GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, December 20, 2013

ANAK BUAH DAN ANAK CUCU..

 Oleh: Jokiden
  
 
Boat ke Pulau Besar sedia menanti..

Sehari dua ini pastilah media sosial penuh dengan pelbagai ucapan tahniah antara satu sama lain atas kejayaan orang tersayang dalam PMR. Dalam kegembiraan ada yang terlupa untuk berkongsi keseronokan tersebut dengan orang terdekat.

Sebaliknya keseronokan dikongsikan bersama dengan rakan-rakan di media sosial. Mungkin juga ada yang berpendapat bahawa saudara mara terdekat cukuplah sekadar mendapat berita gembira tersebut melalui media sosial juga.

Ibu bapa pastinya inginkan keputusan yang terbaik untuk anak-anak mereka. bukan sahaja untuk kepuasan diri yang selamanya bertungkus lumus menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi juga untuk bahan bualan untuk dikongsikan malah untuk dibanggakan dengan rakan taulan.

Media arus perdana juga menyiarkan beberapa orang yang bernasib baik untuk dikongsikan ke seluruh negara. Pelbagai gelagat dan reaksi dapat kita lihat. Walaupun keputusan PMR bukanlah penentu masa depan seseorang pelajar tersebut, namun penilaian peda peringkat itu sekurang-kurangnya menjadi pandu arah kemana anak-anak tersebut akan membawa haluan.

Ada yang gembira mendapat 8A atau 9A. Ada yang mengharap akan mendapat keputusan sedemikian baik, namun entah di mana silapnya, keputusan yang diterima tidak seperti yang dihrapkan. Ada yang hanya setakat lulus sahaja semua mata pelajaran. 

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya dengan cemerlang, 8A atau 9A atau 7A. Ada sebab kenapa mereka berjaya sedemikian rupa. Syukur juga kepada anak-anak yang tidak mendapat A tetapi tetap lulus dalam kebanyakan subjek. Masa depan anda tetap ada dalam negara tercinta ini.

Terbayang di mata saya ialah wajah ibu yang gembira dengan keputusan LCE, MCE dan HSC saya. Perkara ini telah berlaku berpuluh tahun dahulu, namun beberapa bulan yang lalu ibu menceritakan semula bagaimana saya terjebak ke sekolah aliran Inggeris. Katanya adik bongsunya yang kami panggil Acu beria-ia sangat untuk memasukkan saya ke sekolah Aliran Inggeris.

"Biar sepatah sok dio dapek bocakap Inggeris" begitu ibu saya mengulangi berpuluh kali ayat atau kata-kata pemutus Acu yang ingin memasukkan saya dan abang saya ke sekolah Inggeris.

Saya tidak pandai menceritakan kembali semua kisah itu. Panjang dan berliku. Rasanya MCC lebih arif untuk mengarang dan menggarap kisah-kisah silam ini. Apabila beliau menulis, kita akan di bawa kembali ke zaman itu seolah-olah kisah itu baru berlaku semalam.

Saya antara insan yang gembira semalam kerana anak buah saya mendapat 7B dan 1C. Saya kira pencapaian itu adalah hebat berdasarkan segala kesukaran yang beliau hadapi. Saya telah berjanji untuk membelanja dia atas kejayaan tersebut.

Melalui fb juga saya terima berita gembira bahawa cucu saya telah berjaya mendapat 8A. Akan adalah hadiah dari atuknya nanti sebagai galakan untuk dia berusaha lebih lagi kelak. Pada zaman kita siapa peduli tentang hadiah-hadiah. Siapa nak memberikan kita hadiah??? hadiah air mata adalah...Terasa sesak pulak nafas bila mengenagkan ini semua. Tahniah cucu dan anak buahku.

Nota:

Semalam saya sempat ke Palong mengziarahi uwan dan mak. Uwan nampak masih belum bermaya sejak keluar dari hospital tempoh hari. "Kau bawak apo jang"? dia bertanya lesu. "Buah langsat dan buah mangga" Kataku. "Poie amik, uwan nak.."

Dua biji buahpun sukar untuk dia makan, seleranya hilang terus. Buah mangga dia cuba makan dua iris, pun keluar semula.

