GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, January 31, 2012

Mengimbau Kenangan

Pertemuan di Glory Beach cukup bermakna. Syukur kepada  Allah s.w.t. kerana memberikan sekumpulan sahabat dan guru yang sangat bermakna dalam kehidupan ini. Pertemuan sesama kita sentiasa mengimbau kenangan lalu. Kenangan, walau pun seketika dahulu ada yang kita rasa pahit, tapi hari ini semuanya menjadi indah. Hameed, Hasnan, Norhashim, Kamaruddin, tak sangka dapat bertemu. Kenangan bersama sahabat-sahabat SMBK bagaikan satu terapi bagi diri saya. Saya menikmati keindahan, ketenangan, kegembiraan bila mengenang peristiwa lalu. Kenangan lalu memberi rasa kesyahduan, menjadikan diri ini terharu dan sayu malah jiwa berasa tenang menggambarkan telatah kelakuan para sahabat ketika bersekolah dulu. 

Masih ingat Mr Ramu Naidu marah kerana perkataan ‘wet semenyet’ (nak eja pun susah) (wait seminit) dengan kata-kata ‘stupid,’ ‘idiot’  dan ‘bloody fool’nya. Masih ingat tawa unik Ramlah 'koceeek' (tak tahu nak eja).
Masih ingat seluruh kelas terpinga-pinga dengan ‘pronounciation’ Cikgu Geografi (nama dah lupa – rasanya Rubiah) bila menyebut ‘semi-desert’ (English) berbunyi ‘semai-desert’ (U.S).
Masih ingat lagi Mr. Tham Weng Hon yang memiliki Black Belt Karate hanya mampu menunjukkan tahi hidungnya bila terlalu marah dalam kelas.
Cikgu geografi Cikgu Sharif yang berjalan kembang dan garang yang sentiada memandang kita dengan mata buntangnya. ---huh--- ingatnya kita takut...tapi tak pun sebab 'size' dia kecik aje. Nak tengok muka Hameed pun dia terpaksa mendongak (sorry kene exagerate sikit) (Tak tahu mana Cikgu Sharif kini).
Guru Sastera (dah lupa nama) yang ‘pronoun’ puisi berbunyi –piuisi (di sebut pi-u-i-si).
Masa di Form One peristiwa Miss (walaupun dah kawin) Chang terselak ‘blouse’ nya masih mampu membuat diri ini ketawa.
Satu ketika Cik Gu Yusof Kassim (Pengetua sebelum HZR) marah dan menghempaskan majalah Life ke dalam tong sampah yang sedang dibaca oleh seorang guru ketika mengajar.
Mr. Gurcharan Singh tertidur dalam kelas selepas mendengar ‘Radio Lesson’.
 Kelas dibatalkan sebab nak tengok Muhammad Ali bertinju.
Paper BM MCE terpaksa dibuat re-exam kerana soalan bocor.
Banjir besar jambatan Empangan Bangkong runtuh, murid terpaksa ikut jalan Kuala Pilah utuk ke sekolah.
 Peristiwa amuk dipekan batu kikir....kisah sedih buat kawan kita Alias MD. Zain
Ada yang berpendapat kalau hisap ganja pada hari exam, pasti boleh skor ‘distinction’ sebab masa khayal itu akan dapat mengingat semua perkara yang kita belajar (hebatkan? Tapi tinggal ‘hypothese’s aje sebab tak ada ‘research’ yang membuktikan demikan).
Semasa Form Three, Mr. Lim Boon Chin dengan cebisan kain hitam yang dipinkan pada lengan bajunya (entah apa maksudnya), sentiasa serius mengajar. Kelas menjadi ‘tense’. Mengajar sejarah dari awal waktu asyik menulis nota sampai akhir waktu....’tension’...akhirnya saya membenci ‘History’. Walaupun masa Form Five Arwah Cikgu Mokhtar yang mengajar, tapi kebencian pada ‘History’ tak dapat dipulihkan.
Saya juga pernah rasa ‘boring’ dengan sahabat yang asyik ‘speaking’ aje. Kini baru tahu rupanya dia pernah berjiran dengan ‘Mat Salleh’ ...sorrylah sebab pernah menyampah...
Pernah jadi pengakap. Masih ingat arwah Cikhu Izhab.
Niat nak mencapai kecemerlangan memang ada. Masuk sukan daerah acara ‘high-jump.’ Tapi ditewaskan rakan satu sekolah...Iskandar Syah... tak tahulah Iskandar masih melompat atau tidak hari ini. Pernah masuk pertandingabn melukis peringkat daerah...ditewaskan oleh rakan sesekolah....Hasnan Md. Zain. Masuk pula Talentime peringkat daerah di TKS Kuala Pilah, tewas pula oleh rakan sesekolah...Rubiah Ahmad. Hantar pula cerpen untuk majalah, di tapis pula oleh rakan sekelas, Ismail Md. Isa, katanya mudah ...’tiada kualiti..’ Memang ‘chances’ saya nak jadi cemerlang masa sekolah tak kesampaian. Akhirnya saya sedar, I’m just a ‘moderate’. ‘Have to live with it’...sampai kini.
Itulah antara kenangan. Bila duduk keseorangan dan cuba-cuba mengingatkan semula, hati jadi tenang, sayu, terharu. Kenangan ini masih hidup sebab kita masih bersama. Terima kasih atas kebersamaan ini. Kepada sahabat yang ada pengkisahan kenangan lalu, tulislah.....hidup jadi indah dalam nostialgia ini.
Love you all....forever.......
Terima kasih.
Dr. Rashidi

