Kota Madinah aman dan tenteram. Susun atur bangunan dan landscaping sangat menarik. Cuaca masa itu di akhir musim sejuk. Terasa macam suhu di Genting. Masjid Nabawi sangat indah dan bersih. Pertama kali masuk dan bersembahyang di Masjid Nabawi hati saya penuh dengan kekaguman tentang senibena masjid tersebut. Alangkah tenteram jiwa berada dalam masjid yang menjanjikan 50,000 pahala beribadat di dalamnya.
.
.
Menziarahi Makam Rasullah dan berdoa di Raudah sangat mengharukan jiwa. Tak tertahan air mata mengalir. Segalanya amat sempurna.
.
.
Sebelum bertolak saya yang demam teruk tetapi bila sampai ke Madinah isteri saya pulak jatuh sakit. Dia demam dan ada kesan bintik-bintik di lengannya. Masyaallah denggikah dia.... kebimbangan yang tersangat saya rasakan. Isteri saya meminta di bawa ke hospital. Pihak hotel bermurah hati memanggil ambulan dan isteriku dibawa ke hospital berdekatan.
.
.
Walaupun hospitalnya kecil tapi layanannya sangat memuaskan. Sampai di hospital isteri saya dibawa terus ke bilik kecemasan dan diberi rawatan sertamerta tanpa menunggu apa-apa. Berbeza sungguh dengan rawatan di hospital kerajaan di negara kita. Lebih kurang sejam isteri saya selesai dimasukkan air (drip) dan nampak lebih bertenaga. Syukur....... yang paling memeranjatkan saya semua rawatan yang diberikan termasuk ambulan adalah percuma.
Berada di tanah haram Madinah tidak saya sia-siakan. Setiap waktu solat di masjid dan tentunya sampai awal. Saya dapat mengunjungi Makam Rasulullah beberapa kali dan menyampaikan salam dari kawan-kawan di Malaysia. Juga bersolat di Raudah merupakan satu yang saya anggap paling istimewa.
Hari berlalu terlalu cepat. Sampai masanya akan meninggalkan kota di mana jasad Rasulullah bersemadi. Saya sekali lagi mengunjungi Makan Rasullullah untuk mengucapkan selamat tinggal dan berdoa supaya ini bukanlah kali pertama dan terakhir mengunjungi makam Rasulullah.
Selepas Zohor dan siap berihram di hotel saya dan ahli jemaah meninggalkan kota Madinah menuju Makah. Berhenti sebentar di masjid Qiblaitini (dua kiblat) untuk berniat ihram untuk mengerjakan umrah. Ketika kalimat "Talbiah" dilaungkan saya tidak dapat menahan kepiluan. Air mata bercucuran turun tanpa dapat saya tahan. Terasa kecilnya kita di bawah kuasa Tuhan yang Maha Agung. Basah hujung kain ihram saya dengan air mata.
Jam 10.00 malam sampai di Makkah. Selesai urusan di hotel mutawif memandu kami mengerjakan tawaf. Hati saya diruntun resah. Apakah saya dapat menatap Kaabah? Terasa diri begitu hina dan banyak dosa. Saya berdoa : " Ya Allah.... hambamu datang kepadamu dengan dosa yang banyak. Hambamu tidak layak berada di rumahmu yang agung ini. Namun aku datang untuk membersihkan semua dosaku ya Allah. Terimalah kehadiranku di rumahmu yang Agung ini. " Aku menundukkan muka masuk kedalam Masjidil Haram. Tidak berani aku mendongakkan muka memandang Kaabah. Mutawif mengarahkan kami menggangkat muka dan menatap Rumah Allah buat pertama kali.
"Ya Allah... Subhanallah..... Allahuakbar......" saya bagai menjerit kegembiraan dengan rasa kekaguman. Kaabah tersergam di depan mata saya. Binaan empat persegi itu saya tatap dengan penuh kekaguman. Seterusnya melakukan tawaf dengan sempurna. Setiap kali keliling disertai dengan cucuran air mata. Isteri saya dibantu oleh mutawif wanita melakukan tawaf di tengah ribuah manusia yang bertawaf. Syukur isteri saya tabah dan sabar menahan tenaga walaupun saya tahu dia tidak berapa "fit".
Melakukan saie saya rasa sangat memenatkan. Berjalan 7 kali ulang alik dari bukit Safa dan Marwah membuatkan beberapa bahagian kaki saya telah mula merasa sakit namun digagahi. Akhirnya seletah bergunting rambut (tahalul) maka selesailah Umrah Wajib saya. Ya Allah... betapa indahnya pengelaman ini. Selain dari umrah pertama di atas saya dapat mengulangi 3 kali lagi umrah pada hari-hari berikutnya.

BERSAMBUNG................. Ismail Mad Isa