GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Dairi Saya. Show all posts
Showing posts with label Dairi Saya. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

CERITA SAYA

Oleh: JOKIDEN

Hari ini, hari Minggu yang mendamaikan, saya berihat saja di rumah bersama keluarga. Yahoo memberitahu betapa orang-orang kenamaan Amerika terutamanya bekas-bekas President mereka memperolehi jutaan ringgit hasil daripada ucapan-ucapan yang mereka sampaikan.

Bill Clinton umpamanya memperolehi $65 juta sejak bersara. G.W.Bush pula sejak bersara pada tahun 2009 telah memperolehi lebih $15 juta hanya dengan memberikan ucapan. Ini tidak termasuk hasil daripada penjualan buku-buku mereka.

Saya rasa antara tokoh yang paling banyak menerima bayaran sejak dulu ialah Henry Kessinger bekas Setiausaha negara yang paling berpengaruh tersebut. Tokoh-tokoh lain yang membuat wang melalui airliur mereka termasuklah Donald Trumph, Arnold, Muhamad Ali dan ramai lagi. Kita tinggalkan kisah orang asing tersebut kerana itu mungkin tidak mampu untuk memotivasikan diri kita.

Kembali ke dunia kita, pagi ini Tahir menghubungi saya mnerusi telefon.  Panjang kami berbual. Tawa ria, tak sedar masa berlalu. Tipah juga menghubuni saya, tetapi menerusi fb. Banyak jugak yang kami sembangkan. Semalam berborak ngan setiausaha juga di fb, dengan beliau selalunya urusan rasmi... ehwah... kih..kih.

Minggu lepas saya dan isteri menghadiri majlis persandingan anak Rubiah Yusof di Dewan MINDF Kuala Lumpur. Majlisnya sungguh meriah dan Rubiah sentiasa kelihatan teruja dan gembira terutamanya bila tetamu memuji kelancaran majlis itu dan keenakan masakanya. Saya tidak ada komen tentang makanan sebabnya....?????

Ramai rakan-rakan SMBK yang hadir antaranya Bang Mail CC dan keluarga, Jalil dan keluarga, Tahir dan keluarga, Iskandar, Rashid dan Isteri, Siti Shara dan Bang Usop, Azimah dan keluarga, Normah Ali, Hawo dan suaminya. Datang dari jauh ialah Bang Rahim dan Siti Normah iaitu dari AS. Tiba paling lewat pula mungkin LAR dan suami dari BP iaitu selepas kami semua pulang.

Kami mengambil kesempatan tersebut untuk mengadakan Mesyuarat Penubuhan Koperasi kita iaitu KOMBAK dii bilik VIP dewan tersebut. Sedang kami rancak berbincang muncul rakan SMBK kita yang telah 40 tahun tidak saya temui. Kelihatan bergaya, matang dalam baju batik berwarna kuning dan songkok tingginya. Saya segera mengenalinya. "Lihat ini Hasnan Md Zain" kata saya memperkenalkan kepada rakan-rakan yang agak terkejut dengan kemunculannya yang tidak kami duga.

Selesai bermesyuarat (ringkas je sebab masing-masing punya urusan lain) saya dan isteri ke SOGO, bukan untuk shoping, cuma untuk melihat lelongan wallet. Saya kemaruk dengan purse, tau tak kenapa. Ketika di situlah LAR menghubungi saya kata dia dan suami nak jumpa jugak. Suasana di KL waktu itu padat dengan orang, kenderaan juga padat di semua kawasan dan hari pula telah hujan. Dua tiga kali LAR berpusing-pusing menggelilingi SOGO dan tidak dibenarkan masuk.

Akhirnya kami bertemu juga dan berbual panjang, santai sambil menghirup teh tarik. Sehingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya apakah LAR dan suami mempunyai sesuatu hajat untuk disampaikan kepada saya atau hanya sekadar untu kono teh tarik bersama. Jika dia mempunyai sesuatu untuk diberitahu, mungkin hajatnya tidak kesampaian kerana sepanjang pertemuan itu tidak ada apa yang diberitahunya dan saya mohon maaf. Jika panggilan tersebut  dan pertemuan itu sekadar untuk teh tarik saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana beliau dan suami sudi dan bersusah payah mencari saya untuk minum bersama...

Catatan ini dibuat untuk memenuhi permintaan MD dan Shidi yang tidak berkesempatan hadir dan ingin tahu tentang kemeriahan majlis. Memang hiruk pikuk. Iskandar dan Jalil asyik mengukur siapa lebih tinggi. Jalil guna kasut, Iskandar tidak memakai terompah, cuma sandal tetapi dengan songkok tinggipun dia masih rendah dari Jalil. Namun TL tetap lebih tinggi dari saya dan Bang CC. Tahir tetap lebih rendah dari Iskandar walaupun dia pakai kasut setinggi mana atau songkok yang paling tinggi dalam pasaran. Kesian Tahir... Riuh rendah kami menjadi perhatian tetamu lain.. so kita kena control sikit. Itulah kisahnya kakcik....

Sebentar tadi juga sempat meninjau kisah rakan-rakan di fb. Sebenarnya apabila sahaja komputer atau laptop saya dibuka yang pertama saya tengok ialah blog SMBK. Tidak seperti NSR, dia membuka blog SMBK dua kali sehari, pagi dan petang. Saya pula membukanya berkali-kali tanpa mengira waktu.

