GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, August 26, 2011

TAZKIRAH AKHIR RAMADAN


TAZKIRAH AKHIR RAMADAN

  1. Bulan Ramadan penuh dengan barakah. 10 malam pertama Allah menjanjikan kita keberkatan, 10 malam seterusnya diberikan keampunan dan 10 malam terakhir kita akan dikeluarkan dari neraka. Allahu Akbar… apalagi yang kita harapkan dari Allah selain dari keberkatan, keampunan dan dihindari dari neraka?
  2. Bulan Ramadan – dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan segala iblis dan syaitan dibelenggu. Kerana tiada godaan iblis dan syaitan maka kita semua umumnya menjadi lebih baik di bulan yang mula ini. Masjid dan surau penuh sejak awal Ramadan. Cuma hampir nak raya ni jumlah jemaah agak menurun. Jika ada yang masih tidak berubah di bulan mulia ini salah siapakah itu? Masihkah kita nak menyalahkan iblis dan syaitan?
  3. Antara amalan mulia yang dianjurkan di bulan Ramadan ini ialah perbanyakan sedekah. Dan sedekah yang paling afdal sekali ialah menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Orang yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa. Jika kita sedekahkan makanan untuk 5 orang yang berpuasa kita akan mendapat bahala bersamaan dengan 5 orang berpuasa. Pahala puasa pula sangat tinggi di sisi Allah. Jika pahala amalan lain jika tahu banyak mana ganjarannya tetapi pahala puasa tidak diketahui banyaknya termasuk Nabi Muhammad SAW sendiri.Maka perbanyakanlah sedekah.

CERITA SURAU DAN MASJID :
  1. Awal Ramadan surau di taman saya penuh sesak hingga melempah keluar.  Surau saya baru dan tarawih pertama – namun bilangan jemaahnya merosot bila menghampiri akhir Ramadan. Fenomena ini berlaku di mana-mana. Mengapa agaknya jemaah berkurang? Surau saya tarawihnya 8 rakaat saja dan imamnya 5 orang bertugas secara giliran. Yang tidak menyenangkan saya rasa imam yang muda2 ni membaca ayat yang agak panjang. Orang tua (seperti saya) dan orang perempuan ramai yang mengeluh. Mungkin itu menjadi factor semakin kurangnya jemaah kerana mereka sembahyang tarawih di surau taman lain yang bacaan imamnya tidak panjang.
  2. Kalau diteliti pakaian orang kita ke surau dan masjid ada beberapa kelainan dari zaman dulu. Ramai bilangan dah tak tau pakai kain pelikat termasuk yang dah berumur. Saya agak jengkel kalau orang tua datang ke surau pakai seluar (seluar jean pun ada). Pakai songkok pun dah semakin kurang termasuk di Hari Raya. Tadi saya Jumaat di masjid Senawang. Dalam pemerhatian saya tak sampai 100 jemaah yang pakai songkok. Kebanyakan orang kita lebih selesa pakai ketayap. Trend masa kini ramai yang pakai baju Pakistan. Lucunya di surau taman saya orang melayu pakai baju Pakistan manakala orang Pakisan pulak pakai baju melayu siap bersongkok. Bertambah handsome Pakistan tu.

CERITA  RAMADAN :
  1. Mungkin banyak kita dah lupa semasa kita menduduki peperiksaan MCE di bulan  puasa  tahun 1974. Saya pula sebagaimana  lazimnya tidak bersahur semasa peperiksaan itu. Agaknya berkat bulan Ramadan majoriti kita mendapat keputusan yang baik yang memungkinkan kita menjadi siapa kita hari ini.
  2. Bulan puasa masa itu tidak semeriah sekarang. Tidak ada bazaar Ramadan. Tidak banyak hidangan yang enak seperti hari ini. Paling biasa ialah kolopung, kuci, ti mandi (puteri mandi) dan buah sopang. Kalau nak buat kuih tersebut kenalah tumbuk sendiri tepung pulut dengan menggunakan lesung kaki (masa tu tepung pulut ready made belum ada di pasaran). Martabak, yong tau fu, ayam golek, sate dan pelbagai jenis juadah yang ada di bazaar Ramadan sekarang memang tak ada.
  3. Paling sedap dan paling nostalgik hidangan berbuka puasa masa kita “kocik-kocik” dulu ialah :
    1. Loka : sejenis mi kuning kering yang bentuknya macam mi siput yang direbus dengan santan dan gula anau campur daun pandan. Kalau nak lebih sedap masukkan pisang nangka. Sesekali bila emak saya rebus “loka” itulah hidangan yang paling lazat pada saya. Agak saya dah lebih 35 tahun saya tak pernah makan loka rebus seperti zaman kocik dulu. Dan saya tak pasti “loka” masih ada dijual di pekan Batu Kikir yang dah moden.
    2. Roti banta (bantal)  cicah santan:  Setiap petang penjual roti banta akan lalu di kebanyakan kampong. Penjual roti bersebut namanya Osman. Masa tu dia muda lagi dan rupanya macam Pakistan dan handsome. Dia datang dengan kereta Fort Escort yang penuh dengan roti yang masih panas. Harga sebiji roti banta hanya 20 sen saja. Roti tersebut sangat menyelerakan jika dicicah dengan santan yang dimaniskan dengan gula anau atau gula pasir saya. Itu selera masa itu. Tahun lepas saya cuba makan roti cicah santan (untuk menimbulkan ingatan masa budak2) . Rotinya saya tukar dengan roti gardenia kerana roti banta tak ada lagi dipasaran. Ternyata rasanya bukan lagi memenuhi selera saya. Penjual roti banta tersebut masih hidup dan berjiran dengan saya di Kuala Pilah, namun dia dah uzur. Saya mesra memangginya “atuk roti” hingga kini.
    3. Makanan yang menjadi kegemaran saya dari masa kocik hingga kini ialah kerang rebus dan tauhu sumbat. Dulu ada seorang kampong saya namanya Somah (Samah) menjual makanan di malam hari bulan puasa. Jualannya mi/mihon goreng, air batu,  buah tembikai, nanas ,  kerang rebus dan tauhu sumbat. Ramailah orang kampong datang ke kedainya dan suasananya cukup meriah.
    4. Nostalgia saya juga menyimpang kepada suasana bulan puasa. Budak2 jarang dibawa ke masjid atau surau untuk bertarawih. Saya pun tak pasti bila saya mula tarawih. Seingat semasa di sekolah menengah saya belum lagi ke masjid untuk bertarawih.  Suasana nak raya sungguh meriah dengan bunyi bedilan mercun dan kabait. Menghairankan tak ada pula yang buta mata dan putus jari berbanding hari ini.
    5. Persiapan kebanyakan kita bukanlah semewah hari ini. Dapat baju T (dengan seluar pendek tanpa jenama) dengan kasut putih (boleh dipakai kesekolah lepas raya) sudah cukup mengembirakan. Namun banyak antara kita yang hanya mampu berselipar.
SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA.
Maaf dah lama tak menulis.

