GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, December 31, 2013

ALAHAI LEGOLAND...

Oleh Jokiden:

 
Photo

Percutian hujung tahun keluarga Jokiden kali ini ialah ke Selatan Tanah Air.. Melaka, Johor dan Singapore. Melaka negeri kecil tanpa hasil bumi ini telah diurus dengan baik dan menjadi tumpuan orang untuk beristirihat bukan sahaja oleh warga dalam negara tetapi juga warga luar negara. Pemikiran positif tetap mengakui bahawa Melaka telah pesat membangun. Melaka mempunyai pelbagai produk pelancungan untuk disuakan.

Johor mempunyai daya tarikan baru kepada para pelancung dalam dan luar negara. Johor kini amat pesat membangun bukan sahaja daripada limpahan Nusajaya, Kota Iskandar dan Medini tetapi tumpuan dan daya tarikan utama tetaplah Johor Premium Outlet dan Legoland. 

Puluhan ribu pelancung mengunjungi dua lokasi ini saban hari. Segala-galanya 'duit' di sini. Jika poket agak kempis, datang ke sini akan menambahkan letih litak anggota badan sahaja.

Untuk memasuki Taman Tema Legoland bukannya murah, walaupun dengan pelbagai promosi, harga untuk seorang tetap melebihi RM100.00 Jika kita bersedia untuk berpisah dengan RM100 kita, maka masuklah. Jika tidak mundar mandir sahajalah di luar pusat peranginan tersebut untuk tempoh beberapa jam dan bersembanglah dengan ramai lagi yang turut termenung di situ.

Legoland seluas 74 ekar memberikan kepuasan kepada golongan kanak-kanak da juga orang dewasa. Saya melihat di situ bukan sahaja terdapat warga Malaysia pelbagai kaum, tetapi juga turut dikunjungi oleh wajah-wajah asing dari seluruh dunia. Anak bujang saya sempat bergambar dengan pemain import JDT dari Argentina tu, Pablo Aimar yang sedang melilau di situ.  



 

Di Legoland parking boleh di merata-rata tempat setakat hari ini jika tidak mahu membayar harga parking sebanyak RM7.  Dari tempat parking menuju ke kaunter tiket kebersihan adalah tidak terjaga seperti sepatutnya. Sampah terutamanya botol dan kotak air serta puntung rokok bertaburan sepanjang jalan. Bukannya tidak ada tong sampah, tetapi tidak mencukupi dan melimpah ruah pulak.

Keadaan di dalam Taman itu agak bersih dan sentiasa dipantau oleh tukang2 sapu dan tukang2 pungut. Tandas juga agak bersih dan tidak membantutkan selera untuk melepaskan hajat. Urusan yang melibatkan wang di sini agak mahal.

   
   

  


 
Hahaha...



CABANA!!!!

Contohnya untuk menyewa Cabana ini setengah hari kosnya ialah RM150. Untuk tempoh sehari atau yang melebihi jam 6 ptg kosnya meningkat ke RM300. Kegunaan Cabana ini ialah untuk lepak, merihatkan badan, menukar pakaian dan untuk melelapkan mata sementara menunggu orang tersayang berguling2 dalam air. Terdapat dua kerusi yang boleh dijadikan katil. Apabila telah berada di dalamnya maka diletakkan amaran 'tidak boleh meninjau' di luarnya supaya tidak ada yang menggatal. Jika dibandingkan dengan sewa bilik di hotel bajet pastilah harga sewaannya agak mahal. Namun bilik hotel bajet tidak boleh pula di bawa ke situ.




Yang ini pula untuk mengeringkan badan dan pakaian setelah bergelumang di dalam air. Mahal juga ni, setiap orang dikenakan charge RM10.00   

  

Harga makanan dan minuman di dalam Legoland adalah dua kali ganda daripada harga sebelum masuk. Kita boleh keluar sebentar jika tidak mahu membazirkan duit. Tunjukkan tiket dan belakang tangan untuk di chop oleh penjaga pintu tersebut, pergilah menjamu selera dan kemudian boleh sambung bermain di dalam. 
  




Jika sebotol air di luar berharga RM2.50 hingga RM2.80, di dalam pastilah berharga RM5.00. Haus berjalan-jalan, cuaca panas atau lengoh beratur untuk menaiki satu-satu permainan, maka air sebenarnya satu keperluan wajib di situ.

