GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, June 22, 2011

SALAM DARI SAIGON

Ini kunjungan kali ke2 saya ke Saigon. Pertama melalui pakej pelancongan dan kali ke 2 ini pergi sendiri bersama isteri untuk menikmati percutian yang dirancang sendiri. Saya mengambil penerbangan malam dari LCCT dan sampai ke Saigon pada pukul 9.40 malam (10.40 malam waktu Malaysia). Keadaan Airport Tan Son Nath lenggang saja. Saya mengambil teksi dari airport ke hotel yang jauhnya lebih kurang 6 km saja (berbanding KLLIA ke Kl lebih dari 50 km). Tambang 7 USD , mengambil masa tak sampai 30 minit saja. Mata wang USD sangat diterima pakai di sini selain dari mata wang tempatan DONG. RM juga boleh diguna pakai terutama dalam membeli belah di pasar malam.

Kadar tukaran sekarang RM 3.025 bersamaan  1USD dan 1RM bersamaan dengan 6500 Vietnam Dong. Bayangkan saya menjadi jutawan segera dalam matawang Dong. Jangan silap sebab se botol air mineral botol besar berharga 12,000 - 13,000 dong. Saya jutawan dalam memiliki dong tetapi tidak jutawan dalam kuasa beli. Sebab itu lebih senang menggunakan USD dari dong.

Saya menginap di hotel sederhana di Saigon Town Center. Harga bilik USD24 semalam (lebih kurang 72RM) . Biliknya taklah besar tetapi selesa dan sangat bersih. Itu keistimewaan Saigon - walaupun di negera Komunis, taraf negaranya di bawah Malaysia tetapi kebersihannya kalah negara kita. Hotel yang saya duduk hanya seberang jalan dengan pasar Ben Thanh  seperti Chow Kit di tempat kita. Sementara Chow Kit kotor dan berbau busuk di sini keadaanya bersih dan tak berbau. Begitu juga jalan rayanya bersih dan tidak ada jalan yang rosak.

Setelah chek-in hotel malam itu saya dan isteri ronda-ronda di pasar malam di depan hotel. Keadaan sangat meriah. Di setiap lorong ada saja kami berjumpa dengan orang Malaysia terutama orang Melayu. Terasa seolah berada di tanah air sendiri. Sebelum ke sini tahun lepas saya menjangkakan siapa nak melawat Saigon tapi jangkaan saya meleset. Ramai sangat orang Malaysia. Orang Malaysia pelancong paling ramai di Saigon.
Pasar malam Ben Thanh macam kat  Chow Kit. Segala macam ada. Isteri saya giler dengan pelbagai bag
dan saya tertarik dengan tie dan tali pinggang.

Kemeriah waktu malam diserikan dengan orang Saigon yang hobinya akan  keluar rumah waktu malam dengan motosikal dan ronda-ronda keliling bandar sambil membunyikan hon. Motosikal sangat banyak di Saigon dan kalau di lampu isyarat kita akan dapati motosikal ini se olah nyamuk.

Saigon digelar bandar motosikal. Dianggarkan ada 10 juta motosikal di Saigon (menurut  recepsionist hotel), kebanyakannya jenama Honda. Kereta persendirian sangat kurang. Saya bayangkan jika motosikal bertukar menjadi kereta, bandar Saigon akan mengalami jem yang lagi teruk dari KL. Tidak ada parking kereta tepi jalan di Saigon tapi ada berpuluh tempat parking motor berbayar. Kenderaan awam seperti bas tidak banyak sementara perkhidmatan rail tidak ada. Teksinya agak lebih baik dan banyak. Tambangnya agak mahal juga. Lebih kurang 3.5 km perjalanan saya membayar 150,000 dong. Kalau motosikalnya berjenama Honda keretanya pula kebanyakan berjenama Toyota.

Makanan halal susah di Saigon. Saya bawa bekal 3 buku roti gardenia dan sardin. Malam pertama saya makan bekalan yang dibawa dan sarapan esoknya di hotel makanan tak halal. Saya minta 2 biji telor rebus saja dan kopi O Vietnam. Kalaupun sedikit lapar tahan saja lah. Hanya roti malaysia buat pengalas perut. Di hari ke 3 saya ke sebuah kedai  yang menjual pakaian Muslim. Tuan punyanya Islam dan pernah mewakili Vietnam dalam Musabaqah Alquran di Malaysia. Namanya Ustazah Basiroh. Kedainya kecil tapi bersepah dengan telekong dan jubah dan pakaian lain yang tak sempat disusun kerana pengunjung yang sileh berganti. Tentunya pengunjung tersebut dari Malaysia. Isteri saya menghabiskan masa 3 setengah jam di kedai ini untuk memilih jubah dan telekong. Jubah dan telekong Vietnam kualitinya lebih baik dari Indon dan harganya lebih murah.

