GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Jokiden. Show all posts
Showing posts with label Jokiden. Show all posts

Monday, February 13, 2012

KISAH SUKA DUKA 22 JANUARI 2012

Oleh Jokiden
  
Setiap sesuatu kejadian ciptaan yang Maha Esa adalah berpasang-pasangan.  Dan sesuatu yang berlawanan juga adalah menjadi fitrah alam. Kita boleh mula dimana-mana juga. Tinggi lawannya rendah. Bijak lawannya bodoh. Miskin lawannya kaya. Lelaki lawannya perempuan. Laju lawannya perlahan. Kecil lawannya besar. Cetek lawannya dalam.
Miskin sudah tentulah lawannya atau pasngannya kaya.  Catatan saya kali ini mungkin sesuatu yang tiada kaitannya dengan SMBK. Ramai orang berkata blog adalah merupakan dairi kehidupan dimana kita mencatatkan aktiviti harian. Mencatatkan perkistiwa silam atau sesuatu yang kita ingin ianya kekal lama. Namun rakan-rakan anggaplah ini hanya perkongsian sesama kita dan jadikan ia bahan bacaan santai kalian. Sudah tentu saya juga ingin mohon maaf kerana tulisan ini pastinya panjang. Zaman persekolahan dulu meringkaskan karangan adalah subjek yang saya selalu dapat markah rendah.
Jika perlu minta izin saya mohon izin untuk mencatatkan kisah ini di sini. Saya mempunyai keyakinan tentang fitrah alam tadi, lalu kisah ini bermula dengan keinsafan bahawa suka lawannya duka. Ada ribuan kisah suka duka ini terjadi setiap hari disekeliling kita. Disaat ada orang berduka, pastinya ada pula yang sedang bergembira. Bertemu lawannya berpisah. Sebelum saya terlupa hidup lawannya mati.
Gembira banyak puncanya. Berduka juga banyak puncanya. Kita mampu untuk memikirkankannya kerana saban hari kisah suka duka ini berlaku.
Tanggal 22 Januari 2011 kekal lama dalam ingatan saya. Setelah sekian lama kehilangan kawan-kawan, tanggal tersebut telah menemukan semula saya dengan rakan-rakan yang lama terpisah. Ilham Resort Port Dickson telah menjadi saksi atas pertemuan penuh makna tersebut. Silaturrahim yang telah terputus Berjaya disambung kembali. Rakan-rakan yang dirindui akhirnya muncul didepan mata.
Kita mesti mempercayai bahawa jika program reunion ini diteruskan lagi pastinya keakraban dan kemesraan akan kembali berputik, mekar dan bercambah tanpa mengira siapa kita dahulu dan siapa kita pada hari ini. Sesuatu yang pasti Reunion SMBK bukan sahaja mempertemukan sesama kita tetapi akhirnya kelak ia juga akan menjadi medan pertemuan antara guru-guru yang pernah menabur bakti kepada anak bangsa suatu waktu dulu. Sebelum Tok Lombago menyampuk saya betulkan iaitu kesempatan untuk bertemu ini adalah bagi mereka-mereka yang masih berada di dunia ini.
Blog SMBK ini juga pastinya akan diteruskan Insyaallah walaupun dalam sedikit kepayahan. Pada minggu lepas saya dapati banyak pelawat dari German dan jumlahnya melebihi 50 orang. Atau lebih tepat lagi lawatan ke atas blog ini oleh pelayar dari German adalah melebihi 50 kali dalam tempoh seminggu.
Kita tidak harus gusar jika catatan kita tidak mendapat respon dari sesiapa juga kerana catatan kita sebenarnya pasti ada yang membacanya. Tulislah segala pengalaman pahit manis, suka duka dan apa sahaja yang boleh kita kongsikan bersama. Sesuatu yang menggembirakan ialah pelawat-pelawat blog ini bukan sahaja membaca posting yang terakhir, tetapi turut membaca posting-posting yang terdahulu. Maknanya di sini kisah sambal gesek masih diikuti oleh peminat-peminat tertentu.

