GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, December 16, 2013

KOMPUTER BUAT HAL LAH PULAK

  

Oleh Jokiden:

Assalam kawan2,

Lama juga saya tak menulis di sini. Bukan sahaja di sini, malah di blog yang lagi satu juga begitu. Kedua-duanya diganggu oleh proxy iklan. Kepandaian terbatas, bila berlaku gangguan seperti ini, kita jadi buntu dan jadi malas.

Membaca boleh, hendak membuat posting baru susah, terpaksa minta bantuan anak-anak. Hendak komen langsung tidak boleh sekarang ini kerana bila di klik sahaja butang komen maka keluarlah iklan2 yang tidak dapat kita hindarkan. Bertambah sakitnya hati ini ialah hendak membaca komenpun tidak dapat..

Bang MCC nampaknya telah kerap menulis semula. Saya seronok membaca puisinya yang sangat dalam maksudnya. Terserlah kehalusan jiwanya. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Terasa masa begitu cepat berlalu, belum sempat uban hendak tumbuh, dah bertukar tahun. Hehehe.. Kenapa saya sebut uban pulak, tak ada kiasan lain ko?.

Perkembangan terkini rakan2 sejak mutakhir ini sangat menarik. Masing2 mempunyai aktiviti yang tersendiri. Jokiden sibuk dengan double dan triple stemcellnya, siang dan malam, kononnya hendakkan duit botingkek. Muga dia berjaya. Muga Allah swt memberkati usaha.

LAR dan SSAK juga kelihatan sibuk dengan Koperasi SMBK. Kita patut memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi atas usaha mereka tersebut. Mereka berusaha dan yang 'sonang sok' kito. 

Semalam 16/12, saya sempat berborak dengan Hasidin, kesihatan dia telah bertambah baik, cuma matanya kurang nampak, perlukan laser. Cretonin dalam darahnya 250 ke 350.(ontah boto ko tidak ejaan tu) Katanya jika cretonin tu melebihi 450 maka dia perlu menjalani rawatan dialisis. Saya teringatkan darling SSAK, saya tanya dia terkini, berapa cretoninya.. Katanya 960!!! Kita doakan yang terbaik untuk keluarganya.

Kakcik Mariani bakal menunaikan UMRAH minggu depan, kita doakan selamat pergi dan selamat balik. CTN dan hubbynya asyik terbang ke sana sini. "Teko bodan sihat ni.." kata dia bila saya tanya kenapa kerap sangat naik kapal terbang. Tak takut ko??? Minggu lepas hari Jumaat dia datang ke rumah saya, singgah sebentar dalam perjalanan balik kampung mengziarahi kampung halaman.

Biasalah dia minta double stemcell dari saya. "Bokosan bona ko?' sei tanyo dio bilo dio mintak ompek kotak laie. "tumit sei yang menggerutu dan kematu dah licin balik.." katanya.

Masalah peribadi dikalangan rakan2 nampaknya diluar kemampuan kita untuk mengelakkannya. Ada yang memanjang ceria, ada yang separuh ceria dan ada yang kadang kala berduka. Dua anak saya dan nenek saya di masukkan ke hospital serentak diserang oleh denggi. Syukur kini telah keluar hospital, namun masih dalam MC.

Rashid dan Zailah nampaknya bakal menerima menantu pada minggu depan. Jika ada kesempatan, moh kito poie... bukanya lama sangat dalam sejam dua sahaja. Seronok bertemu dengan rakan2 ni.

Enab dan Kamaruddin biasalah ligat dengan urusan masak memasaknya pada hujung tahun ini. Duit mereka memang dah botingkek. 

Pagi Ahad 15/12 saya sempat minum pagi dengan Dato J dan keluarga juga SSAK, tompek ea tak yah cakaplah, amat istimewa nanti LAR jeles pulak... Terasa kedamaian menghiasi jiwa  bila bersama rakan-rakan ini.

Minggu lepas saya bertemu dengan Hamid Bawal, geng jutawan kita di Mid Valley KL. Biasalah dia, down to earth. Bertambah macho dia sebab duit ea botingkek. Dia membeli 4 kotak stemcell dari saya.

