AsSalam,
Apa khabar kawan2? semuga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat....dah lamo benar blog ni kosong tanpa dicoret, tanpa ada nukilan2 yg baru untuk ditatap......sibuk sgt lah kita semua sehingga tidak ada langsung coretan2 dan nukilan2 bagi perkhabaran berita.
Dengan sedikit masa yang saya ada teringat saya kepada blog smbk ni.....saya buka dan tatapi.....kesian tanpa dipedulikan langsung....
Sebelum ni ada juga seorang dua kawan2 kita yang menelefon, katanya kenapa blog sunyi sepi je...saya kata mungkin kawan2 yg lain sibuk....mungkin tak ada idea atau mengumpul idea.....tapi saya juga hairan yang bertanya itu juga boleh mencoret sedikit sebanyak didalam blog ini.
Saya juga tersedar oleh pertanyaan itu dan dengan tiba2 saya termenung seketika, kenapakah saya juga tidak menulis sepatah dua kata untuk memecahkan kesunyian di blog ini.
Sedari awal tahun kita bertemu di reunion yang telah kita adakan, bertemulah kita semuanya disana, dan berpisahlah kita setelah reunion menutup tirai buat tahun 2013 ini, persoalannya mungkinkah ada reunion2 yg akan datang lagi?????entahlah!!!!!!!
Selepas itu berlalunya pilihanraya yg ke 13 pun kita sudah melakukan apa yang sepatutnya.......
Ada juga kenduri kahwin anak2 yang kita buat....bertemu juga diantara kita2 ni di rumah kenduri kawan2........selesai kenduri berpisah juga.....,,tetapi hati masing2 puas kerana dapat menghadiri kenduri2 tersebut dan tuan rumah berasa gembira dengan kehadiran kita......
Menjelangnya Julai 2013 ini Ramadhan muncul maka kita akan berpuasa dan akan menyambut hari raya.....sibuk lagi kita semua dengan ibadah puasa, tarawikh, tadharus dan sebagainya. Maklumlah Ramadhan datang sekali setahun......disamping itu kita sibuk pula persiapan hari raya......yang ini tidak boleh tidak mesti dilakukan jugak....ada yg kata kalau tak buat tak ghayooo...betulke????
Diwaktu ini hati saya tercuit bila mengenangkan anak2 yatim piatu, warga tua, warga oku dan yang lain2 yang tidak sesempurna saya..... saya teringat arwah2 ibu bapa, adik beradik, datuk nenek dan ahli2 keluarga yang telah pergi buat selama2nya. Mulalah terasa keinsafan menyelubungi minda yang selama ini ada lekanya.....baru terasa sibuknya kerana duniawi.....akhirat juga jangan dilupa.
Mengenai puasa ramadhan saya lebih pada kesederhanaan berbelanja mengikut kemampuan dan cuba tidak membazir segala2nya...kadang2 terbabas juga......ikut nafsu....citarasa syaitan katakan....tapi syaitan di bulan ramadhan kena tambat...betul ke? kenapa dia kacau umat muhamad lagi......hahaha
Ramai yang berniaga di bulan ramadhan ini...macam2 perniagaan...semuga semuanya beroleh kejayaan....ungkapan biasa...cari DUIT GHAYO........
Setakat ini dahulu akan saya sambung lagi nanti.......
SSAK
Blog ini khusus untuk rakan-rakan yang pernah bersama suatu ketika dahulu yang kini telah membawa haluan masing-masing. Semuanya bebas untuk berkongsi apa jua kisah suka duka, pahit manis sepanjang menjalani kehidupan ini. Tulislah apa sahaja asalkan tidak menyinggung satu sama lain. Dan elakan daripada menulis tentang apa jua idealogi politik. Boleh hantar post ataupun komen. UNTUK MUDAH BAGI KOMEN PLS SIGN IN DULU GUNA EMAIL SMBK.
Sunday, June 16, 2013
Wednesday, April 3, 2013
PARLIMEN BUBAR 030413
Oleh: Jokiden.
Parlimen secara rasminya dibubarkan pada hari ini untuk memberi ruang kepada PRU13 mengambil tempat. Ayuh! rakan-rakan SMBK, mari kita menjalan dan menunaikan tanggung-jawab kita sebagai warga negara. Mari kita mengundi dan pilihan kita adalah rahsia peribadi.
PRU-13: Ucapan PM berhubung pembubaran Parlimen
PENDUDUK Taman Kobena menonton pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan secara lansung menerusi televisyen ketika tinjauan di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Kobena, Senawang, Negeri Sembilan hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 3 April - Berikut ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran Parlimen, di Putrajaya hari ini.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini
Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk mengadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara.
Rakyat Malaysia yang dikasihi.
Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai PM negara Malaysia yang tercinta.
Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional.
Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara.
Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir.
Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu. Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat.
Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad.
Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.
Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.
Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita.
Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus.
Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia.
Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara.
Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibaut oleh rakyat.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, lancar dan selamat.
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya.
Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.
Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat.
Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia.
Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua.
Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya.
Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas.
Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh.
Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua.
Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi.
Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti. Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua. Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130403/px_34/PRU-13-Ucapan-PM-berhubung-pembubaran-Parlimen#ixzz2PO2HbBzU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, March 29, 2013
JIKA BANYAK DUIT APA SALAHNYA.
Oleh: Jokiden
Extell Development Co.
The residents will have access to VIP concierge and doorman services, fantastic views of the city, a performance room, an indoor pool and much more.
