GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, August 10, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SMBK

WARGA SMBK YANG AKAN HADIR KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA.

TARIKH MAJLIS:    10 SEPTEMBER 2011

HARI:    SABTU

MASA:    5.00 PETANG HINGGA 12 MALAM

TEMPAT:     No. 2, Bt 27 3/4, Kg Pelangai
                     72000 KUALA PILAH.


AYAM KATIK AYAM SERAMA,
MENCARI MAKAN DI TEPI PAYA,
BERPAKAIAN CANTIK KITA SEMUA,
DI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA.

1.   Mohd Sharif Ahmad
2.   Rosenani Abd Rahman,
3.   Ifza Nor
4.   Mohd Faliq
5.   Mohd Afiq
6.   Mohd Abdul Qawiyy
7.   Nurasfarina
8.   Ali Ahmad
9.   Mohd Ashraf
10. Mas Athirah
11. Mohd Aqilah
12. Intan Nadhirah
13. Mohd Azimuddin
14. Iskandar Shah Hj Suak
15. Isteri Iskandar
16. Siti Shara Abd Kader
17. Hj Yusoff
18. Ismail Md Isa
19. Isteri Ismail
20. Mohd Rashid Yahya
21. Isteri Rashid
22. Rashidi Hassan
      - anak Rashidi
      - anak Rashidi
23. Isteri Rashidi
24. Azimah Othman
25. Suami Azimah
26. Rubiah Yussof
27. Suami Rubiah
28. Datin Normah Ali
29. Suami Datin
30. Mariani Duaji
31. Suami Mariani
32. Latifah Abd Rahman
33. Suami Latifah
34. Razali Khamis
35. Isteri Razali
36. Mohd tahir Kassim
37. Isteri Tahir
38. Cikgu Jamilah Ismail
39. Cikgu Baharom
40. Isteri Cikgu Baharom
41. Abdul Wahab Md Nor
42. Isteri Abd Wahab
43. Zaharin Kamaruddin
44. Isteri Zaharin
45. Hj Salim Sharif
46. Isteri Hj Salim
47. Nordin Baharuddin
48. Isteri Nordin
49. Siti Aminah Sani
50. Sdr Siti Aminah
51. Siti Hawa Arshad
52. Suami Siti Hawa
53. Anak Tahir
54. Roslan Ghani
55. Isteri Roslan
56. Anak Roslan
57. Anak Roslan
58. Anak Roslan
59. Anak Roslan
60. Zainab Idris
61. Razali
62. Rokiah Md Atid
63. Siti Normah Nasaruddin
64. Abd Rahim Ismail
65. Zamrus Abd Rahman
66. Ruby Ahmad
67. Abd Rahman Bador
68. Isteri Rahman
69. Anak Rahman
70. Anak Rahman
71. Mohd Kamaruddin
72. Isteri Kamaruddin
73. Hasidin Kassim
74. Sharifah Abdullah
75. Anak Sharifah
76. Ahmad Firdaus
77. Isteri Ahmad
78. Anak Ahmad
79. Anak Ahmad
80. Anak Ahmad
81. Ustaz Nizar Mohd Yassin

SILA MASUKAN NAMA SERTA NAMA KELUARGA YANG AKAN HADIR. BAGI YANG TIDAK BEGITU TAU UNTUK MEMASUKAN NAMA, SILA SMS SAYA ATAU SETIAUSAHA SUPAYA JUMLAH SEBENAR DAPAT KITA KETAHUI, DEMI UNTUK MELICINKAN PROGRAM KITA KELAK.

ATURCARA AKAN SAYA MUATKAN SEDIKIT HARI LAGI, WALAUBAGAIMANAPUN ANTARA YANG TELAH DIPERSETUJUI IALAH KENDURI TAHLIL, UCAPAN, CABUTAN BERTUAH, MERAIKAN ANAK YATIM DAN KAROEKE.


