GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, January 28, 2013

MALAM SETIA, ERAT BERSAMA REUNION SMBK, CAMERON HIGHLAND 2013

Oleh:
Jokiden.
Kenangan ini sesungguhnya sukar hendak dilupakan begitu sahaja. Yang datang tetapi tiada dalam gambar ini ialah Tahir, Roslan, Zainab, cikgu Sulaiman, Azimah, Rubiah, Siti Normah, Halim Gumpal dan Hasidin. Harap sangat Prof Shidi dapat edit dan masukkan gambar mereka. 
 
 
Assalamualaikum WBT kawan-kawan,
 
(Sebelum saya terlupa dan terlepas pandang, Vitamin yang Ruby bagi tu, kono makan suleh satu hari.. jangan lobih.)
 
Berkali-kali saya mengingatkan sebelum ini iaitu "minggu ni Lebuh Raya atau Jalan Raya sesak, jangan ambil mudah" rancang perjalanan kerana semua orang dijangka 'beraya' Sebab itu kita memutuskan supaya semuanya dapat berkumpul di Res Jejantas Sg Buluh jam 9.00 pagi. 
 
Hahaha.. kesan pertama balik dari Cameron Highland, kek rumah saya hari ini semua bilik aircond di pasang... semasa di sana seorang rakan datang berjumpa dengan saya meminta supaya pendingin udara dikurangkan sedikit. "Kurangkan aircond ni.. den sojuk aaa.." katanya. "Mano ado aircond sini.." "Habis sojuk bona ni...??" "Kan kek Cameron ni..memanglah sojuk.." "Ooo!!!" Katanya mcm sogan2 sikit dan berlalu pergi..
 
Itupun tujuan dibuat reunion di sana. Dua kali kita berreunion ditempat panas, maka kita ubah di tempat sejuk pulak. Ada kelainan. Semasa AJK bermesyuarat di PJ di Res Adam Lai, Bang Zali suami Enab ada bertanya kepada saya, "Siapa yang memilih Cameron Highland ni.." Saya jawab "Ini pilihan Pengerusi" Dia terus akur je.
 
Syukur kerana semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Berlaku sedikit sebanyak kekurangan, itu diluar jangkaan, biasalah.. saya bagi pihak AJK memohon maaf.
 
Keinginan sebenarnya mengatasi segala-galanya. Roslan Ghani, menghadiri kenduri wajib di Jelebu pada hari Sabtu, jam 2.30 ptg, semasa saya menghubungi beliau dia baru memasuki KL. Menyedari kesesakan jalan raya di Lebuh Raya, Spg Pulai, Tapah, Tanah Rata dan Brinchang, saya menjangkakan beliau akan hanya sempat untuk tidur sahaja. Syukur akhirnya dia sempat makan bersama kita.
 
Azimah mengalami kerosakan kereta sejak dari Res Jejantas Sg Buluh, dipujuk oleh Iskandar dan bang MCC supaya kereta ditinggalkan di sana dan mereka menumpang rakan-rakan yang lain. Dia memutuskan untuk terus membawa keretanya secara perlahan-lahan. Kami membayangkan kesukaran beliau. Akhirnya sampai juga walaupun lewat sangat. Kami cuma mampu bersimpati. Azimah memakai baju sama warna dgn isteri saya. Keinginan membawa beliau ke sana.
 
Zali dan Kak Ton jauh dari JB, susah payah mereka datang. Muga kesusahan mereka terubat bila Bang Zali dipilih sebagai Mr Personaliti oleh panel SMBK. Terima kasih juga kerana menyediakan Kek Reunion SMBK. Kira-kira jam 4 ptg hari Ahad dia menghubungi saya dari KL, kerana beg pakaian anaknya tertinggal dalam bilik 303. Saya dimaklumkan oleh Pengurus Star Regency "tak ada apa-apa bos, sampah jugak ada tinggal dalam bilik ni.." Akhirnya beg itu ditemui juga, bang MCC menyelamatkannya dan membawanya balik ke Seremban. Keinginan membawa beliau ke sana.
 
