Oleh:
Jokiden.
Sabtu lepas 10 Mac 2012, saya memenuhi jemputan rakan kita Sdr Md Shah Zainal Abidin meraikan anak gadisnya sebagai raja sehari. Sebenarnya saya hadir dua kali, bukan apa rumah kami berdekatan. Sebelah malam sebelumnya sewaktu majlis akad nikah saya juga hadir.

Kedua-dua majlis Md Shah dan Induk amat meriah. Saya tak tahu berapa jumlah jemputannya, cuma saya merasakan cecah ribuan orang juga. Guru besar ramai yang hadir, guru-guru juga ramai yang hadir, kan Md Shah PPD Seremban sekarang ni, mestilah ramai kenalan dan kalau tak dijemput memang ada yang mongumpek sok.
Sekarang ni orang mementingkan tema, lalu anak Md Shah memilih tema unggu. Semua unggu, khemah unggu, buah tangan unggu, pelamin unggu, alas meja unggu, nasib baik pinggan tak unggu. Zaman kita jadi raja sehari dulu, mana ada tema-tema ni asyik-asyik merah, merah dan merah. Jalil merah, Shidi merah, Shara merah, MCC merah, Tok Lombago merah dan saya huhuhu merah jugak...!!! Itu sebab saya sekarang ni rasa nak kawin lagi lah..nak ada tema jugak.. siapalah yang pertama nak respon tanda setuju ni..
Saya temui Alias, Nordin, Zamrus, LAR dan SSAK. Dengan SSAK dan LAR ni kami kini selalu kena teh tarik bertiga..puncanya setiap kali LAR telefon SSAK, secara kebetulan saya ada bersama SSAK. So bila dia call SSAK tak dapat dia ingat SSAK ada bersama saya dan dia call lah saya pulak...lepas tu sah kono teh tarik. Saya dapati mereka berdua dah terkinyam (boto tak ejaan tu NSR?) dengan teh tarik kawwwww!!!
Kawan kita Alias, Normah, Nordin, Md Shah dan Induk sebenarnya sudah jadi keluarga besar samada sebagai adik beradik, anak saudara mahupun menerusi perkahwinan. Mereka ni pusing-pusing kek situ yo.. hahaha..jangan marah pulak..kita gurau-gurau sikit.
Yang lain-lain saya tak jumpa kerana saya datang awal dan pulang awal, kena ke Teluk Panglima Garang pulak, memenuhi jemputan kawin jugak.
Sekali renung saya fikir kita ni memang dah tua dah, dah lebih separuh abad usia kita, tapi saya tengok, saya je yang kelihatan tua, yang lain-lain tu tak nampak pulak macam orang dah tua. Tengok Tahir masih mudo, Hj Salim apo laie lah, macam oghang umo 33 tahun yo. Tok Lombago laie pakai songkok laie mudo, begitu juga dengan Jalil, Hamid, Lieh, Nordin. Proff tu bukan nampak tuo, tapi nampak matang, aiyolah..
Bilo saya lihat pulak SSAK, LAR, MD, Kaklong di Gemas tu, hish!! nampak muda-muda belaka. Mungkin rahsia mereka tu sepanjang masa golak, tak stress langsung sebab tu awet muda. Hawa tak yah ceritalah, memang selamanya macam tu. Rubiah??? heh memang nampak cute lagi sama macam CTN.
Dalam ramai-ramai rakan kita tu yang paling nampak muda ialah Zali dan Zamrus serta Wahab.
Jauh pulak saya melencong kali ni, well the point is...kita dalam usia begini sebenarnya memang zaman menerima menantu. Ramai rakan kita yang telah menjadi bapa atau ibu mertua. Ada yang dah beberpa kali jadi mertua dan ada yang telah mempunyai ramai anak cucu.
Sekarang memang rakan seangkatan kita sedang berlumba-lumba menerima menantu, samada menantu lelaki atau perempuan. Sekadar untuk catatan, setakat yang saya boleh ingat rakan-rakan kita yang telah dan bakal menjadi atuk atau uwan ialah Tahir, Alias, Salim, Hawa, Rubiah, Shara, Ramlah, Md Shah, Zainab, Zainun, Nordin, Rashid, Norizan, CTN (Datin Normah saya tak pasti) Zali, Halim Gumpal, Dr Zaha, Azimah, Mohd Kamaruddin dan Rusli Ahmad.
Yang lain-lain tu seperti Zaharin dan Wahab tak lama lagilah tu, tittle dia akan berubah. Kakcik, Ahmad Firdaus, Shidi dan Hamid mungkin lambat lagi kot. Dalam hal menerima jemputan rakan-rakan ni saya kira bergantung kepada rezeki masing-masing, kadang-kadang kita tidak berkesempatan hadir atas pelbagai sebab yang tidak mampu kita elakan. Apapun seboleh mungkin kita akan bersama.
MCC, Mail, Roslan, Hasidin, Norhashim, Halimah dan juga Jalil, anak yang besar-besar sudah ada, tapi bila bertemu jodoh kita tak tahu. Saya??? pun sama tunggu yolah..sebab tu saya nak kawin lagi satu, nak buek tema!!!!! MCC mesti sokong ni. hahaha..bye. Meh layan video ni:

AsSalam,
ReplyDeleteJokiden, soheah tok imam dlm vidoe tu orang UMano....hahaha. Pd u nak mengaso tema ko nak mengaso kawin satu lg...U WATCH OUT!!!!!!!!!
Sorry........hehehe
SSAK
Hahaha..sajo nak ngaso tema yo...
ReplyDelete