Salam sejahtera rakan-rakan semua,

Saya mendoakan agar semua kita diberikan kekuatan, keazaman dan kesihatan oleh Allah swt untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Dalam usia emas ini saya yakin kita semua sebenarnya tertunggu-tunggu akan kedatangan bulan yang mulia ini dimana segala amal ibadat kita akan digandakan oleh Allah swt, Insyaallah.

Saya juga yakin semua kita begitu sibuk dengan pelbagai urusan di bulan ini dan kekurangan masa untuk aktiviti di blog yang kita sayangi ini. Sebenarnya saya rindukan semua rakan-rakan. Saya rindukan nukilan rakan-rakan. Saya yakin semua kita mempunyai kisah suka duka menyambut bulan Ramadan dan kedatangan bulan Syawal.

Teringat kembali kisah silam, zaman remaja menyambut puasa, dugaan begitu banyak. Antaranya rakan-rakan yang menghasut kita supaya tidak berpuasa. Selalunya saya tidak tergoda dengan godaan air sirap sarbat, cendol, tapai pulut ataupun buah tembikai. Saya selalunya tewas dengan godaan rokok. Pernah suatu hari kawan2 yang nakal menggoda saya.."hah rokok kau dah den pasangkan aa..hisaplah..." Bila itu terjadi sepantas kilat saya akan menyambar rokok tersebut, maka dalam sesaat puasa saya pun terbatal. Lemahnya iman ketika itu....

Ramai kini tentunya sedang membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran yang dijangka pada 31 Ogos kelak. Baju sendiri kena beli, baju ibu dan ayah kena beli, baju isteri kena beli, baju anak-anak kena beli, baju anak cucu kena beli jugak. Kuih kena beli atau kena buat sendiri. Mariani tentu banyak kisah tentang ini. Surau atau masjid juga harus dikunjungi.

Tidak pasti samada budaya menukar langsir atau katil baru, cadar baru, cat rumah baru, kereta baru, pasu bunga baru  dan sebagainya masih terpakai atau wujud sehingga hari ini. Saya tidak tau. Namun dari pemerhatian saya budaya membeli belah masih tebal dikalangan kita. Tempahlah baju baru dua bulan lebih awal, namun bila saat akhir pusat membeli belah tetap penuh dengan ribuan pengunjung.

Setiap tahun saya menyaksikan pusat membeli belah penuh sesak dengan manusia samada di Kuala Lumpur, Langkawi, Melaka, Seremban, JB maupun Singapore. Bulan Ramadan sesungguhnya bulan Rahmat. Sebelum terlupa tahniah kepada semua kakitangan kerajaan yang menerima bonus setengah bulan gaji. Bonus itu untuk dibelanjakan, bukannya untuk disimpan, jadi belanjakanlah. Kuasa membeli kaki tangan kerajaan pada bulan ini nampaknya meningkat.

Pesara juga nampaknya menumpang sekaki dengan jumlah seramai 590,000 orang dan setiap orang menerima RM500.00 maka kuasa membeli meningkat lagi sebanyak RM300 juta. Yang tak ada bonus, yang kais pagi makan pagi, yang bisnes tak menjadi macam saya, sedarlah diri!!!!!!!!!!!!! namun saya telah lama sedar bahawa zaman merintih telah berlalu. Saya menerima seadanya nasib saya. Saya juga seperti orang lain akan turut beraya....

Tajuk posting ini ialah untuk mendapatkan senarai nama yang akan hadir majlis kita kelak. Sebelum saya terlanjur dengan kisah2 lain lebih baik saya berhenti, jika tidak posting ini seperti biasa akan panjang menjela. 

Masukan nama kalian di atas supaya Ybhg Dato' Jalil dapat membuat persiapan yang rapi. Maklumlah jika terlewat merancang akan pincang jadinya majlis kita kelak. Musim perayaan ini penyedia makanan laku macam goreng pisang panas. Mereka jual mahal. Tersilap percaturan nasi kena masak sendiri sok. Terlewat kita akan melepas.