Saya agak sedikit cemas, dalam fb CTN memaklumkan bahawa dia demam, berbagai komen kita terima. Entah kenapa saya selamanya tidak mahu CTN ketinggalan dalam reunion kita. Saya sentiasa inginkan kehadiran beliau dan keluarga serta bang Rahim. SSAK memaklumkan "jangan bimbang, CTN sudah ada di KL, dia naik kapal terbang dan akan datang dengan anaknya.." Lenyap kebimbangan saya. Itu juga keinginan yang kuat membawa beliau ke sana.
 
Menyambut ketibaan rakan-rakan di Star Regency merupakan saat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.. bercampur baur, macam menyambut tetamu yang datang ke majlis kenduri kahwin di rumah kita pulak..
 
Semasa kami tersangkut dalam jam dari Tanah Rata hendak kembali ke Brinchang setelah selesai melawat sebuah Koperasi saya menunjukkan beberapa buah hotel yang saya pernah duduk kepada Nordin, Hasidin dan Hasnan. Sebenarnya Cameron Highlang memang tempat percutian keluarga saya sejak dulu sehingga anak-anak sudah cuba mengelak. Saya tetap pergi, ada kalanya saya pergi jam 7 pagi dan kembali ke Seremban jam 6 petang semata-mata nak membeli Teh Bharat. Keinginan selalunya membawa saya ke sana.
 
Kemeriahan reunion kali ini juga sukar digambarkan. Ini bukan syok sendiri. Hakikatnya kali ini paling ramai keluarga menyertainya. Dalam fb atau blog sentiasa ada reunion oleh pelbagai group, pelbagai peringkat umur dalam negara ini. Namun kita agak berbeza kerana kita melibatkan ahli keluarga. Reunion kita bukan sahaja menguruskan keperluan ahli2 SMBK tetapi cuba juga untuk memenuhi selera anak dan cucu. Jika sudah tinggal enam orang kelak mungkin kita juga terpaksa mengambil kira tentang keperluan cicit atau piut pulak.. hahaha.. indahnya hidup ini.
 
Reunion group lain sekadar, 10 orang, 22 orang atau 50 orang. Reunion family selalunya ramai. Hakikatnya Reunion SMBK jumlahnya lebih dari itu. Di Star Regency Apartmen untuk SMBK ialah 33 buah, Ketua keluarga 38 orang, ahli keluarga 209 orang dan lebih 80 buah kenderaan. Rosli Ahmad datang dengan 4 buah kenderaan sebagai contoh, tiga trolly besar digunakan untuk mengangkut barang2 mereka naik ke atas. Tq bang kerana semua ahli keluarga turut serta dan mereka kelihatan ceria.  
 
Kekecewaan saya ialah tidak dapat melihat warga SMBK membeli belah secara berkumpulan memborong jagung, kobis, bunga, terung purple, keledek, limau oren dan madu lebah. Sebabnya ialah selepas mendaftar keluar semuanya membawa haluan masing-masing, untuk mengelakan kesesakan jalan raya. Ada yang menuju ke Simpang Pulai, jam jugak. Ada yang menuju ke Tanah Rata dan Tapah, jam juga.
 
Lagi yang saya kecewa ialah tidak dapat melayan semua kawan-kawan dan keluarga. Saya sibuk atau menyibuk sangat dan ada kawan-kawan yang saya tidak berkesempatan untuk menegur keluarganya.. Saya benar-benar terkilan dan memohon maaf.. Saya telah cuba, namun ada juga yang tertinggal. 
 
Dalam perjalanan pulang saya menemui Hawa sedang makan di Tanah Rata. Juga Hasnan dan Rubiah. Masa tu sudah pukul 2.30 ptg. Yang lain-lain sudah berlepas awal mungkin.
 
Halim Gumpal dan keluarga pertama kali hadir walaupun di sebelah paginya dia seperti Roslan terpaksa menghadiri kenduri keluarga. Dia lewat sampai namun masih sempat makan dan bercerita sedikit sebanyak tentang sejarah silamnya. Kemahuan membawa beliau ke sana.
 