Sebelum ke sana semasa di JB Sentral, isteri saya membeli pelindung cahaya matahari berharga RM28.00. Apabila dijeling-jeling harga produk yang sama di sana maka harganya ialah RM43.00. Sekaki payung di sebelah luar berharga RM18.00, beberapa tapak ke dalam, harganya sudah meningkat kepada RM24.00. Sekeping gambar di luar berharga RM30.00, sementara di dalam pula ianya berharga RM50.00. Hahaha.. Murah bagi warga asing dan Malaysia menjadi syurga membeli belah di mana daripada 180 buah negara di dunia ini Malaysia mendapat tempat ke sepuluh sebagai negara yang sangat suka dikunjungi. Sementara itu Kuala lumpur menjadi Kota Raya ke empat dunia di mana aktiviti membeli belah menjadi pilihan. Apopun jiko duit kito bolun botingkek, semua itu terasa mahalnya.   

Tuala boleh di sewa jika terlupa membawanya, kadar sewa ialah RM20 sehelai. Kemudian jika kita membawa banyak barang dan ragu dengan keselamatannya maka tempat menyimpan barang juga disediakan dengan kadar sewa RM20.00. Lalu segala-galanya di situ adalah kisah duit... duit.. dan duit..

Sehelai tuala juga yang boleh dibeli di mana-mana pasar raya dengan harga sekitar RM35 atau RM40, di Legoland harganya ialah RM69.90, hanya kerana terdapat chop Legoland. Saya perhatikan peniaga-peniaga di sana sangat kreatif dalam menjana pendapatan. Sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderahati yang bertulis Legoland sentiasa padat dengan pengunjung. 

Harga sehelai baju T, kain kapas saiz kanak-kanak ialah RM49.90. Harga rantai kuci yang paling simple pula ialah RM13 paling murah.. Pada hal di tempat lain kita boleh dapat RM10 untuk 5 set. Saya perhatikan juga jumlah rantai kunci yang di jual di situ tersangatlah banyak, bertimbun-timbun dan berlapis-lapis.  Topi yang boleh kita beli di mana-mana pusat pelancungan dengan harga RM20.00 tetapi di Legoland ia berharga RM39.90. 

Di sebelah luar Legoland banyak terdapat kedai-kedai makanan dan juga yang menjual barang keperluan biasa serta barang permainan. Namun saya yakin sangat dalam sedikit waktu lagi, kita akan dapati di situ pastilah akan terdiri daripada kedai-kedai yang menjual barang berjenama dari luar negara. Suasana di tempat itu juga sesuai untuk bersantai sambil merihatkan minda. Melihat orang mundar mandir dan berjalan bertali arus sebenarnya boleh merihatkan minda. Saya tidak terlepas daripada memikirkan apakah dalam minda mereka terdetik perasaan untuk turun ke Dataran Merdeka untuk melakukan demo membantah itu ini terutamanya GST ini. Pernah terjadi apabila peserta demo akhirnya termasuk ke dalam KLCC atau SOGO, mata mereka terbeliak melihat barang dan harga yang dipamirkan. Ketika itu juga sebahagian daripada mereka terasa sangat yang mereka berdemo itu digunakan oleh pihak lain. Tiba-tiba sahaja mereka merasa kerdil dengan apa yang mereka lihat, lalu mereka ingin segera kembali ke tempat masing-masing untuk meneruskan kehidupan mereka. Jikapun mereka memperolehi duit sebagai upah untuk berdemo, duit itu tidak memberanikan mereka untuk menjamu selera di pusat-pusat berkenaan.  

Segala-galanya ada di bumi bertuah ini. Usahalah dan carilah kehidupan yang lebih bererti dan berasa cemburulah dengan pendatang asing yang menghantar pulang ke nagara masing-masing sebanyak RM50 billion setiap tahun yang diraih melalui pelbagai cara di sini. Jika kita tidak mampu, buatlah cara saya iaitu termenung dipinggiran, nikmati segalanya melalui pemandangan. Itupun sebenarnya membahagiakan.





Akan bersambung ALAHAI JPO.. salam sayang dan salam rindu semuanya..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.
 

Sunday, December 22, 2013

ZAILAH MENERIMA MENANTU LAGI..

Oleh Jokiden:

  
Mohd Sharif Ahmad's photo. 


Sekarang ini memang musim orang kenduri kendara. Sabtu dan Ahad selalunya banyak jemputan. Pagi ini bila kawan saya menegur saya kenapa cepat sangat makan dan agak tergesa-gesa, saya kata "ini baru rumah pertama ada lagi" Dia faham. "Sesiapa yang tiada jemputan hari ini, memanglah dia tak ramai sedara dan tak ramai kawan.." kata saya menyambung, sebenarnya berseloroh je.

Saya selalunya seperti DAJA dan yang lain-lain juga, sekiranya tidak ada apa-apa hal akan sampai ke rumah yang menjemput saya.

Hari ini kami warga SMBK ke rumah Zailah di Puncak Jalil dan di tepi bukit..dia menerima menantu keduanya. Kali pertama saya tidak dapat hadir, kerana berada di Pulau Pinang. Ketika itu DAJA hadir. Kali ini saya hadir dia pulak ke PP.. hahaha... 