4/02/12 Jokiden dan Dik As di Marina Island Resort Lumut
Seperti yang pernah saya sebut secara kebetulan sahaja tarikh reunion SMBK untuk kali kedua bertepatan juga pada 22 Januari 2012, juga bertempat di Port Dickson dan kali ini Glory Beach Resprt telah menjadi saksi kepada penyatuan semula antara kita.
Tarikh ini pastinya akan kekal lama dalam ingatan saya kelak. Dua kisah, suka dan duka dalam hidup saya berlaku serentak. Gembira kerana 22 Januari 2012 mempertemukan saya dengan rakan-rakan dalam majlis yang dinamakan Malam Nostalgia SMBK-Back  To 1974. Nama Majlis ini MCC yang mencadangkan dan kami bersetuju.
Tedapat rakan lama yang muncul kembali untuk kali keduanya dan mereka kelihatan teruja. Zali dengan keluarga besar datang dari JB. Beliau dan kak Ton merupakan penyokong kuat kepada Program ini. Terima kasih Zali atas segala sumbangan termasuk sebuah lagu.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, begitulah tepatnya bidalan lama. Tok Lombago yang selamanya kelihatan diam, tanpa diduga telah menyampaikan sebuah lagu ‘Angin Malam’ suaranya sedap walaupun music agak laju. Jadi Imam boleh, baca doa boleh, berpatah bertitih boleh, berceramah boleh dan menyanyipun boleh. Hebat sahabat saya yang seorang ini. Cuma dengan Iskandar ni dia banyak sangat berjenaka. Pantang ada peluang, bila dia buka mulut adalah sesuatu yang melucukan akan terkeluar.
Hadir untuk kali pertama ialah Sdr Hamid Bawal, masih handsome, matang, bergaya dan bersahaja. Jika dulu menjual bawang, kini beliau seorang usahawan yang Berjaya dan menjual kilang. Dalam Negara kita ini hanya beberapa orang sahaja yang mampu memiliki kereta mewah jenama Bently. Hamid adalah salah seorang darinya, Itulah ukuran kejayaan beliau.
Dalam pengkisahan tentang dirinya setelah sekian lama terpisah dengan kita semua, Hamid memberitahu, beliau menyambung pelajaran dan melibatkan diri dalam pembangunan kilang2. “lebih menguntungkan” kata beliau. Beberapa hari sebelum reunion saya dapat berbual dengan salah seorang rakan SMBK kita memujuk beliau supaya hadir di Malam Nostalgia SMBK. Dari perbualan tersebut beliau memberitahu saya bahawa “Hamid tu adalah majikan den, tapi dio tak kona laie kek den…dulu den ingat dio jual bawang kek Tukikir.. kini dio boss den..” Kawan kita tu menyembunyikan indentiti dirinya daripada dikenali oleh Hamid.
Kini setelah hampir sebulan reunion kita berlalu, saya terus berhubung dengan Hamid, dan yang pastinya pada setiap pagi Jumaat Hamid akan mengirimkan doa melalui sms kepada saya dan mungkin juga kepada rakan-rakan yang lain. Tq Hamid doamu dibaca dan dihayati.  
Saya amat berterima kasih dengan sumbangan istimewa yang diberikan oleh Prof Shidi. Dia membawa kumpulan musiknya yang agak ramai. Anak-anak kecil tersebut sesungguhnya amat berbakat. Kita terhibur dengan persembahan mereka. Jika terdapat sedikit sebanyak kekurangan pada persembahan mereka pada malam tersebut bukanlah kerana mereka tidak bagus, sebaliknya salahkan kepada penyanyi-penyanyi amatur rakan-rakan kita. Apapun sekiranya kita mengadakan lagi reunion ini saya secara peribadi ingin lagi menggunakan khidmat kumpulan tersebut, pastilah tidak selamanya percuma lagi..Kita harus membayarnya.
Malam Nostalgia SMBK-Back to 1974, bukan merupakan pertandingan nyanyian, namun sumbangan lagu oleh rakan-rakan amat menghiburkan. Hampir kesemuanya menyampaikan lagu, Tok Lombago, Hj Salim, Md Shah Zainal, Zali, Tahir, Hawa, SSAK, Shidi dan tidak ketinggalan LAR atau yang kurang mengenali beliau nama penuhnya Latifah Abd Rahman, rakan sekampung saya. Tentulah pesta nyanyian ini akan lebih bermakna sekiranya CTN, Rashid Yahya, Rosli suami Rubiah Yussof dan Rubiah Ahmad turut hadir.    
 Yang takut untuk keluar menyanyi apabila dijemput ialah MD atau nama glamournya Kakcik, nama sebenarnya ialah Mariani Duaji. “I dah dua kali pusing ni tak dapat parking ni..” katanya mengadu kepada saya. Memang pada 22 Januari tersebut kerana cuti raya Cina maka Glory Beach Resort penuh sesaki dengan pengunjung sehinggakan pada malam tersebut majlis SMBK turut terganggu akibat ada majlis lain yang lebih besar. “Kalau macam tu you parkin kat Batu Kikirlah..” saya sempat bergurau dengannya. Kemudian saya keluar dan saya mencarikan parking untuk MD. Nasibnya baik ada sebuah sahaja parking yang kosong, betul-betul depan lobi Hotel tersebut..lalu dia dengan rasa berat hati meletakan keretanya di situ. Muncul dari keretanya ialah Mona Kiah serta anak dara MD. “Welcome!!!” kata saya menyambut mereka.
Sehingga lewat petang Kaklong anak saya dan Intan anak Bang Ali masih setia menanti ketibaan rakan-rakan SMBK di meja pendaftaran. Jikalah semuanya tiba serentak, tentunya tugas mereka menjadi lebih mudah dan masa boleh digunakan untuk tujuan lain. Sesekali SSAK kelihatan muram dan cemas kerana hingga saat akhir beliau masih menerima sms atau panggilan daripada rakan-rakan yang akhirnya tidak dapat menghadirkan diri. “It is okay…diluar batas kawalan kita..mana yang adalah..”kata saya untuk menyedapkan hatinya. Yang harus kita faham ialah, orang mempunyai seribu sebab atau alasan untuk hadir dan begitu juga sebaliknya.
Sejak kali pertama dahulu dan kini reunion kedua, saya tanpa ragu mencatatkan di sini bahawa SSAK amat komited dengan program ini. Beliau bersungguh-sungguh, sepenuh hati dan lebih tepat lagi jiwa dan raganya 100 peratus teruja dengan reunion SMBK ini. Kenapa beliau menjadi begitu hanya beliau sahaja yang mampu menjawabnya. Kadang-kadang kami, iaitu saya dan SSAK merasa malu sedikit dengan keluarga kami apabila terlalu beria-ia sangat untuk menjayakan program ini.
Telah agak panjang catatan ini, saya masih banyak untuk dituliskan, saya masih belum habis tentang kisah suka duka ini. Saya tahu MD pasti membacanya, Siti Aminah membacanya, CTN membacanya, LAR membacanya, SSAK membacanya, pelawat dari Rusia, Indonesia, Arab Saudi, German, USA, Taipeh dan Singapura juga membacanya. Mungkin kisah duka terpaksa diasingkan sekiranya tulisan ini menjadi terlalu panjang.
Saya juga hampir pasti bahawa cikgu Jamilah membacanya, cikgu Baharom membacanya dan sudah tentulah HZR juga membacanya. MCC, DAJA. TL dan NSR sudah pasti meninjau blog ini dari semasa kesemasa.
Samada kita perasan atau tidak, HZR semakin menyayangi kita jika dibandingkan dengan zaman persekolahan kita dahulu. Kesanggupan beliau dan isteri untuk bermalam bersama kita membuktikan beliau menerima kita seadanya. Dari dulu hingga kini kita adalah sebahagian daripada memori pahit dan indah beliau.
Dua kali saya menghayati ucapan beliau yang penuh makna, kesimpulan yang saya buat ialah HZR amat berbangga dengan kita semua just for one reason.. kita antara anak muridnya yang membuktikan bahawa usaha keras beliau untuk membuktikan kepada Jabatan bahawa SMBK mampu melahirkan  pelajar cemerlang menerusi aliran Inggeris yang beliau perkenalkan.
Dalam ucapannya beliau mengulangi dengan bangganya bahawa pada tahun 1975 setengah daripada form six di TMS adalah datangnya daripada SMBK. Itu rekod kejayaan beliau, pastinya menjadi kebanggaan beliau.
Secara peribadi HZR merupakan idola saya sejak dulu. Md Shah juga sama. “Den akan ikut semua jejak HZR…tingkat demi tingkat..” kata Md Shah kepada saya. Sebab itu dia kini berada di PPD Seremban, sebelumnya di PD, Jempol, TMS, KGV, Jabatan dan Nilai. Kisah peribadi saya dengan HZR sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan.
Pernah kena tempeleng secara selamba olehnya kerana berambut panjang. Pernah kena tempeleng kerana menyanyi lagu Hindustan. Pernah kena suruh balik jalan kaki apabila kalah perlawanan bolasepak. Dr Murad dan Dr Zaharuddin akhirnya berpindah ke Sek Menengah Sain Cheras  selepas Form Three. Kumpulan saya yang tinggal meneruskan pengajian di SMBK adalah merupakan kelas kedua. Tinggal di SMBK bukanlah kerana yakin dengan program HZR, bukan kerana hendak belajar sangat, tetapi lebih kepada hendak memakai seluar panjang. Selain itu kemampuan saya untuk ke sekolah lain sebenarnya amat terbatas.
Namun HZR tentunya boleh berbangga selain Dr Murad dan Dr Zaharuddin, produk SMBK yang Berjaya terus ke menara gading hanya  saya dan arwah Rusminah Baharuddin. Yang lain-lain menyususl kemudian samada setelah bekerja atau setelah masuk maktab perguruan. Graduan pertama selalunya tidak mempunyai kejayaan yang cemerlang, sebaliknya yang menyusul kemudian akhirnya lebih Berjaya.
Zamrus, Iskandar, Ahmad Zuhaidi, Shidi, Md Shah, Jalil, Alias dan ramai lagi semuanya meneruskan pengajian mereka dan kini semuanya Berjaya. Setelah menamatkan pengajian saya bertugas ‘sebentar’ dengan kerajaan Malaysia. Suatu waktu saya kembali bertugas di NS dan ketika itu HZR telah menjadi orang penting di Jabatan Pendidikan negeri dan kami sering bertemu dalam mesyuarat-mesyuarat tertentu.
Beliau mengetahui saya berminat dengan politik dan sering melibatkan diri dalam aktiviti politik. Suatu hari beliau bertanya kepada saya berapa banyak saya  dibayar oleh Datuk Lillah Yassin apabila saya menarik diri daripada bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol. Saya terkejut dan saya memberitahunya bahawa saya tidak mengambil sesenpun duit Datuk Lillah atau duit sesiapa apabila bersetuju menarik diri. Saya menarik diri kerana dua kali di suruh oleh YAB Menteri Besar ketika itu Tan Sri Mohd Isa Samad. Ada orang memberitahu saya bahawa dalam politik sekali kita terlepas peluang…amat sukar untuk memperolehi peluang kedua. Mungkin ada benarnya kenyataan itu.
HZR banyak juga membantu saya semasa beliau berada di PPD Seremban terutamanya untuk kemasukan pelajar ke mana-mana sekolah. Untuk kesekian kalinya terima kasih Cikgu. Juga terima kasih kerana sudi datang ketika saya menjadi raja sehari. Pasti dikesempatan lain kisah saya dengan HZR akan berterusan dan jika kesihatan mengizinkan tentu beliau akan bersama kita pada masa akan datang walau dimana sahaja kita mengadakan reunion ini.