Datin Normah nampaknya sibuk ke sana sini memberi ceramah tentang koperasi. Bila terjumpa rakan-rakan dia asyik menunjukkan mukanya yang telah bertambah cantik.. sebab 'stemcell' lah tu. hehehe.. hebat promosi sei.

Yang kita mesti selalu ingat ialah dua kawan kita yang istimewa. Mereka ini istimewa kerana kemana pergi mereka akan berdua, bukan naik kereta tetapi naik komuter.. nak tahu siapa??? tunggu posting saya yang akan datang...Saya akan cuba untuk mengupdatekan blog kita ini setiap hari.. kok bolehlah.

Banyak yang nak diceritakan  dan dikongsikan ini. Kisah banjir, kisah koperasi, kisah Tahir, kisah TL, kisah Pengetua dan tidak lupa kisah Double Stemcelllllllllllll....!!!!!


    
Happy Birthday DAJA.

Salam rindu dan salam sayang semuanya...


FANTASIA BULAN MADU BERSAMA AJUKUU



Ku bawa kau ke sini wahai Ajukuu,
setelah sempurna ijab kabul kita,
dan kau isteriku yang sah,
dunia dan akhirat.

Di daerah fantasia ini Ajukuu,
ke genggam erat mesra tanganmu,
dalam juntaian kasih sayang
dan kesetiaan se orang isteri.

Di daerah fantasia ini ku lafaskan
terima kasih setulusnya Ajukuu,
kerana sudi bergelar isteriku.

Di malam fantasia ini,
termeterai sudah sumpah setia  kita,
yang tak mungkin terlerai selamanya.

MCC
Senawang



Lelaki Tua Dan Ajukuunya.

Se orang lelaki tua,
hatinya berbunga cinta,
langkahnya menongkah laluan,
terketar. terketar... terketar,
mencari  sesuatu yang hilang.

Lelaki tua itu,
menyapa setiap yang lalu,
dengan matanya meredup rindu,
dengan suaranya yang merayu,,
di manakah Ajukuu?

Lelaki tua itu,
terusan mendayu dan merayu,
di manakah Ajukuu?
apakah Ajukuu pergi,
meninggalkan pelabuhan ini,
di lautan lepas yang tak bertepi.

Lelaki tua itu,
terusan menanti Ajukuunya,
hingga ke hujung nyawa.

Ajukuu....
bagaikan kuntuman mawar,
segar dan mewangi,
bermadu di kelopakmu.

Ajukuu....
bagai se ekor rerama,
memikat warnanya,
lenggang lenggok sayapnya,
menyapa embun pagi.

Ajukuu bagai....
setiap patah bait puisi,
dari minda se orang penyair tua,
yang merindu pada kuntuman mawar,
juga pada se ekor rerama.

MCC.
Taman Bandar Senawang
Seremban.
16.12.13   11.15 malam.

Friday, December 13, 2013





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAAN ALLAH SWT

Kami

MOHAMAD RASHID BIN YAHYA

DAN

NOLIAH BINTI MAJID




Dengan penuh kesyukuran kami mempersilakan kawan-kawan warga SMBK 69/74
kemajlis perkahwinan Puteri kami yang dikasihi:


FADZLINA BINTI MOHD RASHID
dengan pilihanhatinya
 FIRDAUS BIN AHMAD


Pada hari

SABTU, 28HB DISEMBER 2013
bersamaan
24 SAFAR 1435 HIJRAH

di kediaman kami beralamat:
NO. 214, LORONG TITIWANGSA 9
TAMAN BUKTI, AMPANGAN
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.


Aturcara Majlis:
Jamuan Makan     : 11.30 pg  -   4.00 ptg.
Majlis Bersanding:  1.00 tgh.


Semuga kehadiran dan doa restu para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah SWT.     InShaaAllah



TERIMA KASIH.




Thursday, December 12, 2013

TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS.



Tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga.  Antaranya:

DALAM TIDUR:
Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
Mimpi benda-benda tajam.
Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
Mimpi salib.
Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
Susah tidur malam.
Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
Mimpi binatang.
Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.