Semasa kita breakfast pagi itu Zaharin Zainal datang memberitahu saya, "kau buek kek Langkawi tahun dopan, menantu sei dah booking dah, ese dan keluarga akan join.." Rakan2 lihatlah betapa reunion ini memberikan kesan kepada persahabatan kita.
 
Semasa breakfast juga Bang Zali dan Nab muncul. Saya tahu mereka sebenarnya sibuk dan ada urusan lain. Tn Hj Abdullah (saudara Zainab) Dato Jalil, Zamrus, SSAK dan beberapa orang lagi memberitahu saya yang Nab dah kompem tak hadir. Saya memberitahu Nab bahawa bilik dia dan nama dia tidak pernah dipotong dari senarai kehadiran kerana saya yakin dia akan berusaha untuk datang. Ya, dia akhirnya tiba jua. Tq Nab.

Semasa minum pagi juga, Hameed datang berjumpa saya.."Next reunion, panjang umur, ada rezeki, I give you doubble  to what I contribute this time..Insya Allah" Hah, terkemama saya sebentar. Apapun Tq my dear friend. 
 
Panel pemilih Mr dan Miss Personaliti malam itu, agak sukar juga untuk menentukan pemenangnya. 6 Calun terakhir lelaki iaitu Dato AJA, Zali, Ese, Zamrus, Hameed Bawal dan Rashid. Ese tarik diri, tinggal lima... akhirnya Zali terpilih.
 
 
Calun2 Miss SMBK
 
Miss lagi susah, setelah tinggal lima calun iaitu Mariani, Hawa, SSAK, LAR dan Ramlah, akhirnya Hawa dan MD berentap... Panel tak dapat membuat keputusan.. lambung duit syiling dan Awo monang..Tahun depan rasanya elok kita buka anugerah ini melibatkan ahli keluarga, maksudnya semua yang hadir layak. Sekurang-kurangnya untuk menambahkan glamour.
 
Ramai yang layak seperti anak dan menantu Ruby, Eddy dan Mia anak SSAK, anak CTN, anak Dr Murad, anak Rosli, anak Hawo, anak Hameed, anak Hasidin, Zureda.. ah.. ramai lagilah.. ghobah sei kang..
 
 
Ruby n family.
 
 
Dr Murad tengah isi borang koperasi..tq Dr. 
 
 
Dato' J n family
 
 
 
Baju hampir samo tu.. next reunion sapolah antaro duo ni yg monang as Mr. Personality..
 
 
Aiyo!!! sumo takut nak duduk dopan aa..
 
 
Nordin Baharuddin n family..
 
 
 
Guru Besar yg garang n keluarganya..
 
 
Osah cantik ea photo ni..
 
 
 
SSAK & Prof ikut tema tu..
 
 
Kawan2 ku memang segak.
 
 
Pernah dulu seorang ahli saikologi memberitahu dalam bukunya "apabila kita melihat photo atau gambar yang pertama yang ingin kita lihat ialah wajah kita.." Mungkin ada benarnya kata-kata tersebut. Lalu saya berusaha gigih aa untuk memasukkan semua gambar rakan-rakan. Teruskan melihat ke bawa posting ini untuk menatap gambar rakan-rakan. Jika ada juga yang tertinggal saya mohon maaf, anggaplah itu kelemahan kamera, bukan kelemahan saya. Hahaha..
 
 
Jokiden, Dato Jalil, SSAK n LAR
 
 
 
Zaharin Zainal n Ali Ahmad
 
 
Kek Reunion baru sampai. Tq Kakton.
 
 
 SSAK, MCC, Jokiden n Nordin
 
 
Datin n Family..
 
 
Sumbangan Datin Normah, Tq.
 
 
"Pulut hitam sei memang goma.."
 
 
 
Jiran Jokiden Tn Hj Abdullah n keluarga turut hadir, Tq.
 
  
Jauh dari Selatan Tanah Air..
 
 
Mohd Kamruddin n keluarga, Kuih sopang eaa.. tak sompek lotak, licin!!
 
