GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, August 26, 2011

JENIS KUIH


MANA SATU PILIHAN ANDA?  

Kuih yang paling samseng? Lompat Tikam

Kuih paling seksi? Puteri Mandi

Kuih paling kotor? Taik Itik

Kuih paling cute? Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda? Seri Muka

Kuih paling alim? Kuih Ketayap

Kuih tak mengghairahkan? Batang Buruk

Kuih suka pukul? Kuih Lompang

Kuih binatang dalam zoo? Badak Berendam

Kuih polis trafik? Kuih Sampreeeeettttt

Kuih mengghairahkan? Kuih Bangkit

Kuih orang tak mandi? Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram? Kuih Makmur

Kuih paling lembab atau slow? Kuih Siput

Kuih paling laju? Kuih Sepang (F1)

Ikhsan : husin lempoyang             Posting oleh : Ismail@Chang Capit

SOLAMAT AGHI GHAYO

Lamo boto tak nyogok dah blog ni..sibok boto bulan poso ni. Tak cukop tidor. Ado yo ghupo'eh oghang nyobut2 namo ese. Timo kasih yolah. Tahun ni ese tak balik NS doh, ese ghayo ghumah mak montuo yo..
Tak do sapo kek kg tu tinga laie doh. Ibo yo ati tu, tak dapek nak ngoba'an doh..tompi dah sampai maso'eh cam tulah..esok laie pulak, dunio ni akan kito tingga'an.

Diaghi baik dan bulan baik ni ese minta mahap banyak2 kok ado torkasar bahaso dan salah silap semaso menulih blog. Agak'an ado yo yg tosinggong gek'eh. Totondang, tosepak tak mungkin ese ponah buek doh.. Tontang reunion tu tak dapek soghoto doh. Somugo sumo'eh bosuko dan bosoko ghiolah ondak'eh..

Solamat Aghi Ghayo..AsSalamualaikum.

TAZKIRAH AKHIR RAMADAN


TAZKIRAH AKHIR RAMADAN

  1. Bulan Ramadan penuh dengan barakah. 10 malam pertama Allah menjanjikan kita keberkatan, 10 malam seterusnya diberikan keampunan dan 10 malam terakhir kita akan dikeluarkan dari neraka. Allahu Akbar… apalagi yang kita harapkan dari Allah selain dari keberkatan, keampunan dan dihindari dari neraka?
  2. Bulan Ramadan – dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan segala iblis dan syaitan dibelenggu. Kerana tiada godaan iblis dan syaitan maka kita semua umumnya menjadi lebih baik di bulan yang mula ini. Masjid dan surau penuh sejak awal Ramadan. Cuma hampir nak raya ni jumlah jemaah agak menurun. Jika ada yang masih tidak berubah di bulan mulia ini salah siapakah itu? Masihkah kita nak menyalahkan iblis dan syaitan?
  3. Antara amalan mulia yang dianjurkan di bulan Ramadan ini ialah perbanyakan sedekah. Dan sedekah yang paling afdal sekali ialah menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Orang yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa. Jika kita sedekahkan makanan untuk 5 orang yang berpuasa kita akan mendapat bahala bersamaan dengan 5 orang berpuasa. Pahala puasa pula sangat tinggi di sisi Allah. Jika pahala amalan lain jika tahu banyak mana ganjarannya tetapi pahala puasa tidak diketahui banyaknya termasuk Nabi Muhammad SAW sendiri.Maka perbanyakanlah sedekah.

CERITA SURAU DAN MASJID :
  1. Awal Ramadan surau di taman saya penuh sesak hingga melempah keluar.  Surau saya baru dan tarawih pertama – namun bilangan jemaahnya merosot bila menghampiri akhir Ramadan. Fenomena ini berlaku di mana-mana. Mengapa agaknya jemaah berkurang? Surau saya tarawihnya 8 rakaat saja dan imamnya 5 orang bertugas secara giliran. Yang tidak menyenangkan saya rasa imam yang muda2 ni membaca ayat yang agak panjang. Orang tua (seperti saya) dan orang perempuan ramai yang mengeluh. Mungkin itu menjadi factor semakin kurangnya jemaah kerana mereka sembahyang tarawih di surau taman lain yang bacaan imamnya tidak panjang.
  2. Kalau diteliti pakaian orang kita ke surau dan masjid ada beberapa kelainan dari zaman dulu. Ramai bilangan dah tak tau pakai kain pelikat termasuk yang dah berumur. Saya agak jengkel kalau orang tua datang ke surau pakai seluar (seluar jean pun ada). Pakai songkok pun dah semakin kurang termasuk di Hari Raya. Tadi saya Jumaat di masjid Senawang. Dalam pemerhatian saya tak sampai 100 jemaah yang pakai songkok. Kebanyakan orang kita lebih selesa pakai ketayap. Trend masa kini ramai yang pakai baju Pakistan. Lucunya di surau taman saya orang melayu pakai baju Pakistan manakala orang Pakisan pulak pakai baju melayu siap bersongkok. Bertambah handsome Pakistan tu.

