As-salam,
Ini saya boghi menu diatas untuk kwn2 cubo.....mungkin gak ado yang dah tau resipi ni, apa2 pun resipi ni mengingatkan say semasa duduk di kampung dolu-dolu.
Bahan2nya:
Segenggam ikan bilis
5 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
Cili api ikut banyak mana nak bubuh
(kalau nak pedas bubuh banyaklah)
Tempoyak ikut suka banyaknya
2 cawan santan
Sekeping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya:
1.Ikan bilis digoreng dahulu.
2.Bawang2 dan cili api diblend halus.
3.Panskan minyak tumis bahan yg dikisar, agak garing sikit, masukkan tempoyak dan santan.
4. Masukkan pula daun kunyit yg dihiris halus, garam dan gula serta asam gelugur, masakkan sedikit, tunggu agak kering dan sampai keluar minyak,masukkan ikan bilis goreng.
5.Bila nampak tempoyak dan bahan2 semuanya dah sebati boleh diangkat, jgn biar sampai kering sangat.
*Makanlah ngan gulai lomak putih apo2 yo, labu ko, kubis ko, dll. Goreng lak ikan kombong.
Saya harap kwn2 yg tak ponah buek laie cubolah, org yg gomar makan tompoyak tak masalah, tapi org yg tak gomar, mintak maaf..................
SSAK
Blog ini khusus untuk rakan-rakan yang pernah bersama suatu ketika dahulu yang kini telah membawa haluan masing-masing. Semuanya bebas untuk berkongsi apa jua kisah suka duka, pahit manis sepanjang menjalani kehidupan ini. Tulislah apa sahaja asalkan tidak menyinggung satu sama lain. Dan elakan daripada menulis tentang apa jua idealogi politik. Boleh hantar post ataupun komen. UNTUK MUDAH BAGI KOMEN PLS SIGN IN DULU GUNA EMAIL SMBK.
Showing posts with label Masakan Tempoyak. Show all posts
Showing posts with label Masakan Tempoyak. Show all posts
Saturday, March 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)