GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, October 1, 2011

KEHADIRAN NSR ......... SATU GIMMIK


Dah dua hari Syawal berlalu. Sekarang kita berada di bulan Zulkaidah. Orang tua dulu-dulu menyebut bulan ini sebagai bulan “berapit” kerana dia di tengah antara bulan raya puasa dan raya haji.
Petang tadi (2 Zulkaidah) saya masih ada jemputan makan-makan raya. Rupanya sebulan Syawal masih belum cukup untuk kita memenuhi undangan berhari raya. Oleh kerana banyak sangat memenuhi undangan “rumah terbuka” setiap hujung minggu maka saya tidak berkesempatan untuk membuat giliran.
Rumah terbuka tahun ini yang saya hadiri hebat-hebat dan nilainya telah meningkat.  Jika tidak ada hidangan sate atau sekurangnya nasi beriani rumah terbuka tersebut dianggap biasa. Saya menegur sikap isteri saya yang membanding kehebatan rumah terbuka yang kami hadiri. Sebuah rumah yang paling meriah telah menyediakan jamuan sate, nasi beriani, rojak, laksa dan pelbagai hidangan kuih muih basah (bukan biskut raya). Kalau setakat lomang nasi impit dan bihun goreng dah dianggap hidangan biasa. Malah ada juga yang menyediakan karaoke. Rasanya kos untuk jamuan yang sebegitu paling kurang dua ribu ringgit. Mak oiiii banyaknya bagi orang yang berpendapatan seperti saya.
Sambutan Hari Raya yang kita adakan di rumah Jalil juga tidak kurang hebatnya. Dua ekor kambing tumbang. Segala hidangan yang hebat disediakan. Oleknya macam nak berolek anak rajo kawin tapi yang membuatkan saya terkedu ialah kehadiran kawan-kawan tidak berapa mengembirakan penganjur. Banyak makanan yang berlebih walaupun banyak yang ditapau. Saya yang tak pernah mentapau pun boleh membungkus lauk kambing dan umbut kegemaran saya.
Saya dapat merasakan kekecewaan  Jalil (Dato) dan AJK yang lain tapi itulah risiko yang kita perlu ambil. Tahniah dan terima kasih dari saya kepada kawan-kawan yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Zali, Hasnan, Tahir, Siti Hawa, Zainab Idris, Rubiah yang sanggup datang dari jauh juga Siti Normah yang datang dalam keadaan tak boleh bercakap (sbb sakit tekak).
Saya terharu dengan kesetiaan kawan-kawan kepada kesatuan kita. Jangan pula hendaknya Siti Sara merasa  kecewa yang teramat sangat. Saya terhibur dengan keletah  Salim dan lainnya yang sporting. Begitu juga dengan kehadiran Cikgu Jamilah dan Cikgu Zul yang semua kita tidak menjangka. Cikgu Jamilah masih anggun macam dulu tetapi saya tersentuh dengan penampilan Cikgu Zulkifli Tahkim.
Saya dan Rashid cuba menceriakan suasana yang tidak berapa meriah walaupun dengan kehadiran Hattan dan tembakan bunga api yang menerangi langit Pelangai malam itu.
Saya umumkan NSR dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pada malam itu. Nampaknya ramai kawan kita terutama bloggers yang teruja untuk menemui NSR.. Ramai yang nak kenal siapa NSR tu yang sebenarnya. Rupanya NSR yang pakar dalam bahaso loghat NS punya ramai peminat. Tetapi pengumuman itu hanya “gimmik” dari saya. Gimmik yang telah saya rancang dari awal bersama Rashid. Kepada NSR abang harap kau sudi hadir memperkenalkan diri dalam majlis pertemuan yang akan datang.
Saya tanyakan kawan-kawan apa beza raya sekarang dengan raya sekarang. Memang terlalu banyak bezanya. Hidangan dulu tidak semewah sekarang. Hidangan hari raya di rumah saya dulu tak lebih dari lomang (wajib) , kuih baulu (separuh wajib) dan agar-agar (dulu kita sebut lengkong). Lauk nak cicah dengan lomang pun berasal dari reban ayam belakang rumah. Kalau ada masanya abah saya beli daging pun setakat sekati (bukan se kg).
Masa di tingkatan bawah rumah yang wajib saya pergi ialah rumah Marzuki Pilus di Majau dan bila di tingkatan atas (F4 dan F5) rumah yang wajib saya berkunjung ialah rumah Rashid dan Maimon.
Masa di sekolah rendah saya sangat teringin sekali nak makan rebusan (sop) dirumah yang dikunjungi tetapi malu sangat rasanya nak menjamah. Kerana itulah selepas bergaji saya beli sejumlah tulang yang banyak untuk hidangan keluarga setiap kali raya.
Hobi saya yang menjadi kemarahan mak saya ialah saya akan ke Pilah untuk  tengok wayang. Kawan saya yang selalu ikut saya ialah Adam Taat (sebenarnya pak saudara saya) dan Dahari Jali. Suatu hari kami ketinggalan bas selepas tengok wayang dan malam itu kami tidur di tingkat atas bangunan pejabat ukur Kuala Pilah.  Esoknya bangun pagi rasa sangat lapar. Duit hanya cukup untuk tambang balik. Fikir punya fakir (macam Do Re Mi) saya ajak kawan saya ke rumah Azimah di kuarters polis. Dapatlah kami sarapan  percuma pagi itu.
Diperturunkan seloka makna tua bagi kawan-kawan yang tidak hadir di rumah Jalil dulu.

