GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, January 31, 2012

Mengimbau Kenangan

Pertemuan di Glory Beach cukup bermakna. Syukur kepada  Allah s.w.t. kerana memberikan sekumpulan sahabat dan guru yang sangat bermakna dalam kehidupan ini. Pertemuan sesama kita sentiasa mengimbau kenangan lalu. Kenangan, walau pun seketika dahulu ada yang kita rasa pahit, tapi hari ini semuanya menjadi indah. Hameed, Hasnan, Norhashim, Kamaruddin, tak sangka dapat bertemu. Kenangan bersama sahabat-sahabat SMBK bagaikan satu terapi bagi diri saya. Saya menikmati keindahan, ketenangan, kegembiraan bila mengenang peristiwa lalu. Kenangan lalu memberi rasa kesyahduan, menjadikan diri ini terharu dan sayu malah jiwa berasa tenang menggambarkan telatah kelakuan para sahabat ketika bersekolah dulu. 

Masih ingat Mr Ramu Naidu marah kerana perkataan ‘wet semenyet’ (nak eja pun susah) (wait seminit) dengan kata-kata ‘stupid,’ ‘idiot’  dan ‘bloody fool’nya. Masih ingat tawa unik Ramlah 'koceeek' (tak tahu nak eja).
Masih ingat seluruh kelas terpinga-pinga dengan ‘pronounciation’ Cikgu Geografi (nama dah lupa – rasanya Rubiah) bila menyebut ‘semi-desert’ (English) berbunyi ‘semai-desert’ (U.S).
Masih ingat lagi Mr. Tham Weng Hon yang memiliki Black Belt Karate hanya mampu menunjukkan tahi hidungnya bila terlalu marah dalam kelas.
Cikgu geografi Cikgu Sharif yang berjalan kembang dan garang yang sentiada memandang kita dengan mata buntangnya. ---huh--- ingatnya kita takut...tapi tak pun sebab 'size' dia kecik aje. Nak tengok muka Hameed pun dia terpaksa mendongak (sorry kene exagerate sikit) (Tak tahu mana Cikgu Sharif kini).
Guru Sastera (dah lupa nama) yang ‘pronoun’ puisi berbunyi –piuisi (di sebut pi-u-i-si).
Masa di Form One peristiwa Miss (walaupun dah kawin) Chang terselak ‘blouse’ nya masih mampu membuat diri ini ketawa.
Satu ketika Cik Gu Yusof Kassim (Pengetua sebelum HZR) marah dan menghempaskan majalah Life ke dalam tong sampah yang sedang dibaca oleh seorang guru ketika mengajar.
Mr. Gurcharan Singh tertidur dalam kelas selepas mendengar ‘Radio Lesson’.
 Kelas dibatalkan sebab nak tengok Muhammad Ali bertinju.
Paper BM MCE terpaksa dibuat re-exam kerana soalan bocor.
Banjir besar jambatan Empangan Bangkong runtuh, murid terpaksa ikut jalan Kuala Pilah utuk ke sekolah.
 Peristiwa amuk dipekan batu kikir....kisah sedih buat kawan kita Alias MD. Zain
Ada yang berpendapat kalau hisap ganja pada hari exam, pasti boleh skor ‘distinction’ sebab masa khayal itu akan dapat mengingat semua perkara yang kita belajar (hebatkan? Tapi tinggal ‘hypothese’s aje sebab tak ada ‘research’ yang membuktikan demikan).
Semasa Form Three, Mr. Lim Boon Chin dengan cebisan kain hitam yang dipinkan pada lengan bajunya (entah apa maksudnya), sentiasa serius mengajar. Kelas menjadi ‘tense’. Mengajar sejarah dari awal waktu asyik menulis nota sampai akhir waktu....’tension’...akhirnya saya membenci ‘History’. Walaupun masa Form Five Arwah Cikgu Mokhtar yang mengajar, tapi kebencian pada ‘History’ tak dapat dipulihkan.
Saya juga pernah rasa ‘boring’ dengan sahabat yang asyik ‘speaking’ aje. Kini baru tahu rupanya dia pernah berjiran dengan ‘Mat Salleh’ ...sorrylah sebab pernah menyampah...
Pernah jadi pengakap. Masih ingat arwah Cikhu Izhab.
Niat nak mencapai kecemerlangan memang ada. Masuk sukan daerah acara ‘high-jump.’ Tapi ditewaskan rakan satu sekolah...Iskandar Syah... tak tahulah Iskandar masih melompat atau tidak hari ini. Pernah masuk pertandingabn melukis peringkat daerah...ditewaskan oleh rakan sesekolah....Hasnan Md. Zain. Masuk pula Talentime peringkat daerah di TKS Kuala Pilah, tewas pula oleh rakan sesekolah...Rubiah Ahmad. Hantar pula cerpen untuk majalah, di tapis pula oleh rakan sekelas, Ismail Md. Isa, katanya mudah ...’tiada kualiti..’ Memang ‘chances’ saya nak jadi cemerlang masa sekolah tak kesampaian. Akhirnya saya sedar, I’m just a ‘moderate’. ‘Have to live with it’...sampai kini.
Itulah antara kenangan. Bila duduk keseorangan dan cuba-cuba mengingatkan semula, hati jadi tenang, sayu, terharu. Kenangan ini masih hidup sebab kita masih bersama. Terima kasih atas kebersamaan ini. Kepada sahabat yang ada pengkisahan kenangan lalu, tulislah.....hidup jadi indah dalam nostialgia ini.
Love you all....forever.......
Terima kasih.
Dr. Rashidi

