GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

MENERIMA MENANTU

Oleh:
Jokiden.

Sabtu lepas 10 Mac 2012, saya memenuhi jemputan rakan kita Sdr Md Shah Zainal Abidin meraikan anak gadisnya sebagai raja sehari. Sebenarnya saya hadir dua kali, bukan apa rumah kami berdekatan. Sebelah malam sebelumnya sewaktu majlis akad nikah saya juga hadir.

Kedua-dua majlis Md Shah dan Induk amat meriah. Saya tak tahu berapa jumlah jemputannya, cuma saya merasakan cecah ribuan orang juga. Guru besar ramai yang hadir, guru-guru juga ramai yang hadir, kan Md Shah PPD Seremban sekarang ni, mestilah ramai kenalan dan kalau tak dijemput memang ada yang mongumpek sok.

Sekarang ni orang mementingkan tema, lalu anak Md Shah memilih tema unggu. Semua unggu, khemah unggu, buah tangan unggu, pelamin unggu, alas meja unggu, nasib baik pinggan tak unggu. Zaman kita jadi raja sehari dulu, mana ada tema-tema ni asyik-asyik merah, merah dan merah.   Jalil merah, Shidi merah, Shara merah, MCC merah, Tok Lombago merah dan saya huhuhu merah jugak...!!! Itu sebab saya sekarang ni rasa nak kawin lagi lah..nak ada tema jugak.. siapalah yang pertama nak respon tanda setuju ni..

Saya temui Alias, Nordin, Zamrus, LAR dan SSAK. Dengan SSAK dan LAR ni kami kini selalu kena teh tarik bertiga..puncanya setiap kali LAR telefon SSAK, secara kebetulan saya ada bersama SSAK. So bila dia call SSAK tak dapat dia ingat SSAK ada bersama saya dan dia call lah saya pulak...lepas tu sah kono teh tarik. Saya dapati mereka berdua dah terkinyam (boto tak ejaan tu NSR?) dengan teh tarik kawwwww!!!

Kawan kita Alias, Normah, Nordin, Md Shah dan Induk sebenarnya sudah jadi keluarga besar samada sebagai adik beradik, anak saudara mahupun menerusi perkahwinan. Mereka ni pusing-pusing kek situ yo.. hahaha..jangan marah pulak..kita gurau-gurau sikit.

Yang lain-lain saya tak jumpa kerana saya datang awal dan pulang awal, kena ke Teluk Panglima Garang pulak, memenuhi jemputan kawin jugak.

Sekali renung saya fikir kita ni memang dah tua dah, dah lebih separuh abad usia kita, tapi saya tengok, saya je yang kelihatan tua, yang lain-lain tu tak nampak pulak macam orang dah tua. Tengok Tahir masih mudo, Hj Salim apo laie lah, macam oghang umo 33 tahun yo. Tok Lombago laie pakai songkok laie mudo, begitu juga dengan Jalil, Hamid, Lieh, Nordin. Proff tu bukan nampak tuo, tapi nampak matang, aiyolah..

Bilo saya lihat pulak SSAK, LAR, MD, Kaklong di Gemas tu, hish!! nampak muda-muda belaka. Mungkin rahsia mereka tu sepanjang masa golak, tak stress langsung sebab tu awet muda. Hawa tak yah ceritalah, memang selamanya macam tu. Rubiah??? heh memang nampak cute lagi sama macam CTN.

Dalam ramai-ramai rakan kita tu yang paling nampak muda ialah Zali dan Zamrus serta Wahab.

Jauh pulak saya melencong kali ni, well the point is...kita dalam usia begini sebenarnya memang zaman menerima menantu. Ramai rakan kita yang telah menjadi bapa atau ibu mertua. Ada yang dah beberpa kali jadi mertua dan ada yang telah mempunyai ramai anak cucu.
 
Sekarang memang rakan seangkatan kita sedang berlumba-lumba menerima menantu, samada menantu lelaki atau perempuan. Sekadar untuk catatan, setakat yang saya boleh ingat rakan-rakan kita yang telah dan bakal menjadi atuk atau uwan ialah Tahir, Alias, Salim, Hawa, Rubiah, Shara, Ramlah, Md Shah, Zainab, Zainun, Nordin, Rashid, Norizan, CTN (Datin Normah saya tak pasti) Zali, Halim Gumpal, Dr Zaha, Azimah, Mohd Kamaruddin dan Rusli Ahmad. 

Yang lain-lain tu seperti Zaharin dan Wahab tak lama lagilah tu, tittle dia akan berubah. Kakcik, Ahmad Firdaus, Shidi dan Hamid mungkin lambat lagi kot. Dalam hal menerima jemputan rakan-rakan ni saya kira bergantung kepada rezeki masing-masing, kadang-kadang kita tidak berkesempatan hadir atas pelbagai sebab yang tidak mampu kita elakan. Apapun seboleh mungkin kita akan bersama.