5/02/12, Jokiden dan Isteri di Pulau Pangkor,
mana tau next reunion kita buat kat sini.
Rakan-rakan yang mengikuti catatan ini pastinya bertemu dengan kesilapan ejaan yang banyak. Saya tidak membacanya untuk kali kedua, jadi mohon maaf atas kesilapan itu dan saya tidak mampu untuk membetulkannya.
Sabtu 11 Februari, saya bertemu dengan Kamaruddin di majlis kenduri kawan di Taman Anggerik di Batu Kikir. Kami sempat berbual dan saya masih terbayangkan keenakan kuih buah sopang yang dibawanya ke PD. Macam mana dia boleh teringat untuk menyumbangkan kuih tersebut saya tidak pasti tetapi sumbangan beliau menyebabkan rakan-rakan yang lain jatuh cinta kepadanya. Roslan Ghani tanpa terlebih dahulu menjamah nasi terus sahaja membedal kuih sepang itu. “Den teringatkan omak den” kata Roslan. Next reunion mungkin akan ada pula sambal tempoyak.
Yang beria-ia sangat nak hadir reunion kita, namun apakan daya hajat tidak kesampaian ialah MCC. Isteri beliau tanpa diduga telah dimasukan ke hospital. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tempat MCC selaku MC yang dipilih terpaksa diambil alih oleh Dato’ Jalil. Beliau selalunya tidak menghampakan kerana telah biasa dengan majlis-majlis yang sering beliau hadiri. Selamba je dia mengendalikan Malam Nostalgia SMBK.  Selamba je dia mengusik Ramlah Hussin, Norhashim Ahmad, Utz Hasnan, Cikgu Sulaiman  dan Hamid Bawal. Syabas Dato’ Jalil.

