merayakan sambutan hari jadi.

Ada yang mengadakan majlis besar-besran dengan menjemput rakan taulan dan menjamu mereka dengan mewah sekali. Ada juga yang mengadakan majlis doa selamat sempena hari ulang tahun kelahiran mereka. Pelbagai cara memperingati hari penting tersebut. Terpulanglah kepada diri masing-masing dan keluarga masing-masing. 

Seorang rakan saya pernah berkata kepada saya bahawa dia tidak mempunyai sesiapa di dunia ini selain daripada saya semata-mata hanya saya sorang yang ingat tarikh hari lahirnya. "Tidak boleh membuat ukuran begitu, jom kito kono teh tarik" Kata saya memujuk apabila saya dapati dia terlalu stress dengan peristiwa kecil tersebut.

Lalu saya bawa dia ke KLIA, melihat kapal terbang turun naik, melihat ribuan orang pelbagai bangsa yang mundar mandir di situ dan akhirnya kami ke food court di tingkat dua. "You pesan apa saja... den bolanjo aghi ni sompono aghi jadi kau" 

Saya berlagak sikit dengan harapan jiwanya kembali segar dan murungnya cepat berlalu. Pengajaran yang saya terima ialah, apabila seseorang itu dikelilingi oleh suasana mewah, segala kepahitan dan kerunsingan bisa lenyap begitu saja tanpa kita sedari. Kawan saya akhirnya ceria walaupun kami hanya menikmati segelas teh tarik dan sekeping roti canai di situ. Selamat duit saya.

"Lain kali jika hati runsing jangan sesekali pergi melepak di warung-warung tepi jalan atau kedai mamak, cari tempat-tempat begini, atau pergi sejukan badan di lobi hotel mewah.." kata saya memberi motivasi kepada dia. "Di tempat-tempat begini orang selalunya terlupa segala masalah yang menghimpit diri. Tidak ada yang teringat bill telefon tidak berbayar di sini. Orang akan lupa sekurang-kurangnya tuntutan ansuran kereta atau tagihan hutang lapuk."  Saya meneruskan. Kami ketawa berdekah-dekah.

Seorang rakan saya lagi, tiba saja hari jadi ibunya pada setiap tahun, jangan harap kita akan dapat bersamanya. Bagi dia dan keluarganya meraikan hari jadi ibunya adalah 'wajib' dan tidak ada sesiapa dikalangan keluarga terdekat yang dibenarkan mengelakan diri. Mereka menyambutnya di Kuala Lumpur namun seorang daripada adik beradik akan turun ke Batu Pahat semata-mata untuk membeli Nasi Beriani Gam Batu Pahat yang disukai oleh ibunya. Begitulah ragam manusia.

Saya bersyukur juga kerana hari jadi saya selalunya sentiasa diingati oleh keluarga saya. Cuma mereka tidak berani bertanyakan apa hadiah yang saya mahu. Jika mereka bertanya tentang hadiah jawapan saya mestilah satu iaitu saya mahukan 'purse' Berilah apa hadiah sekalipun, biar mahal harganya, bagi saya yang paling bererti ialah dompet duit. Hinggakan koleksi purse saya begitu banyak, tapi duit saya tidak juga banyak-banyak. Tak apalah, duit tak banyak, tapi purse banyak. Jika orang tidak belikan purse untuk saya, maka saya akan ke Sogo dan beli sendiri. Selalunya setiap dua atau tiga bulan saya bertukar purse.

Jika sesekali saya terlihat rakan-rakan saya mengeluarkan purse yang telai 'sotai motai' maka saya akan bermurah hati memberinya satu, kadang-kadang yang belum saya guna, kadang-kadang yang telah saya guna tetapi masih kelihatan baru dan jauh lebih elok daripada yang telah 'sotai motai' tadi.

Minggu lepas saya menyambut hari jadi yang ke 55 tahun. Syukur pada Allah swt. Anak-anak cuma menyanyi melalui handphone kerana waktu tiba detik 12 malam itu saya sedang memandu kereta. Jiwa terasa besar apabila ahli keluarga mengingati saat itu. Adalah sikit hadiah, tapi purse TAK ADO HUAWAAA!!!!!!

Isteri saya membelikan dua helai baju, taklah mahal sangat, namun sejak dulu saya telah terbiasa dimana nilai bukanlah jadi ukuran. Sentimental value kata oghang putih ea. Pernah anak bongsu saya tidak memiliki apa-apa untuk dihadiahkan, maka dia memberi saya cuma sebatang pensel. Itupun amat berharga bagi saya. Yang saya sangat suka dengar dari isteri dan anak-anak  ketika hari jadi ialah "Ayah, kami sayang ayah.."

