Dato Seri Samy Vellu finally and officially resigned from his post as
the longest MIC President ever, after leading the party for almost 31
years. The Malaysian Insider has its story, here . Frankly, I will miss
him very much especially for all the funny quotes he made all these
years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional
Conference, "We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color...
sometimes a bit too much color". Therefore, as a token of appreciation,
I just wanna share some of the more famous quotes ever made by the one
and only, Samy Vellu.
1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"
2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la
besar"
3. Samy said in one of his "ceramah":
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one
pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And
Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"
4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll
saya punyer bapah punya kah!"
5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"
6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"
7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"
8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been
"saudara-saudari")
9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press
conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"
10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka
kain"
And of course the world's greatest joke of all times:
"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded,
"Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu
tade masalah. Kita hantar waktu malam"
Blog ini khusus untuk rakan-rakan yang pernah bersama suatu ketika dahulu yang kini telah membawa haluan masing-masing. Semuanya bebas untuk berkongsi apa jua kisah suka duka, pahit manis sepanjang menjalani kehidupan ini. Tulislah apa sahaja asalkan tidak menyinggung satu sama lain. Dan elakan daripada menulis tentang apa jua idealogi politik. Boleh hantar post ataupun komen. UNTUK MUDAH BAGI KOMEN PLS SIGN IN DULU GUNA EMAIL SMBK.
Tuesday, February 22, 2011
Sunday, February 20, 2011
KEMBALI KE SMBK 13 FEB 2011
Oleh Mohd Sharif Ahmad.
Salam kawan-kawan,
Salam kawan-kawan,
Lamo boto ese tak monulih dalam blog ni, lobih 14 aghi agak ea, sobab ea ese lobih ghoma membaco daghi monulih..maco sonang, nulih payah..maco tak yah pikir, nulih kono pikir banyak. Maco guno mato yo, sosokali yo guno tangan. Nulih kono banyak guno tangan dan mato juling mandang huruf yg kocik2 dalam komputer ni ko atas, ko bawah, kiri, kanan, nak tokan i totokan o, nak tokon m totokan n...ooo payah. Maco bulih sambil baghing, nulih tak dapek doh, kono duduk... maco tak banyak hisap rokok, nulih banyak boto nyodut.. Tapi lamo tak nulih kang kok blog ni basi plak aaa..jadi ese nulihlah..
Walaupun agak lama tidak menulis, namun seperti Cikgu Md Zain, saya membuka dan membaca blog SMBK ini setiap hari dan berkali-kali. Saya mengikuti setiap tulisan mahupun komen yang terdapat di dalamnya. Ada posting kawan-kawan yang saya komen, ada juga yang saya tidak mampu beri komen atas pelbagai sebab. Oleh itu jika tidak terdapat sebarang komen dari saya bukan bermakna saya tidak membacanya.
Potang tadi lopeh kondughi kek Bangi Poie laie kono teh kek Res Enab...Dio tak ado..kono baya!!!!
Membuka, membaca, menyemak dan mengemaskinikan blog ini seolah-olah sudah menjadi tugas harian saya sejak kebelakangan ini. Tidak kira apa yang tercatat di sini dan oleh sesiapa sahaja, saya selalunya teruja dan ada rasa kepuasan dalam hati ini. Yang menyenangkan saya ialah tulisan dan catatan oleh kawan-kawan pastinya menghiburkan hati saya. Jika kita dapat ketawa setiap hari, walaupun untuk seketika, penyakit murung akan hilang dari diri kita. Jika kita dapat ketawa walaupun sesaat dan bersendirian denyutan jantung kita akan bertambah sihat…Ketawalah dan jangka hayat kita akan lebih panjang.
Minggu lepas saya dengan Shidi, Mail, Rashid dalam satu kenderaan telah ke rumah lama Jalil di Kg Kuala Rembang Panas. Dulu masa sekolah saya pernah berkunjung ke rumah beliau. Turut menyertai kami ialah Shara, Rubiah, Alias dan ketika kami hendak meninggalkan majlis muncul pula Nordin dengan isterinya.
Sebelum ke rumah Jalil kerana memenuhi jemputan beliau yang meraikan perkahwinan anak kakaknya, kami singgah di rumah besar Shidi di kaki Gunung Angsi Ulu Bendul. Kami ghairah melawat ke sekitar rumah besar itu. Ada kolam ikan di sebelah belakang dan Prof Shidi kini menternak ikan keli. Terdapat rumah kayu di hujung kolam yang tidak berdinding dan beratap. Terdapat juga sebuah rumah yang elok pembuatannya di belakang rumah shidi dengan dua bilik dan saya memberitahunya jika rumah itu disediakan dengan kelengkapan dan keperluan asas maka boleh dijadikan rumah sewa untuk program homestay.
Di hadapan rumah Shidi terdapat sebuah lagi rumah kayu lama yang ada atap tapi tidak ada dinding. Kami juga melawat bilik musik anak Shidi selain daripada 7 buah bilik lagi. Yang kami larang diri kami ialah melawat bilik tidur dia saja. Dengan kawasan yang luas iaitu 3 ekar kediaman Shidi dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan. Nyaman kawasan kediaman beliau juga amat sesuai untuk dijadikan tempat menyambut hari keluarga.
Keghairahan kami seterusnya di meja makan. Isteri beliau telah menyediakan sarapan yang enak. Bayngkan pagi-pagi lagi kami telah dihidangkan dengan bubur kacang, roti kebab dan kuah daging cincang, tetel kata orang Melaka. Mail takut makan kerana ingin mengosongkan perutnya supaya boleh makan banyak di rumah Jalil. Rashid sebat semacam dan nyaris terminum air yang digunakan untuk mencuci tangan. “kalau yopun lapa janganlah sampai air basuh tangan nak dibuat kuah” Kata saya mengusik Rashid dan satu rumah bergema dengan hilai tawa kami. Suasana riang ria, happy, santai sentiasa menemani pertemuan kami.
