GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, February 13, 2012

KISAH SUKA DUKA 22 JANUARI 2012

Oleh Jokiden
  
Setiap sesuatu kejadian ciptaan yang Maha Esa adalah berpasang-pasangan.  Dan sesuatu yang berlawanan juga adalah menjadi fitrah alam. Kita boleh mula dimana-mana juga. Tinggi lawannya rendah. Bijak lawannya bodoh. Miskin lawannya kaya. Lelaki lawannya perempuan. Laju lawannya perlahan. Kecil lawannya besar. Cetek lawannya dalam.
Miskin sudah tentulah lawannya atau pasngannya kaya.  Catatan saya kali ini mungkin sesuatu yang tiada kaitannya dengan SMBK. Ramai orang berkata blog adalah merupakan dairi kehidupan dimana kita mencatatkan aktiviti harian. Mencatatkan perkistiwa silam atau sesuatu yang kita ingin ianya kekal lama. Namun rakan-rakan anggaplah ini hanya perkongsian sesama kita dan jadikan ia bahan bacaan santai kalian. Sudah tentu saya juga ingin mohon maaf kerana tulisan ini pastinya panjang. Zaman persekolahan dulu meringkaskan karangan adalah subjek yang saya selalu dapat markah rendah.
Jika perlu minta izin saya mohon izin untuk mencatatkan kisah ini di sini. Saya mempunyai keyakinan tentang fitrah alam tadi, lalu kisah ini bermula dengan keinsafan bahawa suka lawannya duka. Ada ribuan kisah suka duka ini terjadi setiap hari disekeliling kita. Disaat ada orang berduka, pastinya ada pula yang sedang bergembira. Bertemu lawannya berpisah. Sebelum saya terlupa hidup lawannya mati.
Gembira banyak puncanya. Berduka juga banyak puncanya. Kita mampu untuk memikirkankannya kerana saban hari kisah suka duka ini berlaku.
Tanggal 22 Januari 2011 kekal lama dalam ingatan saya. Setelah sekian lama kehilangan kawan-kawan, tanggal tersebut telah menemukan semula saya dengan rakan-rakan yang lama terpisah. Ilham Resort Port Dickson telah menjadi saksi atas pertemuan penuh makna tersebut. Silaturrahim yang telah terputus Berjaya disambung kembali. Rakan-rakan yang dirindui akhirnya muncul didepan mata.
Kita mesti mempercayai bahawa jika program reunion ini diteruskan lagi pastinya keakraban dan kemesraan akan kembali berputik, mekar dan bercambah tanpa mengira siapa kita dahulu dan siapa kita pada hari ini. Sesuatu yang pasti Reunion SMBK bukan sahaja mempertemukan sesama kita tetapi akhirnya kelak ia juga akan menjadi medan pertemuan antara guru-guru yang pernah menabur bakti kepada anak bangsa suatu waktu dulu. Sebelum Tok Lombago menyampuk saya betulkan iaitu kesempatan untuk bertemu ini adalah bagi mereka-mereka yang masih berada di dunia ini.
Blog SMBK ini juga pastinya akan diteruskan Insyaallah walaupun dalam sedikit kepayahan. Pada minggu lepas saya dapati banyak pelawat dari German dan jumlahnya melebihi 50 orang. Atau lebih tepat lagi lawatan ke atas blog ini oleh pelayar dari German adalah melebihi 50 kali dalam tempoh seminggu.
Kita tidak harus gusar jika catatan kita tidak mendapat respon dari sesiapa juga kerana catatan kita sebenarnya pasti ada yang membacanya. Tulislah segala pengalaman pahit manis, suka duka dan apa sahaja yang boleh kita kongsikan bersama. Sesuatu yang menggembirakan ialah pelawat-pelawat blog ini bukan sahaja membaca posting yang terakhir, tetapi turut membaca posting-posting yang terdahulu. Maknanya di sini kisah sambal gesek masih diikuti oleh peminat-peminat tertentu.