Kita tua bilo ……..
Uban dah banyak ateh kepalo
Mato pun dah tak clear.

Kito tuo bilo….
Gigi pun dah banyak yang longga
Telingo pun dah binga
Dah tak berapo nak donga.

Kito tuo bilo …..
Makan pun dah tak berapo slero
Tido malam pun dah tak berapo leno
Dari malam sampai subuh 3 kali tejago

Kito tuo bilo ………
Orang rumah dah tak berapo hirau kek kito
Dulu segak sekarang dah geleme sini sano
Selero dah tumpo….  Sobab tu jadi hambaa yoooooo

Kalau nior makin tuo makin pokat santan ea
Kalau keladi makin tuo makin gata gotah ea
Kalau potai makin tuo makin poda raso ea
Kalau ubi makin tuo makin bosa isi ea

Kito pulak ……
Makin tuo, makin kurang kudrat
Kurang tenago, kurang  upayo.

MCC

7 comments:

  1. Alhamdullillah abang MCC dah bangkit dari 'rajuk'nya. TQ abang MCC..abang MCC berjauh tahi kerana 'kedinginan' kengkawan pada blog ini sejak akhir akhir ni..saya rasa NSR pun sama seolah olah dh rasa hambar atas sambutan kengkawan pada blog yang direka khas oleh sdr Jokiden untuk kita warga SMBK..Saya sangat meminati karya sdr NSR dengan identiti versi NSnya yang bersahaja...(NSR belum menghabiskan ceritanya tntang perkahwinan dan hubungannya dengan keluarga mentuo..harab NSR bleh habiskan)..karya MCC, Jokiden dan kawan-kawa lain membuatkan saya menjadi pengunjug blog yang setia. Saya agak kengkawan lain juga seperti saya..suka membaca tapi malas nk tulis..Untuk memeriahkan kembali blog ini rasanya tk perlu sangat buat posting pada yang malas sperti saya ni, tapi kita tulislah sedikit komen supaya ada tindak balas untuk posting tu, ada sesuatu yang baru untuk dibaca..rasanya kalau setiap pembaca tuliskan sedikit idea sudah cukup untuk mengembalikan keceriaan blog ini..mana LAR, Bee, CTN, CT Shara yang suatu ketika dulu suka mengomen..marilah kita kembali dengan komen2 yg baru..supaya blog kita tk malap dan padam...MD

    ReplyDelete
  2. Sorry bukan berjauh tahi...berjauh hati..kih..kih..kih..dh potang..

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Adolah ini daghi pominat numbo satu bang MCC. Yg lain tu kok ondak, ambiklah nombor lain…

    Memang iyo keteh MD tu. Ese tah camano aghi ni toghingat pulak kek blog ni. Duo boleh aghi dah tak tengok.. tup2 ado 2 poting baghu. Sampai namo ese dah jadi tajok pulak..

    Sibuk siang malam open house yo kojo eh,, bak kato MCC ni sampai masok bulan boghapit. Dulu2 oghang totuo kito dilaghang’eh bosuko bona dalam bulan ni. Apo laie nak buek konugi nikah kawin. Tompi sokaghang ni tak dipakai’eh laie kek oghang doh.

