GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, June 6, 2011

APA ADA PADA NAMA?

Nama merujuk kepada pengenalan identiti seseorang. Saya merujuk kepada nama murid saya dalam senarai kedatangan sekolah yang lahir antara tahun 1998 hingga tahun 2004. Tidak ada satupun nama yang sama seperti nama kita. Tidak ada nama Ismail, Sharif, Rashid, Rashidi, Alias, Nordin bagi nama lelaki. Dan tidak ada juga nama Latifah, Siti Shara,, Mariani, Normah, Halimah dan sepertinya bagi nama perempuan. Maknanya nama seperti yang kita miliki nampaknya akan pupus.

Nama-nama anak kita telah mengalami perubahan ketara. Nama sekarang dipengaruhi oleh nama artis. Antara nama murid saya yang ada nama ala artis ialah : Aliya Wahida, Asfa Shamimi, Nur Shalima Izzaty. Lelakinya pula antaranya : Mohd Ikhwan Hafitz, Mohd Ikmal Hisham. Nama MOHD, ABD sebelum bin dan awalan SITI, NOR sebelum binti yang memberikan makna nama itu masih ada unsur  islamiknya.

Apabila nama yang kita miliki sekarang pupus beruntunglah saya kerana nama saya masih disebut dalam Al-Quran. Begitu juga nama-nama seperti Isa, Ibrahim, Musa, Alias, Nuh, Adam dan Muhammad. Nama perempuan yang  yang kekal ialah Hajar, Sara, Maryam. Khadijah, Fatimah, Aishah.

Nama-nama yang kita miliki sekarang adalah nama glamour di zaman kita. Nama saya menurut  ayah saudara saya diberikan oleh ayah saya sebagai mengingati nama abang ipar ayah saya yang menjadi cikgu (Guru Besar)  di masa itu. Ayah saya sangat mengagumi abang iparnya dan mahu anaknya menjadi seperti abang iparnya itu. Ternyata harapan ayah saya dikabulkan.

Saya teringat nama-nama orang tua kampong saya yang telah pupus. Antaranya Ghitah, Husin Gompo, Haji Lahir dan isterinya Uwan Boyot, Uwan Sidang, Uwan Saelan,  Uwan Iyang, Atuk Poou. Uwan Chuteh,

Nama dulu juga ada gelaran berdasarkan asal usul orang itu. Contohnya Udin Sungai Buluh, Isa Kodah. Juga nama yang berkaitan dengan kerjaya orang berkenaan seperti Usop Pating dan Udin Teksi.

Saya belajar mengaji dengan orang kampong saya yang digelar Mail Sulo, Juga ada gelaran Mail Jonggong.

Kampong saya juga banyak yang berpenyakit psychiatric. Masa saya budak ada sorang yang sewel telah membawa balik daging kera yang ditembak orang dan bagi tau keluarganya daging kijang. Maka sekeluarga telah termakan daging itu dengan enaknya. Setelah diberitahu seluruh keluarga muntah belilah. Mungkin Sarip ingat siapa orang tu.

Juga yang agak glamour ialah Hasin Tukang, Anzah, Rasul, dan paling popular Kasin Tihah (idola NSR). Kasin Tihah ada hubungan keluarga dengan saya. Dia pernah berkahwin dengan kakak supupu saya. Saya tahu sejarahnya mengapa dia jadi tidak betul begitu. Hal yang sama terjadi kepada Amzah. Satu-satunya harta dia diambil oleh kerajaan untuk dijadikan Kem PUSAKO sekarang. Wang pampasan dituntut semua oleh abangnya. Jadilah Amzah terkontang kanting dan menyebabkan dia hilang ingatan.

Yang perempuan tidak berapa ramai. Cuma ada Sipah (akak Amzah) dan adik kepada Asin Tukang yang saya dah lupa namanya.

Pengajarannya : Adakah sapa-sapa antara kita yang akan hilang ingatan jika namanya pupus satu masa nanti?

MCC

13 comments:

  1. Apo punco eh ghamai bona oghang psykitrik kek sinun tu gak'eh.

    Maghin tu ese dongar Sidek anak Bakar (adik Johan)kono yo kojap. Togolaaak yo kojo eh, bilo jumpo oghang. Sekaghang tah pokobar e'eh.

    Soghang laie Ghoso. Ghumah eh eteh sikit kek ghumah Kasim Komah. Budak nekmoyang pandai. Tompi dah jadi cam tu...NSR...

    ReplyDelete
  2. Ese nak tambah namo-namo indah daghi kampung ese seperti berikut:

    Boyot, Boleng, Ugua, Montel, Tiado, Samek, Loya, Soleng, Gonto, Kilau, Lisut, Lahir, Saerah, Saati, Taat... kih..kih..banyak laie, Bia kakcik yang tambah aa...

    Jokiden

    ReplyDelete
  3. Laie namo-namo glamour yg sei ingat:

    Solek, Acik, Nuri, Diman, Tupin, Serak, Imbam, Laham, Robak, Simat, Noyah, Niat, Lipah, Somi, Ibo dan Ludin.

    Jokiden

    ReplyDelete
  4. Ado laie satu. Jangan lupo lak Milah Pasu, Silok, Ghondang dll..nsr..

    ReplyDelete
  5. Lain boto namo2 orang sebolah dalam ni.Di sebolah Josih nama masa tu biasolah Robert(ujang gobot),Micheal,Frankie..semuo sodap2.Sorilah saja mengacau sebab saya tak boleh masuk daun sebab seorang pun nama2 yang disebutkan saya kenali...