Thursday, January 26, 2012

MALAM NOSTALGIA SMBK- BACK TO 1974

Oleh Jokiden


Glory Beach Resort di waktu senja, indah, hening
menjadi saksi pertemuan warga SMBK
pada 22 Januari 2012 
Urusan pendaftaran, mana kunci bilik aku???
Jokiden mempastikan semuanya berjalan lancar.

AJA, Zali, Hamid dan Hasnan sempat bersembang
sementara menunggu majlis jamuan.
Suasana santai beginilah yang mengeratkan silaturrahim
yang pernah terjalin suatu ketika dahulu.
Pelbagai topik diperbualkan.

 
Rokiah dan Mariani sedang mendaftar masuk. Berapa I kena bayar??

5.20 petang, taklimat baru saja hendak bermula, belum sempat buka mulut
saya terima panggilan telefon dari sepupu saya. "Ayah dah meninggal!!" mata saya terus berpasir. Kelihatan di atas Zali, Dr Shidi, Bang Nordin (suami Ramlah)

Glory dirakam oleh anak Jokiden dari atas Bilik


Kaklong dan Intan masih setia menunggu ketibaan warga SMBK
dimeja pendaftaran.

"I tak nak kongsi bilik ngan sape2.. I nak sorang2" kata Rokiah
Kelihatan juga Ramlah di belakang


Selalunya jika memakai topi dan berbaju merah atau
biru ialah Hawa!!!!


Ruziah, Latifah dan Hawa


SSAK, Rubiah, Hawa dan Latifah. Penyokong
kuat Reunion SMBK

Pengerusi dah hilang!!!!

Hotel bagi ala kadar yo, jadilah...

Mano yang lain-lain ni???


"I pun sekolah TMS dulu" Kata bang Nordin pada Dr Shidi 

Kawan Rubi tersilap jalan, Hawa hanya sengeh

Hahaha!!! no komen, silap aghi bulan jago kau
Bang Zali dtg sekeluarga dari JB
penyokong kuat program SMBK

"Den dah boli Bently, Jokiden jealous tu" kato Hamid


Dr Shidi and the geng mempastika segalanya sempurna

Zali, Cikgu Salim, Tok Lombago, Ali n Hamid
Kenanganku, You're Wonderful dan Angin Malam
hahaha..rakanku hebat2

Apo yang dicolotehan dek Zamrus tu??


Rubiah Ahmad makin mudo bersama Datin Normah dan Hawa

Datin Yusmah, "Mano Dato' J ni??"

Pengetua HZR bersantai dengan Zamrus..Kisah lama
tinggal nostalgia..

Pengerusi tongah boposan tu.. tolong donga aa
"Tuan2 dan puan2, sebagai penghargaan kepado sumo, tahun dopan reunion kito sumo ea free, ese tanggung, datang yolah ghamai2" hahaha, bulih cayo ko tu.


Rokiah Sirat isteri Md Shah, terkedu mendengar suaminya
mengalunkan lagu Pamit "Bilo dio ni pandai nyanyi ni???"

"Tahun dopan bia oghang lain plak yang jago ni"
Kaklong n Intan

"Air sarbat yo ko.. Pengerusi nak kono ni"
kehadiran kalian menyerikan majlis ini.

