GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, October 17, 2012

REUNION KALI KETIGA

Oleh Jokiden:

 
 
Assalamualaikum rakan-rakan, bertemu lagi dan semuga semuanya ceria. Posting kali ini ialah mengenai program REUNION KALI KETIGA MENGHIMPUN MANA YANG TERTINGGAL.
 
TEMPAT: HOTEL STAR REGENCY, BRINCANG, CAMERON HIGHLAND.
 
TARIKH/HARI: 26/27 JAN 2013, SABTU/AHAD (BERMALAM)
 
BAYARAN: RM50.00 SEORANG
 
ATURCARA RINGKAS:
 
SABTU 26 JAN. 9.00 PAGI BERKUMPUL DI R&R SUNGAI BULUH. BREAKFAST
 
TAKLIMAT RINGKAS
 
10.30 PAGI BERGERAK SECARA BEERKONVOI KE CAMERON HIGHLAND IKUT TANAH RATA
 
11.45 BERGAMBAR DI AIR TERJUN LATA ISKANDAR
 
12.30 BERHENTI RIHAT DI KEBUN TEH BHARAT. KONO TEH TARIK DULU DAN BERGAMBAR
 
2.00 PETANG MENDAFTAR MASUK DI STAR RENGENCY. ACARA BEBAS DAN SANTAI
 
4.30 PETANG MEMBELI BELAH KE TANAH RATA
 
(SEBAHAGIAN RAKAN-RAKAN MUNGKIN BERMAIN GOLF DI SANA)
 
8.00 MALAM JAMUAN BERMULA ACARA BERMULA.
 
HIBURAN, PENGKISAHAN DIRI DAN KELUARGA, HARI JADI, CABUTAN BERTUAH DLL
 
2.00 PAGI MAJLIS BERSURAI
 
AHAD 27 JAN 2013
 
7.30 PAGI MINUM PAGI
 
PENGKISAHAN RAKAN-RAKAN DISAMBUNG
 
12.00 TENGAH HARI MENDAFTAR KELUAR
 
12.30 BERSHOPING DI BRINCANG, BELI BUNGA, JAGUNG, KELEDEK, BUAH LIMAU, KOBIS DAN PELBAGAI LAGI
 
2.30 PETANG BERTOLAK BALIK KE DISTINASI.
 
ATURCARA INI TERTAKLUK KEPADA PINDAAN.
 
 
Program ini diatur sedemikian rupa agar perpisahan yang telah lama kita alami ini dapat disatukan semula dalam suasana yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam. Sebab itu lokasinya kita pilih Cameron Highland, agar kenangan ini kekal lama dalam ingatan. Akan tercatat dalam lipatan sejarah "kami terpisah begitu lama, kami bertemu kembali di sebuah Pusat Peranginan Antarabangsa"
 
Percayalah ada rakan yang telah tidak kita temui sejak 40 tahun dahulu akan kita temui di sini. Jejak kasih kata orang. Penyertaan di buka kepada rakan-rakan, buatlah hebahan dan tempahlah tempat dengan segera supaya urusetia dapat mengaturkan segala keperluan.
 
  



Urusetia Nani, SSAK, Rubiah, LAR n Azimah selepas melawat tapak untuk reunion
 
 
Rakan-rakan sebaya yang dari aliran Melayu juga dijemput menyertai program ini jika berminat seperti Maznun Isa dan Marjah Majid.
 
Mari kita kongsikan dan kita imbau semula kenangan lama antara kita dan paparkan kisah terkini tentang kita dan keluarga.
 
 
Semasa TL menerima menantu di Dewan SMBK 2012
 
Menyertai program ini memberi peluang kepada kita untuk mengetahui kenapa Hamid Bawal yang semasa sekolah dahulu berseluar ketat hingga ke lutut akhirnya bertemu jodoh dengan warga Jordan.
 
Kita boleh mendengar bagaimana Roslan Ghani kali pertama memukul bola golf. Begitu juga dengan Zamrus Abd Rahman. Atau kita sama-sama mendengar nanti pengalaman Ahmad Firdaus yang lambat bertemu jodoh yang kini anak-anaknya  masih kecil tetapi ramai.
 
Lihat wajah SSAK yang tidak dimakan usia, masih muda jelita. LAR pula semakin cerah kulitnya dan kalau dia jadi berpindah ke Cameron Highland dan menetap di sana dia akan putih melepak pula nanti.. Ish.. ish.. semuanya menanti kalian di sana.

