GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, June 2, 2014

PERJALANAN KE TANAH SUCI

Oleh Jokiden:
Bersama Abdul Qawiyy.. di Masjid Nabawi
   

17 Mei 2014 saya dan keluarga dengan izin Allah jua telah ke Tanah Suci Madinah dan Mekah untuk menunaikan UMRAH. Perjalanan dari KLIA ke Madinah mengambil masa selama 8 jam 10 minit. 5 petang kami mendaftar masuk dan pesawat berlepas jam 6.50 ptg. Sebelum berlepas Kapten Nasir Yussof membaca doa. Kami mengaminkan, mohon perjalanan kami selamat. Hati tidak boleh berbohong, kisah kehilangan MH370 tetap menjelma dalam ingatan di saat kapal hendak berlepas.

Segalanya tenang selepas itu, cuma sesekali pesawat terasa bergoyang. Biasalah Kapten akan memberitahu cuaca tidak beberapa baik.

Jam 10 malam lebih kurang pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Madinah. Waktu Malaysia ialah kira-kira jam tiga pagi. Sepanjang perjalanan kata-kata Enab dalam salah satu postingnya di Fb sentiasa mengimbau dalam ingatan saya. "The feeling of being not been accepted by God" Kata-kata tersebut juga membuatkan Enab paling banyak menjelma dalam ingatan saya sepanjang berada di Tanah Suci.

Keinsafan yang timbul ialah.. kami datang menyahut seruan Pencipta dengan membawa dosa yang banyak. Bimbang sangat-sangat jika kehadiran kami tidak direstui. Pelbagai kisah misteri yang sempat dibaca sebelum ini menambahkan kegerunan di hati. Namun kami percaya bahawa Allah maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang. Air jernih mula menitis.

Sebelum berlarutan ingin ditegaskan di sini bahawa penulisan ini tidak bermaksud apa-apa selain daripada untuk mencatatkan pengalaman yang sempat dilalui. Bagi mereka yang telah pernah ke sana, malah berkali-kali anggaplah tulisan ini sebagai imbasan kembali.

LAR, SSAK, Zali, Kakcik Mariani, CTN, Enab, DJA, MCC, Hj Salim malah ramai lagi semuanya telah pernah ke sana. Terbaru rasanya ialah Molah pada bulan April lepas.

Sementara yang belum pernah ke sana saya akan berasa teramat syukur sekiranya tulisan ini dapat menimbulkan sedikit keinginan kalian untuk ke sana.


    
Selepas subuh. Kali pertama dalam hidup saya memakai jubah.


Jangan percaya kepada kata-kata bahawa pergi ke sana tidak ada apa-apa. Pergi ke sana serupa sahaja, solat di mana-mana tempatpun sama. Pergi dulu dan rasai kelainanya dalam serba serbi.. Di sana pasti tidak sama dengan di tempat-tempat lain.

Sebagai contoh, jika berdoa setulus hati dengan penuh keinsafan bahawa segala-galanya adalah atas kehendak Allah, maka ramai yang terkejut kerana doa tersebut dimakbulkan sepantas kilat sebelum sempat kita mengerdipkan mata. Menitis lagi air jernih dari kelopak mata.

Saya terasa bersyukur sangat kerana hajat untuk ke sana bersama keluarga akhirnya tercapai. Pelbagai halangan, visa, cuti yang tak serentak, duit yang tidak pernah cukup, keluarga yang tidak sihat, diri sendiri yang kurang bersedia dan macam-macam lagi, akhirnya apabila kami sekeluarga berada di sana, maka saya kira itu juga sebagai satu nikmat. Alhamdulillah.

Ramai kawan-kawan saya yang telah ke sana, seorang berdua ada yang membuat catatan perjalanan tersebut namun dikalangan warga SMBK rasanya tidak ada yang menulis di blog ini walaupun Kakcik Mariani sebenarnya boleh menceritakan kisah2 menarik yang beliau lalui di sana.


Muka comeh berhampiran Rhaudah..
  
Sebenarnya perjalanan selama 8 jam dari KLIA ke Madinah adalah memenatkan walaupun hanya duduk-duduk sahaja dalam kapal terbang itu. Saya dan keluarga berada di tingkat atas sepanjang penerbangan lalu saya membayangkan suasana saya sama seperti suasana Presiden Barack Obama. Kuranglah sikit rasa gementar.