Hj Zain Rais Pengetua, Hj Sulaiman Kassim Pen Pengetua,
Jokiden, Bang Yusoff dan Shara.. Ado yg lucu tu

Bang Nordin suami Ramlah, Zamrus dan Utz Hasnan


"Ese dulu golak yo kojo ea.." Ramlah sedang
mengkisahkan ttg diri nya, semua terhibur mendengarnya


"Band bulih bawak ko lagu I ni" Hawo sedang
mengalunkan lagu Hetty Koes Endang. Hanya satu yang
kusayangi, tiada pengganti sampai saat ini...
gagal menghapus kenangan lama.... benar!!!


Qawiyy pun hadir

Banyak ea lauk!!!

Pengkisahan Hamid Bawal..Usahawan berjaya kini
"Dulu I jual bawang...kini jual kilang..I got married to
the most beautiful woman in this whole world"


Menantu Cikgu Sulaiman, Hasnan dan bang Zali (suami Enab)
sedang mengambil makanan

Kamaruddin toke buah sopang, Tok Lombago, Roslan
Ghani, Hasnan n Bang Nordin sedang
menjamu selera

Setiausoho tak mahu ketinggalan, menyumbangkan
sebuah lagu..

Persembahan hebat M Shah.. Pamit

Hebat Tok Lombago ni, band bawak musik laju,
tapi dio solambo yo nyanyi lagu Angin Malam

Topogun sumo nonga Tok Lombago nyanyi..

Saat perpisahan hampir tiba.. Nyanyi ramai2. Seperti kata Dr Shidi
Love you all, potret ini menjelaskan segalanya.

Catatan.. Gambar kurang memuaskan kerana diambil dgn menggunakan tel dik As. Dalam sedikit masa lagi Jokiden mungkin menulis sesuatu mengenai majlis reunion ini.. Insyaallah..

Tuesday, January 24, 2012

KENANGAN MENGUSIK JIWA...............

Assalam,

Sebelum bercerita panjang lebar disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kwn2 yang dtg kemajlis reunion kita pd 22 Jan 2012 yg lalu.  Tajuk pd malam itu 'MALAM NOSTALGIA SMBK 69/74'.  Tajuk ini memang bermakna bagi kita yang telah bersama-sama pada malam itu, penghayatan dan pengisian program itu membuatkan kita semakin erat dan tidak ada lagi rasa segan silu seperti di zaman sekolah dahulu.  Kita saling sapa menyapa, bertanya khabar, bercerita, bergurau senda diantara satu sama lain seperti sanak saudara kita sendiri, yang mana dahulu (38 tahun yg lalu), kita tidaklah seakrab dan semesra begitu. Sungguh bermakna dan menggembirakan saya melihat kawan2 yg datang, segala gurauan dan kata2 yg kedengaran membuatkan saya terhibur dan merasai aura kekeluargaan.

Program pada malam itu di mulakan dengan kata2 aluan dr sdr Pengerusi majlis dan Sdr Pengerusi Penganjur.  Ucapan kedua mereka ini membuatkan kita tak kering gusi dibuatnya...... ada2 saja........Didahului juga dengan bacaan doa dari Sdr Hasnan Md Zin, yang mana pd malam itu beliau dikenali oleh Pengerusi sebagai Ustaz Hasnan, memang kena dengan gelaran tersebut. Beliau juga datang bersama buat kali pertama pada program ini.

Pada malam tersebut saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan kita seperti Datin Normah Ali, Puan Latifah Abd Rahman, Puan Zainab Idris, Sdr Mohd Kamaruddin yang turut memberi sumbangan pada majlis kita itu. Seperti Datin Normah dan Puan Latifah telah membawa hamper yg begitu banyak, Puan Zainab Idris memberi jambangan bunga kepada semua warga SMBK. Ibaratnya, bagaimana cantiknya, harumnya bunga2 tersebut begitulah hatinya terhadap kita semua, Terima kasih Nab kerana dtg juga walaupun esok u akan menjalani pembedahan. Saya doakan berjaya dan sembuh seperti sediakala. Merasai keenakan kuih 'Buah Sopang' sebagai buah tangan Sdr Mohd Kamaruddin, tak dapat di lahirkan oleh kita semua yg memakannya....rasanya takda yang makan hanya 1 tetapi 4 buah.  Memang sedap.......... ghaso mcm kek kampong pulak. Begitu juga kepada Ajk2 yang terlibat dlm program reunion kita kali ini, semuanya memberikan sumbangan, baik tenaga, idea  atau lain2. Kepada kawan2 yang lain terima kasih kerana semuanya membawa sumbangan hadiah setiap satu seorang bagi menjayakan program kita ini.