 
Rosli, Ali n Dr Murad
  
 
Keluarga siapa ini??
 
 
Datin2 dah sampai..
 
 
Siti Hawa.. AhmadRashidi Hasan.. Ramlah Husin.. Ruby Ahmad.. Tq For The Pose..
Love To Be Around All Of You But Luck Simply Not On My Side..!
But The Few Moments We Had Together Means So Much..
Lets Do It Again At Another Time .., Another Venue
"Tapcet!!! maso sei nak balik sei sompek laie ngusik Molah ni..
 
Banyak lagi gambar akan dimasukkan. Lawatilah blog ini dari semasa ke semasa nanti.
 
Dalam perjalanan pulang saya dan keluarga 4 buah kereta berhenti di Tea House yang pertama. Di situ tempat persinggahan 'mesti' setiap kali ke sana. Hujan turun dengan agak lebat. Kami singgah juga. Berebut2 parking dengan orang lain. Shopping teh di sinilah.Akhirnya kereta penuh dengan teh uncang dan teh kilo (serbuk)
 
Saya duduk di anjung sambil menikmati teh panas dan biasalah asap rokok mesti berkepul2 punya sambil melihat ke sejauh mata memandang. Melihat kehijauan kebun teh yang agak kelam kerana hujan lebat. Tiba-tiba hati mejadi sayu. "Mana kawan-kawan tadi??"  Rakan-rakan sudah membawa haluan masing-masing. Sungguh kawan-kawan saya tercari-cari, tertoleh-toleh.. kompen tak ada seorangpun. Tiba-tiba sahaja hati menjadi rindu. Masa untuk bersama sebenarnya amat singkat.
 
Saya tengok gambar-gambar dari hp saya.. satu, dua dan tiga.. ish..ish.. mahu ghobah sei kek situ, cepat-cepat saya tutup. Kemudian dalam hujan lebat itu juga kami menyusuri jalan menuruni bukit dan saya memejamkan mata kerana isteri menjadi pemandu. Tersedar, kami sudah parking di R&R Tapah. Mereka turun, saya tinggal dalam kereta... lama kemudian bila azan bergema baru saya merangkak keluar.
 
Menjadi keseronokan kepada saya dalam menguruskan reunion kita ini. Kawan-kawan banyak membantu. Salute dan terima kasih yang tidak terhingga. Dari awal saya  sudah memberitahu rakan-rakan, adalah rugi jika tidak turut serta dengan segala kemudahan yang tersedia.
 
 
Dalam gambar ni rasanya Tapcet seorang je yg tak ngelinjang..
 
 
Ada yang kata.. makanan kurang enak.. sib baik ada buah sopang.
 
 
Utz Hasnan ngan keluarga
 
 
 Masing-masing sibuk dgn Galxy S3 nya.
 
 
 
 Bang Zamri, Bang Alwi dan Guru Besar..
 
 
 
 Menadah tangan memohon restu Ilahi..
 
 
 
 Meja datin-datin
 
 
 Dr Murad dgn keluarganya
 
 
 
 
 
 
 
 Meja Datuk-datuk..
 
 
Apabila kita melancung bersama keluarga antara kos yang besar ialah bagi penginapan dan makanan sekeluarga. Sekali duduk di warung, pasti RM50 ke RM60 rabak kecuali kita hanya pesan roti canai. Sewa bilik pula jika standard Hotel Seri Malaysia pun RM120 hingga RM160 semalam. Jika kita perlukan 4 bilik, jawabnya kita terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM480 hingga RM640.
 
Sebab itu AJK berusaha mencari jalan supaya kos ahli dapat dikurangkan supaya lebih ramai ahli dapat turut serta. Alhamdulillah akhirnya setiap yang hadir cuma membayar RM50.00 sahaja. Jika itu dikira untuk jamuan dan minum pagi, maka anggaplah bilik rakan-rakan dan keluarga percuma. Jika RM50 pula dianggap untuk kos bilik, maka anggaplah jamuan dan minum pagi rakan-rakan dan keluarga percuma. Hakikatnya ahli tetap untung. 
 