Berpuluh tahun dia makan sirih, kini dia tidak mahu lagi memandang sirih. Berpuluh tahun dia tidak menjamah susu, kini dia minum pula susu seteguk dua. Berpuluh tahun uwan tidak pernah minum air putih atau air suam, kini dia menolak air teh o, sebaliknya minta air suam...

Mak tidak ceria dan tidak banyak cakap... dia telah lupa segala-galanya... berbulan-bulan dia duduk dengan saya di Seremban, dia tidak boleh makan nasi, sekadar makan bubur sahaja. Kini di waktu uwan tidak berselera makan, mak pula kembali makan nasi, makan kuih dan makan buah..

Akan panjang kisah ini nanti. Berhenti dulu, ada masa saya sambung lagi. Sekurang-kurangnya ada rekod atau memoir di sini.

Salam sayang dan salam rindu semuanya.

    





Thursday, December 19, 2013

NOSTALGIA CAMERON HIGHLANDS.


Disalin oleh Jokiden

Jaguh tanah tinggi

 

JAM menunjukkan pukul 6.30 pagi ketika Suresh Subramanyam menghidupkan enjin Land Rover miliknya sebelum meninggalkan ahli keluarganya yang masih lena diulit mimpi.

Begitulah rutin Suresh pada setiap hujung minggu yang membantu keluarganya menguruskan kerja-kerja di kebun kubis seluas setengah hektar di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Walaupun sudah berusia lebih 45 tahun, Land Rover model 109 itu masih cukup bertenaga mendaki laluan berbukit dan suluhan lampunya juga cukup terang untuk 'membelah' jalan yang masih berkabus.

Sesekali perjalanan pacuan empat roda itu terpaksa keluar dari laluan utama sehingga menghimpit rapat ke 'dinding' bukit bagi memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan yang lebih kecil. 

"Banyak sekali jasa Land Rover ini kepada kami sekeluarga. Walaupun sudah tua khidmatnya masih diperlukan untuk melakukan kerja-kerja di kebun.

Tuesday, December 17, 2013

TERKENANG..

Oleh: Jokiden.
 
 
18/12/13


Hari ini jenazah Allahyarhamah Azean Irdawaty selamat di semadikan. Dramatis 'airmata' ini pergi meninggalkan kita dalam usia 63 tahun. Suatu hari dalam tahun 1977 saya merupakan orang Sg Jelutong yang pertama berkesempatan bergambar bersamanya.

Ketika itu beliau menghadiri satu konsert atau pertunjukan di asrama saya. Saya baru sahaja menjadi juara dalam satu pertandingan di asrama dan sebagai juara diberi peluang untuk bergambar dengannya. Nak tahu saya menjadi juara apa??? Jangan golak pulak, saya menjadi juara dalam pertandingan gigi tercantikkkkkkkkkkk... amik kau.. sei monang nombor satu.. Apapun semuga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Semalam 17/12 kawan kita DAJA menyambut hari jadi siap potong kek lagi.. ramai yang wish dia di media sosial. Saya mengingatkan juga rakan-rakan rapat agar tidak terlepas pandang perkara kecil tetapi penting ini.

Teringat saya kepada Azimah dan Datin Normah yang menyambut hari jadi serentak pada bulan lepas. Azimah memberitahu saya bahawa dia siap membeli kek 'godang' laie. Datin pula menyambut Hari Lahirnya di 'Paris' hahaha.. tompek yang sojuk di Bukit Tinggi.. Tiga hari tiga malam beliau berada di sana.

Jika kita masih ingat pada awal2 penulisan di blog ini dahulu, setiap rakan yang menyambut hari jadi akan dipaparkan di sebelah atas kanan, sekarang ini sudah tidak ada lagi.. ontah apo sobab ea seipun kurang ngerti..

Apapun menyambut hari jadi ada siknifikannya yang tersendiri. Ia dilakukan oleh berbillion manusia di alam maya ini. Sehingga penghujung tahun ini rasanya ada lagi rakan kita yang akan menyambut hari jadi seperti Wahab dan Ahmad Firdaus. Hari ini pula 18/12, NSR seorang peminat blog kita ini juga sedang menyambut hari jadi. Kepada semua selamat hari jadi dan kita doakan yang baik-baik sahaja.