Majlis kita diiringi oleh 'Live Band' yang disediakan dan dikelolai oleh Prof Dr Ahmad Rashidi Hassan, beliau telah bekerja keras bagi menyusun atur persembahan pd malam itu, kesempurnaan program dan persembahan pada malam itu adalah dari kerja keras beliau bersama2 dengan ahli2 kumpulan band boys yang dibawanya bersama. Khabarnya beliau telah memulakan latihan yg keras sebelum persembahan tersebut.  Kami semua cukup terhibur.....Kami juga terhibur dengan persembahan kawan2 pada mlm tersebut. Mendengar dendangan dari sdr. Mohd Tahir, Razali Khamis, Iskandar , Salim, Md Shah, Primadona SMBK Puan Siti Hawa, Latifah A.Rahman, Prof Rashidi, juga Prof Rashidi membantu saya dalam menyumbang nyanyian pd malam itu, maklumlah orang tak pandai menyanyi dopan kelayak ramai selalu nyanyi dlm dapur yo,  kalau karaoke tu takpelah sikit, ini dia nak bawak dlm live band......mula2 takut tak confident boleh nyanyi ke tidak.....ghupo2 ee baru saya tau sei pandai nyanyi, bab  sodap tak sodap suara ontah lah, kalau sei nyanyi laie, silap2 Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza tak dapek cari mkn laie do.

Kehadiran Bekas Pengetua dan Timbalan Pengetua memeriahkan lagi suasana, biasalah Pengetua sanggup menunggu sehingga ke penghujung program. Semasa saya berbual denga kedua mereka, jelas terbayang diwajah  beliau amat gembira yang mereka  menjadi tetamu kehormat kita pd malam itu. Seolah2 kita berbual antara seorang anak dengan ayah, adik dengan abang, dan seolah seperti mereka itu menjadi kawan2 pula. Keikhlasan dan keseronokan jelas terbayang diwajah mereka , sambil menikmati hidangan dan gurau senda yang dibuat oleh rakan2 kita membuatkan mereka gembira dengan suasana.   Ucapan keramat yang di lahirkan oleh Kedua2 Pengetua dan Timb Pengetua kita itu amat menceriakan halua telinga, mereka juga mengimbau kisah2 semasa mereka bertugas sebagai tenaga pengajar di zaman persekolahan kita dulu, diakhiri dengan hilaian ketawa. Mereka jujur mengaku apa yang mereka lakukan dahulu, ada kawan2 kita yang kena rotan, ada yang kena lempang, tapi kita menerimanya dengan seadanya, dengan sikap merekalah kita berada  ditahap kita hari ini, tidak ada dendam walau sekelumit pun, dengan itu "MAAFKAN KAMI CIKGU" kami adalah anak2 nakal cikgu.  Kami juga amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada Cigu Sulaiman Kassim kerana sudi jugak datang walaupun dirumah beliau adik beradik dan sanak saudara berkumpul kenduri.

Kehadiran Puan Ramlah Hussin juga menggamatkan suasana kerana dengan keletahnya, beliau telah dijemput utk memberikan sepatah dua kata mengenai dirinya.  Satu perkara yg kita semua tahu, ramlah adalah ratu golak semasa persekolah dahulu (banyak togolak dari bocakap). Tak hairanlah bila dia naik ke pentas, kami semua dah togolak dahulu dari die, dia apa lagi, mukadimahnya adalah GOLAKKK dahulu baru berkata2. Beliau masih tak berubah walau pun dah 40 tahun tak berjumpa....

Kawan kita yang satu ini hadir setelah sekian lama tak berjumpa, iaitu Sdr Hamid Bawal,  beliau juga dipanggil untuk memberi pengkisahan diri nya, supaya kita dapat mengetahui kehidupannya sekarang ini.  Ya....beliau masih seperti dahulu,  dan beliau telah berjaya dalam kariernya...katanya  beliau tak pernah jumpa kekasih hati org Malaysia sebelum mendirikan rumahtangga, tetapi beliau telah berjumpa kekasih hatinya di Syria, maka beliau hidup aman damai dengan isterinya (orang Syria) hingga kehari ini, dan dikurnia dengan beberapa orang cahaya mata.....Dimalam itu, beliau telah membawa anak2 beliau, dan seorang dari anaknya yang kecil seumur 7th ke 8th kalau tak silap saya, telah membaca Al-Fatihah untuk acara bacaan al-Fatihah kepada arwah2 kwn2  dan ahli2 keluarga yang telah pergi. Meremang bulu roma saya mendengar bacaan beliau, sungguh syahdu dan terharu....hingga tak terkata........