Dalam serba kekurangan saya untuk keluarga, saya masih disayangi, saya masih dihargai dan saya tetap dimuliakan oleh keluarga. Apa lagi yang saya perlukan selain daripada anugerah tersebut.

Kerapkali saya berpesan kepada sesiapa sahaja supaya memberikan perhatian yang lebih kepada ahli keluarga. Sayangi mereka lebih daripada menyayangi orang lain. Muliakan mereka melebihi belaian ke atas orang lain. Keluargalah yang akan terus bersama kita dikala kita memerlukan bantuan.  

Jika kita masuk hospital, keluargalah yang kerap datang menjenguk kita saban hari. Mungkin sahabat handai, saudara jauh juga akan datang sambil membawa pelbagai jenis buah-buahan atau bunga, tetapi percayalah mereka hanya muncul sekali atau dua kali sepanjang waktu kita berada di katil hospital. Selebihnya keluarga kitalah yang bersengkang mata menjaga dan melayan kita. 

Sesekali jika kita menghadapi masalah besar dalam kehidupan kita, rakan taulan, saudara jauh hanya akan lebih banyak bersimpati, tetapi yang merasai pedih hati kita ialah keluarga kita. Lalu sayangilah keluarga kita sebaik mungkin. Carilah wang yang banyak untuk keluarga kita, layanlah semua kehendak keluarga kita, penuhi segala permintaan mereka sedaya upaya. Bawalah mereka makan ditempat-tempat istimewa. Bawa juga mereka sesekali melancung melihat negara orang.

Pentingnya dalam hidup ini ialah, jangan sakiti hati keluarga kita. Jangan lukai perasaan mereka seboleh mungkin. Jangan lebihkan orang lain dan kurangkan perhatian kepada keluarga kita. Kesilapan tersebut akan menyebabkan kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal kelak. Jika sesekali kita terlanjur, maka segeralah perbaiki kesilapan kita tersebut.

Secebis kisah ini mungkin berguna kepada kita, baca dengan nada perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah.

Safian seorang yang amat berjaya dalam hidupnya telah bersedia untuk menyambut hari lahirnya. Dia orang penting dan ramai sangat yang ingin merayakan hari jadinya. Beberapa restoren mewah di hotel lima bintang di Kuala Lumpur telah ditempah oleh rakan-rakannya untuk meraikan hari bersejarah tersebut. Dari pagi sampai ke malam jadual dia amat sibuk pada hari tersebut.

Waktu dia ingin keluar rumah pagi itu anak bongsunya Aiman telah merapati beliau, meminta tolong dia memetikan sekuntum bunga rose dihujung laman rumah mewahnya. Tanpa menyedari kepentingan bunga tersebut kepada anak bongsunya, dia mendengus dan berlalu pergi dengan bergaya sekali meninggalkan anaknya kehampaan. "Ayah nak cepat ni, ambillah sendiri, takpun mintak tolong bibik nanti, ngacau je" bentaknya keras lalu memasuki kereta mewahnya.

Dengan segala susah payah, anak bongsunya berjaya juga memetik bunga rose tersebut dan membawanya masuk ke dalam rumah. Sekembalinya  ibunya dari pejabat (memendekan bekerja setengah hari) dan abang serta kakaknya dari sekolah, persiapan dibuat untuk menyambut hari jadi bapa mereka.

Masa  berlalu pantas, dengan sedikit hiasan di atas meja, dengan sedikit makanan yang sempat dibeli, sebuah kek buah dan tidak lupa sambal ghesek kesukaan ayah mereka tersedia, lalu mereka menunggu kepulangan ayah yang disayangi. Tengah hari ayah tidak muncul, petang ayah  mereka tidak muncul. Senja merangkak tiba, ayah juga tidak muncul. Telefon berdering berpuluh kali, namun tidak ada suara ayah yang menjawab panggilan tersebut.

Seluruh keluarga menjadi hiba, kecewa dan putus asa. Penantian diteruskan hingga lewat malam, ayah mereka tidak juga pulang. Untuk mengubati hati yang bengkak ibu mereka memarahi anak-anak yang telah layu dimeja, memerintahkan mereka masuk tidur, kerana jam telah lewat 1 pagi. namun anak bongsu masih berdegil dan keras kepala tetap setia di tepi meja sambil merenung kek buah, lilin yang tidak bernyala dan ditangannya masih tergemgam erat bunga rose. Wajahnya kosong hampa.

Hampir jam 3 pagi, anak bongsu terdengar deruan injin kereta memasuki perkarangan rumah. Namun ketika itu kelopak matanya telah hampir benar tertutup. Jiwanya kembali berbunga dan dia bangun perlahan-lahan menunggu di pintu.

