GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, May 17, 2011

HARI GURU - 16 MEI

Hari ini 16 Mei ialah hari guru. Hari yang teristimewa untuk semua guru. Semenjak 40 tahun yang lalu warga guru menyambut hari tersebut setiap tahun. Hari guru yang pertama disambut pada 16 mei 1971. Masa itu saya di form three SM Batu Kikir. Nostalgia hari guru yang pertama tidak membawa ingatan yang abadi kepada kita. Cuma kita dipesankan tak payah membawa buku esok kerana akan diadakan aktiviti sepanjang hari.

Pagi hari tersebut kita semua akan berhimpun di padang. Pengetua (Guru Besar) waktu itu yang pertama memberi ucapan hari guru ialah Cikgu Yusof bin Kassim. Sewaktu guru-guru kita menyanyi lagu “Kami Guru Malaysia”, kita semua senyum-senyum di belakang melihat gelagat guru kita.

Tidak ada rasanya murid yang memberI hadiah hari guru kepada guru kita masa itu. Mungkin budaya itu belum ada lagi di kalangan murid masa itu. Sehabis acara rasmi dengan ucapan diikuti dengan acara padang. Murid lelaki melawan guru lelaki dalam permainan bola sepak dan murid perempuan melawan guru perempuan dalam permainan bola jaring.  Masa itulah kita semacam membalas dendam dengan cikgu-cikgu dengan bermain agak kasar. Menariknya cikgu kita sangat sporting .
.
Selepas acara sukan di padang diadakan sedikit acara pentas persembahan dari kelas. Acara yang paling banyak pada masa itu ialah tarian dari kawan-kawan perempuan kita. Selain itu nyanyian solo diiringi  musik  instrumental dari kaset.

Lepas itu kita bebaslah nak buat apa pun. Lepak-lepak  di mana saja. Cikgu pun bebas pada hari tersebut dan tak perlu masuk kelas. Begitulah sehari suntuk sambutan hari guru.

Apabila saya mula menjadi guru pada tahun 1979 sambutannya sama saja. Tidak ada satu pun penambahbaikan yang dijalankan. Tahun demi tahun dan tema demi tema sambutan hari guru begitulah.

Selepas 40 tahun saya melihat sambutan hari guru tidak pernah berubah. Ucapan, permainan, murid memberi hadiah dan kemudian jamuan makan. Itu saja yang dilakukan sepanjang 40 tahun lalu di semua sekolah di Negara kita. Apabila saya diarah untuk mentadbir sebuah sekolah kecil saya rasa inilah peluang saya untuk mengubah keadaan. Saya melihat hari guru sebagai hari yang istimewa dan hari yang serius untuk guru. Oleh itu tidak sepatutnya hari yang serius dan istimewa itu disambut dengan acara yang yang kurang serius.

Saya meminta GPK saya merangka sambutan hari guru yang lebih memberi makna. Tiada main-main di padang dan tiada sambutan sehari suntuk. Acara rasmi yang ringkas, beri peluang murid memberi  hadiah kepada guru dan jamuan untuk guru-guru. Selain itu pengisian acara hari guru akan diadakan “Latihan Dalam Perkhidmatan”, dan melancarkan dana untuk membantu murid miskin.

Tahun lepas GPK saya merangka untuk menyambut hari guru seperti sekolah lain. Saya tanya sama ada dia tau berapa ramai murid tahun 4 yang tak pernah makan KFC dan berapa ramai murid tahun 5 yang tak pernah makan ais-krim cornetto?. Dia agak terperanjat apabila saya beritahu bilangannya. Saya nyatakan adalah lebih baik sambutan hari guru ini kita penuhi hajat murid kita yang tak pernah makan KFC dan ais-krim cornetto itu.

Tema Hari Guru tahun ini ialah “Guru Pemangkin Transformasi Pendidikan Negara” Kata kunci kepada tema itu transformasi. Kata yang dipinjam dari bahasa inggeris Transformation yang membawa makna perubahan- berubah.

Saya beritahu guru-guru saya : cikgu semua mesti transform. Pertama transform minda. Kedua transform pengurusan bilik darjah, ketiga transform cara pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Dalam dunia pendidikan yang tidak statik perubahan sangat dituntut. Kejayaan seseorang guru dan sesebuah organisasi sekolah bergantung kuat kepada sejauh masa guru-guru dan pentadbir sekolah boleh menghayati transformasi berkenaan.