Semalam SSAK ada menghubungi saya memberitahu gambar2 yang diambil oleh Yusri anak beliau telah siap dan untuk AJK yang berminat atau sesiapa sahaja bolehlah mendapatkannya daripada beliau. Sebahagian akan saya masukan dalam blog ini kelak.
Semalam juga Md Shah menelipon saya menjemput ke rumahnya di Setia Kasih pada 10 Mac 2012, kerana anaknya akan berkahwin. Beliau mengarahkan saya menjemput rakan-rakan menerusi blog SMBK ini. Sesiapa yang terbaca blog ini harap ambil maklum dan mari kita lapangkan masa pada tarikh tersebut untuk memeriahkan majlis rakan kita. Sayangilah rakan kita.
Saya ingin mencatatkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas Penolong Pengetua kita iaitu Cikgu Sulaiman Kassim kerana sudi hadir walaupun dalam kepayahan memandu diwaktu malam. Hendak seribu daya, all the way from Malacca to be with us. “Jalil dan Sharif kuek bona ngajak ese…so ese dayoan yo datang ngan menantu ese…”  katanya. Tq Sir.
Microsoft words mencatatkan coretan saya kali ini melebih 2,064 perkataan. Saya berhenti dulu dan kisah duka 22 Januari 2012 seterusnya akan saya buat dalam posting yang lain. Saya ulangi ayat yang Shidi selalu sebut iaitu Love you all…forever..

Wednesday, June 8, 2011

JENG!!!! JENG!!!! JENG!!!! TOKO SAPO DEH????


Jika ramai yang meneka dengan tepat maka akan banyak lagi gambar dimasukan. Hadiah tentulah Jokiden sodiokan, mintak yolah.

CERITA SAYA  6 – JATUH CINTA, KISAH MANIS
Tidak ada sebarang aktiviti atau temu janji di pagi minggu ini. Petang nanti akan ke Nilai 3 hantar anak dara pergi cari baju raya. Semalam jadual harian saya agak padat menghadiri kenduri, seminar dan bertugas di KRT Taman, dan hanya dapat merihatkan badan jam 3 pagi. Bola??? Tak tengok walaupun dulu hantu bola.
Ruang ini digunakan untuk melihat coloteh rakan-rakan di blog, facebook, Friendster, tengok email, tengok video mana yang sempat dan baca e-paper.
Cerita menarik dari Yahoo ialah tentang Adam, lelaki jujur bekerja sebagai seorang pengukir Ice dari Chicago memerlukan sangat wang untuk urusan peribadi. Dalam keletihan dia menuju ke ATM dan setelah mengeluarkan wang, dia terjumpa bungkusan di sisi mesin ATM tersebut yang penuh dengan wang berjumlah USD17,000.00. Wang tersebut diserahkan kepada polis dan setelah disiasat disahkan kepunyaan sebuah bank lain. Tidak ada yang terperanjat kerana Adam memang terkenal dengan kejujurannya sejak dahulu lagi.
Sebelum memulakan catatan ini saya menonton lagi video Tunang Pak Dukun di wall fb saya. Saya baca komen rakan-rakan. Filem ini dilakukan penggambarannya di Juasseh Ulu, Gentam dan Kuala Pilah. Heroinnya merupakan pujaan saya, bukan saja kerana wajah ayunya tetapi juga kerana mulut lebarnya.
Merenung kembali waktu-waktu yang lama berlalu, teringat saya akan beribu-ribu kenangan manis yang sempat dialami. Namun sukar sekali bagi saya mengingati kisah atau peristiwa mana  paling manis dalam hidup ini. Juga amat sukar untuk saya mengingati peristiwa mana paling pahit dalam beribu-ribu kenangan pahit yang sempat saya lalui.
Kali pertama memakai seluar panjang dalam hidup merupakan suatu kenangan manis. Berendam dalam anak air yang airnya amat sejuk agaknya peristiwa indah bagi saya, namun seketika selepas itu terpaksa pula menghadap muka tok mudim yang berpura-pura peramah adalah merupakan peristiwa yang amat mengerikan pula.
Suatu malam di serambi rumah MD (Mariani) seseorang yang bergelar ustaz menegur saya dengan mengatakan adalah tidak manis untuk memakai seluar pendek dalam majlis begitu dimana kepala lutut jelas berkilat apabila kita duduk bersila. Reaksi saya hanya diam membisu tetapi ustaz itu tidak tahu bahawa manalah saya ada seluar panjang ketika itu.
Sedaya upaya, saya cuba menyenaraikan kenangan manis dalam catatan kali ini dan dikesempatan lain akan diimbangi pula dengan kisah pahit. Pada tahun 1967 kali pertama menjejakan kaki di Kuala Lumpur mengikuti rombongan sekolah. Hingga ke hari ini teringat lagi cikgu pengiring memberitahu tiang lampu limpah di Stadium Merdeka lebih besar dari pokok kelapa.
Malam sebelum bertolak ke Kuala lumpur, mata tidak langsung terkatup, ceria dan teruja hingga ke pagi. Bukan banyak sangat yang mampu disediakan untuk rombongan tersebut, Cuma nasi bungkus cukup untuk makan tengah hari dan makan malam. Tempat popular untuk dilawati ketika itu biasalah, Zoo Negara, Stadium Negara, Tugu Negara, Mesium Negara, Masjid Negara, Station Keretapi, Taman Bunga dan sebuah kilang yang saya telah lupa namanya.