Ayahnya berjalan masuk sambil terhuyung hayang, rebah rempah, dengan rambut yang kusut masai dan bau arak yang amat kuat keluar dari pernafasannya. Dia terlalu mabuk ketika itu. Dalam sinar cahaya lampu yang suram di ruang tamu rumahnya, langkahnya terhenti ketika terpandangkan anak bongsunya tercegat di depannya.

"Selamat Hari Jadi Ayah, Aiman sayang ayah" kata anak bongsu sambil menghulurkan sekuntum bunga rose kepada ayahnya.

"Memekak je, pergi tidur!!!!!!!" jerkahnya sambil sebuah penampar hinggap di pipi anaknya. Bunga rose yang dihulurkan terpelanting ke lantai. Aiman anak bongsunya terkejut, menangis kesakitan atas tamparan ayahnya dan berlari ke biliknya.

Jam 5 pagi, setelah agak relax dan fikiran pulih sedikit Safian teringatkan Aiman anak bongsunya. "Apa yang telah aku lakukan tadi.." bisik hatinya. Dia mengutip bunga rose di lantai dan perlahan-lahan menuju ke bilik Aiman, daun pintu ditolak perlahan dan dia melihat Aiman telah tertidur dengan nyenyaknya namun sedu sedan Aiman masih ada. Setiap dua minit Aiman tersedu dan tersangut-sangut dalam tidurnya.

Safian amat menyesali tindakannya. Wajah tenang Aiman direnungnya sayu  "apa yang telah aku lakukan, kenapa aku layan keluargaku begini, tadi aku amat baik hati melayan kerenah kawan-kawanku, kenapa aku tampar anakku..." macam-macam lagi yang dia fikrkan. Airmatanya merembas keluar dan dia dapat melihat kesan jari tangannya di pipi Aiman.

Titis air matanya yang panas jatuh ke pipi Aiman, lalu membuatkan Aiman terjaga.. "ayah!!!" kata Aiman perlahan, masih tersedu sedan, bimbang dia ditampar lagi.

"Aiman, ayah minta maaf..." kata Safian sambil memeluk Aiman..

"Tak apa ayah, Aiman tak bagi tau mama pun.."

"Ini bunga rose untuk ayah..?" katanya sambil menunjukan bunga itu pada Aiman.

"Ya, kan setiap tahun Aiman bagi bunga rose pada hari jadi ayah..Aiman ambil sendiri tu, berdarah tangan Aiman.." katanya bangga.

Safian bungkam, sepi, bisu dan menyesali kekasaranya terhadap Aiman.

"Ayah, Selamat Hari Jadi, Aiman sayang ayah.." kata Aiman lembut.

"Terima kasih Aiman..."

SAYANGILAH KELUARGA KITA.

Suatu petang ketika minum-minum di Dataran Senawang dengan rakan-rakan, telefon salah seorang rakan saya berdering. Dia melihat nombor yang keluar dan dengan penuh hati-hati serta wajah ceria dia menjawabnya. Panjang perbualan dia dan kami dapat meneka yang menelepon itu mestilah seorang wanita berdasarkan dari cara dia melayannya.

Tidak lama kemudian dia minta diri sebentar dan bergopoh gapah ke seberang jalan. Bila dia kembali dengan wajah yang puas saya tanya dia.

"kau poie mano tadi tu.."

"poie kodai topup, awek den call, mintak tolong topupkan.. kredit dio dah abih..."

"Boghapo kau topupkan? saya bertanya terus.

"Dio mintak RM10 yo, den topupkan RM50, kang susah nak bobughak.."

"ooo camtu...hebat kau" kata saya.

"ah biasolah, nak jago awek ni"

Sanggup dio bosusah payah ke seberang jalan untuk membelikan awek dia topup. Tidak lama kemudian telefon dia berdering lagi, saya lihat mukanya berkerut sedikit apabila melihat nombor yang terpapar.

"hah.. apo hal plak ni..?" suaranya agak garang dan keras.

"Tak ado kojo lain ko, duit..duit..duit, ingat abah chop duit ko, jimatlah sikit, kan abah susah ni., mintak kek omak kau.."

Kami terdengar suaranya semakin meninggi dan segera menamatkan perbualan..

"Sapo tu?" saya bertanya kepadanya.

"alah anak den, yang kek Kuantan tu, asyik nak duit yo, macam-macam nak diboli ea, itulah inilah, ingat den banyak bona ghingit.." katanya masih tak puas hati.

"Boghapo dio mintak, dio nak boli apo?" saya bertanya terus.

" alah ngado-ngado tu, 30 hingit nak boli buku apo tah, den mano ado duit.." dengusnya lagi.

