GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, May 3, 2012

MACAM-MACAM HAL

Oleh Jokiden

bmw rt


Sekarang ini orang sudah tidak peduli lagi. Apa sahaja yang tidak menyenangkan mereka disebabkan oleh pihak lain maka mereka akan mengambil tindakan mahkamah. Kita pernah terbaca artis-artis yang menyaman pihak tertentu berjumlah berjuta ringgit hanya disebabkan mengalami calar sedikit ke atas kakinya.

Ayam berkokok bertalu-talu akan di saman oleh jiran yang tidak suka mendengar kokokan tersebut dan menganggapnya sebagai  gangguan. Banyak lagi sebenarnya perkara pelik berlaku yang akhir menyebabkan seseorang itu diheret ke muka pengadilan.


Hayati kisah di bawah ini.


Zakar menegang, lelaki saman BMW
SAN FRANCISCO 1 Mei - Seorang lelaki memfailkan saman terhadap dua buah syarikat berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya apabila alat sulitnya menegang selama dua tahun selepas menunggang sebuah motosikal berkuasa besar.
Henry Wolf yang menetap di sini, mengemukakan saman tersebut terhadap syarikat pengeluar motosikal, BMW dan juga Corbin-Pacific Inc., yang bertanggungjawab membuat tempat duduk kenderaan itu di Mahkamah Agung San Francisco, minggu lalu.
Dalam saman tersebut, Wolf mendakwa pada mulanya dia sangat gembira dapat menunggang motosikal BMW 1993 yang dilengkapi tempat duduk Corbin-Pasific, dalam tunggangan selama dua jam tanpa henti.
Namun, secara tiba-tiba selepas itu, alat sulitnya mengalami ketegangan sepanjang masa yang didakwanya berpunca daripada rekaan tempat duduk berbonggol dan kegagalan pembuatan serta pemasangan oleh defendan.
Peristiwa tersebut menurutnya berlaku pada 1 Mei 2010 dan sejak itu, keadaannya berterusan sehingga sekarang.
Wolf turut menyatakan bahawa aktiviti hariannya terjejas termasuk tidak dapat melakukan hubungan seks, yang menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk.
Sementara itu, sebuah blog automotif, Rushlane melaporkan, kejadian seperti itu bukan yang pertama pernah berlaku.
Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ia dilihat mempunyai kaitan langsung antara rekaan tempat duduk motosikal dan masalah berkaitan seperti kesuburan dan mati pucuk.
Menurut blog tersebut, getaran yang berterusan sepanjang tunggangan ditambah keadaan tempat duduk, dikatakan menjadi punca masalah tersebut berlaku. - AGENSI

Ps, Amik kau!!!






2 comments:

  1. peh ni ghamai yang kongsi boli bmw rt. gilir2 pakai. tak yah melanggan viagra lagi do.

    ReplyDelete
  2. Boto tu, tapi mahal harga ea wei..RM80,000 sobuah..

    ReplyDelete