Enab, hubby, Ruby dan hubby ea sudah sampai ketika kami sampai. Saya tiba lebih dulu dari SSAK dan LAR wp ketika saya meneliponnya dari plaza tol Sg Besi dia sudah merayau2 di Taman Puncak Jalil tu.. dio sosek sei tidak.. hehehe..

Bersama kami kemudiannya ialah Datin Normah. Zailah menyambut kami dengan gembiranya. Wp ramai tetamu lain, namun bersua muka dengan rakan sekolah, tentulah auranya lain. Dikhabarkan juga Roslan Ghani akhirnya muncul juga bersama dengan Bang Rashid.

Sebelum terlupa Bang Rashid juga menjemput warga SMBK ke rumahnya pada 28 Disember ini di Taman Bukti berhampiran rumah SSAK. Dia juga akan menerima menantu seorang lagi. Enab menjemput kita pada hari Rabu, kenduri bosa di rumahnya jam 8 malam. Dio posan kek sei kok dapek ajak Hamid Bawal.. itu kojo SSAK lah tu. hahaha..

Seronok, happy dan bahagia bila sesekali bertemu dengan rakan-rakan lama ini. Ada sahaja acara yang menemukan kita jika kita mahu. Koperasi kita salah satu darinya. Selain itu saya sebenarnya kerap berjumpa kawan2 apa laie hantarkan produk Double Stemcell lah tu...

Bukan saya nak promosi sangat, namun produk ini sekarang sedang menguasai pasaran negara kita. Bulan November sahaja sale syarikat melebihi RM20 juta.

Double Stemcell, Triple Stemcell dan Triple Shine seperti kata Datin Normah membantu kita dari segi dalaman dan luaran. Namun ada juga yang tidak sesuai atau kurang serasi dengan menggunakan produk ini. Ianya tetap bergantung kepada cell-cell badan kita yang sedia ada.

Ramai rakan-rakan yang mencubanya. Harganya termurah di pasaran dalam klasnya, namun kawan2 boleh mendapat harga yang lebih murah dengan mendaftar menjadi ahli. Malah kawan2 boleh memakannya secara percuma pada setiap bulan sekiranya berjaya memperkenalkan produk ini kepada orang lain. Apapun masih ada rakan2 SMBK yang belum mengetahui tentang produk ini. Rajin2lah bertanya kepada Datin Normah Ali.. Maklumat syarikat pula ada di sini: www.iphytoscience.com

Ramai juga yang bertanya saya, kawin agak awal juga, anak dah besar-besar tetapi bila nak menerima menantu. Secara jujurnya saya tidak tahu bila.. dan sejujurnya juga fikiran saya tidak pernah berasa berat disebabkan hal itu.. Entahlah.. Tapi saya bukan keseorangan, DAJA, Hamid, Kakcik, Zali dan ramai lagi juga masih belum ada menantu... kita tunggu jelah.. Tiba masanya sok adalah tu..

Akhirnya hari ini saya melabuhkan diri di tempat kegemaran saya di Garden dan Mid Valley. Hiruk pikuk suasana menyambut Krismas terasa sekali. Puluhan ribu manusia memenuhi pusat membeli belah terkenal itu hari ini.

Pusat ini dihias dengan cantik sekali. 90% barangan yang dijual di sini adalah jenama dari luar negara. Selera Enab dan Siti Aminahlah tu. Beg berjenama, kasut berjenama, baju berjenama dan jam berjenama. Saya dan isteri bukanlah nak membeli, cuma sukakan suasananya sahaja. Duit bolun botingkek mano mampu nak membeli belah di situ.

Saya suruh anak saya tengok harga jam yang saya minati, dia gelakkan saya. "kenapa gelak?'' saya tanya balik. Rupanya harga jam itu ialah RM272,000 dan RM320,000. Mang aiii..

Saya tinjau pula harga sehelai seluar jeans yang anak buah saya pula menjadi jurujualnya, RM3,000.00 mang aii.. Saya tinjau pulak harga beg kopit LV, kocik yo beg tu, mang aiii RM2,700.00. Habih camno??? pandang yolah. Yang polik, ajaib dan hairanya barang seperti itu semua masih ada pembelinya di situ. Contohnya semalam anak saya berjaya menjual beg luggage di kedai dia bekerja, dibeli oleh seorang gadis Melayu, harganya RM17,000..  mang aiii.. Nanti sambung lagi.
  

  
Mohd Sharif Ahmad's photo.

 
 Ini gambar terbaru Iyeh, sei amik daghi fb ea..



 
Salam sayang dan salam rindu semuanya.


