GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, January 7, 2012

REUNION WARGA SMBK 69/74 KALI KEDUA

Oleh Jokiden.

Rakan-rakan yang selamanya diingati,

Persetujuan untuk meneruskan pertemuan diantara rakan-rakan yang suatu ketika dahulu pernah bersama-sama dalam menjalani hidup ini dalam alam yang dinamakan alam persekolahan, Insyaallah akan diteruskan. 

SMS pemakluman awal telah dihantar oleh saya serta Setiausaha dan banyak rakan telah menerimanya. Saya berharap rakan-rakan menerimanyanya dengan positif dan cuba sedaya upaya mungkin untuk segera memberikan jawapan kerana kita berurusan dengan pihak ketiga iaitu pihak Hotel, yang bukan sahaja memerlukan komitmen tetapi juga sejumlah jaminan atau deposit untuk mereka membenarkan kita mengadakan majlis di tempat mereka.

Oleh kerana tempat yang dipilih agak istimewa dan juga bertepatan dengan musim percutian, maka permintaan terhadap tempat-tempat peranginan ini amat tinggi, lalu bukan sahaja mereka 'jual mahal' sikit tetapi realitinya harga penginapan memang selamanya berbeza diwaktu mana-mana musim percutian ini.

Pertemuan kita adalah setahun sekali dan rakan-rakan diharap dapat mengambil kesempatan ini untuk memulakan semula hubungan sesama kita telah terpisah sekian lama. Namun begitu jika terdapat urusan lain yang lebih penting dan tarikhnya bertembung pula dengan Reunion kita ini maka anggaplah rezeki kita tidak ada kali ini. Jika kita hendak menunggu tarikh dan waktu yang semua orang boleh selesa, sesuai dan lapang, tarikh itu sebenarnya tidak pernah wujud.

(Program dan senarai kehadiran rakan-rakan akan sentiasa diupdate dihujung artikel ini nanti)



    
Menguruskan sesuatu program sekecil mana sekalipun pastinya menemui kesukaran sekiranya tidak mendapat kerjasama antara kita.Dari itu berikan kerjasama rakan-rakan kepada Jawatankuasa ini demi untuk menjayakannya.



Pertemuan kita seperti tahun lalu, tidaklah dirancang sehebat mana, namun berdasarkan hubungan emosi yang terjalin dalam waktu yang amat singkat tersebut, hingga kini ianya meninggalkan kesan yang mendalam. Ini dapat disahkan oleh rakan-rakan yang sempat hadir melalui perbualan, catatan dalam blog, nukilan dalam facebook mahupun dalam sms selepas itu.

Ekoran daripada pertemuan yang pertama dahulu, hingga kini kita merasakan kita telah kembali akrab. Malah ada diantara rakan-rakan yang masih terbawa-bawa perangai lama dan watak lama sewaktu dialam persekolahan dahulu walaupun jarak waktu telah jauh berlalu dan usia kita telah separuh abad. 

Kenangan lama sesungguhnya mengusik jiwa, itu kata orang dulu-dulu. Keseronokan, keserasian dan keakraban ini sebenarnya kembali menjelma. Siapa kita dulu dan siapa kita hari ini adalah tidak penting. Yang menjadi saksi kepada pernah wujudnya hubunga istimewa ini ialah keringat lekit semasa berlari di padang sekolah. Jiwa remaja kita ketika itu, tentunya jauh berbeza dengan naluri kematangan kita hari ini. Namun menyaksikan rakan kena tempeleng oleh guru walaupun kesalahan dilakukan oleh orang lain, tentunya mengembalikan ingatan kita kepada dunia persekolahan kita yang amat menarik dahulu.

Bersimpati kepada rakan kita yang kehilangan kasut sukan, menjeling dengan penuh rasa cemburu melihat kepada sebahagian rakan-rakan kita yang hidup lebih selesa dari kita tentunya sesuatu yang manis untuk diingati bersama kini. Mengingatkan kembali bagaimana kita diusik oleh rakan-rakan semasa menaiki, menuruni atau semasa berada di dalam bas juga menggamit kerinduan.

