GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, February 9, 2011

TEH TARIK BERSAMA PROF SHIDI

Saya pagi ini berkesempatan untuk bersantai bersama rakan di res Pengerusi dan sempat juga membuka blog kita. Sempat juga memasukan photo terbaru seorang rakan kita seperti di bawah. MRBY



Toko gambar cun ni.Sapo geeh.



Ni gamba sapo plak ni..?


.

Monday, February 7, 2011

JEMPUTAN KHAS

SALAM RAKAN-RAKAN,

SAYA BAGI PIHAK TUAN HJ SALIM SHARIF DAN TUAN HJ JALIL INGIN MEMPERSILAKAN KAWAN-KAWAN KE MAJLIS MEREKA PADA MASA, TARIKH DAN TEMPAT SEPERTI DI BAWAH:

HJ AB JALIL ABDULLAH.

KAHWIN ANAK SAUDARA,

TARIKH: 13 FEBRUARI 2011,

MASA:  11.00 PG HINGGA 3.00 PTG

TEMPAT:

KAMPUNG REMBANG PANAS,
KUALA PILAH, NSDK.



HJ SALIM SHARIF,

KENDURI KAHWIN ANAK.

TARIKH: 19 FEBRUARI 2011,

MASA: 11.00 PAGI HINGGA 3.00 PTG

TEMPAT:

KAMPUNG PADANG LEBAR,
72200 BATU KIKIR, NSDK.

MOHD SHARIF AHMAD.

SATU PERTEMUAN SERIBU KENANGAN

Hari ini saya mencuba pula menulis seperti yang disaran oleh pengerusi kita En Shariff Ahmad.. saya ni suka juga menulis..tapi sejak kebelakangan ini (sejak menjadi surirumah sepenuh masa) bayak benar tugas yang harus diutamakan terlebih dahulu.  Baru saya tahu bahawa menyandang tugas sebagai suri sepenuh masa lebih bayak commitment dari bekerja dikantur atau bekerja makan gaji.  Ada saja perkara yag harus dibereskan.  

Duduk mengadap PC ni pun tak boleh nak lama, habis lama pun 1/2jam lepas tu karang adalah yang manggil...Ma mana baju skolah Bi yang baru beli tu..panggil anak saya, Baby..atau... Ni...pisang tadi dh goreng ke..suami saya pulak..pendekya nak duduk berjam-jam memikirkan apa yang nak ditulis dlam blog ni memang tk de kessempatan....jadi 2nd CEO dlm rumahtagga ni memang begitulah..buzy memanjang..nk pastikan perjalan rumahtangga keluarga berjalan lancar..dh potang potang ni plak idea tak mudah datang secara spontan..kena termenung dulu nak cari mood... tapi sekarang saya dayakan jugalah kerana Tn Pengerusi dh heboh tanya bilo lgi nk tulis... Nk tunggu masa lelama berfikir memang tak dapat...jadi hantam sajalah...kalau saya merapek merapu...bahasa lintang pukang..tk tentu ujung pangkal saya minta banyak2  maaf..

Tak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kita akan dapat berjumpa lagi selepas perpisahan form3.. 40thn yang lalu..kalau jumpa pun mungkin cara xformal...jumpa dijalanan atau dimajlis majlis, perjumpaan yang begitu mungkin susah untuk kita nak mengenali antara satu sama lain...melainkan dh selalu jumpa.  


Saya pernah terjumpa seorang kawan yag pernah tinggal menyewa dengan saya sewaktu saya mula2 jadi guru sementara di Pasuh 1 lebih kurang 35thn yag lalu..dimajlis perkahwinan anak kepada sepupu saya itu saya beranikan diri menegur dan berbual dengan wanita ini kerana saya yakin bahawa dialah orangnya kawan rapat saya yang tinggal serumah dan mengajar satu sekolah...berdasarkan rupa parasnya dengan usianya yang lebih 3thn dari saya. Saya bertanyakan pernahkah dia mengajar ditempat saya mengajar dulu..,jawapnya ya..pernahkah dia duduk diquarters guru bersama kengkawan ..jawapnya ya juga..saya bertanya lagi adakah namanya Sharifah jawapanya ya ... ya Allah memang tak syak lagi inilah orang yang saya panggil kak Pah dulu...yang selalu mengikut saya balik kampung tinggal 2,3hari di rumah saya bila cuti sekolah..saya terus menerkam dan memeluknya..nak menangis saya kerana gembira berjumpa semula kawan lama yang sangat saya rindu,....saya goncang2 badannya.. kak Pah xkenal saya lagi ke...ini Mariani kawan serumah akak ketika mengajar diPasuh 1 dulu..kata saya..rasa terlerai rindu saya yang terkumpul sekian lama.   Dia terpinga2..walaupun ada senyuman diwajahnya.  Saya terasa kurang respond darinya 'maaf..saya tk berapa pasti'..katanya...Berderau darah saya...perlahan saya lepaskan pelukan..malu bercampur kecewa .'.kak Pah dh tak ingat saya..? 'akak mengajar disana tahun berapa' tanya saya..'tahun 85' katanya....Panas.., merah padam muka saya rasanya..malu tak terhingga.., rupanya saya dh tersalah orang..saya menjadi guru attachment disek keb Pasoh 1 dlm tahun 76-77. Memang dia ada mengajar di sana tetapi berlainan tahun. Semenjak dari itu saya dh tk berani nk pandai2 mengaku kenal pada orang kalau orang tk tegur saya terlebih dulu.,takut jadi macam tu lagi..Huh.. banyak benar pelanduk dua serupa...berkali2 saya meminta maaf darinya...walaubagaimanapun kami dh menjadi kawan baru..