“Oooooo terima kasih kerana sudi datang…” Jalil menyambut kedatangan kami penuh riang. Dia kelihatan segak dengan pakaian Kebangsaan siap dengan sanpin dan sedondon dengan isterinya Pn Yusmah. Kedua-dua insan ini sebenarnya amat peramah dan mudah mesra melayan kawan-kawan. Kami di bawa ke meja khas dan tidak perlu beratur untuk mengambil makanan kecuali Rashid yang tidak sabar terus meluru ke arah makanan.
Selamat Pongantin Baru Dan Lamo. Klik Photo Jalil Tu Kalau Nak Tau Ke Mano Poie ea
Jalil walaupun sibuk tetapi tetap meluangkan masa melayan kami. Terpancar keriangan di wajahnya atas kehadiran rakan-rakan. Mail kelihatan berselera sekali mengunyah makanan, begitu juga Shara, Rubiah dan suaminya. Ketika catatan ini dilakukan Mail dan isteri telah berada di Tanah Suci melakukan ibadah Umrah. Mari kita doakan semuga mereka selamat menunaikan Umrah dan selamat kembali.
Saya juga harus mencatatkan di sini atas permintaan rakan-rakan Rashid menyumbangkan dua buah lagu. Saya selamanya senang dengan nyanyian Rashid, suaranya merdu dan dia amat bersahaja. Antara lagu yang tidak boleh ditinggalkan ialah ‘Kenangan Ku’ khusus memenuhi permintaan saya.
Ketika Rashid menyanyi Nordin Baharuddin sampai dan dia sempat bertanya kepada saya apakah orang yang sedang menyanyi itu Rashid kawan sekolahnya. Saya mengiakan dan itulah pertemuan Nordin dengan Rashid setelah terpisah sejak 40 tahun lalu. Jejak kasih berlaku lagi…
Selalunya menghadiri mana-mana jemputan di kenduri kawin adalah sesingkat mungkin. Hal ini tidak berlaku jika kita di rumah rakan kita. Lebih satu jam kami berada di rumah Jalil bukan sahaja kerana seronok berbual tetapi juga kerana menemani Alias yang lewat tiba dengan isterinya. Saya lihat Alias amat berselera makan hingga 3 kali beliau menambah nasi sampai ditegur oleh isterinya. “Den tak boleh jumpo potai…”kata Alias meneruskan suapannya. “Sok gomok dan boponyakit..” Kato isterinya
Seperti dirancang dari rumah Jalil kami beredar ke SMBK. Saya menaiki kereta Nordin. Sebaik memasuki pintu pagar sekolah, kami dapati sebuah dewan yang sangat besar. Dulu di situ ialah rumah guru dan tempat bermain bolatampar serta takraw. Perubahan dari segi jumlah dan bentuk bangunan amat ketara sekali. Keseluruhan padang tempat kita berhimpun, menyanyi, berlari, bersukan, berlepak 40 tahun dulu kini sudah dipenuhi oleh bangunan asrama, dewan makan dan bilik rihat.
Kami merayap ke semua sudut dan kami dapati padang sekolah telah berpindah ke bahagian belakang yang mana dulu ialah kebun getah. Di situ juga terdapat lagi bangunan tiga tingkat. Terdapat juga sebuah surau yang cantik. Jika kita masih ingat tempat kita bergambar untuk majalah gigih dahulu kini telah dijadikan tempat perhimpunan.
Bilik Pengetua telah berpindah ke tepi sekali berhampiran dengan kantin. Bangunan kantin telah diperbesarkan dan bercantum dengan bilik seni perusahaan dulu. Kolam kecil di hadapan pejabat sekolah telah diperbesarkan. Saya sempat bergambar di kedua-dua tempat kono lompang oleh Pongotuo dulu, tapi gambar tu golap bona, tak sosuai nak di lotakan kek sini.
Berhampiran pagar sekolah di jalan masuk yang bersempadan dengan balai polis tu telah dijadikan parking kereta guru-guru. Dulu kereta guru dua tiga buah yo..kini sudah berpuluh2 buah. “Itu dulu 40 tahun dulu cikgu pakai moto..” kato Iyeh bila saya kagum dengan jumlah kereta guru-guru di SMBK. Ia tak ia jugak, Negara kita telah maju, kemampuan rakyat telah meningkat..kereta bukan lagi barang mewah, tetapi barang keperluan..
Yang mungkin tidak berubah pada penglihatan saya dan rakan-rakan ialah papan kenyataan yang terletak di tengah-tengah bangunan di bawah bilik guru tersebut. Masih yang itu, cerminya pula telah banyak yang pecah dan kelihatan sedikit usang. Menganjur di tepi pagar sebelah jalan raya menuju ke Pdg Lebar di sebelah kantin jika tidak silap saya ialah bangunan asrama puteri. Menyelusuri kawasan yang luas tersebut membuatkan saya dan Mail termengah-mengah, mencungap, somput sikit, tambahan cuaca agak panas. Warna bangunan pula sudah berubah dan kelihatan ceria dengan warna coklat dan kuning.
Tanpa kehadiran Alias mungkin juga kami menghadapi sedikit masalah dengan pengawal keselamatan yang terkejar-kejar dan asyik mengekori kami. Sejak saya meninggalkan SMBK pada tahun 1974 rasanya hari Ahad minggu lepaslah kali pertama saya menjejakan kaki di situ. Bunyinya pelik, tapi itulah kenyataannya kerana sepanjang bersekolah di Kuala Pilah tidak ada lagi keperluan untuk saya ke sana.
Di sebelah pejabat Pengetua saya sedikit termenung, teringatkan sesuatu, kerana atas ihsan Cikgu Md Zain ketika itu membenarkan seluruh sekolah menuntun perlawanan tinju antara Mohammad Ali dengan Jeo Frazier pada tahun 1973, di situ menerusi siaran langsung…
Sebelum saya berhenti menulis, saya teringatkan sesuatu tentang Rubiah Ahmad iaitu cara dia menggambarkan rakan kita Ismail Md Isa. Setelah 40 tahun gambaran dia tentang Mail topat!!!!!!!!!!
Dalam perjalanan pulang, Mail sempat menceritakan bagaimana orang kampung Tapak mengepung beliau dan Rashid kononnya nak kena 'tangkap basah' di rumah Halimah Ujang. Apo kojo poie ghumah oghang maso abah ea tak ado..Kaklong ingat ko kisah tu?kih..kih..kih.