Ibarat kata pd malam itu kami semua macam adik beradik, berkumpul dan bergembira bersama.

Hanya saya berasa sedih kepada kwn kita Sdr Ismail Md Isa tidak dapt dtg kerana isterinya tiba2 jatuh sakit dan berada di hospital. Beliau adalah pengacara bersama dengan Dato' Jalil.  Beliau juga telah menyediakan beberapa program/persembahan untuk dipersembahankan pada mlm itu. Tetapi apakan daya .....Kita merancang tetapi Allah yg menentukan......Sabarlah MCC.....

Disaat semua telah berpisah ada yang terus balik kerumah dan ada yang tidur di resort, saya dimaklumkan oleh Pengerusi Sdr Mohd Sharif Ahmad bahawa beliau akan balik meninggalkan kami di hotel kerana seorang bapa saudaranya telah meninggal dunia pada petang tersebut. Saya terpinga2.......Saya kagum dan terharu kerana melihat dia boleh bertahan menunggu sehingga habis program baru die meninggalkan kami dan menyerahkan tugas kepada saya dan Dato' Ab Jalil seterusnya. Al Fatihah........Amin......

Hanya setakat ini dulu, akan disambung lagi sekiranya ada masa dan idea.....

Sekian,

SSAK

Wednesday, January 18, 2012

ATURCARA MALAM NOSTALGIA SMBK 69/74 - BACK TO 1974

AHAD 22 JAN 2012

2.00 PETANG                  -      KETIBAAN AHLI, MENDAFTAR MASUK
                                               MENYERAHKAN HAMPER PADA URUSETIA

                                               SANTAI DI TEPI KOLAM
                                               MANDA DI KOLAM ATAU LAUT
                                               SOLAT ASAR 

5.00 PETANG                  -     TAKLIMAT DI DEWAN

7.00 PETANG                  -      RIHAT
                                        -     SOLAT MAGHRIB

8.00 MALAM                  -       KETIBAAN AHLI-AHLI

8.05 MALAM                  -       KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
                                       -      CIKGU-CIKGU
                                       -      PEN PENGETUA
                                       -      PENGETUA HZR

8.10 MALAM                  -       ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
                                       -      ISMAIL/DATO AB JALIL

8.15 MALAM                  -       BACAAN DOA
                                              USTAZ MOHD NIZAR YASSIN

8.20 MALAM                  -       UCAPAN PENGERUSI PENGANJUR
                                               MOHD SHARIF AHMAD

8.25 MALAM                  -      UCAPAN PENGETUA SMBK
                                               HZR

8.35 MALAM                  -       JAMUAN MAKAN
                                               PERSEMBAHAN LIVE BAND

                                         -     CABUTAN BERTUAH
                                         -     PENGKISAHAN GURU
                                         -     PENGKISAHAN RAKAN-RAKAN
                                         -     PERSEMBAHAN NYANYIAN
                                         -     CABUTAN BERTUAH
                                         -     PENGKISAHAN GURU-GURU
                                         -     PENGKISAHAN RAKAN-RAKAN

                        
                                         -     MERAIKAN SELAMAT HARI 
                                               BAGI AHLI YANG MENYAMBUT HARI
                                               JADI BULAN JAN/FEB

                                         -     CABUTAN BERTUAH
                                         -     REBUT KERUSI
                                         -     NYANYIAN

 11.55 MALAM                -       PENYAMPAIAN CENDERAHATI
                           
12.00 MALAM                -      NYANYIAN BERAMAI-RAMAI
                                              BERSURAI


ISNIN 23 JAN 2012

7.00 PAGI                        -      SARAPAN PAGI

9.00 PAGI                        -      SENAMAN RINGAN
                                         -     POCO-POCO
                                         -     MANDI KOLAM/POLO AIR
                                         -     MANDI LAUT

12.30 TH                         -       MENDAFTAR KELUAR
                                               SAYONARA…JUMPA LAGI.         








