GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label CERITA RAYA. Show all posts
Showing posts with label CERITA RAYA. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

KEHADIRAN NSR ......... SATU GIMMIK


Dah dua hari Syawal berlalu. Sekarang kita berada di bulan Zulkaidah. Orang tua dulu-dulu menyebut bulan ini sebagai bulan “berapit” kerana dia di tengah antara bulan raya puasa dan raya haji.
Petang tadi (2 Zulkaidah) saya masih ada jemputan makan-makan raya. Rupanya sebulan Syawal masih belum cukup untuk kita memenuhi undangan berhari raya. Oleh kerana banyak sangat memenuhi undangan “rumah terbuka” setiap hujung minggu maka saya tidak berkesempatan untuk membuat giliran.
Rumah terbuka tahun ini yang saya hadiri hebat-hebat dan nilainya telah meningkat.  Jika tidak ada hidangan sate atau sekurangnya nasi beriani rumah terbuka tersebut dianggap biasa. Saya menegur sikap isteri saya yang membanding kehebatan rumah terbuka yang kami hadiri. Sebuah rumah yang paling meriah telah menyediakan jamuan sate, nasi beriani, rojak, laksa dan pelbagai hidangan kuih muih basah (bukan biskut raya). Kalau setakat lomang nasi impit dan bihun goreng dah dianggap hidangan biasa. Malah ada juga yang menyediakan karaoke. Rasanya kos untuk jamuan yang sebegitu paling kurang dua ribu ringgit. Mak oiiii banyaknya bagi orang yang berpendapatan seperti saya.
Sambutan Hari Raya yang kita adakan di rumah Jalil juga tidak kurang hebatnya. Dua ekor kambing tumbang. Segala hidangan yang hebat disediakan. Oleknya macam nak berolek anak rajo kawin tapi yang membuatkan saya terkedu ialah kehadiran kawan-kawan tidak berapa mengembirakan penganjur. Banyak makanan yang berlebih walaupun banyak yang ditapau. Saya yang tak pernah mentapau pun boleh membungkus lauk kambing dan umbut kegemaran saya.
Saya dapat merasakan kekecewaan  Jalil (Dato) dan AJK yang lain tapi itulah risiko yang kita perlu ambil. Tahniah dan terima kasih dari saya kepada kawan-kawan yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Zali, Hasnan, Tahir, Siti Hawa, Zainab Idris, Rubiah yang sanggup datang dari jauh juga Siti Normah yang datang dalam keadaan tak boleh bercakap (sbb sakit tekak).
Saya terharu dengan kesetiaan kawan-kawan kepada kesatuan kita. Jangan pula hendaknya Siti Sara merasa  kecewa yang teramat sangat. Saya terhibur dengan keletah  Salim dan lainnya yang sporting. Begitu juga dengan kehadiran Cikgu Jamilah dan Cikgu Zul yang semua kita tidak menjangka. Cikgu Jamilah masih anggun macam dulu tetapi saya tersentuh dengan penampilan Cikgu Zulkifli Tahkim.
Saya dan Rashid cuba menceriakan suasana yang tidak berapa meriah walaupun dengan kehadiran Hattan dan tembakan bunga api yang menerangi langit Pelangai malam itu.
Saya umumkan NSR dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pada malam itu. Nampaknya ramai kawan kita terutama bloggers yang teruja untuk menemui NSR.. Ramai yang nak kenal siapa NSR tu yang sebenarnya. Rupanya NSR yang pakar dalam bahaso loghat NS punya ramai peminat. Tetapi pengumuman itu hanya “gimmik” dari saya. Gimmik yang telah saya rancang dari awal bersama Rashid. Kepada NSR abang harap kau sudi hadir memperkenalkan diri dalam majlis pertemuan yang akan datang.
Saya tanyakan kawan-kawan apa beza raya sekarang dengan raya sekarang. Memang terlalu banyak bezanya. Hidangan dulu tidak semewah sekarang. Hidangan hari raya di rumah saya dulu tak lebih dari lomang (wajib) , kuih baulu (separuh wajib) dan agar-agar (dulu kita sebut lengkong). Lauk nak cicah dengan lomang pun berasal dari reban ayam belakang rumah. Kalau ada masanya abah saya beli daging pun setakat sekati (bukan se kg).
Masa di tingkatan bawah rumah yang wajib saya pergi ialah rumah Marzuki Pilus di Majau dan bila di tingkatan atas (F4 dan F5) rumah yang wajib saya berkunjung ialah rumah Rashid dan Maimon.
Masa di sekolah rendah saya sangat teringin sekali nak makan rebusan (sop) dirumah yang dikunjungi tetapi malu sangat rasanya nak menjamah. Kerana itulah selepas bergaji saya beli sejumlah tulang yang banyak untuk hidangan keluarga setiap kali raya.
Hobi saya yang menjadi kemarahan mak saya ialah saya akan ke Pilah untuk  tengok wayang. Kawan saya yang selalu ikut saya ialah Adam Taat (sebenarnya pak saudara saya) dan Dahari Jali. Suatu hari kami ketinggalan bas selepas tengok wayang dan malam itu kami tidur di tingkat atas bangunan pejabat ukur Kuala Pilah.  Esoknya bangun pagi rasa sangat lapar. Duit hanya cukup untuk tambang balik. Fikir punya fakir (macam Do Re Mi) saya ajak kawan saya ke rumah Azimah di kuarters polis. Dapatlah kami sarapan  percuma pagi itu.
Diperturunkan seloka makna tua bagi kawan-kawan yang tidak hadir di rumah Jalil dulu.

Kita tua bilo ……..
Uban dah banyak ateh kepalo
Mato pun dah tak clear.

Kito tuo bilo….
Gigi pun dah banyak yang longga
Telingo pun dah binga
Dah tak berapo nak donga.

Kito tuo bilo …..
Makan pun dah tak berapo slero
Tido malam pun dah tak berapo leno
Dari malam sampai subuh 3 kali tejago

Kito tuo bilo ………
Orang rumah dah tak berapo hirau kek kito
Dulu segak sekarang dah geleme sini sano
Selero dah tumpo….  Sobab tu jadi hambaa yoooooo

Kalau nior makin tuo makin pokat santan ea
Kalau keladi makin tuo makin gata gotah ea
Kalau potai makin tuo makin poda raso ea
Kalau ubi makin tuo makin bosa isi ea

Kito pulak ……
Makin tuo, makin kurang kudrat
Kurang tenago, kurang  upayo.

MCC