Pandai Sharip mengatur pertemuan kita.  Kali ini saya tak mungkin tersalah orang lagi...kalau tak ingat nama pun atau wajahnya samar2, yang pasti mereka adalah kawan sama sekolah di SMBK dulu...


Dalam pada berhati hati saya terkena lagi..namun kali ini dalam case yang berbeza......Saya add CT Hawa dalam FBnya, dari recommendation CT Shara...Dalm box message CT Hawa saya tanya khabar dan adakah dia masih ingat saya...rasanya dia pasti ingat sebab saya duduk disebelahnya selama 1 tahun masa di remove class, walaupun saya ni jenis pendiam, pemalu n penakut..kalau dh duk dekat selama setahun tentu ingat kot...CT Hawa memang semua orang kenal...dia seorang celebrity popular dizaman persekolahan dulu..dia pandai menyanyi, menari, belajar pun bleh tahan..dan yang penting CT Hawa adalah pelajar paling cantik di SMBK di era kita dulu..

Sangkaan saya memang meleset.  Rupanya CT hawa tak kurang juga pelupanya..biasalah tu..umur dh meningkat ...dia memang tak kenal saya...'ingat ingat lupa...jangan marah'..katanya membalas message saya...Saya langsung tak rasa marah pun kerana saya tahu saya kurang menonjol masa sekolah dulu., tak ramai orang yang kenal saya..tak hairanlah kalau CT Hawa pun tk ingat saya....


Reunion kali ini memang membawa seribu makna pada saya...semasa dalam perjalanan ke Ilham selepas tol menghampiri R&R PD dada saya bergoncang kuat...dh dekat sampai R&R ni perlahan sikit berhenti kat R&R dorang tunggu kat situ saran saya pada suami..suami menurut saja...kami berhenti di salah satu tempat parking disitu..bagaimana hendak saya mulakan apabila bertemu kengkawan nanti.. saya ajak suami & Rokiah turun, Rokiah tumpang kereta saya dari Seremban kerana suaminya tk dapat hadir sama. Rokiah dan saya adalah kawan baik.

Orang pertama saya temui ialah Ismail Isa...pada masa tu saya memang tak ingat namanya..mungkin form3 dulu dia lain kelas kot..entahlah...namun saya masih ingat rupaya dan dia sekampung dengan Badariah n Sharip...itu saya memang pasti. 'Ingat saya tak'..tanya Mael...'rupa kenal tapi nama tak ingat..maaf ya'..kata saya...Maellah..,Ismail Isa..kata Sharif yang baru datang dari depan..Oo  ha dah ingat dah..kata saya..Sharif memag saya selalu jumpa di kampong.. Suami bersalaman dengan Ismail dan Sharif. Selepas berbual lebih kurang, saya kehadapan lagi..ada CT Shara n Rubiah..kami berpelukan sambil mengesahkan hal diri masing2..saya nampak CT shara masih ayu, cantik..berkulit bersih..matanya merah mungkin baru lepas mengalirkan air mata  brjmpa kengkawan lama .begutu juga Rubiah yang cute n comel..kemudian datang pula CT hawa...'Mariani..Mariani' ..dia menerpa...Awooo... jerit saya pula..dia memeluk saya...,polok..polok dh lamo tak jumpo ni...kata Hawa...kami berlaga pipi..bangganya sya..hawa masih ingat pada saya.....kau duduk sobolah maghin yo?...ktanya...Iyolah...dogheh bona lupo jawab saya... Keadaan jadi hiruk pikuk kerana Sharif, Mael CT shara n Rubiah pun tumpang sekaki. Hawa tidak banyak berubah,..dalam usia 55thn dan dh bercucu, masih terserlah kejelitaannya ..kulit kuning langsat..masih keletah dengan suaranya yang lantang...


Pandangan saya beralih kepada seorang lelaki tampan bergaya berbadan tegap tinggi berkacamata hitam..memandang dengan senyuman sedari tadi..'Ini siapa..husband u ke shara' tanya saya kerana dia berdiri disebelah CT shara...haah..husband i masa sekolah dulu...kata shara...saya tahu shara bergurau..haaa Razali Khamis..teka saya lagi..haa tu baru boto kata Razali...dalam hilai ketawa kami bersurai untuk bertolak ke Ilham...


Dalam perjalanan ke Ilham Resort PD, saya tak henti2 bercerita mengenai kawan2 kepada suami..lepas seorang seorang nama kengkawan saya sebut...suami saya yang pendiam hanya mendengar, sesekali tersenyum...Rokiah pula yang duduk dibelakang kekadang menyampuk........banyak lagi kesah kita masa disekolah kalau hendak dikatakan..jika ada kesempatan dengan izin Allah saya ingin bercerita lagi....hingga kita berjumpa lagi salam kasih sayang, salam rindu dan jaga kesihatan, jaga dirimu baik2.  Assalamualaikum.





Oleh: Mariani Duaji (MD) 