Maso tu lapan oghang budak2 kocik mogang gaun pongantin pompuan, kok tak tosangkut kek kipas tu.

Suasana dalam bas sepanjang lawatan tersebut samalah dengan yang kita saksikan dalam video Tunang Pak Dukun dalam bas Union tersebut, riuh rendah. Lewat tengah malam baru kembali ke rumah dan kerana rumah saya paling hujung, maka saya yang terakhir turun. Saya mungkin terlena seketika ketika itu kerana apabila saya terjaga saya terpinga-pingga. Saya dapati malam sunyi benar dan semua pokok-pokok di sekeliling saya rebah, bas seolah-olah melalui satu padang pasir yang luas. Saya tidak mengerti apa-apa ketika itu, hanya setelah saya dewasa barulah saya faham bahawa itu adalah Malam Lailatul Kadar. Cuma ketika itu bukannya di bulan Ramadan. Entahlah..
Sebelum kisah yang lebih manis saya teruskan, sedikit ulasan saya mengenai coretan Prof Shidi bertajuk “Kenangan lalu 7 Jeram Tengkek, Md Shah, Sharif dan Ganja” Terdapat 4 komen rakan-rakan dan satu daripadanya (tak ada nama) kata “entah iyo ontah tidak….”
Saya tidak komen langsung kerana hingga ke hari ini 12 Jun, saya masih cuba mencari kebenaran kisah itu. Saya gagal untuk mengingati sebarang detik yang Shidi tuliskan. Ini bukannya penafian, mungkin Shidi mempunyai catatan khas dalam diari yang masih disimpan kemas hingga kini dan ianya fakta sahih, bukan imijinasi Shidi semata-mata.
Namun sepanjang ingatan saya yang mudah lupa ini, tidak pernah dalam hidup saya melihat ganja, apa lagi menghisap ganja. Saya hubungi Md Shah dan saya minta dia cuba ingat betul-betul kisah tersebut, dia juga menafikan segalanya. Malangnya saya tidak tahu siapa itu Gan dan siapa itu Run, lalu pengesahan daripada mereka tidak diperolehi..Jadi kawan-kawan sehingga dibuktikan sahih, anggaplah kisah yang dipaparkan oleh Shidi tersebut sebagai hiburan semata-mata. Jangan ada yang merasa benci, meluat, menyampah dan memaqndang serong kepada kami berdua.. Benar kami menghisap rokok tapi kami tidak pernah melihat benda najis tersebut.
Kembali kepada kisah manis, mengingati suasana hari bahagia saya, diijab kabul pada 21 November 1981, disalinkan pakaian berkali-kali, dipikul (dikanda) sepanjang jalan dan didudukan di atas pelamin menyebabkan airmata saya mengalir tanpa sedar. Hiba dan sayu benar rasanya hati ini terkenangkan saat manis tersebut.
Mengharungi dunia percintaan selama bertahun-tahun dengan isteri saya juga ada kalanya manis dan ada kalanya pahit. Menjalani hidup sebagai suami isteri, seperti orang lain juga mempunyai cabaran getir. Apabila anak-anak telah mula mengerti tentang perselisihan faham antara kami maka mereka mempunyai kaedah tersendiri untuk mendamaikan ibu dan ayah mereka. Di dalam kereta dan di rumah sentiasa ada lagu P.Ramlee “Sedangkan Lidah lagi Tergigit”
Lagu tersebut apabila diperdengarkan oleh anak-anak, bukan sahaja kami terbayang tidur di kandang kuda, tetapi juga kami selalunya menitiskan air mata dan akhirnya kami berdamai.
Jangan ada yang cuba menafikan bahawa lagu-lagu mempunyai signifikan mengikut zaman dan masa tertentu. Sekurang-kurangnya dua lagu Melayu lama sentiasa mengembalikan nostalgia silam saya iaitu lagu “Hitam Manis” dan “Cemburu” Kengkawan tidak akan mampu untuk membacanya sekiranya diperincikan kisah meminati lagu tersebut melainkan kita memang suka membaca novel.
Coretan MCC dan NSR walaupun dalam loghat NS totok, namun jika dibaca secara perlahan-lahan, kita akan dapat menghayati suasana yang digambarkan walaupun watak-watak di dalam pengkisahan tersebut tidak dikenali oleh rakan-rakan dari luar.
Namun kita sebenarnya tidak terpisah sangat dengan kisah kawan-kawan walaupun kita agak renggang selepas berpisah dari SMBK dan kembali rapat selepas REUNION tempoh hari. Mungkin juga kisah saya mengetuai rakan-rakan form six menyaksikan cerita Hindustan di panggung REX Kuala Pilah merupakan antara kenangan manis zaman remaja. Saya tuliskan di sini komen seorang penggiat seni bahawa pada hari ini panggung wayang penuh dan filem Melayu Box office kerana remaja Melayu menggunakan panggung sebagai tempat berdating. Zaman kita 1975 istilah tersebut tidak timbul walaupun masa itu ramai rakan-rakan sedang dilamun cinta.


