GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, October 16, 2013

PANTUN LAMA YANG DILUPAKAN



Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas duduk raja melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Alangkah indah dan mendalam maksud pantun di atas. Janganlah memandang rendah pada adik beradik kita, suku sakat kita, saudara mara kita, ahli dalam masyarakat kita yang tidak berada, tidak berupaya, tidak berpangkat, tidak berharta, tidak berpelajaran. Masing-masing ada peranan dan tenaga mereka sentiasa diperlukan.

Ikan adalah makanan yang sedap dan berkhasiat. Walau apa jenis ikan sama ada citarasanya sedap atau kurang sedap nilai pemakanannya tetap sama. Asam pedas, masak kari, masak singgang, masak lomak cili api apalagi bila disalai dengan asap sabut kelapa pasti akan menimbulkan selera.

Sesekali ikan yang sedap itu menjadi busuk bila lambat dimasak atau penyimpanan yang kurang kemas. Kebiasaan kita akan buang saja ikan tersebut kerana rasanya  kurang enak dimakan atau kita akan mendapat keracunan makanan.

Nasihat orang tua kita janganlah buang ikan tersebut. Selain membazir ikan tersebut masih enak jika dibuat perencah daun kayu seperti pucuk ubi, pucuk paku, pucuk asin-asin, pucuk peper dan sebagainya.

Masa penulis masih kecil, penulis selalu dilagukan dengan pantun ini semasa nak tidur:
            Buai tinggi-tinggi
            Sampai cucur atap
            Belum tumbuh gigi
            Dah pandai baca kitab

            Buai laju-laju
            Sampai pohon sena
            Apa dalam baju
            Sekuntum bunga cina.

Juga penulis diajarkan menyanyikan lagu tradisional berbentuk jenaka ini:     
            Cang capit tulang daing
            Patah paku patah pudding
            Cari aku di sebalik dinding
            Tam tam buku
            Kerakap daun pudding
            Siapa menerkam tungku
Dia makan taik kucing.

Pantun lama juga perlu diberi nilai baru sesuai dengan keadaan semasa.
            Pisang emas dibawa belayar
            Masak sebiji di atas peti
            Hutang emas boleh di bayar
            Hutang budi di bawa mati.

Dalam masa bangsa Melayu meneroka peluang perniagaan di seluruh dunia mengapakah hanya membawa sebiji pisang emas? Bawalah sekapal pisang emas agar nilai komersialnya tinggi.  Juga dimaklumkan berniaga pisang emas tidak sesuai menggunakan kapal . Gunakan kargo udara agar cepat sampai ke destinasi.

            Buah cempedak diluar pagar
            Ambil galah tolong jolokan
            Saya budak baru belajar
            Kalau salah tolong tunjukkan

Jika hendak menanam cempedak mengapa diluar pagar? Tanamlah didalam pagar supaya keselamatan pokok dan buah terjamin. Buah cempedak pula tidak boleh dijolok kerana mutunya dan harganya akan turun jika diambil menggunakan galah dan buah jatuh terhempas.

            Kura-kura dalam perahu,
            Pura-pura tidak tahu.

Patut ditukar menjadi :
            Pura-pura dalam perahu
            Kura-kura tidak tahu

Hargailah pantun lama kita agar tidak ditelan zaman. Telah banyak pusaka budaya kita telah pupus dan tidak diketahui oleh anak dan cucu kita.

            Menghilir sungai menyusur jeram
Jeram bernama jeram busu
Macam mano hati den tak goram,
            Melihat susu menongkat baju

Wahai tuan yang bijak bestari, tolong tafsirkan pantun hamba.

MCC

Saturday, October 12, 2013

BERHENTILAH MAKAN ROTI CANAI


Oleh Jokiden:

Sei lamo tau dah perkara ini, sobab itu makan roti adalah pilihan terakhir. Kadang-kadang kito berlawak dengan perkara ini. Ada yang kurang percaya dan ada yang percaya.
 
Menjimatkan kos adalah merupakan salah satu strategi perniagaan seperti menggunakan peralatan kuno, meminimakan penggnaan tenaga kerja dan pemilihan barang yang paling tidak berkualiti. Semua itu boleh membawa kepada pengurangan kos yang ketara sementara hasil tidak terjejas sangat.
 
Bayangkan kita sedang menikmati sekeping roti canai atau sebuku roti atau roti bakar, sedangkan mereka menyediakan makanan tersebut dengan cara yang paling tidak bersih di dalam dunia ini seperti hanya dengan memakai sepender dan berjogging di atas roti.. Eeeeeeeeeee!!!!
 