    ReplyDelete
  6. Namo yg NSR tulih tu namo panggilan, sedangkan yg saya tulih tu namo mengikut IC tu. Satu aghi ese ngikut uwan se poie pojabat tanah baya cokai kek pilah. Maso tu pojabat tanah mano ado aircond laie..mompoluh cieh(mencieh poluh) dek paneh ea. Soghang oghang kg se botokak ngan kerani pojabat tanah tu...

    "Apo koba makcik?" Kerani tu tanyo

    "Elok yo aa"

    "Namo sapo ni?"

    "Tiado" makcik tu sengeh, kerani tupun sengeh

    "Namo makciklah sapo???"

    "Tiado" jawab makcik solambo

    "Ese tanyo boto-boto ni, namo makcik sapo????" Kerani tu mulo ninggikan sogho ea

    "Makcik jawab boto yo tu, namo makcik Tiado"

    "Jangan main-main makcik, ni paneh ni, Sumo oghang ado namo, apolak makcik tak ado namo, Namo dalam passpot sapo??????"

    "Den tak ado main-main doh..namo dalam passpot pun tiado nak buek macam mano jang, memang tiado!!, tiadolah!!"

    "Aiyo omat se cam ni, polek, polek, bak passpot" kerani tu merungut

    "Hah tau pulak kau namo atuk dan moyang se topi kopantangan se main-mainkan namo atuk se tu" kato makcik tu sambil ngulurkan IC dio.

    Merenung passpot makcik tu kerani tu sonyum balik sebab dio tengok namo makcik tu "Tiado binti Yssin"

    "Namo atuk dan moyang makcik sapo?" kerani tu rasa bersalah moninggikan sogho ea tadi..

    "Atuk se Omat, Polek tu moyang se abah dek Omat"

    ???????????

    Jokiden

    ReplyDelete
  7. Ayolah...ese ingat lai ceghito Jokiden tu..oghang kampong se heboh dengan ceghito kelakar tu..maso tu kito cik kocik lai..dan sepaghuh namo2 yang disobut jokiden tu se kona...contoh Amban tu namo omak sedagho se. sakti, taat,...dan banyak diantara namo2 tu se ponah donga seperti boleng, samek, ibo, lipah. ese nak tambah sikit lai...Kijing, lampam, inang, jobok, lenot, sindun, makhir, seemon, lisut kighah ..lotih dek nyobut ee kang...jadilah tuu..tompi oghang maghin maghi bleh katokan creative yo..sobab namo yang polik polik dapek direlisasikan..MD

    ReplyDelete
  8. Lotih ese tegolak sengsoghang..

    Memang. Ese pun. Ponah dongar namo tu. Tompi ceghito tu, ni ha baghu ese nonga..kihkihkih

    Camacam boto.. Namo omak ese Tiasa (Teso), adik eh Tiawa(Tewa) Uwan sedagho ese namo eh Tiaman (Teman)
    Induk sewaghih ese pulak namo eh Tiamin (Tomin) akak eh namo Tiamah (Tomah) abang eh Pilus (Topu)Ado laie Uwan Tiano(Teno).
    Sumo jadi Te. ..NSR...

    ReplyDelete
  9. wah wah.. bukan main banyak lai namo lamo yang masih di ingat. Dalam keluarga ese pun banyak nam02 polik (bukan poholik). Acik yang Sarip sobut tu omak se. Atuk se namo ea Kentol. Tok Oki se pulak Muar. Tok Oki sedaro - Chichah. Omak sedaro ese Jonum dan sorang lai Jenab.
    Namo lain yang ese tekonang : Mungkin NSR Bayai masih ingat Uwan Gondan kek Mungka. Sarip pulak mesti bolum lupo Somah Sempe , Udin Paci dan Pak Itam Lahu. Tipah (LAR) saya pasti masih ingat Uwan Kompot.
    Kek Majau Iskandar pun saya rasa masih ingat orang ni: Asin Copot dan Atuk Tadak.
    Betapa mereka-mereka itu telah memeriahkan kampong kita di zaman itu.
    MCC

    ReplyDelete
  10. Kih kih kih...Apo yang dicopot dek Asin tu bang cc..ese raso se kona asin tu duduk kek sobolah ilir kodai simpang gumah topi jalan dah tingga somonjak kembalinya dio korahmatullah..Omak sedagho bang cc Jonum oghang jorojak soborag tu ko..Uwan Gondan tu se ingat lai itam manih oghang ee..cucu ee namo Md nor, Emon tu sepupu se tu bang cc..Uwan kompot tu...yang kontot tu ko...kih kih..
    NSR..pandai atok kau pilih namo..namo anak2 ee start dari huruf T. Uwan Teno oghang jorojak soborang tu ko..se kona uwan tu..anak ee namo leha..milut, gohin yo tak NSR...MD

    ReplyDelete
  11. Uwan se Tiasom
    Kak Cik jgn lupo Ponot
    Sobolah kodai simpang Lobai Cupak..kojo e nak monyukat oghang.
    Kek Ulu Koghu Tialai, Soli, Doli, lipah.
    Kek Somoling Ghonah, Tain laki Tiano
    Kek Joghojak ado lai Jidun, Menawe, Apong, Wan Eje, Sawi lajin, Tisam. kondit
    HAI LAH >>BERATUS@ LAGI NAMA@ OGHANG DULU yG PERNAH KITA KENAL N KITA InGAt.

    ReplyDelete
  12. LAR...kau ingat lai Ponot tu...dh aruah (alfatihah)...Apong tu sebayo kito, samo skolah Pdg Lebar maghin..Menawe dh aruah yo..se kona lako oghang yang kau sobut tu LAR..kobanyakannyo dh aruah..tompi kondit ese tk brapo cam..sapo yo..

    ReplyDelete
  13. Kondit tu pun I ingat namo yo..d mana dia ponah muncul I pun lupo.

    ReplyDelete