GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, May 20, 2012

KENDURI RUMAH PN NORISHAH ADNAN 
PADA 19/5/2012 DAN 20/5/2012

Assalam,

Saya dan anak perempuan saya Amylia bersama2 kawan2 Normah Ali, Rubiah Yusof, Siti Hawa n Hubby, telah menyahut panggilan jemputan Pn Norishah Adnan diatas perkahwinan anak beliau dirumahnya di Kg Tok Muda, Kapar, Kelang.

Kami memilih untuk pergi kerumahnya pada malam 19/5/2012, kerana kami menerima banyak undangan lagi pada keesokan harinya, yang mana kami sudah tentu tidak dapat hadir.

dah konyang...melopeh durian runtuh!!
Rasa kegembiraan apabila kami dapat mencari rumah beliau walaupun hari dah gelap, rasa2 macam kami takkan jumpa, al maklumlah tak pernah pergi sebelum ini ke kawasan tersebut. Oleh kerana pembaca peta kami Datin Normah dan Pn Rubiah yang sememangnya pakar, maka senang saja kami menuju kealamat yang diberikan. Saya kata kepada mereka kalau tak jumpa jalan ke Kapar nampaknya terkaparlah kita kat sini........Datin Normah berkata kalau gagal mencari rumah Pn Norishah die nak belanja kami makan pada malam itu, sebab dia kata die dpt durian runtuh 4 bulan.....(kalau tak jumpo ghumah ESAH den belanjo kau org mkn, sbb den dapek durian ghuntuh ompek bulan gaji dr kerajaan).....sambil tergolak bosar.....lalu saya tanyo, kek Datin Normah ....( kau dah dapek ompek bulan durian ghuntuh....kau sokong tak NAJIB?????) (dio selambo menjawab bab undi den punyo, sapo2 tak buleh tau)......kami togolak ghamai2......begitulah cerita kami mengenai PRU13 yang akan menjelang tiba tapi ontah bilo........disepanjang perjalanan sehingga sampai kerumah Pn Norishah macam2 ceghito yg kami bualkan......rasa tak cukup2 maso......begitu juga masa perjalanan balik dari rumah Pn Norishah ke destinasi kami semua.......

Semaso kami sampai didepan ghumah Pn Norishah kami nampak Siti Hawa bersama suaminya, duduk menantikan ketibaan kami...tau2 jelah S.Hawa dari jauh dah tosongeh dio....pertanyaan pertama (Apo lambek na sampai?).....sei menjawab perjalanan kami jauh....sei dr Soghomban..lainlah u dr Subang Jaya jo.....) kami berbual, sambil makan bercerita sehingga habis semua menu di rasa.....memang sedap makanan yg disediakan, selain itu ada pengat ubi kayu, yg mana dah lamo sei tak makan.

Kami bersurai setelah menghantar Pn Rubiah ke Shah Alam Sek 13, dan Datin Normah ke rumahnya di USJ 3.
Dan saya bersama anak balik menuju ke Seremban, sampai dirumah dalam pukul 12.00 malam.

Kami gembira walaupun keadaan terlalu sibuk tapi kami masih boleh mengatur masa untuk menghadiri jemputan2 kawan2, melainkan kalau ada urusan yang tidak dapat langsung dielakkan.
MAAF KAWAN2 SEKIRANYA TAK DAPT MENGHADIRI DIRI DIATAS JEMPUTAN KAWAN2. WALAU BAGAIMANAPUN SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS INGATAN KAWAN2 TERHADAP SAYA DAN RAKAN2 SEKELIAN.


SSAK

1 comment:

  1. ak datuk ompek bulan bonus.. jongkek dek duit tu, mau dokek RM45 ghibu tu, Datin kono simpan sopaghuh, sok nak sponsor reunion SMBK taun dopan.. kih..kih..kih.. SSAK mtontu sotuju tu..

    ReplyDelete