Beberapa hari yang lalu kisah pelayan menghidangkan roti canai dengan meletakkan piring kuah yang kotor di atas roti dan menghantarnya kepada pelanggan juga di siarkan oleh Utusan Malaysia.

 

Jualan roti benggali terjejas teruk


GEORGETOWN 12 Okt. - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah 'kilang roti benggali' di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki.
 
Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang, P. Manogaran berkata, hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini iaitu Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat.
 
"Terdapat 150 vendor berdaftar di seluruh Pulau Pinang dengan persatuan ini dan semua mereka hanya mengambil roti daripada tiga pembekal itu sejak lebih 35 tahun lepas.
 
"Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu. Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik, kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
 
Beliau berkata, sejak berita itu tersiar di akhbar Kosmo! dan dipetik pelbagai laman sesawang dua hari lepas, jualan roti benggali merosot lebih 50 peratus selain restoran serta kedai makan menghentikan pengambilannya buat sementara.
 
Sementara itu, rakan kongsi Maliia Bakery (M) Sdn. Bhd., Datuk Mariadas Gopal berkata, kilangnya menghasilkan 12,000 buku roti benggali setiap hari menggunakan mesin yang mampu mengadun 150 kilogram tepung untuk bekalan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
 
Beliau kesal dengan penyebaran berita itu beserta sekeping gambar hiasan menunjukkan beberapa pekerja memijak tepung tanpa memakai alas kaki di laman social.
 
Menurutnya, sebuah cawangan kedainya di Butterworth terpaksa menghentikan operasi sejak dua hari lepas kerana tiada permintaan.
 
"Kita tidak pernah simpan stok kerana roti benggali yang dibuat habis dijual setiap hari. Kilang kami menjalani prosedur kebersihan yang ketat... jadi kami minta pelanggan tidak perlu bimbang dengan kebersihan produk keluaran kami," katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131013/dn_09/Jualan-roti-benggali-terjejas-teruk#ixzz2hZ9HLP6u
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, October 2, 2013

POTRET UNTUK KENANGAN

Oleh Jokiden:


 
"Mano abang tak sampai2 ni...?"
 
 
 
2013 Bentley Continental GT Le Mans Edition for sale at @[195731627238378:274:Bentley Long Island]

Price and details at http://www.dupontregistry.com/autos/Search/DRauSearchDetails.aspx?itemid=1950955
Hahaha... Jokiden punyo ni..
 
 
 
 
 
 
 
Sumo ni jawatan ea PKK..
 
 
 
"Stemcell ni bagus... tak cayo tanyo Jokiden...bla..bla.."
 
 
Sosokali buek kojo cam ni ok gak..
 
 
"Kok sumo ea ni jadi downline I dlm Stemcell... jongkek dek duit ni, botingkek2 duitden
 
 
 
Selamat menerima menantu LAR 7 Sept 2013
 
 
 
Sohih Datin ea..
 
 
 
Sumo yang atas tu makan Stemcell ni..
 
 
 
"Kok kek sinia SMBK buek reunion kan elok.."
 
 
 
Chibaiiiiiiiiii!!!
 
 
 
Ginzai, Chibai!!!! Arigato..
 
 
 
Photo
"Reunion sekolah sei.."
 
 
 
Photo: Sushi dinner
 
 
 
 
Photo: Astaghfirullah.
Ingat tu kengkawan, jangan solalu bona ngumpek sei.. sok sei kok untung.. sosokali bulihlah sei maafkan..
 
 
Licin!!!!!!!
 
 
 
Ghondah, tinggi, laie tinggi..kawan sei ni..
 
 
 
Dua kali dah ni..
 
 
Ooomangaii.. lost my words..
 

Thursday, September 19, 2013

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN 
DARIPADA

PN SHARIFAH BINTI ABDULLAH
BUAT WARGA SMBK 69/74 
PADA

06 OKTOBER 2013

DI LOT 2612, KG. PARIT BULOH, 
AIR KUNING, 73200 GEMENCHEH.
NEGERI SEMBILAN. 