Sunday, January 8, 2012

RAKAN-RAKAN YANG AKAN HADIR DI MALAM NOSTALGIA SMBK 22 JANUARI 2012

AHLI JAWATAN KUASA PENYELARAS 


PENGERUSI: EN MOHD SHARIF AHMAD 012 2345889
TIMBALAN PENGERUSI: EN ISKANDAR SHAH HJ SUAK 019 3817752
NAIB PENGERUSI: YBHG DATO' HJ AB JALIL ABDULLAH 019 3207818
SETIAUSAHA: PUAN SITI SHARA ABD KADER 013 3563911 (MAYBANK 1551 2600 5875)
PEN SETIUSAHA: PUAN MARIANI DUAJI 013 3041387
BENDAHARI: EN ISMAIL MD ISA 019 6664790 (MAYBANK 0050 2820 9370)
PENGURUS ACARA: YBHG DATO' HJ AB JALIL ABDULLAH 019 3207818
PENGURUS PERALATAN: EN MOHD RASHID YAHAYA 016 2630100
PENGURUS PERSEMBAHAN: EN ISMAIL MD ISA 019 6664790
PENGURUS SAMBUTAN DAN PROTOKOL:  TUAN HJ ALIAS MD ZAIN 012 9310830
PENGURUS HAMPER DAN CENDERAMATA: PUAN SITI NORMAH 017 5120010
PENGINAPAN: PUAN SITI SHARA ABD KADER
AJK: MD SHAH ZAINAL ABIDIN
DR AHMAD RASHIDI HASSAN
EN ZAMRUS ABD RAHMAN
PUAN LATIFAH ABD RAHMAN
PUAN RUBIAH YUSSOF
EN MOHD TAHIR KASSIM
JUMLAH BAYARAN BOLEH KIRA SENDIRI DAN BANK IN KE AKAUN BENDAHARI DAN SETIAUSAHA DAN SILA SMS SELEPAS ITU.
AHLI YANG AKAN HADIR
1. ZAMRUS ABD RAHMAN (Bermalam)
2. RAMLAH HUSSIN (Bermalam)
3. SUAMI RAMLAH (Bermalam)
4. ZAINUN MUSTAFFA (Bermalam)
5. HAMID BAWAL (Bermalam)
6. ISTERI HAMID (Bermalam)
7. ANAK HAMID (Bermalam)
8. ANAK HAMID (Bermalam)
9. SITI SHARA ABD KADER (Bermalam)
10. SUAMI SHARA (Bermalam)
11. ANAK SHARA (Bermalam)
12. ANAK SHARA (Bermalam)
13. MARIANI DUAJI (Bermalam)
14. SUAMI MARIANI (Bermalam)
15. ISMAIL MD ISA (Bermalam)
16. ISTERI ISMAIL (Bermalam)
17. DR AHMAD RASHIDI HASSAN (Bermalam)
18. ISTERI DR RASHIDI (Bermalam)
19. ANAK DR RASHIDI (Bermalam)  


20.TUAN HJ MD ZAIN RAIS (Bermalam)