11 comments:

  1. Coretan Dr ini mampu menggembalikan sedikit sebanyak kenangan silam semasa di SMBK. Rasanya saya boleh ingat peristiwa yang dinyatakan di atas.. Muga ada rakan lain yang akan membuat catatan silam dan muga akan ramai yang kembali aktif menulis di blog ini.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  2. Saya masih ingat cikgu besar masa tu (cikgu Kasim) menghempas majalah Life ke dalam tong sampah yang asyik dibaca oleh cikgu yang saya ingat mukanya agak leper dan lebar, cakapnya lambat lambat, dia mengajar B Malaysia kalau tk silap., isterinya pun mengajar di SMBK juga kalau tk silap. Keasyikannya sampai tk sedar guru besar masuk..kita semua memanglah ambil peluang beborak n buat bising bila cikgu pun tk peduli..tapi saya rasa terperanjat dan takut bila kejadian tu berlaku depan mata..bermakna cikgu besar memang tegas orangnya..yang anehnya muka cikgu yang mengjar kita tu selamba je..tk menunjukan rasa terkejut ..misti dia malu habis pada kita semua..

    Saya juga masih ingat cikgu yang ngajar kita English..kalau tk silap..cikgu perempun cina yang matanya juling2 air..yang seksi pkai skirt pendek yang menjadi intaian budak lelaki..

    Ahmad Firdaus pernah suatu ketika menangis kerana bergaduh dengan Badariah kerana diejek Badariah (form 1) Ahmad Firdaus memang manja...

    Saya pernah menangis kerana diejek oleh budak2 nakal dalam bas..walaupun masa tu saya sedih dan marah..tetapi kini ia menjadi kenangan manis yang sangat mengasyikkan....MD

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Saya teringat waktu mula2 berpindah dari sekolah rendah (inggeris) Batu Kikir ke SM Batu Kikir, kita semua mcm orang asing kesitu, sbb murid2 yg berada disitu semuanya aliran melayu, yang kita ni murid2 dr aliran inggeris. Rasa sgt mcm menumpang je kat situ, kita pun sume mcm takut2 je maklum lah kita ni masuk dlm kandang orang. Kelas kita pun kelas kayu je....khikhikhi. Lepas pd tu baru kita masuk kelas yg ada standard sikit, bilik darjah batu-bata.

    Tapi walau macam mana pun kita berjaya yo...Alhamdullilah.

    MD Cikgu cina yg mata juling2 air tu Miss Anne Lee...
    Budak yg nakal yg dimaksudkan MD tu, mesti Bang Sarep...yo tak gak ee....

    Prof Shidi, Cikgu Lim Boon Chin pakai cebisan kain hitam sbb ayah die meninggal lah...itulah maksudnya.

    Sekian.


    SSAK

    ReplyDelete
  4. Ese agak SSAK yg dimaksudkan dek kakcik ghoma ngusik dio tu eselah tu... sogan nak ngaku.. apopun ese sokaghang ni nek moyang ea baik doh.. kih..kih..kih

    Jokiden

    ReplyDelete
  5. Tak do Jokiden...budak2 dari Tapak n Tengkek..Maridan, Mansur, dan tah sapo lai namo ee dh lupo...kalau Jokiden traso ..iyolah gaeh tu.. kihkihkih..tapi se tk maghah lai doh..ese goma lak ngingatkan ee..kalau orang2 ni tebaco ..janganlah maghah lak yo..ese cumo mengingati zaman remajo kito maghin..MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ese masih ingat lg maso ese form one, kalau bojalan takut nak mandang kek budak lelaki sobab ey dio org ni suko nginyet mato, takut ese d buek eh...zaman tu tah apo pulak kono ey budak2 lelaki terutama yg malay medium, ghoma nginyet mato...ado budak tu badan ey bosa2, puteh2, pakai seluar pendek paras lutut,dah lupo lah namo ey... ha dio tulah ghoma nginyet mato...cubo tanyo kwn2 perempuan kito, mesti ado kono nginyet mato kek budak lelaki tu...hihi...kelakar betul kalau d fikir2kan...CTN