NO TEL:- 013-327 4086 (PN. SHARIFAH) 



Thursday, September 12, 2013

KISAH DARI FB RAKAN

Di sunting oleh Jokiden:
 
 
CERITA TENTANG SEDEKAH

KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

semoga menjadi pengajaran buat kita..selalulah bersedekah
 

Saturday, September 7, 2013

GAMBAR DI MAJLIS RESEPSI LAR MENERIMA MENANTU



DI RUMAH LAR, GREEN STREET HOME, SEREMBAN 2, 7 SEPTEMBER 2013.



"Ceeet, an tak kona kau.."
 
 
 

YDP Sekolah Sementa..
 
 
 

Pominat Pongorusi..
 
 
 

Duo pinggan solosai aghi ni..kih..kih..kih..
 
 
 

"Malam tadi sei tido bawah khemah.."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 

All the datins..
 
 
 
 
 
 
 

Sompek!!!!
 
 
 

Selamat pengantin baru, muga berkekalan sepanjang hayat.
 
 
 
 
 Totap primadona!!!!!!!!! dulu kini dan solamo ea
 
 
 

Sampai ko dapur ko?




Olah dah macam oghang Arab pulak aa..



Sendeng yo!!!!!! walaupun sikit..




Osah manih ea menantu LAR ni..



Macam Zaharin Zainal tu ngan Mona Turkiiiiii!!!!




Kakcik tu kalau tak sendeng tak bulih ko..??




Baghu motong 3 ekar gotah oghang... kok kobun sonighi tak macam manolah agak eh








CTN, Nab, Prof, Rashid. Macam kek Padang Golf yo..

 


Wednesday, September 4, 2013

ADAT PEPATIH DI NEGERI BERADAT



Adakah antara kita yang berbangga menjadi anak jati Negeri Sembilan. Negeri Sembilan negeri beradat yang unik di negara kita. Siapakah antara kita yang masih mengamalkan loghat Negeri Sembilan dalam perbualan sehaian? Siapakah antara kita yang masih mengetahui dalam sistem sukuan mana dia berada? Tahukah kita bagainama sistem sukuan tersebut ujud dan justifikasi keujudannya dalam masyarakat Negeri Sembilan?

Adakah anak-anak  kita tahu tentang kelazatan kuih buah sopang, kelopong, penganan dan kuih kesirat? Adakah kita masih berselera berlaukkan samba tempoyak daun kayu atau daging kobau salai masak lomak campur belimbing buluh? Masihkah isteri kita tahu resepi masakan samba ledok?

Janggalkah kita menyebut istilah/perkataan : nonggok, tang air, pencolek angek, lampu celait, calit api dan lain-lain? Betahkan kita menggunakan eden dan ekau dalam perbualan seharian atau lebih mudah lidah kita menuturkan kau dan aku?

Dalam semangat memberi sokongan kepada team bola sepak Negeri Sembilan yang kian merosot prestasinya sejak akhir-akhir ini apakah kita juga menggunakan istilah “Hoben Jang Hoben” seperti  yang dilakukan oleh media-media Malaysia? “Hoben Jang Joben” tidak ada dalam istilah loghat Negeri Sembilan samada ‘e’ nya e-pepet atau e-taling. Sebenarnya bukan “Hoben Jang Hoben” tetapi “Hobin Jang Hobin” Harap Datuk Jalil dari MSN dapat membuat sidang akhbar  membetulkan istilah ini dikalangan pengamal media.

Fahamkah kita kata perbilangan ini “
“ Raja beralam,
Undang berluak,
Penghulu berlingkungan,
Buapak beranak buah,
Anak buah hidup bersuku-suku”
Berapa suku ehh……?  Kalau tak tahu sila rujuk senikata lagu “Rembau Most Wanted”

Masihkah kita faham dan mengamalkan sebahagian adat asas Negeri Sembilan seperti upacara kerjan, melenggang perut, menjemput pusako, berkodin dan lain-lain. Menjemput/mengajak  dan berkampong dan kayu berakar dalam mengadakan kenduri kendara terutamanya mengadakan nikah kawin?

Semasa  mengahwinkan anak baru-baru ini penulis cuba mengamalkan menjemput dengan menggunakan sireh pinang  dalam bekas yang dibalut kain songket yang dinamakan bujam.

Reaksi yang penulis terima : Pertama kagum dan pertama kali melihat cara tersebut sama ada di kalangan orang luar atau orang Negeri Sembilan sendiri. Kedua : Ada yang menggelakan penulis dan menyangka itu tak dipraktikan lagi sekarang. Ketiga : Ada seorang rakan penulis berkata “ Apo ko gilo ea kau ni. Tak dibuek kek orang dah ni”

Begitulah nasib adat pepatih kita sekarang ini. Kian dilupakan dan tidak mustahil akan pupus jika pencinta dan pengamal adat di kalangan anak jati Negeri Sembilan tidak menghayatinya. Sekali ia pupus adalah mustahil ia boleh dihidupkan semula.

