GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.
Showing posts with label ROBUNG DAN KELAYAU. Show all posts
Showing posts with label ROBUNG DAN KELAYAU. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

MENU DULU-DULU

Saya turunkan MENU di zaman kito kocik-kocik dulu untuk dicuba kembali. Mungkin dah tak ingat atau dah lamo tak meraso. Silalah cuba menu ini untuk mengetahui samada selera kita masih menerimanya.

1. REBUNG GORENG

Bahan-bahan :
a. Rebung masam - anggaran 2 ringgit.
b. Ikan bilis
c. Lada api dalam 10 biji ditumbuk kasar.
d. Sedikit bawang merah dan bawang putih.
e. Sedikit serbuk kunyit
f. Sedikit garam
g. Minyak masak.
Cara memasak :
a. Bersihkan  dan toskan rebung.
b. Panaskan minyak - bila minyak dah panas tumis bawang dan lada api.
c. Bila terbit bau masukkan ikan bilis. (Maso dulu ikan bilis tak payah buang kepalo - tu yang sodap tu)
d. Masukkan rebung dan kacau biar rata.
e. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan kacau lagi.
f. Kalau nampak kering masukkan sedikit air.
g. Masukkan garam secukup rasa.
h. Bila rebung dah masak angkat dan hidangkan.

Ingatan : Sedap dimakan masa masih panas dengan ikan masin takuk atau ikan gonting goreng. Lobih selero kalau ikan masin tu di bakar.
Jika anda nak sesuaikan dengan selera masakini bolehlah gantikan ikan bilis dengan udang bosa longan dan campurkan dua sudu sos tiram masa menumis.  Selamat mencuba.


2. GORENG KELAYAU BERTAUCU.

Bahan :
a. Secekak kelayau. Anda kenal kelayau? Kelayau ialah sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh dalam sawah. Rupanya se akan keladi.  Dulu maso kocik kalau tak ado lauk mak saya selalu suruh saya cari kelayau kek sawah.
b. Ikan bilis jugak . Juka kalau nak ikut macam dulu tak yah buang kepala.
c. Cili api. Mana boleh tinggal kan. Itu dah identiti kito orang nogori.
d. Dua sudu taucu
e. Dua ulas bawang merah dan bawang putih
e. Sedikit minyak

Cara :
a. Panaskan minyak dan tumis bahan.
b. Bila naik bau masukkan taucu dan tumis sampai naik bau lagi.
c. Masukkan kelayau dan gaulkan dengan bahan yang ditumis.
d. Bila kelayau dah layu angkat dan hidangkan.

Peringatan : Jangan tambah garam kerana tauchu dah masin.
Jangan cari kelayau kat pasar tani, pasar malam ko tontu tak jumpo.
Kalau nak cubo kono cari sendiri kelayau kek sawah.

Kalau dah cubo tolong bagi komen samada ok ker tak menu ni.

ISMAIL@CHANG CAPIT
Publish Post