4/02/12 Jokiden dan Dik As di Marina Island Resort Lumut
Seperti yang pernah saya sebut secara kebetulan sahaja tarikh reunion SMBK untuk kali kedua bertepatan juga pada 22 Januari 2012, juga bertempat di Port Dickson dan kali ini Glory Beach Resprt telah menjadi saksi kepada penyatuan semula antara kita.
Tarikh ini pastinya akan kekal lama dalam ingatan saya kelak. Dua kisah, suka dan duka dalam hidup saya berlaku serentak. Gembira kerana 22 Januari 2012 mempertemukan saya dengan rakan-rakan dalam majlis yang dinamakan Malam Nostalgia SMBK-Back  To 1974. Nama Majlis ini MCC yang mencadangkan dan kami bersetuju.
Tedapat rakan lama yang muncul kembali untuk kali keduanya dan mereka kelihatan teruja. Zali dengan keluarga besar datang dari JB. Beliau dan kak Ton merupakan penyokong kuat kepada Program ini. Terima kasih Zali atas segala sumbangan termasuk sebuah lagu.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, begitulah tepatnya bidalan lama. Tok Lombago yang selamanya kelihatan diam, tanpa diduga telah menyampaikan sebuah lagu ‘Angin Malam’ suaranya sedap walaupun music agak laju. Jadi Imam boleh, baca doa boleh, berpatah bertitih boleh, berceramah boleh dan menyanyipun boleh. Hebat sahabat saya yang seorang ini. Cuma dengan Iskandar ni dia banyak sangat berjenaka. Pantang ada peluang, bila dia buka mulut adalah sesuatu yang melucukan akan terkeluar.
Hadir untuk kali pertama ialah Sdr Hamid Bawal, masih handsome, matang, bergaya dan bersahaja. Jika dulu menjual bawang, kini beliau seorang usahawan yang Berjaya dan menjual kilang. Dalam Negara kita ini hanya beberapa orang sahaja yang mampu memiliki kereta mewah jenama Bently. Hamid adalah salah seorang darinya, Itulah ukuran kejayaan beliau.
Dalam pengkisahan tentang dirinya setelah sekian lama terpisah dengan kita semua, Hamid memberitahu, beliau menyambung pelajaran dan melibatkan diri dalam pembangunan kilang2. “lebih menguntungkan” kata beliau. Beberapa hari sebelum reunion saya dapat berbual dengan salah seorang rakan SMBK kita memujuk beliau supaya hadir di Malam Nostalgia SMBK. Dari perbualan tersebut beliau memberitahu saya bahawa “Hamid tu adalah majikan den, tapi dio tak kona laie kek den…dulu den ingat dio jual bawang kek Tukikir.. kini dio boss den..” Kawan kita tu menyembunyikan indentiti dirinya daripada dikenali oleh Hamid.
Kini setelah hampir sebulan reunion kita berlalu, saya terus berhubung dengan Hamid, dan yang pastinya pada setiap pagi Jumaat Hamid akan mengirimkan doa melalui sms kepada saya dan mungkin juga kepada rakan-rakan yang lain. Tq Hamid doamu dibaca dan dihayati.  
Saya amat berterima kasih dengan sumbangan istimewa yang diberikan oleh Prof Shidi. Dia membawa kumpulan musiknya yang agak ramai. Anak-anak kecil tersebut sesungguhnya amat berbakat. Kita terhibur dengan persembahan mereka. Jika terdapat sedikit sebanyak kekurangan pada persembahan mereka pada malam tersebut bukanlah kerana mereka tidak bagus, sebaliknya salahkan kepada penyanyi-penyanyi amatur rakan-rakan kita. Apapun sekiranya kita mengadakan lagi reunion ini saya secara peribadi ingin lagi menggunakan khidmat kumpulan tersebut, pastilah tidak selamanya percuma lagi..Kita harus membayarnya.
Malam Nostalgia SMBK-Back to 1974, bukan merupakan pertandingan nyanyian, namun sumbangan lagu oleh rakan-rakan amat menghiburkan. Hampir kesemuanya menyampaikan lagu, Tok Lombago, Hj Salim, Md Shah Zainal, Zali, Tahir, Hawa, SSAK, Shidi dan tidak ketinggalan LAR atau yang kurang mengenali beliau nama penuhnya Latifah Abd Rahman, rakan sekampung saya. Tentulah pesta nyanyian ini akan lebih bermakna sekiranya CTN, Rashid Yahya, Rosli suami Rubiah Yussof dan Rubiah Ahmad turut hadir.    
 Yang takut untuk keluar menyanyi apabila dijemput ialah MD atau nama glamournya Kakcik, nama sebenarnya ialah Mariani Duaji. “I dah dua kali pusing ni tak dapat parking ni..” katanya mengadu kepada saya. Memang pada 22 Januari tersebut kerana cuti raya Cina maka Glory Beach Resort penuh sesaki dengan pengunjung sehinggakan pada malam tersebut majlis SMBK turut terganggu akibat ada majlis lain yang lebih besar. “Kalau macam tu you parkin kat Batu Kikirlah..” saya sempat bergurau dengannya. Kemudian saya keluar dan saya mencarikan parking untuk MD. Nasibnya baik ada sebuah sahaja parking yang kosong, betul-betul depan lobi Hotel tersebut..lalu dia dengan rasa berat hati meletakan keretanya di situ. Muncul dari keretanya ialah Mona Kiah serta anak dara MD. “Welcome!!!” kata saya menyambut mereka.
Sehingga lewat petang Kaklong anak saya dan Intan anak Bang Ali masih setia menanti ketibaan rakan-rakan SMBK di meja pendaftaran. Jikalah semuanya tiba serentak, tentunya tugas mereka menjadi lebih mudah dan masa boleh digunakan untuk tujuan lain. Sesekali SSAK kelihatan muram dan cemas kerana hingga saat akhir beliau masih menerima sms atau panggilan daripada rakan-rakan yang akhirnya tidak dapat menghadirkan diri. “It is okay…diluar batas kawalan kita..mana yang adalah..”kata saya untuk menyedapkan hatinya. Yang harus kita faham ialah, orang mempunyai seribu sebab atau alasan untuk hadir dan begitu juga sebaliknya.
Sejak kali pertama dahulu dan kini reunion kedua, saya tanpa ragu mencatatkan di sini bahawa SSAK amat komited dengan program ini. Beliau bersungguh-sungguh, sepenuh hati dan lebih tepat lagi jiwa dan raganya 100 peratus teruja dengan reunion SMBK ini. Kenapa beliau menjadi begitu hanya beliau sahaja yang mampu menjawabnya. Kadang-kadang kami, iaitu saya dan SSAK merasa malu sedikit dengan keluarga kami apabila terlalu beria-ia sangat untuk menjayakan program ini.
Telah agak panjang catatan ini, saya masih banyak untuk dituliskan, saya masih belum habis tentang kisah suka duka ini. Saya tahu MD pasti membacanya, Siti Aminah membacanya, CTN membacanya, LAR membacanya, SSAK membacanya, pelawat dari Rusia, Indonesia, Arab Saudi, German, USA, Taipeh dan Singapura juga membacanya. Mungkin kisah duka terpaksa diasingkan sekiranya tulisan ini menjadi terlalu panjang.
Saya juga hampir pasti bahawa cikgu Jamilah membacanya, cikgu Baharom membacanya dan sudah tentulah HZR juga membacanya. MCC, DAJA. TL dan NSR sudah pasti meninjau blog ini dari semasa kesemasa.
Samada kita perasan atau tidak, HZR semakin menyayangi kita jika dibandingkan dengan zaman persekolahan kita dahulu. Kesanggupan beliau dan isteri untuk bermalam bersama kita membuktikan beliau menerima kita seadanya. Dari dulu hingga kini kita adalah sebahagian daripada memori pahit dan indah beliau.
Dua kali saya menghayati ucapan beliau yang penuh makna, kesimpulan yang saya buat ialah HZR amat berbangga dengan kita semua just for one reason.. kita antara anak muridnya yang membuktikan bahawa usaha keras beliau untuk membuktikan kepada Jabatan bahawa SMBK mampu melahirkan  pelajar cemerlang menerusi aliran Inggeris yang beliau perkenalkan.
Dalam ucapannya beliau mengulangi dengan bangganya bahawa pada tahun 1975 setengah daripada form six di TMS adalah datangnya daripada SMBK. Itu rekod kejayaan beliau, pastinya menjadi kebanggaan beliau.
Secara peribadi HZR merupakan idola saya sejak dulu. Md Shah juga sama. “Den akan ikut semua jejak HZR…tingkat demi tingkat..” kata Md Shah kepada saya. Sebab itu dia kini berada di PPD Seremban, sebelumnya di PD, Jempol, TMS, KGV, Jabatan dan Nilai. Kisah peribadi saya dengan HZR sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan.
Pernah kena tempeleng secara selamba olehnya kerana berambut panjang. Pernah kena tempeleng kerana menyanyi lagu Hindustan. Pernah kena suruh balik jalan kaki apabila kalah perlawanan bolasepak. Dr Murad dan Dr Zaharuddin akhirnya berpindah ke Sek Menengah Sain Cheras  selepas Form Three. Kumpulan saya yang tinggal meneruskan pengajian di SMBK adalah merupakan kelas kedua. Tinggal di SMBK bukanlah kerana yakin dengan program HZR, bukan kerana hendak belajar sangat, tetapi lebih kepada hendak memakai seluar panjang. Selain itu kemampuan saya untuk ke sekolah lain sebenarnya amat terbatas.
Namun HZR tentunya boleh berbangga selain Dr Murad dan Dr Zaharuddin, produk SMBK yang Berjaya terus ke menara gading hanya  saya dan arwah Rusminah Baharuddin. Yang lain-lain menyususl kemudian samada setelah bekerja atau setelah masuk maktab perguruan. Graduan pertama selalunya tidak mempunyai kejayaan yang cemerlang, sebaliknya yang menyusul kemudian akhirnya lebih Berjaya.
Zamrus, Iskandar, Ahmad Zuhaidi, Shidi, Md Shah, Jalil, Alias dan ramai lagi semuanya meneruskan pengajian mereka dan kini semuanya Berjaya. Setelah menamatkan pengajian saya bertugas ‘sebentar’ dengan kerajaan Malaysia. Suatu waktu saya kembali bertugas di NS dan ketika itu HZR telah menjadi orang penting di Jabatan Pendidikan negeri dan kami sering bertemu dalam mesyuarat-mesyuarat tertentu.
Beliau mengetahui saya berminat dengan politik dan sering melibatkan diri dalam aktiviti politik. Suatu hari beliau bertanya kepada saya berapa banyak saya  dibayar oleh Datuk Lillah Yassin apabila saya menarik diri daripada bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol. Saya terkejut dan saya memberitahunya bahawa saya tidak mengambil sesenpun duit Datuk Lillah atau duit sesiapa apabila bersetuju menarik diri. Saya menarik diri kerana dua kali di suruh oleh YAB Menteri Besar ketika itu Tan Sri Mohd Isa Samad. Ada orang memberitahu saya bahawa dalam politik sekali kita terlepas peluang…amat sukar untuk memperolehi peluang kedua. Mungkin ada benarnya kenyataan itu.
HZR banyak juga membantu saya semasa beliau berada di PPD Seremban terutamanya untuk kemasukan pelajar ke mana-mana sekolah. Untuk kesekian kalinya terima kasih Cikgu. Juga terima kasih kerana sudi datang ketika saya menjadi raja sehari. Pasti dikesempatan lain kisah saya dengan HZR akan berterusan dan jika kesihatan mengizinkan tentu beliau akan bersama kita pada masa akan datang walau dimana sahaja kita mengadakan reunion ini.

