Oleh:
Jokiden
Selasa 21 Feb 2012 saya bertemu semula dengan rakan sekuliah saya dahulu. Setelah terpisah sejak 1981, kami tidak pernah bertemu, namun kami sering berhubung menerusi telefon. Kawan saya ini kini merupakan seorang tokoh koperat. Dia bukanlah pemilik perniagaan tersebut, namun beliau sebahagian daripada orang yang bertanggung jawab memajukan syarikat berkenaan. Pertemuan kami berlangsung di sebuah restoren di Sri Hartamas, Jalan Duta Kuala lumpur. Turut serta juga seorang lagi rakan sekuliah yang sering saya bertemu dan tidak pernah terpisah. Kami bertiga kembali menerokai ke zaman sebagai mahasiswa di University Malaya yang penuh dengan ‘kemanisan”.
Jokiden
Selasa 21 Feb 2012 saya bertemu semula dengan rakan sekuliah saya dahulu. Setelah terpisah sejak 1981, kami tidak pernah bertemu, namun kami sering berhubung menerusi telefon. Kawan saya ini kini merupakan seorang tokoh koperat. Dia bukanlah pemilik perniagaan tersebut, namun beliau sebahagian daripada orang yang bertanggung jawab memajukan syarikat berkenaan. Pertemuan kami berlangsung di sebuah restoren di Sri Hartamas, Jalan Duta Kuala lumpur. Turut serta juga seorang lagi rakan sekuliah yang sering saya bertemu dan tidak pernah terpisah. Kami bertiga kembali menerokai ke zaman sebagai mahasiswa di University Malaya yang penuh dengan ‘kemanisan”.
Beliau sering muncul di kaca TV mewakili syarikat beliau bercakap mengenai hal-hal syarikat yang tentunya melibatkan kepentingan Negara dan rakyat. Kemunculannya yang kerap di kaca TV tersebut menyebabkan saya tidak pernah lupa akan wajahnya. Perbezaan ketara tetap berlaku, semasa belajar, kami berusia diawal 20an, kini di pertengahan 50an. “Aku tua dah..” katanya suatu hari apabila kami berbual ditelefon. Wajahnya agak berubah begitu juga saya dipandangan matanya. “you gemok sekarang..” komennya apabila kami selesai bersalaman.
Kemesraan antara kami nampaknya tidak berubah, namun kami tidak lagi serancak dulu bergurau. Topik perbualan nampaknya berkisar kepada perkara-perkara yang serious. Jika dulu tersembur sahaja perkataan dari bibir semuanya yang menjurus kepada perkara yang melucukan. Semuanya dijadikan bahan lawak jenaka. Perkara yang tidak lucu cuba sedaya upaya dijadikan lucu. Kini saya dapati perbualan kami tidak lagi sedemikian cara…Cerita kami lebih banyak berkisar kepada isu-isu semasa, kisah ekonomi, kisah politik Negara, kisah orang-orang kaya, kisah teman-teman yang dalam pengetahuan kami dan kisah kehidupan. Tidak ketinggalan tentang kisah keluarga masing-masing. Bercerita sambil mendengar cerita atau kisah. Seronok berbual, tidak sedar masa berlalu begitu pantas.
Perkembangan tentang dirinya sering saya ikuti menerusi pelbagai medium, namun pengesahan sebenar saya dapati dari beliau. Bergaji bulanan amat besar, ratusan ribu dengan segala kemudahan sehinggakan wang nampaknya tidak menjadi sesuatu yang beliau beri keutamaan lagi hari ini. “aku serious nak berhenti kerja ni, tapi bos tak bagi..” Perbandingan dengan saya dan keluarga saya yang masih berhempas pulas untuk mencari wang, rakan saya ini nampaknya sudah cukup segala-galanya.
Dalam perbualan kami terkeluar juga darinya tentang usahanya untuk lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Dia kini selalu khatam Al-Quran, melakukan sembahyang tahajjud diwaktu insan lain sedang nyenyak tidur, sembahyang sunat Dhuha setiap hari dan pelbagai lagi. “Benar, jika you nak dunia dan akhirat, you kejarlah akhirat, you akan dapat dua-duanya sekali.” Katanya menasihati saya dan seorang lagi rakan.
Dia kini menjadi CEO kepada sebuah syarikat multinasional dan juga sebagai Group CEO kepada sebuah syarikat senaraian awam di Bursa KL. Dalam kapasitinya sebagai peneraju syarikat besar tersebut, tentulah dia terdedah kepada pelbagai karenah dunia koperat, daripada sumbangan peribadi, derma kepada NGO serta pertubuhan amal sehinggalah kepada organisasi politik dan orang perseorangan.
Saya teruja bercampur kagum apabila dia memberitahu komitmen 100 peratusnya untuk syarikat. Pernah menolak rasuah sebanyak RM39 juta, pernah menolak habuan bulanan berjumlah ratusan ribu dan pernah juga menolak habuan tahunan berjumlah jutaan. Bukan sekali malah sepanjang masa dia cuba dipengaruhi dengan suapan RM. “Jika aku tak kuat iman..tak taulah nak cakap..” katanya menginsafi diri..
Tidak lupa dalam pertemuan ini ialah kisah menarik bos dia tetap mengisi ruang perbualan kami. Bos dia seorang yang terkenal dan budiman dan mungkin salah seorang penderma paling tegar dalam dunia ini. Mempunyai wang yang banyak dan mengamalkan cara hidup yang paling sederhana. Mempunyai kemampuan untuk memiliki kenderaan paling mahal di dunia seperti Bugati atau Ferrari, tetapi cuma memiliki Proton Perdana sejak dulu hingga kini. Atas sebab-sebab tertentu bos dia juga memiliki sebuah jet peribadin yang canggih. Kejayaan beliau mengawal nafsu menjadi motivasi kepada ramai insan-insan lain dalam dunia ini.
“Bos aku kurus kering, tidur hanya 3 atau 4 jam sehari.. gigih bekerja.. dia ibarat lilin membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain…satu dalam seribu..” katanya mengakhiri perbualan kami.
Saya membaca profil kawan saya ini melalui internet dan amat menarik apa yang dipaparkan.
“He does not hold any interest in the securities of the Company or its subsidiaries. He has no family relationship with any Director and/or substantial shareholders of Tradewinds (M) Berhad.He has no conflict of interest in any business arrangement with the Company and has no conviction for any offence within the past ten years other than traffic offences.
Anak saya Mohd Afiq memberitahu saya..”semua board of directors di bawah dia mempunyai gelaran datuk..dia je yang tak datuk..” mungkin kawan saya ini menjadikan bos dia sebagai idola nombor satu.. hidup sederhana. Syabas kawanku.
Sapo boss e.....
ReplyDeleteBos ea ghamai yang kona, kek NSDK ni bos ea derma buek 7 buah masjid sojak 3 tahun lopeh...
ReplyDeleteJokiden.