Di La Rizz 20/2/11 Bersama CEO ABN
Dalam perjalanan pulang, Mail sempat menceritakan bagaimana orang kampung Tapak mengepung beliau dan Rashid kononnya nak kena 'tangkap basah' di rumah Halimah Ujang. Apo kojo poie ghumah oghang maso abah ea tak ado..Kaklong ingat ko kisah tu?kih..kih..kih.
Jumpa lagi..
Tuesday, February 15, 2011
Ruby, sambungan.
Tu lah se tersasul anta plak. Lom habih cerito laie.ok,maso tu dapek yo lah kwn2, walaupun den x pandai Everage yo (bec of dat I had a very low self-esteem).somehow CT Normah was my duet singer.Not to mention Rashid with whom I used to take a bus home together. Ramlah. Se punyo best friend.we used to frequent dat mamak' s rojak.ingat lagi se bogamba ngan dio Pakai micro mini. Maso tu kalau se Pakai org kato WOW!!. Tapi KL se Pakai skg ni org kato UWEK!!.
Sobonae bnyk yng se nak cakap tapi den dah lotih bona ha.sobolom den boghonti ado msg utk Sharip.kok dapek kito jumpo sok (insyaallah) ghobahhhh jgn tak ghobahhh!!!KL tak, siap kau, se suruh askar2 se ghobahkan kau.
Tq Jalil for having taken the trouble to search for my hp no. Salam utk Yusmah. Tu sedagho se tu. Don't play play e..Thanks to Rashid for taking his time to speak to me over the phone. Tq to all of you for being there and till we meet again. Luv from me.
Ps.sorry for the grammatical mistakes!
Ruby Ahmad
Ruby Ahmad
Askm semua, ini lah pertama Kali saya menyentuh komp. Dah nekad X kan beli dan belaja walaupun family menasihati to be comp literate.setelah Rashid menalipun (itupun 2minggu selepas reunion) saya pun beli sebuah comp untuk bersama kwn2 di blog SMBK.Ni ha terhegeh2 menaip.Taip b jadi v. Hati menggelintin nak menulis tapi x pandai bermadah.
Islander kato se ni buli dio. Bilo lak ni? Tokojot den. Eden ni nak moyang baik punyo org. Tak ponah den puko oghang do. Suko bobughak tu memang den ngaku. Tompi den pike balik...agak e den sosah dio ngan buku mungkin sobab nak ambik perhatian dio yang maso tu buleh dikatokan hensem yo walaupun mulut e moncong. Anyway thanks to Isk. You made my day, you know dat kind of feelings when your name has been mentioned by long lost friends. Dah tuo2 ni copek hibo.(oops bukan tuo do,org lamo...sorry Jalil).
Se kek SMBK setaun yo. form 5 Akak se bawak se balsa kek KL sobab se kuek molalak.s e mass tu tak pandai do, takdo apo yng nak dibanggoan do . Sampai lah sekarang ni ha tak bikini. Dok yo ghumah. Omsk ayah dah takdo. yatim piatu, sian den...tompi suami ado satu, anak tiro.
Sunday, February 13, 2011
KENANGAN LALU 5
Helimah, Akademia dan SMBK
Malam Gala yang lalu menemukan semula saya dengan seorang insan yang cukup bermakna dalam kehidupan saya. Helimah Ujang. Terpisah dengannya sejurus tamat persekolahan, dan hanya pada Malam Gala yang lalu kami bersua kembali. Syukur ke Hadhrat Allah, kerana memberi kesempatan untuk pertemuan ini.
Seingat saya, Helimah tidak pernah berada dalam satu kelas dengan saya sehinggalah kami berada di Form 4. Atau mungkin saya tak sedar kehadirannya. Namun, yang pasti, semasa Form 4, saya mula mengenali Helimah dengan perkenalan persahabatan yang bermakna.
Semasa berada di Form 4, saya bukanlah seorang yang berminat dengan pelajaran. ‘Honeymoon Year’ itu mungkin satu ungkapan untuk bergembira dan menikmati persekolahan semasa Form 4. Tidak ada exam yang besar. Saya aktif dalam hal di luar akademik. Pengakap, muzik dan Cinema Club menjadi platform expressi kegembiraan saya. Aktif juga dengan Drama bimbingan Cikgu Sudin Kamari.
Saya sebenarnya tidak pernah melihat diri saya ini ada kelebihan, lebih-lebih lagi dalam akademik. Akademik tidak seberapa. Sukan? Saya tergolong dalam golongan ‘kaki bangku’. Tidak sehebat Md Shah, Sharif, Iskandar dan Salim dalam bermain bola sepak. Tidak sehandal Alias bermain Volleyball. Saya berminat dengan Badminton tetapi di sekolah Badminton bukanlah satu sukan yang popular maka harapan untuk menyerlah itu tiada. Saya hanya mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam sukan Lompat Tinggi. Rival ketat saya, Iskandar. Pencapaian tertinggi saya ialah tempat ke 3 (gangsa) peringkat daerah.
Kerana terlalu aktif dengan aktiviti, akademik saya tertinggal. Mungkin ada kalangan sahabat yang boleh mengembalikan ingatan bagaimana Ayah saya menulis komen pada buku ‘Report Card’ berkenaan saya terlalu aktif dalam bidang ko-kurikulum. Mr. Ramu telah menutup komen dengan menampalkan kertas di atas komen itu.
Helimah seorang sahabat yang sangat baik. Tidak pernah menyakiti hati. Tidak pernah marah dan senyum selalu. Peramah, kemas, rendah diri, suka memberi penghargaan. Sifat ‘kakak’ nya ketara mungkin saya setahun lebih muda daripadanya.
Dalam hal pelajaran, dia sangat tekun. Bagaimana sekalipun bisingnya kelas, Helimah masih boleh duduk dan terus membaca. Apa sekalipun orang lain buat dalam kelas, dia masih boleh duduk dan membaca. Sharif pernah berkata ketika itu, “Helimah ni, kalau bom gugur dalam kelas ini pun, dia masih boleh terus membaca.” Walaupun banyak kali menjadi mangsa gurauan Isklandar, Nordin, Md Shah, Salim dan yang lain, dia hanya senyum dan sabar dengan segala gurauan dan usikan nakal sahabat-sahabat.