Sesekali kapten kapal memaklumkan bahawa ketinggian pesawat ialah 36,000 kaki, jika terhempas maka jadi debulah kami. Kelajuan pula tetap kekal 950kmj, jarak perjalanan meliputi sejauh lebih 7000km. Ramai yang tidur, tetapi saya berjaga sepanjang penerbangan. Buat apa??? zikir jelah mana yang ingat. Jika di rumahpun jam 3 hingga 3.30 pagi saya baru nak memadamkan lampu, itu rutin harian. Jadi bagaimana saya nak tidur dalam penerbangan tersebut.

Dikala orang sibuk nak turun dari pesawat, maka waktu itulah saya menguap berkali-kali dan terasa tersangat mengantuk. Anak-anak mengheret saya turun dari pesawat... hahaha.. goli ati den.


Wednesday, May 7, 2014


PENGUMUMAN 

BERITA WARGA SMBK 69/74

 REUNION KALI KE 4  SMBK 69/74 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ada pun reunion kali ini akan di adakan di Langkawi   

Tempat:  D BARON LANGKAWI 

Tarikh:     13, 14 dan 15 September 2014

                     (Sabtu, Ahad dan Isnin)

 

Semuga pihak warga SMBK bersedia dan membuat perancangan seawal-awalnya dari sekarang.

Aturcara dan berita seterusnya akan kami beritahu dari masa kesemasa melalui laman ini.

Untuk maklumat lanjut:

Sila hubungi:

Pengerusi: Encik Mohd Sharif Ahmad

Setiausaha: Puan Siti Shara A.Kadir

Bendahari:  Puan Latifah bt Abd Rahman

 

Sekian, terima kasih.

 

 SSAK

8/4/2014





 

Saturday, March 8, 2014

Walimatul Urus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan penuh kesyukuran di atas limpah kurnia dan rahmatnya kami


MD KANAFIAH BIN OTHMAN  &  BADARIAH BINTI HJ JAMALUDIN


Dengan rasa berbesar hati dan sukacitanya mempersilakan


RAKAN- RAKAN SMBK


Kemajlis perkahwinan anakanda kami


Mohammad Faiz bin Md Kanafiah

dengan pasangannya

Zaidatul Husna binti Haji Abdul Rahman


Pada hari Sabtu, 15 Mac 2014 bersamaan 13 Jamadil Awal 1435H

bertempat di:

DEWAN KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 9, JALAN P9C/7, PRECINT 9, 62250 PUTRAJAYA

 



ATURCARA MAJLIS

JAMUAN MAKAN: 12.00TGH - 4.00PTG
MAJLIS BERSANDING:  1.00TGH.

Turut Mengundang:  seisi keluarga

Hubungi:   Pn Badariah binti Hj Jamaludin  - 0193795159
                 En. Md Kanafiah bin Othman - 0172781246


Saturday, February 8, 2014

KASIH IBU SEPANJANG HAYAT

Disalin Oleh Jokiden:

Ibu 100 tahun tabah jaga anak orang kurang upaya


Meliah Md. Diah menyuap nasi kepada Abd. Rahman Saud di rumah mereka di Kampung Bukit Nambua, Belimbing Kanan, Padang Terap, Kedah, semalam. - BERNAMA
PADANG TERAP 7 Feb. - Biarpun telah berusia 100 tahun, seorang ibu di Kampung Bukit Nambua, Belimbing Kanan di sini tabah menjaga anaknya yang berumur 62 tahun dan cacat anggota badan.

Lebih menyayat hati, warga emas itu, Meliah Md. Diah terpaksa menjaga anak bongsunya, Abd. Rahman Saud yang cacat sejak kecil akibat penyakit sawan.

Menurut Meliah, Abd. Rahman yang hanya mampu terbaring dan tidak boleh berjalan itu mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada orang lain termasuk untuk mandi serta makan.

"Setiap hari saya akan mandikan dia, suapkan makanan kerana dia tidak boleh lakukan sendiri, kadangkala cucu saudara yang tinggal berhampiran sini turut membantu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang hadir bagi menyampaikan sumbangan wang dan makanan kepada Meliah.

Turut hadir, Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah yang memberikan perkhidmatan memperbaharui kad pengenalan Abd. Rahman.