Selaku Pengerusi penganjur, saya berharap kita sama-sama menyampaikan kepada rakan-rakan kita yang tidak sempat menatapi blog ini. Dijangka ramai yang teruja untuk bertemu sahabat lama. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ybhg Dato' Jalil dan Datin kerana sudi menjadi host. banyak masalah akan selesai kelak. 

Oleh kerana majlis ini kita punya maka kita perlu menyumbang untuk menjayakannya. Hulurkan sumbangan kalian kepada Tuan Bendahari kita iaitu Sdr Ismail Md Isa atau boleh juga kepada saya atau Setiausaha, Puan Siti Shara Abd Kadir.

Jemputan khas ditujukan kepada NSR dan keluarga juga MM. Kalian telah menjadi sebahagian dari keluarga besar SMBK. Jadi datanglah.

Sekian, Selamat terus berpuasa dan semuga semua kita bertemu dengan malam Lailatul Kadar...

Jokiden,
Seremban, NSDK. 




27 comments:

  1. Sesiapa yang masih belum tidur dan menunggu waktu sahur bolehlah mula menulis dalam ruangan komen ini..hehe.

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. As-Salam,

    Ucapan selamat berpuasa kpd semua kwn2 dan warga smbk dr saya.

    Saya juga mengucapkan terima kasih kpd YBhg Dato' Jalil dan Datin Yusmah kerna sudi menjadi host dlm sambutan jamuan hariraya yg akan kita raikan bersama-sama nnt.

    Bagi memudahkan kwn2 dan warga smbk yg akan dtg ke majlis ini nnt, saya catitan nombor telefon utk dihubungi kami bagi memudahkan segala urusan yg berkaitan.

    No. Tel:

    Pengerusi (Sdr Mohd Sharif Ahmad) - 0122345889

    Bendahari (Sdr Ismail Md Isa) - 0196664790

    Setiausaha (Pn Siti Shara) - 0133563911


    Semuga kwn2 dan warga smbk dpt memberikan maklumat kehadiran dan jumlah kehadiran kpd kami sebeberapa segera supaya kami dpt membuat urusan yg selanjutnya.

    Segala kerjasama yg di berikan kami ucapan ribuan terima kasih.


    SSAK.

    ReplyDelete
  3. Salam dan selamat menunaikan ibadah puasa kepa kawan2.Saya sekeluarga sangat mengalu-alukan agar kawan-kawan semua dapat melapangkan masa untuk bersama di Majlis Sambutan Hari Raya itu nanti.Insyaallah sama-samalah kita menjayakannya bagaimanapun saya juga merayu agar kawan-kawan dapat mengesahkan kehadiran anggota keluarga bagi memudahkan kami membuat perancangan. Kalau ada apa-apa pertanyaan bolehlah hubungi AJK atau terus sampaikan kepada saya.Jangan lupo Pengerusi untuk menjemput cikgu2 kito yang masih ado.AJA

    ReplyDelete
  4. Duo cikgu kito kompem hadir. Mereka sangat teruja dan menelipon ese, bobughak lamo plak tu.

    Cikgu Jamilah akan hadir, dio nak nengok sapo yg masih ghambut itam, kih..kih..ese boghi tau yg LAR nak bona jumpo dio, laie mengekek dio nak hadir. Blog kito pun dio dah baco.

    Cikgu Baharom pun tipon ese dan kompem hadir sok. Pengetuo plak ado majlis lain yg soghontak ngan majlis kito.. mungkin dio hadir bolah potang yo..

    Cikgu Nizar dan Cikgu Zainal bolun jawab. Cikgu Jajuli tu bia Enab yang uruskan.

    Jokiden

    ReplyDelete
  5. Aghi ni ese dapek bocakap ngan kawan-kawan kito..sobolun tu Hj Salim tipon ese ngatoan dio ngan isteri akan hadir majlis jamuan ghayo SMBK.