21. ISTERI HZR

22. RAZALI KHAMIS (Bermalam)

23. ISTERI RAZALI

24. ANAK RAZALI

25. MD SHAH ZAINAL ABIDIN

26. ISTERI MD SHAH

27. TUAN HJ ZAINAL ABIDIN IDRIS (CIKGU)

28. ISTERI CIKGU ZAINAL

29. LATIFAH ABDUL RAHMAN (Bermalam)

30. SUAMI LATIFAH

31. ANAL LATIFAH

32. ANAK LATIFAH

33. ANAK LATIFAH

34. ISKANDAR SHAH HJ SUAK (Bermalam)

35. ISTERI ISKANDAR SHAH

36. SITI HAWA ARSHAD (Bermalam)

37. USTAZ MOHD NIZAR YASSIN


38. NORHASHIM AHMAD

39. AZIMAH OTHMAN (Bermalam)

40. SUAMI AZIMAH

41. ANAK AZIMAH

42. ZAILAH SHAHARUDDIN (Bermalam)

43. ANAK ZAILAH

44. ANAK ZAILAH

45. ROSLAN GHANI (Bermalam)

46. ISTERI ROSLAN

46. ANAK ROSLAN

47. DATO' AB JALIL ABDULLAH (Bermalam)

48. ISTERI DATO' AB JALIL

49. DR MURAD NASARUDDIN (Bermalam)

50. HASNAN MD ZAIN

51. ISTERI HASNAN

52. DR AHMAD ZUHAIDI

52. HASIDIN KASSIM (Bermalam)

53. ISTERI HASIDIN

54. TAHIR KASSIM (Bermalam)

55. ISTERI TAHIR

56. MOHD SHARIF AHMAD (Bermalam)

57. ROSENANI ABD RAHMAN

58. IFZA NOR

59. MOHD AFIQ

60. NURASFARINA

61. RUBIAH YUSOFF

62. SUAMI RUBIAH

63. ANAK RUBIAH

64. ANAK RUBIAH

65. ALI AHMAD

66. ASRAF ALI

67. MAS ATHIRAH

68. AQILAH

69. INTAN NADHIRAH

70. MONA KIAH (Bermalam)

71. HJ SALIM SHARIF

72. ISTERI SALIM

73. CIKGU SULAIMAN KASSIM

74. HJ ALIAS MD ZAIN

75. ISTERI HJ ALIAS

76. MOHD KAMARUDDIN 

Saturday, January 7, 2012

REUNION WARGA SMBK 69/74 KALI KEDUA

Oleh Jokiden.

Rakan-rakan yang selamanya diingati,

Persetujuan untuk meneruskan pertemuan diantara rakan-rakan yang suatu ketika dahulu pernah bersama-sama dalam menjalani hidup ini dalam alam yang dinamakan alam persekolahan, Insyaallah akan diteruskan. 

SMS pemakluman awal telah dihantar oleh saya serta Setiausaha dan banyak rakan telah menerimanya. Saya berharap rakan-rakan menerimanyanya dengan positif dan cuba sedaya upaya mungkin untuk segera memberikan jawapan kerana kita berurusan dengan pihak ketiga iaitu pihak Hotel, yang bukan sahaja memerlukan komitmen tetapi juga sejumlah jaminan atau deposit untuk mereka membenarkan kita mengadakan majlis di tempat mereka.

Oleh kerana tempat yang dipilih agak istimewa dan juga bertepatan dengan musim percutian, maka permintaan terhadap tempat-tempat peranginan ini amat tinggi, lalu bukan sahaja mereka 'jual mahal' sikit tetapi realitinya harga penginapan memang selamanya berbeza diwaktu mana-mana musim percutian ini.

Pertemuan kita adalah setahun sekali dan rakan-rakan diharap dapat mengambil kesempatan ini untuk memulakan semula hubungan sesama kita telah terpisah sekian lama. Namun begitu jika terdapat urusan lain yang lebih penting dan tarikhnya bertembung pula dengan Reunion kita ini maka anggaplah rezeki kita tidak ada kali ini. Jika kita hendak menunggu tarikh dan waktu yang semua orang boleh selesa, sesuai dan lapang, tarikh itu sebenarnya tidak pernah wujud.

(Program dan senarai kehadiran rakan-rakan akan sentiasa diupdate dihujung artikel ini nanti)



    
Menguruskan sesuatu program sekecil mana sekalipun pastinya menemui kesukaran sekiranya tidak mendapat kerjasama antara kita.Dari itu berikan kerjasama rakan-rakan kepada Jawatankuasa ini demi untuk menjayakannya.



Pertemuan kita seperti tahun lalu, tidaklah dirancang sehebat mana, namun berdasarkan hubungan emosi yang terjalin dalam waktu yang amat singkat tersebut, hingga kini ianya meninggalkan kesan yang mendalam. Ini dapat disahkan oleh rakan-rakan yang sempat hadir melalui perbualan, catatan dalam blog, nukilan dalam facebook mahupun dalam sms selepas itu.

Ekoran daripada pertemuan yang pertama dahulu, hingga kini kita merasakan kita telah kembali akrab. Malah ada diantara rakan-rakan yang masih terbawa-bawa perangai lama dan watak lama sewaktu dialam persekolahan dahulu walaupun jarak waktu telah jauh berlalu dan usia kita telah separuh abad. 

Kenangan lama sesungguhnya mengusik jiwa, itu kata orang dulu-dulu. Keseronokan, keserasian dan keakraban ini sebenarnya kembali menjelma. Siapa kita dulu dan siapa kita hari ini adalah tidak penting. Yang menjadi saksi kepada pernah wujudnya hubunga istimewa ini ialah keringat lekit semasa berlari di padang sekolah. Jiwa remaja kita ketika itu, tentunya jauh berbeza dengan naluri kematangan kita hari ini. Namun menyaksikan rakan kena tempeleng oleh guru walaupun kesalahan dilakukan oleh orang lain, tentunya mengembalikan ingatan kita kepada dunia persekolahan kita yang amat menarik dahulu.