KENANGAN LALU 3

KENANGAN LALU 3
Hasnan, Seni Lukis dan Cinema Club SMBK.
Kenangan Lalu Siri 2 saya mendapat perhatian dari beberapa orang sahabat. Terima kasih Normah, Jalil, Sharif dan LAR kerana menambah kenangan manis kita bersama. Saya sengaja menyebut nama Abang Datuk Izat dan Kakak Cikgu Saedah, sebab inilah dua insan yang turut menjadikan saya seperti adanya saya pada hari ini selain dari ayahanda saya dan Cikgu Zain Rais. Jalil masih teringat lukisan ‘Koboi ber’draw’ saya. Itu poster untuk Wayang Gambar anjuran Cinema Club ‘Stagecoach’ (lakonan Mike Connors (Mannix) dan ‘The Gunfighter’. Cinema Club ini miliki sejarah dan kenangannya sendiri.
Dunia lukisan saya terbuka bila berkenalan dengan Hasnan. Semasa saya berada dalam Form 3B, Hasnan menjadi kawan baik saya. Hasnan sangat pandai melukis. Lukisan figuranya cukup bergaya. Pensil dan pen sketchesnya cukup bertenaga.
Semasa berada di Form 3B, Hasnan telah menyiapkan sebuah Komik (tajuknya dah lupa). Komik ini dihasilkannya sendiri, dengan lukisan tangan. Cukup cantik, macam komik yang dibeli di kedai. Masa itu lukisan komik Abdul Halim Teh sangat popular. Seronok melihat mainan jari jemari Hasnan melukis dan hasil lukisannya.
Saya terpengaruh dengan hasil karyanya dan cuba untuk meniru. Dari sinilah bibit seni lukis saya bermula. Namun begitu, komik yang saya harapkan itu tidak berjaya saya siapkan. Saya cuba menghasilkan komik cerita Perang Dunia Kedua seakan-akan cerita Dirty Dozen, tapi tak kesampaian. Hasnan banyak memberi komen berkenaan lukisan saya. Adakalanya gembira dengan komennya itu dan adakalanya sakit hati diketawakannya. Pirdaus sepatutnya masih ingat banyak mengkritik karya saya. Namun itulah bermulanya proses seni lukis saya. Gaya lukisan saya banyak dipengaruhi oleh gaya lukisan Hasnan.
Semasa berada di Form 4, Hasnan meninggalkan SMBK ke TMS. Kami tidak pernah lagi bersua selepas itu. Cikgu Md. Zain Rais mengenengahkan bakat saya. Saya masih ingat, ketika kerajaan menganjurkan Pesta Pembangunan di Rembau, saya telah diminta oleh Cikgu Zain untuk membuat poster kejayaan seorang petani di Jempol. Berhempas pulas juga saya berusaha untuk menyiapkan lukisan tersebut. Cikgu Zain ingin perkataan ‘SYABAS’ sebagai tajuk poster untuk menggambarkan kejayaan petani berkenaan. Akhir sekali, menggunakan idea Cikgu Zain, kami memotong perkataan SYABAS dari iklan Benson and Hedges dan ‘montage’kan pada poster saya. Hasilnya sangat unik dan luar biasa. Teknik itu kemudian saya pelajari semasa belajar di ITM dengan gelaran ‘collage’. Saya berkesempatan ke Pesta Pembangunan itu dan melihat sendiri hasil karya poster saya terpamer di salah sebuah gerai dan cukup seronok melihat orang ramai terpegun dengan idea ‘Collage’ itu. Sesuatu yang baru ketika itu.
Saya terus melukis. Cinema Club menjadi platform saya mengasah bakat. Mr. Ramu Naidu, penasihat kelab akan meminta saya melukis poster untuk tayangan gambar sekolah.
Saya masih ingat panggung wayangnya ialah bilik darjah yang dibuka partition dan digabungkan dengan dewan. Tingkap akan ditutup dengan kain hitam untuk mencegah kemasukan cahaya. Projektor akan ditempatkan di belakang dewan/panggung untuk memutarkan filem. Setiap kali filem bertukar reel, tayangan akan dihentikan. Bila tingkap ditutup, bilik jadi panas, murid berpeluh dan akan menjelmalah kepelbagaian bau yang menusuk hidung. Namun kami seronok menonton filem. Lebih seronok mengenangnya kembali.
Pengetahuan teknikal ketika itu terhad. Pernah satu hari, kerana tidak tahu menggunakan ‘lens adjuster’ semua pelajar menonton filem kabur dari awal hingga akhir. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan lagi ialah filem ukuran cinemascope ditayangkan menggunakan projector scope biasa maka terpaparlah gambar kurus tinggi dan panjang. Satu lagi peristiwa ialah reel filem yang ketiga dimainkan pada reel yang kedua akibatnya, cerita itu tamat dahulu dan bersambung dengan pertengahan cerita. Ini berlaku pada cerita lakonan Rod Taylor kisah peperangan dunia kedua di Filipina. Tajuknya dah lupa. Salah satu kegemaran Mr Ramu Naidu ialah pergi menjemput filem berkenaan dengan motosikalnya, waktu sesi persekolahan, di Stesen Keretapi di Bahau. Pos Laju dan Courier belum ada lagi ketika itu.
Mr. Ramu akan memberi saya tajuk filem dan terpulanglah kepada saya untuk membuat visualization nya. Segala ilmu yang saya pelajari dari Hasnan, saya gunakan untuk melakar poster ini. Adakalanya Mr. Ramu suka dan setuju dengan visualization saya dan adakalanya tidak.
Tiket wayang juga dicetak sendiri menggunakan mesin saikostail. Photocopy belum ada lagi ketika itu.  Untuk mengelakkan tiket haram cetakan sendiri, maka Mr. Ramu akan cop pada setiap tiket dan hanya yang bercop ini sahaja akan dijual dan dibenarkan masuk ke panggung. Tapi sentiasa ada sahaja sigenius Iskandar dapat mematahkan sistem ini dan ramai juga yang masuk percuma.
Banyak poster yang saya lukis. Kemahiran lukisan saya berkembang dengan baik dan ramai yang suka dengan lukisan poster yang saya buat.
Semasa Form Five, terdapat hanya segelintir kecil sahaja pelajar yang menduduki kertas Seni Lukis. Yang saya masih ingat Iskandar. Subjek seni lukis tidak diajar dalam kelas pagi, kena belajar sendiri. Ada seorang cikgu sementara perempuan (dah lupa nama tapi lawa) yang berusaha mengadakan kelas tambahan sebelah petang, tapi calon yang tak datang.
Senilukis dalam MCE lagi dahsyat kenangannya. Saya tersalah pilih kertas. Saya terkeliru dengan ‘Lukisan Orang Hidup’ dengan ‘Lukisan Gubahan Fikiran.’ Iskandar, seingat saya cuba membetulkan kekeliruan saya, tapi ketika itu sombong, terlalu yakin tak mahu dengar cakap orang. Akibatnya, sayalah satu-satunya calon kertas ‘Lukisan Orang Hidup’.  Saya dikehendaki melukis potret. Saya masih ingat, Muzammil (Tkt. 4) menjadi model saya. Oleh kerana hari itu hari pertama peperiksaan MCE, mesyuarat semua invigilator diadakan.Oleh itu semua invigilator  hadir. Saya masih ingat saya seorang yang melukis diawasi oleh 8orang invigilator.
Namun saya berjaya dengan ‘distinction A1 untuk subjek seni lukis saya dalam MCE. Dengan kelulusan ini serta dengan khimat nasihat dan bimbingan Cikgu Ali Yakob, saya melanjutkan pelajaran ke Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ITM. Di sini saya mendalami bidang seni lukis hingga ke peringkat tertinggi. Hari ini karya seni lukis saya terpamer dan dijadikan koleksi beberapa pengumpul karya seni lukis di Malaysia dan juga antarabangsa. Di Malaysia. karya seni lukis saya terpamer di Galeri-galeri dari Johor hingga ke Langkawi. Peringkat antarabangsa pula terdapat lukisan saya menjadi koleksi seni di Indonesia, Thailand dan Autralia. Malah dalam usaha untuk mempamerkan karya di USA dan UK.
Bila direnung semula, segalanya bermula di SMBK. Tidak pernah sekali-kali seorang anak kecil di SMBK tahun 1969-1974 dulu menyangka karyanya akan terpamer di peringkat antarabangsa. Hasnan, Mr. Ramu Naidu, Cinema Club, Cikgu Md Zain dan Cikgu Ali Yakob tidak ketinggalan, Iskandar, ….terpahat bersama setiap lukisan yang saya hasilkan. Terima Kasih semua. Shidi.