Dalam ucapan, saya telah nyatakan siapa-siapa penyumbang terbesar. Hameed, LAR, SSAK, YB Mustaffa Salim, Tuan Ibrahim dan YB Dato' Hassan Malek. Pengerusi hanya keluar air liur sahaja mengarah itu ini dan mempengerusikan meeting2. Namun semua rakan-rakan faham bahawa tanggung jawab Pengerusi lantikan sendiri ini adalah berat. Apa-apa kekurangan termasuk kos, maka Pengerusi kono tanggunglah... mana mau lari. Itu janji saya kepada Setiausaha dan Bendahari yang selalu comeh.
 
Akhirnya apabila masuk ke bilik Pengurus Hotel untuk menyelesaikan bil, Pengerusi dan Isteri keluar dengan muka masam.. hahaha... Hari ini Isnin ketika saya mula hendak mengupdate blog, Pengurus yang sama menelipon saya.. "Bos!! you silap campur...." "Berapa short lagi??" "RM1000.00 boss, tak pe take your time" "hahaha..ok no problem..kejap lagi saya transfer''  
 
 
 
 Tn Hj Abdullah, Tahir, Rosli n Zamrus.. sojuk!!!
 
 
 

Tahir ngan isteri..
 
 
 Rashid dah bertukar wajah.. hebat
 

 
Lama dulu mungkin dalam bulan Oktober, saya memberi tahu isteri, kita AJK ada KPI masing-masing. MCC KPInya ialah apabila program pada malam tersebut berjalan lancar. Biasalah masa pasti mencemburui kita. Banyak segmen belum ditontonkan. Beberapa orang menemui saya bertanya segmen yang mana satu harus dipotong. Slaid reunion pertama dan kedua belum ditayangkan. Karoeke belum bermula, Rakaman dan temubual dengan rakan-rakan yang tak sempat hadir belum habis di tayangkan. Cang Capit belum bersilat. Video berkonvoi belum ditontonkan. Nostalgia baju putih dan biru yang begitu bersusah payah Eddy ke One Utama mencarinya dan MCC ke seluruh Seremban untuk mendapatkannya.
 
Saya memberitahu mereka, tentang program ini keputusan biar MCC yang buat. Dia amat berkorban kali ini, biar dia puas hati, saya tidak mahu membuat keputusan. Akhirnya hanya segmen kembali ke sekolah yang sempat dipersembahkan.  Saya kira KPI MCC telah tercapai.

 
BERSAMBUNG LA PULAK...

 
 
Gambar dari fb Ruby..

KPI Rashid tentunya berbeza. Bagi dia jika musik dan sound sistem berjalan lancar, bagus dan tiada gangguan, maka dia akan berpuas hati. Dia juga sempat membuat persembahan dan saya selalunya teruja dengan lagu-lagu beliau sejak dahulu lagi. Band De Enforcer sesungguhnya berjaya menghidupkan majlis SMBK ini. Lalu KPI Rashid rasanya mendapat A.

LAR atau Latifah Abd Rahman, bersungguh-sungguh sangat dalam menjayakan majlis ini. Dia melibatkan diri sepenuhnya. Jika pada reunion pertama dan keduaa dahulu dia tidak sempat 'menyumbang' bakti kerana berada jauh di Batu Pahat, kali ini dia sepenuh masa. Kita melantiknya sebagai Bendahari Jamuan dan KPInya ialah apabila rakan-rakan memasukkan duit ke dalam akaun dia untuk membuat bayaran. Akhirnya apabila semua ahli membuat bayaran maka KPInya tercapai. LAR sesungguhnya tidak tahu penat dan sentiasa ingin bekerja. Kadang-kadang saya sendiri merasa risau dengan komitmen dia dan SSAK kerana saya tidak mahu mereka terlalu menumpukan perhatianan kepada reunion ini sehingga melupakan keluarga.

