GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, October 16, 2011

MUSIM HAJI TIBA LAGI....

Musim haji datang dan pergi, setiap tahun ramai jemaah haji Malaysia berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun islam kelima itu.  Masa dulu kalau ada diantara keluarga  atau orang sekampung yang akan pergi haji,  saudara mara sahabat handai  sekampung  menyewa bas untuk menghantar bakalbakal haji itu......maka berombonganlah ramairamai menghantar bakal haji tu keKelana Jaya tempat bakalbakal haji berkumpul sebelum dihantar ke KLIA dengan bas ..DiKelana Jaya bersesak sesak dengan orangramai menghantar bakalbakal haji yang datangnya dari seluruh Malaysia. Kekadang yang perginya cuma seorang yang menghantarnya 2bas panjang...bayangkan kalau beratus bakal haji yang akan terbang pada hari itu....berapa puluh ribu pula yang menghantar di Kompleks  Haji Kelana Jaya...

Tapi sekarang zaman dh makin berubah...Orang kampung dh ramai yang berkereta, maklumlah harga getah dh mahal....jadi untuk menghantar jemaah haji tidak menjadi masaalah lagi..dh tak tk payah buat rombongan naik bas lagi..kalau ibu bapa dikampung tk ada kereta, anakanak yang bekerja duduk di bandar pasti akan balik kampung bawa ibu bapa ke KL atau Kelana Jaya untuk urusan haji, kalau waktu penerbangan diawal pagi, kampung pula jauh dari KL, maka bakal haji akan dibawa bermalam kerumah anakanak yang berdekatan dengan Komplek haji di KL supaya perjalanan ke kompleks haji lebih mudah..

Sebelum bakal haji berangkat ke tanah suci, mereka diberi kursus terlebih dahulu,untuk memudahkan kerjakerja ibadah haji nanti..Kursus ini amat penting bagi jemaah..tanpa kursus mana mungkin kita mengetahui caracara bertawaf, saei, wukuf diArafah, mabit diMudzdalifah, melontar di Mina, Jamratul Kubra dan sebagainya..Syaratsyarat Ihram amat berat tetapi ringan bila kita telah mengetahui....rambut jangan sekali gugur/dicabut..tk bleh potong kuku, tk bleh tersentuh kulit suami/isteri apatahlagi orang lain dan banyak lagi..tetapi kalau kita tahu bahawa tersentuh kulit lelaki atau perempuan dalam masa berasak asak ketika mengerjakan tawaf diBaitullah tidak akan batal jika kita berwuduk cara mazhab Hambali, cara wuduknya berlainan dari cara biasa kita lakukan di Malaysia...kalau nk tahu belajarlah dari sekarang..ikuti kursus haji walaupun tidak pergi haji pada masa terdekat...

Pergi haji pada masa usia masih muda sangatlah baiknya...maklum badan masih bertenaga, cergas fizikal dan mental..bayangkan bagaimana kita hendak melakukan tawap dan saei jika badan telah uzur dan  berpenyakit, sedangkan tawap memerlukan kita mengelilingi Ka'bah sebanyak 7kali..kalau dapat yang dekat dengan ka'bah taklah jauh sangat berjalan..jika sampai disana orang dah terlalu ramai, sudah tentu jalannya pun lebih jauh dan lama..cukupkah tenaga kita untuk berjalan lagi...dan selepas itu perlu bersaei pula..7kali ulang alik antara Bukit Safar dan Marwah baru bertahlul..Jangan baru setengah jalan dh collapse!! Siapa yang akan mengangkat...kalau dh jatuh dipijak orang..,orangnya berjuta..masyaallah..na'uzubillah..janganlah terjadi begini..kalau ada anak yang mengiringi pun, anak juga mau menjalankan tanggungjawab hajinya...rugi rasanya kesana jika tidak dapat menyempurnakan kerja haji.

Sebelum berangkat, mintalah kemaafan dari sahabat handai saudara mara, manalah tau kita pernah menyinggung perasaan orang, tercalar hati orang, dosa tidak akan terampun jika kita sendiri tidak memintanya, mohonlah doa supaya keampunan diterima Allah..lakukan seberapa banyak solat sunat taubat dan hajat, minta supaya dosa dosa lalu diampunkan agar ringan kita dalam perjalan dari dosa yang bertimbun.
.
Kawan kawan...saya sebenarnya bercakap bagi pihak saya sendiri...di sini saya ingin meminta kemaafan dari kawankawan jika selama pergaulan kita dari sekolah (mula berjumpa) hingga dah tua begini jika saya pernah melakukan kesalahan/kesilapan...(terutama pada Jokiden..kikiki..)  Maklumlah, saya manusia biasa lagi kerdil..tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Jika kawanku semua pernah tersinggung oleh saya maka saya mohon dimaafkan, ampunkan segala dosa saya.    Pada 24/10/11 insyaallah panjang umur saya dan suami akan berangkat ke Makatulmukarramah menunaikan fardu haji, harapan saya doa dari kawankawan semoga saya sihat tubuh badan, cergas dan bertenaga mengerjakan ibadah haji, semoga saya terpelihara dari melakukan segala larangan, bertambah amalan dan semoga mendapat haji yang mabrur..Amin...MD

