GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, March 31, 2012

BERTEMU GEMBIRA DI RUMAH TUAN HAJI SALIM

Alhamdulillah, hari ini 31 Mac 2012, gembira bersua sahabat lama, melepas rindu kisah lama, senda gurau..... terima kasih kepada semua sahabat di atas kegembiraan hari ini. Hameed, Jalil, Sharif, Iskandar, Bang Mail, Norhashim, Normah, S Shara, Latifah, Mariani (maaf kalau ada yang hadir tapi tidak disebut di sini)
Gulai Labu yo!!!

Hilang solegho Dr Zaha

Datin Normah kalau bab makan ni..!!!

Yang sompek hadir

Yang paling tak sangka dapat jumpa Zaharin Zainal.Mulanya, Zaharin memang tak kenal. Saya sebut nama semua classmate dari sekolah rendah....Tahir, Zamrus, Firdaus, Dr. Zahar, Dr. Murad, Ibrahim, Baha, Asnani, Zaiton, Yap Chee Meng, Lim Lee Aik, Lim Wah Joo....semua dia kenal, tetapi tubuh yang berada depan dia tu sikit pun dia tak cam. Setelah hampir 15 minit, dia mengalah dan saya mengaku.

Zaharin....Sahabat baik dari Darjah Satu dan hari ini, setelah terpisah selepas MCE dulu baru dapat bertemu. Dia dah pencen 55 tahun. Anak dah besar, Cucu ada dua, Duduk kat Seremban...Senawang. Terima kasih SMBK 69-74 kerana menemukan kami.

Norhashim pun akan pencen. Bulan April mula cuti. Saya...tak ada chance nak pencen awal. walaupun sudah sediakan pelapis tetapi kepakaran masih diperlukan oleh Universiti. Kalau boleh nak pencen awal juga, boleh rehat kat Ulu Bendul 'full-time'.

Haji Salim, terima kasih atas sambutan yang mesra. Jumpa kawan lama, kelakuan balik macam bebudak Form 4....

Terima kasih.

Dr. Rashidi

Sunday, March 25, 2012

JEMPUTAN

RAKAN-RAKAN SMBK,

TUAN HJ SALIM SHARIF DAN KELAURGA DENGAN HORMATNYA

MEMPERSILAKAN RAKAN-RAKAN SERTA KELUARGA KE RUMAH BELIAU
BAGI MERAIKAN

MAJLIS PERSANDINGAN ANAK BELIAU.

TARIKH: 31 MAC 2012

HARI: SABTU

MASA: 11.OO PG HINGGA 3.00 PTG

TEMPAT: KG PADANG LEBAR,
BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN

SEMUGA DENGAN KEHADIRAN RAKAN-RAKAN AKAN BERTAMBAH

MERIAHLAH MAJLIS BELIAU.

NO TEL SALIM: 012 6080601


Thursday, March 22, 2012

TERKINI DARI UTUSAN

Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia

22/03/2012 5:11pm

KUALA LUMPUR 22 Mac - Tokoh wartawan yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas terjatuh di bilik air di rumah anaknya semalam.

 

Anak keempat beliau, Yuri Azhar, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku pada petang semalam di rumah kakaknya di Petaling Jaya.

“Bapa berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh semalam dan doktor memberinya sedatif. Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 4.15 petang ini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN

Catatan: Jokiden membaca tulisan beliau setiap minggu. Kini hanya tinggal kenangan. Seorang lagi yang Jokiden minati gaya penulisan beliau ialah Tan Sri Abdullah Ahamd, bekas Ahli Parliamen Kok Lanas dulu.

Wednesday, March 14, 2012

TERJAHAN KE DUA...........

AsSalam,

Lamo dah saya tak buat apa2 posting di blog kita ni.  Pada siang tadi saya dan LAR telah menerjah ke rumah kwn kita Pn Zainun Mustafa di Kg Lubuk Gintan.  Oleh perasaan yg sgt teruja bg kami berdua, kami memberanikan diri untuk memasuki rumah beliau walaupun kedatangan kami tidak diundang.  Perasaan takut dan malu bercampur baur, fikiran kami kacau bilau jugak sedikit, takut kedtgan kami yg tak diundang ini kok menjadikan tidak keselesaan pd tuan rumah.