KPI SSAK ataupun Siti Shara ataupun Setiausaha lantikan sendiri juga berlainan. Baginya jika ramai yang datang, dia berjaya. Lagi ramai, lagi meningkat KPI dia. Makanan mesti cukup, penginapan mesti cukup dan beres. Perjalanan mesti selamat. Hamper mesti cukup. Hal yang kecil-kecil pun dia beri perhatian yang berat. SSAK merupakan nadi kepada majlis kita. Sepanjang masa dia cemas dan seperti LAR dia juga banyak membelanjakan wang untuk majlis kita ini.

Mujurlah  kedua-dua suami mereka amat memahami peranan isteri mereka dalam menjayakan majlis ini dan ini sebenarnya banyak membantu. Saya rasa KPI SSAK mendapat A jika tidakpun A+. Kita sewajarnya memberikan sekalung tahniah kepada beliau.


   Keluarga MCC
 
 
Di meja VIP
 
 
 Isteri-isteri VIP
 
 
Anak Jalil ngan anak Sei..
  
 
 
 
 
 Cameron Highland pukul 7.30 malam..
 
 
Utz Hasnan
 
 
Abdul..
 
 
 
Aiiyooo lah..
 
 
 
Isteri Zali nak minum tu..
 

 
Semuanya bersabar dan berdisplin..
 
 
 
 
 
 
Persembahannya mantap!!!
 
 
 
 Amik limo tahniah!!
 
 
 Tokey Kuih Sopang Mohd Kamruddin


Sekalung tahniah kepada semua warga SMBK kerana menjayakan majlis ini dengan penuh kemeriahan. Melihat kepada senyuman masing-masing, wajah-wajah ceria sepanjang majlis, saya kira rata-rata berpuas hati dan matalamat kita tercapai.

Terima kasih kepada Mr Ramu Naidu yang hadir walaupun dalam keadaan dirinya yang tidak beberapa sihat. Dia bersama kita sehingga ke akhir majlis. Terima kasih kepada bekas Penolong Pengetua Cikgu Sulaiman Kassim dan keluarga kerana sudi datang.

Cikgu Sulaiman Kassim telah mengimbau kembali kisah-kisah silam semasa beliau berada di SMBK, Serting dan Seremban. Beliau menceritakan bagaimana Pengetua jatuh cinta dengan isterinya. Beliau menceritakan bagaimana Allahyarham Cikgu Mokhtar jatuh cinta dengan Cikgu Jamillah.. Walaupun ucapan beliau bermula pada pukul 11 malam kerana beliau terlewat sampai dan terperangkap dalam traffic jam sejak 6 ptg lagi, namun kami semua terhibur juga. Terima kasih cikgu.

Terima kasih kepada Pengetua Cikgu Md Zain Rais yang sentiasa memberikan galakan kepada kami. Ketiadaan beliau dan isteri amat dirasakan. Saya dan SSAK tidak memaklumkan kepada siapa-siapa yang beliau tidak hadir sehinggalah dalam ucapan saya. Bukan sedikit rakan-rakan yang tercari-cari kelibat beliau. SSAK dan Rashidi membacakan sms yang beliau hantar dan ketika itu dewan senyap sunyi mendengarnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Rubiah Ahmad kerana membekalkan Vitamin 2 botol setiap orang. Katanya untuk tenaga dan untuk kecantikan kulit. Mungkin sesuai untuk saya. Menyebut tentang kecantikan kulit ini saya teringin sangat kerana kulit saya tidak cantik.

Kulit saya gatal-gatal sejak 20 tahun lalu, muka comot sepanjang masa dan ia menjadi kronik pada bulan Januari dan Februari setiap tahun. Kulit saya sangat aktif bertukar 27 kali ganda dibandingkan dengan kulit orang biasa. 

Sebenarnya sejak Disember ini saya tidak selesa. Berdiri tidak selesa, duduk tidak selesa dan berbaring juga tidak selesa, berjalan tidak selesa dan kaki tidak boleh dilipat. Mana tahu dengan vitamin Ruby ini kelak ia akan pulih sedikit. Itulah nasib orang yang menghidap Psoiroisis yang Dr pun tidak tahu puncanya dan dunia perubatan masih belum menemui penyembuhnya. Cuma satu yang menyelamatkan keadaan iaitu  saya seorang yang berfikiran positif malah ada rakan yang mengatakan saya ni terlebih positif. Saya tidak memiliki inferiority complex. Syukur sangat.

