GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Siti Aminah. Show all posts
Showing posts with label Siti Aminah. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

PERTEMUAN DI LA RITZ

OLEH: ISMAIL@CHANG CAPIT

Semalam saya, Sarip, Rashid dan Siti Sara memenuhi undangan Aminah untuk lunch di sebuah restoran di Bangi. Nama restoran tersebut telah dibahasa Peranciskan dari bahasa melayu. Restoran “La Ritz”  dari perkartaan bahasa asalnya restoran LARIS.

Memang memenuhi selera pelanggan restoran tersebut sememangnya laris dan semasa saya sampai setengah jam lebih awal restoran tersebut telah menerima tetamu yang ramai. Terlalu banyak menu pilihan untuk makan tengahari yang semuanya sedap-sedap belaka. Kebanyakkan menunya masakan asli Negeri  Sembilan.  Keliur saya melihat masakan ala kampong yang tersedia dalam bentuk layan diri.


Saya memilih nasi putih, ikan sembilang salai masak lemak, jantung pisang rebus dan tea o ais. Labu masak lomak pun ada tetapi samba gesek tak ado. Mungkin orang Bangi tak tau makan sambal gesek agaknya.

Restoran ini rupanya kepunyaan member kita jugak iaitu Puan Zainab Idris. Tak sangko member kita jadi tokey restoran yang eksklusif. Dengan juadah yang beraneka, pekerja yang peramah dan pelanggan yang ramai saya kira untung bersih harian tokey kedai ini tidak kurang dari RM2,000 sehari. Kiralah sendiri pendapatan bulanannya. Mungkin mengalahkan pendapatan tahunan kita.

Masa kami sampai dan sedang menikmati juadah Tokey Kedai tak ada. Kata pekerjanya beliau ada urusan di luar. Apabila berkira nak balik dan meminta bil pekerja tersebut memberitahu tak perlu bayar kerana Puan Zainab belanja.  Terima kasih Nab atas budi baik tu dan semoga La Ritz lebih laris. Bukan setakat itu rupanya Puan Zainab telah menyediakan ruang yang selesa di dalam kedainya untuk kami tetapi kami lebih selesa dan santai berada di luar restoran La Ritz.

Apabila Sarip telefon memberitahu Aminah (lepas ini ditulis Minah)  nak belanja lunch di Bangi saya terus bersetuju. Sebabnya dah lama sungguh saya tak jumpa Minah dan minggu sebelumnya dalam posting saya  sebut namanya..

Dalam masa menanti ketibaannya saya bayangkan rupabentuk Minah masakini. Yang pasti mesti ada perubahan dan sejauh mana perubahan tersebut setelah lebih dari beberapa dekat jarak waktunya.

Akhirnya Aminah sampai dan dia terpacak di depan saya.  Maea… Rashid.. Sarip… sapa Minah. Masih kenal dia lagi rupanya pada kami tanpa salah orang. Saya mengamati perubahan yang ada padanya. Dulu Minah berisi dan solid. Sekarang pun sama macam tu tetapi agak “put up weight”. Pakaiannya baju kurung yang “mengolit” bak kata Sarip sesuai dengan tugasnya sebagai Secretary yang menuntut beliau mesti kelihatan anggun setiap waktu. Walau telah melewati usia lima puluhan “her beauty is  there.”.

Tutur katanya sopan, sebiji-sebiji berbanding dengan dulu yang kalau dia berkata macam bertih digoreng di seliti dengan ilaian ketawa. Semua itu dah tak ada lagi pada Minah yang asal.  Terasa perbualan kami macam formal pulak.

Walau begitu dia mengakui masih ingat dan mengakui kebenaran cerita yang saya tulis mengenai dia. Juga dia merasakan betapa touchingnya cerita zaman sekolah yang saya tulis.

Shidi dan Jalil tak dapat datang. Jika datang pasti suasana menjadi lebih meriah. Semasa drive  balik saya dan Rashid menyambung perbualan. Rupanya Rashid masih berjiwa muda. Banyak yang saya pelajari darinya.

Pada kawan-kawan yang ingin mencari kelainan selera, menjamu kawan atau membuat kenduri datanglah ke La Ritz restoran. Tempat yang stategik untuk menjamu selera secara relak dan santai. Terima kasih Sarip, Aminah, Rashid dan Siti Sara kerana telah memenuhi masa tengahari saya dengan satu lagi nostalgia yang tidak akan saya lupakan. Cuma terkilan tak dapat jumpa tokey La Ritz.