Kebanyakan kita telah berasimilasi dengan adat luar. Jika kita berkahwin dengan orang Johor misalnya kita akan terikut dengan adat Johor dan begitulah seterusnya. Jika dulu menjemput kenduri dengan kad adalah sesuatu yang mengaibkan dan selalunya orang yang dijemput tidak akan datang . Kini menjemput dengan kad telah menjadi amalan yang telah diterima pakai.Ada juga yang menulis jemputan di papan putih di surau dan masjid. Sejak kebelakangan ini pula menjemput melalui SMS, facebook atau blog menjadi pilihan . Walaupun mudah dan murah komen penulis ialah : kalau nak mudah janganlah terlalu mudah hingga mengenepikan adat istiadat kita zaman berzaman.

“Biar mati anak jangan mati adat” – Siapakah antara kita yang faham maknanya dan boleh berhujah untuk mempertahankannya dari momokan orang yang tidak beradat.?

Penulis adalah pencinta adat dan ingin melihat adat kita dipertahankan dan diamalkan selamanya. Tak beradat bermakna tak beradap. Tak beradap bermakna tiada adap. Tiada  adap bermakna biadab.

 MCC



Wednesday, August 28, 2013

 

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

07.09.13

****************************************

 

IBRAHIM BIN MOHAMAD ARIS

DAN

LATIFAH BINTI ABD. RAHMAN

 
Dengan segala hormatnya mempersilakan rakan-rakan SMBK datang ke majlis perkahwinan anak lelaki kami:-

MOHD HANIFF BIN IBRAHIM

dengan pilihannya

AMALINA BINTI ZAINAL MOKHTAR


Pada SABTU
7 September 2013 bersamaan 1 Zulkaedah 1434H

Di kediaman kami seperti dialamat dibawah:
  226, Lorong S2 A6/2,
Green Street Homes, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.


Aturcara Majlis:

11.30pg - 4.00ptg.      : Jamuan Makan
1.00tgh.        Ketibaan Pengantin

Telefon Kami:

Rumah             :  06-6014908
Ibrahim            :  0127040600
Latifah             :  0123910828


Tuesday, August 27, 2013

DUA TAHUN TELAH BERLALU



Selasa  27.08.2013. Sepatutnya hari ini saya bersara. Tapi pagi tadi saya bangun tidur seperti selalunya – rutin setiap hari Isnin hinga Jumaat akan mengenakan pakaian rasmi bekerja dan terus ke tempat kerja. Tidak ada perasaan untuk bersara.

            Pagi tadi  Selasa 27.08.2013  yang lainnya ialah, selepas berpakaian isteri saya yang se orang itu memelok saya sambil mengucapkan “Selamat Hari Lahir” dan menghulurkan hadiah kecil harijadi. Dimasukkan di poket baju saya sekeping nota.

            Dalam perjalanan ke sekolah saya membaca nota bertulisan tangan yang kasar dan besar. Amat jelas dibaca walau tanpa cermin mata.. “Abang, selamat hari jadi. Jadilah suami yang terbaik dikalangan yang baik” Ringkas dan padat.  Jiwa saya digoncang kesayuan dengan nota ringkas tersebut.

            Tengahari tadi saya belanja makan tengahar nasi arab  9 orang guru saya. Sambil makan saya tunjukkan nota isteri saya tadi. Respon dari guru saya :

            Masing-masing serentak “wish” saya selamat hari lahir. Yang perempuan mencadangkan saya framekan nota tersebut sementara yang lain yang agak sentimental semacam nak mengalirkan air mata.

            Memang saya tidak memilih untuk bersara hari ini sedangkan ramai kawan-kawan sebaya yang telah pn bersara dan bermesra bersama cucu-curu. Nordin Baha, Zaharin Apek, Tahir, Siti Sara, Latipah, Halimah telah lama meninggalkan perkhidmatan. Khabarnya Badariah juga begitu. Selain saya yang masih  bertahan termasuklah Iskandar, Mohd Sah, Salim, Rashid dan saya kira yang paling akhir ialah Rashidi.