DALAM JAGA :
Berdebar tanpa sebab.
Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
Sakit belakang, rasa berat belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mengantuk dalam majlis ilmu."

Jika anda mengalami tanda di atas carilah penawar.

* Sesiapa yang pernah bermimpi dan mengalami perkara di atas sila berikan pengelaman anda untuk dikongsi bersama. Atau anda mengetahui cara perubatan dan sesiapa yang tahu di mana untuk berubat sila berikan maklumat anda.

MCC

Tuesday, December 3, 2013






JEMPUTAN KE MAJLIS MERAIKAN PENGANTIN



RAKAN-RAKAN SMBK 69/74


KAMI


PN ZAILAH BINTI SHAHARUDIN
dan
ENCIK KHAIRIL ANUAR



Dengn ikhlas dan berbesar hati menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan anak perempuan kami


NURSHAZNIN BINTI KHAIRIL

dengan pasangannya

MUHD AMIMUDDIN BIN MUHD NASIR


Pada 

HARI AHAD 22 DISEMBER 2013
JAM 12.00 TGH hingga 4.00PTG

di alamat

77, Jalan PUJ 2/37
Taman Puncak Jalil
Bandar Putra Permai
43300 Selangor

Semoga kehadiran dan doa restu para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah swt.  IN SHAA ALLAH

TERIMAKASIH.

Sunday, November 17, 2013

MINDA "GOLONGAN KOMITED DAN GOLONGAN BERALASAN"

Oleh Prof. Dr Muhaya Muhamad,

Disalin kembali oleh: Jokiden

SATU perkara yang membezakan manusia dari makhluk ciptaan Allah yang lain ialah keupayaan untuk berfikir dan memilih apa yang difikirkan. Banyak perkara berbentuk material boleh diambil daripada seseorang tetapi fikiran adalah sesuatu hak milik sepenuh seseorang dan ia berupaya untuk mengawalnya. Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan dan tindakan menghasilkan hasil kehidupan yakni kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan kewangan.

Apakah formula untuk berjaya? Orang yang berjaya, dia buat apa yang orang tidak berjaya tidak suka lakukan. Bukan kerana dia suka tetapi ia menjadikan perkara itu tabiat yang dibuat tanpa perlu berfikir lagi. Apakah formula untuk menjadi hebat? Orang yang hebat dia buat tindakan yang luar biasa, hasil daripada fikiran yang luar biasa dan menghasilkan hasil kehidupan (kesihatan, kekayaan, ketakwaan dan kebahagiaan) yang luar biasa. 

Hakikatnya orang yang benar-benar bahagia dalam hidupnya, suka apa yang dia buat dan buat apa yang dia suka dengan rahmat Allah dan mendapat sokongan daripada orang di sekelilingnya.

Manusia ini ada dua golongan, iaitu "golongan komited" dan "golongan beralasan". Ciri-ciri atau sikap orang yang dalam "golongan komited" adalah seperti berikut. Pertama, dia sudah nampak masa hadapannya, yakni dia melihat di dalam imaginasi apa yang dia percaya dan apa yang dia akan jadi pada 10, 20, atau 30 tahun akan datang.

Kedua, sentiasa berfikiran positif, sedar dirinya unik dan yakin dirinya hebat. Orang yang tidak yakin dirinya hebat bermakna dia tidak yakin dengan kehebatan Allah yang menciptanya.

Ketiga, sentiasa ada niat dan perasaan "hendak memberi" bukan "hendak mendapat". Oleh itu apabila dia membuat sesuatu kerja dia membuatnya dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan memberi sebanyak mungkin manfaat tanpa memikirkan berapa banyak manfaat yang dia boleh dapat, yakni dari segi ganjarannya.

Keempat, dia akan sentiasa berasa sesuatu benda atau perkara itu banyak dan rezeki sangat luas. Oleh itu dia sentiasa berlapang dada, tidak tamak haloba dan tidak berasa iri hati apabila dia tidak berpeluang memperolehnya.