    MCC kisahkan maso tuo ni…
    Masalah ese ni maso mudo maghi tu..

    Maso mudo ese dulu dulu
    Jalan ko ilir ko ulu
    Muko solambo tak ghoti malu
    Matlamat apo pun tak tontu

    Dulu maso ese mudo mudo
    Naik bukit tughun payo
    Musim koghing suko monimbo
    Lotih ngail kito, kito cughah tubo

    Maso mudo ese dulu dulu
    Niat tak banyak cumo satu
    Nak nikah ngan dagho ayu
    Tompi muko tak boghapo jambu

    Dulu maso ese mudo mudo
    Lupo ese kan jadi tuo
    Banyak buek kojo tak sokagho
    Sumo’eh tak peedah bolako

    Maso mudo ese dulu dulu
    Jaghang bona ngadap ko ulu
    Aghi jumaat pun buek tak tahu
    Diajak oghang “poielah kau dulu”

    Dulu maso ese mudo mudo
    Jual air batu roda tigo
    Untung sikit tak seboghapo
    Lopeh modal tok sok pagi jo

    Maso mudo ese dulu dulu
    Bosoko yo sotiap minggu
    Awal bulan masalah tak ganggu
    Ujung bulan duduk molanggu

    Camano nak buek tu...NSR..

    ReplyDelete
  4. AsSalam,

    Esei dah agak kisah NSR pd mlm rumah DJalil tu memang gimmik yg dibuek oleh Bang MCC, ghupo ee boto yo...mlm tu sei ngan MD tertanyo2, sbb NSR dah declare tak dtg, tetibo yo dtg lak....memang tak cayo, tapi oleh terpedayo maka kami berdua2 mengharap juga kedtgan NSR, asal ado yo oghang yg baru dtg kek situ, tak kona kami berduo mengagak2 otu ko NSR...tapi kecurigaan sei ngan MD memang boto hingga ke akhir perjumpaan...tak jumpo pun NSR...

    Wahai NSR, begitulah semuanya mengharapkan kedtgan anda...nak jumpo nak kona, kita mesra di blog mcm dah bertahun2 jumpo dan kona, tapi tak nmpk batang hidung NSR yg sobonar..Terujanya kami sbb kita dah mesra disini....

    Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih pd kwn2 kita yg sanggup dtg ke perjumpaan hariraya di rumah Dato' Jalil dan Datin Yusmah seperti kwn2 yg disebut oleh MCC di atas, walaupun jauh sanggup mereka dtg bertemu kami disini bersama dan menjayakan kenduri tersebut. Terutama kpd kwn kita CTN yg sanggup tinggal disini selama 2 minggu semata2 tidak balik utk bersama kita pd mlm itu, dahlah tu dgn demam2 lagi, keesokan harinya baru dia dan Bang Rahim balik. Tkasih Bang Rahim n CTN, klu tak kerana kesungguhan dan understanding abg tak mungkin kami jumpa pd mlm itu.

    MCC, abg bicara maso tuo, esi tak tuo laie do, klu nak tau dah tuo, bilo gigi dah tak ado ghupo mcm org tuo, selagi gigi ponuh didopan, tak tuo do,ghambut putih bukan tando dah tuo, tapi ghambut putih tando dah lamo kek dunio...hehehe
    bersediolah...

    ReplyDelete
  5. Hah...baco yo Kak Cik...kalu ghajin jago gigi ..gigi tu akan botahan soumur hidup kito...smpai umur 100 thn..tak tuo2 lai ko Shara..he..he..ghambut putih bleh cat hitam..nnti umo e da 120 thn..tompi ghambut e itam bokilat..ayo..gholo de'eh

    ReplyDelete
  6. AsSalam,

    LAR, ghambut kita silver ko, hitam ko, merah ko, tak nmpk do, tudung kito ado, jadi pelindung ea, tapi klu gigi nak sughok kek mano, kono tutup smpi tak bokato2, heghan Bang sarep kito nnt, apolah kono ee kito tak mencolah2 bilo bojumpo....apo2 pun
    gigi mesti jago jgn lughuh, susah......

    ReplyDelete
  7. Ha..ha..tongah bojalan2 gigi lughuh satu2...bayangkan

    ReplyDelete