Meliah yang kini tinggal bersama Abd. Rahman mempunyai empat orang anak namun tiga daripada mereka telah meninggal dunia manakala suaminya meninggal dunia sejak 20 tahun lalu.

Kata Meliah, dia yang mengamalkan makan ulam-ulam hanya mengalami masalah pendengaran dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik atau sakit tua.

"Saya amat bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan masih mempunyai kudrat untuk menjaga Abd. Rahman yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

"Andai kata satu hari nanti saya meninggal dunia dahulu, saya berharap saudara-mara yang ada dapat menjaga dia," ujarnya.

Sementara itu, Badrol Hisham berkata, beliau amat terharu melihat kasih sayang warga emas itu masih menjaga anaknya yang kurang upaya dan ia harus dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

Ujar beliau, walaupun Meliah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Zakat Negeri Kedah, namun pihaknya akan memastikan keperluan lain juga mencukupi.

Saya merenung potret di atas berulang kali. Bermacam perasaan menguasai hati saya. Saya cuba membayangkan kesukaran si ibu ini sejak berpuluh tahun dahulu. Saya mengkagumi sangat akan ketabahannya.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Si ibu berusia 100 tahun dan si anak yang sakit ini berusia 62 tahun. Mereka ini mungkin merupakan insan-insan terpilih. Tetiba sahaja saya meningati banyak perkara. Teringat kisah rakan-rakan yang kini sibuk menjaga kedua orang tua mereka. Teringat kisah ayah dan ibu yang tidak mendapat pembelaan yang sebenar dari anak yang mereka besarkan.. 
   



  



Friday, February 7, 2014

Walimatul Urus

MAJLIS PERKAHWIANAN

_______________________

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Dengan Izin Allah S.W.T. dan rahmatnya kami


MOHD TAHIR BIN KASSIM

&

SERIBANON BINTI MUSA


Dengan penuh kesyukuran ke hidrat Ilahi, kami dengan bebear hati dan sukacitanya mempersilakan

 

RAKAN-RAKAN SMBK


Ke Majlis Perkahwinan anakanda kami

@@@@@@@@

ABDUL SYAMIL BIN MOHD TAHIR

dengan

NUR AIN BINTI HAMIDI

@@@@@@@@

Pada

HARI AHAD, 23 FEBRUARI 2014

 BERSAMAAN  23 RABIULAKHIR 1435 HIJRAH

@@@@@@@@

bertempat di

DATARAN GEMILANG,

 SEK. MEN. SRI ANDALAS

TAMAN SRI ANDALAS, 41200 KLANG, SELANGOR.


**************************************************

ATURCARA MAJLIS:


Jamuan Makan:   11.30pagi - 4.00ptg
Ketibaan Pengantin: 1.00tghari

******************************************************


NO. TELEFON:

MOHD TAHIR    :  0192865078



Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan menambah seri lagi majlis ini serta diberkati Allah hendaknya.
InshaAllah.


Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Dengan izin Allah S.W.T dan rahmatnya Kami

**********************

YUSOFF BIN IBRAHIM 

dan

SITI SHARA BT A.KADIR

***********************


Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan segala hormatnya mempersilakan


SEMUA RAKAN-RAKAN SMBK 

kemajlis perkahwinan putera kami yang di kasihi

*************************************

AHMAD YUSDI BIN YUSOFF   
dengan pasangannya
HAZEIRA BINTI ABDUL AZIZ

*************************************

Pada hari Sabtu 1 Mac 2014 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1435 Hijrah

____________________


Bertempat di
Ballroom, Komplek Belia & Sukan Paroi
70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
_____________________

Aturcara Majlis
Jamuan Makan 12.00 tghari - 4.00ptg
Ketibaan Pengantin 1.00tghari

_________________________________________

Semoga dengan kehadiran serta doa restu hadirin
 akan menyerikan lagi majlis kami serta diberkati Allah S.W.T.
Terima Kasih


Sila Hubungi

Yusoff      :   0192643833
Siti Shara :   0133563911

Friday, January 10, 2014

TERKINI...

Oleh Jokiden:

   Photo: Dengan kk ipar Siti Mohd Diah di masjid Nabawi, Madinah Almunawarah 






 


09/01/14

   
.bdiri elok2 dik, jangan ngundur2...kang kok torojun dlm kolam blakang tu..topi bona tu.. 