Kelima, sangat berdisiplin untuk mencapai cita-citanya. Keenam, sentiasa boleh mengawal "dunia dalaman" (fikiran dan emosi) yang menentukan keputusan pilihan dan tindakannya dalam mencapai hasil kehidupannya.

Ciri-ciri atau sikap orang yang dalam "golongan beralasan". Pertama, tidak ada perancangan dan matlamat hidup. Kedua, sentiasa mengutuk diri sendiri dan berasa rendah diri hingga tidak berani mencuba sesuatu yang baharu dan asing buat dirinya.

Ketiga, sangat berkira dan suka memberi "alasan" apabila tidak berjaya bukan mencari "jalan" untuk mencapai kejayaan. "Alasan" kegagalannya itu selalunya dikatakan berpunca daripada orang lain atau faktor luaran.

Keempat, sentiasa berasa dunia ini sempit, rezeki sedikit dan peluang terhad dan akan berebut dan cepat merasa dengki dengan kejayaan orang lain. Oleh itu dia sentiasa hendak bersaing, kedekut dan sering enggan memberi kerjasama. Kelima, tidak tetap pendirian dan tidak konsisten. Keenam, berfikiran negatif dan sangat emosional.

Manusia boleh berubah menjadi baik, yakni daripada "golongan beralasan" menjadi "golongan komited" dengan cara membuat perubahan paradigma. Paradigma bermaksud bagaimana seseorang itu berfikir dan kemudian memberikan respons emosi terhadap apa-apa yang berlaku.

Dalam Kamus Dewan paradigma bermaksud batasan pemikiran seseorang pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman. Paradigma terkandung dalam "minda sedar" iaitu apa yang kita fikirkan dan terkandung juga dalam minda segar/minda bawah sedar (roh) yang 95 peratus menentukan kehidupan seseorang.

Oleh itu seseorang boleh mengubah paradigma dengan mengubah cara berfikir. Sebenarnya apa yang kita lihat bukan dengan mata fizikal tetapi kita melihat melalui mata hati kita. Apabila seseorang mempunyai banyak ilmu yang luas tafsirannya terhadap sesuatu yang dilihatnya menjadi luas berbanding dengan orang yang kurang berilmu.

Paradigma yang akan menentukan hasil kehidupan (kesihatan, kekayaan ketenangan dan kebahagiaan. Demikianlah betapa pentingnya ilmu, kerana kekuatan minda dan fikiran ditentukan oleh saringan dan pilihan bahan bacaan dan tontonan yang mampu menjadikan kita kaya dengan ilmu.

Oleh itu bagi menentukan sama ada kita termasuk dalam "golongan berjaya" atau "golongan komited" sangat-sangat bergantung kepada pilihan kehidupan kita yang kelima, iaitu "minda dan fikiran".

Oleh sebab itulah saya perkenalkan satu konsep atau gaya pemikiran yang saya namakan "Reset Minda" iaitu sains kehidupan yang mengikut sunatullah, yakni undang-undang alam yang dicipta Allah.
"Reset Minda" memandu arah bagaimana kita "berfikir" (melalui minda sedar/akal) dan bagaimana kita "beremosi" (melalui minda bawah sedar/hati) apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

"Reset Minda" adalah konsep pemikiran bagaimana mengubah cara kita melihat sesuatu kejadian dan peristiwa yang terjadi ke atas kita. Kalau sesuatu kejadian itu menyedihkan kita, terimalah ia sebagai satu ujian daripada Allah dan kita reda. Sebaliknya jika peristiwa gembira yang hadir dalam hidup kita, terimalah sebagai satu rahmat daripada Allah dan kita bersyukur serta sedari bahawa apa yang kita peroleh itu bukan kerana kehebatan kita, tetapi kurniaan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Berkuasa. 

Dengan kedua-dua cara ini, kita akan menjadi seorang yang tabah dan tidak riak, malah akan sentiasa merendah hati (bukan merendah hati). Memegang resmi padi "semakin berisi semakin beliut-lentuk menyembah bumi", bukan seperti lalang "mencanak ke langit tinggi kosong tidak berisi". Dengan sikap ini kita akan disenangi oleh orang di sekeliling kita, dan kita pula menjadi seorang yang bahagia dan membahagiakan.

