GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, April 26, 2012

KISAH DOA DUA BERADIK

Oleh Jokiden.

Pesanan khusus pada MD, kalau tak kuat semangat jangan baca kisah ini. Hehehe..

Tigo sahabat ni datang awal, balik lambek.. lapar!!!!
  

Hidup di dunia ini tidak kekal. Hidup juga tidaklah selama mana. Gunakan kesempatan ketika masih bernafas ini sebaik mungkin dan semaksimum mungkin. Berbuat baiklah setiap masa. Elakan daripada menyakiti hati orang lain. Elakan juga daripada berhutang jika boleh. (Hahaha... itu ingatan untuk dighi soninghi tu)

Sayangi dengan ikhlas sesiapa yang ingin kita sayangi. Kawan, guru, abang, adik, suami, isteri, jiran tetangga, girlfriends, boyfriends malah siapa sahaja.

Terdapat kisah dua orang adik beradik yang hidup miskin, kais pagi makan pagi. Mereka kehilangan punca untuk membina kehidupan seperti orang lain. Ibu bapa sudah meninggal dunia. Saudara mara menjauhkan diri daripada mereka. Duduk dalam rumah setinggan.

Belajar tidak beberapa tinggi, setakat tahu membaca sahaja akibat miskin dan masa itu PTPTN belum wujud lagi, lalu mereka tidak mampu meneruskan pelajaran. Lagipun anak yatim piatu yang comot siapalah yang peduli sangat. Mengaji langsung tidak tahu.

Mereka dua beradik ini sebenarnya kuat berusaha, maklumlah untuk mencari sesuap nasi. Suatu hari dalam bulan puasa oleh kerana tiada apa hendak dimakan waktu berbuka mereka mengambil keputusan untuk berbuka di masjid yang tidak beberapa jauh rumah mereka.

Selepas berbuka dengan enaknya dan mengikut jemaah lain menunaikan solat, dua beradik ini duduk di satu sudut. Mereka kagum dengan orang ramai yang bergaya, pakaian bersih dan ceria, sedangkan mereka berdua comot dan tidak diberi perhatian. Mereka tidak terus pulang sebab dengan harapan akan ada lagi makanan yang enak selepas itu.

Mereka memasang telinga mendengar tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Tajuk tazkirah ialah keajaiban doa. Waktu yang mustajab untuk berdoa. Berdoa mestilah ikhlas. kedua-duanya terkedu kerana selama itu mereka tidak pernah berdoa. Mereka mengambil keputusan malam itu juga untuk mula berdoa.

Kembali ke rumah mereka mengambil pen dan sehelai kertas berwarna pink. "Ok kau tulis doa kau, aku tulis doa aku.. mulai hari ini kita berdoa bersungguh-sungguh.." perintah si abang.

Mereka pun menuliskan doa masing-masing dan dilipat elok-elok, di bawa ke mana sahaja dan dibaca doa tersebut bila-bila mereka suka. Wajib membaca ialah ketika mereka melabuhkan badan untuk tidur.

Perubahan mula berlaku, keajaiban mula menjelma, hidup mereka mula berubah, rezeki datang sepanjang masa dengan sedikit usaha. Si abang paling murah rezekinya dan hiudp abang mula berbeza dengan dulu. Kisah ini akan panjang sangat jika Jokiden hendak huraikan.

Adik hidup secara sederhana, kerana duit dan kemewahan datang dari abang. Abang mula mengherdik adik, mengatakan kurang usaha, kurang berdoa, tidak bercita-cita tinggi, dan mengatakan doa si adik kurang mujarab.

Abang pindah ke rumah bunglow besar, adik terus tinggal di rumah biasa kerana isteri abang seorang bekas artis terkenal tidak membenarkan si adik tinggal bersama. Abang tidak sampai hati, lalu membina sebuah bilik kecil di belakang rumah untuk si adik. Adik menerima dengan lapang dada dan gembira, kerana masih berhampiran dengan si abang.