Dalam hal akademik, saya mengaku kalah dengan Helimah. Saya cukup cemburu ketika itu melihat tulisan berangkainya yang ditulis dengan pena berdakwat cair yang kemas, rapi dan tersusun. Prestasi akademiknya, mengalahkan kami semua, always and everytime.
Saya tahu, Helimah tidak pernah mahu dirinya dipuji dan dilihat sebagai terbaik sebab saya mengenalinya atas sifat kerendahan dirinya. Namun hari ini, saya harus berterus terang, ikhlas dari diri saya ini. Segala sifat Helimah inilah yang saya contohi untuk berjaya. Kerajinannya, ketekunannya, kekemasan bukunya dan yang paling penting persiapannya untuk menghadapi MCE saya tauladani. Saya cuba mengikut stylenya belajar. Jika Helimah ada nota ringkas setiap tajuk dalam silibus untuk semua subjek, itu pun saya ikut. Akhirnya, saya berjaya dengan keputusan Grade 2 dan Helimah lebih berjaya dengan Grade 1.
Selepas sekolah, saya diberi maklumat yang salah. Saya diberitahu Helimah bertugas sebagai Jururawat di Terengganu. Oleh itu tidak ada usaha yang saya buat untuk menemuinya. Rasanya tidak akan bertemu lagi untuk mengucapkan terima kasih. Cuma menjelang reunion lalu saya dapat tahu rupanya dia seorang guru di STAR Gemas. Bersyukur. Masih ada kesempatan untuk meluahkan penghargaan.
Masa telah menjarakkan saya dengan Helimah dan nasib telah mengubah keadaan. Kebanyakan kita berjaya. Kemasukan saya ke ITM meyakinkan saya kepada haluan hidup seni dan academia. Saya bernasib baik dapat masuk ITM kerana ia menawarkan segala kemudahan sehingga kejayaan hari ini. Namun, jauh disudut hati ini, saya tetap ingat bahawa kejayaan saya hari ini, bermula di sekolah dulu, dan ketika itu, Helimah, satu watak yang sangat bermakna, contoh dan tauladan akademia yang cukup mempengaruhi academia saya. Saya tidak pernah sempat untuk meluahkan penghargaan ini, dan saya bukannya jenis yang pandai berkata-kata untuk memuji, takut disalah anggap. Kalau saya berhadapan dengannya, penghargaan ini tidak akan dapat saya luahkan dengan perkataan. Hanya melalui tulisan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Helimah atas segala contoh dan tauladan membolehkan saya berjaya. Saya juga mahu anak-anak saya membaca penulisan ini agar dapat mereka mengenali mereka yang menyumbang kepada kejayaan ayahnya. Semoga Helimah dan keluarga berbahagia
….shidi.
Saturday, February 12, 2011
FACEBOOK SAYA KENA GODAM
Untuk makluman kawan-kawan facebook saya telah digodam.
Semua list friend saya telah didelete. Saya harap semua kawan-kawan dapat add semula saya. Terima Kasih
Ismail Mad Isa
KENANGAN MENGUSIK JIWA
BUAT KAWAN-KAWAN SAYA SERTAKAN SELOKA YANG DIBACAKAN PADA MALAM GALA DULU.
Batu Kikir jambatan bosi,
gulai udang sebelango,
bosa ea raso dalam hati,
dapek jumpo kengkawan lamo aiiiiiiii.
SMBK sekolah lamo kito,
dari tahun 69 sampai 74,
banyak cito suko duko,
sampai tuo ni masih tak lupo.
Baru-baru ni ese menjongah kek SMBK,
rupo ea SMBK dulu ngan sekarang jauh berbezo,
ese cari padang tompek kito main dulu dah tak ado,
library pulak ontah kek mano,
cumo yang masih ado kelas kito dulu,
masih kek situ.
Kito MCE pertamo tahun 74,
kito hebat 88.6% lulus banyak tahun cubo di pocah,
masih tak dapek.
Maso tu Halimah Ujang primadona first grader,
sembilan lagi member kito dapek gred 2,
ese pulak maso ambik keputusan pekso,
abah ese terduduk kek bilik pengetuo
sobab ea dio tak cayo,
anak ea dapek gred duo.
(MASO SEKOLAH)
Rashid hari-hari kojo ea kotuk mejo,
sobab dio bercito-cito nak jadi drummer,
satu hari bunyi tu tedonga kek tuan pengetua,
hondap punyo hondap pengetua dapek tangkap sorang,
pengetuo bagi penampar kek pangkkal telingo,
apo nak dikato... Rashid punyo kojo..... Iskandar yang kono.
bilo ese tanyo sodap tak penampar pengetuo,
dio cakap tak sakit doh.... goli-goli yo.
Member-member kito ado kek mano-mano,
kek kodah.. kek ipoh... kek kelumpo... kek JB ... kek melako,
yang kek Pilah... kek Joseh.. kek Somban pun ado,
tapi kadang-kadang susah nak nampak muko.
Badariah orang kampong ese Sg Jelutong,
setahun sekali maso rayo pun tak ponah nampak batang hidung,
cumo kirim salam kek abah ea ketua kampong.
Salim maso tu begayo ngan ramput afro,
seluar kombang bell bottom ke hulu ke hilir,
orangnya pemarah copek naik angin,
ponah nak bertumbuk ngan Mr Tham cikgu matematik.
Kawan-kawan kito sumo dah berjayo,
Rashidi dah jadi proffesor,
koba ea kek Uitm Melako.
Jalil pulak dah jadi Pengarah belio,
kek Bukit Jalil , Majlis Sukan Negaro,
Stadium Nasional tu macam dio punyo,
tapi dio tak apek halang Misbun beronti kojo.
(apo nak kato)
Aminah Sani sumpah ese tak ponak lupo,
sobab bilo dio pandang selatan nampak utaro,
dongan cito dio kojo setio usoho,
kek syarikat bosa ontah apo namo.
Mano duduk ea Majid kasbi, Zakaria Kalam, Norlia Karim, Fauziah Aziz,
Jugak Lian fatt, Batumalai, Chow Mew Khoon dll ?