Ubah cara kita melihat sesuatu, (Reset minda) jika sesuatu masalah menimpa kita, lihatlah masalah itu sebagai satu peluang; yakni "batu loncatan" bukan "batu halangan" untuk capai satu kejayaan yang baharu.

Kalau kita fokus kepada perkara yang baik/positif insya-Allah kita akan dapat perkara yang baik sahaja. Masalahnya sekarang, kita suka fokus kepada masalah, jadi masalah pun datang dan kalau memang sudah sedia ada masalah, masalah menjadi semakin membesar.

Oleh sebab itu dalam konsep pemikiran "Reset Minda" disarankan kita menjaga tiga perkara. Pertama, kata-kata yang keluar dari mulut kita. Kedua, fikiran yang berkisar dalam minda kita. Ketiga, perasaan yang berbolak-balik dalam hati kita. Pastikan semua kata-kata itu, yang positif, dan jangan ada sama sekali kata-kata negatif. 

Hal ini adalah sangat penting kerana, dalam Islam kata-kata itu adalah satu doa. Sebagaimana Hadis Qudsi menyatakan, "Allah bertindak berdasarkan apa yang ada dalam fikiran kita atau sangkaan kita; kalau kita sangka baik, baiklah yang kita dapat, demikianlah sebaliknya. Oleh itu bersangka baiklah dengan Allah,".

Demikianlah kepentingan minda atau akal anugerah Allah yang membezakan manusia dengan haiwan. "Lalang suburnya kerana akar, rentaplah akarnya, lalang bakal kering terkapar". Kalau "orang mulianya kerana akal, jagalah akalnya, hati menjadi cekal, minda menjadi segar." (dalam buku Mata Akal Mata Hati). Jom audit diri. "Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak".



Wednesday, October 23, 2013

22 Fakta Tentang Kentut Yang Anda Tak Pernah Tahu



1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara ‘transmitter’ dengan ‘receiver’. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender… Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabila mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut “morning thunder”. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12.. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak… sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada… konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.
Author : Unknown
Posted by : MCC


Saturday, October 19, 2013

CUCI KERETA



1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggungjawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.

 6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa rasa takut disergah pencegah maksiat.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak,kawan-kawan.

