GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Nama-nama Indah. Show all posts
Showing posts with label Nama-nama Indah. Show all posts

Monday, June 6, 2011

APA ADA PADA NAMA?

Nama merujuk kepada pengenalan identiti seseorang. Saya merujuk kepada nama murid saya dalam senarai kedatangan sekolah yang lahir antara tahun 1998 hingga tahun 2004. Tidak ada satupun nama yang sama seperti nama kita. Tidak ada nama Ismail, Sharif, Rashid, Rashidi, Alias, Nordin bagi nama lelaki. Dan tidak ada juga nama Latifah, Siti Shara,, Mariani, Normah, Halimah dan sepertinya bagi nama perempuan. Maknanya nama seperti yang kita miliki nampaknya akan pupus.

Nama-nama anak kita telah mengalami perubahan ketara. Nama sekarang dipengaruhi oleh nama artis. Antara nama murid saya yang ada nama ala artis ialah : Aliya Wahida, Asfa Shamimi, Nur Shalima Izzaty. Lelakinya pula antaranya : Mohd Ikhwan Hafitz, Mohd Ikmal Hisham. Nama MOHD, ABD sebelum bin dan awalan SITI, NOR sebelum binti yang memberikan makna nama itu masih ada unsur  islamiknya.

Apabila nama yang kita miliki sekarang pupus beruntunglah saya kerana nama saya masih disebut dalam Al-Quran. Begitu juga nama-nama seperti Isa, Ibrahim, Musa, Alias, Nuh, Adam dan Muhammad. Nama perempuan yang  yang kekal ialah Hajar, Sara, Maryam. Khadijah, Fatimah, Aishah.

Nama-nama yang kita miliki sekarang adalah nama glamour di zaman kita. Nama saya menurut  ayah saudara saya diberikan oleh ayah saya sebagai mengingati nama abang ipar ayah saya yang menjadi cikgu (Guru Besar)  di masa itu. Ayah saya sangat mengagumi abang iparnya dan mahu anaknya menjadi seperti abang iparnya itu. Ternyata harapan ayah saya dikabulkan.

Saya teringat nama-nama orang tua kampong saya yang telah pupus. Antaranya Ghitah, Husin Gompo, Haji Lahir dan isterinya Uwan Boyot, Uwan Sidang, Uwan Saelan,  Uwan Iyang, Atuk Poou. Uwan Chuteh,

Nama dulu juga ada gelaran berdasarkan asal usul orang itu. Contohnya Udin Sungai Buluh, Isa Kodah. Juga nama yang berkaitan dengan kerjaya orang berkenaan seperti Usop Pating dan Udin Teksi.

Saya belajar mengaji dengan orang kampong saya yang digelar Mail Sulo, Juga ada gelaran Mail Jonggong.

Kampong saya juga banyak yang berpenyakit psychiatric. Masa saya budak ada sorang yang sewel telah membawa balik daging kera yang ditembak orang dan bagi tau keluarganya daging kijang. Maka sekeluarga telah termakan daging itu dengan enaknya. Setelah diberitahu seluruh keluarga muntah belilah. Mungkin Sarip ingat siapa orang tu.

Juga yang agak glamour ialah Hasin Tukang, Anzah, Rasul, dan paling popular Kasin Tihah (idola NSR). Kasin Tihah ada hubungan keluarga dengan saya. Dia pernah berkahwin dengan kakak supupu saya. Saya tahu sejarahnya mengapa dia jadi tidak betul begitu. Hal yang sama terjadi kepada Amzah. Satu-satunya harta dia diambil oleh kerajaan untuk dijadikan Kem PUSAKO sekarang. Wang pampasan dituntut semua oleh abangnya. Jadilah Amzah terkontang kanting dan menyebabkan dia hilang ingatan.

Yang perempuan tidak berapa ramai. Cuma ada Sipah (akak Amzah) dan adik kepada Asin Tukang yang saya dah lupa namanya.

Pengajarannya : Adakah sapa-sapa antara kita yang akan hilang ingatan jika namanya pupus satu masa nanti?

MCC