Hari ini Sabtu, agak rihat dan santai sikit di rumah. Namun sebentar lagi akan ke PD pula, datin sei heboh nak poie book bilik ke Lexis tu..

Kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi Kakcik Mariani datang hantarkan buah tangan sikit. Tq so much. Dia nampak sihat, ceria, cuma batuk sikit, maklumlah cuaca di Tanah Suci tak menentu. 

Saya suruh dia makan double stemcell lebih sikit.. hahaha..

Semalam agak sibuk juga, saya jadi 'supir' kepada SSAK dan LAR. Jangan ingat Hameed, DAJA dan DBA sahaja yang ada supir, LAR dan SSAK pun ado aa..

Kami ke pejabat DAJA di MSN Bukit Jalil atas urusan rasmi Koperasi. Nampak SSAK dan LAR begitu komited untuk menjayakan Koop kita ni. Tanpa mereka berdua siapalah kita. Banyak juga yang perlu diuruskan seperti membuka pejabat, masukkan api, air, beli peralatan, berurusan dengan pemilik bangunan, ke Telekom Malaysia.

Itu belum kisah nak beli perabut, buku resit, buku invoice, pensel, pen, komputer, meja bos, meja kerani.. isk..isk lomeh sei menengok duo oghang ni. Harap2 mereka tidak domam..

Namun Alhamdullillah, AHLI LEMBAGA PENGARAH sangat memberikan kerjasama dan ini memudahkan sedikit urusan mereka berdua. Kita juga amat berterima kasih kepada Hameed yang sudi membantu dalam soal kewangan Koop kita pada peringkat awal ini. Sekali lagi tanpa dia siapa kita. Pada peringkat seterusnya sudah pasti peranan Datin Normah akan kembali kita tuntut.

9 Disember 2014 dalam kesibukan masing-masing, sempat juga kami buat reunion secara kecil-kecilan. SMBK dapat rakan baru iaitu Dato Baharudin Abdullah. Segalanya bermula apabila saya sedang termenung di kedai kopi di bawah pejabat stemcell di Desa Petaling. Hari Isnin 7 Disember 2014.

Hujan sangat lebat ketika itu dan tanpa disangka saya menerima sms dari Dato Baha bertanyakan apakah saya masih mengingati seorang kawan yang menetap di Sarawak. 

"Jokiden! ingat tak lagi kawan you yang di Sarawak?" Begitulah bunyi sms beliau.               

"Ingat" saya jawab ringkas.

Setelah beberapa kali ber sms dan bertanya khabar saya minta alamat penuh, username dan IC beliau. Untuk register ke double stemcell lah. Hahaha.. Ketika itulah saya baru mengetahui bahawa beliau telah memakai gelaran Dato.

"Tahniah kerana sudah jadi Dato'" kata saya.

Well, sebenarnya ada sedikit salah faham dikala kami bersms. Ini hanya disedari pada sebelah malamnya. Mungkin maksud beliau mengajak kita  mengadakan reunion di Sarawak dan dia jadi host. "Bueklah kek Sarawak" Saya kata boleh dengan syarat you join dulu. Tentulah maksud saya dia join double stemcell, kemudian saya barulah promosi ke sana dilakukan. Saya minta maklumat peribadi dan dia memberikannya.

Saya mohon maaflah kepada Dato Baha sekiranya betul apa yang berlaku ini adalah akibat salah terima, tersilap memahami. Saya maksudkan lain, dia pula maksudkan lain. Apapun segalanya berakhir dengan baik.

Beliau meminta saya mengajak beberapa orang rakan yang telah lama terpisah untuk bertemu di Seri Pan Pacific Hotel bersebelahan pejabat Datin Normah. "Kita lunch" katanya. "You datang tido KL den tanggung.." Katanya lagi.

Namun setelah mengambil kira segala faktor, jalan sesak, rakan-rakan jauh nak datang, maka persetujuan diambil untuk mengadakan lunch di Restoren LaRizz Bangi, milik rakan SMBK juga iaitu Pn Zainab. Saya menyakinkan beliau bahawa di LaRizz segala-galanya ok dan memuaskan.

Kami bertemu, turut hadir ialah Datin Nomah, LAR, Hameed, DAJA, Rubiah, SSAK, Rosli, Zainab, Rokiah @Mona Kiah, Siti Aminah, Maznun Isa, Aziz Alias dan to my surprise ialah Badariah juga sempat hadir dengan anknya.