5/02/12, Jokiden dan Isteri di Pulau Pangkor,
mana tau next reunion kita buat kat sini.
Rakan-rakan yang mengikuti catatan ini pastinya bertemu dengan kesilapan ejaan yang banyak. Saya tidak membacanya untuk kali kedua, jadi mohon maaf atas kesilapan itu dan saya tidak mampu untuk membetulkannya.
Sabtu 11 Februari, saya bertemu dengan Kamaruddin di majlis kenduri kawan di Taman Anggerik di Batu Kikir. Kami sempat berbual dan saya masih terbayangkan keenakan kuih buah sopang yang dibawanya ke PD. Macam mana dia boleh teringat untuk menyumbangkan kuih tersebut saya tidak pasti tetapi sumbangan beliau menyebabkan rakan-rakan yang lain jatuh cinta kepadanya. Roslan Ghani tanpa terlebih dahulu menjamah nasi terus sahaja membedal kuih sepang itu. “Den teringatkan omak den” kata Roslan. Next reunion mungkin akan ada pula sambal tempoyak.
Yang beria-ia sangat nak hadir reunion kita, namun apakan daya hajat tidak kesampaian ialah MCC. Isteri beliau tanpa diduga telah dimasukan ke hospital. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tempat MCC selaku MC yang dipilih terpaksa diambil alih oleh Dato’ Jalil. Beliau selalunya tidak menghampakan kerana telah biasa dengan majlis-majlis yang sering beliau hadiri. Selamba je dia mengendalikan Malam Nostalgia SMBK.  Selamba je dia mengusik Ramlah Hussin, Norhashim Ahmad, Utz Hasnan, Cikgu Sulaiman  dan Hamid Bawal. Syabas Dato’ Jalil.