MCC, Mail, Roslan, Hasidin, Norhashim, Halimah dan juga Jalil, anak yang besar-besar sudah ada, tapi bila bertemu jodoh kita tak tahu. Saya??? pun sama tunggu yolah..sebab tu saya nak kawin lagi satu, nak buek tema!!!!! MCC mesti sokong ni. hahaha..bye. Meh layan video ni:

Tuesday, May 3, 2011

KENDURI KAWIN - CHANG CAPIT

Jika dulu dalam tahun 60han kenduri kawin biasanya diadakan selepas menuai padi. Masa itu seolah sinonim dengan perbilangan “ada padi semua kerja menjadi”, dan “ada beras semua kerja jadi deras”. Almaklum masa tu kenduri kawin menuntut kerjasama semua penduduk kampong. Dari menyediakan kelengkapan, peralatan dan masak memasak semuanya dibuat secara gotong royong.
                                                                        .
Seminggu sebelum kenduri diadakan mesyuarat dan perjumpaan penduduk kampong. Mesyuarat ini dinamakan “berkampong”. Semua penduduk kampong akan hadir untuk membuat kemah, penanggah, balai bersanding dan sebagainya. Kaum wanita pula bergotong royong mengacau “penganan” dan “rojid” untuk kedua mempelai mengunjungi mak dan bapak saudara dalam acara “menyombah” Penduduk kampong ada yang membawa ayam seekor  dua, susu, gula dan lain-lain untuk mencukupi bahan yang disediakan oleh tuan rumah.
                                                                                                          .
Kenduri kawin bermula dari malam sebelumnya. Selalunya diadakan kenduri tahlil dan doa selamat. Sambil kenduri sambil membuat persiapan untuk esok. Lembu atau kerbau yang disembelih petangnya mula disiang dan di “kecutkan”. Jamuan malam itu biasanya sop tulang yang sangat menyelerakan.
                                                              .
Bila kenduri besar esoknya berduyun orang kampong dating. Masing-masing akan menjinjing apa saja yang boleh dijinjing. Selalunya kuih yang akan dimakan bersama untuk minum pagi. Untuk memeriahkan majlis selalunya tuan rumah akan menyewa pembesar suara dan lagu-lagu terbaru akan dimainkan. Tempat operasi pembesar suara ini selalunya di bwah rumah dan pembesar suara itu diletakkan di pucuk pokok yang tinggi. Maka  kedengaranlah lagu tersebut diseluruh kampong. Bagi yang agak berada akan menyewa kugiran kampong dan bertambah meriahlah majlis kawin tersebut.
.
Lauk pauk yang dimasak juga sangat terhad, hanya daging lembu atau kerbau atau kambing, ayam kampong sementara sayurnya pula selalunya labu, umbut acar dan rending kacang panjang dengan hati dan pedal ayam bersama nasi putih.
.
Tak ada nasi minyak dan beriani. Tak ada istilah “catering”. Tak ada kemah berbumbung kanopy dan lebih dari itu tak ada “door gilf”. Selepas kenduri seluruh penduduk kampong bergembira. Sekurangnya itulah pesta kampong sekali sekala.
.
Tahun 70han pun hampir sama. Masa kendurinya telah mengikut perubahan. Lepas musim menuai diganti dengan masa cuti sekolah. Maka setiap cuti sekolah bertindan tindeh kenduri diadakan. Orang kampong yang dah tak berapa ramai (sebab penghijrahan) berbahagi. . Separuh ke baruh dan separuh ke darat. Jadinya kenduri pun dah kurang meriah. Pada masa ini  yang pergi kenduri kawin telah mula member duit sebagai hadiah kepada tuan rumah. Cuma kadarnya taklah berapa banyak. Sekadar sehelai duit hijau atau sehelai  duit merah sudah mencukupi. Menariknya siapa yang menderma dicatatkan. Dilantik seorang kerani untuk mengendalikan wang pemberian tersebut.
                                          .   
Alaf baru membawa perubahan baru. Masakini kenduri kawin tidak lagi diadakan selepas menuai kerana hampir semua sawah di kampong saya telah tidak diusahakan lagi atau ditukar kepada tanaman kelapa sawit. Kenduri kawin juga tidak semestinya diadakan semasa cuti sekolah. Cuti hujung minggu biasa pun banyak majlis kenduri kawin  apalagi jika cuti hujung minggu bersambung dengan cuti umum.  Faktor untung rugi juga diambil kira dalam mengadakan majlis kawin sekarang. Ramai yang menganjurkannya selepas gaji antara 25 hb hingga 7hb  kerana beranggapan pengunjung akan lebih bermurah hati menghulur sila berjabat salam kelak.
.
Cuti hujung minggu yang lepas saya menerima undangan 5 majlis perkahwinan. Saya sebolehnya akan memenuhi semua undangan kerana saya tau tuan rumah akan sangat berbesar hati jika kita memenuhi undangan beliau. Disamping itu dimajlis kenduri kawinlah kita boleh berjumpa dengan kawan atau orang kampong yang telah lama tidak berjumpa. Ada dua majlis lain yang kita berkemungkinan dapat berjumpa dengan kawan lama. Pertama semasa sembahyang raya dan stau lagi semasa kenduri kubur.
.
Kenduri kawin di rumah Siti Sara minggu lepas nasi barianinya sedap. Selain saya Alias, Nordin dan Sarip juga hadir. Yang menarik minat isteri saya ialah apam butter ciptaan Siti yang sangat sedap. Kawan yang nak rasa kesedapan kuih tu mintalah resepinya dari Siti Sara.
.
Majlis yang terakhir saya hadiri ada sedikit masalah. Tetamu masih ramai tetapi makanan dah habis. Untuk tidak memalukan tuan rumah saya makan cepat-cepat dengan kuah yang masih berbaki dan cepat-cepat minta diri. Mungkin tuan rumah tidak menyangka begitu ramai tetamu yang hadir berbanding makanan yang disediakan. Pada pendapat saya kita juga boleh mengurangkan risiko tuan rumah. Janganlah bawa seluruh keluarga kita ke majlis kenduri begitu. Cukup sekadar kita suami isteri saja yang hadir.  Saya sangat bersimpati dengan tuan rumah tersebut.