    Aghap ghamai laie yg moghi maklum baleh aaa.. maso dah suntuk, meeting AJK akan diadokan pado 4 Sept untuk finalkan program..

    Jokiden

    ReplyDelete
  6. As Salam,

    Kpd kwn2 yg akan hadir ke Majlis Perjumpaan Hariraya pd 10 Sept 2011, sila hantarkan sumbangan masing2 kepada Bendahari Sdr Ismail bin Md Isa melalui akaun di bawah ini:

    MAYBANK - A/C NO. 005028209370


    Sekian, untuk makluman semua.

    Terima kasih.



    SSAK

    ReplyDelete
  7. Cuba terangkan sikit...I mean berkaitan Jamuan Hari Raya kita ni...acara dri 5 ptg ke 12 mlm, kalau ramai yg dtg dri ptg ..nak tunngu acara selanjutnya smpai ke 12 mlm..I think it will be very inconvenient..esp. for ladies..without changing our dresses n mandi n all, n then ada tahlil...If we were to bring all d attire , it will be too troublesome 4 us..InsyaAllah I'll attend d function ..but then cuba terangkan ckit...d mana we ladies nak mandi o tukar2..ehem2 faham2 yolah. TQ

    ReplyDelete
  8. LAR, ada bilik khas untuk pompuan dan ado bilik khas untuk lolaki... hehehe. Program sobona ea solopeh meeting AJK pado 4 Sept. Bulih boghi cadangan. Insyaallah sumo masalah akan disolosaikan.. Jgn ghisau, sumo ea soleso sok...

    Jokiden.

    ReplyDelete
  9. Ha haa LAR ..Sei mmg akan sediakan bilik2 yang sesuai untuk org pompuan bermakeup nanti..biar nampak macam mak dara kih kih..biar macam topong gomak pun tak apo janji menawan after all semua dah laku ha haaa.AJA

    ReplyDelete
  10. Weii..se tak nak ghupo Mak Dagho doh..kan dio nampak tuo tu..mak dagho toke jamu tu lah..se nak ghupo Fasha Tasandak..kan Dato' ghoma ghupo camtu..ko Sharep yg ghoma..Anyway tq 4 ur explanation...

    ReplyDelete
  11. Datang pukul 5ptg., smentara tunggu waktu magrib tu ada apo programme.. nampak ee konolah bawa 2baju, maso ambik wudhu baju misti basah..kono ganti baju lain lak..ganti make up lain...primadona kito nk bosiap2 tu..kih kih kih..ese tk pakai make up...se pakai bodak nyonya yo.....kolo sampai lopeh magrib leh ko...tulah nk tau apo acara dari 5 - 7.30mlm tu...MD

    ReplyDelete
  12. Raso e tak ado apo bonar nak buek potang tu doh...cumo nengok2 orang2 tu bersiap2..kemah by then dah siap...mungkin tengok pekerja keterer susun2 barang.Datang lewat pun ok je cumo kok lauk dah di ghatah kek Sarep...dio makan lauk umbut yo,daging dio tak makan,tak risau doh...he heee

    ReplyDelete
  13. Ado ko gulai umbut, tingga an tuk Ese ckit, jgn boghi Sarep ghatah abih, weee sodap mek amek tu

    ReplyDelete
  14. NSR apo sonyap yo...kau kan dh jadi keluarga kami..kita dh sekeluarga...datanglah bawak anak isteri...jangan nak lari lak...dalam blog dh begitu mesra tapi jumpo tak ondak...tk leh camtu do.. Ruby pun... kami sangat tertunggu2 kedatangan kalian...datanglah tambah meriah majlis kita nanti..

    ReplyDelete
  15. Cikgu Jamilah kato dio nak nengok sapo yg dah macam atuk dan sapo yg dah macam uwan... kih..kih..kih.. sok tokojut dio nengok LAR dan Hawo masih mcm dulu yo..