10 comments:

  1. Salam.

    Selamat menunaikan haji kepada MD dan suami.

    Doa kan ese kek Mokah nanti biar ditotapkan iman dan dicopekan giliran untuk poie ko sunun.

    Sampaikan salam dan selawat kepada Nabi Junjungan SAW.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
    Ya Allah berikanlah kesihatan, permudahkan segala urusan dan kerja haji dan kurniakanlah Haji yang Mabrur kepada mereka suami isteri. Amiin..NSR..

    ReplyDelete
  2. ...tambah sikit laie..
    Tak sompek nak kaghang pantun hahh..tapi sompek copy-paste pantun oghang pulak,..tengok2 buleh dipinjam pulak tu..hehehe..

    Indah mekar sibunga melati
    Mengindah alam disinar mentari
    Panggilan haji seruan Ilahi
    Mengimpi mabrur berbunga jannati

    Tingginya darjat orang berilmu
    Menjadi bekalan membawa ke mati
    Doa kami mengiringi perjalananmu
    Moga nanti kami akan menuruti

    tulah sobona'eh ese nak cakap..NSR..

    ReplyDelete
  3. Kakcik n Bang Zamri.. you all tak ado dosa kek ese doh sobab ese telah maapkan sumo oghang sobolun dio mintak maaf. Kok ese plak ado doso kek you all ese mohon ampun. Sokali laie solamat poie dan solamat balik..

    Pasti kengkawan dan blog ini akan kesunyian tanpa you solamo sobulan.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  4. AsSalam,

    Sei ucapkan selamat mengerjakan haji kepada MD dan Suami, semuga selamat pergi dan selamat kembali, sihat walafiat dan dapat mengerjakan haji yg mabrur.

    Sei nak tunggu Jokiden poie mokah naik keto dan ikut darat....lamo perjalanan ee..kughang2 3 bulan tu, mcm org dulu2, maso uwan n atok sei poie mokah dulu naik kapal laut....jokiden jgn maghah yo....jauh perjalanan luas pengalaman...sei nak tau tu kek mano STARTING POINT ee??kalau naik kapal terbang starting point ee kek Kelana Jaya, boduyun2 oghsng ngantar kek situ....kalau Jokiden sok kek mano lak kito2 ni nak ngantar sambil melambai2 tangan kek dio.....HEHEHE. Hopefully jokes come true!!!!!
    Sobab Jokiden penakut naik kapal terbang......



    SSAk

    ReplyDelete
  5. Hahhaha...duo tompek ea SSAK, satu di Klang Sentral dan satu laie kek bangunan MARA KL tu. Lopeh anta ese bulih shopping plak. Byk noghori bas tu singgah..molalui Banjaran Titiwangsa, Burma, Nepal, Khazastan, Turki, Iran....mo, cantik pomandangan ea..62 aghi sumo ea poie dan balik... Insyaallah tahun dopan ese poie..

    Jokiden

    ReplyDelete
  6. Tahun dopan ko, tahun yg kodopan ni?

