Musim haji datang dan pergi, setiap tahun ramai jemaah haji Malaysia berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun islam kelima itu. Masa dulu kalau ada diantara keluarga atau orang sekampung yang akan pergi haji, saudara mara sahabat handai sekampung menyewa bas untuk menghantar bakalbakal haji itu......maka berombonganlah ramairamai menghantar bakal haji tu keKelana Jaya tempat bakalbakal haji berkumpul sebelum dihantar ke KLIA dengan bas ..DiKelana Jaya bersesak sesak dengan orangramai menghantar bakalbakal haji yang datangnya dari seluruh Malaysia. Kekadang yang perginya cuma seorang yang menghantarnya 2bas panjang...bayangkan kalau beratus bakal haji yang akan terbang pada hari itu....berapa puluh ribu pula yang menghantar di Kompleks Haji Kelana Jaya...
Tapi sekarang zaman dh makin berubah...Orang kampung dh ramai yang berkereta, maklumlah harga getah dh mahal....jadi untuk menghantar jemaah haji tidak menjadi masaalah lagi..dh tak tk payah buat rombongan naik bas lagi..kalau ibu bapa dikampung tk ada kereta, anakanak yang bekerja duduk di bandar pasti akan balik kampung bawa ibu bapa ke KL atau Kelana Jaya untuk urusan haji, kalau waktu penerbangan diawal pagi, kampung pula jauh dari KL, maka bakal haji akan dibawa bermalam kerumah anakanak yang berdekatan dengan Komplek haji di KL supaya perjalanan ke kompleks haji lebih mudah..
Sebelum bakal haji berangkat ke tanah suci, mereka diberi kursus terlebih dahulu,untuk memudahkan kerjakerja ibadah haji nanti..Kursus ini amat penting bagi jemaah..tanpa kursus mana mungkin kita mengetahui caracara bertawaf, saei, wukuf diArafah, mabit diMudzdalifah, melontar di Mina, Jamratul Kubra dan sebagainya..Syaratsyarat Ihram amat berat tetapi ringan bila kita telah mengetahui....rambut jangan sekali gugur/dicabut..tk bleh potong kuku, tk bleh tersentuh kulit suami/isteri apatahlagi orang lain dan banyak lagi..tetapi kalau kita tahu bahawa tersentuh kulit lelaki atau perempuan dalam masa berasak asak ketika mengerjakan tawaf diBaitullah tidak akan batal jika kita berwuduk cara mazhab Hambali, cara wuduknya berlainan dari cara biasa kita lakukan di Malaysia...kalau nk tahu belajarlah dari sekarang..ikuti kursus haji walaupun tidak pergi haji pada masa terdekat...
Pergi haji pada masa usia masih muda sangatlah baiknya...maklum badan masih bertenaga, cergas fizikal dan mental..bayangkan bagaimana kita hendak melakukan tawap dan saei jika badan telah uzur dan berpenyakit, sedangkan tawap memerlukan kita mengelilingi Ka'bah sebanyak 7kali..kalau dapat yang dekat dengan ka'bah taklah jauh sangat berjalan..jika sampai disana orang dah terlalu ramai, sudah tentu jalannya pun lebih jauh dan lama..cukupkah tenaga kita untuk berjalan lagi...dan selepas itu perlu bersaei pula..7kali ulang alik antara Bukit Safar dan Marwah baru bertahlul..Jangan baru setengah jalan dh collapse!! Siapa yang akan mengangkat...kalau dh jatuh dipijak orang..,orangnya berjuta..masyaallah..na'uzubillah..janganlah terjadi begini..kalau ada anak yang mengiringi pun, anak juga mau menjalankan tanggungjawab hajinya...rugi rasanya kesana jika tidak dapat menyempurnakan kerja haji.
Sebelum berangkat, mintalah kemaafan dari sahabat handai saudara mara, manalah tau kita pernah menyinggung perasaan orang, tercalar hati orang, dosa tidak akan terampun jika kita sendiri tidak memintanya, mohonlah doa supaya keampunan diterima Allah..lakukan seberapa banyak solat sunat taubat dan hajat, minta supaya dosa dosa lalu diampunkan agar ringan kita dalam perjalan dari dosa yang bertimbun.
.
Kawan kawan...saya sebenarnya bercakap bagi pihak saya sendiri...di sini saya ingin meminta kemaafan dari kawankawan jika selama pergaulan kita dari sekolah (mula berjumpa) hingga dah tua begini jika saya pernah melakukan kesalahan/kesilapan...(terutama pada Jokiden..kikiki..) Maklumlah, saya manusia biasa lagi kerdil..tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Jika kawanku semua pernah tersinggung oleh saya maka saya mohon dimaafkan, ampunkan segala dosa saya. Pada 24/10/11 insyaallah panjang umur saya dan suami akan berangkat ke Makatulmukarramah menunaikan fardu haji, harapan saya doa dari kawankawan semoga saya sihat tubuh badan, cergas dan bertenaga mengerjakan ibadah haji, semoga saya terpelihara dari melakukan segala larangan, bertambah amalan dan semoga mendapat haji yang mabrur..Amin...MD