Pada hari Sabtu yang lepas saya sempat makan tengah hari bersama Pengetua kita Cikgu Zain Rais bersama isterinya dan juga Tok Lombago. Beliau teruja sangat dengan penubuhan koperasi kita ini.

Terkini tentang koperasi ialah, Akaun bank sudah dibuka, borang keahlian akan diedarkan secepat mungkin oleh Setiausaha. Yuran penyertaan cuma RM20 dan saham permulaan cuma RM100. Datin Normah banyak membantu. Menjadi kerugian sekiranya warga SMBK tidak menyertai koperasi ini kerana saya yakin sangat koperasi ini akan pergi jauh menerokai bidang2 perniagaan yang mengancam dan pastinya akan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada ahli kelak.

Antara yang tergambar di dalam pemikiran ALP ialah perniagaan dalam bidang perkhidmatan, pelaburan, hartanah, pegangkutan, penyediaan makanan, kereta sewa dan macam-macam lagi. Semua itu boleh dan mampu dilakukan dalam waktu yang singkat. Tidak lupa juga bidang MLM... stemcellllll lah tu... hahaha.. Duit koperasi akan botingkek nanti. Hubungi SSAK di 013 3563911 untuk mendapatkan borang ke ahlian atau lain2 maklumat.

Koperasi ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara sesama kita nanti.. Kita berikan keyakinan kepada ALP yang pakar dalam bidang masing2. Mereka terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, tokoh koperat, tokoh pendidik, ustaz dan pelbagai displin lagi.. Seia sekata kita pasti berjaya.

Semalam saya ke Nilai 1 bertemu dengan seseorang, selesai urusan di TESCO saya ke Nilai 3, kerana telah agak lama tidak ke sana.. Bersama dengan Rosli Ahmad, kami duduk pekena roti canai di sebuah warung. Kata Rosli itu roti canai paling sodap dalam Malaysia. Sebut je ghuti canai sei mulolah eeeeeeeee!!! teringat uli dengan lutut dan siku. 

Saya hanya minum, Rosli memesan 2 keping roti. "sokoping tak cukup.." katnya. Bila roti sampai saya lihat memang menarik dan enak kelihatannya. Saya pun mintak satu lagi.. kompem sodap. Tengah menjamu selera muncul pulak LAR bersama rakannya sedang mencari makanan.. mereka perlukan nasi.. mereka ni kalau makan agak ganas, kalau tak ada dua tiga jenis makanan atas meja tak sah.. Kawan LAR tanya saya "betoi ke roti tu sedap?' Saya belikan 4 keping untuk dibungkus bawak balik. Saya minta diri mahu pulang. Agaknya LAR selepas itu mungkin juga bungkus ghuti canai bawak balik.. hahaha..

Hari ini jadual saya selaku PKK mungkin agak sibuk. Petang mungkin ke Palong mengziarahi uwan dan mak saya yang tidak beberapa sihat. Mereka kembali ke sana beberapa hari yang lalu setelah lebih sebulan bersama saya. Pada sebelah malam saya mungkin ke Kuala Lumpur, apalagi stemmmmm cell lah tu.. Saya tulis mungkin di sini kerana kita hanya merancang...

  
 
Hj Salim dan Keluarga di Tawau..


Jumpa lagi kawan-kawan, salam rindu dan salam sayang.


Monday, December 16, 2013

KOMPUTER BUAT HAL LAH PULAK

  

Oleh Jokiden:

Assalam kawan2,

Lama juga saya tak menulis di sini. Bukan sahaja di sini, malah di blog yang lagi satu juga begitu. Kedua-duanya diganggu oleh proxy iklan. Kepandaian terbatas, bila berlaku gangguan seperti ini, kita jadi buntu dan jadi malas.

Membaca boleh, hendak membuat posting baru susah, terpaksa minta bantuan anak-anak. Hendak komen langsung tidak boleh sekarang ini kerana bila di klik sahaja butang komen maka keluarlah iklan2 yang tidak dapat kita hindarkan. Bertambah sakitnya hati ini ialah hendak membaca komenpun tidak dapat..

Bang MCC nampaknya telah kerap menulis semula. Saya seronok membaca puisinya yang sangat dalam maksudnya. Terserlah kehalusan jiwanya. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Terasa masa begitu cepat berlalu, belum sempat uban hendak tumbuh, dah bertukar tahun. Hehehe.. Kenapa saya sebut uban pulak, tak ada kiasan lain ko?.