    ReplyDelete
  7. Assalam MD.Tahniah diucapkan kerana telah sampai seruan bagi menunaikan ibadah haji Rukun Islam kelima.Semoga akan dipermudahkan oleh Allah swt sepanjang anda berdua berada di sana insyaallah. Berdasarkan pengalaman saya sewaktu menunaikan ibadah haji dulu berbagai2 pengalaman yang saya lalui yang mana kebanyakannya terjadi kepada rakan2 jemaah.Cuma pesan saya kekal fokus dan berdoa agar dapat mengerjakan haji yang mabrur.Ingatlah segala permohonan n niat serta apa yang terdetik di hati akan berlaku tunai.Contohnya setiap kali selepas solat di Masjidilharam akan kelihatanlah ramai orang mencari2 selipar masing2.Maka dalam pada itu dalam hati saya berkata orang tersebut tak berdisiplin n tak tandakan tempat selipar mereka disimpan.Akibatnya saya kehilangan selipar selepas itu.Bayangkan saya jumpa sarungnya tetapi seliparnya dah tak ada.Adakah kita mengatakan ada orang mencurinya tapi itu tempat suci dan tak mungkin orang orang datang berbelanja beribu ringgit untuk datang buat kerja seumpama itu.Nak dikatakan tersalah ambil tidak juga mungkin sebab sarungnya bertulis nama.Tapi siapa yang ambil agaknya?.Akhirnya saya yakin itu adalah ujian untuk saya di mana orang lain ada melalui berbagai ujian yang lebih dari itu. Saya pergi dulu sama dengan Dr.Ahmad Zuhaidi Yahya n Tn.Hj Zamrus Abd.Rahman pada tahun 2007.Kedua-dua kawan ni saya jumpa di Mina.Insyaallah bagi kawan2 lain yang belum berkesempatan berniat dan berusahalah untuk sampai segera ke sana. Ada satu peristiwa semasa saya di Russia yang sangat meninggalkan kesan pada saya.Semasa berbaris untuk melihat mayat Lenin yang telah diawet tiba2 seorang pegawai saya ( Pak Haji n arwah sekarang) menegur katanya bos dah tengok mayat Lenin dan sebelum ini Mao Tze Tung bila pulak nak ziarah Makam Nabi Muhammad. Kata2 pak haji tersebut sangat menyentuh perasaan dan sentiasa dalam ingatan saya sehinggalah saya selesai menunaikan fardhu haji alhamdulilah. Pesan saya kepada yang belum segerakanlah sebelum terlambat kerana dari segi belanja rakan2 semua memang mempunyai kemampuan cuma saya percaya adalah keutamaan lain yang perlu didahulukan.Kalau dah ado rumah bosa,kereto bosa n bini/laki bosa mesti mampu punya...tak ada alasan kalau berdepan dengan Nya nanti..fikir2kan lah...

    ReplyDelete
  8. Panjang kali ni posan Dt AJA. Tokosan yo kek ati ese ni..Tompi sokaghang ni syarat nak poie aji dah tambah satu laie...Misti mondapek kuota daghi Tabong Haji...tu pulak deh. Nak pakai package pulak kang habis langkeh bolanjo lopeh balik nanti..itu sumo la tu..
    Ese punyo kuota tahun 2030 laie 19 tahon. Maso tu umo ese 70 tahun.. Ontah ando laie ko ontah tidak maso tu. Tulah ese mintak kek MD tu,doa doa kan untok ese sokali biar copek dapek poie..NSR..

    ReplyDelete
  9. NSR kita ni sebagai kawan sajalah nak ingat mengingatkan saya pun tak berniat selain dpd itu.Rasanya walaupun dijadualkan pada tahun 2030 sebenarnya dia boleh cepat daripada itu apabila kita dah cukupkan jumlah sepenuhnya.Maksud saya tentu ada jalan..fahamkan..

    ReplyDelete
  10. Assalam..Ribuan terima kasih kepada kengkawan yang perihatin pada ese, T. kasih Dt. J. kerana mengingatkan se tentang kemungkinan yang akan terjadi disana..insyaallah ese akan selalu berhati dalam mengeluarkan kata, semoga saya selalu beringat supaya tidak menyakitkan hati orang, tidak riak, tidak terkeluar dari landasan dalam pergaulan..dan bermacam lagi kesilapan yang tidak diduga.. .kekadang ujian dari Allah kita tk soda..berbagai dugaan yang mugkin terjadi..semoga saya dilindungi..NSR memang boto kata kau tu..skrang memang lambek dapek poi ee, ikut giliran...maklumlah oghang botambah gamai ...skarang ini somo oghang nk poi...tambah ee oghang tuo2..kobun gotah leba, duit banyak..apo nak buek lai..poi mokahlah beribadat..ngumpoan boka ko sanun sok..tk cukup duit anak ado bantu...TH lak dulukan oghang tuotuo..takut tk sompek gaeh...kau mudo lai NSR..sobalah ..dapek sok tu..cubo buek surat rayuan.. SSAK, Jokiden, NSR dan kengkawan lain..ese doakan kawankawan juga akan menyusul..Semoga kita semua sentiasa didalam perlindungan dan rahmat Allah..MD
    OO yo lupo lak..Ese nak ngajak kengkawan sesiapa yang ada kelepasan pada hari Kamis 20/10/11 ni, jomputlah korumah se nk buat kenuri doa slamat skit..makan tongahari, LAR, Jokiden dan sesapo yang dapeklah..silolah datang yo..Tk sompek nk buek hari kelepasan do..dh tk sompek..sorry!

    ReplyDelete