Kegembiraan sukar digambarkan, masa terasa berlalu begitu pantas. Masing-masing punya urusan. Kira-kira jam 2.30 petang kami berpisah dan saya serta Rosli ditugaskan menghantar Dato' ke KLIA. Sebelum itu kami sempat bergegas ke Bangi mencari Sate Kajang kerana isteri Dato' telah berpesan supaya jangan naik kapal terbang jika Sate Kajang tak ado..


   Photo: DIE FOR SOMETHING
OR
DIE FOR NOTHING!!!

Rm 275 tak bankrupt pun kalau anda berbisnes... 
Dari log in Fb takde ape, lepak warung duit keluar tak masuk... apakata Pm saya untuk peluang bisnes hebat ni... InsyaAllah saya guife anda A to Z... Janji usaha dan yakin pada diri anda boleh!!!!

Pm/call/sms/whatsapp 0195522234 

 Di atas adalah contoh pendapatan dalam seminggu yang diperolehi oleh salah seorang networker dalam Phytoscience yang menjual produk double stemcell. Ini dihantar ke wall fb saya bukannya saya punya.

Jika bonus saya bertingkek macam ini jawabnya saya dah booking dah Royal Bintang untuk kawan2 SMBK ber dinner..siap dgn bagi produk free.  Hahaha..

Kepada rakan-rakan SMBK khususnya yang belum mendaftarkan diri dan ingin mencuba nasib boleh menghubungi saya. Kepada pembaca blog ini samada dari UK, USA, German, Indonesia, Brunie, Mesir atau dari mana sahaja jika berminat sila hubungi saya JOKIDEN di 012 2345889 atau email saya di jokidenn@gmail.com. 

Maklumat Syarikat ada di sini www.iphytoscience.com atau www.duitphytobotingkek.com.

Mana tau nasib anda juga baik seperti pemilik akaun di atas dimana RM102,000.00 hanya dalam tempoh seminggu.



Hahaha.. Salam sayang dan salam rindu semuanya.


Monday, January 6, 2014

BONIH YANG BAIK, JATUH KE LAUT MENJADI PULAU

Oleh Jokiden:

Ybhg Dato Baharuddin Abdullah Dan Keluarga.

  
Hp 0198880361


Semalam kawan kita ni menghubungi saya.. Kami berbual panjang, kisah lama dan baru. Kemudian kami sambung di sms dan whatsapp.

Beliau dan keluarga masih menetap di Sarawak. Mungkin tidak lama lagi akan menetap di New Zeland pulak.. "Go Global" katanya..

Semasa di SMBK, beberapa orang antara kami akan melepak di rumah dia antara pukul 1 tengah hari hingga 2.30 petang sementara menunggu waktu untuk bersukan atau menghadiri pelajaran tambahan sebelah petang. Banyak juga terukir kisah-kisah suka duka bersama dia ini.

Sesiapa yang ingin mengunjungi Bumi Kenyalang.. jangan ragu-ragu untuk menghubungi beliau, sekurang-kurangnya kita tidak akan tersesat jalan semasa berada di sana nanti..

Saya tidaklah terpisah sangat dengan dia kerana setiap kali keluarga atau adik beradiknya yang berada  di sini mengadakan kenduri kendara, saya mesti dijemput.

Terkini beliau telah menjadi orang besar Sarawak.. hahaha.. Orang kepercayaan Pehin ni.. Apapun syukur Alhamdulillah beliau telah mengecapi kejayaan dalam hidup ini.

Beliau juga menyarankan agar Reunion SMBK jika tidak tahun ini atau tahun depan buat di Sarawak. "Semuanya beres, cari duit tambang yo.." Katanya penuh bersemangat.. Nantilah..

Salam sayang dan salam rindu semuanya.

Petang tadi saya sepatutnya ke Bangi ke Restoren Enab, namun oleh kerana dapat panggilan dari Palong, maka saya menukar arah. Enab sebenarnya meminta saya menghantarkan double stemcell kepadanya. Bukan Enab sahaja yang membuat pesanan hari ini tetapi juga Dekyu dan CTN.