Saya dengan Md Shah (Pak ongah) mengikuti kisah Jalil dan Yusmah. Kita mengetahuinya walaupun pada sangkaan Jalil kita tidak tahu. Suatu hari saya dan Jalil bertemu dan dia teruja sangat dan berkata “ekau tak tau boy (maso tu dio pangge ese boy laie) kisah den, kalau kau tau..tokojut kau..” kato dio boiyo-iyo.
“alah tau den tu..” saya jawab
“apo yang kau tau dan donga…kalau kau tau tokojut kau..”
“Den tau kau tongah bocinto ngan anak cikgu Usop kan..”
“Weeii ai cilakak kau, mano kau tau?.” Masih saya bayangkan wajah cerianya ketika itu.
Kisah Iyeh dan Normah, kisah Pak Ongah dan Induk, kisah MCC ngan MM…, kisah Zahari bas ngan budak keru dan budak terentang baruh tebing, kisah Tahir, kisah CTN ngan S.., kisah Dr Zaha ngan CT Aminah dan banyak laie semuanya mewarnai kisah hidup zaman silam kita.
CT Aminah ketika kami menjamu selera di La Ritzz tempoh hari mengesahkan hubungan dia dengan Dr Zaha sebenarnya berjalan terus sehinggalah Dr Zaha mendirikan rumah tangga. What a sweet memories.?
Soley pernah mengetuk pintu hati saya namun dia singgah cuma sebentar. Ramai rakan-rakan yang tahu dan saya tidak pasti apakah kunjungannya kali pertama ke teratak saya di hujung desa Sg Jelutong atau perkelahan kami di Jeram Tengkek merupakan saat paling manis dalam hidup ini. Pastinya ialah peristiwa itu menyenangkan dan menjadi antara beribu-ribu kisah yang ingin saya ingati ke hari ini.
Pertanyaan dari kakcik MD, semasa saya dipiko tu, “bobughak ko tidak?” jawapannya tidak. Kami bisu sepanjang perjalanan sambil menghalakan pandangan masing-masing ke hutan atau kebun getah sekeliling. Pengantin atau raja sehari mana boleh bobughak, kena jaga tertib.



Banyak sangat kenangan manis, bersama dia, namun saya selalu mengingati cara saya melamar isteri saya ketika itu.  Kami sekampung, ada kaitan saudara, bersekolah rendah bersama. Dia bijak. Saya walaupun agak bijak juga, tapi agak jahat.Kenduri kendara pasti bertemu. Dia amat lawa, manis, lembut dan cantik, ketika itu jadi perhatian remaja kampong. Saya walupun kurang macho masa tu, namun ‘kelincahan’ saya masa tu jadi perhatian dan jadi bualan. MCC pasti boleh mengesahkan tentang perkara tersebut.
Hubungan saya dan isteri saya biasa sahaja, dia melanjutkan pelajaran ke STF sesuai dengan kepandaian dia. Saya ke SMBK. Kami terpisah. Setiap kali cuti penggal dia kembali ke desa dan setiap kali dia pulang budak-budak muda remaja akan berkumpul di kedai runcit di hadapan rumah dia. Pendapatan tuan punya kedai iaitu Hj Kail Maaisin (Ayah YB Datuk Razi) pastinya meningkat setiap kali dia pulang bercuti sebab pelanggan yang terdiri daripada kaum belia bertambah. Papan main dam aji terpaksa ditambah untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Saya juga menyertai rakan-rakan sebaya, berlonggok di kedai tersebut, namun saya tidak memberikan sangat tumpuan kepada gadis sunti yang pulang bercuti di dalam rumah besar seberang jalan tersebut. Saya biasa sahaja. Bila rakan-rakan bersiul galak dari jauh, semua orang akan tahu bahawa ketika itu sang gadis muncul di jendela.Saya macam tak kisah saja. Saya pula bebas ke rumah gadis tersebut atas dasar hubungan keluarga.
Berhari-hari, berminggu-minggu dan akhirnya berbulan-bulan peristiwa mengurat itu berterusan dilakukan oleh rakan-rakan saya. Suatu hari dikala rakan-rakan sibuk dan riuh rendah dengan siulannya, saya ke rumah gadis di seberang kedai untuk membeli dua biji kelapa. Orang kampong semua tahu di situ banyak kelapa. Harga saya dengan harga orang lain berbeza, pertama kerana kami bersaudara, kedua saya dianggap dari keluarga miskin yang harus dibantu. Tidak manis menjual barang kepada keluarga miskin dengan harga yang mahal. Sementara menunggu kelapa di kupas saya dipelawa masuk ke dapur untuk minum petang. Ani gadis yang menjadi ‘rebutan’ remaja kampong melayan saya seadanya.
Saat tu saya merasakan sesuatu dalam hati saya, tidak jelas, namun saya menyedarinya. Terpandang wajahnya saya jadi tak tentu arah. Gelabah kata orang muda zaman ini. Saya tidak bermain dam lagi selepas itu, saya kerap termenung sendirian memikirkan apakah sebenarnya perasaan saya terhadap dia. Tidak ada kepastian selain daripada keinginan saya untuk selalu ke rumah besar itu dan membeli kelapa. Namun keperluan kelapa untuk keluarga saya ialah sebulan atau dua minggu sekali.
Hari-hari berikutnya perasaan tidak lagi tenteram apabila tidak menyertai rakan-rakan bermain dam aji di kedai Kail Maisin. Balik ke rumah hanya untuk seketika, selebihnya saya mulai merasa bahagia berkunjung ke kedai tersebut mengharapkan seseorang akan muncul di tingkap rumah besar di seberang jalan.
Tidak lama kemudian saya begitu pasti bahawa saya sudah jatuh hati kepadanya. Jika remaja lain asyik bersiul dan melambai, tindakan saya berbeza sekali. Beberapa hari selepas itu saya menemuinya tanpa ragu. Saya sudah tidak mampu lagi memendam rasa. Geteran di jiwa ini terlalu hebat. Saya mesti melakukan sesuatu dan saya tidak sanggup kehilangan dia. Dalam pertemuan singkat tersebut saya bagi tahu kepadanya "jangan benarkan sesiapapun memiliki hatimu, kerana ia milikku” Begitu pasti dan begitu yakin sekali pendekatan saya, macam satu arahan yang mesti dituruti. Seribu tahun lagi saya ingin terus mengingati kata-kata tersebut.
Tiada respon yang jelas ketika itu dan kami berpisah. Tiga hari kemudian kami bertemu lagi dan sambil menonton wayang di Sek Keb Sg Jelutong berjudul Si Pitung, saya memberitahunya bahawa dia mungkin tidak setuju dengan ‘lamaran’ saya. “Ani tak cakap” itulah tiga patah jawapan dia yang saya kira 200 peratus  mengesahkan yang dia bersetuju dengan lamaran saya. Malam itu sesungguhnya bermulalah detik-detik manis antara saya dan dia.