Perkembangan terkini rakan2 sejak mutakhir ini sangat menarik. Masing2 mempunyai aktiviti yang tersendiri. Jokiden sibuk dengan double dan triple stemcellnya, siang dan malam, kononnya hendakkan duit botingkek. Muga dia berjaya. Muga Allah swt memberkati usaha.

LAR dan SSAK juga kelihatan sibuk dengan Koperasi SMBK. Kita patut memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi atas usaha mereka tersebut. Mereka berusaha dan yang 'sonang sok' kito. 

Semalam 16/12, saya sempat berborak dengan Hasidin, kesihatan dia telah bertambah baik, cuma matanya kurang nampak, perlukan laser. Cretonin dalam darahnya 250 ke 350.(ontah boto ko tidak ejaan tu) Katanya jika cretonin tu melebihi 450 maka dia perlu menjalani rawatan dialisis. Saya teringatkan darling SSAK, saya tanya dia terkini, berapa cretoninya.. Katanya 960!!! Kita doakan yang terbaik untuk keluarganya.

Kakcik Mariani bakal menunaikan UMRAH minggu depan, kita doakan selamat pergi dan selamat balik. CTN dan hubbynya asyik terbang ke sana sini. "Teko bodan sihat ni.." kata dia bila saya tanya kenapa kerap sangat naik kapal terbang. Tak takut ko??? Minggu lepas hari Jumaat dia datang ke rumah saya, singgah sebentar dalam perjalanan balik kampung mengziarahi kampung halaman.

Biasalah dia minta double stemcell dari saya. "Bokosan bona ko?' sei tanyo dio bilo dio mintak ompek kotak laie. "tumit sei yang menggerutu dan kematu dah licin balik.." katanya.

Masalah peribadi dikalangan rakan2 nampaknya diluar kemampuan kita untuk mengelakkannya. Ada yang memanjang ceria, ada yang separuh ceria dan ada yang kadang kala berduka. Dua anak saya dan nenek saya di masukkan ke hospital serentak diserang oleh denggi. Syukur kini telah keluar hospital, namun masih dalam MC.

Rashid dan Zailah nampaknya bakal menerima menantu pada minggu depan. Jika ada kesempatan, moh kito poie... bukanya lama sangat dalam sejam dua sahaja. Seronok bertemu dengan rakan2 ni.

Enab dan Kamaruddin biasalah ligat dengan urusan masak memasaknya pada hujung tahun ini. Duit mereka memang dah botingkek. 

Pagi Ahad 15/12 saya sempat minum pagi dengan Dato J dan keluarga juga SSAK, tompek ea tak yah cakaplah, amat istimewa nanti LAR jeles pulak... Terasa kedamaian menghiasi jiwa  bila bersama rakan-rakan ini.

Minggu lepas saya bertemu dengan Hamid Bawal, geng jutawan kita di Mid Valley KL. Biasalah dia, down to earth. Bertambah macho dia sebab duit ea botingkek. Dia membeli 4 kotak stemcell dari saya.

Datin Normah nampaknya sibuk ke sana sini memberi ceramah tentang koperasi. Bila terjumpa rakan-rakan dia asyik menunjukkan mukanya yang telah bertambah cantik.. sebab 'stemcell' lah tu. hehehe.. hebat promosi sei.

Yang kita mesti selalu ingat ialah dua kawan kita yang istimewa. Mereka ini istimewa kerana kemana pergi mereka akan berdua, bukan naik kereta tetapi naik komuter.. nak tahu siapa??? tunggu posting saya yang akan datang...Saya akan cuba untuk mengupdatekan blog kita ini setiap hari.. kok bolehlah.

Banyak yang nak diceritakan  dan dikongsikan ini. Kisah banjir, kisah koperasi, kisah Tahir, kisah TL, kisah Pengetua dan tidak lupa kisah Double Stemcelllllllllllll....!!!!!


    
Happy Birthday DAJA.

Salam rindu dan salam sayang semuanya...


FANTASIA BULAN MADU BERSAMA AJUKUU



Ku bawa kau ke sini wahai Ajukuu,
setelah sempurna ijab kabul kita,
dan kau isteriku yang sah,
dunia dan akhirat.