Si abang membeli kereta jenama Bently, si adik dibelikan kereta My vvy oleh si abang. Si abang gunakan pemandu, si adik bawak sendiri. Isteri si abang marah sebab minyak pun si abang yang isikan. Kereta si adik diambil oleh si isteri dan sebagai ganti untuk mudah ke masjid kereta diganti dengan sebuah motor buruk, si adik tidak kisah dan terus gembira.

Setiap hari isteri abang akan mengutuk si adik malas, pengotor, kurang motivasi dan pelbagai lagi cacian. Si adik hanya sengeh-sengeh. Si abang lama kelamaan termakan dengan hasutan si isteri. Si abang mula naik bosan dengan si adik.

Suatu hari si abang hendak ke luar negara dengan si isteri bekas artis tersebut. "Kau jaga rumah, kami pergi tak lama, dua hari je, jangan lupa baca doa, doa kamu tu belum makbul, sebab itu kau masih susah.." kata abang. "Baik bang.. selamat pergi dan kembali.." kata adik bersahaja.

Selepas dua hari mereka berdua kembali dengan selamat. Si adik menyambut dengan lemah. "Demam bang, tak sihat.." katanya sayu. "pergilah klinik.." bentak si isteri.

Malam tu si adik tidak ke masjid, kerana demanya masih berterusan walaupun telah makan ubat. Esoknya si abang terus sibuk dengan urusan harian terlupa nak jengok adik di bilik belakang. Malamnya si abang tengok bilik si adik sunyi saja dan dengan menggunakan kunci spare dia buka bilik adik.

"Dik!! dik!!," panggilnya. Tiada jawapan walaupun dia nampak adik tengah tidur. Dia gerakan adik, badan adik telah sejuk... Baru abang sedar adik telah pergi.. dia terjelepuk di sisi adik. menangis sendirian.

Dia terlihat di bawah bantal, kertas warna pink yang sudah lusuh. Dia tahu itu kertas doa adik. Dia ambil dan membuka lipatan kertas doa tersebut yang bertulis "Ya Allah, aku sangat menyayangi abang ku, kayakanlah dia melebihi orang lain selain dari Mu ya Allah, sampaikanlah hajatnya"

Si abang teresak-esak dalam tangisan "dik ini doamu dan rupanya doamu yang makbul" di sebelah bawah doa itu ada catatan yang masih baru ..

"Bang, saya demam, jika saya pergi ampunkan segala dosa saya, halalkan makan minum dan saya tetap sayang abang.."


  

4 comments:

  1. Assalam,

    Tergurisnya hati bila membaca nukilan Jokiden ni, rasa2 berlaku didepan mata sendiri......ambillah iktibarnya menjadi pedoman kita.

    Tkasih Jokiden atas coretan you, kalau tidak blog ni kosong tak bermaya lg.....

    SSAK

    ReplyDelete
  2. Agak-agak ea SSAK, kakcik mau moghobeh dio maco coghito ni agak ea.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Bukan moghobeh lai Jokiden...ghaso nak moghaung haa...uhuk uhuk uhuk.. sodih amek..ese baru baco nukilan Jokiden ni sobab dh sominggu modem rumah ni ghosak, disambar potir..baru boli yang baghu niha..ayo ghugi baghu dapek baco ha,,panjang cghito, mokasihlah nulih kek sini..ado yo bahan nk dibaco..Manpo bang Mael CC..sonyap yo, maso knuri nikah anak Ali ari tu dio kato nk nulih..nk buek surprise untuk kengkawan..mano deh...ayoo,,,MD

    ReplyDelete
  4. Ghamai yang modem ea disambar potir kakcik, tak lamo laie.. moghiah lah balik blog kito ni, jgn ghisau. Maso Jokiden bukak hit counter yg baghu tu, jumlah pelawat 35,536, aghi ni 8 May 2012 dah cocah 36,938 oghang..ghamai tu..

    ReplyDelete