GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, June 16, 2013

AsSalam,

Apa khabar kawan2? semuga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat....dah lamo benar blog ni kosong tanpa dicoret, tanpa ada nukilan2 yg baru untuk ditatap......sibuk sgt lah kita semua sehingga tidak ada langsung coretan2 dan nukilan2 bagi perkhabaran berita.

Dengan sedikit masa yang saya ada teringat saya kepada blog smbk ni.....saya buka dan tatapi.....kesian tanpa dipedulikan langsung....

Sebelum ni ada juga seorang dua kawan2 kita yang menelefon, katanya kenapa blog sunyi sepi je...saya kata mungkin kawan2 yg lain sibuk....mungkin tak ada idea atau mengumpul idea.....tapi saya juga hairan yang bertanya itu juga boleh mencoret sedikit sebanyak didalam blog ini.

Saya juga tersedar oleh pertanyaan itu dan dengan tiba2 saya termenung seketika,  kenapakah saya juga tidak menulis sepatah dua kata untuk memecahkan kesunyian di blog ini.

Sedari awal tahun kita bertemu di reunion yang telah kita adakan, bertemulah kita semuanya disana, dan berpisahlah kita setelah reunion menutup tirai buat tahun 2013 ini, persoalannya mungkinkah ada reunion2 yg akan datang lagi?????entahlah!!!!!!!
Selepas itu berlalunya pilihanraya yg ke 13 pun kita sudah melakukan apa yang sepatutnya.......
Ada juga kenduri kahwin anak2 yang kita buat....bertemu juga diantara kita2 ni di rumah kenduri kawan2........selesai kenduri berpisah juga.....,,tetapi hati masing2 puas kerana dapat menghadiri kenduri2 tersebut dan tuan rumah berasa gembira dengan kehadiran kita......

Menjelangnya Julai 2013 ini Ramadhan muncul maka kita akan berpuasa dan akan menyambut hari raya.....sibuk lagi kita semua dengan ibadah puasa, tarawikh, tadharus dan sebagainya.  Maklumlah Ramadhan datang sekali setahun......disamping itu kita sibuk pula persiapan hari raya......yang ini tidak boleh tidak mesti dilakukan jugak....ada yg kata kalau tak buat tak ghayooo...betulke????

Diwaktu ini hati saya tercuit bila mengenangkan anak2 yatim piatu, warga tua, warga oku dan yang lain2 yang tidak sesempurna saya..... saya teringat arwah2 ibu bapa, adik beradik, datuk nenek dan ahli2 keluarga yang telah pergi buat selama2nya.  Mulalah terasa keinsafan menyelubungi minda yang selama ini ada lekanya.....baru terasa sibuknya kerana duniawi.....akhirat juga jangan dilupa.

Mengenai puasa ramadhan saya lebih pada kesederhanaan berbelanja mengikut kemampuan dan cuba tidak membazir segala2nya...kadang2 terbabas juga......ikut nafsu....citarasa syaitan katakan....tapi syaitan di bulan ramadhan kena tambat...betul ke? kenapa dia kacau umat muhamad lagi......hahaha

Ramai yang berniaga di bulan ramadhan ini...macam2 perniagaan...semuga semuanya beroleh kejayaan....ungkapan biasa...cari DUIT GHAYO........

Setakat ini dahulu akan saya sambung lagi nanti.......



SSAK