KPI saya dalam menguruskan reunion kita ini hanya dua dan saya rasa kedua-duanya tercapai. Pertama kesediaan rakan-rakan hadir bersama keluarga, memandu beratus kilometer, menempuh jalan berliku dalam arus kenderaan yang menggila.

Keduanya apabila rakan-rakan muncul dengan warna pink, purple dan maroon, semuanya kelihatan ceria, mereka menerima baik tema yang saya pilih. Dato' Jalil dan Prof Rashidi ternyata menyerlah baju mereka. Sedikit sangat yang tidak mengikut tema majlis. Datin Normah hanya tudung dia yang menepati tema, oklah tu..dia sibuk menguruskan hamper untuk kita.

 
My Bang Ngah..
 
 
Faezah, Dik Wa, Dik As, Intan n Bang Long, tenaga di belakang tabir
 
 
Terlebih terkurang, mohon maaf..
 
 
Zaharin menerima hamper dari Mr Ramu
 
 
Datin Yusmah.. selamanya penyokong kuat SMBK.. Tq.
 
 
Jokiden ngan Jiran Tn Hj Abdullah.. Tq for coming
 
 
Pertama kali join.. Ruby, Noraini, Halim, Zaharin n Nordin sedang didera oleh Tok Lombago.
 
 
Insya- Allah tahun dopan semua ea freeeeeeee!!!
 
 
Eddy ngan Pelita..
 
Timbalan Pengerusi pueh hati tuu topaksolah dio sengeh..
 
 
Ese dah lamo tak boghucap.. boghi sei poluang yo.. Tq cikgu..
 
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mohd Kamaruddin dan keluarga yang tetap membekalkan kita dengan menu tambahan. Tahun lalu hanya buah sopang, kali ini siapa dengan daging salai. Sesungguhnya keinginan kuat  yang membawa beliau ke sana. Dia memberitahu saya bahawa daging salai akibat dimasukkan dalam peti sejuk, sudah agak kurang enak, namun saya memberitahunya "lotak yo lah Din.. sapo nak amik.." Habis jugak. Kuih sopan dio memanglah tak cukup.. Awal-awal lagi saya sudah minta untuk meja VIP, kemudia sebelum apa-apa saya beri isteri saya. Bila saya keluar semula hendak menambah, ish..ish.. tinggal bekas sahaja.. buah sopang sudah hilang semuanya.

Terima kasih kepada MD, Mariani Duaji kerana membawa..hahaha.. nanti saya sambung

Terima kasih kepada MD Mariani kerana membawa buah tangan untuk kita semua. Idea ini sangat menarik dan mungkin boleh dipraktikan dalam reunion kita akan datang, iaitu setiap ketua keluarga membawa buah tangan yang simple saja untuk semua. Katalah 40 keluarga datang, maka apabila kita pulang kita juga membawa 40 buah tangan. Tinggal lagi untuk cabutan bertuah memadai dalam 5 atau enam, tetapi besar2lah seperti tiket untuk dua orang ke Gold Coast, Zurich,  Beijing, Penginapan di hotel lima bintang dan Myvyy..

Hati runsing, mood down, comeh dan resah tetapi apabila melihat MD dengan colour pink semaraknya, sebijik macam datin, maka semua itu hilang. Agaknya lebih 190 kali dia menyarankan kepada saya tentang poco-poconya sejak reunion pertama lagi. Kali ini hajatnya tercapai dan rasanya itulah KPI dia yang sebenar. "pueh ati..???" saya bertanya. "puehhhhhhhhhhh!!!" dia menjerit kembali. "baju baru???" "iyoooooo!!!" balasnya.

Terima kasih Tuan Ibrahim dan Bang Usof. Sumbangan kalian secara dari belakang tabir membuatkan majlis kami berjalan lancar. Kepada Tuan Ibrahim yang menyumbangkan band pengiring, budimu tetap dikenang. Terima kasih daun keladi, esok-esok sumbang lagi. Bukan senang nak mengerahkan anggota band tersebut memikul peralatan yang banyak itu ke Cameron Highland. Persembahan pula mantap.