Berebut-rebut membeli makanan dan minuman ketika waktu rihat tengah hari, tentunya sesekali menjelma diingatan kita. Perkelahan di Jeram Tengkek atau sessi menghisap rokok di tepi sungai berhampiran Masjid Batu Kikir terpahat kukuh dalam lipatan hati.

Semuanya boleh kita kongsikan kelak, kisah suka duka, ketika bersama, kemudian kita berpisah, lupa antara satu sama lain, ada yang terus memendam rasa rindu dan kini bertemu kembali. Terubatkah rasa rindu!!!!???. 

Kenangan tidak pernah hilang kecuali jika kita semaunya ingin melupakannya. Pecayalah pertemuan ini pasti ada menafaatnya, dulu, kini ataupun esok. 

Pada pertemuan tahun lalu ada rakan-rakan yang tidak berkesempatan, kini ramai yang menyuarakan yang akan hadir. kali ini kita mungkin berpeluang melihat punggung Hamid Bawal yang menonjol kebelakang tersebut samada masih lagi ada atau telah kempis dimamah usia.

Hasnan yang tahun lalu tidak berkesempatan hadir, kali ini telah memberikan pengakuan akan hadir bersama keluarga. Begitu juga dengan Zainun Mustafa awal2 lagi telah bersetuju. Ramlah Hussin sekecil molek (kenit) juga akan hadir cuma beliau yang baru saya temui beberapa bulan lepas bukan lagi kenit.

Halim Hamid mungkin kali ini berpeluang untuk hadir. Nordin, Kamaruddin, Siti Aminah Sani, Ahmad Zuhaidi dan Norhashim Ahmad juga berkemungkinan besar akan turut serta.

Masalah sedikit dengan jumlah bilik yang mampu ditempah, amat terhad, jadi siapa dulu kompem bilik dia dapat. Harap rakan2 segera memberikan reaksi untuk tujuan tersebut. Minta juga jasa baik kawan2 untuk menjemput mana-mana rakan yang tidak sempat saya jemput. Panjangkan jemputan ini. Lagi ramai lagi meriah.

Bukan dirancang sangat, namun secara kebetulan sahaja tarikh yang dipilih kali ini juga bertepatan dengan tarikh pertemuan pada tahun lepas. Tahun lepas 22 Januari, tahun ini juga 22 Januari. Tahun lepas hari Sabtu, tahun ini hari Ahad. Tahun lepas di PD tahun ini juga di PD.

Kenapa 22 Januari hari Ahad dan tidak 21 Januari hari Sabtu??? Jawapan, pada hari Sabtu ramai yang kena hadir kenduri kahwin rakan dan taulan. Ahad juga ada kenduri kawin, tetapi majlis kita sebelah malam. Kenapa tidak hari Isnin malam selasa, cuti juga???? Mungkin hari Isnin dan Selasa ramai yang nak menghantar cucu balik ke asrama!!! hahaha... Begitupun seperti yang saya sarankan awal2 tadi, sekiranya kita ingin mencari satu hari yang sama untuk semua orang, hari itu tidak pernah wujud.

Program penuh akan dimasukan kemudian, namun secara ringkas untuk pertimbangan rakan-rakan maklumat di bawah mungkin boleh membantu.

MALAM NOSTALGIA SMBK 69/74

TARIKH:  22/23 JANUARI 2012

HARI: AHAD/ISNIN


BILIK RM80.00 SEORANG

DINNER: RM50.00 SEORANG

BREAKFAST RM24.00 SEORANG

HAMPER SEPERTI BIASA BAWA SATU SETIAP KETUA KELUARGA DAN KITA TUKAR2 KELAK DENGAN CARA CABUTAN BERTUAH.

Lain-lain maklumat akan di kemas kinikan dari semasa ke semasa. Jumpa di sana. 

Mengenai Glory Beach Resort   

No comments:

Post a Comment