Bahasa loghat lidah kito memang menarik. Walaupun bunyinya agak kasar tetapi bersifat lucu. Dalam drama TV loghat NS sering membawa konotasi jenaka dan membuat orang ketawa.
.
Marilah kita merenung sejenak bahasa kita yang mungkin telah jarang kita gunakan disebabkan asimilasi dan perkahwinan dengan orang luar Negeri Sembilan. Bila saya berkahwin dengan orang Johor, loghat di rumah saya bukan lagi loghat NS yang lazim kita gunakan semasa kecil dulu. Beberapa perkataan orang lama telah jarang sekali kita dengar apalagi kita tuturkan. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga istilah lama ini supaya akan terus difahami oleh generasi kemudian nanti.
.
Orang dulu-dulu kok nak mandi pakai kain cukin,
Kok lopeh mandi lap badan dongan kain sal,
Mandi ea kek bonda atau tang air kek belakang ghumah
.
.
Baju tak do longan namo ea baju perat,
Kok nak nyalokan api mesti ado calit api
Kalau tak ramai masak jo nasi dua pua
Kok nak jalan dalam golap pakai ajo chelait,
Dah ponek jalan2 kito luruskan pinggang terus melansit
Nak Rayo orang sibuk mantai,
Bakar lomang 20 batang kek langgai
Kacau rojit .. kacau penganan
Dan paling best dapat makan robusan.
Kok budak naka kito bansa,
Biar dio lari menculin sampai mungka
Dapek tangkap kito godobik kek belakang
Budak naka bukan sobab apo
Dio goma bona membese dalam seluar
Dah tu selalu mencirit buek omak dio bukang soba.
Orang putih pun pakai loghat Nogori :
Kok ensot di panggil ea Insert
Kok Celait jadi torch light
Kok motan di tukar ea jadi important
Ado jugak yang agado2 cakap Nogori,
Nyobut tak botuo bahaso ea lari
“Hobin Jang Hobin” di tuka ea jadi “Hoben Jang Hoben”,
Kalau kawan-kawan masih ingat
Apa makna perkataan ini :
A. Mencaduk
B. Pencolek angek
A. Mencaduk
B. Pencolek angek
Juga sesiapa yang menyimpan koleksi perbendaharaan kata lamo silalah kita berkongsi maklumat.