Alangkah indahnya dunia pendidikan kita jika semua guru dan pentadbir sekolah memahami dan menghayati tema hari guru ini.

Malangnya saya hanya pemimpin kecil di sebuah sekolah yang kecil. Namun begitu saya berazam untuk menjadikan sekolah ini membuat transformasi yang akan membawa impak kepada semua warganya.

Ya Allah …. Permudahkanlah impian saya ini.

ISMAIL@CHANG CAPIT

8 comments:

  1. Oklah tu bang..ese dulu maso tahun 5 pun tak ponah yo ngaso KFC doh.. Nongar eh pun tak ponah..

    Sekali maghin tu maso darjah 3, keluarlah anak nangoi kek sekolah ese..tersosek agak eh, dah tak lopeh keluar dari pagar sekolah..masuk pandai kluar tak goti..

    Habis budak budak kluar bilik darjah..ngojar anak nangoi tu..dari darjah satu sampai darjah 6. Guru kelas ese tejoghit2 maghahkan mughit mughit sobab ngikut kluar.. Akhir eh bilik darjah kosong...cikgu tak dapek buek apo apo doh..

    Anak nangoi masih tak lopeh kluar pagar. Tak jumpo lubang. Akhir sekali ese tengok semua cikgu telah kluar bilik darjah.. Beberapo oghang cikgu lelaki telah mengawal keadaan dan menghalau anak nangoi kearah pagar yang belubang.. Anak nangoi jumpa lubang..lalu kluar..

    Cikgu Bosar sughuh mughit mughit masuk kelas sambil memegang rotang kocek ditangan.

    Ini adolah kisah bonar berlaku di Sek.Keb serting Ulu @ Sekolah Bayai keteh oghang.

    Tompi ado ko yang tak tahu, anak nangoi tu apo..?

    'SELAMAT HARI GURU'
    ........NSR..........

    ReplyDelete
  2. anak nangoi tu "pandi kutty" hehe.

    ReplyDelete
  3. Pandi kutty tu anak babi hahaha..

    Jokiden

    ReplyDelete
  4. As-salam,

    Tkasih, Bang CC, nukilan u sungguh berkesan bg saya, amat bagus idea u, elok di implementasikan,kerana kita memerlukan perubahan yg berkesan dan berfaedah, kpd guru2 buangkan diminda mereka bahawa tugasan guru bukan hanya mendidik sahaja, habis mengajar habislah tanggungjawab, bulan2 tunggu gaji...habislah kojo. Anak murid apo nak jadi jadilah...nak pandai ko nak bodoh ko tepulang dek kau....fikiran ini harus dikikis dr pikiran guru2..sebenarnya mendidik itu adalah karier yg amat mulia, tengok ajelah kito2 semua kerana didikan mereka juga kita berjaya dihari ini.

    Seorang guru bukan hanya mendidik murid2 saja, tapi mereka mesti bukak mata bahawa mereka juga harus menimba ilmu didalam lain bidang juga, mereka harus memikirkan bagaimana nak mentadbir bukan di sekolah saja tapi dilain2 bidang juga.

    Sebagai pendidik dan pandai pulak mentadbir dr semua segi, saya rasa tiap2 sekolah akan menemukan kejayaannya.

    Oleh itu idea u Bang MCC amat bagus...itulah yg saya pernah syorkan dimasa saya masih bertugas dahulu, walaupun saya bukan seorang pendidik hanya seorang pentadbir.

    SSAK

    ReplyDelete
  5. umang naksdro den..berhujah2 boto deh, ngilu2 ghaso bodan mombaco eh.takpolah kasi can sama lu..hehe..

    ReplyDelete
  6. NSR kobakanlah dogheh apo bondo ee anak nangoi tu...anak bughung ko, iyo ko katojokiden...se tk ponah lak nonga nangoi do...MD

    ReplyDelete
  7. Ado ghupo'eh yg tak tau nangoi...
    Anak Nangoi = Anak Babi = Pandi Kutty
    Anak nangoi selalu eh comellll.. eee gogham kitooo. Awas jangan teghokam..kono samak nanti

    ReplyDelete
  8. nk transform guru d sekola mudah jer tukarkn guru lame dan masukkn guru bpngalaman yg baru then br dpt transform sekolah...semoga berjaya...

    ReplyDelete