OLEH : CHANG CAPIT.
Antara member kita yang paling bersinar bintang ialah Mohd Sah (selepas ini disebut Pak Ongah). Beliau juga tidak direct ke U seperti Sarip tetapi berjaya ke Universiti Malaya melalui Yayasan Anda. Khabarnya semasa di Yayasan Anda beliau sangat rapat dengan Anwar Ibrahim. Semasa saya di tahun 2 di LI beliau melaporkan diri sebagai junior saya. Saya melindunginya dari "ragging" senior kerana saya salah seorang AJK minggu orientasi. Rupanya dia tak lama di LI. Seminggu kemudian dia beritahu saya dia dapat tawaran ke UM. Saya sedih juga dia meninggalkan saya untuk ke UM.
.
.
Selepas itu saya dan Pak Ongah terputus hubungan. Khabarnya dia diposting ke Sabah selepas menamatkan diploma pendidikan. Masa tu saya telah mengajar di Kuala Lipis. Lama kemudian baru saya mendapat tau dia bertugas di PPD Seremban. Kerana sinar bintangnya yang cerah dia pernah menjadi Pengetua, Pegawai Pelajaran Daerah dan Ketua Sektor di JPN.
Walaupun di mana dia bertugas dia tak pernah membangga diri. Semasa saya bertugas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, dalam satu lawatan rasmi beliau mengenepikan protokol dengan menyapa dan memelok saya di hadapan pegawai tinggi JPN yang lain. Namun begitu beliau tidak pernah membantu saya bertukar di tempat yang saya minta walau pun saya memohon bantuannya.
.
Walaupun di mana dia bertugas dia tak pernah membangga diri. Semasa saya bertugas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, dalam satu lawatan rasmi beliau mengenepikan protokol dengan menyapa dan memelok saya di hadapan pegawai tinggi JPN yang lain. Namun begitu beliau tidak pernah membantu saya bertukar di tempat yang saya minta walau pun saya memohon bantuannya.
.
Khabarnya dia akan kembali ke Seremban sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Seremban. Bermakna dia akan jadi "my direct big boss". Kawan-kawan saya sejawatan sangat mengalukan kedatangan beliau ke Seremban kerana beliau memang dikenali sebagai pegawai yang sangat mudah didekati. Adalah diramalkan jika bintangnya sentiasa cerah beliau akan bersara sebagai "Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan".
.
.
Member lain yang terputus hubungan ialah Majid Kasbi. Awalnya beliau bertugas di Polis Bandaraya bersama Salim. Bila Salim masuk Maktab Perguruan Majid hilang berita. Tak pernah nampak lagi dia mengawal lalulintas di KL. Entah di mana dia bertugas sekarang.
.
.
Hamid Bawal menurut Siti Aminah dah jadi orang kaya. Dia mampu beli tiga lot tanah di Putrajaya bernilai jutaan ringgit. Khabarnya dia tinggal di Subang Jaya tetapi tak tau lokasi yang betul. Kepada member-member yang tau di mana Hamid sekarang harap apa kiranya dapat kita aturkan pertemuan dengannya.
.
.
Zarin ( apek ) , Zakaria Kalam juga entah dimana. Rakan bukan belayu yang juga hilang ialah Lian Fatt, Chew Meow Khoon, Batumalai dan anak tokey minyak yang dah lupa namanya.
.
.
Semasa bertugas di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri saya berpeluang melawat banyak sekolah. Kalau saya mendapat tau kat sekolah tu ada kawan kita saya akan mencari masa untuk melawat. Zainon Mustafa saya temui di SK Sungai Sampo. Khabarnya dia telah bertukar ke SK St Aidan, Bahau. Zainon masa sekolah berbadan agak besar dan tegap kerana dia sport girl yang terkenal. Bila saya bertemu dia di sekolah saya rasa kalau berselisih kat Bahau saya tidak akan mengenalinya.
.
.
Siti Normah berbadan kecil dan cute dari zaman sekolah hingga masa ini. Masa sekolah dia agak peramah juga tapi masa kat Ilham dia agak tak nak berapa ringan mulut dengan saya. Sesekali bila saya join facebook juga tak ada respon darinya.
.
.
Saya hampir terlupa dengan Zailah. Mujurlah ingatannya kuat dan masih ingatkan saya. Dalam ramai2 member perempuan saya sangat merindui Ramlah Husin. Dia sangat manja dan membahasakan dirinya "adik Lah" dengan saya. Sharifah Abdullah pula mengajar di salah sebuah sekolah di daerah Tampin. Saya mendapat nombor telefonnya melalui borang naik pangkatnya yang saya proses. Dia masih ingat zaman sekolah dulu dan saya berjanji untuk telefonnya lagi. Malangnya bila saya bertukar dari JPN saya kehilangan nombor HP dia.
.
.
Fauziah Aziz hilang berita. Dia pernah mengajar sementara di SK Sg Jelutong. Selepas berkahwin dengan pegawai tentera dia terus hilang tanpa khabar. Latifah Jamal sekarang menjadi guru dan setau saya dia mengajar di SK Batu Kikir. Semasa saya bertugas di PKG selalu juga saya jumpa Tipah dan kebetulan GPK saya semasa di SK Pasoh Tiga ialah suami Tipah.
.
.
Arwah Rosminah dan Khadijah Razak tidak saya temui sehingga berita dia meninggal saja yang saya terima. Rosminah gadis lembut dan cantik. Khalijah pula tak banyak cerita. Rosminah pernah menjadi ketua darjah kita. Kenangan saya dengannnya dia pernah memberi saya panadol dan air sejuk bila saya demam di sekolah.
.
.
Itulah sedikit sebanyak kenangan saya bersama kawan-kawan kita semasa di SMBK. Cerita Halimah, Aminah, Badariah dan lain-lain telah saya ceritakan dalam posting yang terdahulu. Kepada member lain bukannya tidak diingati. Anda semua tetap dalam ingatan. Selamat bertemu lagi di reunion kedua nanti.