CERITA  RAMADAN :
  1. Mungkin banyak kita dah lupa semasa kita menduduki peperiksaan MCE di bulan  puasa  tahun 1974. Saya pula sebagaimana  lazimnya tidak bersahur semasa peperiksaan itu. Agaknya berkat bulan Ramadan majoriti kita mendapat keputusan yang baik yang memungkinkan kita menjadi siapa kita hari ini.
  2. Bulan puasa masa itu tidak semeriah sekarang. Tidak ada bazaar Ramadan. Tidak banyak hidangan yang enak seperti hari ini. Paling biasa ialah kolopung, kuci, ti mandi (puteri mandi) dan buah sopang. Kalau nak buat kuih tersebut kenalah tumbuk sendiri tepung pulut dengan menggunakan lesung kaki (masa tu tepung pulut ready made belum ada di pasaran). Martabak, yong tau fu, ayam golek, sate dan pelbagai jenis juadah yang ada di bazaar Ramadan sekarang memang tak ada.
  3. Paling sedap dan paling nostalgik hidangan berbuka puasa masa kita “kocik-kocik” dulu ialah :
    1. Loka : sejenis mi kuning kering yang bentuknya macam mi siput yang direbus dengan santan dan gula anau campur daun pandan. Kalau nak lebih sedap masukkan pisang nangka. Sesekali bila emak saya rebus “loka” itulah hidangan yang paling lazat pada saya. Agak saya dah lebih 35 tahun saya tak pernah makan loka rebus seperti zaman kocik dulu. Dan saya tak pasti “loka” masih ada dijual di pekan Batu Kikir yang dah moden.
    2. Roti banta (bantal)  cicah santan:  Setiap petang penjual roti banta akan lalu di kebanyakan kampong. Penjual roti bersebut namanya Osman. Masa tu dia muda lagi dan rupanya macam Pakistan dan handsome. Dia datang dengan kereta Fort Escort yang penuh dengan roti yang masih panas. Harga sebiji roti banta hanya 20 sen saja. Roti tersebut sangat menyelerakan jika dicicah dengan santan yang dimaniskan dengan gula anau atau gula pasir saya. Itu selera masa itu. Tahun lepas saya cuba makan roti cicah santan (untuk menimbulkan ingatan masa budak2) . Rotinya saya tukar dengan roti gardenia kerana roti banta tak ada lagi dipasaran. Ternyata rasanya bukan lagi memenuhi selera saya. Penjual roti banta tersebut masih hidup dan berjiran dengan saya di Kuala Pilah, namun dia dah uzur. Saya mesra memangginya “atuk roti” hingga kini.
    3. Makanan yang menjadi kegemaran saya dari masa kocik hingga kini ialah kerang rebus dan tauhu sumbat. Dulu ada seorang kampong saya namanya Somah (Samah) menjual makanan di malam hari bulan puasa. Jualannya mi/mihon goreng, air batu,  buah tembikai, nanas ,  kerang rebus dan tauhu sumbat. Ramailah orang kampong datang ke kedainya dan suasananya cukup meriah.
    4. Nostalgia saya juga menyimpang kepada suasana bulan puasa. Budak2 jarang dibawa ke masjid atau surau untuk bertarawih. Saya pun tak pasti bila saya mula tarawih. Seingat semasa di sekolah menengah saya belum lagi ke masjid untuk bertarawih.  Suasana nak raya sungguh meriah dengan bunyi bedilan mercun dan kabait. Menghairankan tak ada pula yang buta mata dan putus jari berbanding hari ini.
    5. Persiapan kebanyakan kita bukanlah semewah hari ini. Dapat baju T (dengan seluar pendek tanpa jenama) dengan kasut putih (boleh dipakai kesekolah lepas raya) sudah cukup mengembirakan. Namun banyak antara kita yang hanya mampu berselipar.
SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA.
Maaf dah lama tak menulis.