Saturday, February 5, 2011

HATI-HATI MELAYARI FACEBOOK

Oleh Mohd Sharif Ahmad

Bertemu semula rakan-rakan.

Abdul Qawiyy Di Kuala Sg Baru


Bang Ngah Di Jeti Kuala Sg Baru

Hari ini genap 7 hari saya tidak menghantar posting ke blog ini. Saya gembira kerana telah ramai yang sudah mula menulis di sini. Terima kasih Shidi, Kandar, Jalil dan Siti Shara kerana membantu saya menjaga blog ini dan atas semua coretan kalian yang amat bermakna tersebut. 

Saya percaya kepada bakat yang ada dalam diri setiap kita. Selepas ini kita tunggu cerita menarik dan posting dari Halimah, Mariani, Latifah, Mail, Rashid dan lain-lain lagi.

Saya tau Mariani dan Latifah berbakat menulis sebab saya baca dalam komen-komen mereka di blog kita ini. Contohnya yang terkini cukup panjang Mariani tulis mengenai coretan Jalil itu.

Tajuk posting saya kali ini "Hati-hati Melayari Facebook" sebenarnya saya ambil dari Utusan Malaysia hari ini 5 Feb 2011, muka surat 10, ditulis oleh Ismail Hashim.

Tajuk posting dan artikel ini seolah-olah untuk menakutkan kita tentang kemudaratan yang boleh dibawa oleh laman sosial ini. Bukanlah tidak berasas kenyataan tersebut kerana telah berlaku beberapa perkara negatif disebabkan oleh kegilaan melayari fb ini. Banyak rumah tangga yang porak peranda disebabkan oleh suami yang asyik melayari fb atau sebaliknya isteri lupa menghidangkan makanan kegemaran suami kerana asyik melayari laman sosial ini.

Kebaikan yang terserlah sekurang-kurangnya kepada kita ialah FB berjaya mencantumkan kita yang telah terpisah sekian lama 10 tahun, 15 tahun, 20, 30 atau 40 tahun. Kita warga SMBK 1969-1974 bukanlah tidak berusaha sebelum ini untuk bertemu dan bersua, namun segalanya menjadi mungkin sejak kita menggunakan saluran FB ini. Segalanya menjadi mudah kerana kita memfokuskan kepada topik yang sama dalam setiap perhubungan kita.

Untuk itu kita seharusnya berterima kasih kepada kewujudan FB ini yang bukan sahaja memberi manafaat kepada kita warga SMBK, malah kepada seluruh insan di alam maya ini.

Saya teringat kepada satu ungkapan oleh Negarawan Tanah Air  suatu ketika dahulu iaitu "Benda yang baik jika disalahgunakan ia pasti boleh membawa bencana" Ketika itu beliau memberi contoh sebilah pisau yang tajam sekiranya digunakan untuk tujuan pembedahan, mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Pada masa yang sama, pisau yang tajam boleh juga digunakan untuk tujuan membunuh seseorang.

Terpulang kepada kita untuk tujuan apa sebenarnya kita menggunakan kemudahan FB ini. Untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya. Dalam artikel di Utusan Malaysia itu juga disebutkan bagaimana seorang perempuan yang bijak yang merupakan seorang Pensyarah akhirnya dapat ditipu oleh rakan FB dia. Dia kehilangan RM30,000.00 hanya kerana ghairah mempercayai kata-kata manis, ayat-ayat cinta yang diterimanya dalam FB.

Agaknya itulah sedikit nasihat diberikan oleh penulis berkenaan agar kita seharusnya berhati-hati dalam melayari FB ini. Usah terlalu ghairah, usah mudah percaya, jangan mudah digoda dan jangan mudah diperdaya.