            Bila ditanya rakan-karan bila akan bersara jawapan standard saya ialah : Kalau panjang umur dua kali rayo poso pencenlah saya. Genap dua tahun lagi bersaralah saya. Dua tahun bukanlah jangka waktu yang  lama dan memang tidak lama. Tetapi saya merasakan amat cepatnya saya akan bersara. Rasa tidak puas bertugas dah nak bersara. Banyak lagi kerja yang saya nak buat. Banyak lagi perancangan yang belum saya laksanakan.

            Dengan umur 58 hari ini fizikalnya saya rasa agak merosot. Tenaga semakin lemah. Kedutan semakin jelas kelihatan. Rambut lebih banyak putih dari hitamnya. Pendengaran pun dah tak berapa jelas.

            Dengan alasan itu mengapakah saya masih lagi bertahan? Jawapannya : “I love my job”. Mungkin itu jugalah yang difikirkan oleh rakan yang lain.

            Kepada rakan lain yang telah bersara : Nikmatilah persaraan anda. Yang masih dalam perkhidmatan : Marilah kita menyumbang sesuatu kepada bangsa, agama dan Negara tercinta.

MCC
           

DUA TAHUN BERLALU.........



Sepanjang dua tahun lalu penulis tidak pernah membuka blog ini apalagi untuk menulis. Walaupun ramai kawan-kawan yang mengharapkan penulis menulis semula tapi penulis hanya memandang sepi galakan itu.  Tertutup terus hati  penulis.
“Abang Mail merajuk” usik Tipah.
“ Tulis lah semula, cerita bang Mail sodap” kata Siti Sara seakan mengharap.
Juga saya pernah mungkir janji pada Mariani untuk menulis semula. Entah mengapa penulis se akan mati idea untuk mencoret sesuatu.
Penulis menilai semula apa yang telah penulis tulis dua tahun dulu.
“Adakah cerita tersebut terlalu personal untuk dikongsi bersama?”

Mulanya blog ini riuh dengan sumbangan kawan-kawan.  Kian lama kian sepi. Penulis merasakan blog ini tidak lagi relevan sebagai medium penyatuan antara kita. Ramai yang tidak memilih medium ini untuk bertukar cerita dan pengelaman. Facebook adalah saingan. Penulis dapati ramai kawan-kawan yang lepak di facebook dengan perbincangan yang tidak menepati citarasa penulis. Sementara penulis sepi di blog kawan lain meriah di facebook.

Segalanya tiba-tiba berubah. Sesuatu mengetuk hati penulis. Semasa memandu pulang petang tadi penulis menerima panggilan dari no talian tetap dari KL. Panggilan pertama penuis abaikan. Apabila panggilan kedua penulis angkat , suara lelaki dihujung talian memperkenalkan diri. Tersentak penulis.

Beliau memperkenalkan diri sebagai En Daud  Rashid, seorang pegawai di Jabatan Ukur dan Pemetaan , Kuala Lumpur. Beliau se orang peminat  blog SMBK74 (Blog kita lah). Beliau membaca semua posting diblog kita dan katanya amat meminati kisah yang penulis tulis terutama tentang kisah yang berkaitan dengan keluarga penulis.

Lebih dari itu beliau mempunyai hubungan langsung dengan arwah ayah penulis. Ayah menulis pernah bekerja di bawahnya di Jabatan Ukur Kuala Pilah. Beliau mengaku kisah yang penulis ceritakan amat mengesankan dan arwah ayah menulis pernah menceritakan kisah yang  sama kepadanya . Beliau mengambil ikhtibar dari kisah yang arwah ayah penulis ceritakan kepadanya sebagai motivasi dalam hidup.

Ya Allah. Penulis amat berbangga. Rupanya selama ini arwah ayah penulis ada kebolehan untuk memotivasi orang lain. Penulis pun perasakan penulis pun ada bakat sebagai motivator.

            Terima kasih En Daud kerana menghubungi saya. Perbualan kita sepanjang memandu pulang petang tadi benar-benar mengetuk hati saya. Rupanya masih ada orang yang meminati cerita saya dari luar organisasi SMBK74. Harap penulis blog ini akan makin tersebar luar melepasi ruang lingkup kita.

            Saya tidak perasan En Daud. Menurutnya pernah datang ke rumah saya semasa adik saya kawin. Menurutnya arwah ayah penulis sangat bangga kepada anak-anaknya terutama penulis. Cerita En Daud membuatkan saya tenggelam dalam kasih sayang se orang ayah.

MCC