Badarudin, Rosminah, Latifah Razak, dah jadi arwah,
samo-samo lah kito sedokahkan Alfatihah.
Sarip pun sekarang dah sonang lenang,
keto ea berbuah-buah ... duit ea tak dapek dibilang,
dio bukak restoran ke spitak Senawang,
kawan-kawan fikir bilo nak poi sobab dio charge mahal,
tolor setongah masah tujuh hinggit sebiji,
mengosal Rashidiii...
Iskandar pulak tak berubah dari mudo sampai tuo,
kojo ea tak do lain buek orang ketawo,
dah tuo pun dio masih banyak kudrat kuek dayo,
takat 10 biji kelapo dio buleh angkek bilo-bilo,
kalau nak tau kelapo apo? tanyo lah dio.
Pak Ongah bercinto maso form four,
Induk pulak maso tu tingkatan tigo,
hari-hari poi balik sekolah dalam bus Malay Transport duduk berduo,
Iyeh pun duo kali limo,
sobab cinto punyo pasal dio tak kiro adik member,
tapi eae tabik kek mereko berduo,
bercinto maso mudo koka sampai tuo....
bahagio...... bahagio.....
Ingat tak form teacher kito Mr Ramu Naidu?
dari mudo sampai ni dio macam tu,
Ustaz Nizar tak ponah nyombong,
walau dah pencen dio masih sambung,
sapo berhajat jumpo dio kek pejabat Agamo,
ambik borang.. confirm lulus punyo.
Cikgu Soyong koba ea dah aruah,
begitu juo cikgu Yusof dah di alam barzah,
ilmu yang dititip totap dikonang,
berkatnya menjadikan siapa kita sekarang,
untukmu cikgu-cikgu yang disayangi,
terimalah Al-Fatihah dari kami,
semoga rohmu senantiasa mewangi.
Malam ini lautmu Telok Kemang,
lautmu berombak tenang,
bayumu membisik sayang,
pantaimu berlagu rindu,
ILHAM menyatukan ukhwah,
bekas putra putri SMBK,
dari jauh terpanggil datang.
Betapa manisnya malam ini,
dalam pelukan mesra dan tautan budi,
lantaran lamanya kita terpisah,
oleh jarak ruang dan masa.
Saudara saudariku,
siapapun kita malam ini tiada beza,
dalam kesatuan kita tetap seperti dulu,
aku merindu gelak tawamu,
aku menyusuri resah gelisahmu,
nostalgia indah sentiasa terpahat,
yang tak mungkin kita ulangi.
( CANG CAPIT tulang daieng,
patah paku patah puding,
cari aku di sebalik dinding )
Nukilan Ismail Md Isa.
Batu Kikir jambatan bosi,
gulai udang sebelango,
bosa ea raso dalam hati,
dapek jumpo kengkawan lamo aiiiiiiii.
SMBK sekolah lamo kito,
dari tahun 69 sampai 74,
banyak cito suko duko,
sampai tuo ni masih tak lupo.
Baru-baru ni ese menjongah kek SMBK,
rupo ea SMBK dulu ngan sekarang jauh berbezo,
ese cari padang tompek kito main dulu dah tak ado,
library pulak ontah kek mano,
cumo yang masih ado kelas kito dulu,
masih kek situ.
Kito MCE pertamo tahun 74,
kito hebat 88.6% lulus banyak tahun cubo di pocah,
masih tak dapek.
Maso tu Halimah Ujang primadona first grader,
sembilan lagi member kito dapek gred 2,
ese pulak maso ambik keputusan pekso,
abah ese terduduk kek bilik pengetuo
sobab ea dio tak cayo,
anak ea dapek gred duo.
(MASO SEKOLAH)
Rashid hari-hari kojo ea kotuk mejo,
sobab dio bercito-cito nak jadi drummer,
satu hari bunyi tu tedonga kek tuan pengetua,
hondap punyo hondap pengetua dapek tangkap sorang,
pengetuo bagi penampar kek pangkkal telingo,
apo nak dikato... Rashid punyo kojo..... Iskandar yang kono.
bilo ese tanyo sodap tak penampar pengetuo,
dio cakap tak sakit doh.... goli-goli yo.
Member-member kito ado kek mano-mano,
kek kodah.. kek ipoh... kek kelumpo... kek JB ... kek melako,
yang kek Pilah... kek Joseh.. kek Somban pun ado,
tapi kadang-kadang susah nak nampak muko.
Badariah orang kampong ese Sg Jelutong,
setahun sekali maso rayo pun tak ponah nampak batang hidung,
cumo kirim salam kek abah ea ketua kampong.
Salim maso tu begayo ngan ramput afro,
seluar kombang bell bottom ke hulu ke hilir,
orangnya pemarah copek naik angin,
ponah nak bertumbuk ngan Mr Tham cikgu matematik.
Kawan-kawan kito sumo dah berjayo,
Rashidi dah jadi proffesor,
koba ea kek Uitm Melako.
Jalil pulak dah jadi Pengarah belio,
kek Bukit Jalil , Majlis Sukan Negaro,
Stadium Nasional tu macam dio punyo,
tapi dio tak apek halang Misbun beronti kojo.
(apo nak kato)
Aminah Sani sumpah ese tak ponak lupo,
sobab bilo dio pandang selatan nampak utaro,
dongan cito dio kojo setio usoho,
kek syarikat bosa ontah apo namo.
Mano duduk ea Majid kasbi, Zakaria Kalam, Norlia Karim, Fauziah Aziz,
Jugak Lian fatt, Batumalai, Chow Mew Khoon dll ?
Badarudin, Rosminah, Latifah Razak, dah jadi arwah,
samo-samo lah kito sedokahkan Alfatihah.
Sarip pun sekarang dah sonang lenang,
keto ea berbuah-buah ... duit ea tak dapek dibilang,
dio bukak restoran ke spitak Senawang,
kawan-kawan fikir bilo nak poi sobab dio charge mahal,
tolor setongah masah tujuh hinggit sebiji,
mengosal Rashidiii...
