Sebelum bercerita panjang lebar disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kwn2 yang dtg kemajlis reunion kita pd 22 Jan 2012 yg lalu. Tajuk pd malam itu 'MALAM NOSTALGIA SMBK 69/74'. Tajuk ini memang bermakna bagi kita yang telah bersama-sama pada malam itu, penghayatan dan pengisian program itu membuatkan kita semakin erat dan tidak ada lagi rasa segan silu seperti di zaman sekolah dahulu. Kita saling sapa menyapa, bertanya khabar, bercerita, bergurau senda diantara satu sama lain seperti sanak saudara kita sendiri, yang mana dahulu (38 tahun yg lalu), kita tidaklah seakrab dan semesra begitu. Sungguh bermakna dan menggembirakan saya melihat kawan2 yg datang, segala gurauan dan kata2 yg kedengaran membuatkan saya terhibur dan merasai aura kekeluargaan.
Program pada malam itu di mulakan dengan kata2 aluan dr sdr Pengerusi majlis dan Sdr Pengerusi Penganjur. Ucapan kedua mereka ini membuatkan kita tak kering gusi dibuatnya...... ada2 saja........Didahului juga dengan bacaan doa dari Sdr Hasnan Md Zin, yang mana pd malam itu beliau dikenali oleh Pengerusi sebagai Ustaz Hasnan, memang kena dengan gelaran tersebut. Beliau juga datang bersama buat kali pertama pada program ini.
Pada malam tersebut saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan kita seperti Datin Normah Ali, Puan Latifah Abd Rahman, Puan Zainab Idris, Sdr Mohd Kamaruddin yang turut memberi sumbangan pada majlis kita itu. Seperti Datin Normah dan Puan Latifah telah membawa hamper yg begitu banyak, Puan Zainab Idris memberi jambangan bunga kepada semua warga SMBK. Ibaratnya, bagaimana cantiknya, harumnya bunga2 tersebut begitulah hatinya terhadap kita semua, Terima kasih Nab kerana dtg juga walaupun esok u akan menjalani pembedahan. Saya doakan berjaya dan sembuh seperti sediakala. Merasai keenakan kuih 'Buah Sopang' sebagai buah tangan Sdr Mohd Kamaruddin, tak dapat di lahirkan oleh kita semua yg memakannya....rasanya takda yang makan hanya 1 tetapi 4 buah. Memang sedap.......... ghaso mcm kek kampong pulak. Begitu juga kepada Ajk2 yang terlibat dlm program reunion kita kali ini, semuanya memberikan sumbangan, baik tenaga, idea atau lain2. Kepada kawan2 yang lain terima kasih kerana semuanya membawa sumbangan hadiah setiap satu seorang bagi menjayakan program kita ini.
Majlis kita diiringi oleh 'Live Band' yang disediakan dan dikelolai oleh Prof Dr Ahmad Rashidi Hassan, beliau telah bekerja keras bagi menyusun atur persembahan pd malam itu, kesempurnaan program dan persembahan pada malam itu adalah dari kerja keras beliau bersama2 dengan ahli2 kumpulan band boys yang dibawanya bersama. Khabarnya beliau telah memulakan latihan yg keras sebelum persembahan tersebut. Kami semua cukup terhibur.....Kami juga terhibur dengan persembahan kawan2 pada mlm tersebut. Mendengar dendangan dari sdr. Mohd Tahir, Razali Khamis, Iskandar , Salim, Md Shah, Primadona SMBK Puan Siti Hawa, Latifah A.Rahman, Prof Rashidi, juga Prof Rashidi membantu saya dalam menyumbang nyanyian pd malam itu, maklumlah orang tak pandai menyanyi dopan kelayak ramai selalu nyanyi dlm dapur yo, kalau karaoke tu takpelah sikit, ini dia nak bawak dlm live band......mula2 takut tak confident boleh nyanyi ke tidak.....ghupo2 ee baru saya tau sei pandai nyanyi, bab sodap tak sodap suara ontah lah, kalau sei nyanyi laie, silap2 Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza tak dapek cari mkn laie do.