Wednesday, August 10, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SMBK

WARGA SMBK YANG AKAN HADIR KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA.

TARIKH MAJLIS:    10 SEPTEMBER 2011

HARI:    SABTU

MASA:    5.00 PETANG HINGGA 12 MALAM

TEMPAT:     No. 2, Bt 27 3/4, Kg Pelangai
                     72000 KUALA PILAH.


AYAM KATIK AYAM SERAMA,
MENCARI MAKAN DI TEPI PAYA,
BERPAKAIAN CANTIK KITA SEMUA,
DI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA.

1.   Mohd Sharif Ahmad
2.   Rosenani Abd Rahman,
3.   Ifza Nor
4.   Mohd Faliq
5.   Mohd Afiq
6.   Mohd Abdul Qawiyy
7.   Nurasfarina
8.   Ali Ahmad
9.   Mohd Ashraf
10. Mas Athirah
11. Mohd Aqilah
12. Intan Nadhirah
13. Mohd Azimuddin
14. Iskandar Shah Hj Suak
15. Isteri Iskandar
16. Siti Shara Abd Kader
17. Hj Yusoff
18. Ismail Md Isa
19. Isteri Ismail
20. Mohd Rashid Yahya
21. Isteri Rashid
22. Rashidi Hassan
      - anak Rashidi
      - anak Rashidi
23. Isteri Rashidi
24. Azimah Othman
25. Suami Azimah
26. Rubiah Yussof
27. Suami Rubiah
28. Datin Normah Ali
29. Suami Datin
30. Mariani Duaji
31. Suami Mariani
32. Latifah Abd Rahman
33. Suami Latifah
34. Razali Khamis
35. Isteri Razali
36. Mohd tahir Kassim
37. Isteri Tahir
38. Cikgu Jamilah Ismail
39. Cikgu Baharom
40. Isteri Cikgu Baharom
41. Abdul Wahab Md Nor
42. Isteri Abd Wahab
43. Zaharin Kamaruddin
44. Isteri Zaharin
45. Hj Salim Sharif
46. Isteri Hj Salim
47. Nordin Baharuddin
48. Isteri Nordin
49. Siti Aminah Sani
50. Sdr Siti Aminah
51. Siti Hawa Arshad
52. Suami Siti Hawa
53. Anak Tahir
54. Roslan Ghani
55. Isteri Roslan
56. Anak Roslan
57. Anak Roslan
58. Anak Roslan
59. Anak Roslan
60. Zainab Idris
61. Razali
62. Rokiah Md Atid
63. Siti Normah Nasaruddin
64. Abd Rahim Ismail
65. Zamrus Abd Rahman
66. Ruby Ahmad
67. Abd Rahman Bador
68. Isteri Rahman
69. Anak Rahman
70. Anak Rahman
71. Mohd Kamaruddin
72. Isteri Kamaruddin
73. Hasidin Kassim
74. Sharifah Abdullah
75. Anak Sharifah
76. Ahmad Firdaus
77. Isteri Ahmad
78. Anak Ahmad
79. Anak Ahmad
80. Anak Ahmad
81. Ustaz Nizar Mohd Yassin

SILA MASUKAN NAMA SERTA NAMA KELUARGA YANG AKAN HADIR. BAGI YANG TIDAK BEGITU TAU UNTUK MEMASUKAN NAMA, SILA SMS SAYA ATAU SETIAUSAHA SUPAYA JUMLAH SEBENAR DAPAT KITA KETAHUI, DEMI UNTUK MELICINKAN PROGRAM KITA KELAK.

ATURCARA AKAN SAYA MUATKAN SEDIKIT HARI LAGI, WALAUBAGAIMANAPUN ANTARA YANG TELAH DIPERSETUJUI IALAH KENDURI TAHLIL, UCAPAN, CABUTAN BERTUAH, MERAIKAN ANAK YATIM DAN KAROEKE.


Salam sejahtera rakan-rakan semua,

Saya mendoakan agar semua kita diberikan kekuatan, keazaman dan kesihatan oleh Allah swt untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Dalam usia emas ini saya yakin kita semua sebenarnya tertunggu-tunggu akan kedatangan bulan yang mulia ini dimana segala amal ibadat kita akan digandakan oleh Allah swt, Insyaallah.