Saya cuma komen "Lost my words" di fb pagi ini. Biasalah, sebab tu LAR kadang2 tak puas hati. Kisah pagi ini komunikasi di fb antara CTN, Zainab, Dr Shidi, Ponyongek dan ramai lagi mengenai hutang, memberi pinjam, hilang kawan dan hilang wang.

Saya amat bersetuju dengan apa yang Zainab hujahkan. Jangan bagi orang pinjam duit kita, kerana akhirnya duit kita hilang, kita jadi marah dan kawan juga terbang.

Saya juga amat bersetuju dengan apa yang CTN utarakan, susah-susah halalkan saja segala hutang orang jika sudah pasti dia tidak akan bayar semula. Habis cerita. Kawan semula atau terus tinggalkan dia, maknanya hilang kawanlah tu.

Saya juga amat bersetuju dengan Dr Shidi bila dia mengatakan, duit yang kita bagi orang pinjam tersebut sebenarnya bukan hak kita, sebaliknya hak orang yang Allah letakan sementara kepada kita, supaya kita boleh bagi pada orang dan kita dapat pahala.

Ikut jalan manapun semua pendapat kawan-kawan adalah betul kepada saya. Sebab itu saya kehilangan kata-kata.

Semalam saya bersama keluarga ke JB menghantar anak saudara mendaftar di UiTM Larkin. Kesempatan berada di JB digunakan juga untuk bertemu dengan Zali. Dia datang dengan keluarganya dan melayan kami seadanya. Terima kasih Zali n Kak Ton(selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Ton) kerana sudi meluangkan masa dan membelanja kami makan.

Sesuatu yang menggembirakan disamping mencemburukan saya ialah Zali baru saja selesai membuat pemeriksaan kesihatan penuh. Dia kena bayar RM4,000.00 lebih untuk itu. Kesihatannya sempurna, tiada pakej darah tinggi, kencing manis, jantung dll. Dia bebas penyakit, syukur sangat mendengarnya.

Terlanjur ke Larkin saya menghantar isteri saya melawat sekolah lamanya iaitu Sekolah Tun Fatimah. Dia sudah meninggalkan sekolah itu lebih 30 tahun. Katanya tidak banyak yang berubah kecuali warnanya.



Pada mulanya kami tidak dibenarkan masuk, kerana persiapan sedang dibuat untuk menyambut kedatangan Menteri dan Exco Kerajaan Negeri. Namun dengan sedikit pujuk rayu pengawal keselamatan tersebut akhirnya membenarkan kami masuk.

Berlaku pulak sedikit salah faham kerana guru-guru tersebut menganggap kamilah tetamu VIP yang di tunggu-tunggu mereka. Bila kenderaan kami berhenti dua tiga orang (mungkin guru2) berlari-lari menyambut kami. Saya menjelaskan yang kami datang mengziarahi sekolah lama. "Ooo encik pernah bersekolah di sini.." kata cikgu lelaki tersebut teruja bercampur panik mungkin. "Bukan saya, isteri saya, kan ini sekolah perempuan" saya membetulkan. Cikgu itu kelihatan tersipu-sipu malu lalu seboleh mungkin cuba menggembalikan kehebatannya.

Tidak mahu mengganggu kelancaran majlis orang kami mohon berlalu. Sempat juga isteri saya menunjukan kelas tempat dia belajar, dewan tempat dia makan, bilik sains, padang permainan, asrama dia dan bilik guru besar yang selalu menyimpan surat-surat yang saya hantar sebelum diserahkan kepada isteri saya. Nostalgialah tu.

Jika ada kesempatan pada cuti persekolahan ini kami mungkin ke sana lagi, JB dan terus ke Singapore. Zali memberitahu saya dia dan keluarga akan juga ke Singapore pada 8 Jun ini. "Jalan-jalan..." katanya. Beberapa bulan dulu jika saya tidak silap LAR dan keluarga juga ke sana.

Perjalanan masing-masing. Untuk pertemuan rakan lama dan sahabat, program Jamuan Hari Raya kita pada 16, 17 dan 18 September akan diadakan. Kita bertemu, bersantai, berbual kisah lama dan baru sambil bercuti dengan keluarga masing-masing. Jadi saya berharap rakan-rakan melapangkan masa pada tarikh tersebut kelak.

Saya juga yakin akan lebih ramai guru-guru kita yang akan hadir pada kali ini dan kita boleh mengwar-warkan tentang program perhimpunan sambil bercuti ini pada rakan-rakan yang jarang-jarang membuka blog SMBK ini. Buat sedikit sebanyak persiapan terutamanya persiapan mental. Tiga bulan dari sekarang adalah jangka waktu yang singkat. Orang selalu memberitahu saya bahawa masa berlalu begitu cepat.

Sekian untuk kali ini, esok mari kita doakan dan ucapan Selamat Hari Jadi kepada MD@Kakcik. juga Tahniah kepada rakan kita yang semalam kelihatan hebat di TV dan kedengaran hebat di Radio iaitu Ybhg Dato' Hj Abdul Jalil Abdullah dan keluarga atas pengurniaan darjah kebesaran.

Sepatah pesan Zali yang harus kita ingat "Dalam usia emas ini selalulah buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.."