Sepanjang perjalanan ke Palong pergi dan balik, line internet terputus, line telefonpun kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Lalu saya terputus hubungan dengan rakan-rakan yang sedang rancak berwhatsapp melalui group SMBK.

Tiba di rumah baru saya dapat membuka kembali hp, whatsapp, fb dan mesj. Mak aii... beratus mesj di whatsapp antara rakan-rakan. Ponek yo sei membaco ea..

Itulah kelebihan warga SMBK, saling menyayangi antara satu sama lain, mudah kembali mesra dan ramai yang bersedia untuk hadir ke majlis meraikan Dato' kita di Restoren Enab pada hari Khamis ini. Yang pasti hadir nampaknya ialah LAR (pastilah ado SSAK tu) Rubiah Yussof, DAJA, Azimah, Jokiden, Suli, Mona Kiah dan Datin Normah. Saya akan cuba menghubungi esok Hameed Bawal, Siti Aminah dan Datuk Lombago.. MCC tentu payah sikit tu sebab tanggung-jawab di Sekolah amat banyak yang memerlukan kehadiran beliau.

Saya dapati coloteh dalam whatsapp amat menarik, sinis, lucu dan menghiburkan. Pada Enab, Double Stemcell (DSC) you akan diuruskan pada hari Khamis ini. Untuk Enab dan CTN akan diuruskan pada malam ini. Bukan nak kempen, tetapi setakat ini dikalangan warga SMBK ini DSC nampaknya serasi, dan ramai yang mengulang guna. Cuma tidak ada yang benar2 berminat untuk membuat duit dengan produk ini, mungkin tak berapa konfiden, mungkin segan nak jual, segan nak promosi dll sebab musabab yang masing-masing sahaja mengetahuinya. Takpa biar saya seorang sahaja yang menguruskan untuk rakan-rakan sekelian. Guno yolah, untung-untung sumo ea awet mudo kembali dan yang dah kurang rambut akan lebat semula... hehehe..

Salam sayang dan salam rindu semuanya. 

 





Friday, January 3, 2014

AJUKUU



“Dah tak larat sangat dah ni… ni nak cuba tido. Nanti kalau ok dan dah bngn ajukuu sms abg…. Kalau ajukuu tak sms ajukuu dah tak bngn mgkn sampai esok. Abg jgn risau pulak. Hp ni ajukuu  silentkan. Abg jgn risau ok”

Itu sms yang aku terima selepas maghrib tadi. Menyesal aku yang se akan memaksa dia datang. Dia dah kata nak demam tapi aku mintak  juga dia datang sekejap. Menyesal atas sikapku aku minta dia balik dan berehat tapi dia enggan.
“Ajukuu sayang abang sebab itu ajukuu datang” katanya dalam  senyuman meleret yang hambar tetapi tetap manis.
Seperti setiap hari kami lepak-lepak sambil minum dan menjamah makanan sekadarnya bertukar lokasi setiap petang. Tadi kami memilih restoran tomyam terkenal.  Rutin harian ini akan menjimatkan kos makan malamnya.
Ajukuu nampak keletihan. Dia memesan nasi goreng ikan masin kegemarannya dengan nescafe ais sementara aku memesan dua ekor puyuh goreng pedas untuk diratah.
Aku amati  setiap sudu suapannya. Ternyata ajukuu lemah. Kunyahnya perlahan. Aku sentuh lengannya. Terasa sedikit bahang panas. Sungguh ajukuu demam.
Lepas makan aku hantar ajukuu ke tempat dia parking keretanya tadi. Dia enggan keluar dan kami terus berbual seperti selalunya. Ajukuu mengengam tanganku erat. Haba panas tangannya menjalar ke tanganku.
“Baliklah berehat..” pujukku.  Dia mencium tanganku lembut.  Terasa panas juga nafasnya. Dia menghulurkan pipinya untuk ku sentuh lembut kemudian perlahan membuka pintu kereta.
Ku perhatikan setiap langkah ajukuu ke keretanya sehingga kereta wira itu hilang dari pandanganku.
Esok dan lusa aku tidak dapat berjumpa ajukuu seperti biasa.  Betapa rindu akan menyentuh pintu hatiku. Aku harap pagi esok sebelum bangun tidur  ajukuu  akan menghantar sms.
Ajukuu..  lenalah tidurmu malam ini. Mimpilah yang indah-indah.  Moga esok ajukuu bangun dengan kesegaran.