Saya juga yakin semua kita begitu sibuk dengan pelbagai urusan di bulan ini dan kekurangan masa untuk aktiviti di blog yang kita sayangi ini. Sebenarnya saya rindukan semua rakan-rakan. Saya rindukan nukilan rakan-rakan. Saya yakin semua kita mempunyai kisah suka duka menyambut bulan Ramadan dan kedatangan bulan Syawal.

Teringat kembali kisah silam, zaman remaja menyambut puasa, dugaan begitu banyak. Antaranya rakan-rakan yang menghasut kita supaya tidak berpuasa. Selalunya saya tidak tergoda dengan godaan air sirap sarbat, cendol, tapai pulut ataupun buah tembikai. Saya selalunya tewas dengan godaan rokok. Pernah suatu hari kawan2 yang nakal menggoda saya.."hah rokok kau dah den pasangkan aa..hisaplah..." Bila itu terjadi sepantas kilat saya akan menyambar rokok tersebut, maka dalam sesaat puasa saya pun terbatal. Lemahnya iman ketika itu....

Ramai kini tentunya sedang membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran yang dijangka pada 31 Ogos kelak. Baju sendiri kena beli, baju ibu dan ayah kena beli, baju isteri kena beli, baju anak-anak kena beli, baju anak cucu kena beli jugak. Kuih kena beli atau kena buat sendiri. Mariani tentu banyak kisah tentang ini. Surau atau masjid juga harus dikunjungi.

Tidak pasti samada budaya menukar langsir atau katil baru, cadar baru, cat rumah baru, kereta baru, pasu bunga baru  dan sebagainya masih terpakai atau wujud sehingga hari ini. Saya tidak tau. Namun dari pemerhatian saya budaya membeli belah masih tebal dikalangan kita. Tempahlah baju baru dua bulan lebih awal, namun bila saat akhir pusat membeli belah tetap penuh dengan ribuan pengunjung.

Setiap tahun saya menyaksikan pusat membeli belah penuh sesak dengan manusia samada di Kuala Lumpur, Langkawi, Melaka, Seremban, JB maupun Singapore. Bulan Ramadan sesungguhnya bulan Rahmat. Sebelum terlupa tahniah kepada semua kakitangan kerajaan yang menerima bonus setengah bulan gaji. Bonus itu untuk dibelanjakan, bukannya untuk disimpan, jadi belanjakanlah. Kuasa membeli kaki tangan kerajaan pada bulan ini nampaknya meningkat.

Pesara juga nampaknya menumpang sekaki dengan jumlah seramai 590,000 orang dan setiap orang menerima RM500.00 maka kuasa membeli meningkat lagi sebanyak RM300 juta. Yang tak ada bonus, yang kais pagi makan pagi, yang bisnes tak menjadi macam saya, sedarlah diri!!!!!!!!!!!!! namun saya telah lama sedar bahawa zaman merintih telah berlalu. Saya menerima seadanya nasib saya. Saya juga seperti orang lain akan turut beraya....

Tajuk posting ini ialah untuk mendapatkan senarai nama yang akan hadir majlis kita kelak. Sebelum saya terlanjur dengan kisah2 lain lebih baik saya berhenti, jika tidak posting ini seperti biasa akan panjang menjela. 

Masukan nama kalian di atas supaya Ybhg Dato' Jalil dapat membuat persiapan yang rapi. Maklumlah jika terlewat merancang akan pincang jadinya majlis kita kelak. Musim perayaan ini penyedia makanan laku macam goreng pisang panas. Mereka jual mahal. Tersilap percaturan nasi kena masak sendiri sok. Terlewat kita akan melepas.

Selaku Pengerusi penganjur, saya berharap kita sama-sama menyampaikan kepada rakan-rakan kita yang tidak sempat menatapi blog ini. Dijangka ramai yang teruja untuk bertemu sahabat lama. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ybhg Dato' Jalil dan Datin kerana sudi menjadi host. banyak masalah akan selesai kelak. 

Oleh kerana majlis ini kita punya maka kita perlu menyumbang untuk menjayakannya. Hulurkan sumbangan kalian kepada Tuan Bendahari kita iaitu Sdr Ismail Md Isa atau boleh juga kepada saya atau Setiausaha, Puan Siti Shara Abd Kadir.

Jemputan khas ditujukan kepada NSR dan keluarga juga MM. Kalian telah menjadi sebahagian dari keluarga besar SMBK. Jadi datanglah.