Ramai yang telah menyatakan persetujuan untuk turut serta antaranya Azimah, Zainab, Dato' AJA, SSAK, MD, Zali, Hawa, Normah, Jokiden, Ali, Rashid, Rashidi, Zamrus, Siti Normah, Rubiah, Ruby, Tok Lombago, LAR, MCC, Zaharin Kamaruddin, Wahab, Tahir, Rusli, Ramlah Hussin, Ruziah dll. Inipun jumlahnya jika dikali ngan 3 sahaja sudah mencecah hampir 80 orang. Meriah.. Setakat ini tempahan bilik yang urusetia buat ialah untuk 150 orang.

Jemputan juga telah saya panjangkan kepada guru-guru kita, antaranya Cikgu Zainal, Cikgu Baharom, Cikgu Jamilah, Utz Nizar guru tarian Faridah Bulin, Utz Tajuli dan Cikgu Sulaiman. SSAK akan berusaha mencari cikgu-cukgu yang lain seperti Ramu Naidu dan Armeer Singh. Sementara Pengetua kita saya telah bercakap dengan beliau dan Insyaallah beliau akan bersama kita di sana nanti. Beliau yang terkenal garangnya dulu rupa-rupanya dalam hati kecil beliau dan sepanjang kerjaya beliau kita adalah merupakan murid kebanggan beliau di SMBK..

Dikalangan kita ramai yang telah mempunyai cucu seperti CTN, Hj Salim dan Nordin Baharuddin. Anak cucu juga boleh kita bawa bersama. Mohon jasa baik rakan-rakan untuk menghebahkan perkara ini kepada rakan2 yang diketahui oleh kita.

Kita akan cuba menemukan kembali dengan Zaharin Zainal, Norizan Md Nor, Rahman Bador, Halim Hamid, Rose Abd Rahman, Lim Wah Joo, Zainun, Sharifah, Latifah Jamal dan ramai lagi yang SSAK mampu cari.

Rakan-rakan kini pastinya berubah dari segi sosial dan fisikal. Zaharin K yang debab semasa sekolah dulu kini bertambah debab. Begitu juga dengan Datin Normah Ali juga bertambah lebarrrrrrrr... Jika ada  yang masih ingat betapa manisnya senyuman Hawa Arshad semasa sekolah dulu, percayalah senyuman terkini beliau adalah lebih manis lagi.

Sdr Ahmad Firdaus pulak masih berwajah budak-budak walaupun usia sudah menjangkau setengah abad. Jangan lepaskan peluang ini kawan-kawan, mari kita hiruk pikukan Star Regency Cameron Highland pada 25 Jan 2013 kelak. Masih banyak masa untuk merancang, cuma kami urusetia perlukan komitmen awal kerana untuk memudahkan urusan dengan pihak hotel.

 
Jokiden tengah mencari Hotel..

Zali yang ketika sekolah dulu asyik membuat teka teki sahaja kini bertambah pagan.. hahaha.. kok ado yang tau makno pagan, tanyolah kek Tok Lombago. Saya akan mengingatkan salah satu daripada teka teki yang beliau pernah buat dulu yang hingga ke hari ini masih ramai yang tidak dapat menjawabnya.

MCC dengan penampilan songkok paling tinggi dalam Malaysia kini menjadi seorang Pengetua Sekolah di Seremban. kita akan minta beliau mengarang sebuah gurindam jiwa untuk persembahan pada malam tersebut kelak.

Hasnan Md Zain kini telah bergelar 'Ustaz'. Semasa reunion kita kali kedua beliau telah membacakan doa untuk kita semua. Halimah Ujang masih seperti dulu dan beliau kini menetap di Gemas setelah menamatkan kerjaya sebagai guru. Beliau mungkin akan hadir juga nanti. Begitu juga dengan Zainun Mustafa yang akan diuruskan oleh LAR dan MD supaya beliau dapat bersama kita. 

Badariah Jamaluddin masih bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam Putra Jaya. Marjah Majid di Kementerian Kehakiman, Dato' AJA di MSN, Datin Normah di SSKM, Zailah Kamaruddin telah dua kali hadir ke reunion kita semuga beliau tidak ketinggalan untuk kali ketiga ini. Sementara Nordin yang kini bahagia bersama cucu-cucu beliau masih belum berkesempatan kerana hal yang tidak dapat dielakan. Saya berharap kali ini beliau mempunyai masa kerana yang paling rapat dengan saya semasa di sekolah dulu adalah kami bertiga. Saya, Nordin dan Tok Lombago.

Jauh perjalanan, mendaki bukit berliku, udara yang sejuk dan kos bukanlah faktor penghalang sebenarnya untuk kita dapat bersama pada hari tersebut. Cuma yang menjadi penghalang ialah kesesuaian masa dan kelapangan rakan-rakan  pada hari tersebut. Sebab itu kita rancang awal semuga cuti bersama keluarga dan rakan di buat di sana.

Rakan-rakan, mari kita jayakan...