Iskandar pulak tak berubah dari mudo sampai tuo,
kojo ea tak do lain buek orang ketawo,
dah tuo pun dio masih banyak kudrat kuek dayo,
takat 10 biji kelapo dio buleh angkek bilo-bilo,
kalau nak tau kelapo apo? tanyo lah dio.
Pak Ongah bercinto maso form four,
Induk pulak maso tu tingkatan tigo,
hari-hari poi balik sekolah dalam bus Malay Transport duduk berduo,
Iyeh pun duo kali limo,
sobab cinto punyo pasal dio tak kiro adik member,
tapi eae tabik kek mereko berduo,
bercinto maso mudo koka sampai tuo....
bahagio...... bahagio.....
Ingat tak form teacher kito Mr Ramu Naidu?
dari mudo sampai ni dio macam tu,
Ustaz Nizar tak ponah nyombong,
walau dah pencen dio masih sambung,
sapo berhajat jumpo dio kek pejabat Agamo,
ambik borang.. confirm lulus punyo.
Cikgu Soyong koba ea dah aruah,
begitu juo cikgu Yusof dah di alam barzah,
ilmu yang dititip totap dikonang,
berkatnya menjadikan siapa kita sekarang,
untukmu cikgu-cikgu yang disayangi,
terimalah Al-Fatihah dari kami,
semoga rohmu senantiasa mewangi.
Malam ini lautmu Telok Kemang,
lautmu berombak tenang,
bayumu membisik sayang,
pantaimu berlagu rindu,
ILHAM menyatukan ukhwah,
bekas putra putri SMBK,
dari jauh terpanggil datang.
Betapa manisnya malam ini,
dalam pelukan mesra dan tautan budi,
lantaran lamanya kita terpisah,
oleh jarak ruang dan masa.
Saudara saudariku,
siapapun kita malam ini tiada beza,
dalam kesatuan kita tetap seperti dulu,
aku merindu gelak tawamu,
aku menyusuri resah gelisahmu,
nostalgia indah sentiasa terpahat,
yang tak mungkin kita ulangi.
( CANG CAPIT tulang daieng,
patah paku patah puding,
cari aku di sebalik dinding )
Nukilan Ismail Md Isa.
Thursday, February 10, 2011
KENANGAN LALU 4
ISMAIL, PENULISAN DAN SMBK
Pada Malam Gala yang lalu, majlis telah memberi penghormatan kepada Saudara Ismail Mat Isa untuk menyampaikan puisi. Seronok mendengar puisinya. Adakalanya Ismail berjaya membuat kami ketawa dan yang lebih hebatnya, dia juga membuat kami merasa terharu. Adakalanya tergenang airmata mengimbau kembali kenangan puitisnya. Ismail sememangnya handal bersastera dan banyak kenangan manis berkaitan penulisan antara saya dengan Ismail ketika di SMBK. Memilih Ismail untuk berpuisi malam itu adalah tepat, wajar, dan sebuah penghormatan.
Semasa bersekolah, minat kepada penulisan memang ada. Bakat? Entah. Minat tak semestinya berbakat. Di SMBK saya mula menulis. Penulisan kreatif. Cerpen.
‘Gigih’ begitulah nama majalah sekolah, menjadi wadah untuk mempersembahkan bakat. Selain gambar kenangan kelas, laporan persatuan, pergerakan, permainan dan sukan, ‘Gigih’ juga menyediakan ruang penulisan kreatif untuk pelajar yang berminat dalam bidang penulisan. Siti Normah, Siti Hawa, Rokiah, Zainun Mustaffa dan beberapa yang lain pernah menghiasi kulit ‘Gigih’ apabila berita pasukan bola jaring yang menjadi Johan Negeri terpapar dalam akhbar dijadikan sebagai kulit.
Semasa saya berada di Form 4, saya mencuba untuk menjadi penulis. Saya tulis sebuah cerpen melankolik mengisahkan tentang seorang abang yang kehilangan adik kesayangannya bertajuk ‘Jangan Kau Pergi’. Ceritanya pendek. Sedih? Sudah tentu! Masa remaja, suka bermain dengan emosi. Saya hantar ke Sidang Redaksi Majalah Gigih dengan harapan yang besar ia akan dipilih untuk diterbitkan.
Ismail Mat Isa menjelma dalam kehidupan saya semasa berada di Form 4. Dia tua hampir dua tahun dari saya, ‘remove’ dan ‘repeat’. Ismail, seorang pendiam tetapi seorang pemerhati. Pemerhatiannya cukup tajam. Seronok bersahabat dengannya kerana sifat mesra, rendah diri dan adakalanya suka berjenaka. Kerana umurnya lebih tua dari saya, adakalanya saya merasa dia seorang abang. Dia cukup berminat dengan sastera dan bidang penulisan dan kerana itu dia terpilih untuk menganggotai majlis Sidang Redaksi Majalah “Gigih’. Guru sastera kami, Cikgu Sulaiman Kassim sangat menyayangi Ismail dan kerana sastera mereka berdua menjadi akrab.
Cerpen yang saya hantar sampai ke tangan Ismail untuk dinilai. Dia termasuk dalam Jawatankuasa yang memilih artikel dan penulisan untuk diterbitkan dalam majalah ‘Gigih’. Suatu hari saya sempat berbual dengan Ismail dan terus menanyakan kedudukan cerpen saya sama ada diterima atau tidak untuk diterbitkan. Dengan mudah dia menjawab ‘Tidak’ sebab ‘taada kualiti’ jawabnya ringkas. ‘Jalan ceritanya tak lojik’ dan ‘terlalu banyak bermain perasaan’. ‘Bahasanya pun teruk’ katanya.
Alangkah kecewanya perasaan saya ketika itu. Sakitnya hati!!! Namun keputusan Ismail terpaksa saya terima walaupun ketika itu berasa tidak berpuas hati. Cerpen saya gagal mendapat tempat dalam ‘Gigih’. Kelemahan yang dinyatakannya pada mulanya susah saya akui namun apabila berpeluang membaca hasil penulisannya dan membandingkan dengan penulisan saya, nyata, bahasa saya lemah, jauh tertinggal. Bahasa sastera Ismail sangat menyerlah. Bahasa Melayu saya memang bermasalah, tidak sebaik sepatutnya, mungkin kerana saya dari aliran Inggeris. Kekecewaan saya diubati dengan komen Ismail untuk menulis.