Semalam SSAK ada menghubungi saya memberitahu gambar2 yang diambil oleh Yusri anak beliau telah siap dan untuk AJK yang berminat atau sesiapa sahaja bolehlah mendapatkannya daripada beliau. Sebahagian akan saya masukan dalam blog ini kelak.
Semalam juga Md Shah menelipon saya menjemput ke rumahnya di Setia Kasih pada 10 Mac 2012, kerana anaknya akan berkahwin. Beliau mengarahkan saya menjemput rakan-rakan menerusi blog SMBK ini. Sesiapa yang terbaca blog ini harap ambil maklum dan mari kita lapangkan masa pada tarikh tersebut untuk memeriahkan majlis rakan kita. Sayangilah rakan kita.
Saya ingin mencatatkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas Penolong Pengetua kita iaitu Cikgu Sulaiman Kassim kerana sudi hadir walaupun dalam kepayahan memandu diwaktu malam. Hendak seribu daya, all the way from Malacca to be with us. “Jalil dan Sharif kuek bona ngajak ese…so ese dayoan yo datang ngan menantu ese…”  katanya. Tq Sir.
Microsoft words mencatatkan coretan saya kali ini melebih 2,064 perkataan. Saya berhenti dulu dan kisah duka 22 Januari 2012 seterusnya akan saya buat dalam posting yang lain. Saya ulangi ayat yang Shidi selalu sebut iaitu Love you all…forever..