"awek nak topup 10, kau boghi 50, anak mintak 30 kau kato tak ado.." kami gelak ramai-ramai dan saya bangun sambil menghulurkan RM50 pada dia.

"apolak ni?' tanyanya.

" Bayar minum kito ni, baki ea tu kau bankin kek anak kau tu..den nak cabut.."   

  "eh tak yahlah..nantilah dulu.."

Saya terus berlalu.

SAYANGILAH KELUARGA KITA.

Friday, April 8, 2011

SAPA NAK KAWIN ANAK RAJA? - BACA PETUA NI .


Masa kocik-kocik dulu saya rapat dengan mak uwo saya. Selalu saya tidur di bawah ketiak dia. Saya suka dia bercerita kisah-kisah binatang sebelum saya tidur.  Agaknya dah  habis idea nak cerita kisah binatang dia create cerita baru.
 “Jang… kau dah bosa sok nak nikah ngan anak rajo tak?” dia tanyo kek se.
“ Kalau nikah anak rajo apo lak wo ?” saya tanya dia balik.
“ Iyolah.. anak rajo lawa, banyak duit, makan sodap, rumah lawa… “
“ Nak la wo “ jawab saya.
“ Tapi bukan sonang kito yang bukan anak rajo ni nak nikah ngan anak rajo. Ado petuo ea”
“ Apo petuo ea tu wo “ Tanya saya tak sabar nak tau.
“ Kalau kau nak nikah ngan anak rajo …. Kau mesti cari anak rajo yang kontut dia bunyi mcm ni……  tik ge de tik de tik de tik ( 2 X ) “
“ Dah tu wo ? “ saya tanya lagi.
“ Kau pulak mesti baleh kontut dio bunyi mcm ni .. pit ge de pi de pit jebeng ( 2 X )”
“Iyo ko wo ….? “
“ Iyo……. “ sampai kat situ saya pun tertidur.

Bila saya dah kawin saya bawa isteri  jumpa uwo saya. Selamba jer dia tanya saya.
“ Apo lak kau tak nikah ngan anak rajo jang ?”
Saya pun dengan selamba menjawab “ Ese dah jumpo anak rajo yang buleh kontut bunyi  tik ge de tik de tik de tik ( 2 X ) tu wo …… “
“ Dah tu…… ?”
“Ese pulak  tak dapek baleh kontut dio yang bunyi  pit ge de pi de pit jebeng ( 2 X ) tu”
Maka berderai lah ketawa kami.

So adakah sapa-sapa yang berhajat nak kawin ngan anak raja?  Boleh  la berlatih sekarang..

Saya teringat pulak petuo@fatwa Iskandar :
a.    Tak sah sembolih ayam pakai selipar.
b.    Tak sah sembahyang pakai tie .

Anda percaya tak petuo@fatwa ni?

ISMAIL@CHANG CAPIT


Wednesday, April 6, 2011

HARI INI HARI JADI SAYA

Oleh Jokiden

Fikirkan, fikirkan, fikirkan banyak kali....

Sebak! Hati ini terlalu sebak... Lutut ini terasa lumpuh untuk
menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku,

Apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang.
Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya.

Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan
setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada
titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia
menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari
mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan
belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di
kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang
dan syahdu.

Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku
mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku
kasihankan anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana
Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda.
Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada
jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara
mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.

Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya,
cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah
menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa
kesyukuran.

Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah
mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.
Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini
terhadapnya. Segalanya cukup sempurna.

Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh
Nurjannah.Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua
itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga
yang ajarkan.

Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh
Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke
stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja.

Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia
di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke
pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama berbelas tahun hidup
bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama berbelas tahun itu
juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku
mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah
isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi
bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan

Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku
dengan Normi, madu Nurjannah.

Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah
seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun,
terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan
seorang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku
memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah.

Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali.
Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah
tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk.

Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.
Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan
kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya.

Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan
harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun
Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku
bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya
menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin
lain. Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra,
mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak
sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
gading. Terasa begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor,
Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan,

Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya
akan diadakan dua hari lagi.

Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir
di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak
menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik
oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu.
Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami,
aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah membisu seribu bahasa
dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan
gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di
samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
berwarna jingga.

Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku Aku tergamam. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah
aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah,

Tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku
menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani
borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang,"
pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya
ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu.

Nurjannah, barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas
pergi orang yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa
kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah
hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita.
Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
kesabaran Jannah sudah tinggal sisa-sisa. Jannah tidak mahu jadi
isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah
dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa
sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu
hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga makcik
Normi, kan ayah tak pernah tinggal makcik Normi sorang-sorang. "

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"
pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh
Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk,

Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku
mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sesal dulu pendapatan.. .....sesal kemudian.... ..