    Ese bolun jumpo lain2 cikgu, kengkawan tlglah ajak mano yg ado kontek tu..

    Lauk daging ko, umbut ko jgn ghisau ese tak makan doh. MD, Iyeh, Nodin, Salim, Kamaruddin dll yg dokek tu tlg dtg jonguk kul 5 ptg tu. Alah dtg bobughak yo, kojo tak ado bona tu doh, hantarkan hemper. kul 6.30 balik. kul 7 dtg balik utk maghrib bojomaah dan tahlil arwah, kok boghajat lah. Yo ghumah dokek, lainlah mcm ese dan SSAK ni jauh kono lalu bukit putus.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  16. Kawan2 insyaallah sei akan carikan gulai umbut...istimewa pada kawan2 yang tak boleh makan daging serta ayam..tapi yang makan pun boleh makan juga umbut tu...he hee Lar tak ado masaalah cumo kok lambek dah habih.

    Kesempatan ini juga saya ingin menjemput secara rasmi semua kawan2 kita serta guru2 untuk datang ke rumah saya di Kampung Pelangai pada 10 September dan majlis bermula dengan sembahyang Maghrib.Datanglah seberapa ramai yang boleh biar meriah nanti.Cubolah pujuk Rahman Bador(Bayai) 012 9344220 JPM dan Norizan Md Nor(Jemapoh) 019 3091338 untuk hadir samo..Saya dimaklumkam Norizan baru kematian isterinya baru2 ni.

    ReplyDelete
  17. ese cubo beberapo kali kol rahman tapi dio tak angkek ea, boto ko numbor yg Dato bori tu?

    ReplyDelete
  18. Eh..eh..Rahman Bador yg sodagho ngan SSAK tu ko.yg setahun yo samo kito kek Tukikir maso remove class tu..eee lopeh ko Bayai ko pulak deh..buek apo kek situ tu..Enab pun sughuh lah pujuk Husin Malik..kan sepupu dio...wat bout Zainun, Sharifah, Halim , Firdaus n many more n Minah also.

    ReplyDelete
  19. Rahman Bador yg sodagho SSAK tu dah tak ado.. Ni Rahman Bador Bayai yg bibir ea senget sikit tu..., ghamai yg akan hadir LAR.. jgn ghisau.. ese ngan Enab dah tak soba ni aa..baju molayu dah digosok dek oghang ghumah aaa... samping bolun boli plak tu.. mahal bona RM9,000 solai huhuhu..hik3

    Jokiden

    ReplyDelete
  20. Ayo lah Datuk ni..sampin 9000 tu pongantin punyo tu..tak po boli ..mudah2an bilo pakai terasa mcm pengantin..se tak do boli baju ghayo dah 3 thn dah..pakai yo lah baju yg mano ado tu..mas jd cikgu dulu tak ingat pulak boli baju....Oh ya...kalau mcm yg jauh2 tu dtg diorang kena tido hotel ke...cthnya Noresah Adnan dri Klang..

    ReplyDelete
  21. Kalau yg nak tido hotel tu kono bagi tau ese awal sikit, bia ese uruskan, tak ado masalah tu doh, maklumlah kampung dah lamo tingga. Hotel Pilihan iolah di Bahau, Pilah, Sonawang atau Somban. Polangai tak ado hotel hik4..

    Jokiden

    ReplyDelete
  22. TAK JADI GHOBAH!!!!

    Pagi ni kul 8.30 Dato' Jalil tipon sei, "dah bangun ko?" dio tanyo. "Bangun? bolun tido laie baghu nak tido, aaa, kacau yo.." ese jawab

    Dio tanyo pasal jamuan kito dan meeting AJK 4 September ni. Beres. Habih bocakap ngan dio ese terus hantar SMS kek kengkawan wp Setiousoho dah hantar. Ese anta kek zenun, molah, hasidin, dr zaha, md sah, ahmad firdaus, dr zuhaidi, halim hamid, NSR, hussin malek dan halim gumpal, ese sughuh kompemkan copek.Kito tunggu respon mereka.