5 comments:

  1. Sharif,
    Thanks for the beautiful writing. My tears dropped while reading. Grace to Allah for awarding me such friends......friends forever. Somestimes it needs someone else to make us realize.
    May our friendship laast forever....again....love you all.

    Dr. Shidi

    ReplyDelete
  2. I pun macam Shidi sangat menghargai budi baik Jokiden, semakin lama semakin jelas keikhlasan Jokiden...Tanpa dia siapalah kita semua..tentu tidak dapat bertemu lagi dengan kengkawan sekolah dulu..melihat lagi keletah CT hawa yang sentiasa rupawan tk dimakan usia, melihat keanggunan LAR yang lebih menyerlah diusia begini, melihat ketabahan Shara, bertemu semula dengan sahabat kita Hamid Bawal yang hartawan yang dulunya low profile, Ramlah dengan keletahnya yang unik dan menarik, Zainab Idris yang ayu smpai sekarang dan ushawan berjaya, Tahir Kasim yang bijak, Razali Khamis yang handsome, Iskandar Shah yang dulu pendiam, sekarang kelakar, Normah Ali yang dah jadi Datin...dan ramai lagi kengkawan kita..Terima kasih pd Jokiden yang memulakan pencarian kengkawan semua..Tanpa Jokiden mana mungkin kita boleh bertemu dan bermesra begini...mungkin kalau jumpa dijalanan kita tk lagi saling mengenali, kalau kenal pun malu nk tegur..begitulah besarnya peranan Jokiden pada persahabatan kita...MD

    ReplyDelete
  3. Hahaha...tolobih puji lak kakcik ni..Tp apo yg dio tulih ttg kengkawan tu sumo ese sotuju..ese tau dio mesti baco dan bukak blog ni..cumo catatan ini panjang yo dio tak komen...Nomah Ali tu oghang kuek Co-op.. tak ado dio susah kito nak dapek hamper sok..

    Jokiden

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    Sei baghu balik sekejap dr hosp slyg menjaga abang yg sakit, balik2 bukak komputer dah lamo tak menjongok berita blog kita, timo kasih Jokiden buat posting panjang lebar esei goma macho ee....jgn ghaso panjang doo eloklah tu. Apo2 pun sei tak sobar nak baco kisah seterusnya....

    SSAK

    ReplyDelete
  5. Jokiden, janganlah ghisau buek posting panjang2...oghang goma maco ee, tk do jomu do..so next time tulis yo apo sajo idea yang kluar tu..bernas n berisi...ese yang paling goma maco..Shara..I memang salute you..teruskan menjaga abang you, I pasti suatu hari nanti pasti ada hikmah dan ganjaran dari Allah...MD

    ReplyDelete