Saturday, December 21, 2013

JANGAN SAMPAI TERKANTOI.. HAHAHA..

Oleh: Jokiden.

  Photo

Pagi ini ketika saya masih berada di SRR saya dikejutkan dengan bunyi yang bertalu-talu dari hp saya. Menjangkakan is sesuatu yang penting maka saya buka dan lihatlah..

Rakan-rakan SMBK kita rupanya sedang berseronok chating di whasapp. Riuh rendah, sampuk menyampuk dan komen mengomen. Group ini telah lama diwujudkan, saya terdelete diri sendiri suatu ketika dahulu, namun adminnya kurang aktif. Baru hari ini adminnya (Molah) kembali aktif dan rakan-rakan baru ramai yang menyertainya..

Sesuatu yang baik ialah, maklumat mudah disalurkan. Jemputan mudah dipanjangkan dan alasan jika tidak dapat memenuhi permintaan juga mudah diselitkan.

Apapun dalam keseronokan berchating saya risaukan satu sahaja, bimbang ada rakan-rakan yang tersasul, tersalah komen, terlebih gosip dan terlebih umpat. Berhati-hatilah kita semua agar perkara serius yang menusuk hati dapat dihindarkan dalam usia emas ini.

Kadang-kadang tujuan kita hendak bergurau, rakan tersalah terima, rakan yang lain tersilap menyampuk tanpa tahu hujung pangkalnya, maka akibatnya tujuan baik boleh menjadi sebaliknya.

Saya mengingatkan ini supaya saya juga berhati-hati. Terutamanya kepada rakan-rakan yang suka 'mengumpat' (kok adolah) mana tahu dalam keghairahan, terumpat rakan lain, tanpa sempat memadamkanya rakan-rakan lain sudah membacanya.

Seeloknya kumpulan chat whasapp ini hanya digunakan untuk menyampaikan maklumat penting sahaja. jika ingin terus berwhasapp gunakan sahaja yang personal,

Eh wah, macam ustaz pulak sei berceramah kek sini aa.. tak ada apa, anggap lah itu hanya ngomelan saya semata-mata. Selebihnya kita uruslah sebaik mungkin perhubungan kita ini semuga berkekalan.

   Photo    
Lela, LAR, MASMARIA, SSAK, AZMAH n RUBIAH Y.

Salam sayang dan salam rindu semuanya.

Friday, December 20, 2013

ANAK BUAH DAN ANAK CUCU..

 Oleh: Jokiden
  
 
Boat ke Pulau Besar sedia menanti..

Sehari dua ini pastilah media sosial penuh dengan pelbagai ucapan tahniah antara satu sama lain atas kejayaan orang tersayang dalam PMR. Dalam kegembiraan ada yang terlupa untuk berkongsi keseronokan tersebut dengan orang terdekat.

Sebaliknya keseronokan dikongsikan bersama dengan rakan-rakan di media sosial. Mungkin juga ada yang berpendapat bahawa saudara mara terdekat cukuplah sekadar mendapat berita gembira tersebut melalui media sosial juga.

Ibu bapa pastinya inginkan keputusan yang terbaik untuk anak-anak mereka. bukan sahaja untuk kepuasan diri yang selamanya bertungkus lumus menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi juga untuk bahan bualan untuk dikongsikan malah untuk dibanggakan dengan rakan taulan.

Media arus perdana juga menyiarkan beberapa orang yang bernasib baik untuk dikongsikan ke seluruh negara. Pelbagai gelagat dan reaksi dapat kita lihat. Walaupun keputusan PMR bukanlah penentu masa depan seseorang pelajar tersebut, namun penilaian peda peringkat itu sekurang-kurangnya menjadi pandu arah kemana anak-anak tersebut akan membawa haluan.

Ada yang gembira mendapat 8A atau 9A. Ada yang mengharap akan mendapat keputusan sedemikian baik, namun entah di mana silapnya, keputusan yang diterima tidak seperti yang dihrapkan. Ada yang hanya setakat lulus sahaja semua mata pelajaran. 

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya dengan cemerlang, 8A atau 9A atau 7A. Ada sebab kenapa mereka berjaya sedemikian rupa. Syukur juga kepada anak-anak yang tidak mendapat A tetapi tetap lulus dalam kebanyakan subjek. Masa depan anda tetap ada dalam negara tercinta ini.

Terbayang di mata saya ialah wajah ibu yang gembira dengan keputusan LCE, MCE dan HSC saya. Perkara ini telah berlaku berpuluh tahun dahulu, namun beberapa bulan yang lalu ibu menceritakan semula bagaimana saya terjebak ke sekolah aliran Inggeris. Katanya adik bongsunya yang kami panggil Acu beria-ia sangat untuk memasukkan saya ke sekolah Aliran Inggeris.