Mengimbau kembali saat-saat manis waktu kita bersama di sana, saya tidak ingin melupakan detik di mana Hawa, Mariani, Zali dan Zamrus mengiringi Zureda begitu sporting menari siap dengan kain pelikat dan songkok, seolah-olah program Raja Lawak pulak. Dalam hati saya berkata-kata, "atuk-atuk dan uwan-uwan ini apabila mendapat peluang, mak oiii aaii, lupa mereka yang anak cucu ada di belakang tiang-tiang tersebut.."

 
Apo Kojo... hahaha..


Halim, Roslan n Rosli
 
 
 
 

Apapun penglibatan mereka membuatkan saya terhibur. Tentulah tidak elok sekiranya saya meminta mereka keluar lagi sekali untuk melakukannya. Nanti orang kata saya lebih-lebih pulak. Kawan-kawan, you are the best. Cuma Shidi, Tahir, LAR dan SSAK tidak berpeluang menyanyi kali ini kerana kesuntukan masa.

Bersambunglah lagi aa..

Terima kasih kepada Datin Normah yang bersusah payah mendapatkan hamper untuk kita. Orang memberi kita merasa. Ada hamper kecil dan ada hamper besar. Tentunya yang paling bernilai ialah hamper daripada Dato Jalil, dulu kini dan mungkin selamanya. Tambahan pada kali ini beliau mendapatkan satu tiket penerbangan dari KLIA ke Langkawi dan tahniah kepada Nordin yang berjaya memilikinya kerana itu sudah tercactat rezeki anda.

Sejak mula bermesyuarat AJK sudah memutuskan bahawa Datin Normah akan berusaha untuk mendapatkan hamper supaya ahli tidak perlu membawanya. Dalam tawa yang menyenangkan beliau berjaya mendapatkannya, cuma saya,TL LAR dan SSAK dideranya supaya pergi mengutip hamper2 berkenaan. No hallah. Bila sedikit kurang beliau mencukupkannya semasa kita telah sampai di sana.

Terima kasih kepada keluarga Bang Usof. Tidak ada yang terkecuali, semuanya terlibat kerana 'dipaksa' oleh emaknya. Eddy, Yusri, Mia dan Emma, sumbangan kalian sejak reunion pertama dulu amat dihargai dan kali ini sumbangan kek buah dan kek hari jadi yang cukup enak amat kami sanjung. Berhari-hari mereka menyiapkan kek tersebut dan belanjanya saya tahu bukan sedikit. Kek Strawberry mendapat pujianan dalam fb. 

Kisah kalian mencari baju sekolah berwarna biru ketika semuanya sudah berada di Star Regency, semata-mata untuk memenuhi hasrat seorang ibu, menjadi kisah lucu yang pasti dikenang lama. Tiba lewat ketika dinihari iaitu jam sudah dua pagi, si ibu kalian tetap bangun dan teruja menggayakan baju baru berwarna biru. Berposing pula di belakang pintu ditepi tangga, hahaha... lost my words lah.. 


 
 
 
 
Antara catatan menarik untuk gambar ini dalam fb ialah : "Pelajar SMBK meroyan di CH.." dan "mano kopalo eaa...? Mari kita gelak..hahaha..
 
 

Last but not least, many many thanks to my circle family. Bang Ali and their children. Esp my wife and my family. Your endless support from the very begining till the end, your contribution in what ever and which ever way you can were very much appreciate and love by me. My sincere apology to all of you when sometimes you feel  hurt by me. I'm really proud of you all. You are the best.

The ugly part of our reunion as most of us think, maybe because of the mad traffic jam which some of us exprience along the way. Some were just within distance like Hasidin, Nab, Rubiah, Cikgu Sulaiman, Roslan and Azimah  from the Resort and yet they missed the 'grand opening' We AJK really sorry for that and thousand apology.. my dear friends. Till we meet again... salam rindu untuk semua.