Saya tidak berniat untuk menasihati rakan-rakan, lebih-lebih lagi Tok Lombago yang pastinya ada jawapan kepada setiap persoalan. Namun saya percaya kepada kematangan kita semua dalam usia yang sudah cukup dewasa ini. Seandainya kita terjebak juga, anggaplah itu sudah suratan takdir kita. Untuk memujuk hati silalah membaca buku Shidi "Jejak Kesejahteraan" 

Namun daripada pemerhatian saya sejak berhubung dengan rakan-rakan melalui fb ini, semuanya berjalan lancar. Setiap orang berjaya mengawal diri sesopan mungkin. Gurau senda rakan-rakan cukup bersahaja dan apabila kita bertemu di PNB ILHAM tempoh hari semuanya berjalan dengan lancar dan kaum keluarga juga merasa puas hati. Suasana di Ilham pastinya memudahkan kita untuk merancang program yang lain pula nanti.

Hari ini saya sempat menghadiri kenduri kahwin anak rakan di Seremban. Kembali ke rumah anak-anak saya sudah bersedia untuk menyambut dan meraikan hari jadi isteri saya. Dalam keluarga kami sambutan hari jadi sejak dulu, tidaklah grand, sekadar melahirkan rasa kasih sayang dan menunjukan perhatian kepada orang tersayang sahaja.

Sebenarnya tarikh sambutan hari jadi untuk isteri saya lambat lagi iaitu pada hari Sabtu 19 Feb, bertepatan dengan tarikh kenduri di rumah Hj Salim. Namun oleh kerana pada tarikh tersebut anak-anak pastinya tidak akan dapat berkumpul serentak, maka mereka memutuskan untuk meraikannya hari ini. Anak-anak sudah besar, lalu saya dan isteri mengikut sahaja saranan mereka. Tidak ada isupun.

Happy Birthday Mama
                                                   
Saya selalu menyarankan kepada sesiapa sahaja, berilah keutamaan kepada keluarga kita. Jika kita dimasukan ke hospital, kawan baik, saudara mara, sahabat handai hanya datang sekali sahaja mengziarahi kita. Lebih-lebihpun dua kali, namun keluarga terdekatlah yang akan mengunjungi kita saban hari hingga kita keluar dari hospital.

Yang berkongsi segala kepayahan, kesakitan dan kepedihan ialah keluarga kita, dari itu sekali lagi jagalah dan sayangilah keluarga anda. Kepada isteri saya Happy Birthday in advance. Muga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan tercapai segala impian.

Semalam kami sempat ke Kuala Sungai Baru dan Pengkalan Balak, makan ikan bakar. Punyalah jauhnya nak makan ikan bakar, selesai makan, balik dan sampai rumah dah lapar semula, namun demi keluarga, sekali sekala, kami dayakan juga. 

Mohon maaf sekiranya posting kali ini terkeluar dari tajuk, namun saya yakin semakin lama kita akhirnya akan membicarakan perkara lain pula. Sekali lagi hati-hati ketika melayari facebook.