"Biar sepatah sok dio dapek bocakap Inggeris" begitu ibu saya mengulangi berpuluh kali ayat atau kata-kata pemutus Acu yang ingin memasukkan saya dan abang saya ke sekolah Inggeris.

Saya tidak pandai menceritakan kembali semua kisah itu. Panjang dan berliku. Rasanya MCC lebih arif untuk mengarang dan menggarap kisah-kisah silam ini. Apabila beliau menulis, kita akan di bawa kembali ke zaman itu seolah-olah kisah itu baru berlaku semalam.

Saya antara insan yang gembira semalam kerana anak buah saya mendapat 7B dan 1C. Saya kira pencapaian itu adalah hebat berdasarkan segala kesukaran yang beliau hadapi. Saya telah berjanji untuk membelanja dia atas kejayaan tersebut.

Melalui fb juga saya terima berita gembira bahawa cucu saya telah berjaya mendapat 8A. Akan adalah hadiah dari atuknya nanti sebagai galakan untuk dia berusaha lebih lagi kelak. Pada zaman kita siapa peduli tentang hadiah-hadiah. Siapa nak memberikan kita hadiah??? hadiah air mata adalah...Terasa sesak pulak nafas bila mengenagkan ini semua. Tahniah cucu dan anak buahku.

Nota:

Semalam saya sempat ke Palong mengziarahi uwan dan mak. Uwan nampak masih belum bermaya sejak keluar dari hospital tempoh hari. "Kau bawak apo jang"? dia bertanya lesu. "Buah langsat dan buah mangga" Kataku. "Poie amik, uwan nak.."

Dua biji buahpun sukar untuk dia makan, seleranya hilang terus. Buah mangga dia cuba makan dua iris, pun keluar semula.

Berpuluh tahun dia makan sirih, kini dia tidak mahu lagi memandang sirih. Berpuluh tahun dia tidak menjamah susu, kini dia minum pula susu seteguk dua. Berpuluh tahun uwan tidak pernah minum air putih atau air suam, kini dia menolak air teh o, sebaliknya minta air suam...

Mak tidak ceria dan tidak banyak cakap... dia telah lupa segala-galanya... berbulan-bulan dia duduk dengan saya di Seremban, dia tidak boleh makan nasi, sekadar makan bubur sahaja. Kini di waktu uwan tidak berselera makan, mak pula kembali makan nasi, makan kuih dan makan buah..

Akan panjang kisah ini nanti. Berhenti dulu, ada masa saya sambung lagi. Sekurang-kurangnya ada rekod atau memoir di sini.

Salam sayang dan salam rindu semuanya.

    





Thursday, December 19, 2013

NOSTALGIA CAMERON HIGHLANDS.


Disalin oleh Jokiden

Jaguh tanah tinggi

 

JAM menunjukkan pukul 6.30 pagi ketika Suresh Subramanyam menghidupkan enjin Land Rover miliknya sebelum meninggalkan ahli keluarganya yang masih lena diulit mimpi.

Begitulah rutin Suresh pada setiap hujung minggu yang membantu keluarganya menguruskan kerja-kerja di kebun kubis seluas setengah hektar di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Walaupun sudah berusia lebih 45 tahun, Land Rover model 109 itu masih cukup bertenaga mendaki laluan berbukit dan suluhan lampunya juga cukup terang untuk 'membelah' jalan yang masih berkabus.

Sesekali perjalanan pacuan empat roda itu terpaksa keluar dari laluan utama sehingga menghimpit rapat ke 'dinding' bukit bagi memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan yang lebih kecil. 

"Banyak sekali jasa Land Rover ini kepada kami sekeluarga. Walaupun sudah tua khidmatnya masih diperlukan untuk melakukan kerja-kerja di kebun.

Tuesday, December 17, 2013

TERKENANG..

Oleh: Jokiden.
 
 
18/12/13


Hari ini jenazah Allahyarhamah Azean Irdawaty selamat di semadikan. Dramatis 'airmata' ini pergi meninggalkan kita dalam usia 63 tahun. Suatu hari dalam tahun 1977 saya merupakan orang Sg Jelutong yang pertama berkesempatan bergambar bersamanya.

Ketika itu beliau menghadiri satu konsert atau pertunjukan di asrama saya. Saya baru sahaja menjadi juara dalam satu pertandingan di asrama dan sebagai juara diberi peluang untuk bergambar dengannya. Nak tahu saya menjadi juara apa??? Jangan golak pulak, saya menjadi juara dalam pertandingan gigi tercantikkkkkkkkkkk... amik kau.. sei monang nombor satu.. Apapun semuga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Semalam 17/12 kawan kita DAJA menyambut hari jadi siap potong kek lagi.. ramai yang wish dia di media sosial. Saya mengingatkan juga rakan-rakan rapat agar tidak terlepas pandang perkara kecil tetapi penting ini.