Minat dalam bidang penulisan tidak terkubur dengan peristiwa itu. Saya terus menulis setelah meninggalkan SMBK. Di ITM saya pula menjadi Ketua Editor akhbar pelajar ‘Biro Pelajar’ sekitar 76 – 78. Akbar ini pernah kena ‘banned’ sebab terlalu agresif memperjuangkan suara pelajar. Pernah juga menulis skrip untuk RTM dan menulis skrip drama pentas. Skrip yang dihantar ke RTM tidak diterbitkan, tetapi ada ‘Drama Minggu Ini’ yang memaparkan cerita yang sama dengan skrip saya itu. 1985, saya memenangi hadiah Sutradara Terbaik Pesta Teater Negeri Sembilan yang mana skrip ‘Si Bongkok Tanjung Puteri’ saya ubahsuai dengan keadaan masa.
Tidak banyak karya penulisan saya hasilkan semasa bertugas sebagai guru. Namun sebagai pensyarah di Universiti, saya diberi segala kemudahan untuk menulis. 2001 adalah tahun kelahiran buku saya yang pertama. Selepas itu saya tidak berhenti menulis. Hari ini saya sedang menulis untuk menyiapkan buku saya yang ke 9, insyaAllah. Pada Malam Gala yang lalu, dengan simpanan naskhah terhad, saya sempat menghadiah 5 dari 8 buku saya kepada Cikgu Md Zain Rais. Dari lapan buah buku yang telah saya terbitkan, hanya dua buah untuk bacaan umum manakala yang lainnya buku akademik bidang senilukis atau Kesenian Islam.
Ismail Mat Isa, seorang sahabat dalam masa yang sama, seorang abang. Kritikan pedasnya menyedarkan kelemahan saya. Sangat susah sebenarnya untuk memiliki seorang sahabat yang mengkritik dan berterus terang dengan jujur. Beliau tidak teragak-agak untuk menyatakan kelemahan sahabat. Kalau ikutkan hati, ketika itu, memang segala kritikannya itu telah mengguris hati saya, dah berkelahi dah, namun, sifat abangnya itu telah dapat memulihkan semula hati yang terguris ini dan menjadikannya semangat untuk berubah. Abang Ismail Mat Isa, hari ini buku saya terdapat di semua perpustakaan di universiti-universiti dalam negara dan beberapa universiti dan luar negara dan menjadi rujukan untuk ribuan pelajar dalam bidang seni lukis.
Ismail Mat Isa….SMBK dan ‘Jangan Kau Pergi’. Penulisan saya bermula di sini. Terima kasih Ismail atas dorongan dan kritikan. Hari ini saya tidak boleh berhenti menulis, setiap hari mesti menulis. Kalau ada sahabat yang jemu membaca penulisan saya dalam blog ini, maaflah. Kalau idea dah datang, saya mesti menulis, tak boleh tangguh. Kalau ideanya tentang kenangan kita bersama, maka blog inilah platform menjadi mangsa ruangan penulisan saya.
Dalam usaha menyiapkan buku ke 9 ini, buku ke 10 dan 11 sebenarnya sudah bermula. Suasana di Ulu Bendul ini kondusif untuk menulis. Sunyi, dingin, angin, kejernihan air dan kehijauan alam. Saya akan terus menulis selagi Allah mengizinkan….. Ismail, terima kasih dan naskhah percuma akan saya hadiahkan sejurus menerimanya dari pihak penerbit. Shidi.
KINI KU MENJELMA LAGI.......
Assalamualaikum,
Sobolum apa2 saya minta maaf dulu, kerna lamo tak menulis baik di FB atau di Blog, baru2 ni Sdr Wahab dan Mariani bertanyo pd sei kenapa mendiamkan diri, tak dongar2 cito apo2 pun, sobonarnya saya kehilangan idea dan tumpuan, tetapi saya sentiasa mengikuti kwn2 baik di FB atau di Blog, saya hanya mampu membaca saja dan terhibur dgn cito2 kwn2, tkasih semua.
Oleh kerana MD dan Sdr Tok Perak dah bertanyo maka saya cuba mulokan disini....
Sobonar ee saya masih dibelenggu dgn reunion kita tempoh hari, yg rata2 telah berjaya dgn happy ending. Tapi saya berasa sedih dgn satu cerita ini baru2 saja berlaku mengenai satu reunion yg diadakan diantara bekas pelajar2 di salah sebuah sekolah popular (GAH)di Sban ini.
Ceritanya begini, mereka membuat persiapan utk ber-reunion 2-3bulan sebelum tempohnya, mereka telah mengadakan meeting atas meeting berturut2 sehingga sebulan sebelum tempoh semua bekas pelajar2 tersebut bersetuju untuk hadir hampir 40 orang semuanya, sungguh mengembirakan, malangnya pada saat 3-4hari sebelum tarikh hampir setengah dari ahlinya menarik diri.
Pengajur dan AJKnya telah menempah itu dan ini seperti yg telah kita lakukan, disaat akhir tanpa diduga perkara tersebut pun berlaku, dewan dah ditempah, makan dah ditempah segala2nya keperluan yg telah dipersetujui telah diatur dgn pihak tertentu, deposit pun dah dibagi. Pihak AJK telah mendahulukan deposit dan beberapa bayaran telah dibuat, kerana seronoknya utk berunion tak kira kerana sanggup berbuat demikian demi kwn2.
Akhirnya yg dtg tak sampai suku dr jumlah yg sepatutnya, Sudah tentu yg tarik diri takkan mengeluarkan apa2 saja perbelanjaan, kerana mereka tak dtg. Sungguh sedih kwn2 saya dpt dgr cerita ini, walau apa pun saya bersyukur keatas reunion yg kita buat tempoh hari berjaya, amat2 berjaya....debaran saya sudah hilangggggg...... timbul satu kegembiraan yg tak terhingga, tkasih kwn2 begitu juga tkasih kepada tetamu kehormat kita, kpd Pengetua, guru-guru yang hadir kemajlis kami tempoh hari.