Bertahun-tahun kemudian ayat keramat saya itu tercatat di mana-mana, di dinding sekolah, di kulit buku, di belakang fail, di tempat duduk di Mima Land, di Pasir Putih Port Dickson malah di belakang tempat duduk Bas Foh Hup.


Biarkan beratus remaja terus bermain dam aji dan bersiul nakal di hadapan rumahnya dari pagi hingga ke dini hari, saya telahpun merasakan bahawa hatinya menjadi milik saya. Mulai saat itu juga saya menjadi seorang perindu yang setia....
Esoknya satu kepastian terjadi. Ani menerima lamaran saya dengan sepatah perkataan “Setuju” Masa itu saya merasakan seluruh dunia tersenyum kepada saya. Benar Kakcik, NSR n Bee, itu antara saat paling manis dalam hidup ini. Betapa gembiranya hati apabila berjaya memiliki sekeping hati gadis manis berwajah lembut yang menjadi idaman ramai, hanya Allah yang tahu. GHOBAH!!!!!!!. Selebihnya tinggal sejarah dan terlalu banyak untuk diceritakan. Mulai saat itu saya mencintainya sepenuh hati sehinggalah ke hari ini.


Beberapa tahun selepas itu, sebelum kami disatukan sebagai suami isteri, saya ada bertanya kepadanya, apakah yang membuatkan dia memberikan sekeping hatinya kepada saya seorang remaja miskin yang ditinggalkan oleh ayah dan serba kekuranagn, ringkas saja dia menjawab, "cara saya melamarnya.."


Kini dalam usia emas betapa saya ingin kembali ke saat itu, saat di mana sebagai remaja disayangi dan menyayangi. Saya sering menemuinya di dalam mimpi. Jika saya tidak menemuinya di dalam mimpi, saya sering membayangkan saat itu di dalam minda saya. Harapan hanya satu iaitu saya ingin terus mengulangi ayat di atas meskipun di dalam hati, "Jangan benarkan sesiapapun memiliki hatimu kerana ia milikku" 
Harap Dr Shidi berpuas hati kerana beliau pernah menyarankan, buatlah sedikit cerita jika kita memasukan gambar persandingan kita.
Jatuh cinta, suka duka, tawa ria dan air mata adalah teman orang bercinta. Jatuh cinta tidak mengira usia. Menyayangi, disayangi adalah keinginan atau naluri manusia semula jadi. Cinta milik setiap orang, jangan terkejut dalam usia emas ini ada rakan-rakan kita yang terus dilamun cinta, tidak kira uwan atau atuk. Buktinya Tahir menulis di fb nya hari ini begini:



Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati
Jika ada yang memusuhi cinta, tontonlah video Tunang Pak Dukun di wall Facebook saya. Lihatlah bagaimana bas Union menuruni jalan Bukit Putus yang berliku, pasti anda ingin mencintai dan dicintai kembali. Jangan Tanya saya kenapa? …Bersambung nanti…. Tunggulah.
JOKIDEN





Maso tu bosanding kono tunak boto-boto, mato tak leh liar macam sokaghang ni doh.


Wednesday, April 6, 2011

HARI INI HARI JADI SAYA

Oleh Jokiden

Fikirkan, fikirkan, fikirkan banyak kali....

Sebak! Hati ini terlalu sebak... Lutut ini terasa lumpuh untuk
menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku,

Apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang.
Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya.

Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan
setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada
titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia
menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari
mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling
selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan
belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku
mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di
kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang
dan syahdu.

Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku
mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku
kasihankan anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana
Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda.
Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada
jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara
mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.

Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya,
cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah
menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa
kesyukuran.

Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah
mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.
Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini
terhadapnya. Segalanya cukup sempurna.

Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh
Nurjannah.Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua
itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga
yang ajarkan.

Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh
Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke
stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja.

Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia
di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke
pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama berbelas tahun hidup
bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama berbelas tahun itu
juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku
mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah
isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi
bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan

Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku
dengan Normi, madu Nurjannah.

Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah
seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun,
terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan
seorang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku
memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah.

Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali.
Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah
tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk.

Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.
Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan
kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya.

Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan
harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun
Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku
bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya
menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin
lain. Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra,
mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak
sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
gading. Terasa begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor,
Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan,

Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya
akan diadakan dua hari lagi.

Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir
di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak
menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik
oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu.
Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami,
aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah membisu seribu bahasa
dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan
gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di
samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
berwarna jingga.

Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku Aku tergamam. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah
aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah,

Tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku
menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani
borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang,"
pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya
ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu.

Nurjannah, barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas
pergi orang yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa
kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah
hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita.
Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
kesabaran Jannah sudah tinggal sisa-sisa. Jannah tidak mahu jadi
isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah
dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa
sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu
hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga makcik
Normi, kan ayah tak pernah tinggal makcik Normi sorang-sorang. "

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"
pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh
Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk,

Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku
mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sesal dulu pendapatan.. .....sesal kemudian.... ..