Extell Development Co.
Extell Development Co.
Extell Development Co.
Chinese Mother Buys $6.5 Million Condo for 2-Year-Old Daughter
Talk about preparing for the future. A Chinese woman reportedly
bought a $6.5 million Manhattan condo for her daughter – who is now 2 years old
– according to China's state TV, CCTV.
The lucky toddler’s new condo is in the Park Hyatt-managed One57 tower, currently under
construction. The building, at 157 W. 57th Street, will be one of New York's
tallest skyscrapers when finished in 2013 at a height of 1,004 feet. The
residences will sit atop the Park Hyatt hotel with floor-to-ceiling windows,
high-end appliances and hotel amenities. One57 made headlines last October when
Hurricane Sandy caused damage to a construction crane on the building, blocking
access to the
street for several days.
Kevin Brown, a senior vice president at Sotheby’s International Realty, told CCTV that he helped the woman look at various apartments
in the city and asked why she was buying. “And she said, well, her daughter was
going to go to Columbia, or NYU, or maybe Harvard so she needed to be in the
center of the city and that was why she was picking this one particular
apartment,” Brown told CCTV. When she said her daughter was only two years old,
Brown was shocked, he told CCTV. Both Sotheby’s and Brown declined to comment
about the sale.
The mother’s identity is unknown, but The Telegraph writes that many on the Chinese social
network Weibo are speculating that she must be the wife of or related to a
corrupt government official.
Needless to say, the daughter’s all set for housing for around 2029 when
she’ll likely start freshman classes. (And no sharing a bathroom for her!)
Although, if she ends up going to Harvard, that’s going to be a long commute—at
least a 4-hour bus ride from Manhattan each way.
The residents will have access to VIP concierge and doorman services, fantastic views of the city, a performance room, an indoor pool and much more.
Surely, parents financing their children’s New York lifestyle isn’t a new
phenomenon, but this case is no doubt an outlier. The U.S. real estate market
has been attracting foreign investors, particularly Asian buyers, for years,
especially since the housing crisis.
Residential international sales in the U.S. totaled $82.5 billion in the year
ending in March 2012, according to the National Association of Realtors’ latest data
available. That figure was up about 24% from $66.4 billion in 2011.
Specifically, 4% of total international sales are in New York, and Florida has
the highest number with 26% of sales.
Global commercial real estate investors also named New York as the top city
to invest in, according to an annual survey by the Association of Foreign Investors in Real
Estate. For the first time in 12 years, four of the top five cities were in the
U.S., indicating a better view of the U.S. economy and real estate compared to
prior years.
Foreign buyers come from everywhere, but China, Canada, Mexico, India and the
UK account for 55% of all international transactions. In 2012, Canada accounted
for 24% of the sales, and China accounted for 11%. Real-estate agencies have
been appealing to the Chinese market by hiring Mandarin-speaking agents, and
some developers are placing their top units on “lucky” floors, such as Apartment
88 at One57, according to a WSJ report. (The number 8 is considered lucky in Chinese
culture.)
More Photos of One57
Sunday, March 24, 2013
TERKENANGKAN KASIH IBU.
Oleh Jokiden:
Ini saya ambil dari posting di fb. Mungkin ramai diantara kita yang telah membacanya, lalu kita abadikan di sini.
Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengus...ap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.
Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."
NAMUN,
Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.
Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus.
Supaya kita SEMAKIN menyayangi ibu kita SAMPAI kapanpun.
Ini saya ambil dari posting di fb. Mungkin ramai diantara kita yang telah membacanya, lalu kita abadikan di sini.
Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengus...ap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.
Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."
NAMUN,
Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.
Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus.
Supaya kita SEMAKIN menyayangi ibu kita SAMPAI kapanpun.
Sunday, March 17, 2013
LAGI GAMBAR REUNION DI CAMERON HIGHLAND
Oleh
Jokiden.
Jokiden.
Kembalikan kenangan sewaktu kita bersama meraikan reunion SMBK kali ketiga di Cameron Highland pada 26 Januari 2013 yang lalu dengan menatap gambar-gambar di bawah. Ianya sukar digambarkan dengan kata-kata.
Berlaku juga sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti lebuh raya yang sesak dengan kenderaan, anak dan cucu yang menangis di dalam kenderaan, lewat sampai, bilik tidak sempurna, lampu banyak yang rosak dan pelbagai lagi. Namun semua itu tidak mengurangkan kemeriahan majlis kita ini.
Tahun dopan sei dtg laie......
Giliran guru kena 'dera' ngan anak murid..
Saat perpisahan sudah mula terasa..
Wajah-wajah sedih semasa lagu 'Gelang Sipaku Gelang'..
Induk ngan Pak Ongah dah sodih boto aa..
Subscribe to:
Posts (Atom)
![NANGIS BACA INI..!
Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.
Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."
NAMUN,
Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.
Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus.
Yang menyukai postingan ini di share ya :)
Supaya kita SEMAKIN menyayangi ibu kita SAMPAI kapanpun.
JomLike @[484188978281571:274:Koko Minda Plus]
JomLike @[484188978281571:274:Koko Minda Plus]
JomLike @[484188978281571:274:Koko Minda Plus]
JomLike @[484188978281571:274:Koko Minda Plus]
JomLike @[484188978281571:274:Koko Minda Plus]
JomLike @[484188978281571:274:Koko Minda Plus]
JomLike @[484188978281571:274:Koko Minda Plus]
-ZM](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/188441_572648996102235_1935878931_n.jpg)