Teringat saya kepada Azimah dan Datin Normah yang menyambut hari jadi serentak pada bulan lepas. Azimah memberitahu saya bahawa dia siap membeli kek 'godang' laie. Datin pula menyambut Hari Lahirnya di 'Paris' hahaha.. tompek yang sojuk di Bukit Tinggi.. Tiga hari tiga malam beliau berada di sana.

Jika kita masih ingat pada awal2 penulisan di blog ini dahulu, setiap rakan yang menyambut hari jadi akan dipaparkan di sebelah atas kanan, sekarang ini sudah tidak ada lagi.. ontah apo sobab ea seipun kurang ngerti..

Apapun menyambut hari jadi ada siknifikannya yang tersendiri. Ia dilakukan oleh berbillion manusia di alam maya ini. Sehingga penghujung tahun ini rasanya ada lagi rakan kita yang akan menyambut hari jadi seperti Wahab dan Ahmad Firdaus. Hari ini pula 18/12, NSR seorang peminat blog kita ini juga sedang menyambut hari jadi. Kepada semua selamat hari jadi dan kita doakan yang baik-baik sahaja.

Pada hari Sabtu yang lepas saya sempat makan tengah hari bersama Pengetua kita Cikgu Zain Rais bersama isterinya dan juga Tok Lombago. Beliau teruja sangat dengan penubuhan koperasi kita ini.

Terkini tentang koperasi ialah, Akaun bank sudah dibuka, borang keahlian akan diedarkan secepat mungkin oleh Setiausaha. Yuran penyertaan cuma RM20 dan saham permulaan cuma RM100. Datin Normah banyak membantu. Menjadi kerugian sekiranya warga SMBK tidak menyertai koperasi ini kerana saya yakin sangat koperasi ini akan pergi jauh menerokai bidang2 perniagaan yang mengancam dan pastinya akan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada ahli kelak.

Antara yang tergambar di dalam pemikiran ALP ialah perniagaan dalam bidang perkhidmatan, pelaburan, hartanah, pegangkutan, penyediaan makanan, kereta sewa dan macam-macam lagi. Semua itu boleh dan mampu dilakukan dalam waktu yang singkat. Tidak lupa juga bidang MLM... stemcellllll lah tu... hahaha.. Duit koperasi akan botingkek nanti. Hubungi SSAK di 013 3563911 untuk mendapatkan borang ke ahlian atau lain2 maklumat.

Koperasi ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara sesama kita nanti.. Kita berikan keyakinan kepada ALP yang pakar dalam bidang masing2. Mereka terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, tokoh koperat, tokoh pendidik, ustaz dan pelbagai displin lagi.. Seia sekata kita pasti berjaya.

Semalam saya ke Nilai 1 bertemu dengan seseorang, selesai urusan di TESCO saya ke Nilai 3, kerana telah agak lama tidak ke sana.. Bersama dengan Rosli Ahmad, kami duduk pekena roti canai di sebuah warung. Kata Rosli itu roti canai paling sodap dalam Malaysia. Sebut je ghuti canai sei mulolah eeeeeeeee!!! teringat uli dengan lutut dan siku. 

Saya hanya minum, Rosli memesan 2 keping roti. "sokoping tak cukup.." katnya. Bila roti sampai saya lihat memang menarik dan enak kelihatannya. Saya pun mintak satu lagi.. kompem sodap. Tengah menjamu selera muncul pulak LAR bersama rakannya sedang mencari makanan.. mereka perlukan nasi.. mereka ni kalau makan agak ganas, kalau tak ada dua tiga jenis makanan atas meja tak sah.. Kawan LAR tanya saya "betoi ke roti tu sedap?' Saya belikan 4 keping untuk dibungkus bawak balik. Saya minta diri mahu pulang. Agaknya LAR selepas itu mungkin juga bungkus ghuti canai bawak balik.. hahaha..

Hari ini jadual saya selaku PKK mungkin agak sibuk. Petang mungkin ke Palong mengziarahi uwan dan mak saya yang tidak beberapa sihat. Mereka kembali ke sana beberapa hari yang lalu setelah lebih sebulan bersama saya. Pada sebelah malam saya mungkin ke Kuala Lumpur, apalagi stemmmmm cell lah tu.. Saya tulis mungkin di sini kerana kita hanya merancang...

  
 
Hj Salim dan Keluarga di Tawau..


Jumpa lagi kawan-kawan, salam rindu dan salam sayang.