10. Majikan tidak akan memecat anda.

Author : Unknown
Posted by : MCC

Friday, October 18, 2013

KAMPONG YANG DILUPAKAN



Di tahun tahun 1950han dan di awal tahun 1960han, kampong penulis dikategorikan sebagai kampong pendalaman. Seingat penulis untuk ke Bandar Kuala Pilah ketika itu terpaksa berjalan kaki ke pekan Padang Lebar untuk menaiki bas ke Kuala Pilah. Tiada perkhidmatan bas sehingga ke kampung penulis.
Untuk sampai ke kampong penulis semestinya berjalan kaki melalui jalan tanah 6 kaki lebih kurang 1 batu. Untuk ke kampung Ghalib (disebut golit) memerlukan berjalan kaki 1 batu lagi. Dari simpang melalui jalan menurun bukit di antara kedai runcit ayah Latifah Rahman dan kedai kopi Tok Sihat suami kepada Uwan Mori.
Selebihnya melalui tebing sawah dikiri kanannya yang ada anak air dan rimbunan pohon rumbia. Di hadapannya jambatan kayu buat dua orang berjalan  yang pada penulis sungguh panjang pada masa itu. Penulis teruja setiap kali melintasi jambatan kayu tersebut.
Tiada apa pembangunan di kampong penulis. Kalau ada pun Cuma sebuah sekolah papan beratap zink  yang tapaknya diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Hasan Basir. Sekarang sekolah itu kerana kekurangan murid telah ditutup dan menjadi Pusat Kokurikulum JPNS.
Di seberang jalan dari sekolah itu ialah kawasan berpaya. Kami selalu ke paya  tersebut untuk mencari ikan pelaga (kami panggil ikan Karin), juga untuk mencari buah jambu air liar dan periuk kera.
Tiada hiburan untuk kanak-kanak. Kami bermain apa saja. Paling menyeronokkan apabila tiba musim menuai. Layang-layang akan menghiasi pemandangan di sawah. Selalunya inilah masa musim menjebak burung tempua. Di malam hari akan bertingkah bunyi lesung orang mengemping.
Hari pertama penulis ke sekolah masih dalam ingatan penulis menyusuri denai jalan 6 kaki tersebut yang jauhnya setengah km dari rumah penulis. Rumah penulis dan kebanyakan rumah lain hanya beratap rumbia, berdinding pelupuh dan berlantai buluh. Hanya beberapa rumah saja yang beratap zink ,berdinding dan berlantai papan yang sempurna.
Di sawah dan tali air (bonda loghat pilahnya) banyak ikan, setakat sembilang, puyu, haruan sangat mudah didapati. Sama ada memancing, menajur atau mengocar akan menjanjikan lauk ikan yang lazat untuk makan malam. Penulis sangat mengemari goring garing ikan puyu bersambal cili api.
Semasa penulis di darjah dua seluruh kampong riuh macam pesta. Beberapa jentera berat masuk dan menumbangkan pokok kelapa, pokok durian dan lain-lain pokok buahan orang kampong. Pembangunan telah masuk ke kampong penulis. Jalan baru dibena. Mulanya jalan tanah merah yang berdebu. Bukan sedikit masa untuk menaiktaraf jalan tersebut ke jalan bertar. Mungkin lebih dari 10 tahun agaknya kami menggunakan jalan tanah merah berdebu itu. Namun tiada siapa yang merungut.
Sesudah itu kampong penulis mendapat balai raya, masjid baru, bangunan tambahan sekolah baru. Setakat itu saja. Kampong masih bergelap. Air masih menggunakan perigi. Penulis sangat nostalgic pasal air. Paling sengsara bila musim kemarau. Perigi di rumah penulis kering kontang dan terpaksa meminta air perigi dari rumah yang hampir dengan jalan. Bulannya sekejap, paling kurang tiga bulan. Itu pun hanya keperluan untuk minum dan masak. Mandi dan membasuh terpaksa menggunakan air sungai. Juga tiada siapa yang merungut.
Oleh kerana tiada  letrik maka tidak semua rumah yang ada TV (hitam putih). Beberapa buah rumah yang ada pun dijana kuasa letriknya oleh generator atau bateri. Maka berduyunkan orang kampong, kanak-kanak, tua dan muda ke rumah yang ada TV terumatanya bila malam yang ada cerita melayu. Filem lawak P.Ramlee akan meriuhkan rumah tuanpunya TV dengan gelak ketawa.
Alangkah bahagianya……
Hampir penulis akan meninggalkan kampong untuk mengikuti kursus perguruan barulah tiang letrik dipacakkan di kampong penulis. Dua tahun selepas penulis menjadi guru barulah paip air mula mengalirkan air bersih. Selesailah penderitaan keluarga penulis yang tidak perlu lagi meminta setong air setiap hari untuk minuman dan memasak.
Sekarang kampong penulis telah maju. Jalan bertar, letrik, air, telefon selular, internet semua boleh diakses. Namun orang kampong telah hampir pupus. Keriuhan dan kebahagiaan yang penulis rasa di zaman kanak-kanak telah hilang. Masjid dah tak ramai jemaah, surau yang penulis kunjungi setiap petang sudah tidak digunakan lagi. Tiada lagi pementasan drama setiap akhir tahun. Semuanya kerana kampong penulis telah hampir pupus penduduknya. Hanya tinggal orang tua saja menjadi penunggu kampong. Sawah yang banyak  ikan dulu telah bertukar menjadi kebun sawit. Sekolah penulis telah bertukar menjadi Pusat Kokurikulum.
Kampongku,  tanah tumpahnya darahku. Aku berharap biarlah kampong pingitan ini akan kekal selamanya. Andainya aku meninggalkan dunia ini  ingin sekali aku disemadikan di sini.

MCC