Memang kita sebenar-benarnya kawan yg bergelar sahabat yg sanggup berkorban dan bekerjasama, kwn2 memang ikhlas dan berhati murni sehingga apa yg telah dicaturkan berjaya keakar umbi....Tkasih sekali lagi....
Pengajur dan AJKnya telah menempah itu dan ini seperti yg telah kita lakukan, disaat akhir tanpa diduga perkara tersebut pun berlaku, dewan dah ditempah, makan dah ditempah segala2nya keperluan yg telah dipersetujui telah diatur dgn pihak tertentu, deposit pun dah dibagi. Pihak AJK telah mendahulukan deposit dan beberapa bayaran telah dibuat, kerana seronoknya utk berunion tak kira kerana sanggup berbuat demikian demi kwn2.
Akhirnya yg dtg tak sampai suku dr jumlah yg sepatutnya, Sudah tentu yg tarik diri takkan mengeluarkan apa2 saja perbelanjaan, kerana mereka tak dtg. Sungguh sedih kwn2 saya dpt dgr cerita ini, walau apa pun saya bersyukur keatas reunion yg kita buat tempoh hari berjaya, amat2 berjaya....debaran saya sudah hilangggggg...... timbul satu kegembiraan yg tak terhingga, tkasih kwn2 begitu juga tkasih kepada tetamu kehormat kita, kpd Pengetua, guru-guru yang hadir kemajlis kami tempoh hari.
Memang kita sebenar-benarnya kawan yg bergelar sahabat yg sanggup berkorban dan bekerjasama, kwn2 memang ikhlas dan berhati murni sehingga apa yg telah dicaturkan berjaya keakar umbi....Tkasih sekali lagi....
Rupanya reunion SMBK69/74, ada yg memerhatikannya, saya ditanyai baru2 ini oleh salah seorang bekas pelajar smbk juga mengenai reunion kita itu, dia mengatakan syabas kpd saya, dan dia sungguh teruja kerana dia yg juga bekas pelajar smbk tak dpt merasai seperti itu, dan saya telah memberi alamat blog kita utk dia lihat dan baca sahaja......
Sekian dulu, dilain masa saya sambung lagi.....
Salam utk semua.................SSAK
KENANGAN MENGUSIK JIWA
Pada tahun itu, majlis sukan daerah Kuala Pilah di adakan di padang Sekolah Tunku Muhamad, Kuala Pilah. Saya adalah salah seorang wakil SMBK ke majlis sukan tersebut. Saya mengambil acara 100m lompat pagar, lompat jauh dan 100m/400m lari berganti2. Majlis sukan dulu2 memang sangat meriah dan penuh protokol.
Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan pada tahun tersebut dan masih terasa sedih dan ralatnya sampai ke hari ini ialah saya kehilangan beg yang berisi dengan spike adidas berwarna biru, skirt putih berpleat keliling pinggang yg di tempah khas dan topi kesayangan saya yg dipenuhi dengan lencana yg saya kumpulkan sejak saya di kelas peralihan lagi....
Bila saya sedar beg saya dah hilang, saya pun meghaung di bawah khemah peserta...saya tak peduli dah....puas kawan2 memujuk....tak lut....selemo pun dah keluar....tiba2 arwah cikgu Izhab datang memujuk saya...." normah....sebona eh oghang yg ambek beg kau ni, minat bona2 kek kau....jadi dio tak dapek tuan eh, dapek beg pun jadilah".....saya pun menangis lagi kuat sambil membebel2..." oghang pueh ngumpul an badge tu botahun2 dio sonang yo nak ngambek...hu hu hu...kaghang macam mano sayo nak laghi....spike pun dah takdo..hu hu hu....ckgu Izhab kata...nanti pakai spike sekolah.....saya jawab...mano saya buleh pakai spike sekolah tu....bosa.....Akhirnya saya pakai kasut sekolah utk acara lari berganti2....nasib baiklah acara saya yg lain dah selesai....
Bila habis acara, murid2 pun berkumpul menunggu bas utk balik....sekali lagi arwah cikgu Izhab dtg kepada saya dan memberikan saya bendera sekolah....." nah normah, pakai kain bendera ni balik sampai rumah sebab skirt kau dah hilang....esok bawak balik ke sekolah...dengan patuh saya pun mengambil bendera buat kain. Sampai di pokan juaseh, atok saya dah menunggu dengan basikalnya. Buntang mato atok saya melihat keadaan anak cucunya yang pastinya kelihatan pelek...memakai kain bendera...." apo pulak kono eh kau ni? soal atok.....bila saya jawab saja soalan atok, saya pun start meghaung semula sambil menceritakan keadaan yg sebenar......" eden tak koso nak boli an kasut kau lae doh kata atok saya"....raungan saya makin kuat di atas carrier basikal atok saya......
Berita kehilangan beg saya mungkin telah tersebar di kalangan guru sekolah......beberapa hari selepas kejadian itu ckgu rauf dtg berjumpa saya dan bertanya tentang spike saya yg hilang...saya pun berceritalah.....keesokan minggunya, ckgu rauf memanggil saya dan memberikan saya sebuah kotak...apabila saya buka, rupa2nya kotak itu mengandungi spike adidas biru yg baru sama seperti spike saya yg hilang itu.....terima kasih banyak2 ckgu.....saya pun gunakan spike itu di kejohanan olahraga peringkat negeri, mewakili daerah Kuala Pilah dlm acara 100m lompat pagar......
Alhamdulillah....saya dapat spike adidas yg baru......ckgu rauf memang seornag guru yang baik dan pemurah....dia selalu belikan saya kerepek pisang, kerepek ubi, nenas dalam tin, laici dalam tin yg saya makan bersama kawan2...yg menjadi ralat di hati saya sekarang ini ialah kehilangan topi kesayangan saya yg di penuhi dgn lencana itu......kalaulah topi itu masih ada ...pastinya saya simpan sampai ke hari ini tapi apakan daya.....rezeki utk memilikinya sampai ke hari ini tidak kesampaian.....
Di harap kawan2 tak jemu membaca cerita saya ini.....hanya luahan hati yg masih terasa.....
Sekian, terima kasih kerana membaca.
Kisah Benar
Siti Normah
Subscribe to:
Posts (Atom)