[ Dari mindaku.  Tiada kaitan di dunia nyata ] 

MCC

Tuesday, December 31, 2013

ALAHAI LEGOLAND...

Oleh Jokiden:

 
Photo

Percutian hujung tahun keluarga Jokiden kali ini ialah ke Selatan Tanah Air.. Melaka, Johor dan Singapore. Melaka negeri kecil tanpa hasil bumi ini telah diurus dengan baik dan menjadi tumpuan orang untuk beristirihat bukan sahaja oleh warga dalam negara tetapi juga warga luar negara. Pemikiran positif tetap mengakui bahawa Melaka telah pesat membangun. Melaka mempunyai pelbagai produk pelancungan untuk disuakan.

Johor mempunyai daya tarikan baru kepada para pelancung dalam dan luar negara. Johor kini amat pesat membangun bukan sahaja daripada limpahan Nusajaya, Kota Iskandar dan Medini tetapi tumpuan dan daya tarikan utama tetaplah Johor Premium Outlet dan Legoland. 

Puluhan ribu pelancung mengunjungi dua lokasi ini saban hari. Segala-galanya 'duit' di sini. Jika poket agak kempis, datang ke sini akan menambahkan letih litak anggota badan sahaja.

Untuk memasuki Taman Tema Legoland bukannya murah, walaupun dengan pelbagai promosi, harga untuk seorang tetap melebihi RM100.00 Jika kita bersedia untuk berpisah dengan RM100 kita, maka masuklah. Jika tidak mundar mandir sahajalah di luar pusat peranginan tersebut untuk tempoh beberapa jam dan bersembanglah dengan ramai lagi yang turut termenung di situ.

Legoland seluas 74 ekar memberikan kepuasan kepada golongan kanak-kanak da juga orang dewasa. Saya melihat di situ bukan sahaja terdapat warga Malaysia pelbagai kaum, tetapi juga turut dikunjungi oleh wajah-wajah asing dari seluruh dunia. Anak bujang saya sempat bergambar dengan pemain import JDT dari Argentina tu, Pablo Aimar yang sedang melilau di situ.  



 

Di Legoland parking boleh di merata-rata tempat setakat hari ini jika tidak mahu membayar harga parking sebanyak RM7.  Dari tempat parking menuju ke kaunter tiket kebersihan adalah tidak terjaga seperti sepatutnya. Sampah terutamanya botol dan kotak air serta puntung rokok bertaburan sepanjang jalan. Bukannya tidak ada tong sampah, tetapi tidak mencukupi dan melimpah ruah pulak.

Keadaan di dalam Taman itu agak bersih dan sentiasa dipantau oleh tukang2 sapu dan tukang2 pungut. Tandas juga agak bersih dan tidak membantutkan selera untuk melepaskan hajat. Urusan yang melibatkan wang di sini agak mahal.

   
   

  


 
Hahaha...



CABANA!!!!

Contohnya untuk menyewa Cabana ini setengah hari kosnya ialah RM150. Untuk tempoh sehari atau yang melebihi jam 6 ptg kosnya meningkat ke RM300. Kegunaan Cabana ini ialah untuk lepak, merihatkan badan, menukar pakaian dan untuk melelapkan mata sementara menunggu orang tersayang berguling2 dalam air. Terdapat dua kerusi yang boleh dijadikan katil. Apabila telah berada di dalamnya maka diletakkan amaran 'tidak boleh meninjau' di luarnya supaya tidak ada yang menggatal. Jika dibandingkan dengan sewa bilik di hotel bajet pastilah harga sewaannya agak mahal. Namun bilik hotel bajet tidak boleh pula di bawa ke situ.




Yang ini pula untuk mengeringkan badan dan pakaian setelah bergelumang di dalam air. Mahal juga ni, setiap orang dikenakan charge RM10.00   

  

Harga makanan dan minuman di dalam Legoland adalah dua kali ganda daripada harga sebelum masuk. Kita boleh keluar sebentar jika tidak mahu membazirkan duit. Tunjukkan tiket dan belakang tangan untuk di chop oleh penjaga pintu tersebut, pergilah menjamu selera dan kemudian boleh sambung bermain di dalam. 
  