    Yang dah jawab Hasidin, dio kompem hadir tapi soghang yo, isteri ado kursus plak. Anak2 ea tak ondak ikut sobab omak ea tak ado...hik3 abih poluang ese nak ghobah!!!! LAR, nampak ea tak jadi ghobah!!!! K, nak tido ni....potang kang nak poie Kolumpo, nak boli sampin RM9,000.00 tu. huaaawaaaaaa!!!

    Jokiden

    ReplyDelete
  23. Jokiden tk yahlah boli sampin 9,000.00 tu doh...malam malam kurang nampak, kito2 ni dh warga emas...kalau maha pun tk botulih kek samping tu..(kecuali jokiden tk buang tando hargo..kih kih kih)..pakai yo sampin tahun maghin.. oghang tk tau lamo ko baghu ee doh...kolo dh hensem tu hensem yo deh..ke ke ke..
    Ese ado jumpo Zainun Mustafa kek Bhau sodang shopping sakan untuk rayo...ese sonyum kek dio...tapi sayangnye dio tk kona kek se..nantilah jumpo kek sinun sok (reunion) ese soghogah dio...camano plak..ese yo kona dio tak kona se...MD

    ReplyDelete
  24. Nasib MD mmg camtu sojak dulu. Dio sonyum kek oghang, tapi oghang tak sonyum balik kek dio hik..hik..hik.. sodih ese.. Takpo haghap zenub kali ni dtg, bia kito sakat dio abih2 sok.

    Sampin RM9,000 dah abih kek Kolumpo tu kakcik huhuwaaa!!!, molopeh ese, tingga yang RM13,000 dan RM19,000 yo laie..

    Molah "tap cet!!!" tak dapek dtg, dio dah booking Lagend Resort 10 n 11 Sept tu. Kateh dio patut ea jamuan 16 Sept sobab tu dio booking 10 Sept. "Salah kau" kateh dio. Boto yo kateh dio tu.. tak ado joki.

    Jokiden

    ReplyDelete
  25. Ayolah budak Molah ni...sughuh dio cancellkan legend resort 10hb tu..sughuh dio datang yo pelagai..kobakan kek dio tompek dio dh kono bookingkan dio misti datang...sumo oghag dh aghap..Zenun pun samo, kolo dio tk msu yo...joput de dopan ghumah hee ya de poi yo..soghang lai budak NSR tu..kolo dio balik bayai tunggu de kek tukikir elak de masuk ko kegheto bawak poi pelangai......ayolah budak budak ni...MD

    ReplyDelete
  26. Kak Cik ...bukan apo org tak nak sonyum kek U...sobab diorang takut..ni nak sonyum somulo. Dlm hati diorang mesti brkata2..'hah..ni Mak Datin mano pulak sonyum kek den ni..iyo ko tidak ..kang kok den sonyum somulo..kok tak layan e dek Mak Datin ni'\"..sobab Kak Cik ghupo Mak Datin....bakallll..businesswoman.

    ReplyDelete
  27. Ayo..camano nk cakap ni...sogham sojuk ghaso bodan ha..tk ponah kono puji camtu do ..sobona ee ese ni memang oghang kughang kona, maklum jam budak budak dulu se ni tklah sepopular mano..pemogang pangkat 3P (ponakut, pomalu., pondiam..)duk colah kotiak omak yo..dh totuo ni yo baghu roti bokawan..nk duk colah kotiak omak, omak dh tk do lai..anak pulak dh duk colah kotiak awak..kih kih kih..nk jadi mak datin tu ontahlah..wan datin adolah..cucu sdagho dh ghamai..koliling pinggang..MD

    ReplyDelete