Sekian, Selamat terus berpuasa dan semuga semua kita bertemu dengan malam Lailatul Kadar...

Jokiden,
Seremban, NSDK. 




Thursday, August 4, 2011

DITAHAN SEBAB TAK PUASA

KUALA PILAH – Tidak malu!. Itulah boleh dikatakan kepada tiga lelaki yang dicekup ketika menjamu selera di restoran dan membeli nombor ekor di dua tempat berasingan dekat sini, semalam.

Seorang lelaki berusia 48 tahun, yang sedang leka makan di sebuah restoran di Tanjung Ipoh, kira-kira 10.28 pagi ditangkap oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dalam satu rondaan di sekitar daerah Kuala Pilah.

Manakala dua lelaki yang bekerja sendiri berusia 41 dan 47 tahun pula ditangkap ketika membeli nombor ekor di pekan Kuala Pilah.

Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, hasil rondaan di sekitar Kuala Pilah pada tiga Ramadan, pihaknya berjaya menangkap seorang lelaki beragama Islam yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di pekan Tanjung Ipoh.

Menurutnya, ketika rondaan, pihaknya mendapati lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu sedang makan di sebuah restoran seorang diri tanpa mempedulikan khalayak ramai.

“Makan pada siang hari ketika Ramadan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga bulan mengikut seksyen 114 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di Bahagian Penguat kuasa Pejabat Agama Islam daerah Kuala Pilah.

Ahmad Zaki berkata, ketika melakukan rondaan di pekan Kuala Pilah, pihaknya berjaya menangkap dua lelaki beragama Islam yang sedang leka membeli nombor ekor dekat sini.

“Dua lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (Pindaan) 2004 menyatakan orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa mengadakan rondaan terutamanya pada Ramadan bagi mencegah kesalahan jenayah yang melanggar syariah termasuklah gejala maksiat.

“Oleh itu, diharap masyarakat akan memberi kerjasama kepada kami untuk sama-sama mencegah jenayah yang berlaku di persekitaran mereka.

“Sepatutnya, kesucian Ramadan, tidak dicemari dengan kegiatan seperti ini sebaliknya disinari dengan amal ibadah,” katanya.

Wednesday, August 3, 2011

SELAMAT DATANG RAMADAN


Oleh MOHD. RIDUAN KHAIRI
RAMADAN adalah bulan penuh berkat yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam. Di bulan ini ibadah diberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda. Di dalamnya juga ada malam yang diberi keutamaan melebihi 1,000 bulan yang lain. Pada bulan Ramdan juga al-Quran diturunkan.

Berjumpa dengan bulan Ramadan merupakan kenikmatan yang sangat besar. Ia ibarat bazar yang menyediakan jualan dengan tawaran yang sangat menakjubkan.

Ibnu Rajab al-Hanbali berkata: "Barang siapa yang pada bulan Ramadan ini tidak beruntung, maka bila lagi dia akan beruntung? Barang siapa yang pada bulan suci ini tidak dapat mendekatkan dirinya kepada Allah, maka sungguh dia sangat rugi."

Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang soleh terdahulu selalu mendambakan supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadan. Salah satu teladan daripada ulama Salaf, mereka tekun berdoa dan memohon kepada Allah, agar dapat bertemu bulan Ramadan.

Mu'alla bin Al Fadhl berkata: "Mereka (para salaf terdahulu) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan".

Ini merupakan salah satu cerminan berserah diri kepada Allah.

Lambat atau cepat, berita seperti di bawah pasti ada setiap kali Ramadan tiba.
 
4 OGOS 2011: Nasrudin Mohd. Ali, yang putus tiga jari pada tangan kirinya akibat terkena mercun jenis bola dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu

Bulan Kesabaran dan Bulan al-Quran

Selain dikenali sebagai bulan puasa, Ramadan juga digelar dengan beberapa nama lain sesuai dengan keutamaannya. Satu daripadanya ialah bulan kesabaran seperti yang dinyatakan dalam kitab Silsilah Hadis Sahih oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani.

Imam Malik bin Anas, yang selalu dipanggil Imam Darul Hijrah pula berkata bahawa Ramadan ialah bulan al-Quran.
Al-Quran adalah kalam Allah diturunkan dari Luh Mahfudz ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan.

Firman Allah: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah: 185)

Disunting oleh:
Jokiden