Friday, February 4, 2011

KENANGAN LALU 2

SMBK, RASHID DAN MUZIK

Dr. Murad, pada Malam Gala yang lalu, mengembalikan ingatan saya kepada satu kenangan manis ketika bersekolah rendah di Batu Kikir. Dr. Murad ringkas bercerita bagaimana salah satu kenangan yang tidak dilupakannya ketika bersekolah rendah dahulu di mana sebelum sesi berakhir cikgu akan minta saya menyanyikan sebuah lagu. Terima kasih Doc atas kenangan itu.
Bakat muzik saya dikesan oleh Mr. Quah Ban Ong ketika saya belajar di Standard 5 SRJ(I) Batu Kikir. Mr. Quah meminati muzik dan mengajar kami muzik. Masih ingat lagi lagu ‘Red River Valley’ dan ‘Whispering Hope’, yang kami nyanyikan secara koir dalam kelas. Tahir, Firdaus, Murad, Zamrus, Zahar pun sepatutnya segar dengan ingatan ini.
Berkenaan saya yang kena menyanyi sebelum sesi berakhir itu ada cerita sebaliknya. Mr. Quah dan Mr. Soo telah memilih saya untuk pertandingan talentime yang  diadakan di dewan SMBK. Sebagai latihan, saya disuruhnya menyanyi dalam kelas agar tidak berlaku stage-fright ketika talentime itu nanti. Maka kenalah saya menyanyi hampir setiap hari untuk pertandingan itu. Itulah peristiwa yang menjadi kenangan Dr. Murad.
Pada hari pertandingan, saya menyanyi dengan live band. Saya masih ingat Mr. Quah bermain Lead Guitar, Mr. Soo bermain Ryhthm Guitar Allahyarham Cikgu Izhab Harun main Bass Guitar. Cuma pemain drumnya hilang dari ingatan. Turut bertanding ialah pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (Melayu) dan SMBK. Lagunya seingat saya ialah ‘She’s a Lady’ (Tom Jones). Saya tak menang tetapi lagu itu dari awal hingga akhir, berjalan lancar tanpa gangguan.
Semasa saya berada di Form 1 SMBK, sekolah menganjurkan talentime. Saya turut serta bersama Tahir, Siti Hawa dan lain-lain. Seingat saya, lagu yang saya bawa ialah ‘Delilah’ (Tom Jones) tapi menurut Tahir dan juga Sharif dalam perbualan baru-baru ini Ilham Resort, saya nyanyi lagu Hindustan (Saya pun dah confuse,  mungkin 2 occasion yang berbeza). Tahir dengan ‘Yellow River’nya. Saya menang, menurut Tahir, juri tak tahu apa yang saya cakap sebab lagu Hindustan. Saya masih ingat lagi hadiahnya, sekotak cat air (watercolor) kecil dengan sebatang berus.
Semasa saya berada di Form 4 (kena juga pakai ‘Form’ sebab masa tu glamour sikit) Rashid menjelma dalam hidup saya bila dia menyertai kelas Form 4 kami. Rashid tua hampir 2 tahun dari saya, ‘Remove’ dan ‘repeat’. Satu petang Rashid datang ke rumah saya (quarters Balai Penghulu di Juasseh) dan kali pertama dia memainkan gitarnya dengan lagu ‘Hanya Nyanyian’. Kagum saya…bunyi macam di Radio. Semenjak itu saya belajar bermain guitar dengan Rashid. Banyak yang Rashid ajar hingga saya mahir main ‘folk’ guitar. Saya bernasib baik kerana ada sebuah guitar kapok di rumah. Bukan kepunyaan saya. Guitar itu ialah hadiah kakak saya Cikgu Saedah (bekas gurubesar Sek. Keb. Pusat Juasseh) kepada abang saya (Datuk Izat, kini Ketua Pengarah RISDA) kerana berjaya cemerlang dalam HSC. Tapi saya lebih bernasib baik kerana adanya Rashid, guru muzik saya.
Kehadiran Arwah Cikgu Ali Yacob juga memberi kesan kepada saya dalam bidang muzik. Dia juga banyak mengajar saya tentang muzik dan bermain alat muzik (saya mempunyai banyak kenangan manis dengan Cik Gu Ali. Kisahnya akan, insyaallah, dipaparkan dalam siri Kenangan Lalu yang lain.). Keyakinan penuh saya bermain guitar ialah bila mengiringi Cikgu Jamilah/Jamaliah (tak sure) (masa tu belum kahwin dengan Allahyarham Cikgu Mokhtar) menyanyi semasa berkhemah di Jeram Tengkek. Apa sahaja lagu yang Cikgu Jamilah nak nyanyi, saya boleh memainkannya dan mengiringinya. Masa itu lagu Inggeris jadi favourite.’My world is Blue’, ‘500 miles’, ‘Unchained Melody’, ‘Country Roads’ dan banyak lagi. Kini lagu-lagu itu hanya mengimbau kenangan.
Bersama Rashid serta classmate Form 4, kami pernah mengadakan ‘Konsert’ di SMBK. Di bawah galakkan dan bimbingan tunjuk ajar Cikgu Md. Zain Rais, pernah kami menganjurkan sebuah konsert. Kebetulan ketika itu ada seorang guru sementara (namanya sudah hilang dari ingatan tapi dari Gedung Lalang, Seremban) membekalkan peralatan Band untuk konsert berkenaan. Konsert itu berjaya. Masih ingat lagi Cikgu Md Zain menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Saya dan Rashid menjadi akrab kerana muzik. Kami sering bertemu, kadang-kadang di rumah, adakalanya di persimpangan jalan, membawa sama guitar dan menyanyi bersama.
Menjelang pertemuan di Ilham yang lalu, Rashid bekunjung ke rumah dengan peralatan muzik dan karaokenya. Seronok mengimbau kisah silam. Kami nyanyikan semula lagu-lagu kenangan bersama ‘Don’t Forget to Remember’ (Bee Gees), ‘Hanya Nyanyian’, 1st of May, dan lagu-lagu awal dengan Broery. Siti Shara pun menumpang sekaki.
Muzik menjadi sebahagian hidup saya. Jika ada ketika itu kolej yang menawarkan kursus muzik, mungkin sudah lama saya berkecimpung dalam bidang muzik. Namun kerana hanya ada seni lukis di peringkat tertiary, maka itulah saja bidang seni yang dapat saya ikuti. Saya terlalu minat dengan seni.
Saya tidak dapat meninggalkan muzik. Anak ketiga saya, yang mengiringi saya dan Rashid menyanyi pada Malam Gala lalu, terlalu berbakat dengan muzik. Dia terpilih untuk bermain dengan Orkestra Symphony Remaja, Istana Budaya, Kuala Lumpur (saya terpaksa berulang ke KL setiap Sabtu untuk membolehkannya menyertai latihan konsert), menjadi Konsert Master untuk Orkestra JPNS dan juga salah seorang pemain strings untuk Orkestra KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). Sepatutnya beliau sudah menghadiri audition dengan Malayisan Youth Philharmonic Orkestra (PETRONAS), tetapi saya tak berani untuk commit. MPYO perlukan commitment yang tinggi.
Sehingga kini muzik mewarnai kehidupan keluarga kami dan segalanya bermula dengan Mr Quah Ban Ong (wherever you are) dan lagu ‘Hanya Nyanyian’ di Juasseh, way back 1973, dendangan Rashid bin Yahya. Terima kasih Rashid. Muzik, Rashid dan SMBK menjadi kenangan manis hingga hari ini.

