Salam Kawan-kawan,
Petang tadi saya dengan Iskandar, Siti Shara dan Mail Isa telah ke Ilham Resort untuk mengfinalkan tentang Majlis Reunion SMBK 69-74. Masa yang kami habiskan bersama ialah kira-kira 4 jam. Pada kebanyakan masa saya, Iskandar dan Siti ceria je, hiruk pikuk dalam kereta.
Mail pada kebanyakan masa hanya sengeh-sengeh dan sesekali je menyampuk. Hanya kira-kira 5 minit sebelum saya turun dari kereta selepas menghantar Siti Shara, barulah Mail terlebih gembira. Kenapa begitu? Kisahnya begini.
Tarikh 22 HB ialah tarikh pemergian Mail ke Mekah menunaikan UMRAH, Iskandar tahu tentang itu, tapi saja tak nak bagi tau kami. Dari mula perjalanan kami hanya bercerita tentang tarikh 22 HB, Mail pun tak mahu kami rasa kecewa yang dia tak dapat turut bersama.
Bila Siti Shara turun, kandar tanya Mail jadi ko buat UMRAH..Jadi...Sayanglah tak dpt hadir...Kandar ingat Mail nak pergi 22 Jan, sedangkan Mail pulak ingat majlis kita 22 Feb..Jadi apabila disahihkan yang tarikh majlis 22 Jan dan tarikh Umrah 22 Feb, maka Mail boleh hadirlah majlis ini..Itu yang macam nak roboh kereta dek golak tu..
"Sobab tu dari tadi den diam yo..frust..ingatkan majlis ni 22 Feb...kalau 22 Jan den kompem sebuah rumah datang...tak ado masalah..den akan nyanyi sok lagu cang capit.." kato Mail. Dah nak sampai rumah saya baru Mail ceria...aiyo tak botanyo secaro sahih.
Tentu ramai yang telah pernah menginap di PNB Ilham Resort ni. Terletak di Batu 10 Jalan Pantai Port Dickson, lebih tepat lagi di Blue laggoon atau Tanjung Biru. Bertaraf 4 bintang, selalu dipenuhi oleh pegawai dan kaki tangan kerajaan untuk mengadakan kursus.
Pengurus pemasarannya Cik Zuraidah melayan kami sambil kena teh tarik. Bilik penginapan ditawarkan dengan harga yang paling istimewa hanya lebih sikit daripada Hotel Seri Malaysia, Kita berjaya mendapat 1 unit 2 room apartment, 12 unit 3 room apartment dan 3 unit 31/2 room apartment.
Sesiapa yang hendakkan privacy lebih, ambilah satu unit apartment untuk keluarga, tak payah kongsi dengan yang lain. Jika berkongsi pulak cuma kongsi ruang tamu je. Bilik air tak perlu kongsi kerana setiap bilik ada bilik air. Ruang tamunya luas boleh lepak 10 orang senang-senang je. Hal bilik ini biar saya yang aturkan, rakan-rakan ikut jelah tanpa bantahan. Ini akan memudahkan urusan kita.