Di daerah fantasia ini Ajukuu,
ke genggam erat mesra tanganmu,
dalam juntaian kasih sayang
dan kesetiaan se orang isteri.

Di daerah fantasia ini ku lafaskan
terima kasih setulusnya Ajukuu,
kerana sudi bergelar isteriku.

Di malam fantasia ini,
termeterai sudah sumpah setia  kita,
yang tak mungkin terlerai selamanya.

MCC
Senawang



Lelaki Tua Dan Ajukuunya.

Se orang lelaki tua,
hatinya berbunga cinta,
langkahnya menongkah laluan,
terketar. terketar... terketar,
mencari  sesuatu yang hilang.

Lelaki tua itu,
menyapa setiap yang lalu,
dengan matanya meredup rindu,
dengan suaranya yang merayu,,
di manakah Ajukuu?

Lelaki tua itu,
terusan mendayu dan merayu,
di manakah Ajukuu?
apakah Ajukuu pergi,
meninggalkan pelabuhan ini,
di lautan lepas yang tak bertepi.

Lelaki tua itu,
terusan menanti Ajukuunya,
hingga ke hujung nyawa.

Ajukuu....
bagaikan kuntuman mawar,
segar dan mewangi,
bermadu di kelopakmu.

Ajukuu....
bagai se ekor rerama,
memikat warnanya,
lenggang lenggok sayapnya,
menyapa embun pagi.

Ajukuu bagai....
setiap patah bait puisi,
dari minda se orang penyair tua,
yang merindu pada kuntuman mawar,
juga pada se ekor rerama.

MCC.
Taman Bandar Senawang
Seremban.
16.12.13   11.15 malam.

Friday, December 13, 2013





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAAN ALLAH SWT

Kami

MOHAMAD RASHID BIN YAHYA

DAN

NOLIAH BINTI MAJID




Dengan penuh kesyukuran kami mempersilakan kawan-kawan warga SMBK 69/74
kemajlis perkahwinan Puteri kami yang dikasihi:


FADZLINA BINTI MOHD RASHID
dengan pilihanhatinya
 FIRDAUS BIN AHMAD


Pada hari

SABTU, 28HB DISEMBER 2013
bersamaan
24 SAFAR 1435 HIJRAH

di kediaman kami beralamat:
NO. 214, LORONG TITIWANGSA 9
TAMAN BUKTI, AMPANGAN
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.


Aturcara Majlis:
Jamuan Makan     : 11.30 pg  -   4.00 ptg.
Majlis Bersanding:  1.00 tgh.


Semuga kehadiran dan doa restu para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah SWT.     InShaaAllah



TERIMA KASIH.




Thursday, December 12, 2013

TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS.



Tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga.  Antaranya:

DALAM TIDUR:
Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
Mimpi benda-benda tajam.
Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
Mimpi salib.
Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
Susah tidur malam.
Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
Mimpi binatang.
Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.

DALAM JAGA :
Berdebar tanpa sebab.
Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
Sakit belakang, rasa berat belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mengantuk dalam majlis ilmu."

Jika anda mengalami tanda di atas carilah penawar.

* Sesiapa yang pernah bermimpi dan mengalami perkara di atas sila berikan pengelaman anda untuk dikongsi bersama. Atau anda mengetahui cara perubatan dan sesiapa yang tahu di mana untuk berubat sila berikan maklumat anda.

MCC

Tuesday, December 3, 2013






JEMPUTAN KE MAJLIS MERAIKAN PENGANTIN



RAKAN-RAKAN SMBK 69/74


KAMI


PN ZAILAH BINTI SHAHARUDIN
dan
ENCIK KHAIRIL ANUAR



Dengn ikhlas dan berbesar hati menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan anak perempuan kami


NURSHAZNIN BINTI KHAIRIL

dengan pasangannya

MUHD AMIMUDDIN BIN MUHD NASIR


Pada 

HARI AHAD 22 DISEMBER 2013
JAM 12.00 TGH hingga 4.00PTG

di alamat

77, Jalan PUJ 2/37
Taman Puncak Jalil
Bandar Putra Permai
43300 Selangor

Semoga kehadiran dan doa restu para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah swt.  IN SHAA ALLAH

TERIMAKASIH.