Tuesday, February 1, 2011

Ertinya Sebuah Persahabatan

     Hasrat untuk bertemu kawan2 lama di SMBK telah lama dipendamkan namun tidak mempunyai peluang almaklum masing2 punya banyak tanggungjawab kepada kerjaya dan keluarga .Pada usia kita kini kekayaan bukan lagi jadi keutamaan tapi apa yang kita cari ialah kebahgiaan.Kebahgiaan di dunia dan persiapan menuju ke alam lain yang semua kita pasti akan menghadapinya .Jangan salah faham harta perlu kita cari selagi kita masih memerlukan.Saya tidak akan sanggup melihat ada antara kawan2 kita yang hidup meminta2.Dalam melalui perjalanan dan liku2 hidup dan peluang melawat banyak negara orang atas tugas ,saya rasa insaf bahawa negara kita masih yang terbaik menjaga kebajikan rakyatnya.Kalau kita hidup di India ,Bosnia,lndonesia,Somalia n Thailand misalnya saya pasti ramai antara kita tak akan berjaya menjadi doktor,professor,researcher dll kalau kita bukan orang berada.Tiada siapa yang akan hulurkan bantuan n tidak juga kerajaan.Bersyukurlah kita ada penghidupan yang sederhana walaupun ada antara kita yang boleh dianggap kaya...
.
     Kenduri perkahwinan anak bujang Azimah Othman di Rinching tahun lalu telah merintis ke arah perancangan mengadakan reunion SMBK.Pada kenduri tersebut kita sempat bertemu beberapa orang kawan  lama antaranya Md Sah,Sarep n Rubiah .Saya difahamkam Alias n Ct Shara datang kemudian mungkin ada lagi kawan lain.Sempat kita berbincang dan Sareplah yang telah bagitu beria-ia mahu mengadakannya.Biasalah Sarep is always positive in his approach n kadang2 confident badak juga...Tapi apa pun beliaulah yang banyak menggerakkannya dan kemudian menubuhkan AJK.Saya yang minta dia menyediakan program dan sebagainya n dalam blog ini pun dia ado maklum yang sei mengarahkan dio.Sebenarnya  saya yakin dia punya kebolehan memimpin dan komitment yang tinggi..Dia bercito-cito nak jadi Yang Berhormat sejak dulu lagi...mari kita doakan agar kawan kita berjaya.Esok bolehlah share sikit2 .Sebenarnya tak boleh gitu,itulah punca pemimpin rasuah jatuh oleh kawan2 rapat.
.
       Sebenarnya saya masih lagi berhubung dengan ramai kawan sekelas dulu antaranya yang tak terputus dengan Sarep,Md Sah Nordin,Alias,Ct Shara,Ct Normah,Rubiah,Zamrus,Razali,Ct Hawa,Normah dan Zainab .Zamrus saya kerap juga main golf bersama n sekarang dah dapat kaki baru Dr.Murad n Roslan Ghani.Nanti .Kalau saya jemput joinlah sebab kalau saya main insyallah green fees free..Tuan Hj Zin masa saya borak itu hari kata beliau masih lagi aktif main golf bersama isteri.Kalau main seminggu 5 kali itu kira tersangatlah aktif tu..masih kuek masih sehat dan masih bersemangat Syabas cikgu... Razali Khamis ini kemana saya pergi senang jumpa.Jumpa di Sarawak,JB n Kelantan.Maklumlah dulu polis ado kek mano2 yo.Sekarang dah tukar kerja sebagai Head of Security Department dengan anak syarikat Petronas katanya..Wow pasti lebat tu..dah drive mercedes...Pada perjumpaan tu saya  rasanya tak pernah berjumpa beberapa orang sahaja sejak lepas sekolah antaranya Tahir,Badariah,Latifah ,Zailah n Hasidin.. Zamrus n Dr.Ahmad Zuhaidi sei bertemu di  Mina semasa menunaikan fardhu haji  pada tahun 2007.Saya sempat bercakap dengan Norizan Md Nor(Jemapoh) , Ab.Rahman Bador(Bayai) n Nordin (Tengkek) beberapa hari sebelum datang ke Ilham mengajak mereka join. Bagaimanapun mereka telah ada komitmen lain.Saya juga sempat carikan no Rubiah Ahmad  rakan duet Rashid katanya dah dapat bercakap melalui telefon.Saya jumpa Rubiah pd Hari Raya beberapa tahun lalu di Pelangai.Insyallah semuanya akan dapat bersama di perjumpaan kita akan datang.
.
        Lopeh Form six di TMS saya tak layak ke u ,nasib tak sama seperti Sarep n Allahyarham Rusminah yang terus ke UM.Saya sebenarnya demam panas yang teruk sebulan sebelum final exam HSC..Sei menangis sebab saya tak ingat satu apa pun sehingga nota yang saya sediakan sendiri seolah2 baru pertama  kali dibaca.Itulah dugaan wpun saya antara top  student masa trial.Saya maklumkan kepada arwah emak yang saya mungkin tidak berjaya..cuma katanya cubalah..sampai berjaya...Saya dapat juga masuk maktab MPIK dan  keluar mengajar di STJ Gentam pada tahun 1980.Saya mengajar Sejarah n PJ dengan gaji RM 405 sebulan...bayangkanlah..Masa tu pay slip kena ditandatangani di pejabat pengetua..rasa malu n sedih pun ada kerana kebanyakan gaji guru senior pada masa tu RM 2 - 3k..Di sekolah saya dilantik sebagai Sport Sec,Setiausaha Pertandingan Bola sepak n Hoki Daerah n yang lebih mencabar sebagai Setiausaha olahraga MSSNS semasa K.Pilah jadi tuan rumah.Semuanya saya ambil cabaran yang mendatang...Dalam diam  saya tanam cita untuk ke U gaji seciput mana mungkin nak tanggung anak orang..Lagipun rasa sangat tercabar kerana tanggungan kerja yang banyak rasa tak berbaloi.Masa jadi guru saya ada beberapa kali berhubung dengan Tn Hj Md Zin..Saya masuk UM tahun 1982 n keluar pd tahun 1985 mengajar sekejap di Sri Putri Kolam Air..kemudian dapat tawaran berkhidmat dengan MSN hingga sekarang.Isteri saya Hjh Yusmah dulu masa kawan2 dia tanya saya kerja sebagai apa di akan jawab 'abang jalil tukang lap poluh Misbun'.Kesian Sei tapi agak e itulah tanda sayang....fahamkan...