Monday, December 16, 2013

KOMPUTER BUAT HAL LAH PULAK

  

Oleh Jokiden:

Assalam kawan2,

Lama juga saya tak menulis di sini. Bukan sahaja di sini, malah di blog yang lagi satu juga begitu. Kedua-duanya diganggu oleh proxy iklan. Kepandaian terbatas, bila berlaku gangguan seperti ini, kita jadi buntu dan jadi malas.

Membaca boleh, hendak membuat posting baru susah, terpaksa minta bantuan anak-anak. Hendak komen langsung tidak boleh sekarang ini kerana bila di klik sahaja butang komen maka keluarlah iklan2 yang tidak dapat kita hindarkan. Bertambah sakitnya hati ini ialah hendak membaca komenpun tidak dapat..

Bang MCC nampaknya telah kerap menulis semula. Saya seronok membaca puisinya yang sangat dalam maksudnya. Terserlah kehalusan jiwanya. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Terasa masa begitu cepat berlalu, belum sempat uban hendak tumbuh, dah bertukar tahun. Hehehe.. Kenapa saya sebut uban pulak, tak ada kiasan lain ko?.

Perkembangan terkini rakan2 sejak mutakhir ini sangat menarik. Masing2 mempunyai aktiviti yang tersendiri. Jokiden sibuk dengan double dan triple stemcellnya, siang dan malam, kononnya hendakkan duit botingkek. Muga dia berjaya. Muga Allah swt memberkati usaha.

LAR dan SSAK juga kelihatan sibuk dengan Koperasi SMBK. Kita patut memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi atas usaha mereka tersebut. Mereka berusaha dan yang 'sonang sok' kito. 

Semalam 16/12, saya sempat berborak dengan Hasidin, kesihatan dia telah bertambah baik, cuma matanya kurang nampak, perlukan laser. Cretonin dalam darahnya 250 ke 350.(ontah boto ko tidak ejaan tu) Katanya jika cretonin tu melebihi 450 maka dia perlu menjalani rawatan dialisis. Saya teringatkan darling SSAK, saya tanya dia terkini, berapa cretoninya.. Katanya 960!!! Kita doakan yang terbaik untuk keluarganya.

Kakcik Mariani bakal menunaikan UMRAH minggu depan, kita doakan selamat pergi dan selamat balik. CTN dan hubbynya asyik terbang ke sana sini. "Teko bodan sihat ni.." kata dia bila saya tanya kenapa kerap sangat naik kapal terbang. Tak takut ko??? Minggu lepas hari Jumaat dia datang ke rumah saya, singgah sebentar dalam perjalanan balik kampung mengziarahi kampung halaman.

Biasalah dia minta double stemcell dari saya. "Bokosan bona ko?' sei tanyo dio bilo dio mintak ompek kotak laie. "tumit sei yang menggerutu dan kematu dah licin balik.." katanya.

Masalah peribadi dikalangan rakan2 nampaknya diluar kemampuan kita untuk mengelakkannya. Ada yang memanjang ceria, ada yang separuh ceria dan ada yang kadang kala berduka. Dua anak saya dan nenek saya di masukkan ke hospital serentak diserang oleh denggi. Syukur kini telah keluar hospital, namun masih dalam MC.

Rashid dan Zailah nampaknya bakal menerima menantu pada minggu depan. Jika ada kesempatan, moh kito poie... bukanya lama sangat dalam sejam dua sahaja. Seronok bertemu dengan rakan2 ni.

Enab dan Kamaruddin biasalah ligat dengan urusan masak memasaknya pada hujung tahun ini. Duit mereka memang dah botingkek. 

Pagi Ahad 15/12 saya sempat minum pagi dengan Dato J dan keluarga juga SSAK, tompek ea tak yah cakaplah, amat istimewa nanti LAR jeles pulak... Terasa kedamaian menghiasi jiwa  bila bersama rakan-rakan ini.

Minggu lepas saya bertemu dengan Hamid Bawal, geng jutawan kita di Mid Valley KL. Biasalah dia, down to earth. Bertambah macho dia sebab duit ea botingkek. Dia membeli 4 kotak stemcell dari saya.

Datin Normah nampaknya sibuk ke sana sini memberi ceramah tentang koperasi. Bila terjumpa rakan-rakan dia asyik menunjukkan mukanya yang telah bertambah cantik.. sebab 'stemcell' lah tu. hehehe.. hebat promosi sei.

Yang kita mesti selalu ingat ialah dua kawan kita yang istimewa. Mereka ini istimewa kerana kemana pergi mereka akan berdua, bukan naik kereta tetapi naik komuter.. nak tahu siapa??? tunggu posting saya yang akan datang...Saya akan cuba untuk mengupdatekan blog kita ini setiap hari.. kok bolehlah.

