GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label Panduan menghantar posting. Show all posts
Showing posts with label Panduan menghantar posting. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

PANDUAN MENULIS DALAM BLOG INI

Salam kawan-kawan,

Cara-cara ringkas untuk menulis atau menghantar posting atau cerita kita dalam blog SMBK. 

1.  Mula-mula buka komputer hehehe...


3.  Bila dah keluar muka surat pertama tu, dah nampak gambar sekolah tu perhatikan sebelah atas kanan. Ada dua butang. "Create Blog" dan "Sign In"

4.  Klik pada butang "Sign In"

5.  Keluar petak untuk login tu. Masukan username atau Id iaitu email smbk dan masukan password. Enter.

6.  Akan keluar  Dashboard. Lihat di tengah-tengah dan klik pada butang "New Post" warna biru tu.

7.  Akan keluar petak atau kotak atau ruang untuk kita mula menulis. Kat atas tu ada petak "Title" Masukan tajuk posting atau artikel kita. Biarkan kotak "Link" tu kosong.

8.  Tulislah apa sahaja panjang atau pendek. Jika nak masukan gambar2, bahagian atas kotak ni banyak simbol2. Klik butang gambar sebelah perkataan "Link" tu. Petak "Browse" akan keluar, dan boleh load gambar2 yang telah ada dalam komputer kita sahaja.

9.  Bila rasa dah siap posting atau hasil karya kita tu, klik pada butang "PUBLISH POST" sebelah bawah kiri kotak ini berwarna kuning. Maka siaplah posting kita dan Jokiden akan betulkan mana-mana yang silap.

10. Jika nak edit balik semula ke "Dashboard" dan klik pada butang "Edit Posts" sebelah butang "New Post" tadi. Akan keluar catatan asal dan kita boleh pinda. Jangan lupa klik semula "PUBLISH POST" sebelah kiri bawah kotak ni.

Renung-renungkan dan selamat mencuba!!!!!

Jokiden.