4 comments:

  1. Terubat ras ghindu bilo membaco coretan Bang MCC yg dah lamo bona menyopi dighi.

    Loka ado laie sampai aghi ni.. ese ghoma yo tu.. Aghi tu NSR coghito pasal air batu tokong di bungkus ngan sughat koba dan ado habuk papan. Klu aghi paneh bona maso boli tu bosa tokong ea, bilo sampai ghumah alahai..dah tayus, kocik jadi ea dapeklah sogelas yo..nostalgia.

    SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. Ya lah Rep..kekadang.dlm kesibukan kita..tolupo nak melayangkan ingatan tentang kisah2 kito mombosa kek kg dulu..ado jugolah sosokali terlintas...tp lately..I bnyk mengingatkan kisah2 lamo di kg tu..Siap I tomonung dlm @o menet..pikirkan org2 yg I ponah berinteraksi, tompek2 Yg I ponah main dan poi..sawah, utan, tang air, dlm somak, tompek ngaji, pokok2 yg I panjek, ghumah org yg I ponah mkn..bermacam2 lg lah..tobal boto lipatan e nak d belek..tapi DEMI Allah..ghaso e tak ponah se toghingat air batu kotul bolit abuk papan yg abah se jual tu..hi nostalgik sungguh..bilo oghang nak boli..se pun tolong kotuk..sobab org nak boli cikit...TQ Bang Mail..kerna mengembalkan ingatan sy tntang kisah2 tu..singkaplah lg kisah2 silam ni..boleh kitorang share samo

    ReplyDelete
  3. Assalam. Memang boto tu, dalam bulan ramadhan ni segala setan, iblis, hantu poghi sumo'eh ditambek. Masalah'eh ado tak kito lopeh daghi diganggu oleh setan2 ni. Ese kato, kito tak lopeh daghi diganggu doh..kono yo ganggu dek dio all tu.

    Minggu lopeh ado anak dagho kek opis ese tu tanya kek ese persoalan tu. Ese kato .. "Ponah tak tengok antu, polong ko manjangan koh?"
    Dio kato, ponahhh... tapi dalm tv. Tak kesahlah kek mano pun.

    "Alhamdulillah.. cubo kau bayangkan kalau antu tu ditambek kaki dan tangan soghoto pinggang'eh. Dapek tak deh dikoja'eh kau?"

    "Tak dapek" jawab dio.
    "Kau takut tak?" tanyo ese laie.
    "Takuuuut..." keteh dio.
    "Kau tau antu apo tu?"
    "Ntahhhhhh.." mengeleng2 kopalo'eh.
    "Tulah antu pochong... dio jadi dalam bulan poso. Dio tak dapek tangkap kito doh, tompi masih moloncek2 mongojar kito, sobab eh kaki'eh kono tambek..namun aura dan pongoghing'eh masih ado. Dapeklah dikuasai ghamai oghang, bukan sikit2 doh, manusia aghi ini. Mako ghamailah yang tak poso, tak solat tompi poso, yang tak solat isyak tompi buek tarawih,yang solat tarawih 20 rakaat tompi tak laghat buek 3 rakaat witir. Dan macam2 laie."

    Tu yolah..NSR..

    ReplyDelete
  4. NSR...walaupun syaitan dan iblis dan yg "sewaktu dngnnya" tlh d rantai pd bulan ramadhan..tp manusia tetap ada NAFSU yg perlu d kawal diri sendiri. Nafsu tak baik itulah yg kalau dturuti...maka terjadilah tak poso, tak slat..malah ada pulak yg melakukan maksiat dlm bulan Ramadhan nih'.

    ReplyDelete