Banyak yang nak diceritakan  dan dikongsikan ini. Kisah banjir, kisah koperasi, kisah Tahir, kisah TL, kisah Pengetua dan tidak lupa kisah Double Stemcelllllllllllll....!!!!!


    
Happy Birthday DAJA.

Salam rindu dan salam sayang semuanya...


FANTASIA BULAN MADU BERSAMA AJUKUU



Ku bawa kau ke sini wahai Ajukuu,
setelah sempurna ijab kabul kita,
dan kau isteriku yang sah,
dunia dan akhirat.

Di daerah fantasia ini Ajukuu,
ke genggam erat mesra tanganmu,
dalam juntaian kasih sayang
dan kesetiaan se orang isteri.

Di daerah fantasia ini ku lafaskan
terima kasih setulusnya Ajukuu,
kerana sudi bergelar isteriku.

Di malam fantasia ini,
termeterai sudah sumpah setia  kita,
yang tak mungkin terlerai selamanya.

MCC
Senawang



Lelaki Tua Dan Ajukuunya.

Se orang lelaki tua,
hatinya berbunga cinta,
langkahnya menongkah laluan,
terketar. terketar... terketar,
mencari  sesuatu yang hilang.

Lelaki tua itu,
menyapa setiap yang lalu,
dengan matanya meredup rindu,
dengan suaranya yang merayu,,
di manakah Ajukuu?

Lelaki tua itu,
terusan mendayu dan merayu,
di manakah Ajukuu?
apakah Ajukuu pergi,
meninggalkan pelabuhan ini,
di lautan lepas yang tak bertepi.

Lelaki tua itu,
terusan menanti Ajukuunya,
hingga ke hujung nyawa.

Ajukuu....
bagaikan kuntuman mawar,
segar dan mewangi,
bermadu di kelopakmu.

Ajukuu....
bagai se ekor rerama,
memikat warnanya,
lenggang lenggok sayapnya,
menyapa embun pagi.

Ajukuu bagai....
setiap patah bait puisi,
dari minda se orang penyair tua,
yang merindu pada kuntuman mawar,
juga pada se ekor rerama.

MCC.
Taman Bandar Senawang
Seremban.
16.12.13   11.15 malam.

Friday, December 13, 2013





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAAN ALLAH SWT

Kami

MOHAMAD RASHID BIN YAHYA

DAN

NOLIAH BINTI MAJID




Dengan penuh kesyukuran kami mempersilakan kawan-kawan warga SMBK 69/74
kemajlis perkahwinan Puteri kami yang dikasihi:


FADZLINA BINTI MOHD RASHID
dengan pilihanhatinya
 FIRDAUS BIN AHMAD


Pada hari

SABTU, 28HB DISEMBER 2013
bersamaan
24 SAFAR 1435 HIJRAH

di kediaman kami beralamat:
NO. 214, LORONG TITIWANGSA 9
TAMAN BUKTI, AMPANGAN
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.


Aturcara Majlis:
Jamuan Makan     : 11.30 pg  -   4.00 ptg.
Majlis Bersanding:  1.00 tgh.


Semuga kehadiran dan doa restu para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah SWT.     InShaaAllah



TERIMA KASIH.




Thursday, December 12, 2013

TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS.



Tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga.  Antaranya:

DALAM TIDUR:
Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
Mimpi benda-benda tajam.
Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
Mimpi salib.
Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
Susah tidur malam.
Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
Mimpi binatang.
Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.

DALAM JAGA :
Berdebar tanpa sebab.
Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
Sakit belakang, rasa berat belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mengantuk dalam majlis ilmu."

Jika anda mengalami tanda di atas carilah penawar.

* Sesiapa yang pernah bermimpi dan mengalami perkara di atas sila berikan pengelaman anda untuk dikongsi bersama. Atau anda mengetahui cara perubatan dan sesiapa yang tahu di mana untuk berubat sila berikan maklumat anda.

MCC

Tuesday, December 3, 2013






JEMPUTAN KE MAJLIS MERAIKAN PENGANTIN



RAKAN-RAKAN SMBK 69/74


KAMI


PN ZAILAH BINTI SHAHARUDIN
dan
ENCIK KHAIRIL ANUAR



Dengn ikhlas dan berbesar hati menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan anak perempuan kami


NURSHAZNIN BINTI KHAIRIL

dengan pasangannya

MUHD AMIMUDDIN BIN MUHD NASIR


Pada 

HARI AHAD 22 DISEMBER 2013
JAM 12.00 TGH hingga 4.00PTG

di alamat

77, Jalan PUJ 2/37
Taman Puncak Jalil
Bandar Putra Permai
43300 Selangor

Semoga kehadiran dan doa restu para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah swt.  IN SHAA ALLAH

TERIMAKASIH.