Sunday, November 17, 2013

MINDA "GOLONGAN KOMITED DAN GOLONGAN BERALASAN"

Oleh Prof. Dr Muhaya Muhamad,

Disalin kembali oleh: Jokiden

SATU perkara yang membezakan manusia dari makhluk ciptaan Allah yang lain ialah keupayaan untuk berfikir dan memilih apa yang difikirkan. Banyak perkara berbentuk material boleh diambil daripada seseorang tetapi fikiran adalah sesuatu hak milik sepenuh seseorang dan ia berupaya untuk mengawalnya. Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan dan tindakan menghasilkan hasil kehidupan yakni kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan kewangan.

Apakah formula untuk berjaya? Orang yang berjaya, dia buat apa yang orang tidak berjaya tidak suka lakukan. Bukan kerana dia suka tetapi ia menjadikan perkara itu tabiat yang dibuat tanpa perlu berfikir lagi. Apakah formula untuk menjadi hebat? Orang yang hebat dia buat tindakan yang luar biasa, hasil daripada fikiran yang luar biasa dan menghasilkan hasil kehidupan (kesihatan, kekayaan, ketakwaan dan kebahagiaan) yang luar biasa. 

Hakikatnya orang yang benar-benar bahagia dalam hidupnya, suka apa yang dia buat dan buat apa yang dia suka dengan rahmat Allah dan mendapat sokongan daripada orang di sekelilingnya.

Manusia ini ada dua golongan, iaitu "golongan komited" dan "golongan beralasan". Ciri-ciri atau sikap orang yang dalam "golongan komited" adalah seperti berikut. Pertama, dia sudah nampak masa hadapannya, yakni dia melihat di dalam imaginasi apa yang dia percaya dan apa yang dia akan jadi pada 10, 20, atau 30 tahun akan datang.

Kedua, sentiasa berfikiran positif, sedar dirinya unik dan yakin dirinya hebat. Orang yang tidak yakin dirinya hebat bermakna dia tidak yakin dengan kehebatan Allah yang menciptanya.

Ketiga, sentiasa ada niat dan perasaan "hendak memberi" bukan "hendak mendapat". Oleh itu apabila dia membuat sesuatu kerja dia membuatnya dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan memberi sebanyak mungkin manfaat tanpa memikirkan berapa banyak manfaat yang dia boleh dapat, yakni dari segi ganjarannya.

Keempat, dia akan sentiasa berasa sesuatu benda atau perkara itu banyak dan rezeki sangat luas. Oleh itu dia sentiasa berlapang dada, tidak tamak haloba dan tidak berasa iri hati apabila dia tidak berpeluang memperolehnya.

Kelima, sangat berdisiplin untuk mencapai cita-citanya. Keenam, sentiasa boleh mengawal "dunia dalaman" (fikiran dan emosi) yang menentukan keputusan pilihan dan tindakannya dalam mencapai hasil kehidupannya.

Ciri-ciri atau sikap orang yang dalam "golongan beralasan". Pertama, tidak ada perancangan dan matlamat hidup. Kedua, sentiasa mengutuk diri sendiri dan berasa rendah diri hingga tidak berani mencuba sesuatu yang baharu dan asing buat dirinya.

Ketiga, sangat berkira dan suka memberi "alasan" apabila tidak berjaya bukan mencari "jalan" untuk mencapai kejayaan. "Alasan" kegagalannya itu selalunya dikatakan berpunca daripada orang lain atau faktor luaran.

Keempat, sentiasa berasa dunia ini sempit, rezeki sedikit dan peluang terhad dan akan berebut dan cepat merasa dengki dengan kejayaan orang lain. Oleh itu dia sentiasa hendak bersaing, kedekut dan sering enggan memberi kerjasama. Kelima, tidak tetap pendirian dan tidak konsisten. Keenam, berfikiran negatif dan sangat emosional.

Manusia boleh berubah menjadi baik, yakni daripada "golongan beralasan" menjadi "golongan komited" dengan cara membuat perubahan paradigma. Paradigma bermaksud bagaimana seseorang itu berfikir dan kemudian memberikan respons emosi terhadap apa-apa yang berlaku.

Dalam Kamus Dewan paradigma bermaksud batasan pemikiran seseorang pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman. Paradigma terkandung dalam "minda sedar" iaitu apa yang kita fikirkan dan terkandung juga dalam minda segar/minda bawah sedar (roh) yang 95 peratus menentukan kehidupan seseorang.

