GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, August 28, 2013

 

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

07.09.13

****************************************

 

IBRAHIM BIN MOHAMAD ARIS

DAN

LATIFAH BINTI ABD. RAHMAN

 
Dengan segala hormatnya mempersilakan rakan-rakan SMBK datang ke majlis perkahwinan anak lelaki kami:-

MOHD HANIFF BIN IBRAHIM

dengan pilihannya

AMALINA BINTI ZAINAL MOKHTAR


Pada SABTU
7 September 2013 bersamaan 1 Zulkaedah 1434H

Di kediaman kami seperti dialamat dibawah:
  226, Lorong S2 A6/2,
Green Street Homes, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.


Aturcara Majlis:

11.30pg - 4.00ptg.      : Jamuan Makan
1.00tgh.        Ketibaan Pengantin

Telefon Kami:

Rumah             :  06-6014908
Ibrahim            :  0127040600
Latifah             :  0123910828


Tuesday, August 27, 2013

DUA TAHUN TELAH BERLALU



Selasa  27.08.2013. Sepatutnya hari ini saya bersara. Tapi pagi tadi saya bangun tidur seperti selalunya – rutin setiap hari Isnin hinga Jumaat akan mengenakan pakaian rasmi bekerja dan terus ke tempat kerja. Tidak ada perasaan untuk bersara.

            Pagi tadi  Selasa 27.08.2013  yang lainnya ialah, selepas berpakaian isteri saya yang se orang itu memelok saya sambil mengucapkan “Selamat Hari Lahir” dan menghulurkan hadiah kecil harijadi. Dimasukkan di poket baju saya sekeping nota.

            Dalam perjalanan ke sekolah saya membaca nota bertulisan tangan yang kasar dan besar. Amat jelas dibaca walau tanpa cermin mata.. “Abang, selamat hari jadi. Jadilah suami yang terbaik dikalangan yang baik” Ringkas dan padat.  Jiwa saya digoncang kesayuan dengan nota ringkas tersebut.

            Tengahari tadi saya belanja makan tengahar nasi arab  9 orang guru saya. Sambil makan saya tunjukkan nota isteri saya tadi. Respon dari guru saya :

            Masing-masing serentak “wish” saya selamat hari lahir. Yang perempuan mencadangkan saya framekan nota tersebut sementara yang lain yang agak sentimental semacam nak mengalirkan air mata.

            Memang saya tidak memilih untuk bersara hari ini sedangkan ramai kawan-kawan sebaya yang telah pn bersara dan bermesra bersama cucu-curu. Nordin Baha, Zaharin Apek, Tahir, Siti Sara, Latipah, Halimah telah lama meninggalkan perkhidmatan. Khabarnya Badariah juga begitu. Selain saya yang masih  bertahan termasuklah Iskandar, Mohd Sah, Salim, Rashid dan saya kira yang paling akhir ialah Rashidi.

            Bila ditanya rakan-karan bila akan bersara jawapan standard saya ialah : Kalau panjang umur dua kali rayo poso pencenlah saya. Genap dua tahun lagi bersaralah saya. Dua tahun bukanlah jangka waktu yang  lama dan memang tidak lama. Tetapi saya merasakan amat cepatnya saya akan bersara. Rasa tidak puas bertugas dah nak bersara. Banyak lagi kerja yang saya nak buat. Banyak lagi perancangan yang belum saya laksanakan.

            Dengan umur 58 hari ini fizikalnya saya rasa agak merosot. Tenaga semakin lemah. Kedutan semakin jelas kelihatan. Rambut lebih banyak putih dari hitamnya. Pendengaran pun dah tak berapa jelas.

            Dengan alasan itu mengapakah saya masih lagi bertahan? Jawapannya : “I love my job”. Mungkin itu jugalah yang difikirkan oleh rakan yang lain.

            Kepada rakan lain yang telah bersara : Nikmatilah persaraan anda. Yang masih dalam perkhidmatan : Marilah kita menyumbang sesuatu kepada bangsa, agama dan Negara tercinta.

MCC
           

DUA TAHUN BERLALU.........



Sepanjang dua tahun lalu penulis tidak pernah membuka blog ini apalagi untuk menulis. Walaupun ramai kawan-kawan yang mengharapkan penulis menulis semula tapi penulis hanya memandang sepi galakan itu.  Tertutup terus hati  penulis.
“Abang Mail merajuk” usik Tipah.
“ Tulis lah semula, cerita bang Mail sodap” kata Siti Sara seakan mengharap.
Juga saya pernah mungkir janji pada Mariani untuk menulis semula. Entah mengapa penulis se akan mati idea untuk mencoret sesuatu.
Penulis menilai semula apa yang telah penulis tulis dua tahun dulu.
“Adakah cerita tersebut terlalu personal untuk dikongsi bersama?”

Mulanya blog ini riuh dengan sumbangan kawan-kawan.  Kian lama kian sepi. Penulis merasakan blog ini tidak lagi relevan sebagai medium penyatuan antara kita. Ramai yang tidak memilih medium ini untuk bertukar cerita dan pengelaman. Facebook adalah saingan. Penulis dapati ramai kawan-kawan yang lepak di facebook dengan perbincangan yang tidak menepati citarasa penulis. Sementara penulis sepi di blog kawan lain meriah di facebook.

Segalanya tiba-tiba berubah. Sesuatu mengetuk hati penulis. Semasa memandu pulang petang tadi penulis menerima panggilan dari no talian tetap dari KL. Panggilan pertama penuis abaikan. Apabila panggilan kedua penulis angkat , suara lelaki dihujung talian memperkenalkan diri. Tersentak penulis.

Beliau memperkenalkan diri sebagai En Daud  Rashid, seorang pegawai di Jabatan Ukur dan Pemetaan , Kuala Lumpur. Beliau se orang peminat  blog SMBK74 (Blog kita lah). Beliau membaca semua posting diblog kita dan katanya amat meminati kisah yang penulis tulis terutama tentang kisah yang berkaitan dengan keluarga penulis.

Lebih dari itu beliau mempunyai hubungan langsung dengan arwah ayah penulis. Ayah menulis pernah bekerja di bawahnya di Jabatan Ukur Kuala Pilah. Beliau mengaku kisah yang penulis ceritakan amat mengesankan dan arwah ayah menulis pernah menceritakan kisah yang  sama kepadanya . Beliau mengambil ikhtibar dari kisah yang arwah ayah penulis ceritakan kepadanya sebagai motivasi dalam hidup.

Ya Allah. Penulis amat berbangga. Rupanya selama ini arwah ayah penulis ada kebolehan untuk memotivasi orang lain. Penulis pun perasakan penulis pun ada bakat sebagai motivator.

            Terima kasih En Daud kerana menghubungi saya. Perbualan kita sepanjang memandu pulang petang tadi benar-benar mengetuk hati saya. Rupanya masih ada orang yang meminati cerita saya dari luar organisasi SMBK74. Harap penulis blog ini akan makin tersebar luar melepasi ruang lingkup kita.

            Saya tidak perasan En Daud. Menurutnya pernah datang ke rumah saya semasa adik saya kawin. Menurutnya arwah ayah penulis sangat bangga kepada anak-anaknya terutama penulis. Cerita En Daud membuatkan saya tenggelam dalam kasih sayang se orang ayah.

MCC