Monday, March 28, 2011

MENAMBAH DUIT PENCEN

Oleh: JOKIDEN
Salam Kawan-kawan,
Posting kali ini saya nak keluar dari tajuk sikit. Harap kawan-kawan tak   kisah. Kalau nak baca, bacalah, kalau tak nak skip yo tak ado masalah.
Tentu ramai yang tau tentang MLM, atau pemasaran bertingkat. Dalam Negara kita industry ini mempunyai modal pusingan sebanyak lebih kurang RM6 billion setahun. Menjelang tahun 2017 ia akan mencecah RM20 billion setahun. Besar tu.
Ada sebuah syarikat MLM baru yang sedang merekruit ahli baru. Syarikat ni ditubuhkan pada tahun lepas, tetapi baru minggu ini beroperasi sepenuhnya.
Nama Syarikat tersebut ialah ABN Group Sdn Bhd. 100% milik Bumiputra. Opisnya di Bandar Baru Bangi, Produknya Jus Manggis, Sliming, Susu Kambing dan Kopi Power. Pelan dia Binary Pakage.
Kita boleh tumpang syarikat ini berniaga dengan cara mendaftar menjadi ahli. Tentunya kena keluar modal sebagai permulaan.
Apa yang kita dapat setelah mendaftar menjadi ahli kepada syarikat ini?
1.       Boleh menjadi agen syarikat,
2.       Boleh mendapat CTO Syarikat.
3.       Boleh menaja ahli baru,
4.       Boleh menjadi ahli koperasi syarikat
5.       Boleh menjadi agen hartanah syarikat
6.       Boleh menjadi agen Perusahaan Burung Walit
7.       Boleh membuat pinjaman dari Koperasi
Pakej yang ditawarkan ialah seperti berikut:
1.       BRONZE Modal RM350.00 1 lot
2.       SILVER Modal RM1050.00 3 lot
3.       GOLD Modal RM2450.00 7 lot
4.       DIAMOND Modal RM3500.00 10 lot
5.       PLATINUM Modal RM7,000.00
Syarikat menawarkan peluang pendapatan HARIAN dan BULANAN.
Jenis Bonus:
1.       Bonus Tajaan. Sponsor 1 lot dapat RM50.00 Tiada had jumlah penajaan
2.       Sponsor 20 lot dapat RM1000.00
3.       Bonus pasangan RM50.00 Maksima pendapatn mengikut pakej yang diambil
4.       Bonus Pool, duduk diam dapat duit dari RM600.00 hingga RM12,000.00
5.       Bonus unilevel/generasi dari 1 hingga 20 generasi
6.       Bonus Pool Paln B
7.       Bonus Matrix syarikat 4 generasi
8.       Bonus Stokis
Pakej Broze RM350.00 bonus pasangan  sehingga maksima RM1,000.00 sehari.
Pakej Silver RM1050.00 bonus pasangan sehingga maksima RM3,000.00 sehari
Pakej Gold RM2450.00 bonus pasangan sehingga maksima RM7,000.00 sehari
Pakej Diamond RM3500.00 bonus pasangan sehingga maksima RM10,000.00 sehari
Pakej Platinum RM7,000.00 bonus pasangan sehingga maksima RM20,000.00 sehari

Apa yang ingin kawan-kawan dan Bang Maei lakukan sekiranya mendapat DUIT PENCEN RM20,000.00 sehari?
Ada rakan-rakan kita yang telah mula mengambil langkah. Untuk mengetahui siapa mereka sila Klik GHOBAH, TLISHS, JOKIDEN, JOKISEJOKIKAU, JOKIKITO  dan CANG CAPIT.

Dalam sistem plan pool ini syarikat memberi peluang kepada setiap ahli untuk dapat duit, siapa yang join dulu dia di posisi atas, siapa kemudian dia di posisi bawah.

Dalam plan pool ini jika kita gagal menaja seorang pun kita TOTAP dapat duit tapi LAMBEK lah dan SIKIT yo.

Kalau nak BANYAK, buek aghi-aghi, duit masuk aghi-aghi dan BANYAK. 

Contoh duit pencen seperti di bawah;
Ini di print dari web syarikat.

Account Summary

WELCOME TO JOKIDEN'S ACCOUNT

Your promotion link : http://www.abng2u.com/jokiden 

Personal Details

  • Member Id : jokiden
  • Mobile : 0122345889
  • Package : BRONZE
  • Status : VIP Member
  • IP : 113.210.20.109
  • Date Joined : 24-03-2011 05:35PM
  • Date Vip : 24-03-2011 05:37PM
  • Upline : MOHD ABDUL QAWIYY BIN MOHD SARIF (QAWIYY) - 0136439086
  • Stockist : ROSENANI ABD RAHMAN (NANI) - 0126360896

Bank Details

  • Bank : maybank
  • Bank No : 1551 3503 6952
  • Name : Mohd Sarif Ahamad

Bonus

  • E-Wallet : RM1050
  • Automaintain Wallet : RM0
  • Withdrawal pending : 0
  • Points pending : 0
  • Latest Maintain : 26-03-2011 04:03PM
  • Maintain this month : Yes

Plan A

Sponsor

  • Bonus : RM950
  • Total Direct Sponsor : 8

Pairing

  • Bonus : RM350
  • Right : 33
  • Left : 6
  • Maximum pair per Day : 20

Pool

  • Bonus : RM0
  • Total unit : 2

Plan B

Unilevel

  • Bonus : RM0
  • Maximum level : 4

Sekian dulu kawan-kawan, salam rindu dari saya.
JOKIDEN.