Rupa2nya kami disambut dengan wajah yg sungguh ceria, amat menyenangkan perasaan kami, seolah2 kemesraan ketika bersama2 disekolah itu menjelma kembali, walaupun kemesraan itu hampir2 hilang ditelan waktu.

Perbualan kami bermula sehingga tidak dirasai oleh waktu yg berlalu. Rasanya masa sgt mencemburui kami sehingga kami tidak merasa puas utk bercerita mengenai kisah lama dan baru.

Akhirnya kami mengundurkan diri dengan mengucapkan selamat tinggal kepada kwn kami Zainun sambil berjanji akan berjumpa lagi. ENTAH BILA BERTEMU LAGI...............

Kami berdua berpisah setelah menghantar LAR kerumahnya di Seremban2, dan kami berjanji akan berjumpa lagi dan akan membuat TERJAHAN KALI YG KE 3 kerumah kwn2 yg sungguh lama tak berjumpa....tapi kali ini kami akan bergerak agak ramai sikit, bukanlah satu bas atau satu lori tapi 3-4 orang je. Harap2 kwn2 jgn marah...sbb kami dlm title PKK (Peg Kehulu Kehilir)......hahaha

Terjehan pertama telah kami lakukan kerumah kwn kita MD (Mariani Duaji)...kedatangan kami juga disambut dgn gembiranya, dan berpisah seolah2 tak cukup masa utk bercerita. 

Walau bagaimana pun kami berdua ucapkan jutaan terima kasih kerana mempunyai kwn2 yang sangat2 mengerti dan memahami kami, kerana menjadi tetamu yg tak diundang seketika.

Selepas ini kemana pula kami nak terjahhhhhh...........nanti.........TUNGGU............

MAAF DARI SAYA.........SSAK


rancak berbual sambil pekena teh sedap.....


Tuesday, March 13, 2012

MENERIMA MENANTU

Oleh:
Jokiden.

Sabtu lepas 10 Mac 2012, saya memenuhi jemputan rakan kita Sdr Md Shah Zainal Abidin meraikan anak gadisnya sebagai raja sehari. Sebenarnya saya hadir dua kali, bukan apa rumah kami berdekatan. Sebelah malam sebelumnya sewaktu majlis akad nikah saya juga hadir.

Kedua-dua majlis Md Shah dan Induk amat meriah. Saya tak tahu berapa jumlah jemputannya, cuma saya merasakan cecah ribuan orang juga. Guru besar ramai yang hadir, guru-guru juga ramai yang hadir, kan Md Shah PPD Seremban sekarang ni, mestilah ramai kenalan dan kalau tak dijemput memang ada yang mongumpek sok.

Sekarang ni orang mementingkan tema, lalu anak Md Shah memilih tema unggu. Semua unggu, khemah unggu, buah tangan unggu, pelamin unggu, alas meja unggu, nasib baik pinggan tak unggu. Zaman kita jadi raja sehari dulu, mana ada tema-tema ni asyik-asyik merah, merah dan merah.   Jalil merah, Shidi merah, Shara merah, MCC merah, Tok Lombago merah dan saya huhuhu merah jugak...!!! Itu sebab saya sekarang ni rasa nak kawin lagi lah..nak ada tema jugak.. siapalah yang pertama nak respon tanda setuju ni..

Saya temui Alias, Nordin, Zamrus, LAR dan SSAK. Dengan SSAK dan LAR ni kami kini selalu kena teh tarik bertiga..puncanya setiap kali LAR telefon SSAK, secara kebetulan saya ada bersama SSAK. So bila dia call SSAK tak dapat dia ingat SSAK ada bersama saya dan dia call lah saya pulak...lepas tu sah kono teh tarik. Saya dapati mereka berdua dah terkinyam (boto tak ejaan tu NSR?) dengan teh tarik kawwwww!!!

Kawan kita Alias, Normah, Nordin, Md Shah dan Induk sebenarnya sudah jadi keluarga besar samada sebagai adik beradik, anak saudara mahupun menerusi perkahwinan. Mereka ni pusing-pusing kek situ yo.. hahaha..jangan marah pulak..kita gurau-gurau sikit.

Yang lain-lain saya tak jumpa kerana saya datang awal dan pulang awal, kena ke Teluk Panglima Garang pulak, memenuhi jemputan kawin jugak.

Sekali renung saya fikir kita ni memang dah tua dah, dah lebih separuh abad usia kita, tapi saya tengok, saya je yang kelihatan tua, yang lain-lain tu tak nampak pulak macam orang dah tua. Tengok Tahir masih mudo, Hj Salim apo laie lah, macam oghang umo 33 tahun yo. Tok Lombago laie pakai songkok laie mudo, begitu juga dengan Jalil, Hamid, Lieh, Nordin. Proff tu bukan nampak tuo, tapi nampak matang, aiyolah..

Bilo saya lihat pulak SSAK, LAR, MD, Kaklong di Gemas tu, hish!! nampak muda-muda belaka. Mungkin rahsia mereka tu sepanjang masa golak, tak stress langsung sebab tu awet muda. Hawa tak yah ceritalah, memang selamanya macam tu. Rubiah??? heh memang nampak cute lagi sama macam CTN.

Dalam ramai-ramai rakan kita tu yang paling nampak muda ialah Zali dan Zamrus serta Wahab.

Jauh pulak saya melencong kali ni, well the point is...kita dalam usia begini sebenarnya memang zaman menerima menantu. Ramai rakan kita yang telah menjadi bapa atau ibu mertua. Ada yang dah beberpa kali jadi mertua dan ada yang telah mempunyai ramai anak cucu.
 
Sekarang memang rakan seangkatan kita sedang berlumba-lumba menerima menantu, samada menantu lelaki atau perempuan. Sekadar untuk catatan, setakat yang saya boleh ingat rakan-rakan kita yang telah dan bakal menjadi atuk atau uwan ialah Tahir, Alias, Salim, Hawa, Rubiah, Shara, Ramlah, Md Shah, Zainab, Zainun, Nordin, Rashid, Norizan, CTN (Datin Normah saya tak pasti) Zali, Halim Gumpal, Dr Zaha, Azimah, Mohd Kamaruddin dan Rusli Ahmad. 

Yang lain-lain tu seperti Zaharin dan Wahab tak lama lagilah tu, tittle dia akan berubah. Kakcik, Ahmad Firdaus, Shidi dan Hamid mungkin lambat lagi kot. Dalam hal menerima jemputan rakan-rakan ni saya kira bergantung kepada rezeki masing-masing, kadang-kadang kita tidak berkesempatan hadir atas pelbagai sebab yang tidak mampu kita elakan. Apapun seboleh mungkin kita akan bersama.

MCC, Mail, Roslan, Hasidin, Norhashim, Halimah dan juga Jalil, anak yang besar-besar sudah ada, tapi bila bertemu jodoh kita tak tahu. Saya??? pun sama tunggu yolah..sebab tu saya nak kawin lagi satu, nak buek tema!!!!! MCC mesti sokong ni. hahaha..bye. Meh layan video ni:

Sunday, March 4, 2012

KENA TEH TARIK DENGAN TEMAN LAMA

Oleh:
Jokiden 
Selasa 21 Feb 2012 saya bertemu semula dengan rakan sekuliah saya dahulu. Setelah terpisah sejak 1981, kami tidak pernah bertemu, namun kami sering berhubung menerusi telefon. Kawan saya  ini kini merupakan seorang tokoh koperat. Dia bukanlah pemilik perniagaan tersebut, namun beliau sebahagian daripada orang yang bertanggung jawab memajukan syarikat berkenaan. Pertemuan kami berlangsung di sebuah restoren di Sri Hartamas, Jalan Duta Kuala lumpur. Turut serta juga seorang lagi rakan sekuliah yang sering saya bertemu dan  tidak pernah terpisah. Kami bertiga kembali menerokai ke zaman sebagai mahasiswa di University Malaya yang penuh dengan ‘kemanisan”.
Beliau sering muncul di kaca TV mewakili syarikat beliau bercakap mengenai hal-hal syarikat yang tentunya melibatkan kepentingan Negara dan rakyat. Kemunculannya yang kerap di kaca TV tersebut menyebabkan saya tidak pernah lupa akan wajahnya. Perbezaan ketara tetap berlaku, semasa belajar, kami berusia diawal 20an, kini di pertengahan 50an. “Aku tua dah..” katanya suatu hari apabila kami berbual  ditelefon. Wajahnya agak berubah begitu juga saya dipandangan matanya. “you gemok sekarang..” komennya apabila kami selesai bersalaman.
Kemesraan antara kami nampaknya tidak berubah, namun kami tidak lagi serancak dulu bergurau. Topik perbualan nampaknya berkisar kepada perkara-perkara yang serious. Jika dulu tersembur sahaja perkataan dari bibir semuanya yang menjurus kepada perkara yang melucukan. Semuanya dijadikan bahan lawak jenaka. Perkara yang tidak lucu cuba sedaya upaya dijadikan lucu. Kini saya dapati perbualan kami tidak lagi sedemikian cara…Cerita kami lebih banyak berkisar kepada isu-isu semasa, kisah ekonomi, kisah politik Negara, kisah orang-orang kaya, kisah teman-teman yang dalam pengetahuan kami dan kisah kehidupan. Tidak ketinggalan tentang kisah keluarga masing-masing. Bercerita sambil mendengar cerita atau kisah. Seronok berbual, tidak sedar masa berlalu begitu pantas. 
Perkembangan tentang dirinya sering saya ikuti menerusi pelbagai medium, namun pengesahan sebenar saya dapati dari beliau. Bergaji bulanan amat besar, ratusan ribu dengan segala kemudahan sehinggakan wang nampaknya tidak menjadi sesuatu yang beliau beri keutamaan lagi hari ini. “aku serious nak berhenti kerja ni, tapi bos tak bagi..” Perbandingan dengan saya dan keluarga saya yang masih berhempas pulas untuk mencari wang, rakan saya ini nampaknya sudah cukup segala-galanya.
Dalam perbualan kami terkeluar juga darinya tentang usahanya untuk lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Dia kini selalu khatam Al-Quran, melakukan sembahyang tahajjud diwaktu insan lain sedang nyenyak tidur, sembahyang sunat Dhuha setiap hari dan pelbagai lagi. “Benar, jika you nak dunia dan akhirat, you kejarlah akhirat, you akan dapat dua-duanya sekali.”  Katanya menasihati saya dan seorang lagi rakan.
Dia kini menjadi CEO kepada sebuah syarikat multinasional dan juga sebagai Group CEO kepada sebuah syarikat senaraian awam  di Bursa KL. Dalam kapasitinya sebagai peneraju syarikat besar tersebut, tentulah dia terdedah kepada pelbagai karenah dunia koperat, daripada sumbangan peribadi, derma kepada NGO serta pertubuhan amal sehinggalah kepada organisasi politik dan orang perseorangan.
Saya teruja bercampur kagum apabila dia memberitahu komitmen 100 peratusnya untuk syarikat. Pernah menolak rasuah sebanyak RM39 juta, pernah menolak habuan bulanan berjumlah ratusan ribu dan pernah juga menolak habuan tahunan berjumlah jutaan. Bukan sekali malah sepanjang masa dia cuba dipengaruhi dengan suapan RM. “Jika aku tak kuat iman..tak taulah nak cakap..” katanya menginsafi diri..
Tidak lupa dalam pertemuan ini ialah kisah menarik bos dia tetap mengisi ruang perbualan kami. Bos dia seorang yang terkenal dan budiman dan mungkin salah seorang penderma paling tegar dalam dunia ini. Mempunyai wang yang banyak dan mengamalkan cara hidup yang  paling sederhana. Mempunyai kemampuan untuk memiliki kenderaan paling mahal di dunia seperti Bugati atau Ferrari, tetapi cuma memiliki Proton Perdana sejak dulu hingga kini. Atas sebab-sebab tertentu bos dia juga memiliki sebuah jet peribadin yang canggih. Kejayaan beliau mengawal nafsu menjadi motivasi kepada ramai insan-insan lain dalam dunia ini.
“Bos aku kurus kering, tidur hanya 3 atau 4 jam sehari.. gigih bekerja.. dia ibarat lilin membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain…satu dalam seribu..” katanya mengakhiri perbualan kami.
Saya membaca profil kawan saya ini melalui internet dan amat menarik apa yang dipaparkan.
“He does not hold any interest in the securities of the Company or its subsidiaries. He has no family relationship with any Director and/or substantial shareholders of Tradewinds (M) Berhad.


He has no conflict of interest in any business arrangement with the Company and has no conviction for any offence within the past ten years other than traffic offences.
 
Anak saya Mohd Afiq memberitahu saya..”semua board of directors di bawah dia mempunyai gelaran datuk..dia je yang tak datuk..” mungkin kawan saya ini menjadikan bos dia sebagai idola nombor satu.. hidup sederhana. Syabas kawanku.