Jika sebotol air di luar berharga RM2.50 hingga RM2.80, di dalam pastilah berharga RM5.00. Haus berjalan-jalan, cuaca panas atau lengoh beratur untuk menaiki satu-satu permainan, maka air sebenarnya satu keperluan wajib di situ.

Sebelum ke sana semasa di JB Sentral, isteri saya membeli pelindung cahaya matahari berharga RM28.00. Apabila dijeling-jeling harga produk yang sama di sana maka harganya ialah RM43.00. Sekaki payung di sebelah luar berharga RM18.00, beberapa tapak ke dalam, harganya sudah meningkat kepada RM24.00. Sekeping gambar di luar berharga RM30.00, sementara di dalam pula ianya berharga RM50.00. Hahaha.. Murah bagi warga asing dan Malaysia menjadi syurga membeli belah di mana daripada 180 buah negara di dunia ini Malaysia mendapat tempat ke sepuluh sebagai negara yang sangat suka dikunjungi. Sementara itu Kuala lumpur menjadi Kota Raya ke empat dunia di mana aktiviti membeli belah menjadi pilihan. Apopun jiko duit kito bolun botingkek, semua itu terasa mahalnya.   

Tuala boleh di sewa jika terlupa membawanya, kadar sewa ialah RM20 sehelai. Kemudian jika kita membawa banyak barang dan ragu dengan keselamatannya maka tempat menyimpan barang juga disediakan dengan kadar sewa RM20.00. Lalu segala-galanya di situ adalah kisah duit... duit.. dan duit..

Sehelai tuala juga yang boleh dibeli di mana-mana pasar raya dengan harga sekitar RM35 atau RM40, di Legoland harganya ialah RM69.90, hanya kerana terdapat chop Legoland. Saya perhatikan peniaga-peniaga di sana sangat kreatif dalam menjana pendapatan. Sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderahati yang bertulis Legoland sentiasa padat dengan pengunjung. 

Harga sehelai baju T, kain kapas saiz kanak-kanak ialah RM49.90. Harga rantai kuci yang paling simple pula ialah RM13 paling murah.. Pada hal di tempat lain kita boleh dapat RM10 untuk 5 set. Saya perhatikan juga jumlah rantai kunci yang di jual di situ tersangatlah banyak, bertimbun-timbun dan berlapis-lapis.  Topi yang boleh kita beli di mana-mana pusat pelancungan dengan harga RM20.00 tetapi di Legoland ia berharga RM39.90. 

Di sebelah luar Legoland banyak terdapat kedai-kedai makanan dan juga yang menjual barang keperluan biasa serta barang permainan. Namun saya yakin sangat dalam sedikit waktu lagi, kita akan dapati di situ pastilah akan terdiri daripada kedai-kedai yang menjual barang berjenama dari luar negara. Suasana di tempat itu juga sesuai untuk bersantai sambil merihatkan minda. Melihat orang mundar mandir dan berjalan bertali arus sebenarnya boleh merihatkan minda. Saya tidak terlepas daripada memikirkan apakah dalam minda mereka terdetik perasaan untuk turun ke Dataran Merdeka untuk melakukan demo membantah itu ini terutamanya GST ini. Pernah terjadi apabila peserta demo akhirnya termasuk ke dalam KLCC atau SOGO, mata mereka terbeliak melihat barang dan harga yang dipamirkan. Ketika itu juga sebahagian daripada mereka terasa sangat yang mereka berdemo itu digunakan oleh pihak lain. Tiba-tiba sahaja mereka merasa kerdil dengan apa yang mereka lihat, lalu mereka ingin segera kembali ke tempat masing-masing untuk meneruskan kehidupan mereka. Jikapun mereka memperolehi duit sebagai upah untuk berdemo, duit itu tidak memberanikan mereka untuk menjamu selera di pusat-pusat berkenaan.  

Segala-galanya ada di bumi bertuah ini. Usahalah dan carilah kehidupan yang lebih bererti dan berasa cemburulah dengan pendatang asing yang menghantar pulang ke nagara masing-masing sebanyak RM50 billion setiap tahun yang diraih melalui pelbagai cara di sini. Jika kita tidak mampu, buatlah cara saya iaitu termenung dipinggiran, nikmati segalanya melalui pemandangan. Itupun sebenarnya membahagiakan.





Akan bersambung ALAHAI JPO.. salam sayang dan salam rindu semuanya..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.