Oleh itu seseorang boleh mengubah paradigma dengan mengubah cara berfikir. Sebenarnya apa yang kita lihat bukan dengan mata fizikal tetapi kita melihat melalui mata hati kita. Apabila seseorang mempunyai banyak ilmu yang luas tafsirannya terhadap sesuatu yang dilihatnya menjadi luas berbanding dengan orang yang kurang berilmu.

Paradigma yang akan menentukan hasil kehidupan (kesihatan, kekayaan ketenangan dan kebahagiaan. Demikianlah betapa pentingnya ilmu, kerana kekuatan minda dan fikiran ditentukan oleh saringan dan pilihan bahan bacaan dan tontonan yang mampu menjadikan kita kaya dengan ilmu.

Oleh itu bagi menentukan sama ada kita termasuk dalam "golongan berjaya" atau "golongan komited" sangat-sangat bergantung kepada pilihan kehidupan kita yang kelima, iaitu "minda dan fikiran".

Oleh sebab itulah saya perkenalkan satu konsep atau gaya pemikiran yang saya namakan "Reset Minda" iaitu sains kehidupan yang mengikut sunatullah, yakni undang-undang alam yang dicipta Allah.
"Reset Minda" memandu arah bagaimana kita "berfikir" (melalui minda sedar/akal) dan bagaimana kita "beremosi" (melalui minda bawah sedar/hati) apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

"Reset Minda" adalah konsep pemikiran bagaimana mengubah cara kita melihat sesuatu kejadian dan peristiwa yang terjadi ke atas kita. Kalau sesuatu kejadian itu menyedihkan kita, terimalah ia sebagai satu ujian daripada Allah dan kita reda. Sebaliknya jika peristiwa gembira yang hadir dalam hidup kita, terimalah sebagai satu rahmat daripada Allah dan kita bersyukur serta sedari bahawa apa yang kita peroleh itu bukan kerana kehebatan kita, tetapi kurniaan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Berkuasa. 

Dengan kedua-dua cara ini, kita akan menjadi seorang yang tabah dan tidak riak, malah akan sentiasa merendah hati (bukan merendah hati). Memegang resmi padi "semakin berisi semakin beliut-lentuk menyembah bumi", bukan seperti lalang "mencanak ke langit tinggi kosong tidak berisi". Dengan sikap ini kita akan disenangi oleh orang di sekeliling kita, dan kita pula menjadi seorang yang bahagia dan membahagiakan.

Ubah cara kita melihat sesuatu, (Reset minda) jika sesuatu masalah menimpa kita, lihatlah masalah itu sebagai satu peluang; yakni "batu loncatan" bukan "batu halangan" untuk capai satu kejayaan yang baharu.

Kalau kita fokus kepada perkara yang baik/positif insya-Allah kita akan dapat perkara yang baik sahaja. Masalahnya sekarang, kita suka fokus kepada masalah, jadi masalah pun datang dan kalau memang sudah sedia ada masalah, masalah menjadi semakin membesar.

Oleh sebab itu dalam konsep pemikiran "Reset Minda" disarankan kita menjaga tiga perkara. Pertama, kata-kata yang keluar dari mulut kita. Kedua, fikiran yang berkisar dalam minda kita. Ketiga, perasaan yang berbolak-balik dalam hati kita. Pastikan semua kata-kata itu, yang positif, dan jangan ada sama sekali kata-kata negatif. 

Hal ini adalah sangat penting kerana, dalam Islam kata-kata itu adalah satu doa. Sebagaimana Hadis Qudsi menyatakan, "Allah bertindak berdasarkan apa yang ada dalam fikiran kita atau sangkaan kita; kalau kita sangka baik, baiklah yang kita dapat, demikianlah sebaliknya. Oleh itu bersangka baiklah dengan Allah,".

Demikianlah kepentingan minda atau akal anugerah Allah yang membezakan manusia dengan haiwan. "Lalang suburnya kerana akar, rentaplah akarnya, lalang bakal kering terkapar". Kalau "orang mulianya kerana akal, jagalah akalnya, hati menjadi cekal, minda menjadi segar." (dalam buku Mata Akal Mata Hati). Jom audit diri. "Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak".