GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, September 12, 2012

WALIMATUL URUS

(Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh)

KEPADA RAKAN-RAKAN SMBK 69/74


Dengan segala hormatnya kepada rakan2 dan kenalan, dijemput untuk hadir kemajlis kenduri kawan kita iaitu:-

PUAN AZIMAH BINTI OTHMAN

dan

SULI BIN IBRAHIM

 

PADA HARI:

AHAD 30 SEPTEMBER 2012 

BERSAMAAN 14 DZUL-QAIDAH 1433

 

                                                      DI KEDIAMAN BELIAU                                                      

NO. 4, JALAN 4

TAMAN RINCING INDAH

BERANANG, SELANGOR.


ATURCARA JAMUAN:

JAMUAN TENGAHARI:  11.00 PAGI HINGGA 4.00 PTG

MAKAN BERDAMAI:   2.00 PTG 


SEMOGA DENGAN KEHADIRAN PARA JEMPUTAN SEKELIAN AKAN MENYERIKAN MAJLIS BELIAU DAN DIBERKATI ALLAH......InsyaALLAH

Tel:

Puan Azimah :  0199474781

Sdr Suli bin Ibrahim : 0196955533



Tuesday, September 11, 2012

WALIMATUL URUS

(Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh)

KEPADA RAKAN-RAKAN SMBK 69/72


Dengan segala hormatnya  kepada rakan2 dan kenalan, dijemput untuk hadir ke majlis kenduri kawan kita iaitu:-

SDR ROSLI BIN AHMAD

 dan

PUAN ZAITON BINTI JANTAN

 

PADA HARI:

 

SABTU 15HB SEPTEMBER 2012

BERSAMAAN 28 SYAWAL 1433 HIJRAH

 

DIKEDIAMAN BELIAU:

 

NO. 813, JALAN KEDIDI 1, TAMAN PAROI JAYA

70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

 

ATURCARA JAMUAN:

 

JAMUAN MAKAN: 11.00PAGI  -  4.00PTG.

MAJLIS BERSANDING: 1.30PTG.

 

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN JEMPUTAN SEKELIAN AKAN MENYERIKAN MAJLIS BELIAU DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T.  InsyaALLAH.

Tuesday, September 4, 2012

SEPI ITU INDAH...IYO KO..

Oleh Jokiden.
 
Assalamualaikum rakan-rakan..
 
Lamo dah tak menulih kek sini.. sonyap sunyi blog kito..lamo tak update..masih bolun tolambek nak mengucapkan Solamat Aghi Ghayo Aidilfitri, maaf zahir batin.
 
Di rumah Cikgu Md Zain Rais..ngan Bekas Pen Pengetua SMBK
 
 
Posting kali ini saya nak masukan gambar-gambar untuk kita kongsikan dan imbaslah kenangan yang mungkin terukir dengan paparan potret2 tersebut. Apapun saya sebenarnya sering merindui bayang rakan-rakan.
 
AJK Reunion dlm ladang Bharat Tea CH
 
 
Banyak sekali kisah dan peristiwa terakam sejak dua tiga bulan kebelakangan ini yang ada hubung kait dengan kisah kita semua.
 
Cikgu Md Zain menerima menantu. Begitu juga Ruby dan Iskandar TL kito. Tahniah kerana semuanya bakal menerima gelaran Datuk. Ada yang dah jadi Datuk pun. Hawa menerima menantu, CTN, Zaharin Kamaruddin dan Zailah juga tidak ketinggalan dalam membesarkan keluarga mereka.
 
SSAK kehilangan abang tersayang, MCC terus merajuk dan tak monjonguk blog lagi, songkoknya semakin tinggi kali terakhir saya bertemu dengannya di rumah Datuk Jalil. Sementara Zainun pula kehilangan suami tersayang..
 
Kaklong Limah dah jadi model baju kurung plak aaa
 
 
LAR dah berpindah ke Seremban dan membina rumah besar yang cantik di Seremban Dua. Sedikit hari lagi dia akan menjadi usahawan ikan Talapia pulak. Tipah..Talapia.. hahaha..
 
Tahir dah pencen dan tongah asyik masyuk dengan dunia barunya iaitu dunia Facebook. Shidi dah menyambung kontrak dan agak sibuk dengan pelajarnya, sekali sekala dia muncul juga di FB. Kamaruddin terus aktif dengan sambal tempoyak dan kuih sepangnya.
 
Jamuan Hari Raya di rumah Datuk Jalil. Songkok MCC yg tertinggi di Malaysia..huhuhu.
 
 
Kakcik Mariani bertambah ramping, ontah apo rahsio ea tak mau dio ngobaan doh. Ruby Ahmad juga kata LAR semakin solid tapi kek lutut.. ish..ish kek situ pulak.
 
Kiri kanan debab dio menyolit kek tongah..
 
 
Hari Raya tahun ini rasanya yang paling meriah dalam sejarah Hari Raya tambahan serentah dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55. Usia kita tu. Namun nasib sudah tentu berbeza dan ada yang berduka menyambut kedatangan Syawal...  
 
CTN selalu berjauhan dengan cucunya, 18 jam sehari dalam kerinduan. Datuk Jalil dengan Datin Rusmah terpaksa berjauhan dengan anak tersayang menjelang Aidilfitri, nasib baik ada ikan sembilang dan ikan puyu dalam kolah sebagai penghibur hati. Puterinya ke Amerika menjadi tetamu Brad Pitt.
 
Nikah anak Hj Salim
 
 Nordin, Iyeh n Jokiden kenduri TL
 
 
 Enab, Rubiah n CTN, Wah Joo, Jokiden, Nordin, Lee
 
 
Ooomang TL memang layak jadi Pak Montuo, baju tu ese boghi pinjam jap..
 
 
Lopeh TL pakai ese plak pakai aa..saiz samo..
 
 
 
 Bang Usop, Rosli Isa Bella n Zali..sumo khusyuk donga dio nyanyi tu..
 
 
Raya 2012..
 
 
Hamid Bawal masih setia menghantar sms setiap kali Jumaat menjelma, pastilah doa ikhlas untuk kita semua. Dia begitu matang dalam usianya. Yang masih belum matang agaknya cuma saya, tapi tak mengapa isteri saya suka.
 
Melihat kepada paparan gambar-gambar ini saya mengharapkan rakan-rakan teruja untuk kembali bersama dalam program Reunion SMBK kali ke Tiga. Mari bersama kita ukirkan lagi kenangan dan nostalgia silam.
 
Setiousoho ready nak makan..
 
 
 
 
 
Datin Normah, Toke hamper kito, tahun ni kono lobih sikit..
 
 
 Majlis Hawa..Serdang
 
Hero zaman dulu-dulu...mmg mcm tu ghayo eeaa.
 
 
 Amylia n LAR.. Bharat Tea House
 
SSAK selaku Setiausoho sementara telah meninjau tempat yang sesuai untuk kita. Bijak dia semasa berunding dengan toke Hotel tersebut. Saya hanya mendengar dan tidak menyampuk. Hasilnya mungkin yang terbaik untuk kita, murah, eklusif dan mendamaikan.
 
Tarikh yang dia pilih ialah 25 Januari 2013, Hari Sabtu, tempat Star Regency Cameron Highland. Kenapa pilih Cameron Highland?
 
Ado yg tak kona ko..? Terjah 3.
 
 
 
 Ini baghu lopeh kono mas cotekkkkkkkk!!!!
 
 
 Makan tak ngajak2..bongih datin se
 
 
 Kompem itu spek Jokiden..
 
 
 Bharat Tea House yg mulo2 naik bukit tu..RM3.50 socawan
 
 
 
 Cantik tompek ni utk bosantai dan bogamba..
 
 
Dewan MPTI majlis Bee..
 
 
Tempat Peranginan bertaraf dunia, semua bangsa ada di sana, sejuk, nyaman, hijau, tidak terlalu sibuk dan memberi peluang untuk kita membawa keluarga bercuti di sana sambil menikmati pemandangan yang indah dan banyak boleh di beli. Bawak yolah duit banyak-banyak, nampak jagung geram, nampak kubih geram, nampak keledek terkam..nampak bungo gongam..
 
Bayaran termurah cuma RM50 per head untuk penginapan, untuk dinner, untuk breakfast, untuk cenderamata. Untuk membeli belah sendirilah. Kanak-kanak percuma, maknanya boleh bawa cuculah. Rancang percutian keluarga kita kali ini. Program Insyaallah yang terbaik kali ini disediakan oleh AJK.  

Yang dah kompem tak dapat nak hadir ialah Mona Kiah, dia berpindah ke Turki selama setahun, hujan emas di negeri orang..tinggi-tinggi terbang bangau. Saya sempat berpantun dalam FB dia, "Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur nan panjang, boleh kita berjumpa lagi"

 Oooomangaii..maleh nak komen.. dah 55 tahun masih ceriaaaa
 
WUM= Wang Untuk Makan/Minum/Merayau.. Bodosupppppppp!!! naik bukit.
 


"Kiri jalan, kananpun jalan, tengah-tengah pohon mengkudu, pesan jangan, smspun jangan, sama-sama menanggung rindu" pantun dulu-dulu.

Antara yang positif dengan reunion kali ini di Cameron Highland termasuklah TL Iskandar, DAJA, Kak Ton, Kakcik Mariani, CTN, Hawa, Normah Ali, Rubiah Yusoff.

Pengetua kita selalunya positif, saya telahpun memberitahu beliau beberapa bulan yang lalu, bahawa reunion kali ini agak jauh sedikit. Dia no hal je. Pen Pengetua mungkin juga akan hadir kerana isteri beliau sudah mula tertarik dengan group kita ini.

Wahab, Zaharin dan Ruby memang telah sedia ada di sana, mereka lebih hampir dari kita. Cuma Zali dan Kak Ton paling jauh iaitu dari JB. Halimah rasanya ok tu, diapun ingin menikmati cuaca sejuk Cameron Highland.

Rashidi dan Rashid biasalah mereka pengurus persembahan. Mungkin kali ini kita bagi sumbangan sikit kepada kumpulan mereka tu. Kita terhibur disebabkan oleh mereka..

Alias, Pak Ongah, Salim, Wah Joo dan Nordin kena bersedia awal, takut bertindih program nanti. Begitu juga dengan Zailah.

Zamrus, Murad, Roslan Ghani tak ada hal, asalkan ada Padang Golf, oklah tu..Tahir rasanya tiada masalah asalkan ada wifii dan line internet di dalam bilik.. ok ada, saya dah sahkan dengan hotel.

Kamaruddin jangan plak sebab jauh terlupa nak bawak buah sopang..kompem tak basi. Atau buat sahaja kuih sopang goreng, selesai masalah.

Sesiapa rakan-rakan yang ingin bermalam awal, boleh hubungi SSAK untuk tempahan bilik pada hari Jumaat malam Sabtu, tetapi kena sendiri bayarlah..Selalunya di CH pada hujung minggu bilik sukar di dapati, namun jika kita tempah awal pasti dapat. Banyak kelebihan kalau kita datang awal. Yang pasti saya dan keluarga, SSAK dan keluarga, LAR dgn sebahagian keluarga sudah tentu ke sana pada hari Jumaat, selaku urus setia yang bertugas.

Sekian dulu, nanti jika ada kesempatan saya akan masukan lagi gambar-gambar terkini dalam blog kita ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 55.