      Delete
    2. Iyo CTN, zaman tu mmg zaman kinyit monginyit..Soluar pulak pendek tapi panjang dan mesti padat.. yang ghoma ngiyit tu budak2 Malay Medium termasuklah Maridan, Mansur dan Din Shaaban yang MD sobut tu. Sumo ea soluar padat..

      Geng kito yang solur padat cumo Dr Shidi dan Salim yo.. Lieh soluar ea logo tapi pendek!!! sapo plak yg pakai stokin topanjang dan skirt terpendek zaman kito dulu???

      Jokiden

      Delete
  6. Salam,
    Waaahhhhh!!! banyak kenangan, bestnya. Tak sangka pulak ada response.

    Kenangan Tambahan:

    Masa 'sit' exam LCE, kawan kita yang unik, Kamaruddin Abdullah (arwah) 'accident' motosikal. kena 6 jahitan pada lidahnya...ngeri dan kesian. Dia yang suka nginyet Normah. Tapi I tengok masa tu....bebudak perempuan ni suka kene kenyit....betul tak Rep?...hahahaha

    Dr. Shidi

    ReplyDelete
  7. ....sambung sikit laiee....
    Pasal Kamaruddin.....masa main ragby....habih semuo orang kono penampar ee. Bukan main marah Cikgu Ajmer Singh.

    Maso Form I, Mr. Rajoo ngajar Industrial Art. Dia kehilangan satu alat. Cukup marah dia ari tu. Dia suruh budak yang mengambil mengaku...tak seorang pun mengaku. Balik rumah rupo ee ese yang ambil, ese buek penggulung 'copper wire' untuk buat 'buzzer'. Kesian Mr. Rajoo.

    Kenangan manis dengan Cikgu Jamilah....mengiringi dio menyanyi dengan gitar masa camping kek Jeram Tengkek. Dusuk ramai-rami ateh batu bosar. Lagu oldies...unchained melodies, 500 miles, aud sang lyne, delilah, I'm coming Home......uuuhhhh seronoknya.....

    Dr. Shidi

    ReplyDelete
  8. aslmkm

    kepada semua di ucapkan ribuan kenangan kek tikir
    regards,
    shah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setalah bbrapa lama tak nyongok blog ni, ha ..ni lah nak nyampok aa..stukin panjang tu Awo, Enab, Siti Norma, Sharifah Fadhillah n Inun..kebanyakkan dari Joseh..yg dri Ulu Jompul..kebanyakkannya monikuih yo..mcm gayat sikit..baghu kolua dri bawah tompurong ..esp ese. I remember majalla d hompeh dek Cikgu Yusuf tu..lopeh tu dio round dlm kelas yg da tersenyap seperti d landa garuda..smpai kek Hali Hamid..d cokau e budak tu..keteh dio..'Haa awaklah yg buat bising..mcmmano awk boleh baco buku matemathics'..sbb ..bilo nmpak dio mulo nak round ..masing2 capai buku apo yg dapek..nasib tak baik Halim. Ese teringat maso F 1 tu our fren Rubiah asyik mengeleseh ngan budak F5 malay medium ..namo e Kadir kalau tak silap..badan e bermuscle2...tp tu ari bilo tanyo semulo kek dio..ruby tak ingat apo pun pasal Kadir tu..ayo takut se..bocinto bagai nak ghak ..dio boleh tak ingat.
      Ese...ese sobona e ..kehadiran se d smbk dri 69 hingga 74..ghamai yg tak berapa perasan..sobab se ni baik bona..diam yo moghati poghangai oghang..apo lai duk colah kotiak Awo..langsung org tak nmpak se..tp tak po ese bahagio yg teramat sngt tak d poduli dek oghang sobab ese pomalu mek amek maso tu..kalau kono soghogah maso tu mau se pitam.....tp pponah gak maso F2 se buek hal dlm class..dongar muzik box maso gurcharan tonghah ngaja..bondo tu Awo punyo.apo lai se monangihlah smpai tak do malu dah..moleleh2 solemo..sodih bona ati se gurchara ghapeh bondo tu..se baghu nak nonga kek tolingo...hai lotih..ado maso sambung lai yo..luv u all kawan2 sejati

      Delete