Bersimpati kepada rakan kita yang kehilangan kasut sukan, menjeling dengan penuh rasa cemburu melihat kepada sebahagian rakan-rakan kita yang hidup lebih selesa dari kita tentunya sesuatu yang manis untuk diingati bersama kini. Mengingatkan kembali bagaimana kita diusik oleh rakan-rakan semasa menaiki, menuruni atau semasa berada di dalam bas juga menggamit kerinduan.

Berebut-rebut membeli makanan dan minuman ketika waktu rihat tengah hari, tentunya sesekali menjelma diingatan kita. Perkelahan di Jeram Tengkek atau sessi menghisap rokok di tepi sungai berhampiran Masjid Batu Kikir terpahat kukuh dalam lipatan hati.

Semuanya boleh kita kongsikan kelak, kisah suka duka, ketika bersama, kemudian kita berpisah, lupa antara satu sama lain, ada yang terus memendam rasa rindu dan kini bertemu kembali. Terubatkah rasa rindu!!!!???. 

Kenangan tidak pernah hilang kecuali jika kita semaunya ingin melupakannya. Pecayalah pertemuan ini pasti ada menafaatnya, dulu, kini ataupun esok. 

Pada pertemuan tahun lalu ada rakan-rakan yang tidak berkesempatan, kini ramai yang menyuarakan yang akan hadir. kali ini kita mungkin berpeluang melihat punggung Hamid Bawal yang menonjol kebelakang tersebut samada masih lagi ada atau telah kempis dimamah usia.

Hasnan yang tahun lalu tidak berkesempatan hadir, kali ini telah memberikan pengakuan akan hadir bersama keluarga. Begitu juga dengan Zainun Mustafa awal2 lagi telah bersetuju. Ramlah Hussin sekecil molek (kenit) juga akan hadir cuma beliau yang baru saya temui beberapa bulan lepas bukan lagi kenit.

Halim Hamid mungkin kali ini berpeluang untuk hadir. Nordin, Kamaruddin, Siti Aminah Sani, Ahmad Zuhaidi dan Norhashim Ahmad juga berkemungkinan besar akan turut serta.

Masalah sedikit dengan jumlah bilik yang mampu ditempah, amat terhad, jadi siapa dulu kompem bilik dia dapat. Harap rakan2 segera memberikan reaksi untuk tujuan tersebut. Minta juga jasa baik kawan2 untuk menjemput mana-mana rakan yang tidak sempat saya jemput. Panjangkan jemputan ini. Lagi ramai lagi meriah.

Bukan dirancang sangat, namun secara kebetulan sahaja tarikh yang dipilih kali ini juga bertepatan dengan tarikh pertemuan pada tahun lepas. Tahun lepas 22 Januari, tahun ini juga 22 Januari. Tahun lepas hari Sabtu, tahun ini hari Ahad. Tahun lepas di PD tahun ini juga di PD.

Kenapa 22 Januari hari Ahad dan tidak 21 Januari hari Sabtu??? Jawapan, pada hari Sabtu ramai yang kena hadir kenduri kahwin rakan dan taulan. Ahad juga ada kenduri kawin, tetapi majlis kita sebelah malam. Kenapa tidak hari Isnin malam selasa, cuti juga???? Mungkin hari Isnin dan Selasa ramai yang nak menghantar cucu balik ke asrama!!! hahaha... Begitupun seperti yang saya sarankan awal2 tadi, sekiranya kita ingin mencari satu hari yang sama untuk semua orang, hari itu tidak pernah wujud.

Program penuh akan dimasukan kemudian, namun secara ringkas untuk pertimbangan rakan-rakan maklumat di bawah mungkin boleh membantu.

MALAM NOSTALGIA SMBK 69/74

TARIKH:  22/23 JANUARI 2012

HARI: AHAD/ISNIN


BILIK RM80.00 SEORANG

DINNER: RM50.00 SEORANG

BREAKFAST RM24.00 SEORANG

HAMPER SEPERTI BIASA BAWA SATU SETIAP KETUA KELUARGA DAN KITA TUKAR2 KELAK DENGAN CARA CABUTAN BERTUAH.

Lain-lain maklumat akan di kemas kinikan dari semasa ke semasa. Jumpa di sana. 

Mengenai Glory Beach Resort