Tak tahan kelaparan nasi saya meminta kakitangan kedai tersebut membelikan saya nasi bungkus halal untuk dua orang. Sebungkus nasi biasa dengan berlauk ayak masak sambal, sedikit goreng togei, timun dan secolek sambal belacan, sebungkus lagi nasi goreng sea food. Harganya ?  6 USD, lebih kurang RM18.
Saya melawat peninggalan perang Vietnam : terowong Chu Chi, jauh di luar kota Saigon. Di tempat ini ialah
peninggalan asal  perang Vietnam seperti musium hidup. Terowong yang jauhnya beratus km tempat askar komunis menewaskan tentera Amerika masih dikekalkan. Sungguh menakjubkan bangsa Vietnam yang kurus kering tanpa senjata moden boleh menewaskan kuasa besar dunia. Juga dipamerkan segala macam bentuk senjata dan perangkap yang digunakan. Sesekali sangat mengerikan.

Saya juga berkesempatan melawat Delta Mekong yang yang kita belajar dalam subjek geog dulu. Kini saya berada di Delta tersebut. Memang sungai Mekong sungai yang besar. Pelancong menaiki bot dari tanah besar ke delta. Di delta mcm2 acara dan jualan untuk memikat pelancong. Yang menariknya teh madu : teh O diperah limau kasturi dan ditambah sedikit madu. Memang rasanya ummmph.  Satu lagi menaiki sampan di saluran air di delta di celah2 pohon yang meredupkan.

Di pasar Ben Thant isteri saya menghabiskan setengah hari. Sutera Vietnam sangat menarik. Isteri saya membelikan sutera Vietnam untuk anak2nya. Saya tertarik untuk menempah 3 helai seluar dari kain wool yang harganya sangat murah. Tempah pukul 6 petang pukul 6 paginya dia hantar ke hotel penginapan. Penjual di kedai itu masih ingat kedatangan saya ke kedainya tahun lepas dan dia membelanja saya minum air buah yang sangat menyelerakan. Di pasar siang atau di pasar malam cara orang Vietnam untuk menarik perhatian pembeli dari Malaysia terutama lelaki ialah dengan menarik dan memegang tangan.

Saya berselisih di tangga hotel dengan sepasang suami isteri. Saya memberi salam kerana saya jangkakan dia pasangan dari Malaysia. Rupanya dia dari Phnom Phen. Dia menjemput saya dari ke sana dan sanggup menjadi pemandu pelancong. Nampaknya saya akan ke sana pula tahun depan.

Beberapa hari di Saigon saya sangat merindui bumi Malaysia terutama makanannya. Perut semakin lapar. Saya mengisi perut dengan jagung dan keledek bakar, makanan lama yang tidak dirasai. Juga buahan yang sangat segar. Ciku, limau, lichee nampak sangat menyelerakan. Sekarang musim buah rambutan, manggis dan durian tetapi harganya macam menyembelih pelancong.  Saya beli 2 kg manggis berharga 2USD. Tak berbaloi.

Selamat bertemu lagi ........
MCC

5 comments:

  1. MCC tak tau ghupo ea hargo buah manggih, sobona ea di somban lobih maha daghi di Saigon tu. Tadi ese tengok dalam fb CTN dio pun maso ni ado di Saigon, cubolah guno GPS, mano tau bulih botomu kek situ.

    Coretan pojalanan atau pocutian MCC dan isteri ini amat menarik. Kito bulih molotakan dighi kito seolah-olah ado samo kek situ sambil momilih tolokung, tie, soluar dan naik boat di sg mekong sambil minum teo o madu.

    Memang sojak 10 tahun lalu Vietnam menjadi antara distinasi percutian rakyat Malaysia. Rakyatnya yang baru menikmati suasana bebas dari letupan bom dan motar sangat menghargai kedatangan pelancung namun masih ramai jugak yang mencari kehidupan di negara kita.

    Jokiden

    ReplyDelete
  2. Apa kata kita tempah tiket Air Asia ramai pergi kesana ramai2..lagi ramai lagi murah tambangnya kan...cari sorang ketua rombongan..Jokiden ko abang CC ko..abang cc dh slalu ke sana tentu lebih mudah cari pemandu pelancung...atau cari yang package...cara macam ni kita macam berunion yo...tk gitu LAR, jokiden...MD

    ReplyDelete
  3. Kalau ada yang minat dan kaki berjalan boleh saja diaturkan. Tak perlu ramai. Maksimum dalam 10 orang dah boleh on projek. Masa usia emas ni kita patut keluar tgk negara orang. War-war kan kepada yang minat.
    MCC

    ReplyDelete
  4. Tentu group kita ni ramai yang nk poi..ese pocayo tu...dapek 5 orang + keluarga dh cukup dh...tapi biarlah lebih ramai dari itu...bueklah haa..buek maso cuti skolah..budak cuti bulih lah ko tidak anak nak tingga ngan sapo..kih kih kih..

    ReplyDelete
  5. Elok tu poie ghamai ghamai. Makan susah kek sinun. Kita masaklah sok. Buek macam kg senighi. Oghang Msia pun ghamai. Buleh buek jual skali. Lopeh yo tambang balik..hihihi
    Oghang yang suko pogang tangan lelaki tu, oghang tuo ko mudo MCC? Kok mudo, mau tak poie mano ese. Alik2 ko pasar malam yo kojo eh...NSR..

    ReplyDelete