         Saya merasa sangat puas sebaik sahaja tamat Malam Gala SMBK tempoh hari walaupun berakhir hingga sampai 1.45 pagi.Selaku MC saya memberi  sanjungan kepada tetamu-tetamu kehormat di kalangan bekas guru-guru kita.Terima kasih cikgu kerana menerima undangan kami .Saya tabik kepada semua terutamanya bekas Pengetua dan Ustaz Jajuli yang menunggu sehingga majlis  berakhir..Saya sempat berbisik dengan Tn.Hj Md Zin kalau2 beliau nak balik awal tp biasalah semangatnya sentiasa membara tetap bersama sehingga ke akhir.Saya juga nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kawan2 yang dapat meluangkan masa dan n belanja untuk bersama kita di perjumpaan tempohari.Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas n job well done kepada semua Ahli Jawatankuasa terutamanya  Pengerusi Sarep n Pn Rosenani sekeluarga ,Timb.Pengerusi Tok Lembago,Setiausaha CT Shara  n anakanda Yusri ,Ismail Mat Isa,Dr.Rashidi,Rashid,Mariani,Ct Normah n Zainab ldris.Hiburan pada malam itu cukup baik diselenggarakan oleh sdr Rashid n Dr Rashidi..Anda berdua memang berbakat tak heranlah dah diturunkan kepada anak2.Syabas Shidi anak u menjadi ahli  Philharmonic Ochestra ,bukan senang untuk terpilih.
.
          Selaku MC malam tu saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata2 atau perlakuan saya yang kurang menyenangkan.Kalau sekiranya ada percayalah itu memang tidak disengajakan ,gurauan semata-mata untuk menghidupkan suasana .Pada ,malam tersebut banyak lagi aktiviti yang sudah saya aturkan tp masa tersangatlah suntuk kerana kita bermula agak lewat.Ramai kawan2 yang tak sempat untuk menyumbangkan lagu pilihan masing2.Setakat saya dengan Iskandar pasti sumbang habis semuo orang boleh ghobah kata Sarep.Saya berharap perjumpaan seumpama ini patut di teruskan pada masa akan datang.Saya percaya ramai kawan2 lain mempunyai pandangan yang sama..ha haa sei nampak ramai yang angkek tangan tu.Tak kiralah siapa yang akan jadi pengerusi,Timbalan,naib dan Setiausaha marilah kita sama-sama melaksanakannya.Bak kata pepatah yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul.Saya secara peribadi insyallah akan memberikan kerjasama setakat yang yang termampu nanti.Sekian coretan saya kali ini.
.
Hj.Ab.Jalil Hj.Abdullah

Ally Noor & Mastura - Pantun Serobo Tak Kono

MENYELUSURI GALA NITE

Kita berjabat tangan pada pertemuan ini, kita biarkan pelukan silaturrahim sebagai tanggam kukuh antara kita dan kita mengusap air mata,terlalu terharu seakan tidak mungkin bertemu lagi. Kita bercerita tentang memori di masa lalu. Bersenang-senanglah kerana hari ini adalah hari melerai rindu dan akan  menjadi sebuah  kisah klasik untuk  dijadikan sejarah di masa depan seperti masa lalu.

Kita memilih ILHAM kerana ia mampu memberi seribu ilham kepada kita untuk bersama semula. Walaupun kita diletak di daerah bersingan dan dipisah dari wilayah jauh berbeza  namun kita serupa kerana dalam zon kronologi yang sama. Percayalah, tiada apa yang boleh membezakan kita, tiada apa yang boleh mengasingkan kita, dan tiada apa yang boleh memisahkan kita,

Malam itu kita bersenandung dan berhibur dan bercerita, berseloka pantun yang menggamatkan suasana. Setiap kita melahirkan kata-kata nostalgik dalam suasana ceria. Kita cerita tentang erti persahabatan, erti kehidupan dan nilai masa lalu dan masa depan yang kian pendek buat kita. Tidak sedar terlalu lewat kita tamatkan, sebab kita ingin lontarkan pelbagai pengalaman, tapi hampir tiada kesempatan.

Esoknya kita sambung perkongsian pengalaman sambil mencurahkan seloka jenaka yang menceriakan suasana.Kita juga menyorot kisah silam yang kita selusuri setiap liku penuh dengan suka duka dan di kiri kanan pula penuh dengan rajau-rajau yang perlu kita larikan diri daripadanya. Dekahan hilai ketawa terjelma meragut kesunyian apabila seloka jenaka melalui kisah-kisah lalu yang diutarakan kembali. Namun kita juga terhenti seketika, merenung jauh kerana kita akur dengan takdir yang menimpa sahabat kita, terutamanya yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Pada saat-saat perpisahan, seumpama lautan tanpa dihiasi kepulauan lalu,tidak mampu olehku untuk menggenggam bayangan kamu. Terasa amat pilu di hati apabila waktu menyentap rindu kerana kehilangan kamu. Seluas hamparan gurun mataku cuba mencakup kenangan bersama kamu dan aku hanya dapat melihat,hati kamu seakan-akan milik kita bersama. Dapat ku rasakan bahawa pertemuan itu hanyalah pinjaman sementara waktu, lalu dalam waktu yang singkat aku perlu memulangkan.

Bintang di langit hanya mampu bekerlip sebagaimana  bunga yang mekar di waktu pagi, berkembang segar di astaka sanubari dan mataku melihatnya dari jauh kerana itu sahaja yang mampu dilakukan. Tidak dapat ku leraikan kesedihan yang bertakhta dikalbu, satu demi satu air mata ini mengalir seumpama diserang hiba yang tidak menentu. Satu demi satu pula kenangan diimbas tanpa diundang yang terkumpul di fikiran, lalu kian laju titiknya mengalir membasahi pipiku. Sebak berkecamuk di dada seperti cerucuk yang menujah bumi.

My grateful thanks go to all of you due to a big contribution and hard working during the Gala Nite. It would be nothing without the enthusiasm and support from all of you, dear. Though we have been apart, I always believed that life would bring us back together. That hope was a comfort and gave me the patience to wait for the future. As time passed, it is pretty clear that you have drifted further and further away from me. My hope that destiny would bring us back together meant that I never really had to say goodbye.

Toklombago.