Oleh MOHD. RIDUAN KHAIRI
RAMADAN adalah bulan penuh berkat yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam. Di bulan ini ibadah diberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda. Di dalamnya juga ada malam yang diberi keutamaan melebihi 1,000 bulan yang lain. Pada bulan Ramdan juga al-Quran diturunkan.
Berjumpa dengan bulan Ramadan merupakan kenikmatan yang sangat besar. Ia ibarat bazar yang menyediakan jualan dengan tawaran yang sangat menakjubkan.
Ibnu Rajab al-Hanbali berkata: "Barang siapa yang pada bulan Ramadan ini tidak beruntung, maka bila lagi dia akan beruntung? Barang siapa yang pada bulan suci ini tidak dapat mendekatkan dirinya kepada Allah, maka sungguh dia sangat rugi."
Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang soleh terdahulu selalu mendambakan supaya dapat bertemu dengan bulan Ramadan. Salah satu teladan daripada ulama Salaf, mereka tekun berdoa dan memohon kepada Allah, agar dapat bertemu bulan Ramadan.
Mu'alla bin Al Fadhl berkata: "Mereka (para salaf terdahulu) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan".
Ini merupakan salah satu cerminan berserah diri kepada Allah.
Lambat atau cepat, berita seperti di bawah pasti ada setiap kali Ramadan tiba.
Lambat atau cepat, berita seperti di bawah pasti ada setiap kali Ramadan tiba.
4 OGOS 2011: Nasrudin Mohd. Ali, yang putus tiga jari pada tangan kirinya akibat terkena mercun jenis bola dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu
Bulan Kesabaran dan Bulan al-Quran
Selain dikenali sebagai bulan puasa, Ramadan juga digelar dengan beberapa nama lain sesuai dengan keutamaannya. Satu daripadanya ialah bulan kesabaran seperti yang dinyatakan dalam kitab Silsilah Hadis Sahih oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani.
Imam Malik bin Anas, yang selalu dipanggil Imam Darul Hijrah pula berkata bahawa Ramadan ialah bulan al-Quran.
Al-Quran adalah kalam Allah diturunkan dari Luh Mahfudz ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan.
Firman Allah: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah: 185)
Disunting oleh:
Jokiden
Jokiden
Lantaran keberkatan Al-Mubarak yang amat sangat ni, maka kehadiran dimasjid masjid dan surau surau mengalami tsunami jemaah.
ReplyDeleteTsunami ini melibatkan solat berjemaah yang luar biasa kehadiranya sampai kehalaman masjid/surau.
Sedekah dan derma melimpah ruah tak terhabis makan sehingga dibawa pulang kerumah. Tabung masjid penuh setiap hari hinggakan Tok Bendahari tak sempat nak berbual.
Pasar Ramadhan sangat ramai pengujungnya sehingga nak berjalan pun susah. Peniaga menjual berbagai aneka juadah dari yang biasa hingga yang pelik-pelik.
Ada yang tak beli suatu apa pun tapi sibuk bertanya tentang itu dan ini. Ada juga yang tak bertanya tapi terus membeli. Tak habis makan bila berbuka nasib baik ada kawan rapatnya dalam tong sampah.
Saya seboleh mungkin mengelakan diri dari mengunjungi Pasar Ramadan, bukan apa setiap kali ke sana saya gagal mengawal nafsu saya. Nafsu mata, nafsu telinga, nafsu hati, nafsu selera dan pelbagai lagi.. kih..kih..kih..
ReplyDeleteTiap hari buek kuih kodok kek rumah... itulah yang kami makan untuk berbuka puasa..
Ese ingat Bang MCC boleh buek coghito suasano di Pasar Ramadan ni.. kek mano2 pun samo.. oghang nek moyang ea ghamai!!!!!
Jokiden
Ramadan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud panas terik. Ramadan berasal daripada kata akar 'ramada' yang bererti panas menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata akar itu, kata Ramadan digunakan bagi menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan.
ReplyDeletePendapat lain mengetakan kata Ramadan digunakan pada bulan itu, dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah, Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan Ramadan bagi serius menghapuskan dosa, muhasabah diri dan memperbaharui dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan sesuatu bahan.
Ditempat saya surau memang penuh sampai 2saf penuh bagi perempuan, lelaki 3 saf penuh...Alhamdullillah, makin ramai orang kampung mempunyai kesadaran bahawa bulan Ramadhan Almubarak ini penuh rahmat dan ganjaran dari Allah, masing masing merebut peluang ini utk beramal, malamnya selepas sunat Tarawih moreynya penuh dengan kuih mueh dan makanan...setiap orang bawa buah tangan untuk disedekahkan...sampai tk termakan..masing2 diminta membawa pulang lebihan makanan...Alhamdullillah sekampung menjadi amat pemurah dibulan rahmat ini...MD
ReplyDeleteBaca komen MD ni saya seolah-olah ingin berlari balik kampung untuk menikmati suasana bertadarus dan bertarawih kek kampung aa..
ReplyDeleteDulu poie surau guno daun nior kering buek suluh jallan.. huhu..hik2.. apo dayo ese dah tak ado kampung laie..
Jokiden
Rep..kg Pn kan ado.baliklah...kek kg se ngan MD..meriah somulo..Ngah Halim anak Arwah Teh Manan da balik duduk kg..tp se bolun berpoluang balik kg untuk bertarawih.tu hari balik sokojap..sompek donga orang tarawih dri rmh yo..jeles boto kek diorang buek pahalo.
ReplyDeleteTulah LAR..puas rasanya dapat bertarawih berimamkan orang yang tinggi ilmu agamanya, bacaaannya terang dan jelas, cukup dengan tajuidnya, biar pun bacaannya panjang dan memakan masa tetapi rasa yakin dan lengkap, solat fardhu bacaan ayatnya dari surah alquran dan sunat tarawih ayat lazim...best mato tk ngantuk, solat pun bersemangat. Alhamdullillah dapat imam baru (sepupu LAR and suami pada sepupu ese..ngah Miah) jemaah surau pun lagi ramai dari masjid..orang lebih memileh imam yang berilmu...MD
ReplyDelete