Kehadiran Bekas Pengetua dan Timbalan Pengetua memeriahkan lagi suasana, biasalah Pengetua sanggup menunggu sehingga ke penghujung program. Semasa saya berbual denga kedua mereka, jelas terbayang diwajah beliau amat gembira yang mereka menjadi tetamu kehormat kita pd malam itu. Seolah2 kita berbual antara seorang anak dengan ayah, adik dengan abang, dan seolah seperti mereka itu menjadi kawan2 pula. Keikhlasan dan keseronokan jelas terbayang diwajah mereka , sambil menikmati hidangan dan gurau senda yang dibuat oleh rakan2 kita membuatkan mereka gembira dengan suasana. Ucapan keramat yang di lahirkan oleh Kedua2 Pengetua dan Timb Pengetua kita itu amat menceriakan halua telinga, mereka juga mengimbau kisah2 semasa mereka bertugas sebagai tenaga pengajar di zaman persekolahan kita dulu, diakhiri dengan hilaian ketawa. Mereka jujur mengaku apa yang mereka lakukan dahulu, ada kawan2 kita yang kena rotan, ada yang kena lempang, tapi kita menerimanya dengan seadanya, dengan sikap merekalah kita berada ditahap kita hari ini, tidak ada dendam walau sekelumit pun, dengan itu "MAAFKAN KAMI CIKGU" kami adalah anak2 nakal cikgu. Kami juga amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada Cigu Sulaiman Kassim kerana sudi jugak datang walaupun dirumah beliau adik beradik dan sanak saudara berkumpul kenduri.
Kehadiran Puan Ramlah Hussin juga menggamatkan suasana kerana dengan keletahnya, beliau telah dijemput utk memberikan sepatah dua kata mengenai dirinya. Satu perkara yg kita semua tahu, ramlah adalah ratu golak semasa persekolah dahulu (banyak togolak dari bocakap). Tak hairanlah bila dia naik ke pentas, kami semua dah togolak dahulu dari die, dia apa lagi, mukadimahnya adalah GOLAKKK dahulu baru berkata2. Beliau masih tak berubah walau pun dah 40 tahun tak berjumpa....
Kawan kita yang satu ini hadir setelah sekian lama tak berjumpa, iaitu Sdr Hamid Bawal, beliau juga dipanggil untuk memberi pengkisahan diri nya, supaya kita dapat mengetahui kehidupannya sekarang ini. Ya....beliau masih seperti dahulu, dan beliau telah berjaya dalam kariernya...katanya beliau tak pernah jumpa kekasih hati org Malaysia sebelum mendirikan rumahtangga, tetapi beliau telah berjumpa kekasih hatinya di Syria, maka beliau hidup aman damai dengan isterinya (orang Syria) hingga kehari ini, dan dikurnia dengan beberapa orang cahaya mata.....Dimalam itu, beliau telah membawa anak2 beliau, dan seorang dari anaknya yang kecil seumur 7th ke 8th kalau tak silap saya, telah membaca Al-Fatihah untuk acara bacaan al-Fatihah kepada arwah2 kwn2 dan ahli2 keluarga yang telah pergi. Meremang bulu roma saya mendengar bacaan beliau, sungguh syahdu dan terharu....hingga tak terkata........
Ibarat kata pd malam itu kami semua macam adik beradik, berkumpul dan bergembira bersama.
Hanya saya berasa sedih kepada kwn kita Sdr Ismail Md Isa tidak dapt dtg kerana isterinya tiba2 jatuh sakit dan berada di hospital. Beliau adalah pengacara bersama dengan Dato' Jalil. Beliau juga telah menyediakan beberapa program/persembahan untuk dipersembahankan pada mlm itu. Tetapi apakan daya .....Kita merancang tetapi Allah yg menentukan......Sabarlah MCC.....
Disaat semua telah berpisah ada yang terus balik kerumah dan ada yang tidur di resort, saya dimaklumkan oleh Pengerusi Sdr Mohd Sharif Ahmad bahawa beliau akan balik meninggalkan kami di hotel kerana seorang bapa saudaranya telah meninggal dunia pada petang tersebut. Saya terpinga2.......Saya kagum dan terharu kerana melihat dia boleh bertahan menunggu sehingga habis program baru die meninggalkan kami dan menyerahkan tugas kepada saya dan Dato' Ab Jalil seterusnya. Al Fatihah........Amin......
Hanya setakat ini dulu, akan disambung lagi sekiranya ada masa dan idea.....
SSAK



